Showing posts with label pengasuh. Show all posts

KISAH DI SEBALIK KEMATIAN BUDAK 3 TAHUN YANG DI TEMUI DI HUTAN GUNUNG RAYA, LANGKAWI

KISAH DI SEBALIK KEMATIAN BUDAK 3 TAHUN YANG DI TEMUI DI HUTAN GUNUNG RAYA, LANGKAWI. Tu dia.. tetiba pagi ni nak tulis kronologi kes kematian seoarang anak kecil yang minggu ni mengemparkan para bawang rangers di media sosial. Maka boleh la kita baca macam macam komen simpati, marah, geram & macam macam emosi la yang di luahkan melalui penulisan di media sosial.

Anak Syurga Nur Aisyah Aleya. Tidur lah nak.. Tiada kesakitan lagi. Bermainlah kamu di taman syurga

So far seperti bawang bawang lain.. Eden pun ikuti juga kes ni. Dari dia di laporkan hilang & gerakkan mencari sampai la mayat di temui di ikuti dengan macam macam pendedahan. Mula2 di katakan di larikan pengasuh.. lepas tu dah dapat tangkap orang yang di dakwa menjaga budak tu baru tahu bahawa kanak kanak tersebut telah meninggal dunia. Menurut pengasuh dia.. Konon budak tu di serang penyakit sawan ketika di mandikan.. lepas tu meninggal. Sebab panik dia pergi buang mayat budak tu dalam hutan di gunung raya langkawi. Selepas tu suspek melarikan diri ke lembah kelang bersama keluarganya.

Selepas tertangkap suspek.. Baru si ibu kanak kanak tersebut buka cerita. Katanya anak dia tak pernah ada penyakit sawan. Pengasuh anak dia tu sebenarnya boyfriend mak budak tu merangkap suami kepada perempuan lain. Si suami ni bawa balik skandal tinggal serumah dengan bini dia tapi dia tak bagitau la bini dia tu skandal dia.. Dia bagitau kawan. Sebab suami dia dah biasa bawa balik perempuan & bagi tumpang.. So bini ni tak syak la apa apa. Sampai la kantoi bahawa mereka sebenarnya pasangan kekasih gelap. Apa lagi si bini halau la skandal laki dia tu dari rumah.. Yang agak bodoh perempuan tu keluar rumah boyfriend dia.. tak bawa anak sekali. Allahu dah kenapa pun tak tau.

Menurut cerita si ibu kanak kanak malang tersebut.. Boyfriend dia memang panas baran & suka pukul anak dia. Mak Aii.. Dah tau laki tu suka pukul anak kau berani kau tinggalkan anak kau kat dia untuk di jaga. Laki tu juga tak bekerja. Bila dia datang semula seminggu selepas tu untuk ambil anak dia.. Pasangan suami isteri tu cakap anak dia dah di serahkan kepada orang yang tidak di kenali untuk di jaga tapi sebelum tu katanya anak kepada pasangan suami isteri tu pernah bagitau yang kanak kanak malang tersebut dah mati. Dia dah mula syak berlaku sesuatu tak baik kepada anak dia. Pasangan suami isteri tu katanya pujuk perempuan ni untuk balik tinggal dengan mereka. Tapi sebab dia rasa mereka tak jujur & tak nak bagitahu kat mana anak dia.. Dia tolak permintaan mereka.

Si ibu membuat laporan polis & gerakkan mencari anak dia & suspek (pengasuh) barulah terbongkar segalanya dan akhirnya mayat kanak kanak malang itu di temui dalam hutan gunung raya yang di sumbat dalam beg. Mayat pun dah tak sempurna di percayai di makan binatang buas. Hanya cebisan rambut & tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya. . Tapi kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak

Masih tak tahu punca kematian tapi nampak kalau betul budak tu meninggal dunia kerana sakit yang tiada unsur pembunuhan takkan mayat dia nak di campak dalam hutan dengan alasan panik kan.. Mesti ada something wrong somewhere. Kat situ dari awal netizen mula curiga dengan kenyataan awal dari suspek. Yelah.. secara logik kalau kau tak salah buat apa kau nak takut kan?

Apa yang kita boleh ambil pengajaran dalam kes ni.. Pantun melayu ada menyebut..

