Showing posts with label denda. Show all posts

AWAS! COP PARKING BOLEH DI PENJARA

AWAS! COP PARKING BOLEH DI PENJARA. Walaupun kita dah hampir ke pertengahan tahun 2022 tapi budaya 'cop parking' ni nampaknya masih di amalkan oleh segelintir individu yang mungkin rasa perbuatan dia tu bukan menjadi satu kesalahan undang undang. Yelah.. dia rasa, alah cop parking je pun. Takkan tu pun nak kena dakwa kat mahkamah tapi dia lupa yang dia buat macam harta peribadi hak awam. Macam dia pulak beli lot parking sampai nak cop cop tak bagi orang lain guna. Spesis ni memang spesis muka setebal pokok balak. Tak rasa bersalah atau malu buat hak sendiri walaupun dia tahu bukan hak dia.

Dekat kawasan rumah saya (Apartment kos rendah) ni dulu ada juga spesis cop cop parking sekarang nampaknya budaya tu dah pupus. mungkin masyarakat disini dah semakin cerdik maka tiada lagi manusia yanc buat perangai macam tu. Nak dapat parking pepandai la cari masa balik rumah. Kat sini memang parking sentiasa penuh. Kalau parking tepi jalan kena pastikan sebelum pukul 10 pagi keluarkan kenderaan dari situ. Kalau tak..sampai la surat putih untuk mu. Kat kawasan perumahan pun tetap saman ok! Terfikir juga tak ada ke si genius mana mana cipta kereta boleh lipat lipat macam compact stroller tu. Kan senang. Tak ada masalah parking dah. Hehehehe..

Walaupun masalah parking ni memang masalah yang rasanya sampai kiamat pun tetap ada tapu bukan bermakna kita boleh guna alasan tu untuk cop harta awam macam harta mak bapak kita yang punya. Cop parking ni boleh di kenakan hukuman penjara tau.

budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja 'cop' parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Walaupun kita sendiri maklum ada akta tapi perlaksanaan hukuman tu jarang berlaku tapi jangan mencabar undang undang sangat. Dok tunjuk keras kepala orang sakit hati proceed untuk tindakan undang undang tak pasal pasal ke dalam kalau tak mampu bayar denda. Apa yang menjadi hak awam kena akur.. siapa cepat dia dapat. Rasa tak nak pening kepala pasal parking jangan beli kenderaan sendiri. Kayuh basikal je. Boleh simpan dalam rumah. Hehehehe...

Dan satu lagi jangan nak viral viral sangat kebodohan sendiri. Tak tahu boleh guna kemudahan teknologi yang ada untuk google dulu sebelum bertindak. Jangan nak viralkan orang tiba tiba jadi plot twist kau yang kena kecam balik. 

Moral of the story.. pat pat siku lipat.sapa cepat dia dapat.


BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU

BAHAYA BASIKAL LAJAK YANG MESTI ANDA TAHU. Sejak semalam kembali hangat di perkatakan tentang kes kemalangan ngeri yang melibatkan seorang pemandu wanita yang melanggar kanak kanak yang berbasikal lajak di lebuhraya pada waktu awal pagi (3am). Kejadian ini berlaku 5 tahun lalu.

Semalam keluar keputusan dari mahkamah tinggi yang mendapati pemandu wanita tersebut bersalah kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 kanak kanak yang berbasikal lajak waktu itu. Dia di jatuhi hukuman denda sebanyak RM6,000 dan penjara selama 6 tahun.

Rata rata netizen tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan mempertikaikan tindakan sekumpulan kanak kanak bawah umur yang berkeliaran jam 3 pagi dan bermain basikal di jalan raya. Kalau kita pun kita tak terfikir ada budak budak waktu tu bermain basikal di kawasan jalan yang sunyi mungkin kita akan memandu sedikit laju untuk cepat sampai. Lebih lebih lagi wanita yang memandu sendirian waktu tu. 

