Showing posts with label wajah. Show all posts

SERIUS! ANIZON INNER NECK MAMPU MENGUBAH BENTUK WAJAH TANPA PLASTIC SURGERY

SERIUS! ANIZON INNER NECK MAMPU MENGUBAH BENTUK WAJAH TANPA PLASTIC SURGERY. Trend sekarang ber shawl bagai atau trend bawal pakai style ala2 budak sekolah dulu. Tak lipat dah tepi biar muncung macam tu. Saya ni tak berapa hafal nama2 style tudung ni. Saya lebih selesa style shawl yang selempang. Nampak simple tapi stylo. Even nampak ringkas tapi nampak trendy la jugak kan. Ntah sapa la yang mencetuskan fesyen shawl macam tu. Thanks la tak menyusahkan para mak mak ni nak membelit shawl sampai tercekik katanya.


Bila pakai shawl style selempang macam tu harus la kena pakai inner neck. Sebab nak menutup bahagian leher kan. Nak nak lagi yang pakai jenis pinless tu. Main selempang macam tu je kan. Macam saya guna juga satu pin bawah dagu. Nak2 lagi masalah orang perempuan ni memang suka hilangkan pin tudung. Jadi jimat la dari kena topup pin selalu hehehe

Antara Artis yang menggunakan Anizon Inner neck
Tapi tak semua Inner neck ni selesa & cantik di pakai. Inner neck ni pun ada macam macam kat pasaran. Tapi yang saya paling suka, Inner neck jenama Anizon. Sebab dia membentuk cantik kat muka selain bentuk dia kita boleh setting sendiri. Nak melekat kat muka atau nak muncungkan dia pun boleh. Ikut pilihan kita.

Yang bestnya mesti hangpa tau pasal Inner neck ni. Selalunya orang memang nak effect muka dia nampak bujur, nak sorokkan double chin.. Nak nampak muka kurus & langsing. Dengan Inner neck Anizon ni bukan je tak payah nak teruk - teruk buat plastic surgery atau nak guna teknik shading makeup sangat. Bila hangpa sarung ja.. Dia boleh memberi effect bentuk wajah yang hangpa nak. 1 Inner neck hangpa boleh membentuk muka hangpa seperti hangpa nak. Cuma nak buat bentuk empat segi je tak boleh. Setakat bulat & bujur tu takde masalah.

Saya paling suka Inner neck ni.Kalau nak bagi effect muka bujur..just tutup dagu & muncungkan. Kalau nak effect muka bulat. Rapatkan inner melekat kat muka & tolak ke belakang penutup dagu tu. Abaikan muka.. Malas nak touch up. Almaklum kat rumah hahaha

Yang best lagi Inner Neck Anizon ni.. Dia jenis tak mula kelepet.. Kalau di jadikan anak tudung untuk untuk solat pun kalau kita sujud.. lepas tu bangun dia akan kembali ke bentuk asal. Dia tak terpenyet & berkedut.



Inner neck Anizon ni yang specialnya dia ada penutup di bahagian dagu. Kelebihan penutup bahagian dagu ni selain untuk menutup aurat dengan sempurna dia boleh memberi effect kurus pada wajah. Senang nak sorok double chin katanya. Tak caya try la nak2 lagi yang muka terlebih pau tu hehehehe.


Yang jenis ni kalau emergency posmen ketuk pintu.. Boleh sarung jer. Senang

Selain mudah di bentuk & bentuk dia tidak berubah walau beraktiviti lasak, kain dia juga tidak panas & menyerap peluh. Tidak terlalu tebal & tidak terlalu nipis. Selesa di pakai.

Antara kelebihan lain Anizon Inner neck ni adalah..

⇛Wajah anda lebih bujur.
⇛Menyembunyikan bentuk wajah yang sebenar.
⇛Membuatkan wajah yang lebar kelihatan kecil.
⇛Menyembunyikan double chin anda.
⇛Membuatkan anda lebih selesa walau cuaca panas.

Bila mengenakan Inner neck Anizon memang boleh menambah keyakinan diri sebab mengubah wajah kita lebih nampak cantik. Tu yang saya rasa la. Sebab Anizon Inner neck ni sesuai di gayakan dengan semua jenis tudung atau shawl.

Jangan Risau ada pelbagai koleksi warna

Paling penting Anizon Inner neck ni free size & Fleksibel sangat. Muka kecik ke muka besar ke semua boleh sarung tak ada masalah & takkan buat kita rasa tercekik je hapa. Sebab dia elastik. Size dia akan terbentuk dengan sendiri mengikut size muka kita.

Berminat nak cuba Anizon Inner Neck boleh hubungi

Whatsapp : www.wasap.my/60169052046 
Facebook : anizoninner neck (shawl)- by chocpurple biz
Instagram : Chocpurple Biz

KESIAN.. WAJAH LARA ALANA MENJADI KONTROVERSI LAGI

KESIAN.. WAJAH LARA ALANA MENJADI KONTROVERSI LAGI. Dari sejak lahir anak kepada selebriti terkenal Scha Al yahya & awal shaari ni tak habis habis menjadi kontroversi walaupun budak tu bukan paham pebenda pun lagi. memang sejak lahir wajah Lara Alana selalu jadi kontroversi. Tak tau la pasai pa orang asyik mempertikaikan wajah dia. Bagi aku Rupa Lara Alana tu memang Mix mak bapak dia. Ada sikit Scha & ada part macam Awal. So terhasilah Lara Alana..

Happy Birthday Lara Alana Yang ke 3

Sejak semalam entri yang aku pernah tulis pasal lara Alana yang di katakan nitezen mempunyai ciri autisme... Naik mencanak rating dia. Tertengok juga la perkembangan terbaru Lara, Alhamdulillah sekarang nampak ok. Dah ada komunikasi 2 hala. Speaking london la.. Melayu tak dengar lagi. Takde la nampak kelainan sangat. Tapi sebab aku cuma tengok dari short video yang bapak dia kongsi kat IG jer. So, aku tak boleh nak judge apa apa. Lagipun aku bukan pakar.

Bila entri tu mula melonjak naik.. Pelik juga la kami. Pasai pa pulak entri tu dapat sambutan hangat sampai hangit ni. Ni mesti ada isu baru. Betoi la.. terbaca kat satu blog katanya jadi isu panas bila ada seorang komen pada gambar yang Page Roti Kaya upload kat FB sambutan hari jadi Lara Alana yang ketiga. Dia kata lara alana makin besar makin terserlah rupa macam budak sindrom down.. Maka habis peminat lara Alana kecam dia.

Walaupun komen dia tak la kejam sangat tapi rasanya mengundang padah juga la kan?

Awat kata lagu tu.. Kalaupun ada iras rupa kanak kanak sindrom down ia tak patut la untuk di komen macam tu. Tak salah pun kalau ada rupa sindrom down. Benda tu seolah olah macam jadi satu benda yang tak baik pulak. Bukan satu dosa pun kalau di lahirkan sebagai sindrom down. Unik apa.. Sindrom down ni mempunyai wajah yang hampir sama. Tu pun bukti kekuasaan Allah jugak. Hanya mereka yang terpilih sahaja di kurniakan anak istimewa ok! At least dalam keluarga tu dah ada seorang ahli syurga. Mak bapak dia tak payah risau dah.. Cuma kat dunia ja kena struggle sikit sebab membesarkan anak istimewa ni bukan mudah.

Aku pun tak minat sangat cara mak bapak Lara Alana ni expose anak dia.. Kesian la dok jadi bahan penghinaan orang tapi aku pun tak sokong mana2 pihak yang mengeji atau mengeluarkan komen yang tak baik kepada seorang budak yang masih kecik macam tu. Lara Alana cuma seorang anak kecil yang tak tahu apa - apa. Seorang anak yang masih suci dari dosa. tak payah la dok cari gaduh sangat dengan budak budak. Tak payah la nak pertikaikan rupa dia.. Benda tu sensitif untuk di sebut sebut secara umum.

Apapun tak payah la nak kecam budak sekecil Lara Alana.. Dia cuma seorang kanak kanak yang masih belum mampu buat keputusan untuk diri dia sendiri. Kalau dia dah boleh fikir sendiri gamaknya dah lama dia tutup account Instagram dia kot. kekekeke.

Moral of the story.. Rupa ni kurnian Allah. Jangan mengeji.. Sebab lukisan Allah ni dah cantik sangat. Siapa kita nak menidakkan apa yang Allah lukiskan di wajah seseorang.

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK. Mesti ramai yang semakin fobia nak guna produk bila semakin banyak produk dari krim timbang kilo di jual dengan jenama2 tempatan berleluasa. Siap ada yang cop KKM bagai.. Packaging pun kemain lawa tak nampak macam produk low class. Tapi di sebalik keindahan packaging & label dia.. Rupanya dia adalah produk krim timbang kilo je yang boleh beli secara borong. Dengan modal 2 - 3 ribu dah boleh jadi pengasas produk. Seram kan? Kalau kita antara mangsa penipuan orang2 macam ni.. mesti fobia juga dengan produk skincare ni.


