Showing posts with label kaki. Show all posts

RASA BENCI TENGOK KASUT CANTIK

RASA BENCI TENGOK KASUT CANTIK. Memang aku selalu rasa macam tu bila tengok orang pakai kasut cantik cantik. Atau nampak kasut yang cantik2 display kat kedai kasut. Rasa macam di robek2 jantung aku ni. Kadang2 aku cuba menipu pandangan mata aku cakap tak cantik pun kasut tu. Atau mengutuk dalam hati.. Buruknya kasut tu walau hakikatnya memang cantik.


Aku benci tengok orang pakai kasut cantik. Sebab tu aku tak banyak koleksi kasut. Bukan tak mampu beli tapi ada sesuatu yang tak mampu aku ubah. Bukan aku tak ada kaki. Bukan sebab kaki aku cacat tapi aku mempunyai size kaki yang unik sikit. Dalam umur macam sekarang kaki aku masih tak membesar. Size 3. Ingat senang ke nak cari adult size 3 ni. Normally aku beli kasut kids size je tau. Kalau jumpa sandal @ kasut adult size 4 yang muat dengan kaki tu rasa macam keajaiban sangat. Aku pelik kenapa Yuyu Zulaikha kecik jugak macam aku tapi kaki dia size 4. Kenapa kaki aku size 3?? hahahaha

Apapun syukur la walau size 3 aku tak pernah sampai kena berkaki ayam sebab kasut tak banyak size di pasaran. Masih lagi berkasut walau tak banyak koleksi kasut. dulu masa nak masuk darjah satu aku pakai kasut raya je pergi sekolah sebab masa tu tak ada size kasut sekolah. Time tu aku tak tau size baby ke hapa kaki aku. Darjah dua baru aku ada kasut sekolah. Maybe sebab kaki dah besar sikit & ada size.

Kalau cerita pasal kasut memang kenangan pahit sangat la. Dulu Asyik kena letak kertas je depan kasut nak bagi muat. Benci sungguh bila aku kenang. Hahaha.. Apatah lagi tengok benda ni >> Ni la kasut paling stylish & selesa di pakai << Rasa nak menangis bawah bantal tau. Kenapalah dunia terlalu kejam untuk orang dewasa kaki size 3 ni?hahaha

Moral of the story.. aku tengah cari kasut raya ni. Sesapa ada jual kasut raya cecantik size 3 boleh la tinggalkan link kat kotak komen. Biar takde baju raya asalkan ada kasut raya katanya. hehehehe

TERBONGKAR RAHSIA TENTANG KAKI GAMES ONLINE YANG KITA TAK TAHU

TERBONGKAR RAHSIA TENTANG KAKI GAMES ONLINE YANG KITA TAK TAHU. Aku pernah kerja kat cyber cafe yang memang majoriti orang yang datang main games online jer. Yang datang dari budak2 sampailah yang tak berapa budak. Memang pemain game online tegar ni kadang2 sampai tua pun susah nak buang minat & hobi depa. Ada yang main game online sampai ke peringkat pertandingan antara negara. Sebab aku dulu ada kawan kaki dota ni pernah sertai pertandingan games online antara negara. Aku bukan paham sangat games online sebab aku tak minat.


Bila dah ketagih main games online serius bukan perkara yang baik & sihat sangat. Kadang2 sebab ketagih main games online duit banyak habis di cyber cafe. Bila takde duit mula la aktiviti tak berapa sihat depa nak buat terutama budak2 yang masih tak ada pendapatan sendiri. Mula la nak pow kawan, minta kat orang tak kenal merata jalan & mencuri. Semua sebab dah ketagih.. Macam dadah jugak. Bila dah ketagih tu faham faham je la.

Bila dah minat sampai tahap obses ni kaki games online ni memang akan mempunyai aktiviti & perangai tipikal mereka sendiri. Kira kalau kaki games je memang kebanyakkan dari mereka semua buat benda ni atau perangai macam ni. Kita yang tak ada kawan atau pasangan kaki games memang takkan tahu tentang perkara ni tapi kalau yang dah biasa berdepan atau mengenali seorang kaki games tegar mungkin bukan lagi rahsia la bagi mereka.