Anak udang udang juga,
mana sama anak tenggiri,
anak orang.. orang juga,
Mana sama anak sendiri.

Kat situ memberitahu segalanya.. Mereka boleh jaga anak mereka dengan baik tapi bila anak orang di bawah jagaan mereka berlaku kekejaman yang kita sebagai manusia tak boleh nak terima. Cuma tak faham kenapa si ibu masih percaya untuk meninggalkan anak dia di bawah jagaan orang macam tu walau dia nampak sendiri sebelum ni anak dia selalu kena pukul dengan lelaki tu. Tak tahu apa masalah sebenarnya dia.. Tapi bila dah jadi kes macam ni tak guna dah nak menangis atau menyesal.

Moral of the story.. Sudah sudah la mengecam tindakkan si ibu yang meninggalkan anak dia bawah jagaan manusia bertopengkan syaiton nirrojim. Mungkin dia ada alasan lain walau memang saya sendiri rasa geram je tapi ambil pengajaran jangan skandal dengan laki orang lebih lebih lagi laki tu panas baran. Peace!

PENGASUH TINGGALKAN KANAK KANAK BAWAH JAGAANNYA SEORANG DIRI DI RUMAH SEMENTARA DIA BALIK KAMPUNG

PENGASUH TINGGALKAN KANAK KANAK BAWAH JAGAANNYA SEORANG DIRI DI RUMAH SEMENTARA DIA BALIK KAMPUNG. Ingat lagi tak kes seorang wanita yang mula2 di katakan ibu kepada kanak kanak yang di temui dalam sebuah bilik kotor di sebuah rumah tak berapa lama dulu. Kononnya budak tu dia kata anak luar nikah. Family dia tak tau tentang kelahiran budak tu.. Dia terpaksa tinggalkan budak tu & balik kampung untuk jaga mak dia yang tak sihat. Korang boleh baca cerita tu kat sini : BERBOGEL & KELAPARAN DALAM BILIK GELAP.



Hari ni terbaca berita yang sebenarnya budak tu bukan anak dia tapi dia di upah untuk jaga kanak kanak tu oleh seorang kenalan dengan upah sebanyak RM600 untuk sementara waktu. Menyirap darah aku baca beb! Mana taknya.. kau ambil upah jaga anak orang kemudian kau tinggal budak tu sorang2 dengan bogel dalam bilik gelap & kelaparan. Kau manusia ke hapa? Kalau kau bukan manusia sila la jelmakan diri kepada spesis asal kau tak kira la jin ke iblis & kembali la ke alam kau... Kalau kau manusia.. Aku syak hati & akal kau dah tak berapa ada fungsi. Mungkin ada saraf2 yang tak terputus atau rosak.

Berita penuh boleh baca kat sini

Tu la risiko bagi ibu bapa yang bekerja & bekerjaya ni. Nak tak nak terpaksa tinggalkan anak mereka untuk seketika kepada pengasuh. Memang ada yang jenis letak kat pengasuh sehingga bermalam di rumah pengasuh. Ada yang seminggu sekali je datang jenguk & ambil anak.. Ada yang sebulan sekali.. Tapi kebanyakkan yang hantar untuk di jaga macam tu depa bagi kat keluarga sendiri ja. Jarang ada yang bagi pada orang yang tak ada pertalian. Tapi bukan tak ada langsung.

Mak budak tu pun tak tau apa masalah.. Takkan sampai tak pernah jenguk rumah orang yang jaga anak dia. Sampai bilik kotor macam tu orang letak anak dia. Sebab tu kena buat lawatan mengejut kat rumah orang yang kita nak bagi anak kita untuk di jaga. Sekali sekala kau kena terjah juga semasa anak kau bawah jagaan depa supaya kita boleh tahu orang jaga anak kita dengan elok atau cuma depan kita je depa jaga baik baik. Masa hantar dengan masa ambil je comel.. Masa waktu kita tak ada dah macam tandas awam rupa anak kita sapa tau. Sebab aku pernah tengok dengan mata kepala aku sendiri.. Pengasuh anak orang ni dia punya berlakon. Time mak bapak budak tu nak dekat datang ambik kemain bersih, wangi & comel anak dia. Masa sebelum tu pampers tu rasanya sampai londeh sama paras dengan lutut tak bertukar. Muka tak payah cakap.. macam kanak kanak terbiar.

