Showing posts with label mahkamah. Show all posts

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU. Sejak semalam kembali hangat di perkatakan tentang kes kemalangan ngeri yang melibatkan seorang pemandu wanita yang melanggar kanak kanak yang berbasikal lajak di lebuhraya pada waktu awal pagi (3am). Kejadian ini berlaku 5 tahun lalu.

Semalam keluar keputusan dari mahkamah tinggi yang mendapati pemandu wanita tersebut bersalah kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 kanak kanak yang berbasikal lajak waktu itu. Dia di jatuhi hukuman denda sebanyak RM6,000 dan penjara selama 6 tahun.

Rata rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan mempertikaikan tindakan sekumpulan kanak kanak bawah umur yang berkeliaran jam 3 pagi dan bermain basikal di jalan raya. Kalau kita pun kita tak terfikir ada budak budak waktu tu bermain basikal di kawasan jalan yang sunyi mungkin kita akan memandu sedikit laju untuk cepat sampai. Lebih lebih lagi wanita yang memandu sendirian waktu tu. 

Apapun saya sendiri tak suka sangat dengan budak budak terjebak dengan basikal lajak ni. Kat mana mana pun geng basikal lajak ni suka berlumba di tengah jalan raya di mana banyak kenderaan berat & besar menggunakan laluan tu. Seolah olah sedikit pun tak ada rasa takut malah mereka seolah olah mencabar pengguna jalanraya yang lain . Bila di tegur kebanyakan mereka bersikap kurang ajar. Pengalaman saya sendiri terserempak dengan budak budak basikal lajak ni macam tu la situasinya. Lebih kurang sama sahaja yang di ceritakan orang lain.

Lagipun basikal lajak ni memang tak ada ciri ciri keselamatan dan memang bahaya. Basikal lajak ni sebenarnya basikal yang telah di ubahsuai untuk tujuan berlumba. Dengan tak ada breaknya.. bayangkan tengah laju tiba tiba ada rintangan atau halangan kat depan. Memang bahaya. Selain tu ia telah di ubahsuai untuk memastikan boleh mencapai kelajuan yang tinggi.

Jadi pada ibu bapa sila pantau anak anak anda. Jangan biarkan anak anak miliki basikal lajak. Basikal lajak ni memang tak memenuhi spesifikasi keselamatan yang perlu ada.

Dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh secara beriringan, bersopan serta tidak melulu. Sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengklaskan atas kesalahan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana ubahsuai tiada brek dan loceng.

Bagi kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Ini kerana perbuatan mengubahsuai basikal (Basikal Lajak) bukan saja memberi risiko kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain.

Bila berlaku kemalangan macam ni sudah pastinya yang teraniaya adalah pemandu kenderaan yang lebih besar walaupun budak budak basikal lajak itu sendiri yang melakukan aksi bahaya di jalanraya. 

Moral of the story.. aktiviti berbasikal ni sebenarnya aktiviti yang sihat tapi bila semuanya di ubahsuai untuk aktiviti extreme dan di buat pula di tempat tidak sepatutnya maka pengakhirannya juga tidak baik dan tidak sihat.

PANAS! BLOGGER DI JADIKAN ASKAR UNTUK BERPERANG SESAMA SENDIRI HANYA KERANA DUA PIHAK BEREBUT 1 PRODUK

PANAS! BLOGGER DI JADIKAN ASKAR UNTUK BERPERANG SESAMA SENDIRI HANYA KERANA DUA PIHAK BEREBUT 1 PRODUK. Sejak semalam kontroversi ni bermula bila ramai blogger termasuk aku dapat satu email dari pihak pengedar satu produk 'tettttttttt' ni. Katanya ada orang menciplak produk mereka & menyebarkan gosip kononnya produk depa dah tukar nama, label & packaging. Lepas tu upah blogger untuk review produk tu. So,mereka mempertikaikan Integriti blogger yang menulis review produk yang di tuduh tiruan tersebut.


