Showing posts with label mesir. Show all posts

TERKINI.. PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI SINAI,MESIR

TERKINI.. PESAWAT PENUMPANG TERHEMPAS DI SINAI,MESIR. Bila baca berita berita pasal pesawat terhempas ni macam tersentap jantung. Yelah kesan trauma pesawat MAS MH370 yang masih hilang & pesawat MH17 yang di tembak jatuh buat tengok kapal terbang pun dah risau. Walaupun yang terhempas tidak melibatkan rakyat malaysia tapi tetap melibatkan nyawa manusia.


Terkini terbaca tentang pesawat penumpang milik Rusia dalam penerbangan dari Sharm El-Sheikh, Mesir ke St Petersburg dilaporkan terhempas selepas terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 23 minit selepas berlepas dari takling el-Sheikh.


Apalah nasib 224 orang yang berada dalam pesawat tu masih tidak di ketahui.. namun kita doakan yang terbaik saja. Semoga Allah permudahkan segalanya buat mereka yang terlibat tak kira mangsa kemalangan atau anggota penyelamat.

Macam2 malapetaka berlaku sekarang ni. Mungkin ia peringatan dari Allah yang jarak kita dengan kematian semakin dekat.

BANGLO BERHANTU RM50 KINI JADI PUSAT ASUHAN KANAK KANAK

banglo yang terkenal dengan kisah seram sekumpulan budak Universiti yang pernah menyewa kat situ dengan sewa yang sangat murah iatu RM50 berakhir dengan trajedi seram & dari cerita yang tersebar & kesahihannya tak pasti.. ada yang mati dalam kejadian malam pertama depa tinggal kat situ. Alahai.. nak cerita panjang2 rasa ramai dah tahu kot cerita pasal banglo berhantu RM50 kat shah alam tu kalau tak tau sila guna khidmat bomoh google yer...

Wajah seram sebelum di touch up cecantik. (sumber google)

Terbaca kat Blog Hisyamuddin katanya sekarang dah di jual kepada seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa. Sekarang dah tak menyeramkan & usang lagi. Segala gambaran2 misteri & mistik yang di lihat kat rumah tu pun dah di bersihkan.. di cat.. di renovate cecantik.. (boleh tengok kat blog shakiddo.com untuk lihat wajah baru banglo berhantu RM50 ni) Hantu2 yang katanya pernah ada kat situ je aku tak sure dah pindah ke belum. Maybe dah kena halau la kot.. lama tinggal kat situ tak bayar sewa, orang sewa dia menyakat.

Bagus jugak la banglo tu di beli & renovate semula.. Tempat2 yang terkenal dengan kisah seram & mistik ni selalunya jadi port kaki2 khurafat & syirik selain geng2 paranormal yang gigih cari hantu. Aku pernah la jugak lalu jalan berhampiran banglo tu dulu.. tapi masa aku lalu kat situ dok lagu tu lagi.. Baru lagi kot di bersihkan & di cantikkan.

Hope selepas di jadikan pusat untuk pelajar luar negara tu berkumpul kisah mistik & seram yang pernah di kaitkan dengan banglo tu pun tak ada lagi lepas ni. Jin & syaitan pun makhluk Alllah.. depa pun ada kelemahan so tak mustahil boleh di usir dari penempatan manusia. Jadi.. kisah hantu di banglo RM50 kini hanya tinggal kenangan...


TURUN SALJI DI MESIR BUKAN TANDA KIAMAT

Kiamat itu pasti.. Ya sememangnya dah banyak tanda kecil kiamat kita boleh tengok. Tak tau apa tanda2 kecil & besar kiamat boleh la google yer. Betul.. bumi semakin tua & kita sekarang hidup di era akhir zaman. Tapi baru2 ni kecoh orang dok share pasal turunnya salji kat mesir adalah salah satu tanda kiamat.

Daku pun tak terlepas membaca sebaran pasal tu tapi setakat ni takde pulak berani nak share sebab tak berapa berilmu untuk mengatakan benda tu benar tercatat dalam hadis. Memang terfikir jugak nak cari maklumat pasal tu tapi tu lah bila dah sibuk dengan urusan harian.. terlupa la pulak. Umpama mengantuk di sorong bantal pulak... Tetiba terbaca status dari Dr Maza pasal isu tu. So bila dapat info.. Elok lah kita kongsi bersama.. ye dak??

Sumber FB DrMaza.com

Jadi moral of the story.. Ini peringatan untuk diri sendiri jugak yang kadang2 terbabas share benda2 yang tak pasti. Yelah.. kita manusia kan. Buat silap tu perkara biasa.. yang luar biasa cuma orang yang buat silap tahu dia silap tapi tak mengaku kesilapan dia jer.  Jadi kalau korang tershare tu nak buat macam mana kan.. niat tu sekadar mengingatkan orang lain tentang kiamat yang semakin hampir.. Tapi dengan info ni Insya Allah mampu memberi kita sedikit ilmu.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com