Showing posts with label merdeka. Show all posts

PERHATIAN! SILA KOSONGKAN MEMORY CARD ANDA SEBELUM 31 OGOS

PERHATIAN! SILA KOSONGKAN MEMORY CARD ANDA SEBELUM 31 OGOS.  Hidup zaman teknologi ni manusia & telefon tak boleh di pisahkan. Bila teknologi semakin berkembang kalau dulu enpon jer.. Sekarang smartphone pulak.. Bila dah pakai smartphone kena la ada memory card ye dak.. Apalah erti sematpon tanpa card memory.. Kalau takde boleh kemurungan jugak ok. hehehehe



Tapi kalau ada memory card tapi full.. Lepas tu nak delete semua saka saka dalam tu sayang. Sebab semua ada kepentingan & sentimental value katanya.. Lebih lebih gambar yang berjuta juta lemon tu. Pun boleh menyebabkan depression juga. Silap haribulan boleh migrain katanya.

Sebab tu la hangpa kena kosongkan Memory card sebelum 31 Ogos... Kira hari ni last untuk hangpa berbuat demikian. Tak kisah la nak delete ka.. Nak backup kat tempat lain ka.. Janji memory card hangpa ada space untuk di isi lagi. Jangan tanya pasai pa kena buat macam tu... Tapi kalau ada yang tanya juga kena la remind..

Lusa kan nak raya. Trend raya zaman sekarang kena selfie.. wefie bagai.. Tak buat semua tu tak trendy la beb! Kena Boooo.... hahaha. erkk...  Sebab tu la hangpa kena kosongkan memory card sebelum 31 ogos. Nak2 lagi yang nak balik kampung. Sebab kat kampung satgi tak dak masa dah nak backup data data atau gambar. Kang ada yang terdelete memori daun pisang, memori berkasih.. Lepas tu balik rumah menangis tepi bucu katil sambil pintal2 selimut pulak. Sebab menyesal delete gambar2 bersama kekasih2 lama.. sentimental value katanya. hehehehe

Mesti ada yang kata.. Benda lagu ni pun nak tulis dalam blog. Apa kematu dah ka idea hang lekat lekit. Dak Aiih... kami kan suka memberi pesanan khidmat masyarakat. Sebab terlebih bagi pesanan khidmat masyarakat jugak la kena saman. Tengok betapa prihatinnya kami kepada masyarakat sampai kena saman sebab nak membantu bagi pendedahan. Jadi hargailah blogger macam lekatlekit.com ni... hehehehe

Apapun bagi yang dah packing nak balik kampung tu.. Sila pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang baik untuk perjalanan jauh. Jangan kat tengah2 highway satgi berasap bagai.. Siang2 hari ok la. Buatnya berasap tengah malam.. nak2 lagi kat area Gua Tempurung tu tak ke mengelupur hehehe. Tapi bukan tu je..  kena pastikan minyak pun cukup sehingga sampai ke R&R atau stesen minyak seterusnya..

Di kesempatan ni lekatlekit.com nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 60 buat semua rakyat malaysia.. Semoga kita sehati sejiwa & selamat hari raya aidiladha.. Moga Tiada yang terkorban di jalan raya, Amin.. Ampun maaf sekiranya ada kata kata yang menguris hti sesiapa.. Mohon doakan Semoga kes saman sivil keatas saya di permudahkan & Mohon semoga Allah bagi kemenangan buat semua yang menyokong perjuangan saya.

SERAM! LEMBAGA BERBULU POHON NIPAH SEBELUM MERDEKA

SERAM! LEMBAGA BERBULU POHON NIPAH SEBELUM MERDEKA. Bersempena Hari kemerdekaan yang ke 58, #sehatiSejiwa katanya tema tahun ni. Segmen seram serik lekat lekit pun nak berkongsi satu cerita seram zaman pra merdeka. Tahun kejadian tak sure pulak bila tapi katanya kisah seram ni berlaku sebelum merdekalah.. Kalau sebelum merdeka kejadian ni sebelum tahun 1957 la kan. Zaman pra merdeka ni memang terkenal la dengan cerita2 mistik ni.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