Seorang kaki games tegar sememangnya suka buat benda ni.. Samada kita suka atau tak itulah mereka. Nak tau apa yang kaki game suka buat yang mungkin kita tak suka meh baca kat sini >> 24 Perkara Tentang Kaki Games Tegar Yang Kita Tidak Pernah Tahu <<

Moral of the story.. kau nak main apapun mainlah janji benda tu tak menyalahi undang2 agama & negara tapi satu benda kau jangan buat adalah menyusahkan orang lain dengan hobi & minat kau. sekian terima kasih.

WAJIB BACA KALAU KAWAN ATAU PASANGAN ANDA KAKI MAKAN

WAJIB BACA KALAU KAWAN ATAU PASANGAN ANDA KAKI MAKAN. Aku dulu ada jugak kawan yang kaki makan tapi sekarang kami dah putus kawan setelah di ijabkabulkan kami tidak lagi di gelar sebagai kawan oleh orang2 sekeliling tapi lebih di kenali sebagai laki bini. Dia kategori suka makan maka tempiasnya kena aku jugak. Sejak kenal dia macam2 tempat makan dia bawa aku pergi. Tapi yelah jenis aku bukan semua tempat aku pergi makan aku canang kat media sosial.. Jadi tak ramai tahu sebenarnya area kl/selangor ni banyak tempat dah aku pernah pergi makan


Laki aku jenis kalau bab makan tak kedekut sangat sampai kadang2 aku rasa macam nak bagi kuliah kat dia. Sebab aku jenis tak suka makan banyak2, dia pulak kalau makan suka banyak menu atas meja. Tapi yelah.. bising2 pun bila dah hidang kau melantak jugak tak pandang kiri kanan kan. Tu cerita tentang bekas kawan aku yang suka makan.

Bila kita dapat kawan yang suka makan ni kita jangan ingat jenis kaki makan ni tolak batu dengan kayu je.. yang lain2 semua dia rembat. Tak jugak. Macam asben aku la.. even suka makan tapi bukan semua dia makan. Salah satu benda dia takkan makan even sedap macam mana pun daging haiwan berkaki empat. Melalui cara makan pun kita boleh tahu mood seseorang nak2 lagi mood seorang kaki makan. Banyak sebenarnya perkara yang kita selalu salah anggap tentang orang yang suka makan ni.. Kalau aku nak tulis memang entri aku jadi entri berepisod. Point jer dah ada 10 perenggan tak campur lagi cerita2 konar baring yang aku selitkan. Jadi untuk tidak buat anda semput baca entri aku panjang berjela apa kata anda baca je kat sini >> Perkara Yang Anda Perlu Tahu Jika Anda mempunyai Kawan Yang Kaki Makan <<

Sangat penting kita tahu jenis kawan suka makan ni selain kita boleh tahu apa kelebihan kawan yang suka makan supaya kita tak rasa was was untuk rapat dengan dia. Mungkin menjadikan perkara tu sesuatu yang sangat seronok bila bersama dia. Sememangnya setiap perkara tu ada baik & buruk.. dan penting untuk kita tahu kebaikkan & keburukkan kawan kita yang suka makan ni bagi mengimbangi keadaan bila kita berdepan dengan sesuatu yang buruk dia buat berkaitan dengan makan. Sebab kita dah tahu dari awal so kita boleh prepare ye dak.

RAHSIA DI BAWAH TAPAK KAKI SEPASANG KASUT

RAHSIA DI BAWAH TAPAK KAKI SEPASANG KASUT. Kita ni biasa la di lahirkan dengan sikap yang ingin tahu & kadang2 sikap ingin tahu tu ter over orang gelar menyibuk. Bukan kata orang lain, aku pun sama jugak kadang2 memang ingin tahu & kadang2 ingin menyibuk jugak. Bila orang cakap pasal rahsia... memasing kemain menyendeng2 merisik khabar katanya.. Apa yang rahsia sangat tu?? Dah nama rahsia kan.. Semua orang nak tahu. Tapi kalau semua orang dah tahu bukan lagi rahsia namanya... hahahaha

Tapi Ini Rahsia.. Rahsia terbesar aku. Rahsia yang terletak dia bawah tapak kaki aku sendiri. Kalau aku angkat je kaki dari sepasang kasut ni confirm semua orang tahu. Terbongkar segalanya.. Tapi rahsia yang aku rasa tak kisah nak share dengan sesapa saja. Alkisah tentang sepasang kasut yang aku beli semalam...