Apapun saya sendiri tak suka sangat dengan budak budak terjebak dengan basikal lajak ni. Kat mana mana pun geng basikal lajak ni suka berlumba di tengah jalan raya di mana banyak kenderaan berat & besar menggunakan laluan tu. Seolah olah sedikit pun tak ada rasa takut malah mereka seolah olah mencabar pengguna jalanraya yang lain . Bila di tegur kebanyakan mereka bersikap kurang ajar. Pengalaman saya sendiri terserempak dengan budak budak basikal lajak ni macam tu la situasinya. Lebih kurang sama sahaja yang di ceritakan orang lain.

Lagipun basikal lajak ni memang tak ada ciri ciri keselamatan dan memang bahaya. Basikal lajak ni sebenarnya basikal yang telah di ubahsuai untuk tujuan berlumba. Dengan tak ada breaknya.. bayangkan tengah laju tiba tiba ada rintangan atau halangan kat depan. Memang bahaya. Selain tu ia telah di ubahsuai untuk memastikan boleh mencapai kelajuan yang tinggi.

Jadi pada ibu bapa sila pantau anak anak anda. Jangan biarkan anak anak miliki basikal lajak. Basikal lajak ni memang tak memenuhi spesifikasi keselamatan yang perlu ada.

Dalam peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh secara beriringan, bersopan serta tidak melulu. Sesebuah basikal mestilah bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng, lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengklaskan atas kesalahan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana ubahsuai tiada brek dan loceng.

Bagi kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.

Tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.

Ini kerana perbuatan mengubahsuai basikal (Basikal Lajak) bukan saja memberi risiko kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain.

Bila berlaku kemalangan macam ni sudah pastinya yang teraniaya adalah pemandu kenderaan yang lebih besar walaupun budak budak basikal lajak itu sendiri yang melakukan aksi bahaya di jalanraya. 

Moral of the story.. aktiviti berbasikal ni sebenarnya aktiviti yang sihat tapi bila semuanya di ubahsuai untuk aktiviti extreme dan di buat pula di tempat tidak sepatutnya maka pengakhirannya juga tidak baik dan tidak sihat.

ADA AKTA BOLEH MENDAKWA IBU BAPA YANG GAGAL MENDAFTAR ANAK MASUK SEKOLAH

ADA AKTA BOLEH MENDAKWA IBU BAPA YANG GAGAL MENDAFTAR ANAK MASUK SEKOLAH. Masih hangat di social media pasal seorang retis nasyid yang memilih tak nak hantar anak anak di sekolah & pilih buat homeschooling bila dia ada masa terluang untuk ajar anak anak dia. Rata rata netizen mengecam tindakan dia yang nampak mementingkan diri sendiri. Alasan taknak hantar anak dia ke sekolah sebab tak percaya dengan sistem pendidikan di negara ni. Kononnya belajar sendiri pun ada anak anak kenalan dia boleh sambung belajar sampai ke mesir... Yelah bang, kalau dah tak nak tu seribu satu alasan la dia akan bagi. Ye dak??

Tapi ramai yang tak tahu pasal ni sebab even ada akta yang boleh mendakwa ibu bapa yang gagal mendaftarkan anak masuk sekolah bermula dari tahun 1. Den pun baru teringat benda ni.. Sebab masa saya berurusan dengan PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) untuk urusan melewatkan setahun kemasukkan anak saya ke darjah 1 atas sebab masalah Autisme yang di hadapinya.. Pegawai kat PPD tu ada bagitau tentang perkara ni. memang ada akta boleh di kenakan kepada ibu bapa yang gagal menyekolahkan anak anak mereka.. Kecuali macam masalah kemiskinan.. tiada pengenalan diri bagai tu.. Maybe boleh la di maafkan. Kalau sengaja macam Abang Mie nasyid tu.. Memang boleh di dakwa & di denda.