Aku sendiri pun fikir panjang lepas ada anak nak keluar pergi kerja. Laki aku memang la awal2 dah tak percaya kat sesapa untuk jaga anak dia. Kebetulan masa pregnant memang aku dah tak bekerja.. apatah lagi lepas beranak terus la declare sebagai surirumah yang bekerja dari rumah je. Asalkan ada duit gaji sendiri, ye dak? Kerja kat mana2 pun takpe. Jimat duit dari kena beli baju nak ke opis. hahahaha

Aku tahu sekarang kos sara hidup semakin tinggi.. Bukan semua orang ada kebolehan & kepakaran nak kerja secara online.. So salah satu cara surirumah nak tambah pendapatan adalah dengan ambil upah jaga anak orang. Tapi bila korang ambil tanggungjawab jaga amanah orang ni.. Please tolong ada rasa Tanggungjawab sikit. jangan duit mak bapak budak tu kau nak full tapi kau hanya jaga anak dia masa mak bapak dia datang hantar & nak ambik je. Masa mak bapak dia tak ada kau biar anak orang tu macam sampah.

Serius aku sendiri pun rasa tak sanggup nak jaga anak orang.. Anak buah aku baru lahir pun ada la mak dia dok tanya aku kot2 boleh tolong jaga.. Awal2 aku minta maaf.. Aku tak mampu. Aku banyak komitmen walau anak aku sorang. Sebab anak aku masih ada macam2 appointment nak kena pergi.. Terapi la.. hospital la.. Kadang2 bapak dia tak sempat ambil & hantar ke sekolah pun aku yang kena take over tugas tu. Takkan la aku nak usung baby kecik kesana sini. Kalau jadi apa - apa.. sapa nak jawab even anak adik sendiri pun tapi dia ada laki.. Kalau laki dia saman aku sebab kecuaian ke hapa.. sapa nak tolong jamin aku nanti? Sapa nak jaga anak aku pulak.. Atas sebab2 tu juga.. memang bab jadi pengasuh budak memang aku awal2 lagi tak sanggup.

KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH

KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH. Ternampak orang share satu gambar seorang bayi @ kanak kanak yang lebam teruk pada kemaluan selepas ibunya mengambil anak ni dari pengasuh. Sebelum tu pengasuh pesan siap siap tak payah mandikan sebab dia dah mandikan & di letak banyak bedak di bahagian kemaluan kanak kanak tu.


Bila tengok gambar serius bagai di rentap hati seorang ibu. Ya Allah apa yang berlaku sebenarnya kepada budak tu sampai dapat kesan lebam teruk di bahagian kemaluan dia. Dan pengasuh pun macam merahsiakan sesuatu. Kesan terhentak pada objek keras atau kesan dari perlakuan pengasuh ke tak pasti. Tapi tengok tahap lebam macam tu kalau aku jadi mak budak tu pun aku rasa minit tu jugak aku akan bawa pergi check kat hospital lepas tu kalau ada unsur penderaan memang terus buat laporan polis jer. Pengasuh pun macam cuba merahsiakan sesuatu so bermakna ada something wrong somewhere la tu.

Zaman sekarang memang sangat berisiko hantar anak pada pengasuh tapi tak boleh nak cakap apa.. Kadang2 orang tak ada pilihan. Hantar taska berdaftar dengan KKM pun tak ada jaminan selamat apatah lagi hantar pada pengasuh persendirian macam tu.Cuma tu la.. Yang ambil tanggungjawab jaga anak orang tu kalau rasa tak boleh bersabar dengan budak budak ni better kau pergi cari keja lain la dari gigih jugak nak ambil upah jaga anak orang. Memang la kau boleh kerja dari rumah sambil jaga anak2 kau jugak.. Tapi kalau rasa tak mampu nak tanggung beban kerja macam tu sampai kau buat anak orang macam budak tu anak patung tak reti rasa sakit & trauma.. Lagi bagus kau pergi minta sedekah. Duduk je kat kaki lima tadah mangkuk. Cukup target balik naik teksi.


