Showing posts with label simpan. Show all posts

AWAS! INI SEBAB TIDAK BOLEH SIMPAN TOMATO,BAWANG & UBI KENTANG DALAM PETI SEJUK

AWAS! INI SEBAB TIDAK BOLEH SIMPAN TOMATO,BAWANG & UBI KENTANG DALAM PETI SEJUK. Rumah sapa yang tak ada peti sejuk zaman sekarang.. Majoriti setiap rumah pasti ada peti sejuk sebab dah jadi keperluan bukan lagi lambang kemewahan cuma membezakan peti sejuk orang susah, golongan sederhana & golongan kaya berbeza jenama & saiz je la. Macam aku ni golongan sederhana jadi peti sejuk pun sederhana la jenama & size dia. Ok la tu kan.. Asalkan beli cash bukan hutang. Kau nak peti ais sama besar dengan almari dua pintu.. Make sure pendapatan kau pun kena setaraf juga la dengan selera kau. hehehehe


Taki kisah la berapa pintu peti sejuk kat rumah kita kebanyakkan fungsi dia sama jer. Untuk simpan bahan bahan mentah & banyak lagi la fungsi lain. Malas pulak aku nak senaraikan satu persatu.. Pepaham sendiri je la.. Tapi yang penting bahan mentah tu la. Nak2 lagi bahan basah ni.. Untuk pastikan dia tahan lama kena la letak dalam peti sejuk. Boleh la tahan seminggu.. ye dak.. Dulu masa aku & adik beradik masih bawah tanggungan mak ayah.. Setiap seminggu sekali mak & arwah ayah akan keluar pergi beli stok lauk & sayur untuk seminggu sebab mak ayah aku kerja. Bila balik kerja atau sebelum pergi kerja boleh masak siap siap.

Walaupun peti sejuk ni untuk menyimpan bahan bahan basah & bahan mentah tak semua benda kau boleh sumbat dalam peti ais. Peti kau bukan perigi buta ok! Ada benda yang kita tak di galakkan untuk simpan dalam peti ais. Tapi ada bahan bahan mentah yang kita biasa simpan dalam peti ais tapi sebenarnya tidak di galakkan & tidak sesuai di simpan dalam peti ais. Contoh Buah tomato, bawang & ubi kentang.. Ubi kentang & bawang tu mungkin tak ramai yang simpan dalam peti ais tapi tomato.. Rasanya majoriti suka simpan dalam peti ais. Betul tak? Nak tau kenapa tak boleh simpan dalam peti ais meh baca kat sini >> 7 Kesilapan Yang Anda Buat Ketika Menyimpan Bahan - bahan mentah dalam Peti Sejuk << Baca yang nombor dua tu yer kalau nak tahu kenapa tak boleh simpan buah tomato, bawang & ubi kentang.

Lepas dah baca info pasal peti sejuk tu korang tahu la kan nak manage peti sejuk sendiri. Tak semua benda boleh sumbat dalam peti sejuk tu.. Peti sejuk kita bukan mini market ok! hehehehe..

JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR

JENIS JENIS SAKA YANG MUNGKIN ANDA TAK PERNAH DENGAR. Sesekali kita ubah sikit segmen seram serik lekatlekit yang normally berkongsi cerita seram kepada info seram. Benda2 yang berkaitan alam ghaib yang berdampingan dengan manusia ni tak salah kita ambil tahu. Mungkin berguna pada kita di kemudian hari. Bukan untuk rujukan untuk sesiapa yang nak bela saka, ok!

Filem Waris Jari Hantu salah satu contoh cerita tentang saka. Dalam filem ni mengetengahkan saka harimau

Saka yang kita sedia maklum sejenis jin belaan manusia. Kiranya jadi khadam pada manusia la lepas perjanjian di persetujui. Tapi setakat ni syarat jin nak jadi khadam/saka kepada manusia dia jarang la nak minta banglo sebiji ke hapa.. Normally benda dia nak makan & pewaris bila owner dia dah di pinggir kubur supaya nasib dia terus terbela katanya. Ataupun berpunca dari amalan ilmu-ilmu tertentu seperti ilmu kebal, ilmu perdukunan, persilatan, pengasih, pelaris, penyeri, susuk, dan lain-lain amalan yang menyalahi syarak.

