Showing posts with label ngeri. Show all posts

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI. Hospital kita sedia maklum tempat yang ramai orang sakit, orang sedang nazak & tempat yang ramai orang menghembuskan nafas terakhir. Tempat - tempat macam ni tak pelik la kalau banyak makhluk2 ghaib yang kita tak nampak dengan pandangan mata kasar. Mungkin yang di beri kelebihan oleh Allah SWT sahaja dapat melihat untuk memberi pengajaran pada orang lain.


Terbaca satu perkongsian di media sosial tentang pengalaman seseorang yang mungkin di buka hijabnya boleh melihat makhluk ghaib ni. Dia nasihatkan la supaya sesiapa sahaja keluar dari hospital tak kira la selepas discharge dari wad, atau datang sekadar melawat orang sakit mengamalkan membaca ayat Qursi kemudian hembuskan di kiri, kanan, depan & belakang sebelum pulang kerumah. Sebab kita tak tau apa yang ikut kita balik dari hospital. Jangan ingat benda ni tahyul bagai yer.. Dari pengalaman aku sendiri anak aku pun pernah terkena baru2 ni selepas hampir seminggu dok ulang alik dari hospital sampai malam sebab mertua masuk wad.. Sampai kena merujuk dengan pusat rawatan Islam. Sepupu dia yang umur 2 tahun pun sama juga tapi depa rawat cara kampung.. Aku tak sure la kan dengan siapa.

Menurut hamba Allah yang berkongsi cerita sepanjang dia dok masuk mana2 hospital kat Malaysia ni.. Dalam wad tu katanya dia nampak macam2 jenis makhluk dok merayap kat siling. Satgi ada loyar buruk cakap cicak pulak. Ni bukan cicak mahupun cicakman yer.. Makhluk tu memang kita orang2 tak ada ilmu ni tak nampak. Kalau semua orang boleh nampak dah tak rare & seram pulak la kan? Kita masuk wad nampak orang jer.. Yang di buka hijabnya dia nampak lebih dari manusia dalam tu.

Dari pengalaman dia sendiri.. katanya di sebuah hospital besar .. dot... dot.. dot.. Bila dia dongak atas siling terlampau banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, telinga panjang, muka seram & ngeri seolah olah tunggu masa nak terjun ke bawah. Paling menakutkan.. dia nampak seorang lelaki yang berjalan sambil pegang kepala dia sendiri dalam keadaan darah yang masih memancut keluar dari tengkuk. Hanya dia je yang nampak.. sebab yang lain tengok melakukan rutin seperti biasa seolah2 tiada apa yang aneh berlaku


Bila di pandang bawah katil.. dia nampak ada mayat sedang di tidur pula. Kemudian ada seorang kanak kanak menarik tangan ibunya cuba menunjukkan kearah lembaga bawah katil tapi mak dia pulak marah. Biasa la mak mak kan.. dia rasa anak dia mengarut jer. Sebab tu.. Jangan ambil mudah kalau anak anak kecil bagitahu sesuatu yang pelik yang mereka nampak.


Pengalaman kedua katanya dia nampak ramai orang datang melawat ahli keluarga mereka yang sakit.. dalam celah2 tu dia nampak seorang wanita yang berjalan perlahan sangat. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek. Tapi bukan beruk biasa.. Mata beruk tu merah menyala. Bila dia ceritakan pada isteri dia, isteri dia terdiam. So, dia terus membaca ayat2 Al Quran lalu di hembus kepada makhluk tersebut.

Lepas di hembus ayat ayat Al Quran pada beruk tu.. wanita tu terhuyung hayang & sempat dia pegang keluarganya yang ingat dia nak pitam. Beruk tadi terjatuh & bangun semula dengan muka yang marah sambil mencari siapa yang buat dia jatuh & akhirnya matanya terpana pada lelaki yang menghembuskan ayat ayat Al Quran tadi. Sekali lagi lelaki tu bacakan Ayat Qursi lalu di hembuskan pada beruk tu.. Akhirnya benda tu hilang. Isteri dia tegur perbuatan dia menghembus  macam tu risau jadi kecoh sebab orang salah sangka. Bila dia explain kat isteri dia.. Isteri sekali lagi cuma terdiam

Pengalaman ketiga katanya dia nampak ramai orang mengelilingi seorang lelaki yang rupa rupanya dah sangat nazak & sedang menghadapi sakaratul maut. Anak2 dia nampak masih sibuk dengan handphone mungkin sedang menghubungi sedara mara untuk maklumkan keadaan ahli keluarga mereka yang sedang nazak. Tapi ada satu makhluk bertelinga & tanduk panjang nampak lebih sibuk dari semua yang ada kat situ. Dia sibuk menganggangu lelaki yang sedang nazak tu. Saat itulah.. perlu di ajarkan kepada mereka yang sedang nazak untuk mengucap dua kalimah syahadah sebab dalam keadaan matanya mula memandang keatas.. sebenarnya dia sedang di ganggu syaitan. Tak payah time tu nak sibuk dengan handphone..

Pengalaman ke empat.. Lelaki ni pernah masuk ke bilik mayat untuk dapatkan surat kematian ibunya. Dia nampak ada beberapa makhluk yang sedang berdiri berhampiran peti mayat cuma dia tak pasti adakah makhluk yang dia nampak berdiri di sisi peti mayat tu.. mayat di dalamnya milik mereka. Mereka nampak seperti manusia biasa.. tapi ada berwajah hodoh dengan muka pecah, lidah terjelir keluar. Sebab tak tahan nak tengok lama lama dia cepat2 jumpa person in charge untuk dapatkan surat & terus kepejabatnya.

Pengalaman kelima.. Dia masuk ke wad jantung semasa menziarahi ibu mertua dia. Dia nampak seorang jurujarawat tekun membantu seorang pesakit tanpa sedar sebenarnya dia di ekori sesuatu.. Sesuatu tu berupa.. wanita berambung panjang berjalan ikut dia dari belakang. Kemana je nurse tu pergi, dia akan ikut sambil matanya memandang ke bawah. Sesekali rambut dia yang panjang tu tersangkut atas bahu nurse tu.. nampak nurse tu macam menguis seolah olah macam rasa gatal. Dia cuma tengok tanpa buat apa apa pada nurse tersebut. Sebab tu yang bekerja di hospital ni bagus amalkan ayat Qursi untuk mengelak gangguan makhluk halus.


Jadi.. Petua kepada semua tak kira yang datang menziarah atau yang bertugas dalam hospital ni. Amalkan ayat Qursi.. sebab di sebalik apa yang kita tak nampak ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita. Memang yang jadi mangsa kebanyakkan kanak kanak.. Jadi untuk elakkkan kita atau anak kita menjadi mangsa gangguan makhluk ghaib ni amalkan ayat ayat Al Quran sebagai pendinding. Samada kita percaya atau tak.. Ia memang wujud. Di bumi Allah ni bukan hanya wujud hidupan yang kita nampak.. Malah ada alam ghaib yang ada penghuninya. Wallahualam...

PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK

PENGALAMAN SERAM BERJIRAN DENGAN KELUARGA MISTERI KAWASAN RUMAH TERES DI PERAK. Dimana ada cerita seram, misteri & mistik di situ juga ada blogger puaka lekatlekit. Aku pun mistik & misteri jugak. Boleh menjelma macam2.. kejab macam wartawan, kejab jadi chef kejab macam ahli paranormal katanya.. Di sebab tu blog lekat lekit ni banyak segmen.. Sekarang kita di segmen seram serik lekatlekit yer.. Dimana hari ni aku nak share satu kisah seram. Yang berlaku pada seorang surirumah yang tinggal di kawasan rumah teres dekat perak.


Alkisahnya seorang perempuan ni.. Merangkap seorang isteri & ibu yang tidak bekerja. Macam aku juga la surirumah cuma beza aku  bekerja juga melalui blog ni.. dia tak tau ada tak buat kerja2 sampingan tambah pendapatan di rumah.. Tak kenal pulak aku nak interview lebih2 pasal dia kan. Semua tu tak penting.. Yang penting dia ada kisah seram yang boleh di isi dalam segmen seram serik lekatlekit ni..

Dia ni takde masalah apa apa cuma masalah dia dengan jiran misteri yang menyeramkan je. Dia tinggal di kawasan rumah teres kat perak. Taman perumahan apa jangan tanya ok! Cheq tak tau.. Laki dia ni kerja pagi balik malam. Almaklum la zaman Ah Nang Jib kena kerja kuat kalau tak memang tak cukup nak menampung apa2 yang bocor.

Tapi yang buat dia rasa seram, takut, gigil & kawasan sewaktu dengan dia adalah jiran sebelah rumah dia. Jiran dia ni laki bini tak kerja secara apa yang dia nampak dengan mata kasar la. Kot2 depa kerja secara online & beroperasi dalam rumah je pun tak tau la kan. Wallahualam. Tapi yang misterinya depa ni jarang keluar rumah. Memasing bertapa dalam rumah 24 jam sehari. Erk... aku pun sama suka terperap dalam rumah. gamaknya jiran2 aku rasa aku pun misteri & menakutkan tak? hahahaha.. Jangan judge sesuatu yang kita tak tahu.. Boleh jadi yang berlaku tak sama apa yang kita fikirkan. Macam aku.. orang memang rasa aku terperap dalam rumah tapi sebenarnya aku bekerja dari rumah. Opis dalam rumah katanya.. Jadi waktu Office hour takkan nak merayap kot. hehehehe. Tapi jiran dia ni memang lain macam...