Aku memang marah sangat la tengok kes kes macam ni even anak orang pun.. Terus terang aku sendiri pun memang tak sanggup nak jaga budak2. Jaga anak sendiri pun menguji kesabaran apatah lagi jaga anak orang. Tapi kita ni nak cubit ke tampar anak kita ada jugak limit. Takde sampai lebam macam tu & tak buat la kat tempat2 yang tak sepatutnya. Dalam islam pun nak pukul anak untuk tujuan mendidik ada tempat2 tertentu yang boleh di pukul.. Takde ikut sedap kau nak bantai kat mana pun. Jaga budak biasa ni kalau lasak & nakal pun takde la luarbiasa sangat. Lain la kena jaga budak2 pelik macam dalam filem terbaru ni >> Tiada Yang Normal Semuanya Pelik dalam Miss Peregrine's Home for Peculiar Children << Yang tu bukan kau naik angin kau yang akan naik seram dengan depa. Baru kau ada akai katanya!!

Moral of the story.. Apapun kerja kita buat semua berkaitan dengan kepercayaan, amanah & tanggungjawab.. Kalau kita meragut kepercayaan, amanah & mengabaikan tanggungjawab yang orang letakkan kepada kita.. Memang kat dunia pun Allah akan tunjuk balasan. Nak2 lagi kes macam ni berlaku kat anak orang di zaman media sosial. Mungkin kau kena hadap di cerca nitezen & hukuman dari undang2 negara. Pendek kata nak bekerja yang melibatkan kanak kanak ni orang yang sabar je boleh

KALAU TAK BOLEH TAMPAR BERHENTI KERJA JAGA ANAK SENDIRI

KALAU TAK BOLEH TAMPAR BERHENTI KERJA JAGA ANAK SENDIRI. Inilah masalah  ibu yang bekerja. Kena hantar anak pada pengasuh atau pusat2 asuhan yang ada. Yelah.. takde pilihan. Lainlah boleh bawa anak pergi kerja. Tapi bukan semua company yang boleh kerja santai macam tu sambil jaga anak.Majoriti mana ada boleh bawa anak pergi kerja walau kakitangan kerajaan pun walau ada jugak yang seludup bawa anak pergi ofis.

Bila dah bagi orang jaga anak kita ni.. Kita pun kena la ada tolak ansur & timbang rasa. Sikit2 punya hal tu tak payah la kecoh sangat. Macam semalam aku tertengok satu video caption konon macam mendera sangat la budak tu padahal pengasuh taska tu cuma sekadar tampar2 manja jer budak tu. Tengok berita kat tv tadi katanya pengasuh tu pukul sebab budak tu gigit budak lain. Cara dia pukul pun kalau kita kategori pukul2 manja.Aku pun pukul jugak anak aku macam tu. alah tampar tangan, tampar kaki.. gitu je la. Tengok cara dia menampar tu takde la macam sekuat kudrat yang ada. Memang takde nampak budak tu tergolek ke atau terpelanting ke dinding kena smash dengan pengasuh tu. Pukul sekadar bagi pengajaran je kepada budak kecil yang masih belajar untuk tahu apa yang salah & betul. yelah.. kang biar mak bapak yang anak dia kena gigit pulak komplen. Asyik kena gigit jer manjang.

Tajuk kat video tu memang buat orang panik jer tau. Perkataan dera tu bagi aku tak sesuai sebab takde unsur dera pun melainkan berlaku kat sweedden je perilaku macam tu mungkin di kategori sebagai mendera. Tapi pengasuh please jangan tepuk belakang.. erkk tapi maybe dia tepuk tepi lengan jer tu bukan belakang.

