Showing posts with label menyembuhkan. Show all posts

8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH

8 CARA MERAWAT BENGKAK GUSI GUNA BAHAN SEMULAJADI DI RUMAH. Sejak dua tiga hari ni memang rasa tidak enak di bahagian gusi dekat gigi geraham bahagian atas sebelah kiri. Tapi biasa la.. Selagi orang kata boleh makan,, dia lenjan la gusi tu sampai bangun pagi ni ambil kau! Macam kena penumbuk sedas. Membukit dah kesan bengkak tu baru terhegeh hegeh nak petua nak melegakan bengkak pada gusi.. Ada jugak tanya kat wall FB tadi.. Masing2 suggest kumur air garam. Yup salah satu cara yang aku baca boleh menyembuhkan bengkak gusi ni.


Bengkak gusi memang akan rasa macam ada ketumbuhan dalam mulut & rasa dia sakit berdenyut2. Paling siksa bila nak kunyah makanan.. Memang sakit bila gigi menekan gusi masa mengunyah makanan. Maka sepanjang sakit gusi makan macam ular sawa je la.. Telan2 gitu katanya. Asal tak lapar. Tu pun syukur masih mampu makan walau telan telan.. Ada orang makan pakai tiub lagi kesian. Jadi walau sakit tetap kena bersyukur.. Kalau kita rasa teruk ada orang lebih teruk dari kita, ye dak.

❤ CARI PRODUK BABY CARE? JOM TENGOK KAT SINI ❤

Jadi sebab aku sedang di landa bengkak gusi ni maka aku nak share la petua2 untuk menyembuhkan bengkak gusi secara semulajadi.. Badan ni kita kadang2 tak boleh di ajar asyik makan ubat je. kalau boleh merawat guna bahan semulajadi kita kena guna kita kena try juga sebab bahan2 yang di gunakan tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Antara kaedah secara semulajadi yang boleh kita guna selain kumur air garam adalah...

Minyak Cengkih
Aku pun sebenarnya tak pernah tengok macam mana rupa minyak cengkih ni & macam mana nak dapat minyak cengkih. Atau boleh di buat kat rumah dengan menggunakan minyak masak & bunga cengkih. Tapi bila google memang ada di jual minyak cengkih ni. Cara dia cuma sapukan minyak cengkih di bahagian gusi yang bengkak 2 kali sehari. Satgi den try hasilkan minyak cengkih sendiri ok! hehehe

Jeruk Nipis
Ni la susah bila rujuk info dari artikel orang indonesia. Jeruk nipis tu apa wei??? Hahaha.. Hasil google rupanya limau nipis. Katanya perah jus limau nipis tu kemudian campurkan dengan air suam & guna untuk berkumur. Sebaiknya buat waktu masa nak tidur & selepas bangun pagi.

Madu
Sebaiknya madu asli bukan madu yang dok beli kat pasaraya tu. Normally madu yang dah di kilangkan & di packing cantik2 tu tak berapa asli walau dia tulis madu asli. Jangan pulak dok buat lawak kurang bijak.. nak test madu asli ke tidak bawak jumpa bini. Kalau kena hempuk dengan lesung batu bermakna madu asli katanya.. Cukup setakat tu je gurauan berkasih pasal madu asli. Cara merawat gusi bengkak guna madu asli adalah sapukan bahagian gusi yang bengkak 3 kali sehari Insya Allah bengkak akan berkurangan & sembuh.

Bawang Merah
Ni stok yang sentiasa ada kat rumah kecuali korang memang seumur hidup makan kat luar je. Jangankan gas.. dapur pun tak pernah ada katanya. Cara dia tumbuk bawang merah tu kemudian campur dengan sedikit garam lepas tu sapu di bahagian gusi yang bengkak. Tu pun kalau tahan dengan rasa & bau bawang boleh la buat. hahaha

Lemon & Air panas
Cara guna lemon ni pun sama macam guna limau nipis tu. Perah jus lemon kemudian campurkan dengan air panas. Seeloknya air suam la sebab takkan nak berkumur dengan air panas pulak kan. Lepas tu kumur la dua kali sehari.

Pijatan Gusi
Tu dia apa kejadahnya pijatan gusi ni. Apa yang aku faham adalah macam kaedah picit atau urut bahagian gusi yang bengkak tu la. Cara dia urut atau picit gusi yang bengkak dengan cara membulat menggunakan jari telunjuk. Pastikan jari tu bersih dulu ok!

Baking soda
Yang suka membaking ni mesti ada stok kan. Yang tak suka baking macam aku pun ada jugak stok. Caranya macam biasa campur dengan air kemudian guna untuk berkumur. Buat banyak kali pun tak apa katanya dapat mencegah pembiakkan bakteria.
Tu dia 8 cara dok ada untuk anda cuba sekiranya mengalami bengkak gusi macam aku sekarang ni. Paling senang kumur air garam la yer.. Tapi kalau tak berkesan boleh try 7 petua yang di sediakan dalam entri ni. Guna kaedah semulajadi ni kita sedia maklum tak bagi kesan sampingan. Jadi kalau boleh merawat guna bahan bahan semulajadi tu try la dulu.. Kalau semakin serius.. mohon dapatkan rawatan di klinik atau hospital.