Peraturan pendidikan wajib terkandung dalam Akta Pendidikan (Pindaan) 2002.
Di bawah pindaan itu, satu seksyen baru iaitu Seksyen 29A dimasukkan ke dalam akta berkenaan yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib.
Seksyen 29A(2) memperuntukkan setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah.
Menurut Seksyen 29A(4), ibu bapa yang melanggar peruntukan tersebut adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. -Sumber Berita Harian -


Tapi kat Malaysia even ada akta ni belum pernah ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah dengan sengaja atas alasan contoh macam abang mie tak percaya dengan sistem pendidikan malaysia tu di dakwa sebab katanya untuk mendakwa ibu bapa ke mahkamah, bukanlah perkara yang mudah kerana ia memerlukan prosedur yang panjang. walaupun ada ibu bapa yang mengingkari peraturan berkenaan, pihaknya KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) masih menggunakan pendekatan bimbingan dan memberi nasihat kepada ibu bapa mengenai kewajipan mereka memberikan pendidikan kepada anak-anak terutamanya semasa enam tahun di sekolah rendah.

Hope ada pihak dari KPM dapat memberi nasihat kepada Abang sorang tu juga. Kesian anak anak dia. Dah la tak bersosial dengan rakan sebaya, tak bersekolah & tak di vaksin juga. Hari ni maybe depa tak terasa tapi masa depan esok apa nak jadi. Kalau tak nak bagi belajar di sekolah biasa.. Nak tekankan ilmu keagamaan banyak je sekolah aliran agama di Malaysia. Tapi nampak dia macam memang tak nak anak anak dia pi sekolah. Macam dia kata la.. Buang masa & duit hantar anak ke sekolah belum tentu pandai. Hurmm... kalau tak sekolah confirm pandai ka??

Jadi bila cukup umur anak hangpa daftar sekolah.. Maka daftarlah. Tak kisah la nak pilih sekolah biasa atau sekolah aliran agama ni janji hantar la mereka ke sekolah untuk belajar. Sekolah ni bukan sekadar belajar akademi/agama.. Malah belajar berdikari, bersosial. Semua tu didikan & ilmu yang di perlukan anak anak kita untuk berkembang dengan baik. Bukan kata hantar sekolah confirm pandai.. 

Moral of the story.. Jangan jadi ibu bapa yang mementingkan diri sehingga mengabaikan hak anak anak. Hak belajar itu hak anak anak. 

TEGAR ARTIS PERTAMA INDONESIA KENA SAMAN MEROKOK DI MALAYSIA

TEGAR ARTIS PERTAMA INDONESIA KENA SAMAN MEROKOK DI MALAYSIA. Sapa masih ingat dengan penyanyi kanak kanak Tegar sekarang dia bukan penyanyi kanak kanak dah.. Dah jadi anak teruna budaknya. Sekarang dah masuk kategori penyanyi remaja. Katanya baru baru ni datang ke Malaysia nak buat persembahan atas jemputan di Pendang kedah sana nu.. Tu dia, orang kedah dapat la tengok penyanyi luar negara secara live kan?


tadi terbaca berita terkini di portal berita MyMetro katanya si budak tegar dah kena kompaun atas kesalahan merokok di kawasan larangan. Rokyat Malaysia semua dah sedia maklum.. Dah di kuatkuasa larangan merokok di seluruh premis makanan.. Kafe tu di kira premis makanan jugak la kan. Kalau dulu boleh.. sekarang ngak boleh lagi ya pak! Kamu ngak baca isu isu semasa negara jiran ya pak?

katanya Pengurus Tegar dia tak tahu sebab Kafe tu dulu nya boleh merokok. Dulu memang la kebanyakkan premis makanan boleh merokok.. So, pengurus dia dari Malaysia seolah olah macam tak puas hati dengan penguatkuasa pulak. Katanya tak boleh bertolak ansur langsung. Sebab terus saman si retis dia. Katanya.. Retis dia retis luar. Dia maybe tak tahu..