Pernah sekali perempuan ni tegur isteri jiran dia tapi bukan di balas teguran tu malah dia memberi reaksi yang menakutkan pulak. Dia cuma beliakkan mata & jalan terus masuk rumah. Sampai dah masuk dalam rumah.. depan pintu still mata dia tak lepas pandang perempuan yang tegur dia tu. Berdiri habis bulu2 yang ada bila di pandang macam tu. Memang kalau aku pun rasa pelik, seram,misteri & mistik jugak

Lepas dari kejadian tu dia memang tak berani lagi tegur jiran dia.. Tapi nak di jadikan kisah seram pada satu petang yang dah dekat nak masuk maghrib. Dia nak angkat kain kat jemuran tetiba dia nampak jiran dia (suami isteri) macam sedang bercakap dengan seseorang dekat buaian rumah depa. Bila dia tengok atas buaian tu tak ada sesapa dia jadi pelik. Tapi dia cuba juga berbaik sangka.. Maybe cakap guna hand free yang letak kat telinga tu.. Dalam berbaik sangka tetap ada rasa buruk sangka. Sebab jiran dia tu pun perangai pelik. So cepat2 dia masuk rumah

Lepas dah siap uruskan anak dia pun ambil wuduk & solat maghrib. Lepas solat tu tetiba rasa nak jenguk keluar dari tingkap. Dia selak la langsir tengok rumah jiran sebelah. Alangkah terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh.. bila secara tak sengaja dia ternampak ada satu lembaga berdiri tegak tanpa gerak walau seinci. Fizikal & rupa dia katanya sama macam pontinak yang selalu dia tengok dalam filem seram. Dengan Pakaian dia putih lusuh, rambut panjang smpai lutut. Lembaga tu memerhatikan dia macam tau tau je orang tengok tengok dia. Habis longgar semua skru kepala,bahu,lutut kaki.. lutut kaki. Ops.. sorry ternyanyi lagu didi & friends pulak. Gigil baqhang! Gila kau tak seram kalau dah nampak dengan mata kasar macam tu... Boleh kena strok ok! hehehehe

Dalam keadaam menggigil & terketar dia cari phone nak call suami dia suruh balik cepat. Apa lagi malam tu meracau tak ingat la perempuan tu jadinya. Semenjak kejadian tu rumah dia selalu sangat terbau bangkai yang terlalu busuk selepas suami dia pergi kerja. Tiap kali tidur dia akan terkejut. Anak dia pun kerap menangis. Suami dia jadi panas baran. Katanya sebelum dia nampak lembaga tu.. pagi sebelum tu dia nampak jiran dia macam sedang berzikir dengan kepala tersengguk sengguk belakang rumah. Dia sempat rakam guna phone bila dia tunjuk kat suami dia.. lepas tengok muka suami dia jadi pucat & suruh dia padam video tu. Suami dia taknak jadi bukan2 kalau dia simpan video tu. Apa yang suami dia nampak dalam video tu? jeng jeng jeng.. aku pun tak tau. Mungkin something yang menyeramkan...

Tiap2 malam katanya dia dengar bunyi ketawa yang bukan ketawa manusia dekat dengan tingkap bilik tidur dia. Suara dia sayup sayup jer... tapi bila dia kejutkan suami dia minta tolong tengok tengokkan siapa yang ketawa.. bunyi ketawa tu hilang. Bila suami dia tidur, bunyi ketawa tu kembali. lepas puas ketawa dia ketuk tingkap guna kuku pulak. Serius seram katanya..

Yang paling tak boleh blah.. Lepas semua kejadian tu tetiba isteri jiran dia datang rumah bagi bubur kacang sambil melemparkan sebuah senyuman yang sangat menakutkan. Mengucap panjang la cik akak tu. Nak jamah bubur kacang tu? Kirim salam la.. kalau aku pun tak makan. Entah apa yang di hembus & letak dalam tu.. Bab ni kalau aku pun susah nak berbaik sangka dah.

Gila beb kalau dapat jiran penuh misteri & mistik macam ni.. Nak tuduh membela saka ke hapa tak boleh sebab kita tak ada bukti. Boleh jadi dia pun terkena gangguan & sedang berusaha menghalau gangguan tersebut.. tu dia punya baik sangka kan aku. hahahaha. Kalau duduk rumah sewa boleh la cari rumah lain kalau rumah sendiri takkan nak jual rumah tu beli rumah lain. Nak2 rumah yang ada pun belum habis bayar. Rumah sekarang mahal nak mampus katanya. Nak2 lagi area lembah klang ni..

Apapun.. semua yang berlaku dengan izin Allah.. Maka kepada Allah juga kita perlu memohon pertolongan. Tiada apa yang lebih berkuasa di dunia ini melainkan Allah yang maha besar.

Sumber asal cerita

BAU YANG MENYERAMKAN DI TANDAS JABATAN KECEMASAN HOSPITAL SELAYANG

BAU YANG MENYERAMKAN DI TANDAS JABATAN KECEMASAN HOSPITAL SELAYANG. Tu dia.. baru pertama kali jejak kaki ke hospital selayang dah bawa mulut pasal cerita seram katanya.. Kau buat apa kat jabatan kecemasan Hospital selayang tu lekat lekit ooi... Takde la.. My Mother In Law di kejarkan ke hospital. Bila sampai hospital doktor dapati tekanan darah dia terlalu tinggi & doktor kesan ada pendarahan dalam kepala di sebabkan ada salur darah yang pecah. Tapi setakat semalam.. Katanya dah stabil cuma semalam nak di pindahkan ke ward.. ward pulak penuh. Salur darah yang pecah menurut sumber dari suami.. dah tertutup.. darah yang dalam kepala tu nanti doktor akan bagi ubat untuk keluarkan dia secara semulajadi. Alhamdulillah.. sebab tak kena operate. Hope mak mertua saya.. cepat sembuh yer..


Maka lepas ambil budak shahila kat tadika semalam.. berdesup la kami sekeluarga ke hospital. Maka seharian jugak la kat hospital selayang tu.. Kira bercamping sekejab la kat jabatan kecemasan nak tunggu segala macam check up, rawatan bagi memastikan mak mertua den berada di dalam keadaan tidak berisiko. Masa aku balik semalam dekat pukul 6 tu memang masih berada dalam zon merah (kritikal). Kejab lagi baru nak pergi melawat lepas shahila balik sekolah. Takpe asben lepas hantar budak shahila sekolah dia berdesup ke hospital. Hope semua dalam keadaan baik.

Bila dah bermastautin sekejab kat jabatan kecemasan tu selama lebih dari 5 jam.. segala pundi yang menyimpan sisa2 kumuhan ni pun perlu juga di kosongkan. Tapi aku nak mengosongkan pundi kencing anak aku waktu aku ke tandas di bahagian jabatan kecemasan hospital selayang tu. Tapi ada juga niat nak mengosongkan pundi sendiri siap siap.. Sesampai kat tandas.. masuk je dalam tandas.. Mak aiihh.. bau terlalu mistik. Siapakah yang meninggalkan bau misteri tu pun tak tau.. Seram sejuk aku nak lama2 dalam bilik tandas tu tau.. Sebab takde pilihan aku tunggu jugak budak shahila mengosongkan pundi kencing dia.. lepas tu cepat - cepat aku lari keluar, cuci tangan bagai. Tak jadi aku nak kosongkan pundi aku. Tak sanggup la lama2 takut histeria pulak. Tapi awal2 lagi suami aku dah mention tandas hospital selayang kurang bersih. Cuma bernasib baik la tak jumpa apa2 entiti dalam mangkuk jamban.. Tapi bau tu serius.. bau bangkai!!

Aduhai.. petugas pembersihan kat hospital selayang.. aku tengok mundar mandir kerap jugak kat kawasan tu. Selalu - selalu memantau toilet yer. Hospital kot.. Pastikan bersih & wangi. Selalu dok berurusan di hospital sungai buloh memang jarang la nak termasuk dalam tandas berbau puaka macam tu. Pertama kali jejak kaki kat hospital selayang ni dia bagi pengalaman ngeri pulak dengan tandas.

Aku tak tau la.. pontianak mana membuang. Bau Yarrabi.. Tak terjangkau dek akal ni sampai lambat nak hilang macam tu. Makan apa gamaknya. Rasanya makan petai, jering pun takde la bau azab macam tu sangat. hahahahaha...

Moral of the story.. lepas ni nak stanby siap2 ambi pur dalam beg.. Manalah pada suatu hari sakit perut & lepas buang ada bau yang lambat nak hilang.. boleh la cover2 sikit dengan ambi pur kan? At least.. untuk pengguna tandas seterusnya takde la terbawa bawa dalam mimpi bau yang menyeramkan macam tu. hahahaha

TANDA BAYI,KANAK KANAK & WANITA HAMIL YANG TERKENA GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN

TANDA BAYI,KANAK KANAK & WANITA HAMIL YANG TERKENA GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN. Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Ummu Sibyan ni. Sebagai pengenalan siapa Ummu Sibyan ni.. ia berasal dari kaum jin Betina (erkk.. jin orang tak panggil perempuan kan?) yang suka menganggu bayi (kanak kanak yang berusia di bawah 2 tahun) dan juga wanita yang mengandung (hamil). Sebab tu la Islam menyuruh kita mengazankan bayi yang baru di lahirkan agar bayi tersebut tidak di ganggu oleh jin spesis ni.


Jin Ummu Sibyan ni di gambarkan memiliki muka yang ngeri dengan mata yang besar & berjalan atas dinding macam cicak. Spiderwoman rupanya Jin Ummu Sibyan ni. hehehehe. Dia juga mampu mengikat atau menyumbat rahim wanita supaya tidak boleh mengandung & boleh membunuh janin yang masih dalam kandungan. OO.. ada skill doktor jugak rupanya.hikhikhik

Jin Ummu Sibyan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.
Seperti yang di ceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”,jin ini berkata ia bisa memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung. 

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tanda - tanda bayi atau kanak kanak yang terkena gangguan Ummu Sibyan ni adalah

1. Bayi menangis dengan kuat sambil matanya memandang ke atas atau satu sudut tertentu.
2. Kanak kanak berjalan seperti hendak jatuh (bagai ada sesuatu yang menolaknya)
3. Mengigau sambil mengetip gigi berulang kali
4. Demam panas hanya selepas Asar & sebelum subuh (Yang ni pernah berlaku kat anak aku masa terkena gangguan dulu)

Kesan dari gangguan tersebut akan menyebabkan seorang bayi atau kanak kanak tersebut mengalami..

1. Sawan Tangis
2. Autisme, hyperactive
3. Nakal yang diluar kawalan
4. Terencat Akal
5. Pelbagai kompilasi Otak

Tanda tanda wanita mengandung yang terkena gangguan Jin Ummu Sibyan ni pula adalah..

1. Rasa sesak di bahagian dada terutama selepas waktu Asar & mungkin berlarutan sehingga tengah malam
2. Fikiran jadi kusut & bercelaru
3. Sakit bahagian tulang belakang
4. Mengigau ketika tidur
5. Bermimpi perkara yang menakutkan

Cara mengelak dari terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan ni adalah..

1. Tutup pintu & tingkap bila dah maghrib (Benda ni rasanya di ajar mak bapak kita dari kecik)
2. Jangan angkat pakaian yang dah semalaman berada di luar rumah (Ni kes kadang2 baju tak kering & tak hujan so dia biar la jemuran dia sehari semalam kat luar)

Kaedah rawatan pada bayi yang terkena gangguan Ummu Sibyan ni adalah..

Baringkan bayi dengan cara meniarap & jangan biarkan dia melihat kearah yang dia lihat ketika menangis. Baca ayat Qursi & 3 Qul kemudian tiup pada ubun ubun sampai bayi berhenti menangis. Halaulah makhluk itu (jin) dengan bahasa yang kita guna seharian.. kalau kau melayu yang masih menggunakan bahasa melayu maka buat la ayat menghalau tu dalam bahasa melayu.. contoh ayat..  Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku. InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi. Spesis Jin tak berapa degil sangat la kan. hehehehe

Bagi wanita mengandung yang terkena gangguan Ummu Sibyan pulak..