Tapi jangan tak tahu saka tak semestinya warisan turun temurun ok.. Kadang2 saka ni boleh datang duduk dengan kita tanpa kita sedari. Sebab dia boleh berdamping dengan kita dengan berbagai cara walaupun keturunan kita tak pernah bela saka pun. Contoh jin saka ni boleh datang atas sebab sebab berikut

1. semasa kita ke tempat-tempat tertentu yang dihuni jin atau memasuki rumah baru terutama rumah yang lama tidak berpenghuni

2. adanya jin-jin yang tertentu, terlalu berminat pada seseorang
melalui mimpi seperti menerima sesuatu dalam mimpi, memiliki anak kecil, kerap melihat makhluk-makhluk aneh 

3. membuat rawatan dengan mereka yang berdamping dengan jin
menerima amalan dari mereka yang berdamping dengan jin walaupun amalan ayat-ayat al-quran, zikrullah maupun persilatan. 

4. Mereka yang memiliki saka dengan sengaja memerintah atau menyerahkan saka mereka kepada orang lain dengan berbagai cara yang tidak kita sedari.

Jenis jenis saka yang mungkin selama ni kita tak pernah tahu adalah..

Saka Umum
Saka Pendamping/Sahabat 
Saka Kawasan
Saka Tangkal
Saka Jamu
Saka Gerondong
Saka Yang Berulang
Saka Ruh Gentayangan

Tu dia saka jamu pun ada. Tapi jangan silap pulak saka jamu ni bukan saka dari jamu yang orang perempuan dok ambil tu tau. Saka jamu ni saka yang selalunya perlu di jamu bila tiba masa masa tertentu. Macam kena buat jamuan makan untuk dia la. Dulu ada la someone yang aku kenal dia seorang bomoh, setiap tahu dia akan buat kenduri untuk menjamu saka saka dia.. Tapi kenduri tu tetap dia jemput orang datang makan. Mungkin tu la kot saka jamu. Dari apa yang aku baca saka jamu tu memang ciri2 dia macam tu hehehe. Selebihnya kalau korang nak tahu tentang saka saka ni boleh baca kat sini >> Jenis Jenis Saka <<

Punca jadi saka ni boleh berlaku dari Jin-jin yang datang mengganggu atau melalui jalan sihir, sekiranya tidak dirawat juga boleh berubah status menjadi saka. Jadi jangan ambil mudah kalau rasa macam hidup anda di selubungi misteri. Cepat2 la merujuk kepada pusat rawatan Islam. Manalah tau.. tetiba orang hantar jin kat kita tapi kita ingat just mainan perasaan je. Bila dah lama jin tu berdamping dengan kita, tak mustahil boleh menjadi saka. Bukan apa ada jenis orang sekarang yang tak percaya kepada sihir & perkara mistik. Konon urban sangat.

Moral of the story dari dok kumpul saka konon nak senang cara ekspress baik la kumpul harta macam beli rumah ke.. Beli rumah banyak2 boleh jugak jadi aset untuk pelaburan jangka panjang. Jadi kalau ada niat nak beli rumah jangan main beli jer.. Kena tahu 5 perkara ni dulu >> 5 Tip Penting Sebelum beli rumah << Yang penting nak beli rumah jangan beli rumah yang ada jin saka. Silap haribulan servis saka bertukar tangan tanpa anda sedar. hehehehe

CARA PALING MUDAH KUMPUL DANA UNTUK PERGI BERCUTI

CARA PALING MUDAH KUMPUL DANA UNTUK PERGI BERCUTI. Minta Maaf yer.. Najib Tun Razak belum sediakan Bantuan Dana Cuti Cuti Malaysia (BDCCM) untuk rakyat malaysia. Kita masih cuma ada GST & BR1M.. Jangan berangan la korang nak dapat dana dari kerajaan Malaysia untuk pergi bercuti. Yang mana blogger boleh raih tajaan bercuti sambil bekerja dari mana2 agensi pelancongan kalau nak bercuti dengan di taja. Yang mana mampu boleh taja diri sendiri & menikmati percutian tanpa terpaksa buat live update.