PENYANYI remaja dari Indonesia, Tegar Septian yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu, Bukanlah Yang Sekarang menjadi artis luar negara pertama yang didenda kerana merokok di kawasan tidak dibenarkan.
Pengurusnya di Malaysia, Ayob Abd Majid berkata, Tegar, 17, ditahan oleh anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan ketika sedang merokok berhampiran sebuah kafe di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), Pulau Pinang pada Rabu lalu.
“Tegar datang ke Pendang, Kedah bagi memenuhi undangan menjayakan persembahan untuk program Pesta Orkid Dan Flora pada malam Selasa lalu.
“Keesokkannya (Rabu) dia mahu bertolak pulang ke Subang, Jakarta Barat dan sementara menunggu masa perlepasan, dia merokok di luar kawasan (LTABL) situ.
“Dahulunya ia zon dibenarkan merokok tapi rupa-rupanya premis (kafe) itu kini adalah zon larangan merokok menyebabkan Tegar didatangi anggota penguat kuasa yang mengeluarkan saman,” katanya kepada Harian Metro. - Berita penuh baca di ☛ 'Sepatutnya beri Tegar amaran dulu...'


Pak.. Ini pengajaran ya pak. At least tegar sebagai artis luar negara pertama di saman dapat memberi pengajaran kepada artis artis luar yang lain terutama Indonesia supaya tahu di Malaysia sekarang tempat tempat makan dah tak boleh merokok. Apatah lagi di kafe lapangan terbang. Takde nak excuse dengan alasan kau tak tahu bagai.. Ini undang undang yang kena di patuhi & patutnya kau pengurus tahu retis kau tu merokok pesan la awal awal. Bagi den.. Penguatkuasa menjalankan tugas mereka. So takde isu nak salahkan mereka tak bertolak ansur bagai.

Dan kata pengurus retis tersebut nak panjangkan perkara ni kepada peringkat tertinggi iaitu Menteri Kesihatan kerana kecewa langsung tiada budi bicara daripada mereka. Atas alasan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan  yang mengatakan tiada tindakan undang-undang dikenakan selama enam bulan bagi tujuan mendidik masyarakat. Tapi retis dia dah kena saman atas kesalahan merokok di kawasan larangan.. OO.. ye ke? Takpe la pergi la merujuk kenapa retis awak kena saman yer.

Denda yang di kenakan kepada penyanyi remaja tersebut RM300 & katanya agak di luar kemampuan Tegar kerana dia dah tak banyak undangan nyanyian. So sesapa yang nak bantu Tegar boleh la invite dia buat persembahan untuk dia tambah pendapatan. Yelah.. kadang2 artis ni bukan semua kaya raya.. Kita semua tahu background Tegar kan.. Dia bukan berasal dari keluarga kaya. Kesian juga la. Tapi untuk kurangkan bajet.. Kan lagi baik kau tak payah merokok dik! Jangankan kena denda.. Rokok pun tak payah beli.

Moral of the story.. Rokok memang menghabiskan duit.. Bukan je rokok tu mahal malah denda merokok di kawasan larangan pun mahal juga. Jadi renung renungkan.. kekekeke

AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI

AWAS! BLOGGER, INSTAFAMOUS,SELEBRITI YANG SELALU BUAT REVIEW PRODUK! ANDA MUNGKIN BERISIKO DI SAMAN KKM KERANA PERKARA INI. Blogger yang baca tajuk entri den mesti cuak kan? Lebih lebih yang ada buat paid review/non paid review/ gift review bagai kan? Lagi famous hangpa lagi banyak la produk review hangpa dapat. Macam den ni blogger suam suam kuku jer.. Dulu banyak jugak la job review tapi bila dah dapat hidayah ni memang semakin kurang dah den buat produk review sebab salah satunya memang saya tetapkan kriteria tertentu sebelum mengambil produk review sekarang. tak cukup memang saya tolak. Dah tak nak bersuhabat menipu pengguna. Dulu tu bukan niat nak menipu tapi cuma tak tahu sebab kurang ilmu. Sekarang dari ilmu & info yang seciput saya cuba pratikkan untuk penulisan review di blog saya masa akan datang.