 Setelah menjelajah 2  pasaraya.. Aku redha je la. Sebab kasut yang di cari tak jumpa. Tapi yang lain pulak di beli. Bukan takde yang berkenan tapi takde size. macam Biasa la.. size kaki aku terlalu awet muda sampai tak membesar bersama usia. Destinasi last singgah kat sungah buloh nak minum2 sebelum balik. Ternampak satu kedai kasut hyper shoes Aku ni memang tak pernah putus asa mencuba walau aku tahu harapan sangat tipis.. Sambil membebel memberi peransang kat diri sendiri.. Aku cakap kat asben aku. Kita kena try semua kedai kasut yang kita jumpa even memang harapan nak jumpa size kaki aku tu peluangnya cuma 10% sebab kadang2 ada je size 4 tapi cutting dia kecik. Macam kat verns.. walau bukan setiap masa ada kasut cutting kecil tapi kalau nasib baik ada jugak. Asben aku cakap pergilah mencuba nasib kat hyper shoe tu dinda... kanda bersama anakanda tunggu je kat kedai makan biasa tu. Ok la.. aku biasa je shopping sorang2 sementara laki aku jaga anak.. No problem lagi senang hati tak payah terjerit panggil anak yang tak reti diam.

Maka dapatlah sepasang kasut... Boleh la kasut kat hyper shoes tu bukan mahal bebeno. Tapi sebab jumpa size kaki aku & dapat pulak 10% diskaun.. Memang la rasa nak cium untie yang jaga cashier tu. Macam nak sujud syukur dalam kedai kasut katanya.. Merasa la aku pakai kasut baru di bulan kelahiran aku ni.

Tak payah la cakap.. Alah kasut simple je. Aku ni golongan yang tak berapa ada pilihan kasut jadi cukup la yang mana ada size kaki aku & design dia takde nampak macam alien sangat.

Tapi... Ada satu rahsia di sebalik kasut ni?? Hangpa nak tau?? Amboi.. semua kemain tekebil2 bijik mata sambil angguk2. Menyibuk bebeno kome yer... Kalau sibuk sangat scroll je kebawah kalau nak tau apa yang rahsia sangat tu.




















Rahsianya... kalau pakai maybe takde sapa perasan. tapi kalau bukan maka terbongkarlah segala rahsia...

tengok label kat tapak kasut tu kids ok! Kau hado pakai kasut size kids?? hahahaha

Kasut budak uolls.. Nak tau macam mana aku boleh beli kasut kids ni. Sebabnya mula2 aku survey bahagian adults la. Takkan terus nak terpa bahagian kids pulak even aku tahu size kaki aku size budak je. Kasut yang aku nak tu memang macam biasa la takde size aku. So, aku sesaja tengok kasut budak2. Erkk... dari design sampai harga sama je macam kasut yang aku nak tadi. Miracle sangat Uolls. Aku tanya last size berapa. Dia kata 35.. aku suruh dia ambil tapi dia ambil 34 pulak. Tapi try ngam2 pulak kaki aku dengan size 34. Siap catwalk tanya pendapat jurujual & cashier kat situ ok tak?? nampak kanak kanak ribena sangat tak?? Depa pun rajin pulak melayan aku. Sebab aku confident tak nampak kasut budak sangat sebab dia sama je macam design yang bahagian kasut orang dewasa. Harga pun sama... so takde nak pinjam calculator bagai nak kira budget terus rempat lepas bayar dengan jayanya.

Alah.. sapa tahu kasut budak kalau aku pakai kat kaki melainkan aku buka & ada orang rajin sangat nak membelek kasut aku tu. Tapi ada ku kesah kalau orang tau aku pakai kasut budak?? Kalau aku kesah takdenya aku cerita kat blog. Hidup ni simple... Takde masalah tak boleh selesai yang penting solution setiap masalah tu even masalah yang sama tapi tak sama penyelesaiannya bagi setiap orang.