alkisahnya seorang lelaki yang suka cakap besar.. Dipendekkan cerita pada satu malam tu dia keluar melepak kedai kopi. Walau di tegah bini dia sebab hari nampak nak hujan tetap dia pergi jugak. Kalau jenis degil ni, memang tak makan saman. Jenis camni makan pelempang je tapi kalau bini lempang suami kang derhaka pulak kan. Punya syok lepak sambil borak2 dengan geng dia kat kedai kopi sampai tak sedar dah tengah malam. Nasib baik hujan mula turun renyai2.. baru dia sedar dah tiba masa pulang kepangkal jalan. Bila hujan dah bagi signal cepat dia bayar duit kopi mula nak berlari2 anak pulang kerumah walau tokei kedai kopi tu nasihatkan supaya bermalam kat kedai kopi je. Di tambah lagi kawan2 dia yang lain dok momokkan dia dengan macam2 cerita seram tapi biasa la jenis orang suka cakap besar ni selamba jer dia balas.. Dia bukan jenis penakut. Kalau ada hantu menyakat katanya dia buka je kain nanti bersepah hantu tu lari. Yelah.. kalau petua orang tua2 dulu kalau jumpa hantu suruh selak kain kan... Tak tau la apa relevannya hantu takut tengok benda2 dalam kain. Hantu malu ke apa tak sure la pulak aku.

Pulanglah sang lelaki degil & suka cakap besar tu kerumah berjalan kaki dengan bercahayakan lampu suluh. Dalam perjalanan tu dia siap nyanyi2 lagi.. Almaklumlah orang tak takut katanya. Sesampai di satu pohon nipah.. tiba2 pokok tu bergoyang seolah olah ada sesuatu di celah pokok nipah tu yang membuatkan pokok tu bergoyang. Tadi cakap besar pokok goyang pun dia dah cuak. Sebab nak hilangkan rasa takut dia terus menyanyi dengan lebih kuat. Tapi makin kuat pulak pokok tu bergoyang. Sebab taknak kalah dia pun ugut la nak selak kain kalau benda tu terus takutkan dia. Tiba.. tiba... satu tangan berbulu lebat keluar dari celah pohon nipah tersebut. Tergamam & terkaku sekejab jadinya. Dalam takut takut sekali lagi dia ugut makhluk tu nak selak kain. Tangan berbulu tu semakin memanjang & menuju kearah dia. Hanya tangan anggota badan yang lain memang tak nampak. Sebab tangan berbulu tu terus menakutkan dia.. tanpa fikir panjang dia menyelak kain tapi malangnya tangan tu semakin memanjang kearah dia. Takde kesan sampingan pun walau dia selak kain. Jadi, mitos je katanya jumpa hantu selak kain hantu lari. Malah hantu tangan berbulu nampak lagi syok bila pakcik ni selak kain.

Bila dia selak kain tangan tu semakin memanjang kearah dia & meraba kemaluan dia. Sebab terlalu takut dia pecut sekuat hati tapi yang pelik tangan tu masih tetap meraba & terus meraba. Confirm hantu betina ni gatal semacam je hahaha. Sampai je dirumah dia terus masuk & terduduk bersandar tanpa kain. Hanya berbaju melayu & songkok. Kain dah terlucut masa dia berlari. Confirm tak pakai spender.Ops.. hehehe. sebab dia jerit habis terkejut family & jiran tetangga. Semua pakat datang menyuluh kearah dia yang tak berkain. Bila nampak dia tak berkain menjerit la yang perempuan.. Cepat2 anak2 dia pergi ambil kain tutup apa yang patut. Selepas kejadian tu.. demam seminggu.

Moral of the story.. Petua lama ni bukan semua boleh ikut nak2 lagi petua yang tak ada alasan & tak logik macam kalau nampak hantu selak kain. Hantu tak lari kita yang balik rumah bertelanjang. Hahahaha

Sumber : Cerita seram sebelum merdeka

INILAH KUALA LUMPUR YANG MUNGKIN ADA TIDAK PERNAH LIHAT

INILAH KUALA LUMPUR YANG MUNGKIN ADA TIDAK PERNAH LIHAT. Zaman hitam putih aku mana ada kat KL katanya... Almaklum la aku kan orang kedah. Time tu pun Jangankan nak jenjalan kat KL kejadian aku pun tak wujud lagi. Mak bapak aku pun dalam proses di jadikan kot time2 camtu camna la aku nak ada, ye dak??