Saya tahu ada blogger, instafamous & selebriti yang buat review ni tak tahu tentang perkara ni. Ada juga even dia baca dia buat tak tahu sebab kalau dia buat buat macam tahu.. Dia risau rice cooker dia tak cukup beras pulak. Jaga income katanya so buat pejam mata sudah. Esok2 orang tanya.. alasan biasa saya tak tahu. Takpe.. yang mana rasa tak nak follow peraturan & undang2 terpulang. Yang mana rasa nak menulis sesuatu yang selamat & bermanafaat boleh la ambil info yang saya share ni.

Sebagai seorang blogger saya.. ye memang banyak produk review kita dapat. Tak kira produk kosmetik ke, produk supplemet/ubat/jamu, produk makanan.. Kita akan menulis mengikut kehendak client yang kadang2 overclaim. Ada juga produk tak berdaftar tapi kita jarang ambil kisah pasal tu. Yang kita tahu.. kau bayar aku tulis. Tapi ada juga berdaftar tapi iklan atau review yang mereka nak kita tulis melanggar peraturan pengiklanan yang di tetapkan KKM. Pun benda tu salah satu isu besar yang boleh menyebabkan kita even hanya mengambil upah menulis review di saman & di denda. Apa hangpa ingat penulisan outspoken hentam ponder produk je ke boleh kena saman?? Hangpa tu check balik penulisan review hangpa.. Even tulis dengan di selang seling ayat ayat unsur Islamik pun kalau menyalahi akta pengiklanan yang di tetapkan oleh KKM.. tak mustahil boleh juga kena saman dengan KKM.

Jadi sebagai blogger yang menjadi salah satu sumber rujukan pembaca saya nak share perkara ni yang saya ambil dari posting page Public Health Malaysia. Semoga dapat memberi panduan kepada kita terutama blogger yang banyak terlibat dalam penulisan review produk

PANDUAN KEPADA BLOGGER, INSTAFAMOUS & SELEBRITI DALAM PENGIKLANAN PRODUK KESIHATAN
*Termasuk semua yang terlibat dalam penjualan produk tak kira founder/seller/agent

Sebelum membuat iklan, menulis review atau membuat review tak kira cara bertulis audio atau video sesuatu produk pastikan perkara ini terlebih dahulu :

1. PASTIKAN UBAT yang diiklankan/dipromosikan adalah BERDAFTAR dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM (mempunyai nombor pendaftaran MAL) dan bernotifikasi (mempunyai nombor NOT) bagi kosmetik.

Contoh:
☑️MAL20011234T (Ubat)
☑️NOT123456789K (Kosmetik)

2. Sekiranya mengiklankan ubat, PASTIKAN HANYA mengiklankan ubat berdaftar (mempunyai nombor pendaftaran MAL) yang dikategorikan sebagai produk:

☑️Over-The-Counter (OTC): nombor MAL diakhiri huruf X
☑️Tradisional: nombor MAL diakhiri huruf T
☑️Suplemen kesihatan:nombor MAL diakhiri huruf N

3. Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH diiklankan. Ubat preskripsi (nombor MAL diakhiri huruf A) hanya boleh didapati melalui pengamal perubatan berdaftar sahaja dan/atau didispens oleh ahli farmasi berlesen sahaja.

4. Pengiklanan yang menjurus kepada rawatan dan pencegahan selain daripada penyakit/keadaan
yang dilarang perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat (LIU).



5. ELAKKAN mengambil bahagian dalam penyiaran iklan produk kesihatan (contohnya sebagai duta / agen / jurucakap) yang melanggar mana-mana akta yang dikuatkuasakan.

6. JANGAN menyiarkan/mempromosikan iklan makanan yang membuat tuntutan perubatan (melanggar Akta Makanan 1983). Surat pengkelasan produk BUKANLAH satu kelulusan daripada
KKM.

