Showing posts with label Japan budget Trip. Show all posts

NAK TAHU KENAPA OKTOBER BULAN PALING BAIK MELAWAT JEPUN?

NAK TAHU KENAPA OKTOBER BULAN PALING BAIK MELAWAT JEPUN? Wah.. lekatlekit merancang bercuti ke jepun ke tu? Amboi banyak duit awak?

Amboi.. Kalau tulis entri percutian je wajib pergi ke? I kan blogger so I memang suka membaca & apa yang best I baca.. I share la kat blog I. Bukan bermakna I baca & share tu I ada perancangan untuk pergi kesana dalam masa terdekat. Impian nak jenjalan ke negara orang seperti jepun tu memang ada.. Cuma belum ada rezeki.. So, kita berjalan jalan secara maya je dulu. Manatau esok lusa rezeki turun dari langit dapat pergi kesana, At least kita dah tahu serba sedikit tempat yang kita bakal lawati kan. Salah ke? Tak kan?

Bagi yang ada perancangan nak melawat Jepun perkara utama kita perlu tahu sebelum ke sesuatu tempat tu ada cuaca. yelah.. Takkan kita nak pergi bercuti pada masa cuaca yang tak berapa baik & menyukarkan perjalanan kita ye dak.

Kalau korang nak ke Jepun.. Oktober adalah bulan paling baik untuk di kunjungi. Nak tau sebab apa? sebab cuaca pada bulan oktober ni tak panas & tak sejuk. Time ni pokok pokok semua mula berubah pada warna kekuningan. Normally kat daerah utara & dataran tinggi contoh di Hokkaido.

Selain cucaca yang memang sangat sesuai untuk berjalan jalan kat Hokkaido, Hokkaido juga pulau kedua terbesar di Jepun dan merupakan wilayah yang terletak di bahagian paling utara Jepun. Di tengah-tengah pulau Hokkaidō terdapat beberapa gunung serta gunung berapi di atas dataran tanah tinggi, dan beberapa kawasan pantai. Hokkaidō terkenal dengan musim luruhnya yang sejuk dan musim salji. Hokkaidō biasanya tidak hujan semasa musim hujan antara bulan Jun - Julai dan juga kadar kelembapan yang sedikit serta agak panas (tidak terlalu panas), yang menjadikan Hokkaidō  pilihan kepada pengunjung luar kerana cuacanya yang berbeza daripada daerahn Jepun yang lain.

Antara tempat menarik di Hokkaido 

Taman Odori (Odori Park)

Terletak di Sapporo. di sini terdapat lebih 4.700 batang pokok terdiri daripada 92 jenis, termasuk lilac dan elm, yang terletak di tengah kawasan bandar. walaupun di namakan sebagai taman sebenarnya Odori ni dia cuma satu kawasan di tengah bandar yang mempunyai banyak pokok yang cantik. Taman Odori sering di jadikan tempat untuk di adakan pelbagai acara tahunan terkenal di Hokkaido mengikut musim. Pada musim bunga Festival Lilac akan diadakan, musim panas Soran Yosakoi dan Festival Taman Bir diadakan, manakala Festival Autumn diadakan pada musim luruh, dimana pengungjung dapat menikmati pelbagai makanan Hokkaido, dan di musim sejuk terdapat Festival Salji.


Taman Buah Jozankei

Taman buah ini terletak di Sapporo di mana anda boleh membuat aktiviti memancing dan memetik pelbagai buah seperti strawberi, ceri dan banyak lagi.
Taman Buah Jozankei (dahulunya dikenali sebagai Taman Buah Sasaki), taman buah yang terletak berhampiran dengan Waduk Hoheikyo di Sapporo. Pengunjung boleh melakukan aktiviti memetik buah bermusim sehingga awal November.

Di taman buah ini terdapat juga kolam ikan yang merupakan tempat kegemaran kanak-kanak untuk memancing dan bergaul dengan penduduk Sapporo dari semua peringkat umur. Jalan-jalan di dalam taman buah ini sangat luas dan berturap, jadi pengunjung yang kerusi roda atau membawa baby stroller pun dapat menikmati aktiviti memetik buah dengan selesa & mudah. Disini juga anda boleh minum air dari mata air bawah tanah yang mengalir dari lembah sungai Muine Mountain. Taman ini juga menyediakan makanan, seperti Jozankei Burger dan genghis khan yang popular di kalangan pelancong.


Tu antara dua tempat menarik di Hokkaido.. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik boleh di kungjungi bila melancong ke Hokkaido Jepun ni


Kalau ada yang tengah survey pakej pelancongan ke Jepun ni.. korang boleh juga intai intai dengan Japan Budget Trip. Antara keistimewaan JBT (Japan Budget Trip) ni.. Satu di uruskan oleh orang tempatan berbangsa Melayu.. pakej dia memang pakej bajet ok! Dengan bajet ciput korang boleh jenjalan kat Jepun dengan selesa & selamat bersama Japan Budget Trip.. amatlah berbaloi.


Antara Pakej yang terkini dari JBT adalah

Pakej Himawari Hokkaido Autumn Trip 2018 (HHAT2018)

Maklumat Trip :

☯Tarikh : 24 – 28 Okotober 2018
☯Jangkamasa trip : 5 hari 4 malam (5D4N)
☯Hotel atau Guesthouse
☯Deposit RM200 seorang
☯Pengangkutan : MPV/Van
☯Harga : RM3,890 seorang (Harga Early Bird = RM3,490 )

Early Bird Promo

☯Diskaun sebanyak RM400 seorang.
☯Minima pendaftaran utk tawaran diskaun ini adalah 2 orang.
☯Tawaran hanya untuk 4 peserta yang mendaftar paling awal.
☯Selepas 4 peserta awal, pendaftaran secara otomatik akan menjadi harga pakej biasa.
✺ Pendaftaran dikira selesai selepas pembayaran deposit dan pendaftaran secara online di buat di Daftar JBT.



