Showing posts with label Agent. Show all posts

MAID AGENCY MALAYSIA ADA 6 BULAN JAMINAN SEKIRANYA ORANG GAJI LARI

MAID AGENCY MALAYSIA ADA 6 BULAN JAMINAN SEKIRANYA ORANG GAJI LARI. Sekarang ni orang gaji dah jadi satu keperluan bagi golongan yang bekerjaya. Lebih lebih lagi yang mempunyai lebih dari seorang anak untuk di jaga. Kos taska pun sekarang semakin tinggi.. Kalau dua tiga orang anak hantar taska untuk 1 hari kos dia memang dah boleh bayar seorang pembantu rumah. Sebab tu ada yang memilih untuk mengajikan pembantu rumah dari menghantar anak ke taska.


Tapi tu la.. Kadang2 ambil pembantu rumah ni jadi macam macam masalah pulak. Pernah jugak aku dengar luahan perasaan mereka mereka tentang masalah pembantu rumah warga asing yang tak dengar arahan, melawan, tak tahu buat kerja rumah, tak ada etika bekerja, menganiaya majikan, berlaku kasar dengan anak anak majikan ketika ketiadaan ibu bapa mereka & macam - macam lagi la masalah. Benda - benda macam ni sememangnya merisaukan sesiapa saja. Bila di tegur terus lari dari rumah majikan. Walau ada yang kerja tak sampai 6 bulan pun. Ada juga yang sebelum melarikan diri habis di curi barang2 berharga di rumah majikan. So, nak cari pembantu rumah ni jangan main ambik je sebarangan. Nak - nak lagi yang jenis ambil dari kawan la.. ambil warga asing yang datang ke Malaysia tanpa melalui apa2 Agent yang sah. Sangat berisiko. Jangan nak jimat dua tiga ringgit kita menyesal seumur hidup. Sebab tu penting kalau nak ambil pembantu rumah kena melalui Agent yang sah & berlesen supaya sekiranya berlaku apa - apa.. Kita boleh merujuk dengan pihak Agent tersebut.

Nak cari orang tempatan untuk di jadikan pembantu rumah bukan senang nak dapat. Mana ada orang tempatan nak kerja jadi orang gaji kat rumah orang dah zaman sekarang. Kebanyakkan pembantu rumah adalah di kalangan warganegara asing. Tapi tu la.. Bila terbaca berita tentang kejahatan pembantu rumah warga asing ni.. Kita pun rasa cuak. Kalau tak jahat pun takut kerja tak sampai sebulan dua lari pulak. Dah la bayar agent mahal2.. Rugi la kalau tetiba orang gaji lari kan.


Nak ambil orang gaji ni kena teliti supaya kita tak rugi. Kalau ambil yang tak reti buat kerja pun susah jugak. Dah satu hal kita pulak nak kena ajar semua perkara. Jangan sebab orang gaji tak tau buat kerja kita pulak jadi lebih penat dari sebelum ada orang gaji kat rumah. Yelah.. semua benda dia buat tak betul & kita nak kena betulkan balik. Tu pun salah satu masalah besar jugak. Sebab kita ambil pembantu rumah untuk membantu ringankan kerja kita kat rumah.. Kalau menyusahkan lagi tak ada fungsi la pembantu rumah tu.

Satu lagi.. tentang kesihatan. Yang ni sangat penting. Sebab dah banyak kes kat Malaysia ada majikan terambil pembantu rumah yang ada mental problem walau secara fizikal & mata kasar nampak normal. Maka berlaku bila di tinggalkan anak pada mereka.. anak tu di lambung lambung macam bola. Di campak campak macam bantal. Sebab tu penting mencari Agent pembantu rumah yang bagi jaminan pembantu rumah yang mereka bekalkan sihat mental & fizikal.


Pembantu rumah selain yang boleh buat kerja & tak gila.. Ni pun penting. Yang ada rasa perikemanusiaan tinggi & penyayang bukan saja kepada bayi & kanak kanak malah kepada warga emas nak2 lagi kita yang ada ibu bapa yang dah tua.. maybe dah uzur tinggal dengan kita. Perlukan pembantu rumah untuk menjaga sementara kita keluar bekerja. Aku pernah tengok pembantu rumah yang sayangkan anak anak majikan macam anak sendiri.. sayangkan ibu bapa majikan macam ibu bapa dia sendiri. So, dia jaga dengan baik. Ada juga yang baik kat depan.. Belakang di tunjal2nya kepala mak bapak kita yang dah tua. Di sepak2 dengan kaki. So, salah satu ciri yang perlu kita titik beratkan dalam memilih pembantu rumah.