Kalau nak gambarkan KL zaman hitam putih memang kita tak boleh gambarkan cuma orang yang hidup zaman tu je tahu macam mana KL dulu. Kita hanya boleh membayangkan saja tu pun mustahil keadaan masa tu sama macam yang kita bayangkan dari cerita orang dulu dulu.

Susah sangat je nak bayang bagai.. Dah tu bayangan pun tak tepat apakata kalau korang nak tengok KL yang tak pernah korang tengok selama ni meh tengok kat sini >> 30 Gambar Kuala Lumpur Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat <<

Ada yang ketara perubahannya... Ada yang tak banyak sangat la perubahan. Paling Otai restoran A&W la... wah teguh berdiri di tempat yang sama dari tahun 1960 tu. Orang yang hidup masa tu pun maybe dah ramai yang mati.. tapi A&W tetap hidup sampai 2015 katanya. Yang best bentuk bumbung kekal sama tu.. Memang rare la.

Moral of the story.. Kita melihat pembangunan hari ni tapi mungkin kita tidak pernah tahu bagaimana ia sebelum mengalami transformasi.

AMARAN! AWASI ISTERI ANDA JANGAN SAMPAI DIA BACA ENTRI NI

Amboi serius bebeno tajuk entri. Cuak kaum adam di luar sana. Macam bahaya sangat je kan.. Bahaya la jugak kalau dapat bini yang tak kuat iman ni.. Bahaya mungkin untuk para suami tapi tidak para isteri katanya.. Tapi tak mustahil ia jugak jadi bahaya pada golongan lelaki. Yang pasti semua orang tak terkecuali terjebak tak kira lelaki,perempuan dah berkahwin atau bujang.


Semua orang tahu bulan ni bulan kemerdekaan. Bila dia special day kat Malaysia ni.. Maka perkataan 'Sale' semakin popular la. Perkataan 'sale' macam saka sikit. Nak2 yang nampak perkataan tu perempuan. erkk... aku pun perempuan jugak. Ok termasuk aku. Perempuan & saka 'sale' ni umpama manusia dengan qarin katanya... sering damping mendampingi hahahaha

Aku sebenarnya tak sampai hati jugak nak  bagitau tapi rasa bersalah pulak kalau tak bagitau. Aku takut kalau tak bagitau nanti aku di hantui perkara ni sorang diri. Sebab aku nak kita semua kaum wanita hantu menghantui sesama sendiri dengan saka sale ni... maka aku share jugak la dengan hangpa. Minta maaf yer para suami... Aku terpaksa jugak pasal sale Gemilang merdeka ni. Ada pakaian, gadget,peralatan dapur & banyak lagi barangan berjenama dari harga serendah RM5.80...

Maaf yer para suami kalau aku buat bini bini hangpa berpusu pusu clik link berpuaka kat sini >> [MERDEKA PROMO] Fashion items, gadgets and more for as low as RM5.80! << 


Sekali lagi aku minta maaf.. saiya ta kuwat awa.... saiya pun ter clik jugak & saya pun tergoda jugak. Kalau saya yang tak suka online shopping ni pun boleh tergugat Iman.. Apatah lagi kaum wanita di luar sana. hahahaha

Moral of the story... orang kata benda baik kena kongsi2.. ye dak ibu ibu sekalian. hahaha


MASIH INGAT VIDEO KISAH CINTA BUDAK TAN HONG MING & UMI QAZRINA

Dah masuk bulan Ogos ni kita sedia maklum bulan apa kan? Ye betul jugak bulan kelahiran aku tapi bukan hari ni tau... Yang aku nak cerita ni bukan pasal date of birth aku. Aku nak cerita pasal lain. Bulan Ogos ni semua rakyat Malaysia sedia maklum bulan kemerdekaan.. Apa kena mengena dengan bulan kemerdekaan dengan kisah cinta kanak2 yang bernama Tan Hong Ming & Umi Qazrina ni??