Harga Termasuk :

✓Penginapan
✓Pengangkutan (MPV/Van)
✓Insuran perjalanan
✓Caj entri ke mana2 tempat lawatan (seperti itinerari)
✓Jurupandu

Harga TIDAK Termasuk :

✘Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
✘Makan dan minum
✘Perbelanjaan selain dari itinerari

Cadangan Itinerari :

❖Hari o : Bertolak dengan penerbangan Air Asia pada sebelah malam.
❖Hari 1 : Tiba di New Chitose Airport pada sebelah pagi. Otaru (Shukutsu Panorama Deck, Otaru ❖Canal & Sakaimachi)
❖Hari 2 : Bie (SBlue Pond & Shirahige Fall) dan Furano (Tomita Farm & Ningle Terrace)
❖Hari 3 : Hokkaido University Ginkgo, Odori Park & Tanukikoji Shopping Street
❖Hari 4 : Lake Toya, Sobetsu Fruit Village & Noboribetsu Hell Valley
❖Hari 5 : Bertolak ke New Chitose Airport untuk penerbangan sebelah pagi


Nota :

☛Trip bermula dan berakhir di New Chitose Airport

☛Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip.

☛Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan. (min-4-to-go)

☛Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

☛Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.

✺ Untuk sebarang maklumat lanjut, sila Hubungi JBT.


Layari laman sosial Japan Budget Trip untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

 Whatsapp : http://japanbudgettrip.com.my/0137287178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Layari facebook :
  Japan Budget Trip 
untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

Atau boleh ikuti JBT di social media
 Twitter : Japan Budget Trip 
 Instagram : japanbudgettrip 
Blog : Japan Budget Trip

WOW! BANYAK TEMPAT MENARIK NEW CHITOSE AIRPORT, HOKKAIDO RUPANYA

WOW! BANYAK TEMPAT MENARIK NEW CHITOSE AIRPORT, HOKKAIDO RUPANYA. Hokkaido adalah pulau kedua terbesar di Jepun. Ia terkenal dengan kawasan gunung berapi, kolam air panas semula jadi (onsen), dan kawasan ski. Kalau dah kedua terbesar tu agak besar la berbanding pulau pulau lain kan? Kalau dah besar & menjadi destinasi pelancongan ia dah memberi gambaran banyak tempat menarik & aktiviti yang boleh di lakukan kat sana.


Bagi yang merancang nak pergi bercuti di jepun tapi masih tak tau destinasi nak di tuju.. Boleh la jadikan Hokkaido salah satu destinasinya. Nak tau kenapa Hokkaido mesti di lawati kalau korang pergi jepun?? Bukan ada Juon.. salah tu! takde Juon jangan takut.. Antara tempat menarik yang ada di Hokkaido adalah..

Salah satu tarikkan pertama di Hokkaido adalah lapangan terbang atau di kenali sebagai New Chitose Airport. Yang best lapangan terbang Hokkaido ni adalah ia sangat unik ok. Memang susah nak jumpa kat tempat lain. Dia ada pawagam, Onsen (kolam air panas Jepun), taman tema Hello Kitty, Doremon & serta kilang coklat terkemuka buatan Hokkaido, Royce & banyak lagi. Kat sini juga merupakan tempat yang sesuai untuk membeli cenderamata
& sesuai untuk membeli-belah terakhir sebelum pulang ke tanahair. Kedai kat situ mula dibuka pada jam 8.30 pagi. Kalau ke Hokkaido make sure jangan lupa spent time kat Airport ni ok!

Antara Yang menarik di New Chitose Airport

Tu baru Airport.. Sebenarnya Hokkaido ni terkenal dengan permandangan semulajadi yang sangat cantik. Kalau musim bunga tu korang boleh menikmati keindahan taman taman bunga & merasai buah buahan segar seperti Yubari Melon di sekitar Tokachi atau Yubari. Korang boleh buat Aktiviti memetik buah-buahan seperti stroberi dan ceri kalau melawat Hokkaiddo mulai bulan Jun.

Yubari melon

Selain tu kalau nak makan boleh juga ke Hokadate yang terletak di selatan Hokkaido. Hakodate adalah bandar ketiga terbesar di Hokkaido. Di bangunkan sejak dari tahun 1454. Di Hakodate anda boleh melihat permandangan yang cantiik dari gunung Hokadate & menikmati makanan laut yang sedap & menjadi tarikkan utama di situ. Antara yang boleh di dapati ketam, udang, sotong dan juga pelbagai jenis ikan laut dalam.

Hokkaido Old Government Building

Di Hokkaido juga terdapat sebuah Zoo. Asahiyama Zoo yang terletak di daerah Asahikawa, timur Hokkaido ini telah dibuka pada tahun 1967. Zoo ini sememangnya menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara kerana haiwan dan habitat yang dipamerkan.

kalau nak nikmati permandangan yang cantik & percuma dari atas bukit boleh ke Otaru. Pemandangan memang lawa. Selain tu boleh juga ke Otaru Aquarium.

Otaru Canal Summer

Kalau nak tengok swan hidup macam dalam cerita fairy tale tu korang boleh la melawat Tokachi River Hot Spa Swan (Aquapark).

Bandar raya kelima terbesar di Jepun yang juga pusat perniagaan, komersial dan pemerintahan Hokkaido, adalah Sapporo turut menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang cukup mempesona buat anda yang inginkan kelainan di negara matahari terbit ini. Musim luruh di Sapporo memang cantik. Boleh naik kereta kabel atau mendaki Gunung Moiwa untuk menikmati permandangan musim luruh yang menakjubkan. Korang boleh jugak Mengunjungi Menara Jam Sapporo, berpeluang menghayati sejarahnya yang mempunyai nilai tersendiri dan menjadi simbol kepada bandar raya mempesona ini.

Satu lagi tempat best adalah Bear Park, Noboribetsu dimana korang boleh tengok telatah beruang hidup yang comel. Dia ala ala macam bukit bendera kena naik ropeway nak keatas tapi lebih tinggi dari bukit bendera. Sepanjang perjalanan boleh cuci mata tengok permandangan yang cantik.

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Hokkaido kalau nak di senaraikan.. Cuma kena tahu berapa lama percutian anda di sana untuk merancang perjalanan. Kalau yang pertama kali nak pergi jepun.. Risau takut sesat ke kena tipu ke boleh la ambil pakej yang di kendalikan oleh orang Malaysia berbangsa melayu. Nak nak lagi yang cari trip percutian bajet sangat sesuai la ambil pakej dengan Japan Budget Trip.. Untuk pakej Julai JBT (Japan Budget Trip) Menawarkan pakej seperti di bawah

Blue Pond – Bie

Maklumat Trip :
Tarikh : 25-30 Julai 2018
Jangkamasa trip : 6 hari 5 malam (6D5N)

➠Hotel atau Guesthouse
➠Deposit RM200 seorang
➠Pengangkutan : MPV/Van
➠Harga : RM3,890 seorang (Early Bird RM3,690)

Early Bird Promo
☯Diskaun sebanyak RM200 seorang.
☯Minima pendaftaran utk tawaran diskaun ini adalah 2 orang.
☯Tawaran hanya untuk 4 peserta yang mendaftar paling awal.
☯Selepas 4 peserta awal, pendaftaran secara otomatik akan menjadi harga pakej biasa.
☯Pendaftaran dikira selesai selepas pembayaran deposit dan pendaftaran secara online di buat di Daftar JBT.