Kadang2 pembantu rumah yang tak faham dengan tugasan mereka pun boleh menyebabkan mereka memberontak seterusnya melakukan benda yang tak baik di belakang kita. Sebab mereka tak di beritahu atau di latih buat perkara perkara tu. Yang mereka tahu.. hanya jaga rumah, kemas rumah jer.. Bila terpaksa buat kerja yang di luar jangkaan mereka itu juga menjadi salah satu punca kenapa pembantu rumah ni buat perkara perkara yang tak di ingini.

Maka sebab tu kenapa anda perlu mengambil pembantu rumah dengan Maid Agency Malaysia ni. Agensi Pekerjaan Cempaka Allied Sdn Bhd merupakan adalah agensi yang membekakan pembantu rumah terlatih secara profesional di Malaysia. Mereka melatih & menyediakan sumber pembantu rumah dari Filiphina, Indonesia & dari beberapa negara di rantau ini termasuklah orang tempatan.


Maid Agency Malaysia tak perlu di ragui kerana sebagai agensi pembantu rumah  profesional di Malaysia mereka menyediakan standard etika kerja yang tinggi & boleh di percayai. Mereka menawarkan jaminan perkhidmatan yang berkualiti. Di tubuhkan sejak 2003 & dan didaftarkan oleh Puan Siti Zarina selaku Presiden Persatuan Kebangsaan Sumber Tenaga Malaysia dan Presiden Koperasi Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Berhad Malaysia

Kakitangan mereka jugak terlatih sepenuhnya untuk memilih pembantu rumah yang sesuai untuk memastikan pelanggan tidak rasa was was untuk meletakkan pembantu rumah dari Maid Agency Malaysia di rumah mereka. Mereka Berpengalaman 20 tahun berkhidmat dalam bidang masing2.

Perkhidmatan yang di sediakan adalah..

☺Menawarkan pekerja asing / pembantu rumah asing dan domestik
☺Memperbaharui passport pekerja asing
☺Pemeriksaan kesihatan dan latihan pekerja asing / maid
☺Pengurusan tiket dan penghantaran pulang
☺Jaminan 6 bulan hanya untuk permohonan sah
☺Latihan dan orientasi untuk pekerja / maid dan sebagainya

Ada juga perkhidmatan peribadi yang di sediakan bagi majikan yang memerlukan khidmat untuk mengatur jadual kerja pembantu rumah. Senang kan... Kita tak payah nak pening - pening kepala nak bagi tugas apa kat pembantu rumah. Dah di sediakan senarai tugasan untuk mereka buat mengikut keperluan kita. Tak semua agensi pembantu rumah menyediakan perkhidmatan macam ni ok!

Kenapa ramai memilih Maid Agency Malaysia...

1. Pembantu rumah telah di latih untuk memahami arahan majikannya. So, tak ada masalah bila ambil pembantu rumah.. Pembantu rumah bebal, tak dengar cakap bagai.

2. Ada 6 bulan jaminan sekiranya pembantu rumah anda lari. So kat sini tak perlu risau tentang kos yang dah anda keluarkan untuk dapatkan pembantu rumah.

3. Maid Agency Malaysia syarikat yang berlesen, di percayai &Amanah. Dapat melakukan tugas baik

4. Menyediakan khidmat kaunseling percuma untuk majikan yang memerlukan nasihat & pandangan tentang cara mendapatkan pembantu rumah.

