Showing posts with label kandungan 8 bulan. Show all posts

DAH SCAN JANTINA BABY

Hari ni sang lekit membawa diri lagi ke klinik untuk check up buat sekian kalinya. Hari ni sesi bertemu doktor.. Yelah, kandungan pun dah cecah 8 bulan. Tinggal kurang dari sebulan jer lagi dah nak bersalin kan.

Hari ni Doktor scan baby. Tanpa di tanya dia dah bagitau jantina baby secara rasminya. Alahai.. dah tak surprise lagi. Pun macam tu sang lekit nak buat surprise dengan korang semua. Apakah tekaan kawan2 alam maya sang lekit betul atau sebaliknya. Kita tunggu jer sampai baby ni keluar yer.

Tekanan darah minggu ni agak tinggi tapi kandungan darah minggu dah ada peningkatan & tak kurang lagi. Macam biasa berat tetap naik dengan jayanya. Tetap maintain seminggu 1 kg.. 2 minggu 2 kg sampai cik misi pun tanya kenapa berat naik banyak. Mungkin sebab selera makan sang lekit yang semakin bertambah kot sekarang berbanding dulu. Baby pun turut membesar. Kata Doktor berat dia 2.5kg sekarang & mungkin akan makin besar bila nak bersalin nanti. Risiko bersalin secara operation pun terbuka luas. Mummy kecik anak besar.. itulah risikonya, kan??

Apapun alhamdulillah sehingga saat ni takde sebarang masalah kronik selain masalah bengkak pada kaki & tangan jer. Moga di permudahkan segalanya... Amin.


26 HARI LAGI

Menghitung hari, detik demi detik.. Wah diam tak diam dah 14 hari kita puasa tapi bukan 26 hari lagi nak raya, ok. 26 hari itu adalah 26 hari menuju ke 9.9.2011.. Apakah tarikh keramat itu wahai sang lekit??

Tarikh itu adalah tarikh dimana doktor menjangkakan sang lekit akan bersalin, Insyaallah. Memang dah sarat sangat sekarang ni. Terasa betul.. Sakit sana sini.. Dah tu sekarang sang lekit selalu sakit pada jari tangan yang nampak sedikit bengkak & akan mengeras setiap kali bangun tidur & perlu ambil masa nak gerakkan jari jemari. Sang lekit selalunya bangun pagi akan rendam tangan dalam air panas.. Takde la air panas sangat. Agak2 suam2 la mengurangkan kadar kekerasan & kekebasan pada jari jemari tu. Kalau tak memang dah boleh gerak. Sahur pun dah tak mampu nak masak lagi sebab masalah ni. Call mak.. Mak cakap masa dia pregnant dulu pun dia hadapi masalah yang sama. Mungkin normal la kot bagi sesetengah orang yang melalui trimester terakhir mengandung ni.

Persiapan untuk sambut baby.. rasanya dah cukup kot. Keperluan asas dia rasanya dah ada. Sang lekit pun dah packing barang2 baby yang nak bawa kat hospital nanti. Cuma barang mummy je tak pack apa2 lagi. Persiapan raya.. takde apa pun di siapkan sebab sang lekit rasa tak perlu sangat. Tengok la nanti.. kalau sempat melaram di pagi raya, beli la sepasang baju je. Dengan keadaan boyot ni.. Susah jugak nak melaram. Sang lekit pula bukan jenis pandai melaram dengan baju2 mengandung. Sang lekit kalau raya dari dulu.. Fesyen baju tetap la baju kurung jer. Bila mengandung pun sang lekit tak pandai nak pakai blaus2 ibu mengandung. Tetap la selesa dengan seluar.. baju cuma pilih yang besar sikit & ada ruang untuk perut je.

Maafla kalau sang lekit 2 3 hari ni jarang singgah ke blog korang sebab memang kadang - kadang rasa mood tu takde sangat sebab dah sarat. Sakit sini sana..Lebih2 lagi bahagian pinggang & bawah perut. haritu nurse kata sakit tu bukan sakit nak bersalin cuma sakit tipu2. Ada jugak istilah sakit tipu2 yer.. kekekekekeke walau rasa sakit tu sikit pun tak menipu. Mungkin la itu tanda2 kecil sahaja.. bukan tanda2 besar masa bersalin dah hampir tiba.

Tentang nama.. Dah ada la 2 3 nama jadi pilihan sang lekit. Yang pasti hujungnya tetap ada syawal.. Nampaknya baby suka kot nama syawal tu sebab semalam baby kurang bergerak. Mula2 ingat nak ke hospital malam semalam.. tapi bila en hubby panggil2 dengan nama syawal sambil di iringi suara sumbang mambangnya menyanyikan lagu dondang sayang yang tak berapa betul liriknya.. terus ada gerakkan. Jenuh jugak nak pujuk baby bergerak semalam.. dengarkan dia beberapa surah pun dia gerak kejab lepas tu diam dengan lamanya. Hari ni alhamdulillah sejak bagi tadi dia kembali aktif macam biasa.


