BUKTI PELUKIS DOODLE MEMANG SUKA CONTENG MERATA RATA
BUKTI PELUKIS DOODLE MEMANG SUKA CONTENG MERATA RATA. Mesti kerut dahi para pelukis doodle kan? Yelah aku cakap depa ni suka menconteng merata rata. Aku cakap dengan bukti. Kejab lagi aku tunjukkan bukti pada hangpa semua.Ramai blogger yang suka lukis doodle ni dah boleh jadi salah satu sumber pendapatan secara online dah sekarang pelukis doodle. Sebab doodle dah jadi satu trend jugak sekarang. Masing2 yang nak buat doodle dengan muka sendiri. Aku je belum terjebak dalam aktiviti menempah doodle ni sebab aku rasa kalau aku dilukiskan dalam bentuk doodle pun tetap nampak puaka jugak. Jadi biarlah aku sorokkan muka aku buat sementara waktu sehingga jadi cantik macam cinderella baru aku tayang seantero alam maya. hahahaha.
Kalau dah tangan tu suka melukis memang asal ada peluang dia nak menconteng dia akan buat tak kira la kat mana dia berada. Kat bus stop ke.. kat restoran ke.. kat rumah.. kat hospital.. sambil lepak2 minum kat kopitiam tetap dia nak menconteng. Tempat contengan dia tak terhad atas kertas je.. Pendek kata apa je boleh melekat dakwat pen/pensil dia akan lukis kat situ. Memang perangai orang yang suka melukis kot macam tu. Tangan dia memang tak boleh control dari nak menconteng arang katanya... ni buktinya memang pelukis doodle memang suka menconteng tak kira tempat dengan alasan nak menceriakan orang lain dimana saja >> Inilah hasil contengan pelukis doodle yang tidak terhad di atas kertas sahaja <<
Moral nak lempiaskan nafsu melukis tu kat mana2 saja boleh selagi ia bukan kategori vandalism & merosakkan harta benda awam. Jadi salurkan bakat & minat melukis anda pada saluran & tempat yang betul sebelum anda di tempatkan di tempat untuk memperbetulkan tingkah laku anda yang salah. Peace Yo!