Showing posts with label Yuyu Zulaikha. Show all posts

GAMBAR BABY YUYU ZULAIKHA

Alahai blogger comel lote, famous amos dah selamat bersalin semalam katanya.. cantik tarikh lahir si kecik tu. 10.10.2014.. Aku pulak yang excited yuyu dah selamat bersalin. Bukan apa... Aku excited bukan pasal dia blogger terkenal tapi sebab dia kan macam den jugak orangnya. Tang comel je tak sama.. tang tinggi, size kasut bagai semua sama.

Blogger pemes besar Vs Blogger pemes kecik tapi bukan asben yuyu.. tu ben ashaari. Gamaknya kalau aku bergambar sebelah Ben Ashaari ni pun camtu la rupanya..

Apapun tahniah ye yuyu.. Sekarang orang2 yang pernah pandang rendah kepada kemampuan perempuan kurang tinggi macam kita moga sorok muka dalam selimut lepas ni. Siapa kata perempuan kurang tinggi tak boleh mengandung, tak boleh bersalin normal??

Apapun selamat berpantang pada yuyu.. Jangan datang pulak mulut2 becok nak pertikaikan kemampuan kita golongan tinggi tak cukup inci ni tak boleh jaga anak pulak? kang makan nasi guna straw sebulan. comelnya baby dia.. boy ke girl mak dia tak nak bagitau lagi kot.

Tahniah Yuyu.. Selamat berpantang & welcome to the club


PEREMPUAN PENDEK TAK MAMPU LAYAN SUAMI,TAK BOLEH MENGANDUNG & BERANAK NORMAL

Betul ke? Perempuan kecik, pendek,ketot, tak mampu untuk jadi seperti wanita yang berketinggian normal macam orang lain lebih2 lagi dalam hubungan suami isteri,zuriat & bersalin secara normal dengan kandungan yang cukup matang? Betul ke? Kajian dari doktor kepala hotak mana?? Tu dia keluaq dah ayat2 nak melahar ni...

Sumber google

Yelah.. mana rasa tak melaharnya. Aku pun tergolong dalam golongan perempuan yang tak berketinggal normal macam orang lain tapi bukan kerdil yer.. Kerdil tu lain tapi ni golongan perempuan yang tingginya tak menepati piawaian umur dia. Yang berumur 20an keatas tapi berketinggian antara 135cm -140cm. Memang akan di pandang macam alien atau satu manusia yang special case sangat.

Semalam.. terbaca status blogger comel yang lebih kurang sama size dengan aku tentang pertikaian & pandangan orang pada kemampuan dia untuk jadi seorang isteri & ibu sebab fizikal kecil.


Aku pernah tulis entri pasal ni dulu. Pasal orang pandang aku macam makhluk pelik bila aku mengandung. Masing2 kalau ternampak aku excited nak tengok seolah olah alien yang turun ke bumi dengan perut boyot berisi bayi. Hati aku.. memang tak suka dengan pandangan macam tu. Bila check up pun nurse2 sibuk check umur aku kat buku merah dengan ayat.. keciknya awak. Umur awak ni berapa? Sebelum kawen pun aku dah hadapi ayat2 mencengkam jiwa.. konon tak boleh layan suami la.. tak boleh mengandung la.. & susah dapat jodoh. Ada sorang kakak yang aku ingat dia sebut 'Rabak' kalau kawen sebab fizikal aku kecik (harap korang faham rabak yang di maksudkan sebab aku malu nak tulis secara detail). Sentapnya perasaan aku masa tu Allah saja yang tahu seolah2 aku ni terlalu kekurangan sampai banyak benda orang rasa aku tak mampu buat sebab fizikal aku yang kecik tak macam orang lain.

Siapa kau nak pandang aku tak mampu jadi macam wanita lain?? Allah dah tunjukkan.. aku dah kawen sebelum melepasi zon andartu.. Aku dapat anak.. aku bersalin normal yang Allah permudahkan segalanya. Aku tak diduga dengan sakit yang lama.. Dalam LR pun setengah jam jer aku dah bersalin. NORMAL ok! anak aku even awal 3 minggu tapi cukup bulan. Aku bersalin dalam keadaan muka yang ada makeup & baju yang aku pakai masa nak ke hospital. Tak sempat tukar baju hospital. Kau bayangkan aku sempat makeup sebab masa turun tanda air tu aku tak sakit lagi. Aku mula sakit masa dalam perjalanan ke hospital jer. Tu tandanya kuasa Allah. Dia memberi apa yang dalam kemampuan kita hadapi.

Apa yang yuyu atau orang2 seperti kami rasa..aku tahu rasanya macam mana sebab aku tergolong dalam golongan mereka jugak. Orang lain yang di lahirkan berketinggian normal tak mungkin mampu rasa apa yang kami rasa. Kalau tak mampu nak faham tolong jangan keluarkan statement seolah2 hang tu Tuhan.. yang tentukan sapa boleh sapa tak boleh, sapa mampu & sapa tak mampu. Hangpa yang dok cakap camtu pun belum tentu mampu jadi wanita yang sempurna. Renung renungkan.. Kita di jadikan Allah dengan kelebihan & kekurangan yang tak sama.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com