Maka orang pun mula la nak cari cara atau petua nak merawat masalah kulit terutama muka la kan.. dengan kaedah alami atau semulajadi dengan menggunakan bahan dari tumbuhan atau herba. Salah satu masalah manusia ni.. Masalah parut jerawat. Kalau parut jerawat yang jenis hitam tu.. senang la hilang sebab dia cuma macam atas kulit tapi kalau yang jenis berlubang.. Tak mudah ok malah ada yang sampai mati pun tak hilang.

Punca parut jerawat jadi berlubang macam tu.. Salah satu sebab kita suka picit & garu tempat berjerawat semasa jerawat tengah aktif di muka. Sapa2 yang pernah jadi jurujerawat faham la.. Tengok jerawat tu macam geram je kan.. Dia tak boleh tengok.. mula picit lepas tu jadi ketagih & asyik nak picit... kesudahnya bila jerawat tu dah kecut akan meninggalkan kesan parut yang berlubang & berlobak kat muka. Aku kalau muka naik jerawat sekarang untuk elak dari picit aku tempek bedak sejuk.. Tak tau kenapa kalau tempek bedak sejuk, tangan aku jadi auto tak picit jerawat mungkin sayang takut bedak sejuk tu terhakis kalau dok garu2 kot. hahahaha

Kalau hangpa mengalami masalah parut jerawat berlubang ni.. Tapi takut nak rawat guna sebarang produk.. ada petua menggunakan bahan2 semula jadi anda boleh amalkan. antaranya..

1. Masker Tomato
Seperti yang kita sedia maklum.. Tomato memang sangat baik untuk kulit sebab tomato Tomato mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang boleh mengecutkan liang, jadi ia mampu menutup parut jerawat berlubang. Tomato boleh membaiki kerosakan kulit ke tahap selular. Jadi Tomato sangat berkesan untuk hilangkan parut jerawat berlubang dengan lebih cepat cuma kena consistent la amalkan benda ni.

caranya
Hiris buah tomato nipis nipis, kemudian letakkan kepingan tomato yang di hiris ke bahagian kulit anda yang berparut. Boleh jugak hancurkan tomato kemudian sapu di bahagian parut macam pakai mask. Biar lebih kurang 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan sekali sehari, Insya Allah parut jerawat yang berlubang akan semakin pudar & rata.

2. Timun
Timun pun antara bahan yang sangat berkesan merawat parut jerawat berlubang ni sebab khasiat dia lebih kurang sama macam tomato jugak. Timun ni mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, membuang sel sel kulit mati, membersihkan habuk & kotoran & membersih sisa sisa makeup. Selain tu timun juga mampu menegangkan kulit & menanggalkan sel sel kulit mati.. so dia mampu memudarkan jerawat & parut.

caranya :
Potong timun nipis nipis kemudian letak kepingan timun di bahagian parut. Biar sehingga 15 - 20 minit selepas tu baru cuci dengan air. Untuk kesan yang cepat lakukan sehari sekali sehingga parut jerawat hilang

Sebenarnya tak susah cuma yang jadi susah tu sebab tak rajin je. Macam aku dulu rajin jugak buat ikut petua orang dulu dulu guna bahan semulajadi ni.. Memang berkesan tapi lama2 jadi malas. Macam nak cerahkan kulit,licinkan kulit & pudarkan parut jerawat ni boleh juga guna beras yang di sangai kemudian di blend halus.. Campur dengan telur putih & sapu kat muka macam masker. Amalkan setiap hari serius tak sampai sebulan boleh nampak hasil. Malah kesan drastik pun boleh rasa selepas pakai masker beras & telur ni tau. Rasa kulit hangpa macam kulit telur gitu. Licin baq hang!! hehehehe

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat besar kepada orang lain. Yang mana rajin cuba la kan.. Guna bahan2 semulajadi ni tak ada risiko kalau pun mungkin kesan dia lambat. Nak cepat memang kena guna produk tapi kena hati hati la pilih produk jangan sampai hangpa tenyeh racun kat muka sudah.

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lepas satu.. satu lagi kontroversi mengaitkan produk Tati Skincare  ni kan.. Takkan la pengasas dia nak pretend teraniaya lagi kot. Dah terang terang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan laporan bahawa produk krim malam & treatment cream dia mempunyai bahan terlarang. Ni bukan pengesahan dari kementerian kesihatan zimbakwe ke.. toronto ke hapa. Malaysia ok. Hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. Jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah.. tak baik ok!


Satgi mai la supporter Tati skincare dok serang & tanya.. dari mana dapat khabar angin ni. Pepandai ja tuduh produk Tati Skincare ada racun.. Kami pakai elok ja. Pakat gebu macam emma maembong. Hang yang tak pernah guna produk tu suka hati nak cakap ada racun bagai.. Dengki la tu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya katanya..


Sabar dulu na... aku pun tak berani nak petik nama KKM ni kalau tak ada sumber berita sahih sebagai rujukkan. Aku tak banyak duit sangat nak naik mahkamah & bayar ikat jamin keluar lokap yer. Sumber berita ni aku baca kat Harian Metro ok.. Siap aku screenshot sebagai bahan bukti..

Laporan Harian Metro

Puas hati para Tati fans sekalian... Ni bukan fitnah atau spekulasi lagi. Produk tu terang terang memang tak selamat. Bukan tati je.. Tu ntah apa nama produk moleek skincare pun sama. Aku sendiri tak pernah dengar nama moleek skincare tu rupanya ada jual dalam pasaran yer. Nama je moleek.. tapi ingredient dia tak molek langsung. Mohon meninggal pengasas2 produk tak bertanggungjawab macam ni. Hangpa ingat senang ka muka orang yang dah rosak nak pulihkan balik. Hangpa beli produk timbang pakai kati ikan.. lepas tu print label tempek kat botol & jual. Ntah - ntah hangpa sendiri pun tak pakai produk hangpa juai tu muka dok elok tak rosak apa - apa.


Kepada kaum wanita terutamanya.. Insaflah.. harga sebuah kecantikkan ni bukan murah & mudah. Nak murah kena susah sikit. Ikut petua2 lama guna herba2 semulajadi tu. Kalau nak senang.. menabung la hangpa beli produk organic ka.. natural produk ka tapi rega memang la tak berapa murah cuma tidak berisiko. Berbaloi la kan dari pakai produk menjanjikan 3 hari pakai muka gebu tahap lantai mar mar punya licin lepas seminggu bertukar dari lantai marmar kepada jalan tar. hang nak camtu?


Moral of the story.. pengasas Tati Skincare & Moleek skincare.. semoga insaf tak jual produk timbang kilo dah lepas ni.

MISTERI DI SEBALIK ANJING INI TIDAK TIDUR & MERENUNG TUANNYA SETIAP MALAM

MISTERI DI SEBALIK ANJING INI TIDAK TIDUR & MERENUNG TUANNYA SETIAP MALAM. Anjing ni semua orang tahu adalah sejenis haiwan yang paling setia dengan tuannya. Anjing ni kalau di bela.. dia bekerja untuk kita. Tapi sebagai orang Islam.. Kita tak boleh nak bela anjing sebagai haiwan peliharaan untuk bermanja manja macam kucing tu. Cuma di bolehkan kita bela sekiranya ada kepentingan macam nak jaga rumah, jaga kebun atau jaga haiwan peliharaan. Tu pun bergantung pada keperluan la. Sesaja nak bela macam orang bukan islam memang tak boleh. Dan tak boleh di bela dalam rumah..


Tapi tu la orang sekarang ni. Susah nak cakap bila nampak ada pencinta haiwan di kalangan orang Islam yang gunakan alasan menyelamatkan haiwan & bela anjing macam pets dalam rumah.. Niat tidak menghalalkan cara. Tak salah nak selamatkan haiwan2 terbiar termasuk anjing tapi ikut la garis panduan yang di tetapkan.. Tak berani nak cakap lebih kan. Satgi depa mai hentam aku balik. Cuma tu la.. Apa yang segelintir aktivis penyelamat haiwan buat ni bukan tak baik cuma kadang2 tak kena pada cara dia tu yang buat orang pandang serong. Apapun aku support semua sukarelawan yang buat kerja kerja kebajikan menyelamatkan haiwan tak kira anjing sekalipun.Sesungguh apa yang anda buat adalah sesuatu yang sangat baik yang bukan semua orang mampu buat. Semoga Allah sentiasa murahkan rezeki & permudahkan urusan anda semua.

Berbalik pada kisah misteri seekor anjing ni.. Kisahnya anjing ni jenis baka Golden Retriever yang di ambil pemiliknya dari sebuah pusat perlindungan haiwan. Alhamdulillah anjing ni di jaga dengan baik & di sayangi seluruh ahli keluarga pemiliknya. Anjing ni pun sejenis anjing yang comel jugak.

Tapi yang peliknya perangai anjing ni setiap malam dia tak tidur.. Dia akan tenung je tuan dia sampai tuan dia tidur. Setiap malam dia akan tunggu di luar bilik tuan dia. Mula2 tuan dia anggap maybe sebab anjing dia belum biasa dengan suasana baru tu dia mungkin jadi macam tu. Tapi bila lama2 anjing tu still jugak macam tu timbul rasa pelik la. Sampai tuan dia rasa macam sentiasa di hantui anjing sendiri pulak.