Harga Termasuk :
Penginapan
Pengangkutan (MPV/Van)
Insuran perjalanan
Caj entri seperti itinerari
Jurupandu

Harga TIDAK Termasuk :
✘ Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
✘ Makan dan minum

Cadangan Itinerari :

⚑ 24 Julai 2018 : Bertolak dengan penerbangan Air Asia pada sebelah malam.

⚑ 25 Julai 2018 : Tiba di New Chitose Airport. Melawat Noboribetsu Hell Valley

⚑ 26 Julai 2018 : Melawat Otaru (Shukutsu Observation Deck, Sakaimichi & Otaru Canal) dan Sapporo (Odori Park & Tanukikoji)

⚑ 27 Julai 2018 : Melawat Bie (Shikisai no Oka & Blue Pond) dan Furano (Tomita Farm)

⚑ 28 Julai 2018 : Melawat Obihiro(Tokachi Farmers’ Market, Shichiku Garden & Kofuku Station)

⚑ 29 Julai 2018 : Melawat ladang buah-buahan sekitar Tokachi atau Yubari. Membeli-belah di Rera Premium Outlet

⚑ 30 Julai 2018 : Bertolak ke New Chitose Airport untuk penerbangan sebelah pagi

Nota :
Trip bermula dan berakhir di New Chitose Airport.

Sila ke ☛ Daftar Trip JBT ☚ untuk urusan penempahan trip.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan. (min-4-to-go)

Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi ☛ borang online.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila ☛ Hubungi JBT.

Trip lain :
Untuk Private Trip pada musim panas (Julai & Ogos) di Hokkaido, boleh hubungi melalui

 ☒ emel : japanbudgettrip@gmail.com  
 ☏ whatsapp : 013-7287178

Untuk Open Trip pada musim luruh (Oktober) , sila klik ☛ SINI ☚ untuk maklumat lanjut.

Terdapat juga trip yang menggabungkan Hokkaido dan Tohoku pada musim luruh nanti. Maklumat lanjut di ☛ SINI ☚

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :
 Whatsapp : http://japanbudgettrip.com.my/0137287178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Layari facebook :
  Japan Budget Trip 
untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

Atau boleh ikuti JBT di social media
 Twitter : Japan Budget Trip 
 Instagram : japanbudgettrip 
Blog : Japan Budget Trip

KOBE MOSQUE, MASJID PERTAMA YANG DI BINA DI JEPUN

KOBE MOSQUE, MASJID PERTAMA YANG DI BINA DI JEPUN. Orang kata kalau nak pergi melancong keluar negara ni, perancangan kena buat dari awal. Contoh kalau korang planning nak melancong hujung tahun.. Sedang elok dari sekarang korang kena buat survey dah tempat yang korang nak pergi tu. Perancangan last minute ni kadang2 akan jadi kelam kabut.. Takut percutian korang jadi tunggang langgang tak tun tuang bagai pulak kan.


Ramai rakyat malaysia sekarang suka melancong ke Jepun.. Selain orang tempatan dia yang comel comel & sopan santun, persekitaran yang bersih, rakyat yang sangat berdisiplin.. Kat Jepun juga banyak sangat tempat tempat yang menari boleh anda lawati. Antaranya di Kansai.

Sedikit info berkaitan Kansai. Kansai adalah Kawasan bandar gabungan Osaka, Kobe dan Kyoto ialah yang kedua teramai penduduk di Jepun. Oleh sebab kedudukannya yang tersendiri dalam sejarah Jepun, kawasan Kansai menempatkan sebilangan mercu tanda bersejarah dan kebudayaan yang terkenal, termasuklah lima daripada tiga belas Tapak Warisan Dunia di Jepun.

Antara tempat - tempat menarik di Kansai bagi kita umat Islam adalah Kobe Mosque. Bila ke negara orang lebih lebih negara bukan Islam, Masjid mungkin menjadi sesuatu yang 'rare' jugak. Rugi la kalau tidak singgah bersolat & melihat sekitar & dalam masjid. Sebab setiap seni pembinaan masjid di setiap negara pasti ada keunikkan & identitinya yang tersendiri. Sedikit info & sejarah tentang Masjid Kobe (Kobe Mosque) ni..

Masjid ini ditubuhkan pada bulan Oktober, 1935 di Kobe dan merupakan masjid pertama di Jepun. Pembinaannya dibiayai oleh derma yang dikumpul oleh Jawatankuasa Islam Kobe dari 1928 sehingga dibuka pada tahun 1935. Masjid ini telah dirampas oleh Tentera Laut Imperial Jepun pada tahun 1943. Walau bagaimanapun, ia terus berfungsi sebagai masjid hari ini. Ia terletak di daerah asing Kitano-cho Kobe. Disebabkan ruangan bawah tanah dan struktur, masjid terselamat daripada serangan udara yang sunyi sepi dengan kebanyakan kawasan bandar Kobe pada tahun 1945 dan mampu bertahan melalui gempa bumi Great Hanshin pada tahun 1995. Masjid ini terletak di salah satu kawasan pelancongan yang paling terkenal Kobe yang mempunyai banyak bangunan gaya barat lama.


Atau boleh rujuk di artikel ini untuk mengetahui banyak lagi tempat menarik di Kansai :
YANG MENARIK DI WILAYAH KANSAI, BOLEH TENGOK ANAK MUDA TEMPATAN BERPAKAIAN TRADISIONAL (KIMONO)

Bagi yang tengah plan hujung tahun ni nak ke Jepun.. tak tau nak kemana apakata try ke Kansai. Sebab bulan November memang sesuai sangat la melawat Kansai ni. Sebab time ni dah kemuncak musim luruh. Time ni jugak korang dapat tengok permandangan yang cantik dengan daun berwarna warni.


Cadangan untuk pakej bajet.. Korang boleh try melancong dengan Japan Budget Trip (JBT) Yang di kendalikan oleh orang melayu Islam sendiri. Konsep mereka. simple. Semua perjalanan di buat secara bajet tapi masih mengekalkan keselesaan semasa melancong.

