Showing posts with label gelap. Show all posts

AWAS! BAHAYA MAIN TELEFON DALAM GELAP

AWAS! BAHAYA MAIN TELEFON DALAM GELAP. Rasanya majoriti buat benda ni termasuk aku.. Yelah.. dah siap baring2 ready nak pejam mata still masih online dok scroll wall FB & news feed kat IG. Sementara tunggu mengantuk katanya.. Tu yang sampai ada yang tetiba terjelopok enpon jatuh atas muka.. Online sampai tidur kekdahnya. Betapa manusia sekarang memang macam Qarin dengan smartphone kan. Seminit pun tak boleh berenggang.


Apapun perbuatan yang kita rasa enjoy je buat kebanyakkan memudaratkan.. Nak2 lagi benda ni di lakukan secara berlebihan. Memang berisiko tinggi untuk jejaskan kesihatan tubuh badan & pancaindera kita. Contoh macam tengok atau main telefon ketika dah siap sedia nak tidur. Time tu memang semua lampu dah tutup atau cahaya lampu di malapkan.. yelah.. kebanyakkan orang memang tidur dalam gelap kan. Masa tu cahaya dari skrin telefon pun jadi terang la kan sebab satu satunya cahaya yang masih memancar.

Tahukah anda.. Time tu sebenarnya lagi bahaya anda mengadap telefon. Nak2 lagi benda tu jadi rutin korang setiap malam.. Memang sangat tinggi risikonya ok! Sebab telefon anda time tu berada dalam jarak yang sangat dekat dengan muka anda. Maybe anda dalam posisi baring masa tu. Cahaya atau cahaya biru yang terpancar dari telefon tu sudah cukup memberi kesan buruk di siang hari walau dalam keadaan yang terang apatah lagi bila dalam suasana yang gelap atau situasi cahaya yang malap ia berganda memberi kesan buruk.

Cahaya silau lebih dari 30 minit dalam suasana malap boleh menyebabkan degenerasi makula yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah penglihatan atau buta sementara. Bila sebut buta ni rasa seriau pulak kan.. Bukan apa kalau buta sejak lahir tu lain cerita.. ni dok boleh nampak semua benda tetiba semuanya jadi gelap atau kabur yang amat sangat macam nampak kabus jer. Ambil masa jugak ok nak terima kenyataan tu. Jadi please kurangkan tabiat main telefon masa nak tidur terutama bila semua lampu dah di padamkan atau di malapkan.

Banyak perkara yang kita tak sedar sebenarnya memudaratkan kesihatan penglihatan kita yang kita buat secara rutin. Termasuk menggosok mata & terlalu lama terdedah dengan penyaman udara (aircon). Penting ok untuk kita tahu.. Sebab kadang2 kita rasa macam perkara tu sangat remeh & mungkin tak menyebabkan apa2 efeksi atau risiko pada mata tapi sebenarnya bila ia di lakukan secara kerap boleh mengundang masalah yang lebih besar.

Moral of the story.. Mata adalah anugerah yang kalau hilang belum tentu dapat gantinya. Jadi sayangilah mata anda.. Ok nak pi lukis eyeliner sat.. satgi nak keluar hahahaha

FILEM PALING SERAM YANG BUAT ANDA FOBIA TIDUR DALAM GELAP

FILEM PALING SERAM YANG BUAT ANDA FOBIA TIDUR DALAM GELAP. Sebelum ni Filem The Conjuring 2 katanya seram sangat sebab menggunakan Audio rakaman suara roh sebenar dalam filem tu. Semua orang pakat nak tengok la sejauh mana keseraman filem tu termasuk la aku. Walaupun filem The Conjuring 2 dah lama keluar pawagam tapi sampai sekarang aku masih belum tengok lagi. Dok tunggu keluar dalam bentuk DVD. Jangan nak suggest suruh aku beli cetak rompak.. Aku tak nak tengok filem seram yang nampak kepala orang dok lalu lalang depan skrin besar pawagam atau tengok dvd yang rakam dari astro first. Sebagai peminat filem seram memang aku perlukan kepuasan bila menonton filem tu so aku lebih suka beli dvd original. Bukan berlagak ke hapa tapi soal kepuasan.


Tapi aku dok baca review sesetengah blogger yang dah tengok filem tu ada yang kata seram & ada yang kata filem tu tak seram & tak best. Biasa la manusia kadang2 taste seram dia high level macam aku ni mungkin ada filem yang dah cukup seram bagi orang lain tapi bagi kami celah gigi pun tak tasa seram tu. Ingat senang nak nak memuaskan nafsu seram peminat filem seram macam aku. Setakat filem terbitan Apek David Teo tu kau tak payah provok kata seram sangat la. Filem James Wan anak kelahiran Malaysia yang banyak buat filem2 seram antarabangsa macam The Conjuring 1 & 2 , Siri Insidious, Annabelle, Furious 7 pun belum tentu mampu memuaskan nafsu seram aku inikan pula setakat pengarah filem terbitan MiG. hahahaha