Bacakan doa doa yang menghindari syaitan termasuk doa mengelak dari sihir seperti surah al Fatihah, ayat Qursi, surah al Baqarah, Surah Ali-Imran dan Surah Al-Mu'awwizat pada satu sudu madu asli & kurma & di makan setiap hari sebelum mengambil sarapan. Boleh jugak di bacakan pada minyak zaitun untuk di sapukan di bahagian dada, dahi & tulang belikat sebelum tidur.

Semoga dengan perkongsian kecil dari hasil pembacaan saya ni dapat membantu sedikit sebanyakkan untuk orang lain mengelak atau merawat gangguan Ummu Sibyan ni.

KAIN BURUK BERGERAK MEMBENTUK SATU LEMBAGA MENYERAMKAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI GELANG PATAH

KAIN BURUK BERGERAK MEMBENTUK SATU LEMBAGA MENYERAMKAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI GELANG PATAH. Setelah sekian lama segmen seram serik lekatlekit bercuti.. Malam ni kembali bersiaran setelah hati ini terasa rindu nak menghantui semua pembaca setia blog lekatlekit. Tak tertahan rasa rindu ni untuk menyeramkan anda semua. Jika tak di lempiaskan nafsu seram ni, mungkin aku akan bertukar jadi pontianak. Maka terpaksa la menunaikan perjanjian saka di blog ni.

Gambar sekadar hiasan

Malam ni kita singgah ke johor sekejab memburu kisah kisah seram yang pernah berlaku kat sana. Kisah ni di ambil kat Facebook Kisah Kisah Seram By Egai. Kisahnya pasal seorang wanita yang mengalami satu pengalaman yang menyeramkan sampai longgar kepala lutut menggigil katanya. Ianya berlaku di sebuah sekolah menengah di gelang patah. Waktu tu dia diajak menemani tunang dia yang nak siapkan kerja sikit kat opis sekolah tu. Waktu tu dalam pukul 9.30 malam. Perjalanan nak sampai ke sekolah tu dari rumah lebih kurang setengah jam. Katanya jalan area gelang patah time malam2 ni memang gelap gelita dengan hutan kiri kanan katanya. So pemanduan pun tak boleh la pecut macam kat litar lumba.

Sampai je kat kawasan sekolah, depa pun parking la kereta dalam kawasan sekolah. Cuma tunang dia je naik ke opis.. Yang perempuan ni tunggu dalam kereta. Kang berdua duan muncul orang ketiga pulak kan.. Sementara tunggu tunang dia siap kerja, apa lagi layan facebook la. Boleh update status check in kat mana2 kan.. hehehe.. Lepas lebih kurang 10 minit macam tu tetiba tunang dia sms suruh tutup enjin kereta & naik ke opis. Walaupun bukan kali pertama dia teman tunang dia ke opis tapi selalunya dia tunggu dalam kereta. Malam ni pelik tunang dia suruh naik ke pejabat pulak. Tak nak jadi tunang derhaka maka dia pun ikut la apa yang tunang dia suruh. Sementara tunggu tunang dia siapkan kerja dia duduk baca surat khabar. Tapi masa dok tunggu tu katanya dia dah rasa lain macam. Rasa meremang bulu tengkuk.. jantung rasa berdebar debar tapi dia tak layan sangat la perasaan lain macam tu.

Dah siap kerja tunang dia, maka mereka pun bergerak la nak keluar dari opis tapi belum sempat dia melangkah keluar tunang dia suruh tunggu sampai dia siap tutup semua lampu supaya mereka boleh jalan bersama ke tempat letak kereta. Dia ingat tunang dia tetiba jadi penakut malam tu.. Tapi disitulah bermula sebuah kisah seram yang tak mungkin di lupakan

Masa tunang dia nak mangga grill pintu opis tu, dia sedang bersandar kat tembok tepi koridor panjang. Tetiba mangga jatuh, so dia pandang kearah mangga tu di atas lantai. Masa dia nak angkat kepala tu secara tak sengaja dia terpandang di hujung koridor & ternampak satu lembaga yang dia sendiri tak boleh nak gambarkan macam mana. Macam beruk ada, macam burung pun ada.. sedang bergayut kat jerigi besi. Katanya nampak macam warna coklat, hitam macam kain yang dah carik atau macam bulu panjang meleret2 atas lain sambil bergerak gerak. Ketinggian katanya paras pinggang. Pinggang dia la kot.. Kalau pinggang aku memang pendek. Dia pun aku tak tau tinggi berapa cm. Bayangkan paras pinggang sudah la kan.. Bila dia cuba alih pandangan & pandang balik tetiba hilang. Apa lagi cepat2 dia cuit tunang dia ajak balik.

Masa dalam perjalanan nak ke tempat parking tu masing2 diam. Selalunya tunang dia suka mengusik tapi malam tu masing2 diam. Masa nak dekat sampai ke kereta, si tunang ni jalan depan & yang perempuan tu pulak jalan belakang. Berlaku lagi kejadian yang buat kering gel2 lutut dia katanya. Masa tunang dia sampai ke pintu kereta.. tengah nak buka pintu... Dekat dengan kereta dia ternampak macam selonggok kain buruk, comot bergerak2.. makin lama makin tinggi kain2 tu bergerak sampai membentuk satu kelibat yang seakan akan manusia. Time tu macam kena sumpah dengan sang gedempai jadinya minah tu.. Kaku, membisu, kelu bagai dah..  Lembaga tu mula menunjukkan dirinya yang seperti manusia berambut panjang duduk betul2 mengadap perempuan tu. Tetiba dia terasa tangan dia kena tarik. Tunang dia yang tarik tangan tu bukan lembaga tu. Tunang dia pun tanya,.. kenapa & apa yang dia nampak sambil suruh dia masuk kereta. Masa tu baru dia rasa macam tersedar dari mimpi ngeri. Lepas masuk kereta mereka pun beredar

Masa dalam kereta ketakutan tu belum habis.. dia terasa macam semua sendi menggigil, gigi terketap ketap. Dia jadi blank sekejab. Masa tunang dia berhenti di pondok pengawal, dari cermin sisi dia dapat lihat lembaga tu berdiri dekat pintu belakang kereta. Time tu rasa jantung nak macam meletup. Tunang dia nampak dia semakin pelik.. tanya lagi kenapa. Dia cuma cakap nak balik jer. Masa dalam perjalanan balik tu kereta pulak jadi berat tak boleh tekan minyak lebih dari 70km. Si tunang dia pulak asyik urut leher jer & mengeluh kereta macam berat semacam.

Lepas 10 minit sampai rumah tunang dia sms & cerita apa yang berlaku masa kat opis sekolah tadi. Dia kata dia nampak dari luar tingkap ada bayang2 asyik lalu lalang sebab tu dia suruh perempuan tu naik ke opis. Tunang dia tahu yang dia nampak something. Lagipun sekolah tu memang banyak berlaku kejadian mistik & ada orang pernah nampak benda benda pelik & seram & pernah berlaku pelajar di serang histeria.

Begitu la pengalaman seram yang di kongsikan.. Kita membaca mungkin tak mampu rasa takut seperti orang yang mengalaminya.. sebab tu kita boleh cakap. Aku ni setakat baca cerita2 seram.. memang tak ada feel. Macam aku la tengok filem seram.. kadang2 rasa nak marah sebab tak rasa seram langsung. Tapi aku tak harap la melalui pengalaman seram terserempak dengan apa2 makhluk tu hehehe...

Moral of the story.. jangan buang kain buruk merata rata. Tak pasal2 jadi saka ganggu orang lain. hehehe

FILEM YANG MENGGUNAKAN RAKAMAN AUDIO SUARA ROH YANG SEBENAR

FILEM YANG MENGGUNAKAN RAKAMAN AUDIO SUARA ROH YANG SEBENAR. Filem ni adalah berdasarkan kisah benar dari file aktiviti paranormal. Ini adalah sekuel kedua selepas sekuel pertama di kira berjaya jugak la. Aku pun tengok filem ni yang pertama dulu. Boleh tahan jugak la cerita dia. Effect terkejut tu termencarut jugak la sepatah dua perkataan. Almaklum la terkejut katanya. Tak sengaja melatah sambil carut gitu hahaha.. Tapi setakat keluar perkataan bodoh la cerita ni walaupun cerita tu tak bodoh. Sebab sakit hati terkejut katanya.


Filem ni rasanya dah keluar kat pawagam hari ni. Jadi peminat filem seram harus la tengok filem ni. Sebab katanya dalam filem ni ada babak yang menggunakan audio suara roh yang sebenar. Alah.. sekarang ni kan banyak geng paranormal dok rakam kelibat la, suara, bunyi dari entiti. Nak2 lagi geng2 paranormal mat saleh ni.. Lagi advance rakaman depa katanya. Boleh dengar suara mistik bercakap dari peralatan rakaman depa. Sebab aku suka layan rancangan paranormal mat saleh kat TV dulu. So mungkin suara2 tu di gunakan dalam filem untuk membangkitkan lagi rasa seram orang yang menonton. Nak2 lagi filem ni di adaptasi dari kisah benar maka bertambah real la bila audio sebenar suara ghaib tu di gunakan.

Mesti korang nak tahu filem apa yang menggunakan rakaman audio suara roh yang sebenar kan? Ok meh sini aku nak bagi link yang korang boleh tengok sekali trailer  filem ni. Confirm peminat filem seram tak sabar nak tengok sejauh mana seramnya filem ni lepas tonton trailer dia kat sini >> Inilah Filem Yang Menggunakan rakaman Audio Suara roh jahat yang sebenar << Tapi macam biasa kalau spesis penakut tu tak payah tengok la. Kang histeria pulak satu hal orang nak kena bawak pergi rawat.

Canggih filem2 seram sekarang. Dah guna suara roh sebenar dalam filem. tak tau la hantu tu dapat royalti ke tidak sebab suara dia orang guna dalam filem. Sekarang guna audio suara akan datang tak mustahil hantu sebenar berlakon dalam filem seram.. siapa tahu kecanggihan teknologi boleh merakam seketoi seketoi hantu, kan. Lepas ni maya karin dah tak ada job la dalam filem pontianak kalau dah pontianak yang take over watak tu. hahahaha

FILEM SERAM YANG BOLEH BUAT ORANG DEMAM PANAS LEPAS MENONTON

FILEM SERAM YANG BOLEH BUAT ORANG DEMAM PANAS LEPAS MENONTON. Aku kalau dengar ada filem seram yang boleh buat aku rasa seram sampai terbayang bayang memang aku nak tengok sangat. Sebab sekarang susah sangat nak jumpa filem seram yang betul - betul seram. Kebanyakkan yang seram seram manjakani jer. aku dok anggap selama ni deria seram aku dah hilang rasa sebab nak bersangka baik dengan filem filem seram sekarang. yelah.. kang kritik je orang cakap aku ni asyik negatif je kan.


