Showing posts with label bihun goreng. Show all posts

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG PALING MUDAH & SEDAP

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG PALING MUDAH & SEDAP. Bertemu lagi kita dalam segmen dapur sekangkang kera lekatlekit. Tu dia dok perasan jadi hos rancangan masakan kat blog picisan ni pulak dah. Berangan nak jadi chef selebriti katanya.. Padahal reti masak bihun goreng ja.


Amboi nak berangan sikit pun dah kena cerca. Blog lekatlekit ni memang suka la share resepi simple tapi sedap sebab cheq target bebudak baru nak up & belajar memasak. Yang dah expert depa tak main la google resepi. Resepi semua dalam kepala hotak depa dah. Sebut ja nak makan apa.. ketuk ketang siap ja terhidang atas meja. Bagi yang merangkak baru nak kenal mana satu garam mana satu ajinamoto mana satu herba campur, bunga lawang bagai.. Yang tu la rajin sangat nak google resepi even nak masak nasi pun depa google ok. Apatah lagi nak masak bihun goreng ni.

Sebagai blogger prihatin mai sini hakak nak ajar hangpa lagu mana nak masak bihun goreng paling simple tapi di jamin sedap. Tak payah nak campak segala haiwan laut haiwan darat semua dalam bihun tu.. cukup bubuh bahan2 basic ja pun tetap sedap. Jom la kita tengok bahan bahan nak masak bihun goreng kosong ni.

bahan bahan

Setengah paket bihun ( ni untuk makan 2 -3/4 orang boleh la kot sorang sepinggan)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Serbuk cili
Kicap manis
Kicap masin
Tomato sos
Udang kering
Taugeh
Kucai
Minyak masak

Cara masak

1. Celur / rebus bihun separuh masak (jangan sampai lembut) atau rendamkan dulu beberapa ketika.

2. Tumbuk bawang besar, bawang putih, udang kering tapi tak perlu sampai lumat. Agak hancur tu ok la.

3. Bancuh serbuk cili bersama kicap manis, kicap masin & sos tomato. Buat macam pes.

4. Potong kucai & cuci taugeh

5. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk sampai naik bau.

6. Masukan pes & masak sekejab sampai pecah minyak.

7. Masukkan bihun gaul hingga sebati.

8. Masukkan kucai & gaul sehingga kucai sedikit layu.

9. Akhir sekali masukkan taugeh & gaul. Kemudian tutup api.

P/s : jika kurang masin boleh tambah garam. yang ni saya dah tak tambah garam sebab bahan bahan yang di gunakan dah membuatkan bihun goreng ni cukup rasa.

Dah siap bihun goreng kosong hakak hangpa ni. Nak tau udang kering tu salah satu perasa yang memberi kesedapan even hangpa tak masukkan ayam/sotong/udang bla.. bla.. bagai. Memang rasa dia pun dah cukup buat hangpa bertambah 2 3 pinggan bihun. Tak caya try la buat.


Jadi kalau yang mana baru pertama kali nak masak bihun goreng paling penting jangan celur bihun sampai lembut nanti bila goreng hancur lebur lembek bihun hangpa tu. Celur sekejab agak setengah lembut je sudah. Sebab nanti nak goreng dia akan lembutkan bihun tu.

Sekian resepi mudah tapi sedap nak mampus dari hakak. Selamat mencuba.

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA. Kalau orang kedah dah familiar dengan menu bihun goreng kuah laksa. Atau certain2 negeri di bahagian utara tanah air pun ada yang dah biasa dengan menu tu. Tapi bagi yang mungkin dari luar utara mungkin tak pernah tahu apatah lagi rasa bihun goreng kuah laksa ni. So kalau kita cerita pasal bihun kuah laksa mula la depa berkerut dahi cuba membayangkan kombinasi rasa bihun goreng yang di kahwinkan dengan kuah laksa dalam satu mangkuk katanya.


Sebenarnya menu ni dari aku kecik lagi dah wujud tapi tak tahu sapa pencetusnya. Tapi cuma tak ramai orang buat sebagai jualan. Pendek kata belum di komersialkan sehingga kini.  Kat kedah pun menu ni tak banyak boleh jumpa orang jual. Ni macam menu2 rare jugak la. Tapi takpe kalau tak ada orang jual pun bukan susah nak sediakan malah menu bihun goreng yang sebelum ni cuma menu ringan kalau di gabungkan dengan kuah laksa boleh jadi menu istimewa jugak dalam jamuan makan makan. Sebabnya bukan semua orang pernah rasa menu ni.

Cara nak buat dia pun tak susah.. Bihun goreng tu buat macam bihun goreng biasa jer. Kuah laksa pun buat macam kuah laksa yang biasa jugak. Kalau tak reti nak buat kuah laksa boleh rujuk kat entri ni >> Resepi kuah laksa << Kalau tak reti nak buat bihun goreng tak apa akak boleh tolong bagi resepi

Bahan2 dia..

Bihun (rebus sekejab bagi lembut tapi jangan lembik ok)
Sos tomato
sos cili
kicap masin
kicap manis (kalau ada. Kalau tak ada tak perlu)
cili serbuk
kiub pati ayam
taugeh
kucai
daging ayam
fishball (kalau tak ada tak perlu)
bawang merah & putih (untuk menumis)

Antara bahan2 nak memasak bihun goreng. Tapi tak semua ada dalam gambar. hahaha

Mula2 bancuhkan bahan2 pes dia seperti sos tomato,cili,kicap manis,kicap masin,cili serbuk. Campur semua dalam satu mangkuk tambah air sikit kemudian kacau sampai sebati. Panaskan minyak tumiskan bawang, kemudian masukkan isi ayam & goreng sekejab. Masukkan pes yang di bancuh tadi, masukkan kiub pati ayam  & masukkan fishball kalau ada. Masak sekejab kemudian masukkan kucai & bihun yang di rebus. gaul hingga semua bahan2 sebati. Akhir sekali masukkan taugeh. Masukkan garam kalau rasa tak cukup masin. Gaul rata kemudian padamkan api & boleh di hidang.

Bahan2 lauk dia macam ayam, fishball tu bergantung pada korang. Kalau nak tukar guna udang, sotong atau2 apa2 seafood yang korang rasa sedap. suka hati la.

Maka Hasil dari meronggeng kat dapur lekat lekit katanya.. Inilah rupanya bihun goreng kuah laksa.

Macam ni gambar rupa paras bihun Goreng Kuah Laksa. sedap jugak kalau di makan bersama sambal sotong.  

Jadi yang tak pernah dengar pasal bihun goreng kuah laksa tu sila la cuba yer. Insya Allah sekali cuba nak lagi & tak menyesal punya. Makanan orang kedah ni normally memang sedap sedap. hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com