Contoh yang tidak dibenarkan:
➧Minuman A boleh merawat kencing manis dan darah tinggi
➧Jus botanik B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi dan merawat arthritis
➧Minuman pra-campuran C berupaya mengurangkan bengkak prostat

7. JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan makanan yang mengandungi ‘negative list’
melainkan ia telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Contoh produk yang dimakan mengandungi:
☑️Glutathione
☑️Pearl
☑️Gamat
☑️Resveratrol
☑️Bahan negatif lain.

8. JANGAN mengambil bahagian dalam menyiarkan iklan kosmetik yang membuat tuntutan
perubatan (bertentangan dengan Kod Pengiklanan Kosmetik). Tuntutan dalam skop kosmetik
sahaja dibenarkan.

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Losyen A boleh merawat eczema dan psoriasis
➧Minyak B boleh menghilangkan sakit-sakit sendi
➧Losyen C boleh digunakan untuk menguruskan badan
➧Krim D digunakan untuk meningkatkan prestasi seksual

9. JANGAN mengaitkan produk dengan makanan Sunnah atau yang berkaitan dengannya
(bertentangan dengan Pekeliling Jakim Bil 2 Tahun 2016 – Ayat Ruqyah & Makanan Sunnah)

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Produk A dibacakan dengan ayat-ayat al-Quran
➧Produk B adalah makanan sunnah

10. JANGAN membuat tuntutan/ kenyataan yang mengelirukan pengguna (bertentangan dengan Akta Perlindungan Pengguna 1999)

Contoh yang tidak dibenarkan :
➧Produk A disahkan halal (melainkan mempunyai sijil Halal yang masih sah)
➧Produk B dibuat daripada bahan-bahan organik (melainkan mempunyai dokumen sokongan
mengesahkan sumber dari bahan organik)
➧Produk C boleh diambil oleh semua peringkat umur termasuklah bayi dan kanak-kanak kecil
(melainkan mempunyai dokumen sokongan mengesahkan keselamatan untuk penggunaan
kanak-kanak)
➧Produk D jika diambil oleh orang dewasa boleh menambah ketinggian (kenyataan mengelirukan
kerana ketinggian orang dewasa tidak boleh bertambah)


TAMBAHAN BUAT SELEBRITI

1. Selebriti dinasihatkan supaya sebelum dilantik menjadi duta / agen, selidik latar belakang syarikat
sekiranya pernah disabitkan dengan mana-mana tindakan undang-undang sebelum ini.

2. Selebriti juga dinasihatkan agar semak laman web rasmi syarikat/media sosial rasmi syarikat
sekiranya ada membuat pengiklanan yangmelanggar undang-undang yang dikuatkuasakan.

3. Selebriti dinasihatkan agar membuat pengiklanan secara profesional, bertanggungjawab dan tidak
mencipta kontroversi samada yang menyinggung mana-mana kumpulan bangsa, agama dan kaum
dengan mengambil kira sensitiviti adat dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia.

⚖️HUKUMAN YANG BAKAL ANDA KENA⚖️

Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam penyiaran sesuatu iklan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 5 Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956):

☑️Kesalahan pertama - Denda tidak lebih RM 3000 atau dipenjara tidak lebih 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

☑️Kesalahan berikutnya - Denda tidak lebih RM 5000 atau dipenjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

*Boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penyiaran sama ada pemilik produk, duta, agen, pengacara, media penyiaran, agensi pengiklanan dan lain-lain yang berkaitan.

Rujukan:
Panduan Kepada Selebriti Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan, Cawangan Kawalan Iklan, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

DENDA DUDUK ATAS TAR LEBIH KEJAM DARI BERDIRI TENGAH PANAS

DENDA DUDUK ATAS TAR LEBIH KEJAM DARI BERDIRI TENGAH PANAS. Hari ni kecoh pasal segelintir ibu bapa yang tak puas hati dengan tindakkan pihak sekolah yang menghukum pelajar yang datang lewat duduk atas tar. Katanya nanti pakaian mereka kotor, nak solat tak boleh. Kalau anak kau bangun solat subuh confirm tak lewat sampai sekolah.. So, kat situ kau tak payah guna alasan solat sangat la. Yang pelajar lain duduk atas simen tu tak pulak kau pertikai..