5. Menyediakan pembantu rumah yang terlatih & sihat mengikut undang undang.

6. Pembantu rumah yang di sediakan telah di latih untuk memahami keperluan majikan sebelum mereka di ambil bekerja.

Dari semua aspek nampaknya Maid Agency Malaysia memenuhi ciri ciri Agent yang membekalkan pembantu rumah yang sangat berkualiti selain ada jaminan sekiranya pembantu rumah lari. Sekiranya anda tercari cari pembantu rumah.. cuba la merujuk dengan Maid Agency Malaysia. Mana tahu pembantu rumah yang di sediakan menetapi keperluan anda. Sekiranya ingin info yang lebih lanjut berkenaan Maid Agency Malaysia anda boleh layari

Website Maid Agency Malaysia.
Instagram : https://www.instagram.com/MaidAgencyMalaysia/
Page / FB : https://www.facebook.com/cempakaalliedsdnbhd/
Hubungi : ( whatsapps) 012 6667524 
Alamat : No 12-B , Jalan Kenari 11,
Bandar Puchong Jaya, Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia


Apapun.. Bekerja dengan manusia memang ada risikonya tapi carilah yang di berdaftar & sah untuk mengurangkan risiko perkara buruk tu berlaku. At least kalau berlaku perkara tak di ingini kita ada tempat untuk mendapatkan maklumat tentang pembantu rumah tersebut untuk di ambil tindakkan.

DROPSHIP CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE TANPA PERLU KELUAR MODAL ATAU SIMPAN STOK BARANG

DROPSHIP CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE TANPA PERLU KELUAR MODAL ATAU SIMPAN STOK BARANG. Walaupun aku bukan online seller (peniaga atas talian) tapi memandangkan ada yang request aku untuk buat entri pasal dropship ni maka atas keprihatinan yang tidak berbelah bagi katanya.. Aku cuba juga karang entri pasal dropship. Sebab masih ramai yang tak tahu & tak faham apa tu dropship.


Dropship ni selalunya berlaku bila anda terjebak dalam perniagaan Online. Dropship ni untuk mereka yang berminat nak berniaga tapi tiada modal.. Boleh la guna cara dropship. Dropship ni konsep dia.. Korang cuma cari customer jer.. Segala urusan penghantaran semua akan di buat oleh Agent. Korang akan di beri komisyen pada setiap jualan tersebut. Memang senang sebab korang tak payah simpan stok, korang tak payah pergi pejabat pos untuk pos barang.. Kerja korang cuma promosi je kat media sosial korang.. Letak contact number korang untuk di hubungi.. ambil order & bagi pada agent detail customer. yang lain - lain pihak agent yang akan uruskan.

Memang sesuai la bagi mereka yang nak cari sumber pendapatan tambahan.. sebab benda ni boleh buat cara santai. Sambil2 dok ber facebook tu boleh la guna kesempatan tu untuk buat duit dengan dropship ni. Jangan risau segala bahan - bahan untuk korang post di media sosial selalunya pihak agent akan sediakan.. cuma kalau korang rasa korang lebih kreatif nak mengolah iklan tu.. Tu adalah lebih baik.

Tak rugi berniaga secara dropship ni sebab korang tak perlu keluarkan modal. Kalau tak terjual pun barang atau produk tu korang tak rugi apa - apa sebab korang tak perlu bayar untuk ambil stok. cuma meraih komisyen dari setiap jualan yang korang buat tapia tetap kena rajin la advertise jualan korang & menjawab segala pertanyaan customer.

Jangan tanya nak buat dropship barang apa? Apa saja barangan yang di tawarkan dropship kalau korang rasa korang mampu jual.. Try je. Banyak dah sekarang Agent bukan peluang untuk orang buat dropship. Tapi pilihlah barang yang memang senang jual.. Sebab barang2 senang jual ni selalunya mudah sikit nak dapat income kan.

Siapa yang boleh buat dropship? Sesiapa je asal ada keinginan & kesungguhan nak cari pendapatan tambahan. Depa tak minta hangpa hantar resume dengan sijil2 sekolah pun kalau nak jadi dropship ni. Asalkan korang ada account media sosial macam facebook tu pun dah cukup sebab medium tu nanti di gunakan untuk korang jual barang atau produk tu.

So, pada yang request suruh den buat entri pasal dropship moga membantu anda lebih memahami yer. Maaf den memang guna penulisan santai je. Kadang2 formal sangat orang tak faham. Almaklum la.. kita ni takde nak cakap bahasa surat rasmi kalau sembang2 santai ni. Jadi kadang2 istilah formal sangat orang tak faham. hehehehe

Moral of the story.. Zaman sekarang teknologi memudahkan kita. Kita boleh cari pendapatan hanya duduk di rumah macam aku ni. Kadang2 income tu lebih banyak dari makan gaji. Sedangkan kalau kerja makan gaji kos tinggi. Jadi manafaatkan teknologi kepada perkara yang baik & menguntungkan.

