AKIBAT BUNUH BURUNG SEKOLAH TEKNIK DI GANGGU MAKHLUK BERKAFAN
Gambar sekadar hiasan. Sumber Google |
Bila kurang idea mengarang maka banyak la masa membaca. Bila dah banyak merantau serata alam google terjumpa pulak kisah manusia & makhluk ghaib ni. macam best pulak kalau momokkan pembaca blog lekatlekit ni dengan cerita ni. Maka dengan sukacitanya marilah kita mulakan ritual memomokkan pembaca.. hehehe
Alkisah berlaku satu kejadian seram di sebuah sekolah teknik di negeri pahang selepas seorang pelajar ni membunuh seekor burung yang di tiba2 masuk dalam dewan besar sekolah depa ketika satu majlis sedang berlangsung pada satu malam yang tak sepi sangat. Dalam dok celah2 event tu berlangsung tetiba seekor burung kecil sesat dalam dewan besar tu.. Tak tau la apa kesalahan burung sesat tu sampai seorang pengawas ni ambil selipar baling tepat kena burung tu maka meninggallah burung tu dengan pertanyaaan.. "Apa Salah Aku Kat Pengawas tu?" hehehe.. Amboi mentang2 dia pengawas dengan burung pun dia nak tunjuk kuasa.
Lepas burung tu mati, masing2 jadi macam tak pernah tengok bangkai burung pulak. Pakat dok kerumun usik2 mayat burung tu. tetiba.. Ada seorang pelajar perempuan menjerit jerit sambil tunding kearah atas stage. Lepas tu berjangkit jangkit pulak pada pelajar lain termasuk pelajar lelaki. Maka event malam tu bertukar menjadi aktiviti histeria beramai ramai.
Selepas malam kejadian tu.. bermula kisah seram kat sekolah tu. Ada jugak yang tanya budak perempuan yang mula2 kena histeria tu apa dia nampak & kenapa dia menjerit jerit.. Cerita dia masa budak2 lain dok jakun tengok bangkai burung tu tetiba dia nampak satu lembaga berkafan pakej dengan muka gelap & pucat dekat tempat berucap kat tepi stage tu. Ni confirm tak dapat tajaan Dato vida. Kalau Dato vida taja mesti muka tak gelap punya hahaha. Walau dia cuba paling kearah lain pun tetap dia nampak lembaga berkapan tu. Lepas tu dia jerit & tak sedar diri lagi
Sebab kejadian histeri semakin menjadi jadi kat sekolah tu.. Maka seorang ustaz di panggil untuk membantu menghalau makhluk yang membuat onar kat situ. Barulah terbongkar rupanya makhluk tu tak puas hati pasal pengawas bunuh burung tu. Katanya burung tu kawan dia. Jadi hantu tipikal spesis zaman pendekar katanya.. hutang darah mesti di bayar darah. Tak kira la kau budak sekolah ke sapa... Sapa suruh kejam sangat. Katanya dah lama dia tinggal kat situ, setiap tahun dia akan keluar untuk buat something yang tukang cerita pun tak ingat buat apa. Jadi aku tulis dia buat something je la yer.. ending ritual menghalau makhluk tu adalah 'Pen Merah' iatu gagal dengan jayanya.
Maka setiap malam masing2 terpaksa rapatkan saf.. erkk katil untuk tidur dekat2 sambil di alunkan dengan suara jeritan sahut menyahut dari asrama perempuan. Kejadian histeria katanya bukan berlaku malam hari je malah siang2 hari pun jadi jugak. Macam acara wajib la histeria berlaku kat sekolah tu. Tak tau bila berakhirnya histeria kat sekolah tu tapi akhirnya benda tu dapat jugak di pulihkan. Menurut cerita seorang pelajar katanya berkebolehan sikit2 la dalam rawatan berkaitan perkara mistik ni katanya tapak sekolah tu dulunya hutan apa penghuninya yang manusia tak nampak. Bila tapak tu di jadikan sekolah dia pindah pun tak jauh maka ada masanya dia akan keluar & menganggu ketenteraman manusia kat situ la. Yelah.. dia macam Pontianak harum sundal malam jugak.. Bila kau rampas tanah dia.. sampai cucu cicit kau pun dia berdendam. hehehe
Kita ni manusia bukan nak kata la kan.. Kadang2 manusia ni tahap tamak sampai merampas habitat & tempat tinggal makhluk lain. Demi pembangunan manusia jugak la yang banyak melakukan kerosakkan. Apapun selain Asrama sekolah menjadi port paling menyeramkan sebenarnya ada port lebih seram dari asrama sekolah kat Malaysia ni. Ramai yang kalau masuk kat sini berpengalaman terserempak dengan entiti yang tak di ingini. Nak tau apa tempat paling seram kat Malaysia meh tengok kat sini >> >> Ramai Guna Tandas Awam Kat Malaysia Mesti Pernah Melalui Pengalaman Yang Menyeramkan Macam Ni <<
Moral of the story.. Dalam kehidupan kita yang hidup bukan apa yang kita nampak jer.. Malah yang kita tak nampak pun menghuni bumi Allah ni jugak jadi adat berkongsi jangan la tamak. Ni semua kau nak bolot alih2 2.6b kena bagi balik.. erkk..hahaha
P/S : Pada adik2 yang masih bersekolah di sekolah teknik pahang tu jangan takut. kejadian ni berlaku pada tahun 2002 & dah lama berakhir.
skolah mn lah tu hehe
ReplyDelete