Aku salah seorang blogger yang terlibat dalam review berbayar produk yang di katakan tiruan. Malah sebelum ni pun aku pernah buat review berbayar untuk produk yang menuduh produk dia di ciplak. Kiranya dua2 produk tu aku dapat review berbayar. Dalam kedua dua review tersebut pun tak ada kaitan antara satu sama lain. Umpama review untuk dua produk berbeza yang mungkin secara kebetulan mempunyai fungsi & kegunaan yang sama. Tu biasa la.. Banyak je produk dalam dunia ni ada fungsi yang sama tapi berlainan jenama. Dalam review produk yang di katakan tiruan tu.. Tak ada pulak kami di minta menulis atau claim produk tu adalah produk yang sama cuma berubah nama, label & packaging. Kami pun di larang berbuat demikian.. walaupun mula2 kami confuse jugak produk tu macam nak sama tapi tak serupa. Seperti yang di minta review di tulis adalah untuk memperkenalkan produk tersebut bukan seperti yang di tuduh oleh pihak satu lagi iatu blogger menulis produk dia konon dah bertukar label & packaging. So jangan mempertikai Integriti kami sebab kami review tidak mengaitkan langsung dengan produk pihak yang menuduh tu. Kami tidak pernah tahu apa masalah dua pihak tu. Kami hanya buat kerja bila di bayar.

Bila Dua pihak berebut originaliti 1 produk, depa guna blogger untuk fight. Blogger ni pun satu hal punya perangai.. Macam depa tau semua konflik yang berlaku antara dua pihak tu.. terus claim blogger yang tulis review pasal produk yang di tuduh ciplak tu sebagai review produk tiruan. Benda ni memang effect silaturrahim antara blogger padahal masalah ni sebenarnya bukan masalah blogger pun. Masalah depa bergaduh, libatkan blogger. Masalah dalaman dorang kita tak tahu kita tak payah nak cakap. Siapa ori siapa fake.. selagi tak ada bukti kita tak ada hak nak judge. Kalau betul yang pihak tu jual produk tiruan mustahil dia berani mengeluarkan kenyataan secara umum untuk pertahankan produk dia. So kat situ kita boleh nampak.. sebenarnya bukan isu fake atau original tapi mereka ada masalah dalaman yang kita tak pasti apa masalahnya.

Tak pasal - pasal blogger terlibat dalam permasalah mereka. Ni boleh jadi bergaduh jugak di kalangan blogger bila sebelah pihak menuduh sebelah pihak lagi buat review produk tiruan. Ia boleh menjejaskan jugak kredibiliti blogger.  Aku pun pernah jugak kot menulis pasal produk si nun tu pasal original & fake ni tapi takde la menyebut apa2 nama produk. Cuma yang di tulis & di siarkan dalam entri tu adalah cara bagaimana mengenalpasti produk original & tiruan je. Kalau betul produk tersebut adalah tiruan lampirkan bukti beserta report polis ke kpdnkk ke, atau apa2 bukti yang mengukuhkan tuduhan. At least ada report tu.. kita tahu la. Tuduhan tanpa bukti adalah gosip liar semata mata. Kalau betul bagi bukti, meh aku tolong tulis review balik. Buat apa nak takut kalau betul & ada bukti yang membetulkan segala tuduhan tu. Tapi tetap kena bayar jugak la sebab aku buat kerja kan... hehehehe

Untuk blogger yang dapat review berbayar.. katanya lumayan jugak untuk menulis pasal isu tiruan ni... Rezeki korang. Tulis la kalau korang rasa mereka di pihak yang benar cuma jangan sinis blogger yang tulis review produk yang di tuduh tiruan sebab korang cuma menulis mengikut detail yang di beri client tanpa ada lampiran apa2 sebagai bukti. Kita sama2 blogger kot.. kalau korang dapat review berbayar produk yang di tuduh tiruan tu pun aku yakin korang tak tolak jugak. Cuma korang tak dapat korang nak sinis2.. konon blogger tulis review produk tiruan sedangkan tiruan atau tak, siapa masih tak dapat nak buktikan dengan pengesahan rasmi dari pihak yang sepatutnya. Sebab produk tu pun nama berbeza, label berbeza & packaging berbeza walau nampak macam nak sama tapi tak tetap tak serupa. So, produk tu boleh jugak di claim produk yang berbeza.

Apa yang aku nampak sekarang masalah ni adalah masalah dalaman syarikat mereka sebab apa yang aku dengar la.. mereka ni adalah share partner. Mungkin ada perbezaan pendapat ke hapa mereka bergaduh.. Dari sok sek sok sek.. dengarnya pihak yang di tuduh mengeluarkan produk tiruan tu dah memfailkan saman. So kita tak payah buat apa2 spekulasi, tunggu je apa yang berlaku seterusnya. Tapi tu la sebab depa bergaduh tetiba blogger pulak di jadikan askar untuk berperang review. Hope blogger yang dapat review dari dua pihak yang bergaduh ni tak bergaduh.. Tulis je jangan menyindir atau sinis sebab kita sama2 buat kerja. Cuma risau apa yang kita yakin benar tu boleh jadi tak benar sebab macam aku cakap.. Masih tiada bukti yang mengesahkan tuduhan tersebut betul atau salah. Kita cuma bekerja.. kadang2 kita sendiri pun tak ada kuasa untuk mengesahkan apa2 berkaitan sesuatu produk tu. So, kita tak perlu dabik dada fakta yang kita dapat tu adalah 100% sahih & benar. Bila jadi isu macam ni.. memang agak sensitif untuk di perkatakan melainkan ada bukti yang sahih.

