Showing posts with label sahur. Show all posts

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK

TEMPAT BERSAHUR PALING SESUAI UNTUK GOLONGAN MALAS MASAK. Dah masuk 18 Ramadhan katanya.. Awal - awal puasa tu memang berkobar kobar, bangun masak sahur bagai. Tapi masuk pertengahan & hujung puasa.. Ramai dah mula mengelat. Sebab malas nak bangun masak sanggup skip sahur. Tak elok tau.. Bersahur ada keberkatannya.. Jangan skip sahur macam aku ni. Apapun berlaku still bangun & bersahur even hanya makan kurma & air kosong katanya. Tu kes awal awal puasa hari tu la. Mood down to the earth sangat sampai hilang deria rasa nak makan kekdanya.. Tapi sekarang, Alhamdulillah dah ok! Bila kita redha & letakkan pergantungan kita pada Allah, Insya Allah.. Allah bantu kita lebih kuat untuk hadapi Ujian hidup nak2 lagi Ujian tu datang di bulan ramadhan yang mulia. Banyak hikmahnya... Insya Allah.


Kalau aku la.. beranak pinak ni memang la nak keluar bersahur kat luar memang jadi satu perkara yang menyusahkan balik. Memang tidak la.. Apalah sangat nak makan dua mulut dalam rumah ni. Tapi kalau golongan bujang atau pasangan yang masih tak ada anak.. Maybe la malas masak sahur kat luar je senang. Lepas makan tak payah kemas dapur atau cuci pinggan.

Tapi masalahnya.. Kat mana tempat best boleh bersahur pepagi buta macam tu? Alah.. setakat mamak 24 jam jemu la. Nak cari port best sikit la kan bersahur. Baru buka selera nak makan katanya.

Jangan risau kat Malaysia ni banyak port makan. Orang malaysia memang 24 jam cari makan sebab tu banyak restoran & kedai buka 24 jam. Antara tempat best korang boleh jadikan port untuk bersahur adalah kat sini >> Selalu tak sempat nak prepare untuk sahur? No problem, 7 tempat ni kan ada. << Tu dia.. hang nak sahur western food ka, mamak food ka, malay food bagai semua ada. Tiada alasan lagi untuk tidak bersahur.

Moral of the story.. Jangan sahur pukul 7 pagi ok! Pastikan sahur anda sebelum waktu imsak hehehe. Amaran keras, hindari geng beg plastik hitam. Ambil sahur setiap hari sepanjang bulan puasa bagi memastikan anda tidak di serang gastrik. Peace Yo!

RESEPI SIAKAP MASAM MANIS PALING MUDAH DI ALAM SEMESTA

RESEPI SIAKAP MASAM MANIS PALING MUDAH DI ALAM SEMESTA. Tu dia.. berapa hari dah blog tak ber update katanya. Maaf la busy sikit. Ni baru ada masa nak jenguk blog yang penuh cerita suka & duka. Bercuti pun sebab perkara yang berlaku mengaitkan blog juga. Takpe la.. bab tu nanti ada masa kami cerita panjang lebar yer.. La ni kami nak share resepi jer. Almaklum la bulan puasa ni la orang rajin nak google resepi katanya.


Bila sebut menu siakap masam manis ni confirm ramai terbayang kerumitan nak memasak dia padahal dia kategori menu campak campak je nak2 versi aku ni. Asal ada ikan siakap je pun dah jadi masam manis katanya. Apadahal.. Janji ada rasa masam & manis sudah menggunakan bahan bahan asas yang memang selalu ada kat rumah.