Moral of the story.. Setiap apa yang Allah jadikan tu ada kurang & lebihnya namun tak ada satu pun yang sia sia. dari dulu aku memang hadapi masalah cari size kasut tapi alhamdulillah sepanjang hidup aku tak pernah berkaki ayam sebab takde size kasut. Jadi jangan anggap kekurangan kita satu masalah besar sangat. Hadapi dengan senyuman Insya Allah ada penyelesaian. Yang penting jangan putus asa. Perkara biasa zaman sekarang golongan bersize macam aku pakai size kids.

P/S : kaki aku ni kalau heels tu ada jugak la kat vinci size dia.. Tapi kalau flat shoes memang susah sangat nak cari. hanya orang yang bersize 3 je tahu macam mana susah nak beli kasut.

BILA KITA SEDAR YANG BAIK DENGAN KITA CUMA KAKI KIPAS

Bak kata pepatah aku.. Kita lebih banyak di bohongi saat kita punya segalanya.. nama, harta, kemahsyuran. Tapi kita akan jumpa sebuah kejujuran bila kita tak punya apa - apa. Sebab tu dalam hidup kita jangan selesa dengan pujian.. sebab pujian sekarang umpama ada udang di sebalik batu.

Gambar sekadar hiasan tiada kena mengena dengan harga minyak yang naik 10sen hahaha

Saat kita sedar di yang ramai di sekeliling kita selama ni cuma kaki kipas bukan kawan saat tu baru kita sedar bahawa sebenarnya tak ramai pun sudi berkawan dengan kita kalau kita bukan kita yang mereka kenal. Yang ada kepentingan untuk orang lain bergesel kat kaki kita macam kucing jalanan minta makan. Even kita tendang pun tetap dia datang bergesel jugak kat kaki. Even terpaksa jilat tapak kaki pun dia sanggup buat asalkan dia kenyang. Tapi kalau kita pun umpama kucing kurap.. jangankan nak gesel kat kaki, nak duduk sebelah pun orang tak sudi apatah lagi nak mengaku kenal.

Waktu tu baru kita sedar banyak kepalsuan dalam pujian & sokongan yang kita dapat. Waktu tu baru kita rasa selama ni kita syok sendiri.. Rasa kita macam bagus sangat sampai apa yang kita buat semua orang sokong & suka.

Tu la kan.. Dalam kemahsyuran seseorang tu miliki ada 1001 ujian yang Allah nak duga. Dan kalau Allah nak tarik seminit pun kita boleh hilang segalanya yang kita miliki. jangan sombong sampai tak boleh je cuit sikit dah nak tunjuk betapa kita punya kuasa yang boleh menentang orang lain dengan semudah satu jari.

Moral of the story.. Jangan jadi macam Azwan Ali. Kena warning dengan Rani Kulup baru mengelabah nak minta maaf. Jangan sombong sangat seolah2 takde sapa boleh jatuhkan kita sebab kena ingat ada yang kat atas tu boleh jatuhkan kita bukan takat terduduk.. Sampai tertiarap menyembah bumi pun boleh. Dan kalau kita jatuh jangan letakkan 100% kesalahan tu pada orang lain.. Renung balik saat kita di atas adakah kita terhindar dari sifat sombong, riak,bongkak,bangga diri yang melampau? renung renungkan selamat beramal. Peringatan untuk diri sendiri juga. Peace!

p/s :Sekadar nukilan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. hehehe


INILAH AKIBAT BILA ADA FOLLOWER KAKI BODEK

Kadang2 aku tak faham nak kata attention seeker rasanya tak perlu kot kalau dah ada populariti cuma kenapa jugak perlu buat kalau kita tahu perkara tu memang agak sensitif & mungkin menjadi salah faham pada orang lain. Bila orang salah faham.. salahkan orang balik padahal dia yang mencetus kemudian dia yang nak terasa bila orang mengkritik.


Sungguh aku tak faham.. Motif sebenar bila seseorang itu memuat status yang agak sensitif yang boleh menjadi kontroversi & salah faham tapi lepas dah kena hentam dengan ramai tetiba keluar pulak statement konon dia tak bermaksud seperti orang fikir padahal apa yang dia tulis jelas menunjukkan apa tujuan dia sebenar walau bukan niat dia sekalipun tapi orang takkan boleh baca niat kita kalau kita tak beritahu secara jelas so bukan salah orang kalau kau salah tulis. Bila kena kritik.. tuduh orang tu haters.. orang tu memang dengki & nak jatuhkan dia. Tak semak balik apa yang dia tulis.. Ingat yang membaca tu semua nujum nak nampak apa yang tak boleh nampak??