Boleh tonton video pelajar yang kena denda tu kat sini

Lepas tu ada pulak yang backing.. termasuk Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang menegur pengetua sekolah tersebut supaya menggunakan budi bicara yang tinggi dalam mendisiplinkan pelajar. Konon takut effect emosi pelajar. Watdehek!! Kena denda duduk atas jalan tar pun dah menganggu emosi macam mana la nak hadap kehidupan yang lebih mencabar kat Malaysia ni. Kalau kena denda pun kau dah rasa down & putus asa.. esok2 dah berumahtangga tak dapat bayar hutang terjun laut bunuh diri gamaknya.


Aku rasa denda kena duduk kat atas jalan tar di dalam sekolah tu takde nak effect emosi sangat la.. Berbanding masa zaman aku sekolah.. Kau kena berdiri depan pelajar lain kat masa perhimpunan. Semua orang boleh nampak rupa muka2 datang lewat walau kelewatan kau tu di sebabkan bas. Biasa la naik transport awam.. Ada hari dia tak sampai pada waktu yang sepatutnya dia sampai atas masalah2 yang tak dapat di elakkan. Almaklum la kawasan luar bandar.


Gamaknya zaman sekarang ni denda duduk atas jalan tar di lihat lebih kejam berbanding zaman dulu mak bapak rilex jer kalau anak dia kena denda berdiri di tengah panas kat tapak perhimpunan. Kena salai hidup2 pun tak ada mak bapak nak complaint kalau anak depa salah. Kita pun dah buat salah tak berani nak balik mengadu kena hukuman kat sekolah.

Susah jadi cikgu zaman sekarang kan.. Rotan tak boleh, cakap garang sikit tak boleh, denda tak boleh.. Semua nak anak2 mereka yang di hantar ke sekolah di layan macam raja. Salah betul.. tak boleh cuit even hujung jari apatah lagi hujung hati. Semua takut ada kesan psikologi bagai. Aku rasa tak lama lagi banyak cikgu yang kena tekanan emosi bukan pelajar.

Moral of the story.. nak pilih kerjaya sebagai cikgu sekarang kena kental dari segi mental & fizikal. Budak2 sekarang dah la extreme.. Tahap keberanian depa kadang2 di luar apa yang kita bayangkan, di tambah campur tangan pihak ibu bapa yang macam dia sekolah dulu tak pernah hadap benda2 macam tu.

KISAH SEBENAR 7 MURID ORANG ASLI LARI DARI ASRAMA SEBAB TAKUT WARDEN

KISAH SEBENAR 7 MURID ORANG ASLI LARI DARI ASRAMA SEBAB TAKUT WARDEN. Sebab aku ikuti kisah kehilangan 7 orang murid orang asli SK Tohoi ni maka aku rasa nak update juga la berita yang aku baca berkaitan kes ni. Semua orang tahu daripada 7 murid orang asli yang hilang hanya 2 orang di temui selamat, yang lain2 meninggal dunia akibat kelaparan & seorang akibat lemas. Ada pulak yang kata keyboard warrior di kalangan blogger ni menyalahkan guru. Bagi pihak aku la kan bukan aku salahkan guru. Mula2 aku cuma tertanya kenapa budak2 tu takut sangat sebab buat salah mandi sungai tanpa keizinan je. Cuma nak tahu bukan menuduh...


Bila terbaca kisah sebenar 7 murid orang asli ni larikan diri aku share la dengan semua yang malas baca berita online. Alkisahnya yang mandi sungai tu ramai 25 orang. Bila pengawal nampak, pengawal pergi bagitau warden. Sebab depa mandi sungai tanpa kebenaran warden nak ambil tindakkan la pada esok harinya. Bila dah tau nak kena hukuman 25 orang budak ni malam tu dah merancang nak larikan diri balik kerumah masing masing.

pada pagi 7 Ogos tu lepas warden buat pemeriksaan dia dapat kesan 23 orang murid dah melarikan diri. Lepas di cari 16 murid berjaya di temui & di pujuk balik ke asrama manakala 7 lagi tak berjaya di temui.