Untuk versi siakap masam manis ni.. Di sebabkan ada ikan jer. Barang2 lain yang biasanya di gunakan untuk masak siakap masam manis takde tetap dia jadi jugak masam manis dia. Nak tau bahan apa yang aku guna.. let's check it out

Bahan bahan

1. Ikan siakap
2. Minyak masak untuk menggoreng ikan
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Kicap manis
6. Sos tomato
7. Kiub pati ayam (Yang ni tak wajib)
8. Garam sebagai serbuk perasa (Jika perlu. Tapi selalunya tak perlu dah)

* Kalau suka pedas boleh masukkan cili padi yang di hiris

Cara memasak

1. Goreng ikan siakap. Ikut suka hati la nak garing ke tidak
2. Potong dadu bawang besar & bawang putih
3. Panaskan minyak masak (Guna minyak yang goreng ikan tadi)
4. Tumis bawang
5. Masukkan sos tomato & kicap manis. Kalau pekat sangat tambah sedikit air
6. Masukkan kiub pati ayam
7. Masak sekejab. Kalau tak cukup masin perasakan dengan garam.
8. Dah masak kuah dia.. curahkan je atas ikan siakap tadi.
9. Kalau ada daun bawang tabur je kat atas kuah tadi

Senang tak menu Siakap Masam Manis Versi lekatlekit. Simple yang amat. Budak darjah 5 pun reti nak buat ok! Tapi rasa dia, still sedap ok!

So, kalau hangpa nak buat menu bersahur pun sesuai atau menu berbuka puasa pun boleh. Memang sesuai di makan pada bila2 masa je jangan risau. Selamat mencuba semua.

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP

RESEPI SARDIN MASAK KICAP MENU SAHUR RINGKAS DAN SEDAP. Tu dia tak berapa hari lagi ja kita bakal melangkah ke bulan yang penuh keberkataan. Bulan yang paling mudah nak rebut ganjaran pahala berlipat kali ganda. Bulan yang ramai manusia akan rajin menunaikan ibadah wajib & sunat. Bulan tu juga akan di hantui dengan geng plastik hitam yang bakal di angkut dengan van jenazah untuk melawat kawasan sekitar bandar & pekan. Bulan yang manusia akan jadi lebih bernafsu dengan makanan. Macam macam lagi la kalau nak di senaraikan perbezaan bulan ramadhan dengan bulan biasa ni.


Bila masuk bulan ramadhan.. Dah tentu la sinonim dengan sahur. Hari pertama sahur biasa la mesti meriah meja makan. Almaklum la semangat hari pertama tu memang takkan sama dengan hari ke 10,11,12 dan seterusnya. Hari pertama masing2 tak sabar nak bangun bersahur tapi hari hari seterusnya boleh menggugat kesabaran nak kejutkan sesekor bangun bersahur katanya.

Bila dah pertengahan ramadhan ni selalunya sahur memang ala kadar je. Takde sapa rajin pepagi buta nak buat mandy chicken bagai kan. Paling2 sayur & satu menu lauk je. Almaklum la pagi - pagi nak masak berat berat kadang selera makan bukan nak ada sangat. Di tambah masa nak masak tu memang terhad nak2 lagi kalau terbabas tidur bangun cukup2 masa goreng telur je memang tidak la merasa makanan sedap. Jadi jangan mimpi la kau nak makan ayam masak merah pepagi buta macam tu.

Jadi atas keprihatinan kami, So kami nak share kat hangpa satu menu sangat sangat simple, senang & sedap. Sangat2 sesuai di jadikan menu masa sahur. Selain nak sediakan lauk ni tak payah ambil masa yang lama, bahan bahan dia pun sangat mudah di dapati. Iatu menu Sardin masak kicap. Dah jemu makan sambal sardin bagai.. Meh sini den nak bagi menu sardin masak kicap pulak.