Kalau la ada Dana untuk pergi bercuti best jugak ni.. Tapi mungkin negara tu dah memang semua rakyat dia takde yang miskin, daif la. Kalau macam Malaysia ni bersepah lagi gelandangan, orang miskin tak cukup makan pakai nak bagi dana pergi bercuti memang tak tunggu PRU memang ada yang kena tendang sampai ke segitiga bermuda la.

Tapi jangan risau walau kita tak boleh usulkan dana bercuti dalam budget negara seterusnya kita boleh mengadakan dana percutian tu sendiri. Tapi kena tau la caranya. Cara yang mungkin selama ni kita tak pernah tahu atau ambil kisah. Mungkin tahun ni kita nak merasa travel macam orang lain.. Elok la kita mulakan dari sekarang.

Nak tahu macam mana nak kumpul Dana untuk bercuti meh tengok kat sini >> Inilah Rahsia Paling Mudah Untuk Kumpul Dana Pergi Bercuti << Rugi tau korang tak baca. Ia salah satu cabang ilmu yang boleh di pratikkan jugak. Banyak manafaatnya artikel ni. Jangan tak clik.. Takut terlepas peluang ni mungkin korang menyesal di kemudian hari. hehehe

Moral of the story.. Dalam hidup perlu jugak bercuti tak kira la sekadar cuti depan halaman rumah jer. Bercuti ni tak semestinya ke tempat jauh.. cukup la tempat tu buat kita rasa boleh berehat dari segalanya masalah dunia & rutin harian buat sementara waktu. Itulah fungsi pergi bercuti. Bukan pergi bercuti tapi tetap stress & asyik kena fikir pasal kerja.

AWAS! MESEJ CURANG PASANGAN BOLEH JADI BAHAN BUKTI UNTUK DI PENJARA

AWAS! MESEJ CURANG PASANGAN BOLEH JADI BAHAN BUKTI UNTUK DI PENJARA. Zaman teknologi ni memang meningkatkan kes kecurangan. Tak kira bagi pihak perempuan mahupun lelaki. Dua2 sama naik bak kata orang kedah. Kalau dulu nak curang dia banyak step sikit nak buat.. Tapi sekarang duduk dalam rumah sambil tengok tv dengan family pun depa boleh curang hanya semudah hujung jari. Yelah.. berapa kerat yang takde smartphone & access internet.


Kalau kita dapat kesan pasangan kita curang melalui media sosial.. Jangan nak mengamuk dulu atau dok tadah berkoyan koyan airmata sebab makan hati. Tengok tahap mana kecurangan pasangan tu. Kalau boleh slow talk.. elok la bawa berbincang. Kalau suami/isteri makin teruk sampai mengabaikan tanggungjawab pada keluarga ini masanya anda bertindak dengan lebih agresif. Agresif bukan kata pi belasah pasangan atau orang yang jadi orang ketiga dalam rumahtangga hangpa tu.. Satgi depa selamat hangpa yang mereput dalam lokap pulak. Ambil langkah selamat & bijak.

Caranya.. simpan mesej2 & gambar2 curang pasangan. Sebab benda tu boleh di jadikan bahan bukti untuk mendakwa orang ketiga kesalahan mengganggu atau memecahbelahkan rumah tangga pasangan berkahwin sehingga mereka bercerai mengikut Seksyen 36 dan Seksyen 37 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Individu berkenaan perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam di kawasan mana kesalahan itu berlaku. Pihak jabatan akan membuat siasatan dan jika ada bahan bukti, saksi dan kes kuat, barulah pihak ketiga akan didakwa di bawah prosedur jenayah syariah. Jika sabit kesalahan, mereka terbabit boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Mereka yang dikategorikan sebagai orang ketiga boleh merujuk antara pasangan kekasih lelaki dan wanita, wanita dengan wanita (lesbian), lelaki dengan lelaki (gay), kalangan keluarga, saudara mara, adik beradik, ibu bapa atau datuk dan nenek.

Dengan cara macam tu mungkin jugak boleh menyelamatkan rumahtangga anda. tapi kalau memang cinta depa dah ikat mati bukan ikat tepi lagi at least takde la sakit hati sangat lepas macam tu je. Sekurang kurangnya orang yang pernah jadi parasit dalam rumahtangga kita tu di kenakan tindakkan undang undang dunia.