Itulah kisah sebenar kenapa depa lari dari asrama. Ni bukan cerita yang diada adakan oleh blogger yer. Ni dari laporan akhbar harian metro aku baca. Mungkin warden tu garang sikit la kot.. Nama pun wardeN asrama normally memang la garang kat mana2 sekolah pun. Aku tak salahkan sesapa.. cuma tegas kena ikut peringkat umur. Ni zaman susah nak cakap. Mungkin budak2 sekarang dah tak macam dulu.

Apapun.. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Sama2 kita ambil iktibar. Moga jadi pengajaran kepada semua pihak.

AWAS KOMEN DI FB YANG MENYAKITKAN HATI BOLEH DI PENJARA

Kita biasa buat status sarcasm yang tak menyebut nama mana2 individu bagi tujuan kadang2 nak buat teguran secara umum.. kadang2 memang sebab tak puas hati dengan someone.. kadang2 takde pun maksudkan sesapa just terilham secara semulajadi jer.. Tapi kalau ada yang sakit hati dengan status kita tu adakah kita perlu bertanggungjawab dengan hati dia yang terluka?

Sumber gambar carian google. Sekadar hiasan

Pening jugak aku nak fikir permasalahan ni.. Hahahahaha... macam mana yang terasa tu kita takde niat pun nak kata kat dia? Dia boleh dakwa kita kat mahkamah jugak ker sebab dia sendiri yang terasa hati dengan status FB kita? Memang aku kurang memahami la dalam kes ni.. Tapi takde bukti macam mana nak dakwa ye dak?? tapi kes yang satu ni memang la ada bukti boleh dakwa cuma kes dia aku rasa macam kelakar sikit.

Aku nak tergelak & tertanya tanya lepas baca berita harian online kes seorang penyelia tapak di hukum penjara setahun sebab komen sesuatu yang menyakiti hati orang lain. Aduhai.. nak komen pun kena gud2 je lepas ni. Kalau tak boleh komen gud2.. jangan komen. Kalau jujur yang menyakitkan hati orang lain pun tak boleh gamaknya. Nak tak nak kena jugak komen gud2 kalau tak berisiko kena tindakkan undang2. hahahahahahaha


 Sumber berita harian

Tak tau la apa yang dia komen.. dia maki hamun ke.. dia mencarut ke.. dia kutuk kaw2 ker.. dia hina ke hapa ke tapi artikel berita tu tulis camtu je. Tapi maybe komen yang melampau sangat kot.. cuma tu la.. komen je kot. kau delete sudah la. Siap ambil tindakkan undang2 macam mahkamah takde kes dah nak handle. Lain la dia sebarkan fitnah ke hasutan ke hapa ker...

Aduhai.. semakin tinggi teknologi semakin manja manusia. Sikit2 saman.. sikit2 c u in courts.. sikit2 see u in padang masyar.. op's... marah AA. Jangan saman I ok!! kekekekkee

Update terkini:
Rupanya kes hina Islam & raja. Berita harian pun tulis la berita yang tak mengundang kontroversi. Yelah.. kau nak jual paper tapi kami ni baca online jer. At Least jangan bagi la berita tak mengundang salah faham kalau tak boleh share full artikel pun. Kalau kes komen penghinaan Agama & Raja.. Yup hukuman tu berbaloi sebab bagi pengajaran pada orang lain tak kira Islam atau bukan Islam.. Jangan menyentuh sensitiviti agama ia boleh mengundang kekecohan. Ingat sebab komen orang lain sakit hati kena penjara memang la bunyi dia macam lawak je kan? hahahahaha


Sumber FB
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com