GEMUK

Tengok jari dah kembang - kembang. Tengok muka pun sama. Tengok perut.. Memang tak boleh nafikan lagi. Pinggang, kaki tangan hidung bontot & semua sekali  nampaknya menunjukkan perkembangan yang mekar.

Carian google

Mulut en hubby pun tak berhenti mengusik.. "Dah gemuk!" Takde makna sang lekit nak makan hati dengan usikkan & kutukan dia. Kalau dah biasa bergurau ala - ala brutal memang la takkan rasa apa - apa. Masuk 8 bulan memang berat badan naik dengan jayanya berbanding sebelum2 ni. Lagipun gemuk orang mengandung adalah perkara biasa kan?? Kang kurus keding pun susah jugak.

Tapi memang agak terbeban bila kandungan dah masuk 8 bulan. Segala - galanya rasa berat. Pinggang makin sakit. Kaki yang menampung badan pun rasa macam terbeban. Kadang - kadang rasa sakit bawah perut. Tapi tak kerap. Nak bangun, nak duduk, nak baring, nak berjalan segala - galanya rasa agak susah. Perbezaan yang amat ketara.

Kudrat dah rasa makin kurang. Walau nak ampai baju pun kadang - kadang rasa macam kerja berat sangat. Erkkk... tu kategori malas kot. Malas sebab apa je yang di buat akan rasa cepat penat. Tidur pun takde macam dulu. Tak senyenyak sebelum mengandung. Yelah.. tak boleh nak tido gaya bebas dah. Melentang lama2 pun tak boleh.. Mengiring lama2 pun tak selesa. Aduhai.. Inilah yang pernah di lalui oleh mak dulu. Bayangkan Mak melalui keadaan ni sebanyak 7 kali dalam hidupnya. Sang lekit cuma baru sekali. Sungguh hebat mak - mak kita kan??

Bila dah segalanya makin berat.. Otak pun turut berat. Makin kurang & kurang idea ber update blog. Ni pun rasa sakit bawah perut.. Tapi takde la sakit sangat. Rasa macam sengal2 ubi jugak la. Rasanya sebab salah teknik bangun tadi kot..

HASIL PEMERIKSAAN HARI NI

Tak jadi ke Yu Nam Hair Care. Tetiba berubah fikiran & tak minat lak. Mungkin sebab terlampau lama kat klinik, mata pun ala - ala manja je nak buka walau sampai rumah dia kembali segar bugar. Seperti yang sang lekit cakap entri semalam.. Dah hadap 2 ekor drakula (jarum suntikan) jadi untuk 2 minggu akan datang tak perlu lagi drakula itu.

Dalam masa 2 minggu berat dah naik sebanyak 2 kilo. Takde lagi pen merah tercatat dalam buku rawatan tu sebabnya masalah kurang darah dah berjaya di atasi setelah 2 bulan lepas asyik kurang darah jer cuma cik misi cakap darah masih cair & harus terus ambil iron tablet tu. Tapi tekanan darah pula naik. Baby sihat jer.. Cuma kena bebel sikit la sebab catatan pergerakkan bayi tu kadang - kadang sampai malam baru cukup 10 gerakkan. Sepatutnya kata cik misi kalau pergerakkan baby kurang dari 10 gerakkan selepas pukul 9.00 pm kena pergi hospital. Bukan taknak baby banyak gerak waktu malam & kadang - kadang sang lekit yang lupa nak tanda lepas tu lupa. Tu yang jadi lambat nak cukupkan kuota 10 sebelum pukul 9 malam tu.

Apa yang sang lekit perasan untuk check up kali ni tulisan cik misi Intan Syafina cantik & senang di baca. Bulat - bulat je tulisan tangan dia. Sebijik2 dia tulis berbanding yang sebelum2 ni. Bersambung sambung ala2 cakar ayam gitu. Memang setiap kali check up balik rumah sang lekit akan check balik & bandingkan dengan catatan pemeriksaan yang lepas. Tapi tetap tak puas hati masa kena suntikan.. punya la kasar cik misi tu suntik. Kalau sebelum ni, makcik misi mulakan dengan bismilillah & menyuntik dengan penuh kasih sayang tapi untuk suntikan kedua ni takde bismilillah bagai dah. sapu ubat suntik terus press ubat & siap. Menyeramkan jugak tengok cara dia menyuntik macam tu. Agaknya dia tak tahan nak berak kot.. kekekeke.

Apapun baby sangat baik sampai ke hari ni. Tak banyak ragam atau masalah. Semoga baby terus baik sehingga lahir & membesar bagai juara.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com