Antara Pakej yang di sedikan untuk Bulan November nanti adalah Kansai Autumn Pakej

Maklumat Pakej :

☯ Tarikh : Nov & Dis 2018

☯ Guesthouse
⥵Satu bilik 4 atau 5 orang
⥵Bilik air dan tandas didalam bilik
⥵Dapur disediakan didalam bilik
⥵Dua bilik disediakan untuk 6-10 pax dan satu bilik disediakan untuk 5 pax dan kebawah
⥵Tambahan bilik adalah dengan caj RM460 sebilik (bergantung kepada kekosongan)
⥵Pengangkutan : tren/subway

☯ Terdapat tiga pakej yang disediakan :
⥵Pakej Private 6D5N bermula dari RM1,990. (Maklumat lanjut pakej di ☛ sini )
⥵Pakej Private 5D4N bermula dari RM1,690. (Maklumat lanjut pakej di ☛sini)
⥵Pakej Open Trip 5D4N dengan penerbangan pada harga RM3,290. (Maklumat lanjut pakej di ☛sini)

☯ Harga Termasuk :
✔ Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun (untuk Open Trip)
✔ Penginapan (guesthouse)
✔ Pengangkutan awam (keretapi, bas dll)
✔ Jurupandu

☯ Harga TIDAK Termasuk :
✖ Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun (untuk pakej private)
✖ Makan dan minum
✖ Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)

Terma dan Syarat

❧ Trip bermula dan berakhir di Kansai Airport

❧ Sila ke ☛ Daftar Trip JBT ☚ untuk urusan penempahan trip.

❧ Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi ☛ borang online ☚

❧ Untuk sebarang maklumat lanjut, sila Hubungi ☛JBT 

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :
 Whatsapp : japanbudgettrip.com.my/0133417178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Layari facebook :
  Japan Budget Trip 
untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

Atau boleh ikuti JBT di social media
 Twitter : Japan Budget Trip 
 Instagram : japanbudgettrip 

NAK PERCUTIAN PALING BAJET DI JEPUN TAHUN 2018, TENGOK PAKEJ JBT

NAK PERCUTIAN PALING BAJET DI JEPUN TAHUN 2018, TENGOK PAKEJ JBT. Dah berakhir 2017.. Tak bermakna berakhirnya impian kita nak menjelajah ke luar negara ye dak. Maybe 2017 terlalu banyak komitmen & kita tak sempat nak plan bercuti kemana mana.. Apa kata 2018 kita plan balik untuk percutian. Kalau ada yang merancang nak ke negara Jepun, sedang elok sangat baca entri ni.

Kalau yang nak percutian bajet.. Korang boleh try Pakej Percutian Bajet dari Japan Budget Trip (JBT). Jangan risau tak reti cakap jepun.. Sebab Trip ni di handle oleh orang melayu Islam bukan orang jepun. Orang Malaysia juga jadi senang la korang untuk berinteraksi dengan Travel Agent bila di jepun nanti.

Antara Pakej yang di tawarkan untuk 2018 ni.. JBT Snow & Sakura Trip 6 hari 5 malam Untuk Bulan Mac & April 2018.


Yang best untuk Trip ni adalah korang berpeluang menikmati dua musim dalam 1 trip. 2 in 1 okay. Musim2 ni of course la musim yang tak ada di Malaysia. Korang dapat merasai & nikmati Musim Bunga Sakura di Tokyo & Pada masa yang sama boleh merasa main salji di Gala Yuzawa.


Keistimewaan Gala Yuzawa ni adalah merupakan sebuah pusat peranginan yang senang orang nak kunjungi sebab di ada Stesen keretapi Shinkansen yang menghubungkan perjalanan terus ke Tokyo. Sebab tu korang boleh nikmati dua musim berbeza dalam satu masa. Dari Tokyo boleh ke Gala Yuzawa. Best tak? Boleh buat day trip..

Bukan tu jer dengan Trip ni.. Korang berpeluang melawat sekitar Mt. Fuji tempat yang menjadi lambang kemegahan rakyat Jepun. Boleh la tengok puncak gunung yang di seliputi sajli putih semasa musim bunga. Confirm korang akan terpesona tengok permandangan Indah ciptaan Tuhan ni.

Untuk Trip ni akan menggunakan pengangkutan keretapi & keretapi bawah tanah. Memang sangat bajet. Lagipun kalau ke negara orang memang lebih baik naik pengangkutan awam.. Baru kita dapat merasai banyak pengalaman di negara orang. Lebih lebih di negara maju seperti jepun.. Pengakutan awam mereka tak la daif. Selain kita boleh belajar budaya & cara hidup rakyat tempatan.

Untuk Trip ni.. Pakejnya adalah seperti berikut

JBT Snow & Sakura Trip : 6D5N / 5D4N (Mac/April 2018)

Ringkasan Pakej :
Pakej 6 hari 5 malam

JSST6D5N : 30 Mac – 4 April 2018
Pakej 5 hari 4 malam
JSST5D4N : 31 Mac – 4 April 2018

Maklumat Pakej :

Pakej 6D5N (kod : JSST-6D5N)
Tarikh : 30 Mac – 4 April 2018

✇ Lawatan sekitar tempat-tempat menarik di Tokyo
✇ Lawatan ke Gala Yuzawa Ski Resort dan Karuizawa (Premium outlet & Ski Resort) dengan ✇ menaiki Shinkansen (keretapi laju)
✇ Lawatan ke sekitar Lake Kawaguchi sambil menikmati permandangan Mt. Fuji.

Harga 
$➧ dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM2,790 seorang
$➧ kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM2,490 seorang


Pakej 5D4N (kod : JSST-5D4N)
Tarikh : 31 Mac – 4 April 2018

✇ Lawatan sekitar tempat-tempat menarik di Tokyo
✇ Lawatan ke Gala Yuzawa Ski Resort dan Karuizawa (Premium outlet & Ski Resort) dengan menaiki Shinkansen (keretapi laju)

Harga 
$➧ dewasa (12 tahun dan keatas ) : RM2,390 seorang
$➧ kanak2 (7 hingga 11 tahun) : RM2,090 seorang

Pilihan (optional) :
✈ Tiket penerbangan : Harga sekitar RM1,500 – RM2,000 (tertakluk kepada syarikat penerbangan)
☯ Pocket Wifi : RM18 sehari untuk seunit.

