Showing posts with label icon. Show all posts

FENOMENA PANCUTAN 'LOVE' DI FACEBOOK HANGAT DI PERKATAKAN

FENOMENA PANCUTAN 'LOVE' DI FACEBOOK HANGAT DI PERKATAKAN. Tu dia Pancutan katanya. Tajuk entri mesti hot, spicy & kontroversi katanya. Hari ni meriah pulak kat news feed Facebook aku dengan rakyat jelatanya yang sibuk memperkatakan sesuatu yang baru di facebook. Biasa la benda baru mesti semua excited nak cuba. Termasuk la aku.. Excited sangat tu tak la cuma nak tahu jer macam mana la icon love tu memancut mancut.


Maka aku pun clik kat kat beberapa status rakan kat FB... Tu dia terpancut keluar hati hati merah jambu seolah2 mengambarkan betapa bahagianya mereka dengan perkara tu. Hati pun berbunga bunga melihat fenomena baru yang berlaku di facebook hari ni

Antara yang dapat aku screenshoot kat news feed aku. Nasib la sapa yang terkena hehehe

Masing2 up status minta clik icon love supaya orang yang clik dapat melihat pancutan penuh keghairahan.. ops kebahagiaan tu. hehehe... Macam macam la hang ni Mark Zuckerberg Ooi! Ada je benda baru hang nak buat. Masalahnya Mark tu nampak ke warna merah jambu tu sebab dia buta warna. Dia hanya boleh nampak warna putih & biru je macam warna theme Facebook.  Takpa asal pengguna Facebook rasa bahagia sudah katanya. hehehe

Kalau yang tak tau macam mana nak menyaksikan pancutan love tu keluar meh nak tunjuk tutorial sikit..

Mula2 pergi ke bawah status.. kemudian letak cursor kat button like akan keluar paparan macam dalam gambar. Clik kat Icon Love (Heart) warna merah putih tu dia akan keluar seperti gambar di bawah
Maka terpancut la bentuk2 hati macam ni. hehehehe

Lepas ni dia nak buat apa pulak terpancut kat facebook tu tak tau la. Yang pasti benda tu memeriahkan lagi dunia maya.Letak yang cantik cantik & baik baik.. Maka pengguna pun dapat aura yang baik & positif katanya. tapi ada orang kata perempuan2 yang suka pink, love love macam ni memang hati tisu, asyik nak di manja & di beri perhatian.. Tak reti berdikari apatah lagi layak bergelar wanita besi.. betul ke? Nak tau betul ke tidak perempuan2 yang macam ni bukan kategori wanita besi atau spekulasi tu salah hangpa tengok sendiri kat sini samada anda tergolongan dalam golongan yang bergelar wanita besi atau tak >> 7 Soalan Ini Akan Membongkar Samada Anda Kategori Wanita Besi atau Wanita Tisu<<

Apa apa je la Mark Zuckerberg Ooi.. Setakat love tu terpancut & terpancul kat facebook ok lagi yang benda2 lain yang tak senonoh sudah muncul. Mana tau tetiba Mark Zuckerberg terlebih romantik dia buat icon sperma terpancut pulak ke kan.. Manalah tau mat saleh ni depa memang terlebih open. Benda yang kita rasa privacy bagi depa tidak.hehehe

KERANA MISAI PUN BOLEH BUAT LELAKI PUTUS ASA UNTUK JADI LELAKI

KERANA MISAI PUN BOLEH BUAT LELAKI PUTUS ASA UNTUK JADI LELAKI. Manusia zaman sekarang memang semua hati tisu.. jiwa rapuh bak ranting mati.. Tak boleh di uji sikit cepat untuk mengalah. Tak kira la lelaki atau perempuan. Walaupun lelaki ni terkenal dengan sikap yang hatinya lebih keras jiwanya lebih kental tapi mungkin lelaki lelaki macam tu wujud zaman hang tuah je. Zaman hang Najib sekarang cuma hang Najib je masih kental biarpun di kecam, di hentam, di kutuk, di hina, di herdik & di caci tanpa belas kasihan. Lelaki lelaki lain bukan tak ada macam hang Najib cuma semakin tak berapa ramai dah. hahaha

Icon Abang Misai Paling Legend di Malaysia. Biar badan tak sado tapi dengan misai lentik cukup buat dia nampak hero hehehe

