Showing posts with label sanita. Show all posts
Showing posts with label sanita. Show all posts
06 July 2025 0 Komen Melekat

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES?

KENAPA DULU TUALA WANITA DI PANGGIL MODES? Aku lahir tahun 80an.. Tahun berapa tu tak payah tanya yang penting aku generasi yang lahir pada tahun 80an. 90an tu aku dah masuk alam kanak kanak. Jadi tipikal budak dulu antara task yang nak tak nak hang kena buat adalah tolong mak pi kedai beli barang. Zaman dulu boleh lepas bebas lagi anak anak explore dunia. Macam aku ni tahap merayap bukan setakat kampung aku habis kampung jiran jiran semua kami konvoi naik basikal. Dulu di panggil ronda. Wei jom pi ronda. Gitiew... 

Berbalik pada tugasan kena tolong mak pergi kedai. Antara barang yang kena tolong mak beli.. Tuala wanita. Zaman dulu benda ni aib besar juga la. Kalau kita pi kedai beli tokei kedai tu bungkus dengan surat khabar jaga aib pembeli. Zaman sekarang mana sapa kisah dah. Iklan terpampang sebesar besar alam. Tak kira media elektronik, media cetak ataupun papan papan iklan yang pacak tepi tepi jalan. Sebab masyarakat sekarang menganggap perkara tu normal. Semua orang tahu perempuan yang dah akil baligh guna benda tu. Jadi tidak la menjadi aib kecuali ia di aib kan. Contoh buang pad merata rata sehingga di lihat orang lain. 

Alahai.. Menyimpang pula lagi. Nak cerita pasal modes kan? Zaman 90an, tuala wanita di sebut sebagai modes. Tapi baru hari ni aku rasa nak tahu kenapa di panggil modes. Maka aku google. Seperti jangkaan yer ia adalah salah satu jenama tuala wanita yang dah tak ada sekarang. Masa aku belum akil baligh aku tau brand sanita je. Modes ni mungkin generasi sebelum aku lahir kot. Dia sama macam pampers. Kenapa diaper(lampin pakai buang) baby tu di panggil pampers. Ia sebab jenama pertama yang keluarkan diapers tu adalah pampers. Jadi terus melekat nama pampers tu untuk apa apa brand diapers baby. Macam tu juga modes. Modes pun salah satu jenama tuala wanita cuma panggilan modes ni dah hampir pupus. Orang dah tak gunakan lagi. Ramai sebut pad je. 

Aku pun tak pernah tengok packaging modes ni. Aku cuma sempat kenal sanita je tapi aku zaman kotex dah. Try google pun tak jumpa dah brand modes ni. Memang betul betul tak sempat di simpan dalam lipatan sejarah cuma di ceritakan oleh orang yang sempat menggunakannya je. Tak tahu pad zaman modes ni macam mana rupa. Kalau sanita tahu la kan.. Pad tebal & panjang manja roti planta tu. Sebab tu dulu dulu sanita di beri gelaran roti planta. Rasa modes ni era pad yang ikat pakai tali kat pinggang tu kot. Mungkin la kan.. 

Tapi pad sekarang mengalami revolusi yang jauh berbeza & selesa. Sekarang kalau datang bulan takut bocor & malas basuh panties boleh guna je pad pants macam diaper baby tu. Sarung je. Selesa & mampu menyerap cecair haid tu dengan baik. Yang aku pernah try brand ni. Kalau hangpa nak boleh dapat kat Shopee 👈 (clik je nak terus link ke product). 

Jadi generasi yang sempat dengar perkataan modes tapi tak tahu dari mana asal usul tu moga dapat manafaat la dari entri santai ni. Bagi generasi yang tak pernah dengar langsung perkataan modes at least korang tahu zaman moyang korang dulu ada pad jenama modes yang dah pupus. Erk.. Ada lagi la brand modess ni cuma dah mengalami evolusi la. Cuma tak ada kat pasaran malaysia rasanya

Tapi kalau search kat shopee 'modess' pun akan keluar product tuala wanita jadi perkataan modess tu memang dah generic untuk merujuk kepada tuala wanita. Jadi tak payah ada yang nak acah acah.. Eh.. Modess tu jenama saya confuse bila you cakap nak modess kotex. Sepatutnya you cakap nak pad kotex bukan modess kotex. 



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

 
;