Tapi katanya ada satu lagi filem yang lebih seram dari The Conjuring. Bagi yang rasa filem The conjuring tu dah cukup seram rasanya kalau tengok filem ni confirm lepas ni korang akan fobia nak tidur dalam gelap. Bukan je takut nak tidur dalam gelap malah anda jugak akan takut berada di tempat2 gelap jugak. Katanya filem ni jugak tak rekemen pada sesiapa untuk tengok sorang sorang. Amboi dia bunyi cerita macam seram sangat. Seram ke tidak & korang nak tau filem apa yang sampai orang boleh fobia berada dalam gelap meh tengok kat sini >> Filem Seram Ini Hanya Yang Betul Betul Berani Sahaja Boleh Tonton <<

Ni yang buat aku tak sabar nak tengok ni. Gamaknya seram tu sampai aku serik nak tengok filem seram lagi ke tidak? Kalau mampu buat sampai aku nak ke toilet pun tak berani memang aku respect la.. Tapi kalau setakat lepas tengok aku boleh lepak2 online tanpa di temani sesiapa di tengah malam hari.. Bermakna filem tu memang level seram dia macam David teo je la. hahahaha

RAKAMAN AKSI PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL DALAM BILIK GELAP

RAKAMAN AKSI PEMAIN BOLA SEPAK TERKENAL DALAM BILIK GELAP. Nak buat macam mana kalau dah biasa buat ni.. Dia tak rasa bersalah nak buat kat mana2 pun. Tapi sebab dia Footballer terkenal di dunia maka apa dia buat semua orang nak jadikan bahan cerita. Kalau benda baik maka baik la imej dia di mata peminat. Kalau benda buruk.. Maka buruklah kesan dia. Dah nama selebriti ni.. Buat apa pun kena pandai2 cover ye dak.


Mesti ramai nak tahu apa la pemain bola sepak terkenal ni buat dalam bilik gelap sampai video rakaman perbuatan dia tu di sebar di alam maya. Jeng jeng sangat tau. Ni la orang kata kalau dah ketagih kat mana2 pun dia tak kira la. Bilik gelap ka.. bilik cerah ka.. luar bilik dalam bilik. Asal sempat je dia buat. Tak boleh nak tahan nafsu sangat dah..

Bila benda dah sebati dengan diri ni.. Memang susah nak control dari tak buat. Dia kena jugak buat kalau tak maybe dia rasa macam ketagih. Apa?? Ingat isap dadah je buat orang jadi gian ke.. Banyak perkara yang boleh buat orang ketagih. Contoh macam apa yang pemain bola sepak ni buat maybe sebab ketagih la kot  sampai dalam bilik gelap pun menjadi jugak >> Video! Dalam Bilik Gelap Pun Pemain Bola Sepak Terkenal Ni Boleh Buat Benda ni <<

Nasib kau la labu.. Sebab terkenal buat apapun orang nak spotted.

AKIBAT BUNUH BURUNG SEKOLAH TEKNIK DI GANGGU MAKHLUK BERKAFAN

AKIBAT BUNUH BURUNG SEKOLAH TEKNIK DI GANGGU MAKHLUK BERKAFAN. Aku rasa sejak dua menjak ni idea mengarang entri tak kira seram,sensasi,kontroversi,lantang mahupun yang sopan santun agak merundum. Tapi sedaya upaya jugak aku cuba cari sesuatu yang boleh menarik mood aku mengarang entri agar tak ada yang demam rindu dengan entri2 terkini & terkitu aku katanya.. Maaf kan saya kalau statement 'Rindu' tu buat anda morning sickness seminggu.. hahaha

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bila kurang idea mengarang maka banyak la masa membaca. Bila dah banyak merantau serata alam google terjumpa pulak kisah manusia & makhluk ghaib ni. macam best pulak kalau momokkan pembaca blog lekatlekit ni dengan cerita ni. Maka dengan sukacitanya marilah kita mulakan ritual memomokkan pembaca.. hehehe

Alkisah berlaku satu kejadian seram di sebuah sekolah teknik di negeri pahang selepas seorang pelajar ni membunuh seekor burung yang di tiba2 masuk dalam dewan besar sekolah depa ketika satu majlis sedang berlangsung pada satu malam yang tak sepi sangat. Dalam dok celah2 event tu berlangsung tetiba seekor burung kecil sesat dalam dewan besar tu.. Tak tau la apa kesalahan burung sesat tu sampai seorang pengawas ni ambil selipar baling tepat kena burung tu maka meninggallah burung tu dengan pertanyaaan.. "Apa Salah Aku Kat Pengawas tu?" hehehe.. Amboi mentang2 dia pengawas dengan burung pun dia nak tunjuk kuasa.

Lepas burung tu mati, masing2 jadi macam tak pernah tengok bangkai burung pulak. Pakat dok kerumun usik2  mayat burung tu. tetiba.. Ada seorang pelajar perempuan menjerit jerit sambil tunding kearah atas stage. Lepas tu berjangkit jangkit pulak pada pelajar lain termasuk pelajar lelaki. Maka event malam tu bertukar menjadi aktiviti histeria beramai ramai.