Macam macam cara tuan dia buat untuk bagi anjing dia tidur malam.. dia bagi anjing dia main sampai penat siang hari dengan harapan bila anjing tu letih dia boleh tidur pada malam harinya tapi tetap anjing dia tak tidur malam & terus menunggu depan pintu bilik tuannya setiap malam. Dia pernah bawa anjing tu buat pemeriksaan doktor untuk memastikan anjing dia tidak sakit.. DDoktor mengesahkan anjing tu sihat jer..

Sebab anjing terus berkelakuan pelik walau macam - macam usaha dia buat.. Sebab nak tahu sangat apa misteri di sebalik perangai anjing dia yang suka tenung dia sampai dia tidur & setia menunggu depan pintu bilik setiap malam.. Dia bertanya kepada penjaga pusat perlindungan haiwan yang dia ambil anjing tu.. Apa yang di ceritakan pada lelaki ni.. Buat lelaki ni menangis ter esak esak..

Rupanya.. Anjing ni masa tuan lama dia nak hantar dia ke pusat perlindungan haiwan kat situ. Dia di hantar ketika dia sedang tidur waktu malam. Pemilik lama dia terpaksa buat macam tu sebab tak boleh jaga dia lagi atas alasan bini dia tengah mengandung. Mungkin di sebabkan perkara tu anjing ni trauma untuk tidur pada waktu malam selepas dapat tuan baru yang sangat sayangkan dia..

Bayangkan seekor haiwan pun boleh tunjukkan kan rasa sayang, kehilangan.. rindu tu. Itulah bukti kekuasaan Allah.. Jadi kalau nak bela apa2 haiwan sebagai peneman jangan bela sekadar suka suka.. Haiwan pun ada perasaan. Bila tak suka buang atau campak je kat mana mana.. Benda tu akan meninggalkan kesan trauma sepanjang hayat pada mereka. Mungkin mereka tak mampu meluahkan rasa dalam bahasa manusia.. Tapi cukup lah kita sebagai manusia yang berakal menyimpan sedikit rasa kemanusiaan tu pada haiwan yang kita pernah belai, sayang & suka. Jangan jadikan membela haiwan ni sebagai hobi.. Nak2 lagi haiwan yang memang Allah ciptakan hidup berdampingan dengan manusia macam kucing & anjing. Kalau rasa nak bela.. Perlu ada rasa tanggungjawab & perlu pengorbanan jugak. Jadi fikirkan semula kalau nak bagi harapan & kasih sayang kepada seekor haiwan.. mampukah kita setia menyayangi mereka sehingga ke akhir hayat.

INI PENYEBAB BERLAKUNYA JERAWAT BERNANAH

INI PENYEBAB BERLAKUNYA JERAWAT BERNANAH. Bagi yang pernah mengalami masalah jerawat ni rasanya biasa kot di hingapi jerawat jenis macam bernanah. Kalau tak banyak pun seketoi dua tu ada jugak kadang2. Selebihnya jenis jerawat yang bonjol yang merah2 macam bukit tu orang panggil jerawat batu ke hapa.  Sebagai bekas jurujerawat yang kadang2 masih ada sebiji dua menyinggah bertanya khabar kat muka aku ni.. Of course la aku pernah di hantui dua jenis jerawat tu. Pendek kata jerawat pasir ke, jerawat bukit ke atau jerawat gunung berapi yang ada larva putih kuning tunggu masa nak meletop ke semua pernah merasa dah. Kira luas jugak la pengalaman aku dengan jerawat ni kan.. hahahaha


Tahukah anda... Apa sebenarnya cecair pekat kekuningan yang macam nanah dalam jerawat tu? Ok ok.. aku tau korang tak tau. Saja je tanya sebab nak bagi nampak pandai sikit dari hangpa sebab aku dah tau apa benda cecair pekat kekuningan dalam jerawat gunung berapi. Jadi sebagai seorang yang nak berlagak pandai sekejab meh sini baca apa yang nak aku taip ni & hadam betul betul..

Sedikit info bagaimana berlakunya nanah ni.. Nanah adalah bahan bewarna kuning keputihan atau kuning kehijauan yang hadir dibahagian yang dijangkiti bakteria, termasuk luka kecil, seperti jerawat, dan jangkitan dalam, seperti bisul. Nanah kebanyakannya terdiri dari sel darah putih dan bakteria mati, termasuk juga buangan keradangan. Apabila jangkiti pada luka, akan berlaku 'nanah' , dan perlu dicuci dengan antiseptik.

Untuk jerawat bernanah pulak.. Cecair pekat putih kekuningan (nanah) itu sebenarnya terbentuk disebabkan kalenjar sebum kulit kita merembeskan minyak secara berlebihan. Oleh itu benda putih kekuningan itu adalah minyak yang berlebihan dan bercampur dengan bakteria. Ramai jurujerawat di luar sana suka picit sebab nak bagi cepat surut jerawat tu walaupun rasanya ramai dah tahu kan.. cara macam tu sebenarnya salah & boleh merosakkan kulit muka sebab kalau salah cara kita pecahkan jerawat akan menyebabkan jangkitan bakteria & mengakibatkan masalah jerawat jadi semakin serius. Selain tu.. cara tu jugak boleh menyebabkan parut pada bekas jerawat. Jadi seeloknya jangan pict biarkan dia pecah sendiri. Boleh rawat dengan apa2 produk mengecutkan jerawat.. salah satu aku pernah guna acne gel garden of eden. Cari je kat farmasi ada je jual.

Sebagai jurujerawat kita kena jugak tahu asal usul jerawat yang berkampung di muka kita kan.. Penting untuk kita tahu bagaimana ia terjadi untuk kita ambil langkah membasmi atau mengelakkan dia kembali bermastautin di daerah kulit terutama di bahagian muka. Spesis jerawat ni memang pendatang tanpa izin yang tak tau malu sikit tapi kedatangan dia selalu memalukan kita, kan? hehehehehehe...

Moral of the story.. Kalau muka berjerawat sila rawat jerawat dulu tak payah sibuk sangat nak nak tambah collagen dalam muka bagai nak bagi sentiasa awet muda.. Kalau muka berjerawat memang muka tak nampak awet sangat dah.. Lepas dah settle masalah jerawat baru ke step seterusnya untuk mengekalkan kemudaan pada kulit. Salah satu produk korang boleh try untuk awet muda yang ni >> Yang Nak Sentiasa Perasan Muda Boleh Try Produk Ni <<

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI. Sekarang tengah hot pasal isu local produk yang katanya ada mercury & chemical yang banyak sehingga menyebabkan ada di antara pengguna produk ni mengalami masalah kulit wajah yang serius.. Bukan setakat berjerawat.. siap jerawat bernanah lagi. Selain katanya menyebabkan jerawat selepas stop pakai produk tu lepas seminggu.. ada juga yang kata kulit timbul bintik2 putih di muka..Tak tau adakah betul produk ni banyak mercury & chemical kena tunggu penjelasan dari pengasas produk tu la. Nak tahu jugak kat mana dia buat ujikaji produk dia. kalau dia kata produk dia selamat bebas chemical & mercury kan. Mesti kena ada satu pihak yang mengesahkan tentang tu.. So tunggu je sebab benda ni pun mula jadi viral.


Bila baca ramai yang terkesan pada local produk tu.. Ada yang tengah guna & nak stop tapi takut menerima kesan yang sama.. Jadi kat sini aku nak share satu produk berasaskan bahan semulajadi. Natural produk jugak la tapi tidak la mahal sangat.. Produk ni senang korang boleh beli kat mana2 farmasi, guardian,watson atau kalau kat tempat korang susah nak jumpa watson & guardian ni boleh je beli melalui website lazada. Sebab Guardian ada jual barang kat website lazada. Kat pasaraya setakat ni tak jumpa pulak ada jual. Sebab produk memang aku guna jadi aku berani la nak rekemen. Selama aku guna memang tak bagi apa2 pun kesan buruk walau kadang2 aku stop bila aku curang dengan produk2 lain. On off guna pun dia menyumpah muka korang jadi bukan bukan jangan risau. hehehehe

Ada yang masih tak tau tentang produk Garden Of Eden. Bukan produk baru yer.. dah lama ada kat pasaran. Pengalaman aku sebelum ni la.. Bukan tak pernah tersalah guna produk. Malah dulu aku juga salah seorang pengguna tegar local skincare dulu. Banyak jugak jenama aku try tapi masa tu sangat jahil tentang produk skincare. Normally produk yang aku guna cream dia memang melekit. Tu salah satu ciri2 produk yang ada mercury. Bila pakai tu elok la.. Bila stop jerawat meriah berpesta muda mudi kat muka. Tapi time tu dok rasa kulit aku ni jenis memang mudah berjerawat tak fikir pasal kesan daripada produk yang ada mercury. Yelah time tu mercury pun tak tau apa benda hahahaha.