Aku pelik apa yang nak jadi isu sangat tapi sebab video tu di sebarkan oleh bekas pekerja kat situ ni mesti kes tak puas hati kena buang kerja atau berhenti kerja tu yang beriya dia confident sebar & viralkan video yang takde sebarang unsur jenayah & penderaan pun kalau kat Malaysia ni. Lain la sweeden memang cuit hujung jari pun tak boleh kalau niat memang nak ajar dengan cara pukul. Mak bapak budak tu pun katanya dah selesai secara tertutup ogos lepas. Dan mak bapak dia pun tak rasa benda tu patut jadi kes polis. Alah kalau aku mak budak tu pun benda macam tu sampai nak jadi kes polis.. elok la kau berhenti kerja jaga anak sendiri nak tengok kau tahan tak jaga anak tanpa sebarang pukulan manja sekalipun. Kalau aku memang tak mampu la. Anak tengah membesar ni kadang2 menggugat jugak kesabaran. Pukul tu bukan tahap mendera pun. Tapi nampak garang sikit kot. Tapi Aku memang tak boleh kalau orang sentuh anak aku dengan pukulan sebab tu aku tak kerja. Aku je boleh pukul anak aku hahahaha.


Apapun nak mendidik anak ni memang ada caranya. Kalau nak pukul pun ada tempat2 yang boleh pukul & tidak. Nak bagitau apa yang betul & salah pun ada caranya Tapi kita selalu sangat buat cara salah dalam memberitahu perkara salah yang anak kita buat.

Kesimpulannya.. Kita sendiri pun kadang2 tak betul cara mendidik anak inikan orang yang kita amanahkan jaga anak kita sementara kita pergi kerja. kalau tertampar sikit macam tu, kira normal la tu. Selagi tak mendatangkan trauma atau kecederaan serius sehingga meninggalkan kesan pada fizikal & mental Insya Allah niat dia bukan nak sakitkan anak kita sekadar mengajar je.

PENGASUH TASKA SERAH DIRI SELEPAS VIDEO PUKUL & PAKSA BAYI MAKAN UBAT TERSEBAR

Rasanya semua pun ingat lagi video penderaaan bayi kat salah satu taska.. di mana seorang pengasuh senior katanya melakukan kekasaran semasa memberi seorang bayi makan ubat. Di tampar & di marahnya budak yang tak tahu apa2 tu. Didedahkan sendiri oleh bekas pekerja kat taska tu. Dia tak tahan tengok akak ni asyik berkasar dengan budak2.. nak tegur katanya tak berani sebab dia senior kat situ. Apa boleh buat just record je la perbuatan akak tu.

Sumber google

Akibat dari video yang tersebar tu.. Si pelaku (pengasuh taska) tu tertekan & maybe dia takut kot menyebabkan dia sendiri pergi serah diri. Dah pun di reman sejak 1 november lalu untuk siasatan. Moga jadi pengajaran la buat semua yang ambil tugasan atau bekerja sebagai pengasuh bayi & kanak kanak ni. Ingat.. Ni bukan zaman publick phone ni zaman smartphone. Smartphone cap ayam pun ada camera boleh rakam so, siapa2 saja boleh dedahkan perbuatan salah hangpa.

Sumber harian metro. Kedekut sungguh blur berita. hahaha

Hope berita ni bukan troll dari harian metro pulak. Manalah tau Harian Metro nak buat lawak macam Amran Fans semalam. Takkan kot.. Tak logik harian metro sesaja nak buat gempak camtu.


BUDAK 3 TAHUN TERBARING DILANTAI KAKI TANGAN DI IKAT PENGASUH

3 tahun?? aku pandang jer anak aku.. sebaya tu. Anak aku yang rutin hariannya penuh dengan aktiviti bergerak sana sini dalam rumah.. sepah tu.. sepah ni.. main tu.. main ni.. Gamaknya kalau aku ibu yang bekerja silap hantar kat pengasuh macam tu jugak kot dia buat kat anak aku ni. Terus trauma tanpa batasan Uolls..

sekadar hiasan

Terbaca kat astroawani.. Seorang ibu buat pemeriksaan mengejut kat rumah pengasuh. Sampai je umah pengasuh nampak anak dia dengan kaki tangan teringat baring kat lantai sambil di temani anak pengasuh yang berusia 11 tahun.. kalau hangpa, apa perasaan hangpa semua? Kalau aku maybe time tu terus naik muscle jadi akak sado, bertukar kaler hijau.. abis koyak baju. Mau tak rasa nak hangin kalau kita bayar dia untuk jaga anak kita dia pulak buat anak kita macam binatang. Alasan budak tu nakal.. budak sihat memang nakal. Kalau dah rasa tak mampu jaga budak macam tu elok kau bagitau mak bapak dia tak sanggup.. Kan dah kena lokap. dan tu mak budak tu kata sejak dua menjak anak dia selalu lapar jer.. Gamaknya pengasuh tak bagi makan ke hapa. Jahatnya pengasuh itu.