Semua orang tahu isu seorang bekas maknyah yang kembali ke dunia pondan tu kan? Dia meletakkan kesalahan tu kepada orang yang katanya mengecam dia biarpun dia cuba berubah menjadi seorang lelaki walhal sejak dia mengumumkan untuk berhijrah ramai yang menyokong & memberi kata kata peransang & semangat untuk dia terus menjadi lelaki. Aku sendiri rasa macam tak boleh terima sangat alasan dia menyalahkan orang lain tu.. Sebab dalam hidup kita sebagai manusia kau baik ke jahat ke memang tak dapat elak jadi bahan umpatan orang. Dulu kau kental di hina sebagai seorang pondan.. Takkan kena kutuk bila kau memilih jalan kearah kebaikkan kau dah tak boleh tahan. Mula2 aku memang rasa tak nak la kritik dia.. memang aku taknak kritik dia pasal keputusan dia nak jadi pondan tu cuma jangan jadikan orang lain sebagai alasan bila kau sendiri sebenarnya memang gagal mengawal nafsu sendiri. Kau sendiri sebenarnya tak mahu jadi lelaki. Bak kata pepatah.. dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Kalau tak ada kemahuan memang seribu satu alasan dia bagi.

Paling tak boleh blah.. Isu misai & janggut pun dia jadikan salah satu punca kenapa dia kembali ke dunia pondan. Sapa kata misai & janggut sesuatu yang remeh dalam kehidupan lelaki. Ada lelaki akan jadi down bila misai & janggut dia tak tumbuh. Terus tak mau jadi lelaki katanya. Mungkin sebab tu la 7 Lelaki Ni Memilih Kekal Bermisai dengan gaya Unik kot >> 7 Abang Yang Menjadi Idola Kepada Lelaki Yang Nak Bermisai << Sebab Misai jugak menjadi salah satu lambang kelakian katanya. Tapi kalau tak ada misai tak bermakna dia tak lelaki kan. So, Tak payah nak down sangat la kalau kau jenis lelaki yang memang tak mampu nak bermisai atau janggut. Ramai je lelaki kat luar sana tak ada misai & janggut. Elok je menjalani kehidupan mereka sebagai lelaki normal. Kot2 la misai tu penentu lelaki tu subur atau tak. Mungkin boleh la di anggap masalah serius. hikhikhik.

Moral of the story.. Dengan meletakkan kesalahan pada orang lain sebagai punca kita melakukan perkara buruk tak membuatkan kita nampak baik. Jadi apapun perkara yang berlaku dalam hidup kita kebanyakkan adalah pilihan kita sendiri. Kalau nak dengar apa yang orang cakap memang ramai yang mati bunuh diri.

BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH JADI ICON ROKOK SELUDUP

BUDAK PAKAI BAJU SEKOLAH JADI ICON ROKOK SELUDUP. Ingatkan dah habis isu rokok seludup rupanya masih ada lagi kempen #taknakSeludup ni. Ingatkan lepas rokok seludup kempen hapuskan vape. yelah.. Vape pun membahayakan kesihatan jugak. Yang bahaya kat Malaysia ni rokok yang masuk secara sah & di kenakan cukai oleh kerajaan je. Rokok tu boleh hisap macam makan jajan je katanya. hahahaha


Sebab dok kecoh balik cerita pasal rokok seludup ni.. Aku pun baca la artikel apa pulak depa nak tulis pasal rokok seludup. Tertarik isu rasuah yang di kaitkan dengan rokok seludup ni.. Yup rokok seludup nak masuk salah satunya dengan cara merasuah pihak berkuasa. Tanpa rasuah memang rokok seludup atau apa2 barang seludup mustahil dapat di pasarkan secara berleluasa di Negara ni. Perkara ni aku tak salahkan pengguna kalau masih menyokong produk yang masuk secara seludup ni sebab sebagai pengguna depa pilih yang murah. Nak2 lagi kat malaysia ni semua dah mahal.. Jadi perokok beralih kepada rokok seludup untuk berjimat. Siapa salah.. semua ada bahagian salah masing2. Dari pihak kerajaan sampailah kepada pengguna. Sapa suruh naik harga melampau2. Konon nak mengurangkan jumlah perokok padahal nampak macam nak mengepow duit orang awam je.

Yang tu tak best lagi.. dalam artikel aku baca pasal rokok seludup ni ada satu gambar budak sekolah tengok macam budak sekolah rendah je uniform dia sedap je dok hisap rokok. Gambar dia pulak di jadikan contoh. Anak sapa gamaknya ni, kan? Sewenangnya gambar dia jadi icon rokok seludup. Bila rokok murah ni budak sekolah pun mampu beli. Tu antara keburukkan dia la. Korang nak tengok gambar budak tu boleh tengok kat sini >> [TERBONGKAR] 6 Perkara Yang Korang Tak Tahu Sedang Perlahan-lahan Melumpuhkan Tanah Air Kita << Manalah tau tetiba muka anak sendiri ke?

Moral of the story.. Rokok apapun takde yang baik untuk kesihatan. Membenteras rokok seludup je tak menjadikan rakyat Malaysia rakyat yang sihat. So, renung renungkan. Selamat merokok. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com