Semalam pun sempat singgah wangsa walk tapi malangnya filem2 seram yang keluar dua tiga bulan lepas belum lagi di jual dalam bentuk dvd kat situ. Situ memang lambat tapi sebab murah aku rela menunggu. Kat tesco pun ada jual jugak dvd filem2 seram tapi rega dia tak semurah kat classic world entertainment tu. RM10 je untuk original dvd. Sebab takde filem lain.. aku ambil jugak la satu filem melayu. Nanti la aku review filem apa.

Yang pasti tahap keseraman dvd seram yang aku beli semalam mustahil mampu sampai ke level seram yang aku harapkan. Tapi katanya sekuel kedua satu filem English ni bakal keluar di pawagam. Depa kata mampu buat orang demam panas lepas tengok filem ni. Bunyi macam seram sangat je. Tapi tak mustahil filem tu memang seram sebab yang pertama dulu pun agak seram & tidak mengecewakan peminat filem seram macam aku. Yang kedua ni.. Hope lebih seram berbanding yang pertama dulu. Baru la merasa tengok celah celah jari katanya. hehehe

tak sabar aku nak tengok filem yang di canang canang seram tu. Kalau korang nak tahu filem apa yang di katakan sangat seram & ada babak babak yang mampu buat korang demam terkejut atau kena histeria meh tengok kat sini >> 5 babak Dalam Filem Seram Ni Bakal Buat Anda Demam Panas << Sebab filem yang pertama dulu katanya dari kisah benar. Yang kedua ni tak tau la kesinambungan kisah benar tu masih di ambil dari kisah benar atau sekuel kedua ni tak berapa benar dah.

Yang penting kalau korang peminat filem seram macam aku memang korang akan rasa excited nak tengok filem ni. Sabar.. sebulan je lagi bakal di tayangkan di pawagam2 seluruh Malaysia.

KISAH SERAM! GANGGUAN MISTERI SELEPAS URUS MAYAT SEPARUH BADAN

KISAH SERAM! GANGGUAN MISTERI SELEPAS URUS MAYAT SEPARUH BADAN. Malam ni ber mood nak up kisah seram kat blog lekatlekit.com. tetiba rasa rajin nak berseram serik tu haruslah di manafaatkan. Ok malam ni aku nak share satu kisah seram yang melibatkan seorang ustaz yang memang kerja dia banyak menguruskan mayat2 yang tidak sempurna ni.

Gambar Sekadar Hiasan

Alkisahnya.. dia menerima satu mayat yang hanya separuh badan dimana hanya ada bahagian pinggang ke bawah berusia dalam lingkungan 30an yang di temui terapung dalam laut selepas beberapa hari di campak kesitu. Kiranya badan kepala tangan semua tak ada la. Bau memang tak payah cakap. Mayat kot. Busuk Na'uzubillah.

Bermulanya kisah seram ketika ustaz ni nak mandikan jenazah tetiba bulu roma dia meremang tapi bukan sebab rasa ngeri dengan fizikal mayat tu yang tak sempurna tapi ustaz tu dapat syak ada sesuatu yang tak kena di samping mayat tu bila hati dia rasa tak tenteram semasa menguruskan mayat tu. Kalau nak dikatakan sebab keadaan fizikal mayat tu, ada mayat yang lebih teruk dari tu dia pernah uruskan jadi dah tak ada rasa sangat. Orang kata dah biasa hadap mayat2 tak sempurna ni so keadaan mayat tu dah tak jadi satu ketakutan lagi bagi ustaz & geng dia.

Semua yang terlibat dalam menguruskan mayat tu dapat merasa ada sesuatu yang menganggu Kata orang kalau tak semena mena bulu roma meremang ni memang ada something la kan. Di teruskan juga menguruskan mayat tersebut dengan di iringi bacaan ayat ayat suci Al Quran terutama ayatul kursi. Mengikut pengalaman ustaz tu.. Kalau ada rasa rasa yang tak sepatutnya ketika menguruskan mayat ni selalunya jenazah tu bukan di kalangan mereka mereka yang di cintai Allah.. Apapun yang lebih mengetahui adalah Dia. Betul tak betul tak tahu la.. Ustaz tu sampaikan melalui pengalaman dia sebelum ni.

Dah selesai semua jenazah di hantar ke kawasan perkuburan. Sebab dia terpaksa bergegas untuk menghantar salah seorang juru urus jenazah ke satu tempat untuk menguruskan jenazah lain tapi sempat dia berpesan kat penggali kubur jangan di kebumikan dulu jenazah tu. Dia akan datang semula menguruskan urusan pengebumian. Sebab jenazah tu ada sedikit masalah tapi tak ada la si ustaz bagitau masalah jenazah tu. Tak elok la kan.. mengaibkan orang yang dah meninggal dunia.

Selepas selesai urusan, si ustaz kembali ke kawasan perkuburan tersebut tapi jenazah tu dah selamat di kebumikan jadi hajat dia nak menyempurnakan pengebumian tu tak kesampaian la. Sebab semua dah selesai dia pun balik la kan.. Tapi sebaik masuk je dalam kereta tetiba dia rasa macam ada something yang ikut. Dengan tak semena mena perasaan seram sejuk tu datang balik. Nak kata peminat.. tak nampak rupa parasnya cuma dapat rasa kehadirannya je. Confirm la bukan peminat.. Ustaz tu pun bukan public figure sangat kan. Dengan sedikit ilmu yang dia ada, dia cuba menghalau penumpang tak di undang tu tapi gagal. Penumpang misteri tu terus ikut dia sampai kerumah. Nak buat macam mana suruh keluar taknak bawak balik jugak la. Dan pada malam tu terpaksa la si Ustaz & tetamu tak di undang tu berperang.

Dalam pukul 11 malam ketika seisi keluarga ustaz tu dah saip2 nak tidur, dia mula rasa lain macam. Bukan rasa lain macam sebab malam jumaat OK.. Korang ni suka tau menyimpang. Ni cerita seram ok bukan cerita romen romen tau! Perasaan seram kembali datang. Macam biasa la bulu roma ni tak boleh orang rasa seram sikit dia pun mula la berdiri tegak macam nak nyanyi lagi negaraku.

Si ustaz mula membaca ayat ayat suci Al Quran sehingga tetamu tak di undang tu mengalah & blah katanya. Surah2 yang di gunakan adalah Al-Fatihah, 3 Qul,Ayat Kursi, Amanarrasul & satu ayat lain sebagai penutup. Tak di nyatakan pulak ayat apa. Dengan ayat2 tersebut berjaya menghalau syaitan yang cuba menganggu. Ingatkan dah kembali kepangkal jalan rupanya dia datang balik. Ustaz tersebut mengulangi membaca surah2 tadi & hembuskan ke arah makhluk tu. Untuk sementara waktu tu dia lari la sekejab maybe sebab panas. Lepas sejukkan badan dia datang balik katanya.

Menjelang tengah malam, tetamu tak di undang tu jadi semakin agresif. Bila si ustaz mula nak lelapkan mata dia main cucuk2 badan pulak. Bila ustaz tu terbangun & pandang di kawasan sekeliling memang tak nampak apa2 kecuali gelap je. Maka di baca sekali lagi ayat2 suci Al Quran & berjaya menghentikan gangguan tersebut buat sementara waktu.

Ingat dah habis menyakat.. Rupanya bila ustaz tu dekat nak terlelap dia datang lagi. Kali ni cucuk pusat pulak. Amboi gurau kasar nampak. Lepas tu dia dia cucuk punggung la, cucuk badan la setiap kali ustaz tu nak terlena. Dekat sejam jugak la dia dok main cucuk2 macam tu. Tapi gamaknya dah bosan dia berhenti jugak la. Maka tidurlah si ustaz dengan nyenyak. Rupanya macam tu nak buat jin berhenti menyakat yer.. Biarkan je lama2 jin pun tau bosan jugak hehehe

Nasib baik la hanya 1 malam je di ganggu makhluk yang mungkin datang dari mayat separuh badan yang di uruskan ustaz tu. Bukan ustaz tu je kena.. katanya penggali kubur yang menguruskan pengebumian jenazah tu pun jatuh sakit dekat sebulan. Menurut cerita, lepas uruskan jenazah tu penggali kubur tu jugak di ganggu. Dia seolah olah di ekori mayat tu. Bila dia masuk pejabat je dia nampak mayat tersebut dalam pejabat. Bila masuk bilik mandi pun sama jugak atau kemana mana saja dia pergi akan ternampak mayat tersebut. Macam kena badi orang kata. Akibat dari gangguan tersebut penggali kubur tu jadi meracau racau hampir sebulan jugak la & selepas berubat Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh seperti sediakala. Tapi bukan la dari pemilik roh jenazah tak sempurna mungkin ada sesuatu di samping mayat dia semasa di meninggal la kot. Tak tau la macam mana boleh ada kaitan. Allah maha mengetahui segalanya.

Walaupun ada yang tuduh ustaz tu mengarut mengaitkan gangguan tu dengan jenazah yang di uruskan tapi katanya ia benar benar berlaku. Sebab iblis memang boleh menyerupai orang yang dah mati. tak mustahil gangguan tu dari Iblis yang nak menyesatkan manusia. Menurut ustaz tu dia yakin pemilik jasad yang di uruskan tu mengamalkan ilmu hitam semasa hayatnya. Selalunya gangguan macam tu berlaku kerana pemiliknya ada mendampingi jin & syaitan atau di panggil Khadam untuk melindungi dia. Bagi yang menuntut ilmu kebal salah satu cara nak bunuh orang tu adalah membuang separuh badannya ke dalam laut atau sungai. Separuh lagi di buang di darat. Katanya kalau di buang kedua duanya dalam air ia akan bercantum kembali & hidup semula. Tu menurut cerita orang la.. betul ke tidak ustaz tu pun tak pasti. Yang kita tahu orang yang dah mati mustahil hidup semula.

Moral of the story.. Jangan la dok belajar ilmu bukan bukan hanya untuk kepuasan dunia je. Semata mata nak kecapi kesenangan dunia. Nak senang ada cara yang lebih baik dari amalkan ilmu2 syirik & khurafat. Meh tengok macam mana 5 selebriti terkenal ni buat untuk hidup senang >> Kisah 5 Selebriti terkenal ni Yang Patut Korang Tahu << Kalau nak cari jalan pintas nak hidup senang, nak berkuasa kat dunia dengan belajar ilmu salah kebanyakkan perkara perkara tu akhirnya memudaratkan diri balik.  tak ada manusia boleh elak dari ajal bila tiba masanya. Kau kebal ke kental ke kenyal ke.. Kalau dah sampai masa pergi jugak. Bila menuntut ilmu2 salah ni.. dah menyusahkan orang hidup nak uruskan kau untuk di hantar ke alam barzah. Jadi jangan ingat apa kau buat tak menyusahkan orang masa hidup takkan menyusahkan orang masa kau nak mati atau dah mati.