NAK TAHU KENAPA MENJAGA SEORANG ANAK LEBIH SUSAH DARI 5 ORANG ANAK

NAK TAHU KENAPA MENJAGA SEORANG ANAK LEBIH SUSAH DARI 5 ORANG ANAK. Tajuk entri ni confirm ramai yang tak setuju.. Kalau dia baca tajuk entri la. Kalau dia jenis manusia yang bijak pandai.. Dia takkan menilai sesuatu dari Tajuk.. Dia akan clik & baca isi kandungan cerita tajuk tu. Jadi aku tak risau sangat la kalau orang nak judge dari tajuk.. Sebab manusia macam tu kau kena ignore je.. Bukan apa kalau kau lawan kesian nanti dia malu pulak sebab komen dia tak sama dengan jalan cerita. hahahaa

Sekadar hiasan.Sumber Google

Alkisahnya.. Bukan sekali aku di suggest (cadangkan) untuk berniaga sesuatu produk tu bila review yang aku buat mendapat sambutan. Macam biasa la.. Aku memang akan menolak idea idea macam tu. Maka akan berlaku komen2 sinis.. Bila aku cakap aku banyak komitmen. Kerja aku bukan anya 24 jam depan pc.. aku ada suami & seorang anak perlu di beri perhatian. Maka akan muncul la komen2 yang akan membandingkan.. I pun ada 10 anak I jaga.. di samping i tulis blog, I pun buat bisnes jugak. Kalau tak mampu jadi Agent, I buat dropship.. Antara ayat2 tipikal yang biasa aku terima. Kadang2 sampai malas nak jawab.

Yer... betul. Nak buat side income secara online tak semua memerlukan kita keluar rumah.. ambil stok barang & pos pada customer. Kita perlu ambil order & pas order kat Agent. Tapi bukan semudah tu ok.. Kau nak deal dengan customer perlu masa.. kau nak jawab pertanyaan orang perlu masa. Pendek kata tak mudah la kau nak dapat duit.. semua perlu modal tenaga & masa jugak kalaupun kau tak perlu keluar rumah. Hari ni pun dok jawab client nak review pun sampai tak sempat nak update blog. Bayangkan aku perlu jawab customer yang nak membeli belah produk aku jual.. Taknak la blog yang menjadi sumber rezeki & yang memberi kepuasan aku bila menulis terbengkalai.

Tapi memang geram jugak la bila ada yang sinis.. Alah sis, anak baru sorang. I ni jaga 5 orang anak buah. Yang kau jaga bukan sepenuh masa kalau setakat anak buah & kau tak perlu nak bawa anak anak buah kau pergi check up.. Appointment dengan therapist.. Teruskan terapi.. mengajar kat rumah. Sebab anak2 buah kau tu semua sempurna Allah jadikan.. Anak aku adalah anak yang mempunyai masalah perkembangan yang perlu pergi terapi.. Perlu teruskan terapi di rumah.. Perlu perhatian extra berbanding budak2 lain. So kalau tak tau masalah orang.. please jangan nak compare hidup kau dengan hidup orang lain. Walaupun aku sorang anak.. Banyak benda aku nak kena buat untuk dia.. berbanding kau bagi makan, bagi mandi, bagi tidur.. & pantau jer. Lagipun bukan anak kau!! Kau ada masa cuti untuk jaga depa.. aku tiada istilah cuti jaga anak sebab dia anak aku!! Kalau semua benda aku nak buat.. Aku tak payah tidur gamaknya. Sebab rehat sekarang pun rasa time tidur je.