Yelah.. kang ada mencebik. Kononnya dah jenis suka berprasangka buruk dengan orang memang macam tu. Semua nak fikir buruk.. habis kalau yang tertulis seperti mengambarkan benda yang buat orang salah faham.. Kalau dah ramai salah faham kena kaji balik silap tu dari mana. Dari orang yang salah faham atau salah sendiri yang up status yang mengundang salah faham.

Kadang kadang lawak dengan manusia macam ni.. selalu berlaku pada mereka yang bergelar publick figure atau orang popular la. Nak cover balik salah sendiri atau malu sendiri.. jalan mudah salahkan orang kemudian angkat diri sendiri. Yang kaki kipas pun semua jadi upin ipin.. betul.. betul.. betul.. jer.. Salah ke betul semua angguk2. Jilat sampai licin katanya.

Kesian kalau orang yang ada ramai pengikut kaki bodek.. Sebabnya kalau dia buat salah pun dia akan terus buat salah sebab tak ada orang nak tegur. Selamanya dia rasa betul dengan cara yang salah tu. Dia akan terus buat & buat sebab setiap kali dia buat ramai yang menyokong. Yelah.. selagi kau suap, selagi depa kenyang selagi tu kau akan jadi sempurna tiada salah silapnya. berani kau kritik.. terus kena tendang keluar. Kau nak jadi pengikut sila jadi macai. hahahaha

Moral of the story... yang mengkritik tak semestinya dengki yang puji tak semestinya jujur. Pepandai la menilai pengikut anda kebanyakkan dari golongan kaki bodek atau yang telus menyatakan pendapat.

UNTUK KAKI MAKAN YANG ADA SMARTPHONE

Kaki makan memang ramai nak2 lagi bulan puasa ni. Even berpuasa di siang hari malam hari tetap dia makan dengan sesungguhnya. Dah nama pun kaki makan. Ciri ciri kaki makan ni dia boleh cuba apa jer makanan & dia boleh makan apa je makanan. Tak cerewet & sesuai jadi pengacara jalan jalan cari makan sebab kaki makan ni cara dia menikmati makanan memang mampu buat orang terliur. Bagus untuk strategi pemasaran... hehhehehe


Sapa yang takde smartphone zaman sekarang?? Boleh bilang dengan jari jumlah orang yang takde smartphone zaman sekarang ni. Majoriti dari sekecik kecik anak sampai sebesar2 bapak ada smartphone. Tak kisah la cap apapun janji smartphone. Smartphone dah bukan lambang kemewahan sebab ramai yang mampu milik. Cuma berbeza jenama, kualiti, tiruan atau original je la. Tak kisah.. janji smartphone ye dak??

Kalau korang memang kategori kaki makan & ada smartphone tak kira apa cap sekali pun janji smartphone korang mesti tengok ni. Kalau tak memang korang akan menyesal terlepas peluang ni.Mana tau rezeki nak raya. Jadi peluang yang ada jangan sia2 kan so clik tengok apa yang best menanti anda >> Anda kaki makan & suka ambil gambar makanan. Serius anda akan di bayar <<

Moral of the story.. Zaman teknologi ni peluang yang datang semudah 1 clik. Nak dengan tak nak atau rajin dengan malas jer. Bak kata pepatah, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Pilihan di tangan ada. Tengok je peluang atau rebut peluang.