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE

FILEM ZOMBIE MALAYSIA BAKAL DI TAYANGKAN SECARA PERCUMA DI ONLINE.  Dulu pernah kecoh filem Syamsul Yusof yang telah di rompak & di sebarkan secara online sebelum bermulanya tayangan di pawagam. Sampai merajuk la dia.. tak nak jumpa langsung wartawan atau keluar TV. Gamaknya kemurungan kot. Yelah filem juta2 alih2 lanun dapat dulu & tayang secara percuma di online. walhal bila di tayangkan kat pawagam pun filem tu masih mendapat kutipan box office jugak. Tak payah tamak sangat.. Allah tarik sikit je tak sampai jatuh bankrup pun malah masih menguntungkan. Tu pun nak nangis celah ketiak mak ayah.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Nak membenteras cetak rompak memang agak mustahil. Sampai sekarang pun kegiatan cetak rompak ni masih wujud. Malah lebih upgrade. Dulu kita boleh jumpa kat pasar malam je dalam bentuk cd,vcd,dvd tapi sekarang boleh download & tonton secara online. Tapi kalau filem tu betul2 mampu menarik penonton jangan risau pasti tiket wayang laris macam goreng pisang. Kalau cerita pun tahap minta kaki je.. Kau mimpi la nak box office. Tapi sekarang filem2 samseng, ganster, masalah sosial.. Tayang2 aksi2 lumba yang merbahaya, perempuan melentok liuk seksi dalam pub.. Memang la mampu jual. Konon nak bagi mesej & moral of the story la sangat padahal yang kebanyakkan menonton cerita ni ambil teladan macam mana nak buat aksi2 extreme jer.. Yang moral tu sikit sangat. Umpama dok celah2 gigi.. Tak sampai pun ke hati penonton moral yang baik tu. Yang tak baik tu la paling terkesan & menjadi pengaruh paling besar terutama golongan kanak kanak & remaja ni.

Yang tu kisah pengarah Filem yang merajuk filem kena cetak rompak sebelum tayangan.. Ni kisah tak payah nak cetak rompak dia sendiri akan bagi tayangan percuma secara online selepas filem tu abis shooting katanya. Alang2 lanun sekarang dah suka cetak rompak secara online kan.. Ada lagi bagus bagi terus tayangan percuma. Sama2 merasa benefitnya. Baiknya hati pembikin filem ni kan? Nak tahu siapa pembikin filem zombie ni & apa tajuk filem ni meh baca di sebalik tabir kat sini >> Filem Zombie Yang Takkan Sama Yang Lain. Adakah Ini Bakal Mengubah Persepsi Orang Terhadap Malaysia? Jom Tengok <<

Wah.. boleh la kita tonton filem Zombie ni nanti. Percuma beb secara online. Tak payah nak berbaris kat kaunter tiket cinema tu. Duduk kat rumah depan skrin sendiri dah boleh tengok. Hope banyak lagi filem2 macam ni di tayangkan percuma secara online. Sapa tak nak free kan? hehehe

SERAM! KENALI SIAPA SEM CABECA HANTU WANITA TANPA KEPALA

SERAM! KENALI SIAPA SEM CABECA HANTU WANITA TANPA KEPALA. Berderet deret pulak entri pasal kisah seram hari ni kan? Nak buat macam mana kalau datang mood nak momokkan orang dengan entri seram.. Idea puaka macam mencurah curah pulak. Takpe la.. Sementara aku masih ber mood nak tulis cerita seram korang baca je la. Sampai satu ketika mood tu akan berlalu bagaikan hantu di usir pawang. Masa tu korang akan rasa betapa rindunya nak baca cerita hantu di blog lekat lekit.


Malam ni maaf la hantu2 tempatan.. Korang rehat dulu yer. Bagi laluan kat hantu brazil pulak nak take over segmen seram serik lekat lekit. Korang selalu dah dapat publisiti kan.. So, bagi la change hantu lain nak merasa di sebut sebut dalam blog lekatlekit ni. Jangan gila glemer sangat yer hantu hantu Malaysia. Kang terlebih gila glemer habis semua kena paksa hashtag kelabhantuMalaysia pulak. mana tak hashtag akan di buang dari kelabhantuMalaysia.. op's terlebih sudah. hahaha

Kat mana2 negara pun dalam dunia ni mesti ada kisah lagenda seram yang depa ceritakan dari satu generasi ke genarasi termasuk la Brazil. Kalau kat Brazil ada satu hantu paling legend yang di gelar Sem Cabeca. Sem Cabeca ni di gambarkan seorang hantu wanita yang sering muncul tanpa kepala. Gamaknya apa kisah di sebalik kepala dia yang hilang tu yer...

Menurut cerita dari mulut ke mulut katanya hantu wanita tanpa kepala paling legend kat Brazil ni boleh mengeluarkan api melalui leher dia. Kisahnya bermula dari seorang wanita yang juga berstatus isteri pada seorang petani di sebuah kampung yang tiba2 hilang tanpa jejak kemudian bertukar menjadi hantu sem cabeca. Katanya sem cabeca boleh menjelma sebagai manusia selepas minum darah manusia. Ni hantu kurang darah ke hapa? hahahhaa.. Puan hantu kalau kurang darah pergi spital la. Apa kes bunuh bunuh orang lepas minum darah orang pulak.

Alahai tak best langsung kan kisah lagenda seram brazil ni. Tipikal sangat. Hantu takde kepala kemudian minum darah manusia. Zaman aku berhingus tak kering kering dulu boleh la kau momok cerita2 hantu hisap darah orang bagai. Zaman sekarang hantu minum air sirap 3 layer beb!

Kalau setakat hantu macam tu.. tak bergetar langsung tulang rusuk aku ni. Jadi kalau korang ada impian nak ke brazil cuba siasat betul ke ada kisah legend pasal hantu sem cabeca ni? Amboi ke brazil katanya.. nak langkawi pun ada yang masih tak mampu inikan nak ke brazil. Sapa kata orang kaya je boleh pergi brazil. Kita orang kebanyakkan ni pun boleh pergi brazil tanpa perlu keluar budget ok! Bukan kita je dapat pergi malah 9 lagi ahli keluarga kita pun di sponsor sekali. Nak tau macam mana nak ke brazil tanpa pening pasal budget meh tengok kat sini >> Siapa Yang Akan Korang Bawa Jika Dapat Free Holiday Ke Brazil Untuk 9 Orang? << Macam tak percaya tapi percayalahhhh... Ini bukan dugaan.. ini betul betul punya!

Moral of the story.. Kalau takut di sakat hantu sam cabeca jangan brazil kau nak duga. Ingat mat saleh yang urban tu tak percaya ke benda2 mistik. hahahaha

KECOH KAMPUNG LAPAN,TANGKERA MELAKA DI GANGGU MAKHLUK HALUS

KECOH KAMPUNG LAPAN,TANGKERA MELAKA DI GANGGU MAKHLUK HALUS. Aku sendiri tak tau kat mana letaknya kampung ni maybe orang orang melaka tahu la kot. Kalau kampung naga lilit kedah darulaman tu aku tau la.. Tapi setakat ni rasanya kampung naga lilit tu masih aman damai tanpa gangguan mistik dari makhluk halus. Gangguan dari makhluk besar banyak la.

GAMBAR jelmaan makhluk halus di atas pokok pisang. Gambar kanan, Ng Mow Mok menunjukkan lokasi didakwa penduduk pernah melihat makhluk halus di Kampung Lapan, Tengkera. -

Kesian penduduk kampung lapan ni, katanya sejak 3 minggu lalu hidup mereka di hantui kelibat makhluk halus dalam jelmaan pontianak, pocong & toyol. Ni kira family hantu la kot.. Pontianak selaku isteri & ibu, Pocong selaku Suami & Ayah & Toyol selaku anak. Gamaknya depa ni satu keluarga kot menumpang tinggal di kampung lapan. Almaklum la penempatan mereka mungkin dah di rampas oleh manusia katanya.

Tu teori merepek aku jer.. Tak tau la gangguan tu ada kaitan dengan dengki khianat manusia lain yang menggunakan khidmat jin untuk menakutkan penduduk kampung atau secara kebetulan makhluk tu tersadai kat situ. Apapun setiap perkara berlaku pasti ada sebab. Mustahil ia boleh berlaku tanpa ada punca & penyebabnya.

Sumber Harian Metro

Akibat dari gangguan jelmaan seram tu penduduk kampung tak berani lagi nak keluar malam & membuatkan kampung tu jadi sunyi selepas pukul 6 petang. Masing2 berkurung dalam rumah selepas jam 6 petang. takut bebenor orang kampung yer.

Jin & syaitan juga makhluk. Dia tak ada kuasa melebihi kuasa Allah. Jadi setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma kita perlu kembali kepada Allah. Insya Allah nanti ada la pengamal perubatan Islam datang membantu. Mohon penduduk kampung banyakkan buat amal ibadat.

Tapi cerita kampung lapan di ganggu makhluk halus ni takde la hot isu sangat macam isu ni >> 5 ‘Hot’ Isu tentang anak muda zaman sekarang<< Isu ni patut jadi berita paling hangat sebenarnya tapi tu la sekarang ni Value cerita seram ranking tengah naik katanya. Ramai orang suka tengok & baca cerita seram macam aku jadi yang patut jadi hot isu.. memang jadi isu frozen sikit la. hehehe

Moral of the story.. Jin & syaitan memang wujud & boleh menganggu manusia. Kita wajib percaya tapi bukan taksub sehingga merasakan mereka lebih berkuasa dari Yang Maha Kuasa.

AKIBAT BUNUH BURUNG SEKOLAH TEKNIK DI GANGGU MAKHLUK BERKAFAN

AKIBAT BUNUH BURUNG SEKOLAH TEKNIK DI GANGGU MAKHLUK BERKAFAN. Aku rasa sejak dua menjak ni idea mengarang entri tak kira seram,sensasi,kontroversi,lantang mahupun yang sopan santun agak merundum. Tapi sedaya upaya jugak aku cuba cari sesuatu yang boleh menarik mood aku mengarang entri agar tak ada yang demam rindu dengan entri2 terkini & terkitu aku katanya.. Maaf kan saya kalau statement 'Rindu' tu buat anda morning sickness seminggu.. hahaha

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bila kurang idea mengarang maka banyak la masa membaca. Bila dah banyak merantau serata alam google terjumpa pulak kisah manusia & makhluk ghaib ni. macam best pulak kalau momokkan pembaca blog lekatlekit ni dengan cerita ni. Maka dengan sukacitanya marilah kita mulakan ritual memomokkan pembaca.. hehehe

Alkisah berlaku satu kejadian seram di sebuah sekolah teknik di negeri pahang selepas seorang pelajar ni membunuh seekor burung yang di tiba2 masuk dalam dewan besar sekolah depa ketika satu majlis sedang berlangsung pada satu malam yang tak sepi sangat. Dalam dok celah2 event tu berlangsung tetiba seekor burung kecil sesat dalam dewan besar tu.. Tak tau la apa kesalahan burung sesat tu sampai seorang pengawas ni ambil selipar baling tepat kena burung tu maka meninggallah burung tu dengan pertanyaaan.. "Apa Salah Aku Kat Pengawas tu?" hehehe.. Amboi mentang2 dia pengawas dengan burung pun dia nak tunjuk kuasa.