Bila terjebak dalam dunia blog kadang2 perlu review produk skincare ni. Ada produk yang tak sesuai dengan kulit atau terlampau mengejut tukar produk akan effect jugak kat kulit. Bila berlaku macam tu selalunya untuk merehat & menaturalkan balik kulit yang terkesan akibat penggunaan produk yang tak sesuai atau produk tu mungkin mengandungi mercury atau chemical yang berlebihan.. aku akan guna Garden Of eden Rosa T Mild Cleanser. Harga dia antara RM18 - RM21 untuk 100ml. Harga memang tak tetap. Lain tempat lain harga. Cleanser dia memang berbau natural takde bau wangi ke masam ke hapa. Dalam seminggu guna kalau ada keradangan kulit macam jadi merah2 ke hapa.. dia akan reda. Kalau jerawat.. jerawat akan mula kecut & kering.

Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser. Ni memang sentiasa ada stok. Walau aku guna produk lain yang ni tetap aku simpan jugak. Untuk mengelakkan berlaku masalah jerawat kalau tersalah pakai apa2 produk

Aku pernah mengalami masalah jerawat yang serius jadi aku pernah guna Tripple Action Acne serum garden of eden. Masa tu aku beli harga dalam RM31++ untuk 5ml. Aku pakai 2 botol serum dalam tempoh sebulan memang masalah jerawat tu berjaya di selesaikan.
Garden Of Eden Rosa T Tripple Action Acne Serum

Atau boleh guna bersama Garden Of Eden Acne Gel.. Yang ni selalu aku stanby kat rumah. Yelah.. kadang2 tumbuh jugak sebiji dua jerawat merenyam time2 bulan nak mengambang. Almaklum la perempuan kan.. Jadi kalau ada jerawat singgah.. aku sapu je. nanti di kecut la.

Garden Of Eden Rosa T Acne Gel

Produk Garden of eden ni kalau kau nak harap muka kau jadi glowing, flawless atau gebu macam Emma Maembong tu mungkin tidak la untuk set jerawat. Dia memang semata mata merawat jerawat tapi sangat berkesan. Cuma bila guna Rosa T Mild Cleanser tu aku nasihatkan guna juga apa2 pelembab sebab bila nak rawat jerawat ni dia akan keringkan sikit kulit sebab nak keringkan & kecutkan jerawat tu. Tapi tahap kering dia tu tak sampai la mengelupas cuma kita boleh rasa kulit kita kering sedikit. Tapi kalau guna dengan Acne & scar serum tu.. Dia akan melembabkan kulit sebab serum dia macam minyak pati tumbuh tumbuhan. Tapi sekarang tengok dah ada Satin White cream tu mungkin membantu mengimbangi kekeringan kulit la kot.  Sebab aku belum pernah try yang satin white cream tu tak tau la effect dia macam mana.Kulit jadi licin macam kain satin ke hapa.. Try la hangpa guna nanti bagitau aku. hehehehe. Aku cuma share yang aku pernah guna la..

Produk Garden Of Eden Untuk Set Jerawat

Produk Garden Of eden sebenarnya ada banyak set bukan untuk jerawat jer.. untuk pigmentasi pun ada. Cuma rasanya dia tak jual dalam bentuk set dia jual single2 macam tu. Tak tau la kot2 hangpa pi cari jumpa dia jual set macam kat dalam gambar tu kan. Tapi setakat ni yang aku jumpa semua jual single je. Tapi untuk apa2 masalah kulit kat packaging dia tu dia akan mention untuk kegunaan apa. Atau korang nak survey tentang produk ni boleh tengok kat Facebook Garden Of Eden.

Garden of eden adalah produk berasaskan ektrak tumbuh tumbuhan. Memang bebas chemical. Kesan dia bukan macam produk yang ada mercury.. 3 hari boleh nampak kulit gebu, jerawat hilang bagai. Semestinya tidak begitu cepat. Dia merawat perlahan lahan.. selepas seminggu tu kalau masalah jerawat.. jerawat akan stop & mula kering/mengejut sikit demi sedikit. Tapi antara produk yang berkesan aku cuba untuk masalah jerawat. Jadi guna produk2 natural macam ni memang kena sabar & istiqomah yer. Tapi jangan risau Insya Allah.. dapat membantu masalah jerawat yang berbunga mekar di wajah masing masing.

Kesimpulannya.. semua orang nak kulit cantik macam gambar guna applikasi kamera 360 tu.. Takde sapa nak kulit muka macam kawah bulan atau macam kodok.. Tapi dalam mengejar kecantikkan tu please jangan jadi obses nak cantik dalam kadar segera. Bila kulit kita ada masalah kalau merawat cara selamat memang ambil masa untuk nampak hasil. Kalau boleh dapat kesan yang terlalu cepat mungkin anda perlu meragui sesuatu produk tu. Mungkin sedikit siasatan perlu di lakukan. Nak cantik tu kekal berpanjangan memang kena cari produk yang tidak mengandungi bahan kimia & mercury. Yup.. Natural produk adalah salah satu pilihan yang selamat.

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE. Ni tetiba buat entri pasal pengasas Tati Skin Care kau pun terjebak guna produk yang katanya berkesan dalam masa 3 hari & jerawat settle dalam masa 7 hari. Bukan kau shopping skincare kat guardian je ke? Rasanya guardian takde jual produk Tati Skincare ni kan.. Yer betul. aku guna skincare yang jual kat Guardian je. Aku bukan salah seorang pengguna Produk Tati Skincare pun & aku sesungguhnya tidak berani nak ambil risiko guna produk ni.. hahahaha. Hanya yang berkulit kental & kenyal je boleh guna produk ni. Yang berkulit lemah semangat macam kulit aku tak payah la nak cuba - cuba hahahaha


Produk ni sesungguhnya feedback pengguna yang aku baca ada Pro & contra. Ada yang kata kesan dia memang sangat memuaskan hati & ada yang komen sangat mengecewakan.. Sebab aku tak pernah guna komen aku cuma menakutkan je baca feedback dari bekas bekas pengguna produk ni.


Mungkin ramai yang tak kenal siapa pengasas produk yang tengan 'In trend' sepanjang 2016 ni & bakal jadi kontroversi untuk tahun 2017 katanya hehehehe... Pengasasnya bukan seorang lelaki berpewatakkan lembut tapi perempuan original yang bertudung. Perempuan melayu jugak. Nama pengasas produk ni adalah Nurhayati Hashima. Mengikut hasil siasatan aku melaui Facebook.. Beliau berasal dari Pasir Mas Kelantan & menetap di sana jugak. Katanya belajar kat UM Kelantan.


Tu je la yang aku tahu. Bila dia mula mengeluarkan produk Tati skincare ke hapa tak jumpa pulak info pasal tu. Jadi pada mereka mereka yang tertanya tanya siapa gamaknya pengasas produk yang meletop bagaikan pop corn baru masak ni hope dah berkenal kenalan yer. Putih gebu orangnya. Padan la jadi pengasas produk kecantikkan pun. takde la orang pertikai dia keluarkan produk skincare pun hahahaha. Macam aku kalau jadi pengasas produk kecantikkan mungkin kena kecam. Almaklum.. even bebas jerawat pun takde la gebu gebas lagi. Masih banyak perlu di repair kat muka aku ni hahahahaha.. Jadi sapa nak berkolabrasi untuk review kat blog lekatlekit.com ni & ada produk best nak suruh aku test, manatau aku boleh jadi testimoni berjaya kalau betul2 produk korang tu berkesan kan. Jadi boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com. Syarat produk korang bukan produk yang banyak chemical & mercury, ada pengesahan KKM, GMP, Halal (kalau ada salah satu daripada 3 tu pun ok. Tapi paling penting KKM & Halal la) yang sah bukan setakat print sticker kat kotak produk bila di semak tak pernah pun dapat pengesahan atau kelulusan KKM, GMP atau Halal JAKIM.

Kalau korang nak share untuk orang lain mengenali siapa pengasas produk Tati skincare ni pun boleh.. share je pada button2 social media yang ada kat sebelah kiri & bawah artikel ni. Manalah tau ramai lagi yang masih tercari cari siapa sebenarnya pengasas produk ni. Mungkin depa ada urusan nak kenal juga siapa pengasas produk tati skincare kan.. hehehehe

P/S : Ramai kan orang kelantan yang jadi pengasas produk kecantikkan ni. Senang dapat stok kot hehehehe

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE.