BAHAYA IKUT CARA LAMA BEDUNG BAYI

Ni la momokkan orang dulu2 yang masih di percayai turun temurun sehingga sekarang. Bukan aku menafikan amalan orang dulu2.. Tapi orang dulu2 ni setiap perbuatan yang dia nak anak cucu dia ikut mesti di ikuti dengan cerita mitos & dogeng bagi tujuan menakut nakutkan. Manusia pun jenis lagi tak takut lagi tu tak nak ikut. Padan la kau kena kelentong zaman berzaman. hahahaha

Terbaca satu post kat FB cara membedung bayi dengan betul. Bila baca komen2 yang cuba menafikan cara yang kebanyakkan dari kita buat ni sebenarnya cara salah.. Banyak yang komen bedung ketat2 sampai kekaki untuk elakkan bayi tersebut membesar & berjalan kengkang. Serius anak aku dulu pun jarang sangat nak bedung even masih dalam pantang sebab asal bedung jer mesti terburai. Bila bedung aku nampak dia macam tak selesa jadi aku tak bedung ketat2 sangat. Amalan berbedung pun aku tak buat lama. Yelah.. besarkan anak sendiri ni ikut cara sendiri je la. hahahahaha

Terbaca satu blog pasal mitos tak bedung jadi kengkang ni.. Rupanya kalau bedung dengan ketat yang menyebabkan bayi kengkang sebab katanya menganggu pembentukkan otot kaki. Sebenarnya amalan membedung bayi ni bukan sebab taknak bagi kengkang ke hapa just untuk buat baby selesa. Kalau sejuk dengan membedung dapat bagi haba pada baby.. & bila di bedung baby akan lebih lena tidur kerana seperti di peluk. Boleh refer cara membedung dengan betul di gambar bawah ni

Tahukah anda ramai ibu bapa melakukan kesalahan dalam membedung bayi mereka.
Ini adalah cara yang betul bagi membedung bayi mengelakkan anak mengalami hip dyslapsia atau sakit tulang pelvis.

Moral of the story.. petua & amalan lama adakala ada kebaikkan kita terus amalkan cuma kadang2 penjelasan kenapa perlu buat tu yang tak betul. Orang dulu2 kan terkena dengan cerita dogeng so pandai2 la cari fakta yang betul supaya kita tak menyebarkan fahaman yang salah yang kita warisi dari nenek moyang kita dulu.

INILAH PADAH ARTIS KAKI BOMOH

Aku tak faham orang yang suka main bomoh ni kan.. Tak kira siapapun dia.. sedara kita ke, orang awam ke, retis ke,menteri ke sapa ke? Kenapa? Kalau sebab sakit dari perbuatan sihir & jin rawatan Islam ada.. Banyak kot pusat2 rawatan islam bertauliah yang ada kat Malaysia sekarang.. kenapa mesti bomoh jugak?

Sekadar hiasan. Sumber google

Macam tu yang berlaku kat sorang retis penuh kontroversi Azwan Ali ni.. baru2 ni gempar dia tuduh Jaafar Onn bomoh kan dia. Siap maki hamun dengan gelaran2 yang tak elok. Padahal takde bukti pun yang kata Jaafar Onn bomohkan dia. Entah mana bomoh dia refer main tuduh jer bagi nampak konon ilmu kebomohan dia tahap puaka niyang rapik. Kalau betul kau di sihir kenapa mesti rujuk bomoh. Kenapa tak pergi ke pusat rawatan Islam.. Pusat rawatan Islam biasanya tak tuduh orang even sapapun yang buat. Mereka cuma merawat.. Konsep rawatan Islam tak nak melaga lagakan orang.

Ada satu blog hiburan aku baca.. bila Jaafar Onn menafikan dia yang bomohkan Azwan Ali.. Azwan lain main aucak pulak. Katanya dia tak maksudkan Jaafar Onn.. Abis yang kau update kat sosial media ko siap maki hamun dia tu dah kenapa? Sekarang ni secara tak langsung orang tau sapa kaki bomoh.. Orang yang di tuduh tu tak nampak bukti kaki bomoh yang menuduh tu terang2 dah nampak kaki bomoh. Terima lah padahnya.. tepuk air ke dulang, terpecik ke muka sendiri.

Sihir & gangguan jin memang wujud.. Sapa tak percaya aku tak tau la Iman dia tahap mana. Tapi Al Quran dah sediakan segalanya. Takde penyakit yang takde ubat kecuali mati. Setiap yang berlaku dengan izin Allah.. maka kepada Allah jugak kita harus memohon pertolongan. Moral of the story.. Bomoh tak elok untuk kesihatan zahir & batin.