Lagipun berniaga ni perlu minat baru boleh buat.. Aku memang suka menulis sebab tu aku buat kerja berkaitan penulisan je. Aku buat kerja yang aku rasa aku mampu.. Kalau semua benda nak buat dalam satu masa, kau mampu ke nak consistent. Jangan yang di gendong berciciran yang bimbit bertaburan. Alih2.. penat je kau dapat. So, dalam nak buat sesuatu.. Banyak perkara kena fikir. Salah satu kena ada minat. Meniaga bukan semua orang minat. Macam aku memang tak minat. pernah cuba tapi rasa macam tak ada talent. So aku malas nak buang masa ikut apa yang orang buat. Aku buat apa yang aku suka je sekarang. At least aku buat dengan bersungguh sungguh. Setiap hari mengais kat FB cari orang nak review. Biarlah orang pandang rendah pun.. Janji tu cara aku cari side income. Akan datang mungkin datang minat berniaga tu lain cerita. Buat masa sekarang belum sampai seru lagi.

Setiap orang ada bahagian rezeki masing masing.. Tak payah tamak atau nak sinis sangat dengan orang yang tak nak ikut cara kita. Biarlah dia cari rezeki dengan cara dia.. Tak salah kalau nak bagi cadangan tapi bila orang taknak tu payah nak sinis orang dengan buat perbandingan hidup kita dengan hidup orang lain. Lain la kau tinggal serumah dengan dia & kau nampak dia memang banyak masa goyang kaki.

Moral of the story... Sapa nak berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com untuk sebarang review boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com. I tak buat banyak kerja so, Insya Allah I akan menulis sehabis baik pada setiap penulisan yang di bayar & di pertanggungjawabkan pada I. hehehe

SALAH SATU CIRI EJEN INSURAN YANG BANGANG PERLU ANDA TAHU

SALAH SATU CIRI EJEN INSURAN YANG BANGANG PERLU ANDA TAHU. Aku dulu pernah jugak kerja sebagai telemarketer ni. Dengan basic RM450 masa tu.. Baru sampai dari kampung nak mencuba nasib di bandar. Dengan 0 pengalaman tentang marketing.. Aku terima jugak kerja tu & belajar buat marketing melalui panggilan telefon. Alhamdulillah bulan pertama pun aku dah dapat customer & lama2 aku berjaya menjadi top marketing kat situ atas keramahan & kepetahan aku mengayat. Tengok dari Zero To Heroin katanya..


Jadi kadang2 aku rasa alergik jugak dengan agent2 insuran yang bangang ni. Contoh tadi aku dapat call dari seorang agent insuran BSN apa ntah aku tak record sangat greeting dia tu.. Aku terus potong cakap dia.. Aku Tanya ni pasal Insuran ke? Bila dia jawab yer je aku terus cakap aku tak berminat sebab aku mampu nak ambil insuran, banyak komitmen. Aku cakap macam tu sebenarnya aku nak matikan perbualan je. Aku tengah sibuk menguruskan baju bajan dalam rumah ni. Almaklum la.. setengah hari tadi habis masa dengan urusan anak aku. Pagi2 dah meredah KL untuk sesi speech therapy.. balik dari terapi berdesup urusan hal tadika dia tahun depan. Tup tup sampai rumah pun dah pukul dua. Jadi lambat sikit menguruskan hal rumah tangga tu. Tengah dok sibuk dengan kerja rumah dapat pulak call dari agent insuran, Memang takde masa la nak beramah mesra sangat.

Yang buat aku meruap tu bukan apa.. Bila orang cakap tak mampu.. takde duit nak bayar insuran tiap2 bulan.. Terus dia cakap. Kalau berlaku kemalangan ke sakit ke macam mana nak bayar kalau takde insuran cover? Aku cakap la balik kalau takde duit nak bayar tiap2 bulan ada ke insuran nak cover aku. Kalau ada aku nak register sekarang. Dia dok ulang cakap benda yang sama.. kalau berlaku kemalangan bla.. bla.. dot com dot mai. Apa ke bangang agent insuran macam ni. Terus aku cakap kalau dia nak tolong bayar ok aku register pandai pulak bagi salam & end call.