PENGALAMAN NGERI SELEPAS GUNA PRODUK TA** SKINCARE. Antara produk local skincare yang tengah In-trend jugak sekarang. Dari hasil pembacaan aku dari pengalaman mereka yang pernah guna.. kesan selepas guna produk ni ada yang kata ok.. Cantik, gebu, licin terutama yang ada masalah jerawat tapi tak kurang jugak ada yang memberi feedback negatif selepas stop atau tak consistent guna produk ni.. Mula la episod mimpi ngeri. Serius.. aku sendiri kurang berminat guna local skincare sekarang sebabnya pengalaman aku sebelum ni banyak jugak guna local skincare pelbagai jenama ni.. Masa tu kategori jahiliah lagi la.. Masa guna ok.. lepas stop muka kembali jadi 'jemah jelmaan'. Jerawat subur bagai di baja.. tona kulit pun jadi pelbagai warna, kusam & tidak sekata. Selepas stop guna local skincare.. aku beralih membeli produk2 kat farmasi.. dari start try Bio Essence sampai sekarang macam2 produk aku dah try semuanya produk farmasi atau yang ada clinical approve. Alhamdulillah.. masalah jerawat aku anggap selesai la sekarang. Takat jerawat sebiji dua miang miang buluh rebung tu.. ada la. Lepas tu dia kecut tamat la riwayat dia kat situ.



Tadi terbaca satu perkongsian dengan bekas pengguna produk Ta** skincare. Kalau tengok pada gambar yang dia kongsi memang menakutkan terutama orang macam aku yang pernah pegang jawatan 'Jurujerawat' ni. Even masalah jerawat dulu tak seteruk tu pun kita dah rasa muka macam kodok inikan kalau mengalami situasi macam tu. Mau murung setahun katanya. Menurut cerita bekas pengguna produk tu katanya.. Mula2 pakai memang cepat & cantik kesannnya. Konon dalam masa 7 hari jerawat settle. Yelah.. time pakai tu memang putih mulus, gebu gebas.. Lepas kulit dia dah makin cantik & sihat kononnya dia mula tak consistent guna. kejab pakai kejab tak.. Time tu baru nampak kesan buruk pada kulit dia dari penggunaan produk tu. Jerawat naik bukan sikit penuh kat muka terutama kawasan mulut.. siap yang jenis bernanah lagi. Kulit dia pulak jadi semakin sensitif. Tak boleh kena cahaya matahari terus jadi pedih. Bayangkan la betapa azab dia menanggung seksa selepas cantik seketika waktu selepas penggunaan skincare tu.

Kesan selepas guna Ta** skincare. Kalau tak rasa menakutkan tak tau la

Kadang2 tengok kengkawan kat Facebook dok tanya pendapat nak guna produk ni aku bagi juga la pandangan walau kebanyakkan ignore pendapat orang2 macam aku ni. Almaklum la bukan Ahli Farmasi katanya. Biarlah kan.. muka depa hak depa. Apa depa nak tempek.. nak tenyeh.. nak tonyoh.. kita tak boleh nak halang. Cuma sekadar berkongsi untuk kebaikkan bersama.. Bukan kata semua local skincare tu merbahaya tapi kebanyakkan memang tak berapa elok untuk kulit. Bukan kata produk luar ni semua terjamin selamat cuma kebanyakkan produk yang selamat tu melalui jenama dari luar. Jadi berhati hati untuk mencuba apa2 produk.. Betul kesan masa kita guna memang kadang2 buat kita jadi terawang awang. Rasa macam cantik menarik kau memang da'bomb.. tapi belum tentu kesan selepas kita berhenti menggunakan kekal cantik. Tak cantik ok lagi.. kalau sampai memudaratkan kulit tu yang bahaya sangat. Sebab tu sangat penting pengesahan KKM. Sebab tu kadang2 aku meluat dengan seller yang dok perli2.. produk luar takde KKM orang tak kisah nak guna.. yang local produk sibuk nak tanya ada KKM ke tidak. Tak kira produk tu luar ke dalam penting sangat KKM. Kalau jadi camni hangpa nak bertanggungjawab ke? Hangpa tu seller sepatutnya sebelum jual kena pastikan produk tu betul2 selamat dulu.


Pada yang masih menggunakan produk ni terpulang.. Kalau rasa tak jejaskan kulit korang & confident produk tu tak bahaya teruskan. Kalau rasa nak lebih kepastian siasat dari mana produk tu, apa bahan di gunakan.. kat mana produk tu di ujikaji keberkesanan & keselamatan dia. Semua terpulang kepada diri sendiri.. Yang nak cantik atau rosak muka hangpa kan..


Moral of the story.. Semua orang suka & nak cantik termasuk aku tapi please jangan perjudikan keselamatan & kesihatan kulit korang. Kalau effect kulit je maybe boleh rawat lagi.. kalau effect organ dalaman ke hapa.. macam mana? Jangan ingat skincare tak boleh memudaratkan kesihatan & fungsi tubuh badan kita ok!

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL. Aku perasan jugak trend ni.. Tapi aku maybe kurang layan benda2 macam tu so tak terasa terhibur pun nak share benda2 macam tu. Nak troll orang hanya kerana kepelikkan atau ketidakkan cantikkan wajah orang ni aku selalu rasa malu sebab sedar diri la kita pun bukan secantik mana nak jadikan wajah atau fizikal orang lain tu sebagai bahan bergurau senda & bergelak ketawa. dua tiga hari ni nampak satu trend guna gambar insan yang mungkin agak unik & pelik (nak guna perkataan hodoh macam kejam sangat kan) untuk di jadikan bahan gurauan dengan caption kononnya dia cari seseorang bernama.. senah.. Ali.. Leha.. So, masing2 pulun dok share & tag kawan yang ada nama tersebut lepas tu komen dengan riang ria.

Ni contoh meme yang di buat dengan tujuan bergurau guna wajah orang lain. Sungguh biadap. Ni version english yang version melayu pun semalam aku tengok bersepah friendlist kat facebook aku share sambil tag nama kawan2 mereka yang berkenaan.

Tak terfikir langsung kan.. Macam mana kalau muka kita yang di jadikan bahan senda gurau orang atas sebab mungkin muka kita buruk. Rasanya kita seronok tak di perlakukan macam tu. Tipu sangat la kalau muka kau yang kena kau rasa terhibur sampai senyum sepanjang hari. Tak menangis depan orang pun confirm menangis bawah bantal. Silap haribulan bunuh diri sebab terlampau stress orang gunakan gambar kau macam tu.

Wajah kita ni bukan kita boleh lukis macam mana kita nak.. Semua ini adalah lukisan dari Allah sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau kau mempersendakan muka orang lain sama la kau mempersendakan kejadian Allah. Kau siapa nak menghina ciptaan Allah?? Sila sedar diri sikit, hokay!!! apa kau ingat gambar kau dapat like & komen konon lawa & hensem tu dah rasa kau elok sangat ke dari orang lain?? Mohon pergi bunuh diri je kalau kau ada perasaan macam tu.

Tak semua perkara boleh di jadikan bahan gurau lebih2 lagi berkaitan dengan rupa & fizikal orang ni. Nak bergurau pasal rupa & fizikal pun ada limit dia & dengan orang2 tertentu jer. Aku sendiri dulu pernah rasa down sebab aku mempunyai fizikal yang rendah yang tak ramai orang ada ketinggian macam aku. Bila orang panggil 'pendek' nak2 lagi orang kita tak kenal atau orang yang kita tak pernah berkawan walau kenal, memang sentap jugak la. memang dulu aku pernah rasa terhina jugak tapi bila lama2 dah biasa dengan ejekkan baru aku boleh 'move on' katanya. Tapi nak ambil masa terima benda tu memang akan melalui fasa yang sangat menyakitkan hati,jiwa & perasaan kalau orang panggil pendek ni.

Yang tu kat media sosial kalau luar media sosial pun jangan bila kawan2 ajak lepak atas sebab2 ni >> 6 Sebab Paling Popular Kawan Kawan Korang Ajak Lepak. Betul tak?? << Jangan pulak dok ambil kesempatan bergurau menyentuh pasal fizikal ke, rupa paras ke. Nak2 lagi yang dah lama tak jumpa tu. Mungkin dulu slim sekarang dah gempal. Mungkin dulu dia sporting tapi tak mustahil meningkat usia hormon berubah tahap ke sporting'an dia tu dah kurang. Almaklum la orang kata makin tua ni makin sensitif. Jadi hati2 kalau nak bergurau pun. Jangan melampaui batas sampai dah nampak macam menghina.

Moral of the story.. Mungkin bagi kita benda tu.. alah tak ada apa sangat la. Yelah.. sebab bukan muka kita jadi kita rasa macam remeh sangat bergurau macam tu untuk orang lain ambil hati. Tapi ingatlah penerimaan setiap orang tak sama dalam bergurau nak2 lagi sampai jadi troll & viral kat media sosial.

SEQY BEAUTY BB CREAM BERFUNGSI SEBAGAI BEDAK ASAS JUGA MERAWAT KULIT BERMASALAH JERAWAT

SEQY BEAUTY BB CREAM BERFUNGSI SEBAGAI BEDAK ASAS JUGA MERAWAT KULIT BERMASALAH JERAWAT. Bedak asas ni sangat penting kalau nak bersolek. Tanpa bedak asas rasa macam tak lengkap solekkan & kadang2 pemakaian bedak pun jadi macam tak sekata atau tak melekat pada kulit. Bedak asas seperti yang kita sedia maklum.. Selain menyempurnakan solekkan ia jugak berfungsi menutup cela pada wajah.