Lepas burung tu mati, masing2 jadi macam tak pernah tengok bangkai burung pulak. Pakat dok kerumun usik2  mayat burung tu. tetiba.. Ada seorang pelajar perempuan menjerit jerit sambil tunding kearah atas stage. Lepas tu berjangkit jangkit pulak pada pelajar lain termasuk pelajar lelaki. Maka event malam tu bertukar menjadi aktiviti histeria beramai ramai.

Selepas malam kejadian tu.. bermula kisah seram kat sekolah tu. Ada jugak yang tanya budak perempuan yang mula2 kena histeria tu apa dia nampak & kenapa dia menjerit jerit.. Cerita dia masa budak2 lain dok jakun tengok bangkai burung tu tetiba dia nampak satu lembaga berkafan pakej dengan muka gelap & pucat dekat tempat berucap kat tepi stage tu. Ni confirm tak dapat tajaan Dato vida. Kalau Dato vida taja mesti muka tak gelap punya hahaha. Walau dia cuba paling kearah lain pun tetap dia nampak lembaga berkapan tu. Lepas tu dia jerit & tak sedar diri lagi

Sebab kejadian histeri semakin menjadi jadi kat sekolah tu.. Maka seorang ustaz di panggil untuk membantu menghalau makhluk yang membuat onar kat situ. Barulah terbongkar rupanya makhluk tu tak puas hati pasal pengawas bunuh burung tu. Katanya burung tu kawan dia. Jadi hantu tipikal spesis zaman pendekar katanya.. hutang darah mesti di bayar darah. Tak kira la kau budak sekolah ke sapa... Sapa suruh kejam sangat. Katanya dah lama dia tinggal kat situ, setiap tahun dia akan keluar untuk buat something yang tukang cerita pun tak ingat buat apa. Jadi aku tulis dia buat something je la yer.. ending ritual menghalau makhluk tu adalah 'Pen Merah' iatu gagal dengan jayanya.

Maka setiap malam masing2 terpaksa rapatkan saf.. erkk katil untuk tidur dekat2 sambil di alunkan dengan suara jeritan sahut menyahut dari asrama perempuan. Kejadian histeria katanya bukan berlaku malam hari je malah siang2 hari pun jadi jugak. Macam acara wajib la histeria berlaku kat sekolah tu. Tak tau bila berakhirnya histeria kat sekolah tu tapi akhirnya benda tu dapat jugak di pulihkan. Menurut cerita seorang pelajar katanya berkebolehan sikit2 la dalam rawatan berkaitan perkara mistik ni katanya tapak sekolah tu dulunya hutan apa penghuninya yang manusia tak nampak. Bila tapak tu di jadikan sekolah dia pindah pun tak jauh maka ada masanya dia akan keluar & menganggu ketenteraman manusia kat situ la. Yelah.. dia macam Pontianak harum sundal malam jugak.. Bila kau rampas tanah dia.. sampai cucu cicit kau pun dia berdendam. hehehe

Kita ni manusia bukan nak kata la kan.. Kadang2 manusia ni tahap tamak sampai merampas habitat & tempat tinggal makhluk lain. Demi pembangunan manusia jugak la yang banyak melakukan kerosakkan. Apapun selain Asrama sekolah menjadi port paling menyeramkan sebenarnya ada port lebih seram dari asrama sekolah kat Malaysia ni. Ramai yang kalau masuk kat sini berpengalaman terserempak dengan entiti yang tak di ingini. Nak tau apa tempat paling seram kat Malaysia meh tengok kat sini >> >> Ramai Guna Tandas Awam Kat Malaysia Mesti Pernah Melalui Pengalaman Yang Menyeramkan Macam Ni <<

Moral of the story.. Dalam kehidupan kita yang hidup bukan apa yang kita nampak jer.. Malah yang kita tak nampak pun menghuni bumi Allah ni jugak jadi adat berkongsi jangan la tamak. Ni semua kau nak bolot alih2 2.6b kena bagi balik.. erkk..hahaha

P/S : Pada adik2 yang masih bersekolah di sekolah teknik pahang tu jangan takut. kejadian ni berlaku pada tahun 2002 & dah lama berakhir.

SERAM! PADAH MENGHIDUPKAN ORANG DAH MATI SELAMA 3 HARI

SERAM! PADAH MENGHIDUPKAN ORANG DAH MATI SELAMA 3 HARI. Tengah mood menulis cerita seram ni elok la kita manafaatkan sebaik mungkin dalam segmen seram serik lekat lekit. Almaklum la tengah ada sumber seram lagi.. Nanti dah habis sumber inspirasi tulis cerita seram mungkin cerita seram kat blog lekatlekit.com ni berehat sekejab la macam selalu.

Sumber Google

hari ni.. Kisah seram terpilih adalah kisah di sebuah perkampungan yang ada sekumpulan penduduk ni yang boleh membuat ritual untuk menghidupkan orang yang dah mati selama 3 hari bagi memberi peluang kepada ahli keluarga mereka melepaskan rindu. Nak di jadikan kisah ni adalah sepasang suami isteri yang kematian anak akibat di gigit anjing. Hidup mereka jadi tak bahagia la selepas satu satunya anak depa ni mati. Sampai si isteri ni minta suami dia lepaskan sebab dia rasa macam tak boleh bersama lagi.

Bila kematian anak mereka menjadi punca kehidupan mereka jadi tak bahagia mereka berpindah ke sebuah daerah yang agak terpencil. Sebab mereka hidup dalam kesedihan seorang lelaki yang berasal dari tempat tersebut tawarkan satu upacara untuk menghidupkan kembali anak mereka yang dah mati tu selama 3 hari supaya mereka dapat melepaskan perasaan rindu. Bila dah bersetuju maka ritual tersebut di adakan. Maka bermula episod seram.. selepas 3 hari mula2 pasangan laki bini ni tak nak hantar balik anak mereka ke kubur & budak tu pun tak nak kembali ke alam kubur. Maka dia mula membunuh orang2 yang cuba mematikan dia semula.

Akibat dia jadi semakin ganas.. maka mak bapak dia pun rasa perlu kembalikan dia ke kubur. Setelah berusaha akhirnya berjaya juga ibu kepada budak tu berjaya bawa dia untuk di kuburkan semula. Selepas kanak kanak tersebut di tanam.. tiba2 tangannya menarik kaki si ibu lalu si ibu jugak ghaib ke dalam Tanah. Rupanya si ibu pun sebenarnya dah mati tapi di bangkitkan semula dengan ritual yang di jalankan oleh kumpulan penduduk kat situ atas permintaan suaminya. Tapi kerana terlalu sayang.. dia tak nak pulangkan isteri dia ke alam kubur sehinggalah anak mereka lahir & mati.

Cerita ni memang tak ada sangat la kelibat2 menyeramkan macam watak hantu.. Tapi jalan cerita dia sumpah aku suka. Ya Allah.. serius aku sampai menangis lepas tengok cerita ni sebab macam dapat feel perasaan seorang ibu tu rindu anak dia yang dah mati. Bila anak yang dah mati tu tiba2 dia dapat jumpa balik, memang la sapa2 pun akan rasa berat hati untuk lepaskan. Walaupun hanya cerita rekaan dalam filem.. Tapi sangat sampai ke hati la cerita ni pada aku. Cuma ada action2 yang ngeri sebab tu filem ni di klasifikasi 18.


Cerita ni yang aku google.. dia filem yang low budget. Tapi sebab kekuatan jalan cerita dia, filem ni jadi not bad untuk di tonton. Filem ni tahun 2011. Dah lama la.. Aku beli dvd dia pun sebab dah tak banyak dvd cerita seram yang best aku jumpa minggu lepas.

Jadi aku rasa tak menyesal membeli DVD filem Wake Wood walaupun cerita lama tapi sebab aku tak pernah tengok jadi cerita baru tengok bagi aku. Bukan nak kondem.. Kalau beli dvd filem melayu kebanyakkan jadi bahan mengumpat je kat blog aku berbanding filem luar ni. Bukan la aku taste western ke hapa.. Tapi dah memang filem luar lagi best nak buat macam mana, kan.

Moral of the story.. Seseram manapun sesebuah filem tapi tak mampu jadi seseram ni bila geng2 makcik berkumpul nak2 lagi hari perayaan.. Mereka ni ada satu watak yang menyeramkan anak anak buah nak2 lagi yang ada akil baligh. Jadi.. kalau kata filem wake wood ni seram korang dah takut nak tonton rasanya makcik makcik macam ni mesti korang tak sanggup nak hadap. hahahaha

PEMBUNUH PALING KECIL YANG NAMANYA BERMULA DENGAN HURUF M

PEMBUNUH PALING KECIL YANG NAMANYA BERMULA DENGAN HURUF M. Zaman sekarang pembunuh dalam macam2 rupa & bentuk. Ada yang kita boleh nampak ada yang tidak. Ada yang kita boleh dakwa kat mahkamah & di jatuhkan hukuman dan ada yang kita tak boleh heret dia ke mahkamah. Kita cuma mampu membenteras aktiviti dia jer.


Sebab tu akhir zaman sekarang macam2 makhluk boleh menjadi amat menakutkan bukan hanya manusia. Sifat dia kecik jer.. tapi impak dia sangat besar. Mudah membiak tapi susah nak pupus. Semua berlaku adalah di sebabkan kelalaian & kerosakkan yang manusia tu sendiri lakukan. memang apa2 kemudaratan yang berlaku dalam dunia ni puncanya adalah manusia. Tu kita tak boleh nafikan.

Tapi pembunuh yang namanya bermula dengan huruf M ni memang sedang menghantui kita sekarang. Dia tak boleh di hapuskan kalau tak ada kerjasama dari semua pihak. Kalau sorang je cuba membenteras memang tak jadi.. Sebab kita hidup berkongsi bumi yang sama.