Sumber Astroawani

Pada yang ambil upah mengasuh @ menjaga anak orang.. Ingat itu amanah berat yang korang pikul. Jangan ingat nak sedap tiap2 bulan jer.. Jadi apa2 kat anak orang, ingat korang boleh lepas tangan. So, fikir dulu sebelum mengambil keputusan nak jadi baby sitter anak orang. Kalau aku memang tak sanggup. Anak sendiri pun hari2 aku istifar, tahan sabar. Budak lasak ni aku akui tak mudah nak jaga. Kena sentiasa perati apa dia buat.. So, setakat nak jaga anak orang dengan ikat kaki tangan tak bagi dia melasak baik kau jaga anak lembu. Untung pun banyak.


HARUSKAH JADIKAN IBUBAPA YANG DAH TUA SEBAGAI PENGASUH ANAK KECIL KITA?

Bila dah jadi mak orang kita tahu bukan benda mudah nak jaga anak nak2 3 ke 4 bulan pertama tu. Bagi aku la dari lahir hingga nak masuk 4 bulan adalah saat2 menduga. Mungkin sesetengah budak senang nak jaga.. senang pun tak sesenang mana jugak la kan. still kena bangun tengah malam setiap sejam atau dua jam sekali bagi susu. Tu kalau jenis tak meragam tengah malam.. macam anak aku ni dari lahir hingga ke nak masuk 4 bulan.. start tengah malam je menangis sampai dekat subuh. 2 bulan dalam pantang mak datang jaga.. so bergilir2 la kami bertiga bangun untuk jaga budak tu.. masuk bulan ke 3 & 4 tinggal aku dengan asben jer... Macam separuh gila jugak la. Terpaksa bawak naik kereta tengah2 malam.. sebab dalam kereta je dia diam & tido.

Tu kisah anak aku yang sekarang dah 2 tahun setengah.. Dah tak banyak meragam cuma lasak je la. Tido malam pun dah tak payah bangun buat susu... dia bangun pukul 10 pagi je baru minum susu. Dah besar ni letih menjaga cara budak besar. Melasak tak hingat punya. Kena selalu perhatikan. Takut dia main bukan2. Aku pulak jenis memang tak berani ambil risiko even anak aku boleh main sorang2 pun. Aku mesti sentiasa tengok aktiviti dia. Jangan harap la aku nak tidur time anak aku masih aktif. Aku hanya akan tidur time dia dah tidur.

Ni la wajah anak aku yang lasak

Tak mudah nak jaga anak walau baru sorang.. Apatah lagi kalau berorang2 ni. Tapi tu la kuasa seorang ibu.. orang akan nampak macam senang jer perjalanan dia.  Ibu memang boleh buat walau payah demi anak. Tu keajaiban seorang ibu. Tapi bila ibu sudah tua.. anak dah besar2.. dah berkahwin & kemudian dah beranak pinak. haruskah kita sebagai anak menyusahkan lagi Ibu kita untuk jaga anak2 kita pulak.

Masih ada lagi anak yang jadikan mak dorang sebagai pengasuh anak dorang. Nak2 lagi yang jenis hantar balik kampung.. seminggu atau sebulan sekali je jenguk. Terfikir jugak aku.. macam mana dia boleh tidur lena tiap2 malam sedangkan mak dia yang tua tu terpaksa bangun tiga empat atau lima kali tengah malam.. buat susu.. pujuk baby nangis atau tukar lampin?? Takde pilihan lainkah selain mereka untuk kita jadikan pengasuh anak kita sedangkan masa kecik dorang tak tidur lena jaga kita dah tua sepatutnya masa rehat dorang dari bergelumang kencing berak anak kecik ni terpaksa ambil lagi tanggungjawab tu.