Cadangan Perjalanan Trip (JSST-6D5N) :

Hari 1 : Ketibaan dan berkumpul di Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) pada pukul 11.00 malam. Daftar masuk hotel

Hari 2 : Trip ke Lake Kawaguchi (Mt. Fuji)

Hari 3 : Trip ke Gala Yuzawa Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)

Hari 4 : Hanami di Shinjuku-gyoen serta lawatan ke Odaiba

Hari 5 : Lawatan sekitar Tokyo (Tokyo Tower, Camii Mosque, Harajuku & Shibuya)

Hari 6 : Lawatan sekitar Tokyo (Asakusa,Ueno & Akihabara). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Haneda.

Cadangan Perjalanan Trip (JSST-5D4N) :

Hari 1 : Ketibaan dan berkumpul di Lapangan Terbang Haneda (Tokyo) pada pukul 11.00 malam. Daftar masuk hotel

Hari 2 : Trip ke Gala Yuzawa Ski Resort (menaiki keretapi laju Shinkansen)

Hari 3 : Hanami di Shinjuku-gyoen serta lawatan ke Odaiba

Hari 4 : Lawatan sekitar Tokyo (Tokyo Tower, Camii Mosque, Harajuku & Shibuya)

Hari 5 : Lawatan sekitar Tokyo (Asakusa,Ueno & Akihabara). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Haneda.

Nota :
 Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip. ✍

☛Trip bermula dan berakhir di Haneda Airport

☛Had umur minima untuk meyertai pakej ini adalah 7 tahun

☛Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan.

☛Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

☛Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.


TRip kedua yang korang boleh cuba JBT Kansai Sakura.

Kansai pun banyak tempat menarik untuk di lawati. Antara tempat yang best di lawati adalah Osak, Kyoto, Kobe & Nara. Lebih lebih lagi di musim bunga.. So korang boleh melihat kecantikkan permandangan pohon pohon sakura di sekitar Osaka & kyoto. Memang ia salah satu tarikkan pelancong yang datang ke Jepun. Dengan JBT.. korang boleh dapat pakej jimat.


Sebab JBT dah rancangkan satu plan perjalanan yang menjimatkan untuk anda. Memang di dalam kemampuan kita yang bajet rendah ni. Tapi jangan la expect yang 5 star semua.. Perjalanan yang di aturkan adalah menggunakan pengangkutan awam. Nama pun bajet Trip kan..


Untuk JBT Kansai Sakura Trip ini pakej yang di tawarkan adalah percutian 6 Hari 5 Malam untuk bulan April 2018.

Maklumat Trip :
Tarikh : 6-11 April 2018
Jangkamasa trip : 6 hari 5 malam (6D5N)

❧ Bilik tidur dengan bilik air (hotel/guesthouse)
❧ Deposit RM200 seorang
❧ Pengangkutan : tren/subway
❧ Minima umur : 7 tahun dan keatas sahaja

Harga :
$➧ Dewasa (12 tahun keatas) : RM2,490 seorang
$➧ Kanak kanak (7 - 11 Tahun) : RM2,290 seorang

Harga Termasuk :
✓ Penginapan
✓ Pengangkutan awam (Shinkansen, keretapi, bas dll)
✓ Insuran perjalanan
✓ Jurupandu

Harga TIDAK Termasuk :
✘ Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
✘ Makan dan minum
✘ Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)

Cadangan Itinerari :

✇ Hari 1 : Tiba di Kansai Airport. Free & Easy

✇ Hari 2 : Kyoto ( Arashiyama & Fushimi Inari) & Nara (Nara Dear Park)

✇ Hari 3 : Kyoto (Kiyomizudera, Higashiyama & Gion) & Osaka (Namba & Shinsaibashi)

✇ Hari 4 : Hanami di Osaka Castle. Tenpozan & Osaka Port

✇ Hari 5 : Himeji (Himeji Castle & Kokoen) & Osaka (Umeda Sky Building)

✇ Hari 6 : Free & Easy (Optional : Rinku Premium Outlet). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Kansai Airport.

Nota :
 Sila ke Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip. ✍

☛Trip bermula dan berakhir di Kansai Airport

☛Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta yang mendaftar dan peserta boleh memilih untuk meneruskan trip atau wang akan dikembalikan.

☛Tambahan RM500 untuk bilik seorang (single room)

☛Sebarang pembatalan dari pihak peserta selepas membuat pembayaran adalah tertakluk kepada Terma & Syarat semasa mengisi borang online.

☛Had umur minima untuk meyertai pakej ini adalah 7 tahun

☛Untuk sebarang maklumat lanjut, sila Hubungi JBT.

Misi JBT ialah untuk memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat agar dapat melawat Jepun dengan trip dengan harga yang berpatutan dan murah. Trip ini direka khas agar ianya menjadi satu trip yang jimat dengan harga yang murah dan didalam kemampuan kebanyakan orang.Jadi jangan la expect Trip jimat ni serba mewah macam 5 Star punya pakej yer. Nak tidur hotel 5 bintang & nak naik private car untuk ke setiap destinasi. Perjalanan menggunakan pengangkutan awam yang semua orang sedia maklum lebih murah. Barulah namanya bajet.. ye dak??


Sebarang Pertanyaan boleh hubungi :
 Whatsapp : japanbudgettrip.com.my/0133417178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Layari facebook :
  Japan Budget Trip 
untuk pakej dan maklumat-maklumat terkini yang lain.

Atau boleh ikuti JBT di social media
 Twitter : Japan Budget Trip 
 Instagram : japanbudgettrip 

YANG MENARIK DI WILAYAH KANSAI, BOLEH TENGOK ANAK MUDA TEMPATAN BERPAKAIAN TRADISIONAL (KIMONO)

YANG MENARIK DI WILAYAH KANSAI, BOLEH TENGOK ANAK MUDA TEMPATAN BERPAKAIAN TRADISIONAL (KIMONO). Cuti sekolah dah mula.. Yang mana ada bajet lebih maybe ada perancangan nak bawa anak anak bercuti di luar negara tapi tak tahu negara mana yang sesuai untuk di bawa anak anak supaya dapat meransang & membentuk anak anak pada pengaruh yang baik bila melihat cara hidup & budaya masyarakat luar negara.


Kita sedia maklum.. Jepun antara negara yang boleh nampak budaya & cara hidup dia agak baik. Orang jepun sangat di kenali sebagai pembersih, rajin, sopan & menghormati. So cara hidup macam ni secara tak langsung mungkin boleh mempengaruhi anak anak kita bila kita bawa melawat ke negara tersebut jadi rasanya Kalau nak bawa keluarga bercuti.. Negara jepun salah satu negara yang agak baik darisegi budaya & cara hidup selain banyak juga tempat menarik boleh di lawati.