Selepas malam kejadian tu.. bermula kisah seram kat sekolah tu. Ada jugak yang tanya budak perempuan yang mula2 kena histeria tu apa dia nampak & kenapa dia menjerit jerit.. Cerita dia masa budak2 lain dok jakun tengok bangkai burung tu tetiba dia nampak satu lembaga berkafan pakej dengan muka gelap & pucat dekat tempat berucap kat tepi stage tu. Ni confirm tak dapat tajaan Dato vida. Kalau Dato vida taja mesti muka tak gelap punya hahaha. Walau dia cuba paling kearah lain pun tetap dia nampak lembaga berkapan tu. Lepas tu dia jerit & tak sedar diri lagi

Sebab kejadian histeri semakin menjadi jadi kat sekolah tu.. Maka seorang ustaz di panggil untuk membantu menghalau makhluk yang membuat onar kat situ. Barulah terbongkar rupanya makhluk tu tak puas hati pasal pengawas bunuh burung tu. Katanya burung tu kawan dia. Jadi hantu tipikal spesis zaman pendekar katanya.. hutang darah mesti di bayar darah. Tak kira la kau budak sekolah ke sapa... Sapa suruh kejam sangat. Katanya dah lama dia tinggal kat situ, setiap tahun dia akan keluar untuk buat something yang tukang cerita pun tak ingat buat apa. Jadi aku tulis dia buat something je la yer.. ending ritual menghalau makhluk tu adalah 'Pen Merah' iatu gagal dengan jayanya.

Maka setiap malam masing2 terpaksa rapatkan saf.. erkk katil untuk tidur dekat2 sambil di alunkan dengan suara jeritan sahut menyahut dari asrama perempuan. Kejadian histeria katanya bukan berlaku malam hari je malah siang2 hari pun jadi jugak. Macam acara wajib la histeria berlaku kat sekolah tu. Tak tau bila berakhirnya histeria kat sekolah tu tapi akhirnya benda tu dapat jugak di pulihkan. Menurut cerita seorang pelajar katanya berkebolehan sikit2 la dalam rawatan berkaitan perkara mistik ni katanya tapak sekolah tu dulunya hutan apa penghuninya yang manusia tak nampak. Bila tapak tu di jadikan sekolah dia pindah pun tak jauh maka ada masanya dia akan keluar & menganggu ketenteraman manusia kat situ la. Yelah.. dia macam Pontianak harum sundal malam jugak.. Bila kau rampas tanah dia.. sampai cucu cicit kau pun dia berdendam. hehehe

Kita ni manusia bukan nak kata la kan.. Kadang2 manusia ni tahap tamak sampai merampas habitat & tempat tinggal makhluk lain. Demi pembangunan manusia jugak la yang banyak melakukan kerosakkan. Apapun selain Asrama sekolah menjadi port paling menyeramkan sebenarnya ada port lebih seram dari asrama sekolah kat Malaysia ni. Ramai yang kalau masuk kat sini berpengalaman terserempak dengan entiti yang tak di ingini. Nak tau apa tempat paling seram kat Malaysia meh tengok kat sini >> >> Ramai Guna Tandas Awam Kat Malaysia Mesti Pernah Melalui Pengalaman Yang Menyeramkan Macam Ni <<

Moral of the story.. Dalam kehidupan kita yang hidup bukan apa yang kita nampak jer.. Malah yang kita tak nampak pun menghuni bumi Allah ni jugak jadi adat berkongsi jangan la tamak. Ni semua kau nak bolot alih2 2.6b kena bagi balik.. erkk..hahaha

P/S : Pada adik2 yang masih bersekolah di sekolah teknik pahang tu jangan takut. kejadian ni berlaku pada tahun 2002 & dah lama berakhir.

KENA CERAI LEPAS SEBULAN NIKAH SEBAB GELAP

Dengar alasan cerai pun rasa menyirap jugak kan? Yang menceraikan tu putih jernih sangat ke?

Yang pelik kalau dah takde feel sangat dengan orang kulit gelap sapa suruh nikah jugak kalau setakat nak bagi title janda kat anak orang lepas sebulan kawen.


Tapi maybe jugak sebab kena paksa kawen ke,sapa tau.apapun alasan bercerai tu memang sangat2 kebudakkan & menghina pihak yang di ceraikan. Soal fizikal warna kulit bagai ni bukan kerja kita.kalau kita boleh lukis & warna macam apa yang kita nak jadi nescaya takde orang yang akan rasa dia hodoh even tak cantik dimata orang lain sekalipun sebab dah tentu kita akan lukis apa yang kita rasa cantik untuk diri kita,ye dak? Betul jodoh pertemuan kerja Allah tapi kesilapan tetap dari manusia tu sendiri. Bukan semua salah takdir.kita kena semak diri dulu sebelum meletakkan kesalahan tu pada takdir.

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com