Mesti ada yang dah lupa tapi ramai yang masih ingat satu video iklan petronas sempenda kemerdekaan yang ke berapa aku tak berapa ingat yang di hasilkan hasil wawancara seorang kanak kanak sekolah rendah tak sure pulak aku depa umur berapa. Bermula dengan interview Tan Hong Ming & tanya pasal budak perempuan yang dia suka. Tapi dia ingat budak perempuan tu tak suka dia.. Tapi bila interview Umi Qazrina baru dia tahu Umi Qazrina ni anggap dia boyfriend. Sweet sangat cinta monyet dua budak ni... lebih senang korang tengok video kat bawah ni lah... refresh balik.



Tu wajah masa budak.. tapi sekarang dah pakat2 jadi anak teruna & anak dara dah. Masing2 ensem & lawa budaknya tapi tak tau la cinta monyet depa ni masih wujud lagi ke tak? kekekekekee

Sumber FB

Apapun video iklan ni antara karya terbaik arwah Yasmin Ahmad. Aku antara pengemar kebanyakkan karya karya arwah ni. Jarang mengecewakan iklan atau filem hasil air tangan Yasmin Ahmad. Sarat dengan mesej & jalan cerita yang sangat menarik. Apapun moga roh beliau tenang & aman di sana. Sedekahkan Al Fatihah untuk arwah...


PULUT JALUR GEMILANG MERDEKA 2012

Biasanya kita akan dengar, tengok & makan pulut kuning jer.. Tk pun pulut putih tapi sempena hari merdeka esok ada la insan - insan yang rasa diri depa terlebih kreatif buat nalla punya besaq jalur gemilang dengan menggunakan pulut.

Nak pujian? Nak perhatian? Nak masuk Malaysian Book record? Nak pujian tu mungkin pujian dari orang lain bukan sang lekit. Benda makan di buat macam tu memang sang lekit tak berapa nak setuju la. Bayangkan dok buat jalur gemilang yang ada banyak kaler dengan pulut.. dah tu besaq gedabak.. kat kawasan lapang yang terdedah.. kau nak makan ke lepas tu? Kau ada selera? Segala habuk.. entah - entah yang terbersin kat situ.. Kalau kecik size pulut jalur gemilang agak2 besar kawah gulai je boleh la jugak terima..

Orang dulu - dulu nak capai kemerdekaan bergolok gadai.. Tapi kita hari ni sambut kemerdekaan dengan seribu satu pembaziran. Sang lekit boleh terima la setakat nak tembak bunga api tu.. Tapi kalau makanan di buat main - main macam tu.. Memang kurang setuju. Kau guna la tanah liat ker, plaster sin ke.. hapa ker buat jalur gemilang besar dunia sekalipun tapi bukan la bahan @ benda yang boleh di makan. Bukan sikit jumlahnya.. 2,500kg pulut tu!!

Tak beragak langsung nak tunjuk semangat kemerdekaan & patriotik.. Tak rasa dorang ni patriotik sangat lebih kepada nak raih perhatian je. Orang yang menghayati kemerdekaan bagi sang lekit takkan membazir macam tu. Yelah.. kalau kita betul2.. merasai keperitan orang sebelum kita yang berjuang untuk kemerdekaan, kita akan dapat rasa kesusahan mereka jadi mustahil la kita dengan bangga melakukan pembaziran untuk mendapat nama & perhatian. Ye tak?? Sang Lekit tak kata sang lekit ni patriotik sangat tapi memang geram jugak kalau benda makan ni di buat macam tu. Bagi yang rasa entri ni seolah2 mengondem semangat kemerdekaan orang lain.. tepuk dada tanya selera. Fikirlah.. betapa untungnya kita hidup di zaman merdeka sampai boleh buat jalur gemilang dengan pulut.. berbanding orang yang zaman sebelum merdeka nak dapat nasi semulut pun siksa.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com