Aku tahu la kerja kau kena menyakinkan orang lain untuk mendaftar insuran supaya kau boleh dapat komisyen tapi jangan bangang sangat. Bila orang cakap takde duit.. Kau boleh je cakap macam ni. Takpe cik.. ni saya just nak bagitau. Mungkin akan datang cik berkemampuan & berminat nak ambil insuran jadi saya nak bagitau la apa kelebihan insuran ni bla.. bla.. dot com dot my. Tak register sekarang pun takpe.. saya just nak bagitau cik jer kebaikkan insuran ni. Ok la jugak macam tu.. Ni dok ugut orang dengan 'kalau berlaku kemalangan bla.. bla.. takde duit macam mana nak bayar.' Ingat bayar insuran pakai duit monopoly ke hapa..

Agent Insuran kau kena bijak & belajar memahami orang lain jugak. Orang yang tak apply insuran ni bukan semua tak sayang family tak sayang anak bini.. Memang ada orang tak berkemampuan nak bayar tiap2 bulan. Mungkin pendapatan dia sekarang cukup2 makan je. Kalau ada insuran boleh cover tanpa perlu bayar tiap2 bulan mungkin ramai orang ambil. Jadi kau jangan nak mendesak sangat sampai macam nak mewajibkan orang ambil insuran pulak walau tak mampu. Takkan nak berpuasa 365 hari setahun semata mata nak bayar insuran kot. Kau yang jadi agent Insuran tu pun belum tentu ada cover insuran jugak... Alah tak payah nak tipu la semua agent insuran ada ambil insuran untuk cover diri dia. Ada yang tak apply pun... Dengan orang pandai pulak dia nak sekolahkan pasal insuran bagai.

Moral of the story.. sebagai bekas telemarketing walau aku tak pernah jual insuran aku faham pendapatan korang bergantung pada komisyen di mana memerlukan pelanggan menyertai apa yang anda tawarkan tu.. Tapi tolong la study la sikit. Belajar mengayat secara kreatif yang menampakkan anda seorang telemarketer yang bijak,peramah, menyenangkan hati jugak baik budi pekertinya. Kena pandai pikat hati pelanggan bukan buat pelanggan takut atau meluat dengan cara bodoh anda memaksa pelanggan.

NAK TAHU KENAPA PEMBUAT TEH TARIK PALING LAYAK JADI SECRET AGENT

NAK TAHU KENAPA PEMBUAT TEH TARIK PALING LAYAK JADI SECRET AGENT Kita rasa pembuat teh tarik ni adalah golongan biasa jer... Takde apa yang menarik selain pandai buat teh tarik yang sedap. Kalau kita pandang dari satu sudut je memang kita akan anggap macam tu.. Tapi bila kita luaskan Imaginasi & pemikiran kita akan nampak kelebihan lain yang ada pada pembuat teh tarik ni..

Terbaik satu artikel berkenaan 7 Golongan yang paling layak jadi Secret Agent @ pengintip rahsia.. salah seorang dia pembuat teh tarik. Nak tau kenapa pembuat teh tarik ni mempunyai kelayakkan untuk menjadi secret Agent @ pengintip.. Ini kerana nak buat teh tarik perlu teliti & pandai mengimbang. Selebihnya korang boleh baca kat sini >> 7 Golongan yang paling layak jadi secret Agent <<


Bukan je pembuat teh tarik... antara 7 golongan tu mak korang pun termasuk dalam golongan yang layak terpilih menjadi secret Agent @ pengintip selain Driver teksi & security guard. Tapi aku setuju alasan kenapa golongan ibu2 asia ni paling layak jadi secret agen @ pengintip ni sebab.... Nak tahu kenapa mereka di katakan paling layak bergelar secret Agent even profesion depa ni kategori bukan la educated sangat baca la kat link aku bagi tu yer... >> 7 Golongan yang paling layak jadi secret Agent << Confirm alasan kenapa mak2 paling layak jadi pengintip ni korang setuju tapi tak boleh terima hakikat. hahahha

Moral Of the story.. Jangan pandang rendah pada apa jugak pekerjaan halal yang orang lain buat even dia tak berpelajaran tinggi sebab setiap orang ada keistimewaan, kelebihan & kekurangan yang tersendiri. Kalau rasa kerja hangpa sebagai golongan profesional tu macam bagus sangat.. Cuba buat roti canai?? Reti ke?? Setinggi mana pun tahap pendidikan kita belum tentu semua orang pandai tebar roti canai.. even ada yang pandang penebar roti canai sebagai kerjaya low class.. takde dorang tak makan roti canai la korang.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com