Tapi awas.. Bedak asas @ foundation ni.. Bukan semua boleh main pakai jer. Aku pernah jugak tersilap pakai sejenis foundation yang ada brand & harga pun bukan murah sangat. Tapi di sebabkan ia tidak sesuai dengan kulit wajah aku.. Maka tumbuhlah jerawat monster kat muka. Tapi masa pakai memang best.. nampak sekata, kulit jadi cantik tapi kesan dia selepas tu memang menangis depan cermin ok! Jadi penting untuk kita pilih foundation atau apa2 jer produk yang berfungsi sebagai bedak asas yang menepati & bersesuaian dengan kulit wajah kita.

Salah satu produk bumiputera yang selamat & Insya Allah tidak memudaratkan kulit wajah anda adalah Seqybeauty BB Cream. Sebab selain ia mempunya fungsi seperti bedak asas dalam pada yang sama ia juga melindungi & merawat kulit anda. Bagus kan.. Kalau kulit bermasalah seperti jerawat.. Dengan pemakaian yang berterusan boleh merawat masalah yang ada pada kulit anda di samping ia boleh menyembunyikan cela di wajah anda juga.

Testimoni pengguna

Selain menutup cela & merawat kulit, Seqybeauty mempunya SPF 30 di mana melindungi kulit anda dari sinaran UV. So, takde la sunburn sangat kan sebab kesan sinaran UV yang berlebihan ni boleh menyebabkan jeragat & kesan penuaan.

Sesetengah BB Cream kadang2 bila kita berada di tempat panas ia akan jadi pecah minyak tapi BB Cream Seqybeauty ni Tidak berminyak. Kalau jenis kulit kering dah tak perlu apply pelembab sebelum bersolek. Just pakai terus Seqybeauty BB cream ni.. Ia mengawal kelembapan pada kulit & kulit anda tidak kering.


Secara ringkasnya kelebihan Seqybeauty BB Cream ni adalah..

* Sesuai untuk semua jenis kulit.
* Menutupi cela di muka.
* Sebagai bedak asas.
* Lebih ringan dari foundation.
* Sebagai essential cream, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit.
* Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30)
* Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya.
* Wajah tidak berminyak sepanjang hari.
* Berfungsi melawan sinar violet dan pencemaran udara sehingga endikan kulit sihat.
* Melambatkan penuaan.
* Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia.

Antara bahan yang di gunakan dalam SeqyBeauty BB Cream adalah

* Aqua Cream
* Beeswax
* Cetyl Alcohol
* Octyl Methoxycinnamate
* Cyclopentasiloxane
* Dimenthicone
* Caprylic/Capric Triglyceride
* Propylene Glycol
* Titanium Dioxide
* Iron Oxides
* Sodium Chloride
* Phenoxyethanol

Berminat untuk mencuba boleh hubungi :
Whatsapp : 014 9712982


JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK. I bekas Ratu cantik ok! Tapi Ratu cantik dalam mimpi je la. Hahaha.. Tak kira ratu cantik dalam mimpi ke hapa tapi jangan sesekali nak cakap aku tak cantik. Sebelum kau cakap aku tak cantik, better kau cermin muka kau sendiri!! ops! cermin sekarang pun dah tak boleh percaya apatah lagi gambar kan?? hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tu dia mukadimah penuh riak, bongkak & perasan lawa katanya. Mesti la! I memang lawa pun.. Lawa kalau ambil gambar guna beauty camera kalau tak lawak je. Hahaha... Tak kira la gambar I edit ke tidak yang penting ramai puji I lawa, okay! Kalau U tetiba nak mempertikaikan pasal kecantikkan I, siap U. I akan printscreen semua komen2 yang memuji kecantikkan I untuk I buktikan pada U yang I ni memang lawa. Even kawan2 realiti I pun cakap I lawa, ok! Kenapa U sorang je songeh sangat.. Nak real pic tanpa makeup la, tanpa editing la.. Cukup la apa U tengok tu dah lawa. So, terima je I memang lawa.

Penat pulak ahkak membebel.. Tu sekadar lakonan je la. Lakonan yang di adaptasi dari apa yang berlaku di media sosial. Sapa yang taknak nampak cantik ye dak.. Tapi tu la jangan sampai tak boleh terima kenyataan bila ada yang memandang kita tak cantik. Bila ada yang mempertikaikan kecantikkan kita hanya 'palsu' jangan la marah. Biasa la kita orang perempuan ni memang jarang nak tunjuk rupa sebenar bagi yang kaki makeup, kaki edit gambar. Mengaku je la yang cantik tu banyakkan 'touch up' & editing je. Tak perlu la kau nak petik2 pujian kengkawan yang ntah ikhlas, ntah nak jaga hati bagi membuktikan kau sebenarnya cantik pada pandangan mata orang lain. Kita semua cantik sebenarnya.. Tapi kalau ada orang rasa kita tak cantik tu hak mereka. Sebab cantik pada pandangan mata setiap manusia bukan sama.

Tak payah sentiasa harap sangat orang puji kita ni cantik sampai tak boleh terima kenyataan bila orang mempertikaikan kecantikkan kita yang macam fake Sampai nak compare pulak dengan orang lain yang kita rasa lebih buruk dari kita. Dalam perasan lawa ni pun perlu ada limit & batasannya. Aku pun kadang2 perasan lawa jugak nak2 lepas cuci muka atau makeup. Cermin kat rumah aku pun kadang2 boleh tahan jugak pandai bodek. Mungkin dia takut kena baling dengan botol bedak tu yang kadang2 Tengok macam lawa sangat dah.. tup tup tengok cermin kat side mirror kereta laki aku sipi sipi je nak macam hantu kak limah. Mujur la conteng2 sikit dengan makeup. hahahaha

Kesimpulannya kat sini.. Jangan perasan lawa tanpa batasan sampai rasa sapa yang pertikai pasal kecantikkan kau yang tak nampak natural beauty atau original tu dengki. hakikatnya kau tahu gambar kau tu ada edit atau tak. Tak kira la edit brightness ke edit jadi flawless ke, atau smartphone kau tu standard camera dia memang dah auto edit macam OPPO Pakar selfie anda tu.. Kalau ada sentuhan kecundang guna aplikasi tu, tetap la edit, kan? Bukan apa bila kau bermati matian dok mempertahakan yang kau sebenarnya cantik macam bidadari, Orang yang baca rasa macam... hurmm... kesian. Tak boleh terima kenyataan rupanya.

Moral of the story.. Biar ada orang mengeji rupa paras kita, tak perlu kita buktikan sangat yang kita sebenarnya cantik. Bersyukur dengan lukisan Indah di wajah kita & jaga baik baik pun dah cukup. Biar orang pandang kita buruk, tapi Allah dah jadikan kita sebaik baik ciptaanNya. Menghargai rupa yang kita ada dah cukup buat kita rasa cantik & tak perlu pun mengharap sangat pujian orang lain untuk membuktikan kecantikkan yang Allah lukis di wajah kita.

Apapun cantik je kalau tak berduit & asyik nak menumpang kekayaan orang je pun nampak buruk jugak walau tak buruk rupa tapi buruk perangai. Jadi untuk jadikan perempuan cantik nampak perfect kena pandai cari duit jugak Kalau ada duit yang hodoh pun boleh jadi cantik.. Apa ingat rawatan kulit, skincare, makeup semua tu terjun dari langit lepas kau tadah tangan je.. 

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI. Manusia ni memang suka mencipta mitos. Semua ni berlaku sebab manusia suka buat andaian & anggapan sendiri tanpa mengkaji. Dia rasa apa boleh terima logik akal dia.. maka jadi betul la semua. Lepas tu di kongsikan dengan orang lain..


Macam tu jugak dengan penjagaan kulit wajah. Almaklum muka adalah aset penting pada seorang manusia. Kalau dok ikut panduan yang berunsur mitos ni takut kita tak dapat hasil yang memuaskan malah mungkin memberi kesan buruk pulak pada kulit wajah kita. Benda ni paling di takuti manusia.. Bila muka jadi buruk. Jadi meh sini kita semak apa 7 mitos yang mungkin menjadi amalan & kepercayaan kita selama ni dalam penjagaan kulit wajah..

1. Cukup sekadar membersih muka 2 kali sehari
Memang membersih muka memang sebaiknya di lakukan malam sebelum tidur & waktu pagi selepas bangun tidur. Tapi kalau anda seorang yang aktif bersukan atau bekerja yang banyak mengeluarkan peluh ni adalah lebih baik membersih wajah selepas beraktiviti.

2. Mencuci muka menggunakan span/kain
Benda ni selalunya kita tak buat kat rumah tapi kat spa2 atau salon kecantikkan suka la guna span atau kain bagai bagi membersih kotoran yang melekat di kulit wajah kita. Sebenarnya kaedah paling terbaik adalah menggunakan tangan sendiri macam kebiasaan kita buat tu. Kalau gunakan kain/span mungkin gosokkan tu terjadi sedikit kuat. Kalau guna tangan seeloknya cuci tangan dulu sebelum menggosok muka. Kebanyakkan orang dia terus basahkan muka pakai face wash terus gosok je muka. 

