Showing posts with label berbual. Show all posts

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU. Sesungguhnya sememangnya zaman telah berubah & mengubah segalanya. Dulu kalau orang nak buat kerja2 syirik & khurafat atau kerja nak menyihir orang ni terpaksa bertapak pergi rumah mana2 pawang atau bomoh.. Paling terkenal untuk service macam ni yang jenis bomoh siam la. Bomoh siam tak semestinya orang siam.. Ada orang melayu yang mengamalkan ilmu sihir cara orang siam pun ada. Pun di panggil bomoh siam. Orang cina pun ada bomoh siam jugak.. Bomoh siam ni kira antara bomoh2 yang kira boleh tahan la ilmu batin yang penuh syirik & khurafatnya..


terbaca perkongsian dari fb page beautifulnara tadi.. Dia share screenshot pasal conversation seorang yang menyediakan khidmat menyantau. Tu dia.. dia iklankan service dia kat whatsapp pulak.. Lepas tu siap ugut sapa block dia, dia akan santau. Macam hampeh dia punya marketing tau.. Yang best lagi siap bagitau harga mengikut jenis hantu.. Ni kalau ikut size hantu gamaknya toyol kot paling murah sebab dia paling kecik.. Kalau mahal.. hantu raya la kot sebab dia paling besar. Tapi kalau ikut jenis hantu tak pasti pulak hantu apa paling power & mahal harganya. hahahahahaha..


Tak tau whatsapp yang di screenshot ni sekadar bergurau atau benar2 wujud orang yang memasarkan perkhidmatan macam ni melalui whatsapp. Tapi tak mustahil pun sebab kat google ads pun ada yang iklankan perkhidmatan macam ni ok! Aku pernah nampak dulu.. Kat media sosial tak payah cerita. Ada jer service rawatan, ilmu pengasih bagai dari golongan perawat yang menggunakan rawatan alternatif ni. Cuma nasihat aku sebagai orang Islam hope jangan la sesapa terjebak dengan perkara perkara macam ni ok! Kat dunia pun tak senang mana.. apatah lagi kat akhirat sana. Benda2 macam ni selalunya makan diri balik. Kadang2 azab tu Allah tunjuk tak tunggu mati dah.. Banyak kot cerita2 manusia yang di azab kerana mensyirikkan Allah & mengkhianati orang lain menggunakan ilmu sihir ni. So, biar benda tu jadi pengajaran kat kita yang masih jahil ni.

Moral of the story.. Memang sihir tu boleh berlaku kepada sesiapa dengan Izin Allah, tapi ingatlah walau Allah mengizinkan sesuatu yang jahat itu terlaksana pun tapi tetap di murka. Itulah ujian kita sebagai manusia di muka bumi ni.

MANUSIA TAK PERNAH MEMBENCI ADALAH PENIPU BESAR

MANUSIA TAK PERNAH MEMBENCI ADALAH PENIPU BESAR. Dalam hidup ni mustahil sangat ada orang yang dia tak ada langsung orang yang dia tak suka. Memang aku cakap tipu sangat la. Semua orang ada orang yang dia tak suka termasuk la aku walau kita media sosial kita dok budget gud gud dengan kata2 motivasi & positif konon jangan membenci orang lain, sayangilah semua orang bla.. bla.. dot com dot my bagai hakikatnya kalau boleh hack hati dia confirm ada jugak tertulis nama2 orang yang dia tak suka atau benci. Sebab kita cuma manusia biasa yang bukan kata jahat sejahat jahatnya tapi tidak sempurna. Kita ada perasaan & citarasa. Kita cuma berusaha menjadi yang terbaik tapi kadang2 kita gagal lawan emosi & terjerumus juga dalam rasa tidak suka pada seseorang.


Orang yang kita tak suka ni selalunya ada di sekitar kita jer. Yelah.. dah nama manusia mustahil dia ada di luar bumi. Dah tentu dia ada dalam bumi. Kalau setakat kat Malaysia ni bila2 masa yang kita tak sangka boleh terserempak. Bak kata orang bumi tu bulat pusing2 jumpa tempat yang sama tak mustahil jumpa orang yang kita tak suka.

Kalau kita jumpa orang yang kita tak suka & dia tau kita tak suka dia & dia pun tak suka kita.. senang. Sebab confirm masing2 buat2 macam tak kenal jer.. Tapi kalau jumpa orang yang dia tak tahu sebenarnya kita bukan benci cuma tak berapa suka nak berborak panjang dengan dia. Sebab kita tak suka topik yang selalu dia bualkan. Memang bukan citarasa kita la nak cakap hal2 macam tu. Dalam situasi yang memang tak dapat elak dari berdepan dengan dia, yang ni jadi masalah besar. Nak2 lagi yang jenis tak berapa reti bahasa kiasan atau sindiran ni.. Lagi la susah. Tapi takpe sebenarnya ada cara paling mudah nak buat orang ni yang rasa nak blah dari kita tanpa sempat dia berborak panjang lebar dengan kita. Nak tau caranya meh tengok kat sini >>Confirm cara ni orang yang anda tak suka terus blah bila jumpa anda <<

Well.. Kita cuma manusia. Bila kita tak suka cara seseorang tu lebih baik kita elakkan dari kita gigih jugak dok hadap & menyemarakan lagi rasa benci tu. At Least bila kita tak tengok perangai @ cara dia yang annoying tu takde la kita sentiasa rasa menyampah dengan dia. Sebab tu penting kita mengelak bila kita tahu kita tak suka cara dia. Orang sekarang ni kalau tegur pun bukan dia anggap benda tu berniat baik.. Kita tegur kita pulak di label dengki, khianat bagai dengan orang lain. So, cara paling selamat adalah elakkan.

Moral of the story.. Tak payah berlagak baik mengaku kita tak pernah membenci sesiapa dalam hidup walhal sebenarnya kadang2 kita tak sedar kita memang sedang membenci seseorang sebab kita hanya manusia rasa benci tu adalah salah rasa yang normal semua orang akan rasa. Tak kira la benci orang lain atau benci diri sendiri. Peace!

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com