BUDAK 3 TAHUN TERBARING DILANTAI KAKI TANGAN DI IKAT PENGASUH

3 tahun?? aku pandang jer anak aku.. sebaya tu. Anak aku yang rutin hariannya penuh dengan aktiviti bergerak sana sini dalam rumah.. sepah tu.. sepah ni.. main tu.. main ni.. Gamaknya kalau aku ibu yang bekerja silap hantar kat pengasuh macam tu jugak kot dia buat kat anak aku ni. Terus trauma tanpa batasan Uolls..

sekadar hiasan

Terbaca kat astroawani.. Seorang ibu buat pemeriksaan mengejut kat rumah pengasuh. Sampai je umah pengasuh nampak anak dia dengan kaki tangan teringat baring kat lantai sambil di temani anak pengasuh yang berusia 11 tahun.. kalau hangpa, apa perasaan hangpa semua? Kalau aku maybe time tu terus naik muscle jadi akak sado, bertukar kaler hijau.. abis koyak baju. Mau tak rasa nak hangin kalau kita bayar dia untuk jaga anak kita dia pulak buat anak kita macam binatang. Alasan budak tu nakal.. budak sihat memang nakal. Kalau dah rasa tak mampu jaga budak macam tu elok kau bagitau mak bapak dia tak sanggup.. Kan dah kena lokap. dan tu mak budak tu kata sejak dua menjak anak dia selalu lapar jer.. Gamaknya pengasuh tak bagi makan ke hapa. Jahatnya pengasuh itu.

Sumber Astroawani

Pada yang ambil upah mengasuh @ menjaga anak orang.. Ingat itu amanah berat yang korang pikul. Jangan ingat nak sedap tiap2 bulan jer.. Jadi apa2 kat anak orang, ingat korang boleh lepas tangan. So, fikir dulu sebelum mengambil keputusan nak jadi baby sitter anak orang. Kalau aku memang tak sanggup. Anak sendiri pun hari2 aku istifar, tahan sabar. Budak lasak ni aku akui tak mudah nak jaga. Kena sentiasa perati apa dia buat.. So, setakat nak jaga anak orang dengan ikat kaki tangan tak bagi dia melasak baik kau jaga anak lembu. Untung pun banyak.


DILEMA ORANG DEWASA YANG BERSAIZ KAKI AWET MUDA

Umur dah meniti kebangkaan.. tapi size kaki maintance awet muda selalu. Dari kecik sampai kecik size kaki tak membesar. So, How?? Satu adegan airmata tiap kali nak membeli belah kasut bagi golongan bersaiz kaki agak luar biasa dari orang lain. Jenuh bertawaf dalam Mall.. Jenuh mentry macam2 kasut sampai salesgirl pun malas layan.. semua tak ngam. Tapi hakikat tak mungkin dapat di ubah.. sebab size kaki takde ubat boleh selesaikan.

Masalah nak beli kasut bagi aku bukan masalah baru malah sejak aku kecik lagi. Aku still ingat masa nak masuk darjah satu..  Takde size nak beli kasut sekolah Uolls.. terpaksa aku pakai kasut raya warna putih yang ala2 doll pakai tu pergi sekolah. Setahun jugak la.. masuk darjah dua baru pakai kasut sekolah tu pun letak kertas depan kasut. Tetap kasut besar gitu.

kasut sekolah aku masa darjah 1 design dia lebih kurang macam ni jugak tapi ni size baby.. besar sikit la. 

Dah makin membesar masuk alam remaja pun sama.. Kasut masih jadi masalah. Yelah.. dah remaja kau.. Takkan nak pakai kasut budak2. Tak stylo la beb! Ok.. dah abis remaja masuk alam dewasa.. Pun masalah cari size kasut. Nasib baik sejak berhijrah ke kotaraya ni.. Banyak tempat & banyak choice. Ada jugak tempat2 yang boleh aku dapat kasut size 3 macam kat sg wang. Pun macam tu jangan berangan la kat memana tempat senang cari kasut size aku. ada juga pernah aku rembat je la kasut budak yang design tak jauh beza macam kasut orang dewasa. Tapi kalau heels senang sikit nak cari cuma sekarang aku dah resign pakai heels sebab aku dah boleh terima hakikat yang aku tetap pendek even pakai heels pun.. (kekekekeke... sebenarnya nak jaga kesihatan kaki je. Taknak nanti tak sempat bercucu dah kena sakit lutut) Jadi aku memang lebih suka beli sandal  yang flat atau flat shoes jer. Nak2 lagi anak dah kuat berlari macam Watson nyambek jadi aku pun kena turut jadi atlik trek jugak la.. so heels dah tak relevan aku pakai kalau nak kejar anak yang berdesup perginya tiap kali pijak lantai mall.