Moral of the story.. kat sini aku tak mengesahkan siapa betul atau siapa salah sebab aku sendiri tak tahu & tak ada bukti nak di tunjukkan. Hope dua pihak yang bergaduh berebut originaliti 1 produk tu ada penyelesaian yang baik. Sayang bisnes orang melayu baru nak maju, dah bergaduh macam tu.

INDIVIDU LIKE,SHARE & RETWEET BERITA PALSU BAKAL DI DAKWA

INDIVIDU LIKE,SHARE & RETWEET BERITA PALSU BAKAL DI DAKWA. Tu dia.. kaki2 like,share & retweet berita tak sahih tu mohon kurangkan hobi suka share cerita atau berita yang tak tahu hujung pangkal. Jangan rasa ada sensasi, kontroversi, hot & spicy jer tak nak terlepas nak jadi orang yang memviralkan.


Nasib baik aku tak berapa ada penyakit ketagih nak share semua cerita yang tersebar di media sosial termasuk viral pasal gadis kena culik. Sebab kebanyakkan berakhir dengan lari ikut boyfriend. Sakit hati mak ni nak!! Jadi kebanyakkan viral di media sosial aku baca & biarkan ia berlalu selagi tak ada kenyataan rasmi dari pihak berkuasa yang mengesahkan berita tersebut. Perkara perkara macam ni kalau kita jadi penyumbang kepada penyebaran boleh mengundang panik di kalangan orang awam. Sapa tak risau bila baca berita culik bagai..

Jadi ada baiknya jugak yang like,share & retweet berita atau cerita palsu di dakwa untuk mengurangkan spesis kaki share ni berleluasa di media sosial. Tapi harus la tengok tahap serius sesuatu khabar tu.. Alah setakat benda2 kecik tu pun nak angkut semua naik mahkamah, tak cuti tuan hakim & lawyer nanti. Kes2 yang mampu mengugat keamanan & keharmonian tu aku setuju jugak di kenakan tindakkan undang undang supaya orang tak berani nak viralkan berita yang tak sahih yang boleh mengundang pergaduhan. Sebab yang mencetuskan kadang2 sorang jer tapi yang menyebarkan ni memberi kesan & pengaruh pada orang lain. Jadi yang tukang like,share & retweet jugak salah satu punca masalah yang serius berlaku kalau berita atau cerita tu tak benar.

Sumber Berita Harian

Tapi rakyat Malaysia sekarang ingat heran sangat ke? ramai dah kot orang awam yang di heret ke mahkamah sebab kenyataan  yang di keluarkan di media sosial & ada juga yang kena tindakkan undang2 hanya share cerita atau berita yang di keluarkan orang lain. Sebab kerajaan pemerintah yang buat rakyat hilang rasa takut pada undang2 & hormat pada pemimpin. Apatah lagi peraturan macam ni.. Tak heran pun depa nak langgar >> Inilah Peraturan Yang Sering Manusia Langgar << Jadi tak tau la effective ke tidak kalau undang2 macam ni di laksanakan. Larat ke nak heret semua yang like, share & retweet berita yang kononnya tak sahih ke mahkamah. Semua tu mungkin tidak tapi yang berpotensi & berpengaruh selalunya jadi target depa.

Moral of the story.. Kita sebagai pengguna media sosial pun jadi la jadi pak turut sangat. Kalau yang tak sahih tu just wait & see dulu.. Tak payah sibuk2 nak share bagai. Bukan dapat upah pun. Bila kita amalkan cara macam tu boleh mengurangkan penyebaran berita palsu. Jadilah pelayar internet yang bijak.

ARTIS YANG KONTROVERSI TIADA PENGHUJUNG

Aku tak tahu bila la kontroversi retis sorang ni dengan bekas laki dia nak habis. Gamaknya selagi dia tak dapat apa yang di minta & selagi bekas laki tu berkeras nak fight tak mau bagi apa yang dia minta maka akan berlarutan la kontroversi depa ni.

Sumber google

Lepas satu hal.. satu hal.. Kes yang tengah di tuntut tak selesai di selit pulak dengan kisah2 kontroversi peribadi. Terbaru pasal nombor misteri yang katanya dok kacau si retis ni tengah2 malam.. Lepas dia keluar statement pasal nombor telefon misteri tu tup tup yang bekas laki pulak keluar dengan cerita buat laporan polis kata si retis ni sebarkan nombor telefon bini dia.