3. Guna air panas membersih wajah
Sebenarnya menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit jadi kering tapi kalau guna air sejuk pulak tak mampu untuk membersihkan kesan kotoran,minyak & kesan makeup pada kulit. Yang terbaik adalah guna air suam suam kuku katanya.

4.  Mengecilkan Pori menggunakan ais
Memang masa kita mencuci wajah dengan air ais pori pori akan mengecil. Macam tu jugak bila kita mencuci guna air panas pori2 akan terbuka tapi sebenarnya benda tu berlaku hanya pada waktu tu je. Cuma kesan jangka masa pendek. Jadi sebaiknya untuk merawat masalah pori ni gunakan masker atau scrub untuk membuang sel sel kulit mati & menjadikan kulit wajah menjadi lembut & cerah

5. Bertukar tukar produk supaya kulit semakin jadi cantik
Produk ni kadang2 walau kita guna terus menerus dalam masa yang lama, dia akan semakin berkesan pada kulit sebab kulit kita akan secara semulajadi meneutralisasi bahan tersebut. Tapi kalau rasa produk tu serasi dengan kulit kita & kita nampak keberkesanannya tak perlu nak tukar produk lagi. Yang ni aku susah nak follow sebab bab setia pada 1 jenama produk aku memang tak berapa kuat iman. hahahah

6. Pakai krim antipenuaan malam hari kerana waktu malam waktu terbaik merawat kulit 
Waktu malam, sirkulasi darah di bahagian kulit meningkat & level PH kulit akan menurun sehingga krim rawatan mampu di serap kedalam kulit lebih mudah. Tapi bukan semua krim antipenuaan di formulasi sebagai krim malam. Ada jugak krim antipenuaan dalam bentuk day cream yang mengandungi antioksidan & SPF tinggi bagi melindungi kulit dari sinaran matahari. Jadi lebih sesuai pakai krim antipenuaan yang berbentuk krim siang ni supaya boleh di pakai waktu pagi & siang.

7. Semakin banyak memakai produk antipenuaan semakin awet muda & cantik
Memakai banyak produk rawatan kulit sebenarnya tidak menjadikan kulit anda semakin cantik atau memberi banyak manafaat. Jadi tak payah berabih duit sangat la. Yang penting sebenarnya adalah memilih produk yang menepati keperluan kulit anda & memakai dengan cara yang betul sahaja. Selain tu memakai krim wajah terlalu tebal akan menutup pori wajah sehinggan menyebabkan blackhead. Yang ni aku setuju dulu aku suka pakai macam2 produk tak cantik mana tapi bila aku dah malas pakai milk cleansing & cleanser eucerin ni kulit jadi makin elok la pulak. Jerawat pun malas nak hinggap. Maka pemilihan produk yang betul sebenarnya sangat penting bukan memakai produk yang banyak.

Cukup la 7 mitos aku share. sebenarnya ada lagi cuma malas nak taip panjang panjang.. hahaha.. Boleh gitu! Boleh jer. Nak tau selebihnya try la google. hehehe. Apapun gunalah produk yang selamat ada pengesahan kementerian kesihatan malaysia. Nak lagi baik cari produk yang ada kelulusan klinikal macam produk eucerin yang aku sedang pakai. Serius.. memang berkesan & tidak menyebabkan kesan sampingan.

AKIBAT TERBELI EUCERIN MILD CLEANSING MILK INI YANG BERLAKU

AKIBAT TERBELI EUCERIN MILD CLEANSING MILK INI YANG BERLAKU. Kisahnya berlaku 2 3 minggu lepas di guardian Selayang Mall. Ada aku tulis kisah macam mana boleh terbeli Eucerin Mild Cleansing Milk. Nanti aku share link entri tu balik. Akibat dah terbeli maka terpaksa la try guna jugak kan. Takkan nak buang. Bukan bayar pakai air liur ye dak. Semua bayar pakai Ringgit Malaysia yang sah. Bukan duit print guna printer canon katanya. Kalau laku duit print guna printer canon dah lama aku tak payah sampai kontot jari menaip review & iklan kat blog demi nak dapat sebotol cleansing katanya hahahahaha...


Mula2 aku memang ingat cleanser (pencuci muka) sebab memang masa tu aku tengah cari pencuci muka tapi bila aku tenyeh2 apsal la dia macam lotion pulak ni. Tak ada kesan macam cleanser pun. Maka aku suarakan pertanyaan kat Facebook.. Katanya dia sejenis cleansing yang di guna macam toner tu. Kita cuci dulu guna kapas kemudian kita cuci dengan cleanser. Oo.. kisahnya. Almaklum tak pernah guna produk Eucerin lagi sebelum ni. Mula2 aku tenyeh pakai tangan je sebab rasa macam lotion kan. Errkk.. Apsal macam best pulak pakai Mild Cleansing Milk ni.  Lepas tu aku try cuci guna kapas. Hek eleh.. bertambah best pulak kesan dia. Muka rasa bersih, lembab & lembut giler beb!


Maka aku teruskan pemakaian sehingga hari ni.. Ya Allah syukur aku tersilap beli cleansing ni. Sebelum ni kulit aku kering & mengelupas sikit sebab pakai 1 produk ni untuk review. Tapi bila di gabungkan dengan Eucerin Dermatoclean Mild Cleansing Milk ni hasilnya memang kebabom. Kulit semakin cerah, licin,lembab, glowing, jerawat pun malas nak singgah even time bulan mengambang, parut jerawat yang lama semakin pudar & hilang. Nak2 lepas seminggu beli Mild Cleansing Milk ni aku beli plak Cleanser gel dia. Yang tu nanti next entri aku review ok.

Produk Eucerin ni adalah poduk yang selamat kerana dia lulus ujian clinical atau senang kategori produk clinical. Bau dia pun tak harum sundal malam ke hapa.. Bau dia pun bauan yang semulajadi yang masih sedap di hidu. Untuk Mild Cleansing Milk ni.. Memang fungsi dia membersih sisa kotoran yang melekat pada kulit atau kesan makeup sambil memelihara kulit dari berlaku kekeringan. Produk Eucerin memang sangat rekemen pada mereka berkulit sensitif, kulit kering/mengelupas & bermasalah jerawat. Aku memang sekarang cuba untuk guna produk2 clinical ni. Sebab kesan pemulihan dia memang untuk jangka masa panjang. Bukan macam sesetengah local produk yang hanya cantik bila kita consistent guna, lepas kita stop muka kita kembali bermasalah atau lebih teruk masalah kulit berlaku.

Cara nak pakai Eucerin Dermatoclean Mild Cleansing Milk ni cuma tuang atas kapas kemudian sapu di bahagian muka. Time tu nak tengok tahap daki2 kat muka kau boleh nampak kesan atas kapas. Gunakan 2 kali sehari.. Pagi & malam (sebelum tidur). Lepas 3 hari korang boleh nampak kesan kulit nampak lembab, licin & bersih. Harga dia sebenarnya tak mahal.. sebab kuantiti dia 200ml. Harga dia RM45++. Aku beli kat guardian.


Moral of the story.. Produk apapun kita nak guna perlu fikir kesan jangka masa panjang. Jangan hanya cantik sekarang esok dah tua2 menderita kanser kulit la.. sakit tu sakit ni. Sebab kita ni kadang2 tak sedar apa yang kita buat setiap hari memang memberi kesan kemudaratan pada kesihatan kita di masa akan datang. Jadi penting kita tahu apapun yang kita nak buat atau produk apa kita nak guna tidak memberi kesan buruk di masa akan datang.

P/S : Kisah di sebalik macam mana boleh tersilap beli Cleansing ni Boleh baca kat sini >> SALESGIRL GUARDIAN SELAYANG MALL TOLONG JAGA PERANGAI <<

RONASUTRA FACE WASH 4 IN 1 PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT, KULIT BERMINYAK & KERING

RONASUTRA FACE WASH 4 IN 1 PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT, KULIT BERMINYAK & KERING. Tak habis habis dengan masalah kulit 2 musim aku ni kan. Kang ada yang tak tahu pulak macam mana kulit dua musim ni. Kulit dua musim ni kulit wajah yang sekejab kering sekejab berminyak. Sebelum ni aku terpaksa guna dua jenis pencuci muka. Bila kulit berminyak aku guna Garden Of Eden Mild cleanser, bila kulit kering aku guna Bio Essence 24k Gold cleaser. Dua2 tu kira membantu la skin aku yang tak consistent ni. Bukan apa kalau berminyak nanti mudah berjerawat & kalau kering pepaham je la. Nampak macam mengelupas. Bila pakai bedak nampak macam berkerak je.Nak kena apply pelembab dulu.


Walaupun tak banyak review pasal produk Ronasutra face wash 4 in 1 ni tapi sebab aku pernah & masih guna kosmetik Ronasutra yang kita sedia maklum, Ronasutra berasaskan mineral yang sangat sesuai untuk orang yang berkulit sensitif & mampu mengurangkan pembiakkan jerawat. Memang sejak guna kosmetik ronasutra memang tak menyebabkan jerawat. Atas dasar kepercayaan pada produk Ronasutra ni maka aku rasa yakin la nak try face was 4 in 1 ni.