Aku boleh terima kalau jenis orang tua yang berkeras nak jaga cucu dia sendiri sebab terlalu sayang atau terlalu excited dapat cucu.. tu kita tak boleh nak buat apa atas kemahuan mereka sendiri tapi kena tengok jugak keupayaan dorang nak buat kerja tu. Kalau masih mampu takpe la bagi sebab dorang yang nak. Kang tak bagi merajuk kecik hati bagai pulak. Tapi aku cuma tak paham jenis anak yang tanpa di minta mak bapak dia.. dorang sendiri yang minta tolong jagakan. Kadang2 mak bapak ni nak tolak tak sampai hati..  dalam terpaksa terima jugak la takut anak menantu merajuk. Atau yang lebih teruk jenis paksa mak bapak dia jaga anak dia.

Betul.. sekarang ni nak hantar taska atau pengasuh persendirian atau ambil orang gaji sangat2 berisiko tapi bukan itu alasan kita menghempap tanggungjawab tu kepada mak bapak kita yang dah tua. Selagi ada jalan lain jangan la susahkan mereka. Aku pilih untuk jadi surirumah sebab satu aku tak percayakan siapa2 untuk jagakan anak aku.. walau ramai yang suggest suruh bagi mertua jaga sebab mertua aku la paling dekat dengan aku kat sini tapi tak sampai hati. Macam aku cakap dalam usia dorang tu.. bukan masa bergelumang dengan kencing berak budak kecik.. Aku bukan orang kaya. Duduk pun menyewa lagi.. rumah pun apartment jenis lama dengan kadar sewa yang tak berapa mahal. Itu je kemampuan aku sekarang.. tapi cukup la untuk kami 3 beranak setakat ni. Tak perlu nak meminta2 pada orang. Allah bagi rezeki yang mencukupi walau tak mewah. Yang paling penting aku boleh jaga anak aku sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

Untuk apa rumah besar.. Gaji besar.. tapi anak sorang pun tak mampu nak jaga. Biarlah hidup sederhana asalkan setiap detik perkembangan anak tu kita dapat tengok setiap masa. Walau suami perlu keluar kerja kadang petang.. kadang malam baru sampai rumah. At least balik rumah dapat dia tengok anak & main2 dengan anak walau sekejab. Mujur laki aku jenis taknak berpisah dengan anak dia dari sejak lahir lagi. So, dia pun macam aku tak rela bagi sapa2 jaga nak2 lagi kalau terpaksa berjauhan.Bukan nak cakap diri bagus.. masa aku dalam pantang haritu.. nak jadikan cerita washing machine rosak sementara nak beli washing machine baru. Aku berus baju aku & laki aku sendiri walau mak aku offer nak tolong. Aku cuma bagi mak aku basuh baju anak aku je, sebab aku tak sampai hati.Mak aku dari kampung datang jaga aku dalam pantang tu pun dah terlalu besar pengorbanan dia. Memang masa budak2 & bujang dulu mak aku selalu bebel bila malas nak tolong dia buat kerja rumah tapi bila dah kawen & jadi mak orang.. aku lebih matang bersama usia untuk tahu kesiankan mak aku sendiri.

Jadi pada anak2 di luar sana yang dah berkeluarga.. Jangan demi kepentingan sendiri tanpa sedar kita menjadikan ibu bapa kita sebagai hamba. Biarlah dalam usia emas dorang.. dorang dapat berehat & beribadah dengan selesa tanpa perlu terkejar2 buat sesuatu & terhalang buat sesuatu kerana kita galaskan mereka tanggungjawab menjaga anak kita. Kita mungkin dulu tak sebaik mana.. banyak susahkan mak bapak macam aku ni tapi tak selamanya kita harus jadi beban kat dorang, kan??

P/S : Entri ni terilham sebab pagi tadi aku & asben terbincang topik ni sebab masa aku pergi salon potong rambut, tokei salon tu tanya aku taknak kerja lagi ke? aku cakap aku tak percaya nak bagi anak aku orang jaga. Dia kata la bagi mertua la.. sebab mertua dekat dengan aku. Dia dulu pun mak dia jaga anak2 dia. Aku cakap.. mertua pun dah tua (even mertua aku masih kuat & baru umur 50tahun). Walau tak tua sangat.. tapi tu bukan alasan aku nak menyusahkan dia. Jadi hope takde yang terasa tak tentu pasal yer. Entri ni just pandangan peribadi aku je



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com