Bahan Bahan di perlukan

1. 1 tin ikan sardin (size ikut berapa orang nak makan)
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Jintan manis
5. Jintan putih
6. Halia
7. Kicap manis
8. Kicap pekat
9. Garam sebagai serbuk perasa
10. Minyak masak

Cara memasak

1. Bukan tin sardin asingkan ikan dari sos & letak tepi
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis & jintan putih. Letak tepi
3. Panaskan minyak goreng sekejab ikan sardin
4. Minyak yang sama tumiskan bahan kisar tadi sampai naik bau.
5. Masukkan kicap pekat & kicap manis
6. Masukkan sos sardin tadi. Kalau rasa tak nak masuk pun tak apa.
7. Masukkan ikan sardin yang dah siap di goreng
8. Masukkan hirisan bawang besar & kalau suka pedas masukkan cili padi.
9. Masak sekejab & perasakan dengan garam kalau belum cukup masin.
10. Tutup api & hidangkan.

* Bagi memudahkan hangpa masak pepagi buta, bahan kisar boleh buat siap2 malam hari sebelum tidur & simpan dalam peti sejuk. Pagi nak masak boleh terus keluarkan & guna.


Jadi sila print siap siap resepi ni & simpan sebagai salah satu menu untuk sahur hangpa sepanjang bulan puasa. Nak2 lagi yang bujang tu. Tak payah satgi orang posa hangpa dok buat cerita sedih sahur dengan biskut kering & teh o panas ja. Tunjukkan orang bujang pun bersahur dengan nasi berlauk hehehehe.

Selamat mencuba resepi ringkas, mudah & sedap ni. Simpan stok ikan sardin siap siap sebelum masuk bulan puasa ok! Manatau emergency sardin pun berguna jugak. hehehehe

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT

RESEPI MASAK LEMAK IKAN MASIN PALING MUDAH & CEPAT. Kalau tak simple aku malas nak share sebab kesian bebudak baru belajar masak. Kang berpintal pintal pulak otak depa nak matching bahan bahan masakan. Sebab masak lemak ikan masin versi lekatlekit ni memang kategori campak2 jer maka boleh la aku share dengan hadik hadik yang baru akil baligh nak belajar masak bagi persediaan nak jadi menantu orang nanti. hehehe


Lain orang lain cara masaknya. Jadi dalam versi lekat lekit ni meh kita tengok apa bahan yang di gunakan.. Jangan risau bahan bahan asas buat masak lemak jugak. Antara bahan yang di gunakan bagi merealisasikan masak lemak dalam periuk adalah..

Ikan masin (boleh guna ikan talang tapi aku guna ikan duri sebab tu je yang ada)
Serai
Bawang besar
halia
cili padi
asam keping
santan kotak
Kunyit hidup/serbuk kunyit
Ubi kentang

Bahan kisar
Bawang
serai (ada orang suka ketuk jer tapi aku suka blend halus)
halia
kunyit hidup (kalau guna serbuk kunyit tak payah kisar)
cili padi (yang ni ikut selera. Nak pedas letak lebih. Nak sederhana letak sikit)

Potong ikan masin kemudian rendam lebih kurang setengah jam nak bagi kurang masin. Potong ubi kentang. Lepas tu panaskan minyak.. Tumis bahan kisar & masukkan serbuk kunyit kalau guna serbuk kunyit. kalau guna kunyit hidup dah tak payah tambah serbuk kunyit kang over pulak kuningnya. Biar mendidih sekejab masukkan kentang, kemudian masukkan ikan masin. Masukkan asam keping & serai (kalau serai tu serai ketuk). Biar masak sekejab baru masukkan santan. Lepas tu masukkan santan, masak dalam 10 minit macam tu tutup la api. Pastikan ubi kentang tu dah empuk dulu. Lepas tu letak dalam mangkuk hidangkan je la.

