Showing posts with label gerimis mengundang. Show all posts

JANGAN BULI ZAMANI SLAM

Tak tau la dalam banyak2 artis yang kantoi sebab dadah ni, Zamani Slam paling aku simpati sangat sangat. Kita semua tahu sejak beliau berkecimpung dalam dunia seni, tak pernah ada apa2 masalah atau kontroversi. Tak pernah dengar dia buat hal apa2.. Cuma tahun ni dia kantoi sebab dadah even dari pengakuan beliau dah menangih sejak 10 tahun dulu.


Semua manusia takkan lepas melakukan kesilapan.. Zamani pun manusia. Mungkin dari sudut lain dia artis yang baik cuma tersilap langkah & terjebak dengan dadah. Sejak pagi tadi kat laman2 sosial orang mula memviralkan video zamani di gari & di paksa menyanyi oleh anggota polis.. Serius aku tengok sekejab video yang di share kat Wall penyanyi Ayu OIAM. tengok tak habis pun.. Rasa kesian sangat. Kenapa buli dia macam tu? Dia bukan orang jahat.. Dia cuma penangih dadah yang masih ada harapan untuk di pulihkan. Dia tak ada rekod jenayah.. Jangan buli Zamani!

Kesilapan terbesar anggota polis tu cuba menyebar video tersebut & sekarang mendapat kecaman dari banyak pihak. Tak kira siapapun mereka, Anggota polis laksanakan tugas ikut etika la. Jangan nak seronok sangat. Silap langkah.. dapat padah. Apapun untuk zamani.. Moga apa yang berlaku di jadikan pengajaran. Ramai yang masih menyokong zamani.. gunakan kesempatan ni untuk berubah kearah yang lebih baik. Moga Zamani pulih dari dadah & hidup dengan lebih sihat. #SupportZamani.


KENAPA ZAMANI SLAM HISAP DADAH?

Rasa macam sayang sangat.. Zamani Slam artis yang bagi aku sangat low profile, nampak pemalu, sopan & baik sangat. Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.. susah nak dengar apa2 kontroversi tentang diri beliau tapi sayangnya... Akhirnya zamani kecundang. Tahun 2015 mungkin menjadi tahun gerimis mengundang buatnya.. Harap Mentari muncul lagi selepas ni.


Rasanya ramai dah tahu kes penyanyi zamani slam yang di tangkap & di sahkan positif dadah. Bila tengok fizikalnya yang kurus memang ramai dapat teka tapi sebab atitute dia yang kita nampak baik. Tak nampak macam bermasalah.. ramai yang berpositif zamani sakit. Tapi bila terbongkar semua ni.. aku sendiri rasa, sayangnya Zamani.. kenapa terjebak?

Apapun.. masih ada sinar harapan untuk dia. Semoga lepas ni zamani akan menjalani hidup yang lebih sihat & bebas dari dadah. Sayang bakat besar di rosakkan dengan dadah.. Zamani bukan jahat mungkin tersilap langkah.

P/S : serius aku rasa macam tak puas hati sebab dia bagi aku retis yang baik sangat.. kenapa hisap dadah??


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com