Nasib baik la anak anak tu kecik lagi.. gamaknya kalau dah besar dah sekolah asyik orang dok cakap pasal kontroversi mak bapak dia maunya tak nak pergi sekolah malu kena ejek dengan kawan kawan.

Entah bila la isu depa ni nak ada ending. Sorang katanya tuntut hak.. sorang lagi katanya yang tuntut tak layak. Tak boleh ke beralah salah seorang... Tak buat demi bekas pasangan pun buat la demi anak sebab anak takde istilah bekas anak walau mak bapak dah bercerai.

Jangan tanya kenapa orang tak jemu tulis pasai depa.. sebabnya depa retis kisah depa ada value sebab tu even naik muak segelintir dari kita baca kisah depa tapi masih ramai yang setia mengikuti selagi ada kisah sensasi. Hope ada jalan penyelesaian terbaik antara mereka

Moral of the story.. Inilah padah bila terlalu terbuka bercerita kisah peribadi pada umum. Tak kira la artis ke orang biasa, bila keterbukaan bercerita tu di salurkan kepada tempat tak sepatutnya maka orang yang dengar akan melihat banyak kelemahan & kegagalan kita. Secara tak langsung orang boleh nilai macam mana perangai dua2 manusia ni. Maka orang pun akan buat kesimpulan... Memang sesuai sangat la mereka pernah berjodoh & tu sebab depa bercerai. Peace!

AWAS KOMEN DI FB YANG MENYAKITKAN HATI BOLEH DI PENJARA

Kita biasa buat status sarcasm yang tak menyebut nama mana2 individu bagi tujuan kadang2 nak buat teguran secara umum.. kadang2 memang sebab tak puas hati dengan someone.. kadang2 takde pun maksudkan sesapa just terilham secara semulajadi jer.. Tapi kalau ada yang sakit hati dengan status kita tu adakah kita perlu bertanggungjawab dengan hati dia yang terluka?

Sumber gambar carian google. Sekadar hiasan

Pening jugak aku nak fikir permasalahan ni.. Hahahahaha... macam mana yang terasa tu kita takde niat pun nak kata kat dia? Dia boleh dakwa kita kat mahkamah jugak ker sebab dia sendiri yang terasa hati dengan status FB kita? Memang aku kurang memahami la dalam kes ni.. Tapi takde bukti macam mana nak dakwa ye dak?? tapi kes yang satu ni memang la ada bukti boleh dakwa cuma kes dia aku rasa macam kelakar sikit.

Aku nak tergelak & tertanya tanya lepas baca berita harian online kes seorang penyelia tapak di hukum penjara setahun sebab komen sesuatu yang menyakiti hati orang lain. Aduhai.. nak komen pun kena gud2 je lepas ni. Kalau tak boleh komen gud2.. jangan komen. Kalau jujur yang menyakitkan hati orang lain pun tak boleh gamaknya. Nak tak nak kena jugak komen gud2 kalau tak berisiko kena tindakkan undang2. hahahahahahaha


 Sumber berita harian

Tak tau la apa yang dia komen.. dia maki hamun ke.. dia mencarut ke.. dia kutuk kaw2 ker.. dia hina ke hapa ke tapi artikel berita tu tulis camtu je. Tapi maybe komen yang melampau sangat kot.. cuma tu la.. komen je kot. kau delete sudah la. Siap ambil tindakkan undang2 macam mahkamah takde kes dah nak handle. Lain la dia sebarkan fitnah ke hasutan ke hapa ker...

Aduhai.. semakin tinggi teknologi semakin manja manusia. Sikit2 saman.. sikit2 c u in courts.. sikit2 see u in padang masyar.. op's... marah AA. Jangan saman I ok!! kekekekkee

Update terkini:
Rupanya kes hina Islam & raja. Berita harian pun tulis la berita yang tak mengundang kontroversi. Yelah.. kau nak jual paper tapi kami ni baca online jer. At Least jangan bagi la berita tak mengundang salah faham kalau tak boleh share full artikel pun. Kalau kes komen penghinaan Agama & Raja.. Yup hukuman tu berbaloi sebab bagi pengajaran pada orang lain tak kira Islam atau bukan Islam.. Jangan menyentuh sensitiviti agama ia boleh mengundang kekecohan. Ingat sebab komen orang lain sakit hati kena penjara memang la bunyi dia macam lawak je kan? hahahahaha


Sumber FB
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com