Pertama kali apply memang akan rasa kesan dia di mana kulit jadi lembut & licin. Yang best sebab di ada 4 fungsi.. Ada pelembab, toner, boleh di gunakan sebagai make up remover & dah tentu sebagai pencuci wajah yang boleh mencerahkan kulit kalau consistent guna. Kalau jenis spesis malas nak pakai macam2 produk skincare.. Dah cukup rasanya cuci muka guna Ronasutra ni. Lagi satu nak cuci dia tak payah nak basahkan muka.. pump je atas tapak tangan dia akan keluar dalam bentuk buih tu terus je sapu ke muka. Gosok2 sekejab sampai sebati dengan kulit boleh terus pergi bilas dengan air je. Memang boleh rasa kulit jadi lembab macam pakai toner jugak. Kalau ada kesan makeup tu memang face wash ni mampu mencuci bersih walau mascara yang waterproof sekalipun. Yang paling best face wash ni memang tak pedihkan mata. Kau gosok je seluruh muka tanpa was was. Tak macam facial foam yang lain.

Ronasutra face wash 4 in 1. SLS Free. Mengandungi zaitun &  extrak fucoidan. Berfungsi membersihkan wajah, membersihkan kesan make up, melembabkan & melembutkan kulit & mencerah. 

Selepas sebulan lebih aku consistent guna memang kulit jadi normal. Tak kering tak berminyak & tak berjerawat jugak. Kulit pun nampak lembab. Aku ni jenis kalau datang musim malas memang apa2 cream pun aku tak pakai. Setakat cuci muka jer.. Tapi dengan Ronasutra face wash ni Alhamdulillah.. rasa kalau tak pakai cream2 rawatan atau kecantikkan lain pun dah cukup menampung & merawat kulit aku. Yang penting aku dah tak perlu pakai 2 cleanser lagi macam tu sebab masalah kulit yang tak consistent sekejab kering sekejab berminyak. Dengan face wash ronasutra menyelesaikan kedua dua masalah tersebut.

Cara guna dia cuma perlu pump atas tapak tangan kemudian usap seluruh muka sehingga buih tersebut bertukar menjadi toner yang membuatkan muka korang nampak glowing,lembut & licin. Kemudian cuci dengan air. Gunakan 2 kali sehari. Pagi & malam.

Harga yang aku beli RM40 (100ml) dari salah seorang dealer online. Kalau kat luar mungkin di jual dengan harga HQ RM40++.. Jadi pandai2 la survey kalau nak dapat harga murah. Kalau ada yang jual harga lebih murah boleh hello2 aku hehehe.

Jadi pada yang pemalas nak tenyeh macam2 skincare kat muka atau yang ada masalah kulit berminyak,kulit kering,kulit kusam,berjerawat boleh cuba Ronasutra face wash 4 in 1. Insya Allah.. Di jamin puas hati.

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK

BEDAK COMPACT RONASUTRA MENUTUP CELA DI WAJAH & TIDAK BERCAPUK. Nama bedak ni sebenarnya panjang. Tapi aku pendekkan kat tajuk entri tu. Kalau ikut nama penuh dia Ronasutra Instant coverage Pressed Mineral foundation. Nama dia je boleh buat sinopsis cerpen katanya jadi bagi yang mungkin confuse baca tajuk tu dah jelas la. Yelah mungkin ada yang masih tak tahu Bedak ronasutra ni dah ada dalam bentuk compact. Sebelum ni kan cuma ada loose powder. Bedak serbuk tu. Ada orang katanya alergik dengan bedak serbuk sebab asyik nak terbersin bila nak apply jadi boleh cuba jenis compact pulak.

Cantik cover Pressed Mineral Foundation Ronasutra ni. Nampak bergaya, elegant & mewah katanya.

Tapi sebelum cuba mesti ramai nak tahu sejauh mana ia mampu menukarkan wajah hantu kak limah kepada che ta katanya. Sebab nama dia pun ada coverage maka sememangnya dia berfungsi untuk cover & tutup cela di wajah. Almaklum la.. kalau aku ni yang bekas jurujerawat baru resign kesan kesan peninggalan jerawat tu still ada. Berlopak berliku kat muka aku even tak ada jerawat. Nak hilangkan kawah2 bulan tu ambil masa juga jadi untuk instant covergare aku try guna Ronasutra compact ni la.

Pertama kali apply masa kat booth Ronasutra di wangsa walk mall. Yang tu dia bagi free testing. Tak tau la cermin dia tu jenis menipu ke hapa.. tetiba aku rasa maca lawa pulak muka aku di tenyeh compact powder ronasutra ni. Amboi kemain berseri seri aku rasa muka aku. Dah memang niat di hati tu sejak berkurun lama nak beli. Maka membelilah di situ.

Ni aku ambil yang no 3. Yelah.. sejak semakin sedar diri yang kulit aku melayu asli aku dah tak pakai sangat bedak cerah2 macam dulu. Hahaha

Setelah  seminggu lebih memiliki Ronasutra pressed mineral foundation ni.. Kira banyak kali jugak la aku dah pakai. Sebab aku jenis selangkah keluar pintu muka mesti berbedak. Tu paing basic la aku kena pakai. Tak boleh keluar muka kosong sangat nanti aku mula rasa aku macam selebriti paling hodoh. Macam semua orang pandang aku walhal hujung mata pun orang malas nak tengok. hahahhaa.

Satu kelebihan Ronasutra compact ni adalah tak bercapuk atau nampak macam tebal kat muka walaupun kita tenyeh dekat setengah kilo. Almaklum la nak cover cela2 di wajah katanya kena la pakai tebal sikit. Senang nak pakai tak payah nak tenyeh teruk teruk sangat pun tetap dia nampak sekata je bila sapu di muka. Kedua.. benda ni kalau muka kita berpeluh & panas.. bila peluh tu blend dengan bedak dia bagi effect yang cantik jugak. Nampak macam flawless je tapi tak berminyak walaupun aku pakai dengan pelembab dari jenama Ronasutra jugak. Yang paling penting ia tak menyebabkan jerawat kat muka aku. Kita sedia maklum produk kosmetik ronasutra ni memang sangat sesuai untuk yang jenis kulit sensitif & berjerawat. Ia berasaskan mineral jadi tidak menyebabkan jerawat bila kita guna. Produk berasaskan mineral memang sangat di sesuai di gunakan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. Tak kira la apa jenama sekalipun.

Mak Jemah dari sendu tetiba gebu lepas tenyeh Ronasutra Instant Coverage Pressed Mineral Foundation ni. Senang pun senang tak payah tenyeh banyak perkara sebab memang jenis foundation dah. Harga terketar jari jugak nak bayar RM58 tapi tak jadi parkinson lepas suami tolong bayar. Hahaha

Bab Cover cela kat wajah.. Ok la. Dia cover jugak. Tapi kalau yang memang muka teruk sangat tak boleh bergantung sepenuhnya kepada Pressed Mineral foundation ni. Mustahil la dengan tenyeh Ronasutra Pressed Mineral Foundation kulit korang akan nampak gebu & licin kalau dah muka terlampau banyak siku likunya kan. Jerawat bertimbun timbun sampai tak ada jarak antara satu sama lain. Yang mungkin kena pakai concealer untuk cover yang lebih banyak. Tapi bagi yang maybe parut jerawat biasa tu. Jerawat manja2 sebiji dua.. Memang boleh di kaburkan dengan penggunaan Pressed Mineral Foundation ni.

Ronasutra Whitening Moisturizer RM48

Harga dia kalau ikut harga HQ tetapkan RM58. Aku beli pun dengan harga macam tu jugak cuma kalau kat online ada sikit permainan harga. Korang boleh dapat maybe dalam RM50. Pandai2 la cari pengedar produk ronasutra yang offer murah. Untuk Ronasutra Whitening Mositurizer harga dia RM48. Mungkin ada masalah kulit kering boleh pakai dengan mositurizer sekali.

Kesimpulannya... Setakat ni aku tak pernah kecewa lagi beli produk Ronasutra ni. Yang bedak serbuk dia dulu pun aku guna sampai licin jugak. tapi sebab pemalas nak tenyeh2 dengan berus tu aku malas nak repeat. Tapi bila dah ada dalam bentuk compact.. Memudahkan & menjimatkan masa untuk bermakeup. Kalau korang yang jenis manusia tahap busy melampau memang bedak compact Ronasutra paling sesuai dengan gaya hidup anda yang sentiasa nak cepat bersiap sebab dia senang sangat nak pakai. Jenis compact ni buka cover & sapu je. Kalau yang jenis loose power takde cermin pada cover bedak tu & untuk mendapatkan hasil yang lebih cantik kena guna berus. dah satu hal pulak nak tuang bedak dalam penutup bedak kemudia nak tenyeh guna berus ke muka. Jenis compact ni juga ada cermin. Senang la kalau kat luar nak touch up. Yang paling penting produk Ronasutra selamat & tidak merosakkan kulit.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com