Untuk hujung tahun ni.. Kalau nak melancong ke jepun, Best juga kalau ada yang nak ke Wilayah Kansai. Sebab Wilayah Kansai merupakan salah satu wilayah yang maju.. di mana terdapat 7 negeri iatu Osaka, Kyoto, Hyogo, Nara, Wakayama, Mie dan Shiga. Kat situ memang banyak sangat tempat menarik boleh di lawati antaranya..

〄 Osaka Castle
Merupakan Satu Ikon Yang Menjadi Tarikan Utama Pelancong Ke Bandar Osaka. Bangunan Asal Istana Telah Dibina Pada Tahun 1583 Sewaktu Pemerintahan Toyotomi Hideyoshi. Osaka Castle Telah Beberapa Kali Musnah Akibat Peperangan Dan Kebakaran. Osaka Castle Akhirnya Telah Dibina Semula Pada Tahun 1928 Mengikut Pelan Dan Seni Bina Asal Seperti Di Zaman Toyotomi Hideyoshi. Istana Yang Berketinggian 8 Tingkat Ini Memiliki Balkoni Di Tingkat Teratas. Pemandangan Bandar Osaka Dan Taman-Taman Di Sekeliling Istana Boleh Dilihat Dari Balkoni Ini. Pemandangan Pada Musim Bunga Sakura Sudah Tentunya Akan Memukau Sesiapa Sahaja Yang Melihatnya. Bahagian Dalam Istana Telah DIjadikan Musium Yang Mempamerkan Sejarah-Sejarah Silam Jepun Dan Osaka.

〄 Osaka Bay Area

Sebuah Pulau Buatan Yang Terletak Di Perairan Barat Osaka. Dibina Untuk Menampung Penambahan Populasi Di Osaka. Ia Telah Dijadikan Sebagai Tempat Pelancongan Utama Di Osaka Dengan Pembinaan Beberapa Tarikan Pelancong : Diantaranya Ialah Tempozan Ferris Wheel; Antara Ferris Wheel Yang Tertinggi Dan Terbesar Didunia Dengan Ketinggian Lebih 112 meter. Anda Dapat Melihat Pemandangan Bandar Osaka & Gunung Ganang Di Sekeliling Wilayah Kansai Daripada Atas Puncak Roda Ini. Di Sini Juga Terdapat Kaiyukan Akuarium; Yang Merupakan Akuarium Tertutup Terbesar Di Dunia Yang Memiliki Kepelbagaian Spesies Ikan Dan Haiwan Laut.

〄 Santa Maria Ship, Osaka
salah satu perjalanan yang paling menyeronokkan di Osaka adalah untuk pergi dengan bot. Kapal yang digunakan adalah serupa dengan yang digunakan oleh Columbus, penemu Amerika, dua kali ganda saiz kapal. Di tengah-tengah kapal berdiri patung Columbus, yang membuat saya tidak berhenti membayangkan perjalanan yang dibuat Columbus semasa menaiki kapal ini.
Kapal itu, bernama Santa Maria, berlayar ke Osaka Bay dari Tempozan Harbour Village

Santa Maria Ship

〄 Namba, Osaka
Terletak Di Bahagian Selatan Osaka; Namba Juga Dikenali Sebagai Minami Yang Bermaksud Selatan. Ia Merupakan Salah Satu Pusat Bandar Osaka. Ia Merupakan Kawasan Hiburan Dan Membeli-Belah Yang Paling Sibuk Dan Terkenal Di Osaka. Antara Lokasi Membeli Belah Utama Di Namba Ialah : Namba Park, Dotonbori, Shinsaibashi, dan Den Den Town.

〄 Nara Machi
Terletak Di Pusat Bandar Nara. Nara Machi Merupakan Sebuah Pusat Perniagaan Yang Terkenal Pada Kurun Ke 15. Tapak Asal Nara Machi Merupakan Kawasan Kuil Gangoji Ketika Nara Menjadi Ibu Negara Jepun Pada Tahun 710 - 780. Terdapat Beberapa Tapak Warisan Dunia UNESCO di Nara Machi Yang Boleh Dilawati : Antaranya Ialah Kuil Gangoji, Dewan Daibutsuden Di Kuil Todai-Ji ; Yang Merupakan Bangunan Kayu Terbesar Di Dunia Dan Beberapa Lagi Bangunan Dari Era Nara. Disini Juga Terdapat Satu Taman Paling Unik Di Dunia Iaitu Taman Nara (Nara Park). Di Sekitar Taman Ini Terdapat Ratusan Rusa Liar Yang Berkeliaran Tanpa Pemantauan Dan Halangan. Pelancong-Pelancong Bebas Untuk Mendekati Rusa-Rusa Liar Yang Jinak Ini.

〄 Arashiyama Bamboo Grove, Kyoto
Ia Terletak Di Pinggir Barat Kyoto. Merupakan Satu Daerah yang Terkenal Dengan Warna-Warni Bunga Sakura Semasa Musim Bunga Dan Dedaun Kuning Di Musim Luruh. Mercu Tanda Utama Di Arashiyama Ialah Bamboo Groves Yang Merupakan Hutan Buluh Paling Terkenal Di Dunia. Walaupun anda telah melihat dusun buluh di kuil-kuil yang berbeza di Jepun, tetapi tidak ada yang sebesar yang terletak di Arashiyama. Tiket masuk ke Arashiyama ini adalah percuma. 

Arashiyama Bamboo Groove

〄 Arashiyama District
Disini terdapat satu jambatan yang terkenal iatu jambatan Tokugetsu. Jambatan Asalnya Telah Dibina Semasa Era Heian (Tahun 794-1185). Jambatan Ini Telah Dibina Semula Pada Tahun 1930-an. Ia menjadi terkenal kerana kecantikkannya bila tiba musum luruh & bunga. Kat sini juga katanya anda boleh nampak di mana mana sahaja penduduk tempatan yang mengenakan pakaian tradisional mereka seperti kimono. Yang menarik lagi ia di pakai di kalangan orang muda yang cantik & kacak. Kalau kesini jangan lepaskan peluang bergambar dengan orang tempatan yang berpakaian tradisional mereka.