Makhluk M ni memang kecik jer.. Tak pernah besar tapak tangan pun badan dia. Besar kuku pun susah nak jumpa. Memang spesis dia semua kecik kecik tapi bak kata pepatah kecik kecik cili padi. Tentu korang tertanya tanya apakah spesi makhluk pembunuh paling kecil yang namanya bermula huruf M ni. Kalau nak tahu sila baca kat sini >> Inilah Makhluk kecil Paling Dahsyat & Mampu Membunuh Yang Namanya Bermula dengan huruf M <<

Jadi berhati hatilah dengan makhluk M ni. Siapa sahaja boleh jadi mangsa dia. Jadi ambil langkah pencegahan awal la sebelum makhluk M membunuh anda, Ingat cegah itu lebih baik dari merawati

KISAH SERAM PENJUAL MEE BEBOLA DAGING MANUSIA

KISAH SERAM PENJUAL MEE BEBOLA DAGING MANUSIA. Lama segmen seram serik tak bersiaran di blog melekit ni. Mesti ada yang ingat aku dah pencen tulis cerita seram, kan? Belum lagi rasa nak tulis resign letter cuma on off je sekarang ni. Almaklum la stok kisah seram pun tak berapa banyak sangat dah sekarang ni dengan kekangan waktu nak uruskan anak sekolah. Macam busy sangat hidup aku kan? Tapi dah bertambah satu lagi rutin harian aku la lepas anak dah masuk tadika ni.


Sebab dah ada stok cerita seram ni elok sangat la kita kumpul ramai2 depan skrin masing2 baca kisah ni dengan penuh fokus & feel agar keseraman pun mampu meresap ke setiap hati & fikiran. Alkisahnya bermula kisah seorang wanita penjaja mee guna gerai bergerak yang macam kereta sorong tu. Perempuan ni sebenarnya dari kecik hidup dia agak tertekan sehingga dia membesar menjadi seorang yang sentiasa berhalusinasi &sentiasa dengar suara suara halus yang suruh dia buat benda bukan bukan. Suara tu menyerupai anak dia yang mati di bunuh oleh suami & pengasuh anak dia bila depa kantoi melakukan maksiat. Takut rahsia tu terbongkar, maka pasangan curang tu cuba membunuh anak kepada perempuan ni tapi akhirnya mereka berdua pun turut di bunuh mak budak tu.

Perempuan ni sebenarnya ada masalah mental akibat dari pengalaman hidup dia yang lepas pernah di rogol sehingga melahirkan anak luar nikah, pernah di jual bapak tiri & pernah melihat bagaimana ibunya meracun bapa tiri dia sehingga mati kemudian daging mereka di jadikan bahan memasak mee.

Nak di jadikan cerita.. satu hari berlaku satu rusuhan dia tempat dia meniaga ni. Dia tak sedar sesama kekecohan tu berlaku ada seorang lelaki bersembunyi dalam tempat simpan barang di kereta sorong dia. Balik kerumah baru dia sedar ada mayat lelaki dalam gobok kereta sorong dia.. Memandangkan jualan mee dia pun kurang sambutan maka Bermula dari situ dia mula mendapat idea untuk menjadikan daging manusia sebagai bahan utama membuat bebola daging & kepala manusia di rebus jadikan kuah sup mee. Sejak dari itu jualan mee dia semakin terkenal dengan kesedapannya sehingga jualan dia semakin laku dari hari ke hari. Dia juga mampu membuka sebuah kedai makan.

Sesiapa sahaja yang melalui lorong berdekatan rumah dia pasti akan jadi mangsa. Mereka akan di potong kaki, kemudian di sumbat segala jenis herba untuk di awet supaya daging mereka nanti jadi sedap. Tu resepi rahsia dari mak dia. Memang kejam giler perempuan ni. Yelah.. orang gila nampak normal memang la bahaya sebab kita tak tahu di sebalik perangai dia nampak biasa tu ada kegilaan yang melampaui batas kemanusiaan.

Sehinggalah dia bertemu seorang lelaki yang baik sudi menemani dia seterusnya berjanji untuk menjaga dia. Waktu tu perasaan dia jadi lebih baik tapi akhirnya dia kembali menjadi seorang yang pysko bila dia rasa lelaki tu curang pada dia. Dia kembali membunuh & daging2 mangsa nya dia jadikan bahan membuat bebola daging & sup untuk mee. Sampai satu hari dia nak bunuh gadis yang couple dengan ex boyfriend dia tu di situlah mula terbongkar semua pembunuhan dia buat semasa lelaki tersebut cuba menyelamatkan gadis yang hampir hampir jadi bebola daging tu.

Ending cerita ni dia terjun sungai ketika polis cuba tangkap dia walaupun lelaki tersebut cuba memujuk & minta maaf atas kesilapannya mengabaikan perempuan tu.  tapi malangnya jasad dia orang tak jumpa. Last sekali. Lelaki yang cuba menyelamatkan dia pula di tuduh bersubahat melakukan semua pembunuhan yang perempuan tu buat. Sebab mangsa terakhir gadis yang hampir jadi bebola daging tu bagi keterangan kat polis bahawa lelaki & perempuan gila tu merancang untuk bunuh dia sebab antara mereka pernah ada kaitan. Selagi tak jumpa jasad perempuan tu selagi tu lelaki tu di jadikan sebagai suspek utama. Last sekali cuma tunjuk babak dia balik kerumah dalam keadaan basah. Mungkin dia tak mati kot

Itulah review seringkas yang mungkin filem seram & ngeri 2009, Meat Grinder ni. Serius dari awal cerita aku tak tahan nak tengok kesan2 ngeri dalam filem ni. Filem hantu aku boleh tahan tapi filem siat2, sembelih, potong daging & anggota badan manusia ni memang aku agak kalah la. Filem ni serius tak banyak dialog cuma banyak action. Sound Effect pun tak gedebum gedebam sangat so jantung memang sihat la tengok filem ni cuma emosi mungkin terganggu sikit. Mungkin anda akan berpuasa dari makan meatball atau mee sup sebulan dua  lepas tengok filem Meat Grinder ni. Takpe kalau lepas tengok filem ni korang jadi trauma nak makan meatball korang boleh try makan kari laici macam ni >> 9 Resepi Pelik Guna Laici << Ok la tu bulat2 jugak kan? hahahaha


Dah warning ok! So mana2 yang tergolong dalam golongan tak di galakkan menonton filem ni jangan galak nak tonton jugak yer

Apapun filem ni tak sesuai untuk tontonan seisi keluarga yang ada kanak kanak kecil. Hanya sesuai untuk golongan dewasa. Aksi seksual ada la sikit2.. Tapi tetap tak sesuai budak2 tengok. Apapun filem ni not bad walaupun bukan filem hantu tapi sangat menyeramkan.

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN

VIRAL KISAH SERAM TEMAN SEBILIK YANG MISTERI & MENAKUTKAN. Sejak dua hari ni kisah seram yang di ceritakan seorang pelajar tentang kawan sebilik dia yang berperangai pelik,misteri & menakutkan sedang jadi viral. Aku.. of course la baca sebab mesti ada orang tag aku punya kalau ada cerita2 seram. Sungguh sinonim aku dengan benda2 seram ni kan. Dah jadi identiti pulak.. Asal seram semua aku la tu. Ok la.. At least orang dah mula kenal & tahu minat aku pada cerita2 seram ni kan. So, depa jugak penyumbang pada koleksi entri2 seram kat blog aku. Terima kasih.. Sesungguhnya.. aku sangat2 terharu sampai rasa malas nak sikat rambut. erkk.. apa kena mengena pulak. Hahahaha

Post ni mula menjadi Viral

Bagi yang tak tau pasal viral kisah seram ni.. Aku cerita la sikit sinopsis dia yer.. Katanya seorang minah ni dapat kawan sebilik yang perangai memang buat sapa2 jer rasa meremang bulu roma. tengah korang dok lepak2 atas katil tetiba dia keluar dari bawah katil tersengih dengan raut wajah memang tak menyenangkan hati langsung la. Suka buat benda2 pelik & menakutkan.. macam bunuh tikus dengan cara cucuk seluruh badan tikus tu dengan jarum kemudian simpan bangkai sampai busuk. Bila tanya kenapa buat macam tu.. alasan  tikus tu bising sangat tu dia seksa tikus tu sampai mati. Atau cucuk cicak2 atas tilam dengan jarum sampai melekat. Susun kasut kawan2 dia secara bersilang & terbalik. Kalau sapa2 buat dia marah.. Siap la dia akan menakutkan mereka dengan macam2 aksi seram. Dah la katanya dia berus gigi tengah2 malam cara terbalik. bahagian orang pegang berus tu dia gosok gigi. Yang makin misteri bila kawan dia share cerita dia kat media sosial.. tahu pulak dia. Pelik ke.. Ntah2 dia stalk aktiviti kawan dia kat media sosial jadi tak pelik la dia tahu & boleh respond cerita kawan dia tu. Korang boleh baca kat bawah ni cerita dia...


Clik Untuk Views yang lebih jelas

Tak tau la samada budak tu ada gangguan mistik atau mental.. Tapi kalau aku duduk serumah apatah lagi sebilik dengan dia pun cuak jugak. Orang macam ni kita tak boleh ramal tindakkan dia.. Mungkin dia tak pernah cederakan kawan2 serumah tapi tak mustahil jugak dia boleh buat macam tu. Sebab ciri2 perangai pelik yang dia tunjuk memang mencurigakan. Dia seronok bila menyakiti sesuatu yang menyakitkan hati dia.. tak mustahil kalau ada kawan2 yang dia rasa macam tak selesa pun dia boleh buat benda yang sama. kalau aku maybe aku tak tunggu habis sem.. Aku ambil langkah selamat la. Samada remove dia.. atau aku yang keluar. Boleh juga cuba laporkan pada mereka yang boleh membantu. jangan biar je dia terus macam tu.. Kadang2 tekanan pun boleh buat manusia berperangai pelik.

Clik Untuk paparan yang lebih jelas

tapi sejauh mana kebenaran kisah tu memang aku tak tau. Siap depa boleh berbalas statement kat media sosial. Boleh jadi depa saja create story sebab nak perhatian orang lain.. Sebab zaman sekarang ni banyak attention seeker sanggup buat apa saja nak meraih perhatian. Cuma nasihat aku.. Kalau betul berlaku apa yang di ceritakan.. roomate tu ambil langkah keselamatan dari awal la sebelum berlaku sesuatu yang tak dapat di selamatkan lagi.

Kita baca mungkin tak seram tapi aku percaya kalau aku ada dalam situasi tu pun maybe aku sendiri pun takut. Apa ingat aku berani tengok filem seram tengah tengah malam aku berani sangat ke hadap kawan macam tu.. Hahahaha. tapi tu la.. kita tak tahu sejauh mana seramnya kisah tu tapi kalau cerita ni bukan saja seram malah suspend, menakutkan & mendebarkan yang korang boleh saksikan dengan biji mata korang sendiri >> Bayangkan Anda tertanam bawah tanah & terperangkap selama 69 hari ni macam ni. Serius Menakutkan << So, ada berani tengok? hehehe

Moral of the story.. Kadang2 boleh berlaku perkara macam tu kalau orang menuntut ilmu sesat atau di ganggu saka dari keturunan dia sendiri tapi nak pastikan gangguan tu dari mana kena la merujuk kepada mereka yang lebih arif.