Bagi yang ada masalah kaki size 3 macam aku jom la share kat mana tempat yang boleh dapat kasut yang cecantik size 3 ni. Kalau aku jelly bunny kat One Utama ada size kaki aku dengan kat sg wang.. ada certain2 kedai kasut yang jual kasut size kecik.  Yang lain2 tempat tu.. ikut nasib je la kadang2 sesetengah brand kasut ni size 4 dia kecik.. so boleh pakai tu kira bonus la bagi aku yang kaki size 3 ni. Online.. ada jugak aku pernah beli kat Qhammer. Tapi ntah napa lepas beli aku tak minat nak pakai pulak. hahahaha..  Korang yang size 3 jugak kat mana korang dapat stok kasut comel2? Ke korang pakai kasut letak kertas kat hujung jari kaki?? hahahahahahaha


Kat Jelly bunny kasut2 dia selain wangi, design2 dia pun comel2 jugak. Yang penting ada size kecik macam kaki aku. Korang boleh la try cari kasut kat sana. Boleh jugak korang usya2 kat FB Jelly Bunny Malaysia
P/S : Kalau la size kaki boleh membesar macam badan rasanya dah banyak koleksi kasut aku sekarang ni. hahahahaha
P/S : Sebab Yuyu Zulaikha ni nampak macam lebih kurang besar aku jer.. aku selalu tertanya size kaki dia berapa? kalau kecik jugak macam aku kat mana yer dia beli kasut cecantik?? hahahaha

ADA MANUSIA SANGGUP BERKAKI LEMBU DEMI FESYEN

Oh fesyen.... Yang boleh buat manusia cantik dan jugak pelik. Baru2 ni kecoh pasal fesyen sorang retis bertudung ala2 teletubies. Tu antara manusia mangsa2 fesyen yang maybe dia tengok kat cermin nampak cantik tetiba dia upload gambar kat laman sosial orang nampak pelik. So, jadikan pengajaran.. jangan sapa2 lagi yang nak nampak comel dok pakai costum teletubies.. Satgi orang kutuk menangis 7 hari 7 malam bawah bantal.

Yang tu fesyen baju.. Ni satu lagi fesyen kasut aku jumpa kat FB ada orang upload. Nak gelak pun ada.. tak tau la kot2 hangpa nampak macam lawa. Berkenan nak buat koleksi tapi bagi diri aku yang bukan la berfesyen tahap mania rasa tak tergamak aku nak keluar duit beli kasut2 mengarut macam ni.

Sapalah jadikan kaki lembu sebagai inspirasi nak cipta kasut ni. Dah takde design ke nak buat? Tak lama lagi kaki ayam pun jadi kasut walau selama ni kita biasa dengar kaki ayam tu membawa maksud orang yang tak pakai kasut jangan pelik satu hari kaki ayam pun jadi kasut. Takpe lah.. aku pakai kasut jelly bunny je pun takpe. Aku bukan attention seeker & aku pun tak suka orang pandang2 aku kalau ada kat tempat awam jadi aku memang tak boleh hadam fesyen2 yang terlebih fesyen macam ni.

credit to Nizam Nasir

Semakin moden dunia semakin mengarut pulak aku rasa fesyen... Yelah kang ada kata pulak aku ni tak stylo la.. tak reti fesyen la.. Ok ok.. aku orang kampung. Selalu tengok lembu bebas kesana sini. Aku tak rasa kaki lembu tu menarik pun. kekekekeke

P/S : hope takde orang buat kasut kaki gajah takut ada orang tacing... hehehehe

** Dalam kita masih mampu bergelak tawa, masih ada insan yang tak mampu mengukir senyum. Menanti jawapan yang masih samar.. Marilah kita doakan buat semua yang terlibat dalam misteri kehilangan MH370 yang dah masuk hari ke 48. Moga Allah bukakan jalan untuk kita temui jawapan.**

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com