Higashiyama Kyoto

〄 Himeji Castle, Hyogo
Istana ini di bina pada tahun 1333, berlokasi di puncak bukit Himeji di wilayah Hyogo Jepun. Istana ini dianggap sebagai contoh terbaik seni bina istana Jepun

Nak melancong keluar negara ni elok la kalau rasa memang tak pandai nak berjalan secara backpacking ambil pakej dengan travel Agent. Salah satu pakej bajet adalah dengan mengambil  dengan Bajet Japan Trip (JBT). JBT ni bukan ada sahaja ada full pakej sekali dengan penerbangan malah kalau ada yang dah tempah tiket penerbangan cuma perlukan travel guide je kat sana.. Pun boleh ambil pakej JBT. Insya Allah travel Agent yang boleh di percayai & dah lama menguruskan perjalanan pelancong dari Malaysi ke Jepun.

Untuk bulan disember 2017 & Januari 2018.. Japan BudgetTrip (JBT) dah sediakan satu pakej khas untuk pengunjung yang dah buat tempahan tiket penerbangan serta penginapan cuma perlu travel guide di sana jer untuk melawat tempat tempat menarik sekitar kansai. Tempat tempat tersebut adalah kawasan yang terdapat di Osaka, Kyoto, Hyogo, Nara dan Wakayama sahaja.

Trip bermula di Osaka (hotel sekitar Osaka)

A – 3 hari : 1 hari Osaka & 2 hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara)

B – 4 Hari : 2 hari Osaka, 2 Hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara)
Trip bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai

C- 5 hari : 1-2 hari Osaka (bergantung kpd waktu penerbangan). 3 hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara)

D -5 hari (Shinkansen) : 1-2 hari Osaka (bergantung kpd waktu penerbangan). 3 hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara)

E -6 Hari (Shinkansen) : 1-2 hari Osaka (bergantung kpd waktu penerbangan). 4 hari luar Osaka (Kyoto, Kobe, Nara, Himeji)
* harga termasuk kos pengangkutan. Itinerari secara detail tempat lawatan juga boleh dibincangkan selepas pakej pemilihan dibuat.

Sebarang pertanyaan lanjut atau penempahan pakej, boleh hubungi

 Whatsapp : japanbudgettrip.com.my/0133417178 
 emel :  japanbudgettrip@gmail.com 

Korang boleh ikuti Japan Budget Trip di Media Sosial
Facebook : Japan Budget Trip - JBT
Twitter : Japan Budget Trip
Instagram : japanbudgettrip

YANG NAK PERGI JEPUN SEKITAR BULAN NOVEMBER & DISEMBER JANGAN TINGGAL TAHI OK

YANG NAK PERGI JEPUN SEKITAR BULAN NOVEMBER & DISEMBER JANGAN TINGGAL TAHI OK. Baru baru ni kecoh orang tempatan (Malaysia) yang pergi melancong ke jepun kemudian tinggal taik kat sana.. Bukan takat tinggal taik siap rosakkan penginapan yang mereka duduk & mengasari tour guide ke hapa. Depa ingat buat macam tu.. lari balik Malaysia terlepas la kan tapi malangnya jadi viral & buruan pihak berkuasa untuk di ambil tindakkan. Lepas tu tak tau la.. dapat ke tidak tangkap bebudak samseng taik kucing tu. Lupa nak follow kes tu hehehehe..


Kalau pergi melancong ke tempat orang.. Tinggalkan la satu persepsi baik untuk orang tempatan di sana. Supaya orang tahu kita ni terajar dengan adap & sopan. Bukan tinggal taik yer.. Jangan tunjuk sangat orang malaysia tak reti berak guna jamban...

Tapi jangan risau.. Even berlaku perkara tak di ingini tu rakyat jepun tak racist. Masih menerima kehadiran pelancong Malaysia. So jangan takut nak pergi melancong ke negara Jepun yer..

Tapi kalau nak pi jepun bagus juga pilih hujung tahun. Selain kat Malaysia ni hujung tahun musim cuti sekolah di jepun pulak hujung tahun musim Luruh. Antara musim yang memang jadi pilihan pelancong untuk melawat jepun. Sebab musim luruh ni la boleh tengok permandangan yang cantik kat jepun teruatama di Kyoto, Osaka, Nara dan banyak lagi. Time ni la nak feeling macam di wonderland gitu.. sebab boleh tengok dedaun yang berwarna warni macam pelangi. musim luruh je korang boleh tengok daun yang berwarna merah, kuning &perang. Kalau musim bunga.. pun cantik juga sebab time tu la bunga berkembang mekar. Musim musim macam ni kalau photoshoot pun cantik.. Cuaca pun sangat sesuai untuk berjalan jalan.


Cakap pasal Jepun ni kalau ada yang berhajat nak melancong ke Jepun antara bulan November & Disember 2017 ni sedang elok la hangpa intai intai pakej yang di tawarkan. Antara pakej bajet yang korang boleh usya usaya adalah dari Japan Budget Trip (JBT) ni.. Dengar kata ada pakej menarik di tawarkan. Sat sat kami.. tunjuk kat hangpa pakej dia. kot kot hangpa rasa sesuai dengan bajet hangpa ke kan...

Antara pakej yang ada di Japan Budget Trip..

 PAKEJ A1/A2 (tanpa penerbangan) 

Pakej A1
➠Harga RM1,990 seorang
➠Bilik tidur seorang (single) tanpa bilik air/tandas
➠Bilik air dan tandas terletak di luar bilik dan dikongsi bersama

Contoh Twin Sharing dengan bilik air

Pakej A2
➠Harga : RM2,490 seorang
➠Diskaun RM200 utk kanak2 berumur 7 hingga 11 tahun
➠Bilik tidur berdua (twin sharing / double) dengan bilik air/tandas di dalam
➠Bilik mandi didalam bilik tidur (private bathroom)
➠Deposit : RM200 seorang

Contoh Double Room dengan bilik air

 PAKEJ JKAT – B1/B2 (dengan penerbangan AAX) 

Pakej B1

➠Harga RM3,290 seorang
➠Bilik tidur seorang (single) tanpa bilik air/tandas
➠Bilik air dan tandas terletak di luar bilik dan dikongsi bersama

Contoh Single Capsule Room dengan bilik air berkongsi

Pakej B2

➠Harga : RM3,790 seorang
➠Diskaun RM200 utk kanak2 berumur 7 hingga 11 tahun
➠Bilik tidur berdua (twin sharing/double) dengan bilik air didalam
➠Bilik mandi didalam bilik tidur (private bathroom)
➠Deposit : RM500 seorang

 Optional Ticket : Penerbangan AAX sahaja (tanpa pakej) 

Harga : RM1,390 seorang

 Kuala Lumpur ke Osaka (KUL-KIX; D7 536)
 Tarikh : 26 Nov 2017
 ETD : 0800hrs
 ETA : 1525hrs 