Apapun kenapa perlu ganggu hubungan rumahtangga orang. yer Islam Menghalalkan poligami tapi cara kena la betul. Kalau dok skandal sembunyi2 tu dah tak betul caranya. nak2 lagi sampai meruntuhkan rumahtangga orang. Buat apa nak cari masalah dengan pilih suami orang. Ye dak??

Moral of the story.. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. hati hati pada mereka yang sekarang tengah skandal dengan suami atau isteri orang lain. Nasib tak baik belum sempat hangpa lari pi kawen kat siam dah dapat pakej honeymoon kat hotel besi biru putih.

ROZITA CHE WAN TUKAR BAJU SEJAM SEKALI SETIAP HARI KOT

Terbaca kisah baju rozita che wan @ che ta yang katanya banyak sampai tak muat nak simpan kat rumah dia terpaksa sewa kondo lain untuk simpan koleksi pakaian dia. Sebelum cerita pasal sewa kondo untuk baju dia tu.. terbaca dulu koleksi baju raya aidilfitri dia ada 60 pasang. Telan air liur jer.. Aku baju raya sepasang pun takde lagi dia dah siap 60 pasang. Mak Aii... 30 hari raya.. 1 hari dia pakai 2 pasang kot.


Bila baca cerita pasal pakaian che ta ni aku terfikir jugak.. Baju banyak2 bila masa dia pakai. Gamaknya pakai sekali simpan dalam arkib. Manatau mati esok boleh buka muzium koleksi pakaian che ta kan.. atau dia memang sejam sekali tukar baju. Yelah.. baju banyak la katakan.. Nak pakai semua kena buat macam tu la kot..

Sumber Beautifulnara

Gamaknya lepas ni che ta kena buat satu gudang untuk koleksi pakaian dia.. Sebab confirm makin bertambah bukan makin berkurang. kalau calculate berapa harga semua baju bajan che ta. Confirm cecah juta ringgit jugak la. Bohong la che nak nak simpan koleksi baju RM10.. Dia shopping pun kat oversea. Iklan Jakel tu sebab berbayar je tu konon selalu la shopping kat Jakel katanya. hahahaha

Moral of the story.. banyak mana pun koleksi baju kita perjalanan akhir kita tetap hanya di balut kain kafan.. Jadi berpada pada dalam berbelanja. Peace!

TREND WARNAKAN BULU KETIAK

Ni la manusia akhir zaman. Masing2 nak jadi lain dari yang lain. Yang bukan bukan jer depa nak buat. Gamaknya boring sangat dah kot hidup depa ni tak macam kita macam tak sempat rasa bosan. Kalau boleh skip tanggungjawab yang nak buat tu nak jugak skip sehari dua.. Tapi sebab tak boleh skip maka penuh la aktiviti harian dengan kerja yang tak pernah abis.


Tapi makhluk2 ciptaan Allah yang spesis ni.. Depa maybe terlebih rajin nak membela bulu ketiak. Bukan setakat membela bulu ketiak.. siap cantikkan lagi even aku tak rasa cantik tang mana pun. Bulu ketiak bagi aku kotor. Pompuan bela bulu ketiak ni bagi aku pengotor. Apatah lagi nak warnakan bulu ketiak. Ketiak ni cantik bila botak jer bukan berbulu. Nak2 lagi perempuan.

Tapi sebab depa ni rasa cantik,menarik kau memang da'bomb.. so depa pun cetuskan la trend bela bulu ketiak kemudian warnakan. Tak cukup.. ambil gambar & upload.

Sumber : Women dyeing their armpit hair

Muka jer cantik tapi loglaq & pengotor tak guna jugak. Tak tau la ada lelaki melayu yang rasa gamak buat bini perempuan macam ni. Hahahaha. Hope trend merepek camni tak menular ke Malaysia. Tak tergamak pulak aku nak tengok perempuan Malaysia jalan sambil angkat tangan tayang ketiak. hahahahaha

Moral of the story... Gamaknya tak lama lagi ada pusat rawatan bulu ketiak @ saloon bulu ketiak. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com