Ni la rupa masak lemak ikan masin lekatlekit. Kuning menawan kelambu katanya hahaha

Dah siap Masak lemak ikan masin atau sesetengah orang panggil gulai lemak. Normally orang guna nenas tapi di sebabkan aku cukup fobia nak makan nenas aku tukar guna kentang. Versi aku ni memang kuah dia pekat sikit. Ada orang suka kuah cair. Apapun tetap sedap di tekak tukang masak katanya. hehehehe

Masak sendiri kat rumah ni memang jimat berbanding membeli belah kat bazar ramadan. Ahad lepas aku tak sempat masak jadi membeli je kat sri damansara. Ada satu pakcik ni jual nasi kandar tapi dia orang melayu la. Aku teliti la lauk2 dia.. Nampak macam best bau pun masih menarik lagi so aku order la satu lauk sotong. Lauk sotong 2 ekor,telur rebus sebiji & 3 biji kacang bendi rebus sekali nak bayar RM13. Nasi kandar memang mahal rupanya. Almaklum la aku memang tak makan restoran mamak sangat so aku tak tau la harga nasi kandar tapi sebungkus nasi RM13 tu memang aku rasa mahal la. Hahaha..

Jadi pada hadik hadik yang dah mula terfikir nak kawen tu.. cuba cuba la belajar masak lemak ikan masin ni yer. Antara hidangan pembuka selera ramai orang. Almaklum la kalau orang melayu ni memang taste depa masakan macam tu la.

RESEPI SOTONG MASAK KICAP LEKAT LEKIT

RESEPI SOTONG MASAK KICAP LEKAT LEKIT. Aku memang suka share resepi mudah & simple sebabnya aku target budak2 yang baru reti masuk dapur nak belajar masak. Nak belajar masak menu berat2 sila ke blog cik mat gebu dapur tanpa sempadan yer.. Dia kategori chef blogger. Aku ni cuma blogger rojak yang ikut suka aku jer nak share apapun.


Jadi di bulan ramadan yang mulia ni.. Mungkin ada anak anak dara & teruna yang baru mendapat hidayah nak pegang senduk, sudip bagai.. Mesti nak test menu menu simple macam masak kicap ni. Jangan pandang hujung mata ok menu2 simple macam ni. Sedap mengalahkan makan kat hotel 5 stars katanya. Tapi kena tahu macam mana nak menyedapkan menu simple macam sotong masak kicap ni.

Tanpa membebel bebal panjang lebar jom la kita ke dapur lekatlekit. Sebelum nak panaskan kuali kena la tau bahan bahan nak masak dulu. Kang kuali dah panas bahan2 baru nak google memang ada yang kena lempang dengan senduk jugak. Bahan bahan untuk masak sotong masak kicap ni..

Sotong
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kulit kayu manis
Bunga lawang
kicap masin
sos tiram
sos tomato

Bahan kisar
Bawang besar sebiji
Bawang putih 2 ulas
halia

Kisar bahan bahan tadi. Lepas dah kisar. Panaskan minyak & masukkan bunga lawang & kulit kayu manis. Lepas tu simbah je bahan kisar tadi dalam minyak panas. Masak sampai naik bau sikit.. Masukkan kicap, sos tiram & sos tomato. Biar sebati sekejab masukkan sotong yang telah di cuci & di potong. Masak sehingga air sotong tu kering sikit supaya kuah tidak terlalu cair. Yang sedang sedang sahaja. Lepas tu masukkan hirisan bawang besar yang di potong bulat. Kalau suka cili masukkan hirisan cili merah. Masak sekejab kemudian boleh hidang.

Macam ni la rupa sotong masak kicap lekat lekit. Hitam pekat melekat katanya.

Tu dia punya simple. budak 8 tahun pun boleh masak katanya inikan kalau dah 18 tahun ke atas. Maaflah kalau entri ni di baca ketika di waktu tengahari di bulan ramadan yang mulia ni. Mungkin buat korang telan air liur yang tak berapa ada tu. Bukan niat nak gugat keimanan korang menahan lapar & dahaga sekadar berkongsi resepi mudah jer. Anggaplah dugaan di bulan ramadan.

Moral of the story.. Pada adik2 yang baru belajar masak tu selamat mencuba resepi mudah sotong masak kicap lekatlekit ni. Jangan trauma nak masak setakat terkena percikan minyak panas sesungguhnya perkara biasa bagi orang yang rajin memasak macam aku. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com