KELIBAT SERAM DISISI BARANG KES BUNUH DIRI DALAM BALAI POLIS

KELIBAT SERAM DISISI BARANG KES BUNUH DIRI DALAM BALAI POLIS. Semalam cerita pasal anak patung misteri kat Airport hari ni kita cerita seram kat balai polis pulak. Apa.. Ingat hantu takut ke dengan polis walau depa ada pistol. Tak heran setakat pistol tu katanya.. Polis pun takut dengan depa hanya tunjuk kelibat jer.. Kau hado, kata hantu. hehehe

Gambar sekadar Hiasan. Carian Google

Cerita berkisahkan seorang polis yang handle satu kes bunuh diri melibatkan seorang wanita. Selepas ke tempat kejadian semua barang2 bukti kes bunuh diri tu di bawa balik ke balai la untuk siasatan. Termasuk la tali curtain yang di gunakan untuk mengantungkan diri tu.

Barang2 kes tersebut di letakkan di satu sudut. Sudut mana kat dalam balai tu tak pulak di terangkan secara jelas.. Penting sangat ke cerita pasal sudut tu kan sampai hangpa nak tau jugak. hahaha.. Lupakan sudut tu kita ke sudut yang lain pulak. Nak di jadikan cerita datang seorang polis wanita ni.. Pegang tali tu. Sambil puji cantik katanya. Sapa la gamaknya punya kes.. Almaklum perempuan.. Kalau tengok benda cantik tak dapat ambil dapat pegang pun jadila. Lumrah.. perempuan memang sukakan kecantikkan katanya. Dah pegang lepas tu dok goyang2 pulak tali tu.

Anggota polis lelaki yang perhatikan perempuan tu.. hanya terkaku diam. Masing masing mula rasa seram.. Nak2 lagi tak semena mena dengar anjing melolong.. Pakat berdiri tegak bulu roma bersedia untuk nyanyi lagu negara ku katanya. Polis wanita yang pegang tali tadi tu.. terus letak balik. Terus lari peluk seorang lagi polis wanita kat situ.

Salah seorang polis wanita kat situ cerita yang dia nampak susuk tubuh seorang perempuan betul2 ada sebelah tali tersebut. Yang lain2 tak nampak tapi memang rasa seram semacam seolah2 ada sesuatu kat situ. Sebab keadaan semakin menyeramkan.. salah seorang anggota polis ajak semua masuk dalam satu bilik. Masing2 tekad tak akan keluar dari bilik tu sampai siang walaupun telefon berdering tak henti2.. bunyi kertas di selak atau bunyi perabot di ubah. Gamaknya malam tu kalau ada orang awam nak laporkan apa2.. semua call tak berjawab la yer sebab polis bertugas kat balai malam tu semua takut hantu. Hahahaha

Keesokkan harinya.. walau barang kes bunuh diri tu di pindahkan ke tempat lain tapi semua mereka masih merasa seram & ada sesuatu. Maybe sebab takut sangat kot. - Sumber Cari -

Moral of the story.. Walaupun kita tengok polis kadang2 nampak hero membenteras kes2 yang katanya sedang menyeramkan negara tapi bila melibatkan gangguan mistik tak semua polis berani jugak. hehehe. Biasa la.. polis pun manusia, ye dak. Peace!

KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT

KISAH SERAM ANAK PATUNG MISTERI DI LCCT. Sebab dah lama sangat tak berseram serik di blog lekatlekit.com ni maka malam ni anda akan di hiburkan dengan sebuah kisah seram yang mungkin menghantui anda tiap kali nak flight dengan air asia. erkk.. apa salah air asia pulak kan? Takde la kisah ni dia guna khidmat penerbangan tambang murah Air Asia untuk ke sarawak. Elok la sapa2 nak ke sarawak time ni la korang flight dengan Air Asia di jamin tak di hantui dengan kejadian mistik tapi anda akan tersenyum riang kerana.. tengok sendiri kat sini >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang <<


Berbalik pada kisah seram pasal anak patung ni.. Katanya sipolan ni nak flight ke sarawak naik air asia punya kapal terbang. So naik kat LCCT la masa tu.. sebab cerita ni tahun 2008 punya version. Kira ni kisah nostalgia seram semusim yang lalu la bukan cerita fresh from oven sangat. Flight dalam pukul 7 macam tu.. Masa dia jalan nak naik fligt dia terperasan ada satu anak patung.. Tapi dia takde la fikir anak patung tu bakal menghantui hidup dia. Dia anggap mungkin anak sapa2 tercicir menda alah tu. So, takde la dia beriya sangat nak fikir pasal anak patung tu.

Sesampai dia sarawak.. masa kat terminal tengah tunggu orang pick up dia. Dia tunggu kat tempat pick up passenger tu. Sekali lagi dia ternampak anak patung yang sama dia nampak kat LCCT sebelum flight tadi kat tepi jalan. Time tu baru dia mula rasa pelik.. Amboi sampai sarawak tercicir patung yang sama. Kau jangan buat lawak seram sangat la kan.. Tadi masa dia mula2 duduk memang tak ada sesiapa atau apa2 spesis anak patung. Tup.. tup mana muncul anak patung yang dia nampak kat LCCT kat situ. Bohong la kata berani tahap uncle seekers.. Sesapa pun akan mula cuak. Bila kawan dia sampai, naik kereta dia tengok anak patung tu dah tak ada... Ahh.. sudah. Dia main aucak macam iklan chipsmore pulak. Sekejab ada sekejab takde. Tapi dia cuba fikir positif.. Mungkin ada orang dah ambil anak patung tu. So, kemisterian yang berlaku dia anggap dah berakhir sampai disitu je.

Tapi.. Misteri anak patung tu macam tak puas hati je nak momokkan dia. Malam pulak.. masa dia nak flight balik ke KL. Dalam pukul 11 macam tu.Sebab flight delay..maka pukul 12 lebih baru berlepas. Dah la delay masa nak berlepas.. Nak landing pun ada masalah pulak. tak boleh landing sebab cuaca buruk & terpaksa la bersiar siar di atas awan sampai pukul 2 baru dapat landing. Lepas dah landing.. dia biar la orang lain turun dulu. Berebut pun buat apa ye dak? takde.. lambat pintu tutup tak boleh keluar. Kira dia orang paling last turun. Masa lepas turun dari kapal terbang tetiba je dia teringat kat anak patung tu so dia nak cerita la dengan adik dia.. tetiba dia nampak seorang budak depan dia bawa beg yang terbuka & anak patung yang dia nampak sebelum ni terjatuh. Dia pun jerit kat budak tu nak bagitau anak patung dia terjatuh sambil dia tunduk nak tolong kutip anak patung tu.. Disitulah terbongkar segala misteri tentang anak patung tersebut bila dia nampak kaki budak tu tak jejak di tanah.. Kau fikir, siapakah budak tu? maaf bukan anak David Copperfield hokay yang boleh buat magic terapung di udara.. Pepaham sajalah.. siapa gerangan budak tersebut.

Dia terkaku dalam keadaan tangan dia ke depan seolah2 nak menghulurkan sesuatu.. agak lama dia terkaku sampai adik dia tegur baru dia sedar. Lepas sedar dia tanya adik dia ada nampak apa2 tak.. Adik dia cuma cakap.. masa tengah sembang2 dengan abang dia tetiba abang dia berhenti & terbongkok macam nak ambil something so dia biar & jalan dulu. tapi tak sangka abang dia stuck kat situ..

tak habis kat situ jer.. Masa tunggu nak ambil beg sekali lagi anak patung tu munculkan diri. Sebab dia dah tahu anak patung tu ada sesuatu seram di sebaliknya dia mula cuak. Cepat2 dia capai beg & berlari keluar dari situ. Esok tu biasa la.. Demam. -sumber akustressgiler -

amboi kemain hantu anak patung tu menyakat kan.. Dari LCCT sampai ke sarawak lepas tu sampai balik ke LCCT semula. tak bagi peluang langsung tu. Sampai ke episod terakhir dia kacau. Gamaknya ada lagi tak anak patung berhantu tu.. Kalau nak tau try la ambil flight ke Sarawak. Elok la sekarang korang flight ke sarawak sebabnya.. sama macam link kat atas >> Ini Sebab Anda Perlu Ke Sarawak Sekarang <<

SESUATU YANG MENYERAMKAN SEDANG BERLAKU DI MALAYSIA

SESUATU YANG MENYERAMKAN SEDANG BERLAKU  DI MALAYSIA. Macam2 berlaku kat Malaysia sekarang ni. Kita di hantui macam2 perkara yang menyeramkan tanpa kita sedar. tapi ada jugak perkara yang kita sedar tapi buat buat tak nampak. ada jugak perkara yang menakutkan sesetengah pihak yang sesetengah lagi tak rasa menakutkan. Apa aku cakap ni.. hahahaha pening hangpa baca kan? Jadi malam ni segmen seram serik akan membongkar sesuatu yang paling seram sedang melanda Malaysia.


Boleh kategori makhluk halus jugak la sebab dia tak besar & dia mampu meresap dalam tubuh manusia. Tapi ia sangat menakutkan & menyeramkan. Ia boleh meresap dalam tubuh kita melalui mulut kemudian mampu merosakkan jantung, paru2 & organ lain. Ia mampu membunuh manusia secara perlahan lahan. Sesungguhnya kesan kehadiran dia dalam tubuh manusia memang takkan nampak kesan secara drastik. Mula2.. memang kita takkan rasa sakit tapi lama kelamaan selepas dia menguasi diri kita, waktu tu kita akan rasa azabnya.

Sekarang.. dia ada di mana mana dalam negara kita. Terus mencari & dicari mangsa. Manusia biasa la suka pada nikmat yang sementara sampai lupa benda memudaratkan diri. Walau untuk mewujudkan benda ni perlu guna ramuan2 kotor & bahaya.. tetap ramai yang ingin menjadikan dia sebagai pendamping. Sebab senang di bawa kemana mana. Orang pun tak perasan kalau dia di bawa. Hanya perlu keluarkan dia bila perlu jer..

Misteri sungguh entri seram aku kali ni kan? Walau di gambarkan benda tu sangat seram & ada di mana2 kat negara kita ni mesti ramai yang masih tertanya tanya apakah ia? Tak sepatutnya korang berkenalan dengan benda ni tapi untuk mengelakkan korang mendekatinya perlu jugak korang tahu risiko & bahaya bila korang mula merapati benda ni pada mulut korang. Nak tahu meh baca kat sini >> Sanggup ke korang duduk kat Malaysia kalau 6 benda menyeramkan ni berlaku? Risaunya! << Keseramannnya bukan setakat apa yang aku gambarkan dalam entri ni je malah ia mampu memberi kesan kepada ketenteraman negara kita kalau tidak di bendung.

Moral of the story.. Asap berasal dari Api.. Api pula berasal dari neraka. apa saja berkaitan dengan neraka memang sangat menakutkan & memudaratkan manusia. Sama2 la kita jauhi benda tu..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com