Showing posts with label darlie. Show all posts

UNTUK MEREKA YANG CONFIDENT SENYUM SAMPAI NAMPAK GIGI

UNTUK MEREKA YANG CONFIDENT SENYUM SAMPAI NAMPAK GIGI. Aku memang tak confident & segan nak senyum nampak gigi ni sebabnya aku adalah golongan OKU yang cacat pada gigi katanya. Hahahaha... Masa aku umur 8 tahun.. satu peristiwa hitam telah berlaku dalam hidup aku & mengubah sedikit kemanisan pada senyuman ku ni...


Alkisahnya.. pada suatu hari di rumah. Dalam keadaan happy tak tau nak habaq.. aku bermain main dengan adik aku. Aku berlari adik aku kejar.. aku masuk bilik aku tutup pintu & aku halang dengan badan aku. Bila aku penat dok halang pintu yang adik aku dok tolak dari luar aku pun cakap dah penat tak nak main. Jadi aku lepaskan badan dari halang pintu tapi tanpa sengaja adik aku tertolak pintu maka berlaku satu kemalangan separa ngeri dalam hidup aku. Pintu tu melanggar tepat pada gigi kapak aku yang kat depan. Maka sumbingla sikit. Tapi tak patah semua. Kalau patah semua senang je aku pakai gigi palsu. Ni dia patah sikit jer kat hujung. Pernah jugak la buat appointment dengan klinik nak sambung gigi yang patah sikit tu.. Tapi aku bab2 berurusan dengan doktor ni memang selalu je kena penyakit lemah tenaga batin. So aku tak pergi sampai la sekarang aku dah kahwin & laki aku elok je terima seadannya aku yang gigi sumbing.

Selama ni aku rasa macam ok je hidup dengan gigi sumbing ni so aku pun tak berniat lagi nak menyambung kembali gigi yang tersumbing. Biarlah kekal sebagai satu identiti aku. Tapi tu la kalau ambil gambar aku jadi segan nak senyum nampak gigi. walaupun rasa hati aku ni teringin jugak nak tengok betapa manisnya rupa aku dalam gambar dengan senyuman nampak gigi tu. Dan sebab tu aku jarang nak masuk apa2 contest melibatkan senyuman ni. hahahaha. Tapi kalau korang yang jenis memang confident suka senyum & selfie nampak gigi ni tak kira gigi tak cukup jemaah ke, atau gigi terlebih capasiti boleh la try ni >> Untuk Yang Berani Selfie Dengan Senyuman Nampak Gigi << Tak kisah la korang pakai braces ke,korang gigi ada bekas palam ke atau pakai gigi palsu sekalipun janji korang spesis confident senyum nampak gigi je. Kalau macam aku tak confident memang tak berani la. hahahaha

Moral of the story.. Walaupun senyum seindah suria (kata2 dalam lirik lagu) tapi aku tetap rasa kalau aku senyum nampak gigi tak berapa indah sangat la. hahahaha

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com