BUDAK 3 TAHUN TERBARING DILANTAI KAKI TANGAN DI IKAT PENGASUH

10/29/2014 08:05:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

3 tahun?? aku pandang jer anak aku.. sebaya tu. Anak aku yang rutin hariannya penuh dengan aktiviti bergerak sana sini dalam rumah.. sepah tu.. sepah ni.. main tu.. main ni.. Gamaknya kalau aku ibu yang bekerja silap hantar kat pengasuh macam tu jugak kot dia buat kat anak aku ni. Terus trauma tanpa batasan Uolls..

sekadar hiasan

Terbaca kat astroawani.. Seorang ibu buat pemeriksaan mengejut kat rumah pengasuh. Sampai je umah pengasuh nampak anak dia dengan kaki tangan teringat baring kat lantai sambil di temani anak pengasuh yang berusia 11 tahun.. kalau hangpa, apa perasaan hangpa semua? Kalau aku maybe time tu terus naik muscle jadi akak sado, bertukar kaler hijau.. abis koyak baju. Mau tak rasa nak hangin kalau kita bayar dia untuk jaga anak kita dia pulak buat anak kita macam binatang. Alasan budak tu nakal.. budak sihat memang nakal. Kalau dah rasa tak mampu jaga budak macam tu elok kau bagitau mak bapak dia tak sanggup.. Kan dah kena lokap. dan tu mak budak tu kata sejak dua menjak anak dia selalu lapar jer.. Gamaknya pengasuh tak bagi makan ke hapa. Jahatnya pengasuh itu.

Sumber Astroawani

Pada yang ambil upah mengasuh @ menjaga anak orang.. Ingat itu amanah berat yang korang pikul. Jangan ingat nak sedap tiap2 bulan jer.. Jadi apa2 kat anak orang, ingat korang boleh lepas tangan. So, fikir dulu sebelum mengambil keputusan nak jadi baby sitter anak orang. Kalau aku memang tak sanggup. Anak sendiri pun hari2 aku istifar, tahan sabar. Budak lasak ni aku akui tak mudah nak jaga. Kena sentiasa perati apa dia buat.. So, setakat nak jaga anak orang dengan ikat kaki tangan tak bagi dia melasak baik kau jaga anak lembu. Untung pun banyak.

8 comments:

  1. takut la sekarang... apsal la banyak sangat pengasuh yang tidak amanah.... tu yang dah kena spotcheck, yang kita tak tahu...?? hurm....

    ReplyDelete
  2. apa nak jadi la sekarang ni...kekejaman di mana2 dah...x selamat dah...

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang ni ramai manusia tak ada sifat perikemanusiaan. Sedih tengok. Cuba anak dia org buat mcm tu, dia marah tak.

    ReplyDelete
  4. takut sgt zmn skrg ni..dgn kekejamaan org2 zmn ni..ida hope ibu2 berhenti jelah keje jaga anak..ida tak salahkan ibu2 yg bekerja tpi pengasuh2 skrg ni..xleh prcaya langsung

    ReplyDelete
  5. saya tak paham orang yang buat camtu
    mak saya babysitter juga, idak penah dia buat camtu
    betul budak kalau hak yang jenis melasak, kita tak tahan
    tapi apa penyelesaian kalau kita buat gitu?

    dahlah kita dera dia secara fizikal, mental budak tu pun boleh terjejas!
    kalau rasa tak sabar, janganlah pilih kerjaya jadi babysitter

    ReplyDelete
  6. Ishhh.. Jika diriku.. Mmg tukar kaler ijau lah jawabnya. Masuk penjara lah kau!

    ReplyDelete
  7. Memang patut dihumban dlm penjara.kurang ajar punya pengasuh.duit ko nak ek

    ReplyDelete
  8. 3 tahun? Eh, sebaya anak akak juga! Mahu tak mengamuk kalau anak kena buat gitu. Sampai hati betullah, sebab lasak je kena ikat rantai bagai. Budak-budakkan, kalau tak lasak bukan budaklah namanya. Kalau dah tak mampu nak jaga, cakap jelah pada makpaknya. Ini mesti kes duit mahu, jaga tak mahu. Ish, rasa nak lemps aje orang macam nih!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com