BAGI MAKAN KUCING TERBIAR LEBIH BERSALAH DARI BELA ANJING
BAGI MAKAN KUCING TERBIAR LEBIH BERSALAH DARI BELA ANJING. Kalau sesiapa yang ikuti aku kat Facebook maybe ada ternampak aku up status berkenaan aku dapat warning letter dari badan pengurusan bangunan kat sini dengan tuduhan dalam surat tu... aku membela binatang peliharaan yang tidak di benarkan walaupun aku tak bela apa2 pets selain pets tak di undang cicak, lipas & semut je. Lipas tu selalu je aku bunuh tanpa belas kasihan sehingga dia tak berani lagi bertandang kat rumah aku secara terang terangan. Kalau seludup2 masuk tu ada la. Cicak pulak aku tak sampai hati nak bunuh.. aku nak halau secara berhemah pun tak tau macam mana jadi aku biar je la. Setakat sekor dua tu nanti pupus la tu hahaha. Semut yang paling susah nak slow talk sampai kena sorok gula dalam peti ais. Nak berkasar tak sampai hati.. Hari2 la aku dok pujuk suruh dia pergi bina penempatan dia kat tempat lain. Alhamdulillah dah semakin kurang...Ni la muka2 yang aku dok bagi makan. Tak kesian ke? |
Berbalik kisah aku kena warning letter katanya bela kucing.. Suami aku terus pergi pejabat pengurusan tanya dari mana dorang tahu kami bela pets sedangkan kami memang tak membela apa2 selain bela diri sendiri. Hatta saka pun kami tak bela. Dia kata ada orang report konon aku bagi makan kucing kat koridor rumah.. Sedangkan aku bagi makan kucing kat bawah. Tempat yang takde rumah sesapa. Kat LG Floor.. situ ada la kucing2 yang terbiar akibat perangai manusia yang masa suka bela lepas dah bosan atau nak pindah main campak2 je kat bawah apartment ni. Nak buat macam mana aku dah biasa membesar hidup dengan kucing2.. Kesian pulak. Bukan aku je bagi makan.. aku sekali sekala kalau tengok takde makanan dorang aku bagi la. Normally ada orang yang selalu bagi dorang makan. So, kalau takde makanan baru aku bagi. Kalau ada takkan aku nak letak lagi.
Ni la surat cinta penuh kesyahduan yang aku dapat |
Akibat dari tu jiran sebelah yang mungkin kesepian setelah kematian laki dia yang memang boleh kena parkinson kalau dia tak kacau hal orang pi la buat report. Biasa la.. Bukan aku je kena dengan janda tua tak mati mati ni.. Macam2 orang datang serang rumah dia selama aku tinggal kat sini. Bergaduh dengan jiran2 depan rumah ni biasa la. Dia ni bukan berani sangat pun tapi mulut jahat yarabbi. Tapi bukan orang melayu. Bangsa singh yang tak beriman punya. Agama apapun kalau jenis beriman memang tak kacau hidup orang. So, aku taknak salahkan bangsa & agama dia. Aku suruh dia keluar hadap muka aku kalau tak puas hati taknak pulak dia keluar & cakap dengan aku. Main report2 je..
Aku cuma bagi makan.. sampai warning letter bagai.. Ada family india ni bela anjing rilex je. 1 Block dengan aku. Siap naik turun lift lagi dengan anjing dia. Mustahil la tak pernah ada orang nampak atau tahu dia bela anjing. Anjing bukan yang jenis ketot2.. kecik2.. comel2.. jenis anjing besar jaga rumah tu. Aku yang tak pernah bela apa2 ni sebelum dapat warning letter. Takkan family india tu rilex je tak kena apa2. Dah terang2 dia bela haiwan yang sememangnya tidak di benarkan. pernah dulu kena serbu dari ajk block ni katanya ada orang report aku bela anjing. Keja gila aku nak bela anjing dalam rumah tanpa sebab. Aku pun masih tahu batasan aku dengan anjing. Memang laki aku dulu ada jaga bukan bela la.. Just bagi makan kat tempat dia parking seekor anjing yang berkurap. Tempat parking tu pun bukan dalam kawasan perumahan kat sini. Lepas anjing tu dah kembali gemuk & comel dia jumpa boipren seterusnya depa kawen & dapat anak tak tau mana depa sekeluarga pergi. So, tanggungjawab kami dah lepas la. Sekadar tolong jaga masa di perlukan. Nak bela tanpa ada sebab & kepentingan sebagai orang Islam memang tak boleh la kan tapi bukan sampai tak boleh ada rasa simpati & belas kasihan kat anjing. Islam pun tak ajar kita menganiaya apa2 makhluk.
Tapi tu susah bila kita hidup dengan manusia dah la dia jenis takde perikemanusiaan sesama makhluk.. Kita nak buat baik sesama makhluk pun dia sakit hati. Patut orang2 jenis macam tu kena tengok benda ni baru dia rasa nak tutup muka dia dengan spender >> Adakah Anda Sanggup Buat Perkara Yang Sama Terhadap Haiwan Seperti 6 Individu ni? << Malu la sikit kan.. dah la tak ada usaha nak membantu, bila ada orang lain cuba menolong jangan jadi syaton nirrojim sangat nak mendajal. Manusia macam ni layak campak dalam hutan amazon buat hidangan binatang buas je sebab tak reti berkongsi hidup & rezeki dengan makhluk lain.
Moral of the story.. hidup berjiran memang kena prihatin tapi bukan menyibuk atau menganggu hidup orang. Cukup la sekadar ambil tahu sikit sikit jangan sampai dalam kain orang pun kau nak sibuk. Sampai apa orang buat di luar rumah pun kau nak sakit hati. Ingat la yer.. Jiran yang baik adalah jiran yang tak menyibuk hal jiran jirannya.