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB MEMBANTU MERAWAT BATUK,KAHAK & SELSEMA

MINYAK HERBA ASMA MUJARAB MEMBANTU MERAWAT BATUK,KAHAK & SELSEMA. Ramai kanak kanak & orang dewasa yang terkena batuk yang lambat untuk sembuh. telan berbotol botol ubat batuk pun susah nak hilang katanya. Kadang2 sampai berminggu minggu batuknya.


Selain bergantung dengan ubat batuk.. meh sini den nak perkenalkan satu produk yang mungkin korang boleh cuba untuk membantu merawat batuk & selsema ni. Mana tau dengan izin Allah dapat menyembuhkan atau mengurangkan sakit tersebut. Kita ni manusia memang di tuntut Allah untuk berusaha, selebihnya doa & tawakal. Kalau setakat duduk & mengeluh tak buat apa - apa memang tak ada penyakit yang akan sembuh. Tu lebih kurang macam tunggu malaikat maut cabut nyawa je.

Bagi yang terkena batuk & selsema ni anda boleh mencuba Minyak herba Asma Mujarab. Daripada testimoni pengguna ramai yang mengakui minyak herba asma mujarab ni membantu masalah batuk. Bukan je untuk kegunaan mereka yang batuk ni malah boleh di gunakan untuk menyembuhkan selsema & mencairkan kahak. Almaklum la kalau orang tua masalah kahak mungkin senang nak atasi tapi kalau budak2.. kita nak suruh dia buang kahak pun kadang2 dia tak pandai. Jadi boleh ikhtiar guna minyak herba asma mujarab ni.




Testimoni yang berjaya dari pengguna

Selain tu minyak herba asma mujarab ni juga boleh di gunakan untuk mengubati gigitan serangga, tergeliat, luka,terkena api, bengkak, lenguh & sakit gigi. Banyak sungguh fungsi minyak ni kan? Dah tu sesuai di gunakan seisi keluarga sebab dari bayi sampai ke setua tua mak bapak boleh guna. jangan risau minyak ni tak panas. Nak guna dia pun sangat mudah. Tak payah pakai mentera semerah padi bagi.. Sebagai seorang Islam just mulakan dengan bismillah kemudian sapu di leher hingga dada,dari tengkuk hingga ke belakang sekerap mungkin untuk permulaan dan boleh hentikan bila sudah sembuh.Asalkan rajin dan istiqamah Insya Allah Kesan boleh nampak seawal 1 hari hingga 30 hari bergantung pada individu dan cara penggunaan.Jangan risau kalau korang beli minyak ni consultanty Cara guna minyak ini dengan lebih detail beserta tip dan panduan akan diberikan. malah kalau nak tanya apa - apa & bila bila masa sahaja boleh merujuk kepada pengedar yang anda beli.

Minyak herba asma ini diperbuat daripada minyak zaitun,minyak kelapa dara,habatussauda,pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat tapi suci.Gunakan tanpa was-was kerana ia adalah buatan Melayu Muslim yang halal. Walaupun minyak ni dari pandangan mata kasar nampak macam minyak angin biasa je tapi kesannya Insya Allah luar biasa dari jangkaan anda. Kena cuba dulu la baru tahu. tak cuba mana nak tahu ye dak. Jenis2 produk macam ni bukan boleh tilik2 guna firasat je nak tau berkesan ke tidak. Hanya boleh buat kesimpulan lepas anda menggunakan & mengamalkannya.

Kandungan sebotol minyak ni adalah 30ml dimana hanya dengan sebotol 99% pelanggan dapat merasai keberkesanannya & merasai sendiri kebaikkan & keajaiban minyak ni untuk menyembuhkan asma dengan cepat. Apapun semuanya berlaku dengan izin Allah.. Minyak ni takde magic atau apa2 kuasa mistik pun. So jangan salah faham yer. Cuma khasiatnya mungkin membantu memulihkan & merawat penyakit yang anda hidapi.

Kenapa korang mesti cuba produk ni? Salah satunya.. dapat menjimatkan duit untuk membeli ubat ubatan lain yang mungkin lebih tinggi kosnya. At least kalau ada minyak ni sekurang kurangnya kalau di serang batuk & selsema boleh juga guna untuk rawatan awal.

Jangan risau setakat ni tiada kesan sampingan yang buruk di laporkan pengguna setelah mencuba minyak herba asma mujarab ni. Kebanyakkan respond yang di terima sangat positif. Selepas menggunakan minyak ni Alhamdulillah ramai yang dapat tidur lena & banyak masalah kesihatan yang menganggu dapat di atasi.

Yang ni orang nak tanya kan.. Harga dia berapa? Jangan risau harga dia memang mampu milik. Tak payah sampai nak buat personal loan semata mata nak beli minyak angin ni. Hanya RM39 (tidak termasuk kos pos). Sekiranya berminat anda boleh Sms/Call/Whatsapp Puan Nur Ain di 0195091982. Insya Allah layanan mesra akan di berikan kepada pelanggan. hehehe

Apapun semua ni adalah usaha & ikhtiar kita untuk mencari penawar sesuatu penyakit. Tindak balas sesuatu ubat atau produk kepada badan setiap orang kadang2 tak sama. Ada yang berkesan ada yang mungkin kurang mujarab tapi kalau majoriti guna benda tu berkesan apa salahnya kita cuba dulu, ye dak. Dengan izin Allah.. Insya Allah menjadi penawar pada penyakit anda.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com