 Osaka ke Kuala Lumpur (KIX-KUL; D7 537)
 Tarikh : 1 Dis 2017
 ETD : 1640hrs
 ETA : 2240hrs
 20 kg bagasi
 Deposit RM200 seorang 

 Harga Termasuk : 

➠Penginapan
➠Pengangkutan (Shinkansen, keretapi, bas dll)
➠Insuran perjalanan
➠Jurupandu

Higashiyama Kyoto

Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun (pakej B sahaja)

 Harga TIDAK Termasuk : 

➠Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun (pakej A sahaja)
➠Makan dan minum
➠Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)

Bamboo Groove Arashiyama

 Cadangan Itinerari : 

Hari 1
 ⤼ Tiba di Kansai Airport. Free & Easy.
Hari 2 ⤼ Kyoto ( Arashiyama & Fushimi Inari) & Nara (Nara Dear Park)
Hari 3 ⤼ Kyoto (Kiyomizudera, Higashiyama & Gion) & Osaka (Namba & Shinsaibashi)
Hari 4 ⤼ Himeji (Himeji Castle & Kokoen) & Osaka (Umeda Sky Building)
Hari 5 ⤼ Kobe (Harborland, Nunobiki Herb Garden & Kobe Mosque)
Hari 6 ⤼ Free & Easy (Optional : Rinku Premium Outlet). Bertolak pulang ke Kuala Lumpur melalui Kansai Airport.

Arashiyama, Kyoto
Nunobiki, Ropeway Kobe
Himeji

Kalau rasa nak tempah dengan Japan Bajet Trip ni hangpa pi la Daftar dulu di Daftar Trip JBT untuk urusan penempahan trip.

Jangan risau walaupun hangpa dah daftar tempahan dengan JBT ni kalau ada perubahan apa apa.. Tak jadi pergi ke hapa just maklumkan kepada pihak mereka & wang boleh di kembalikan mengikut terma & syarat yang di tetapkan semasa korang isi borang online.

Had umur minima untuk meyertai pakej ini adalah 7 tahun.
Untuk sebarang maklumat lanjut, sila Hubungi JBT.

Kalau nak lebih info berkaitan pakej pakej bajet yang di tawarkan JBT ni korang boleh tengok di 

 Blog : JAPAN BUDGET TRIP 
 Facebook : Japan Budget Trip - JBT 
 Twitter : Japan Budget Trip 
 Instagram : japanbudgettrip 
 Email : japanbudgettrip@gmail.com 
 Whatsapp : 013-7287178 


Apapun kalau pergi melancong ke negara orang tak kira la jepun ke kat mana ke jangan buat tahi & jangan tinggal tahi kat tempat tak sepatutnya. Tak kira la tahi secara fizikal atau pun persepsi.. do you understand what I mean.. Jangan sampai lekatlekit speaking london ok. Nanti terlebih speaking semua tak faham apakejadahnya pulak. hehehehe...

NANTI DULU! BACA NI SEBELUM MERANCANG PERCUTIAN KE JEPUN

NANTI DULU! BACA NI SEBELUM MERANCANG PERCUTIAN KE JEPUN. Jepun salah satu negara maju yang terkenal dengan kesopanan rakyatnya & antara 10 negara paling bersih di dunia. Orang jepun kalau datang Malaysia memang macam kena kejutan budaya jugak la nak2 lagi kalau masuk tandas awam kat Malaysia boleh jadi mimpi ngeri. Sebab Malaysia antara negara yang mempunyai tandas awam yang paling mengerikan bab kebersihan. Tapi kalau kita ke jepun mungkin kita rasa kalau tak ada tempat penginapan dalam tandas pun boleh bermalam.haahaha.Bersih sampai rasa boleh tidur tanpa was was. hehehe

Okayama Castle

Jepun bukan sahaja bersih malah tempat tempat dia pun cantik nak nak lagi kalau korang pergi ke jepun pada bulan November. Kenapa November. Bulan2 lain Jepun tak cantik ke? Bukan tak cantik tapi kalau korang ke Jepun pada bulan November korang boleh menikmati Musim luruh di mana pada musim tersebut ramai pelancong dari dalam & luar negara akan melancong ke jepun terutamanya di kawasan sekitar Kyoto, Osaka, Nara dan banyak lagi sebab time tu korang boleh menikmati permandangan dedaun yang berwarna-warni. Bukan selalu ada daun berwarna warni ni. Musim luruh je tau! Pada musim luruh je boleh tengok daun yang berwarna merah, kuning, perang yang cantik sangat. Kalau nak bergambar dengan permandangan musim luruh memang cantik. Selain musim luruh ni cuaca dia sedang sedang la. takde la sejuk sangat atau panas sangat kan. So memudahkan perjalanan percutian anda semasa di jepun. Nak buat outdoor aktiviti pun takde la terganggu sangat.

Kurashiki Okayama

Sekiranya anda ada perancangan nak cuti ke Jepun pada bulan November.. Sesungguhnya anda orang yang bertuah kalau anda baca entri ni sebelum book dengan mana2 travel agent yang mungkin mengenakan bayaran yang agak mahal. Sebabnya kat sini aku nak kenalkan pada korang dengan Japan Budget Trip (JBT). Kalau dah namanya budget ni.. Insya Allah memang murah la. Tapi pakej yang di tawarkan tetap menarik ok walau murah.

Korakuen Okayama
Okayama Castle Park
Kiyomizudera Kyoto
Kiyomizudera Kyoto
Kiyomizudera Kyoto
Higashiyama Kyoto


Japan Budget Trip menyediakan dan meyelaras percutian idaman anda ke Negara Matahari Terbit dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Untuk bulan November JBT ada menawarkan pakej JBT Kansai Autmn Trip untuk bulan November 2016. Pakej 6 hari 5 malam dari serendah RM1,690. Ni kategori pakej mampu milik yang boleh korang ambil. Bukan senang beb 6 hari kat Jepun dapat harga RM1,690. Pakej yang di tawarkan adalah seperti berikut

Pakej A1 (21 – 26 Nov. 2016)
Harga : RM1,690 seorang
Bilik tidur tanpa bilik air (Hostel, Kapsul dan setaraf)
Bilik mandi di luar bilik tidur (shared bathroom)
Tuala mandi tidak disediakan

Pakej A2 (21 – 26 Nov. 2016)
Harga : RM2,290 seorang
Diskaun RM200 utk kanak2 berumur 7 hingga 11 tahun
Bilik tidur dengan bilik air (Hotel)
Bilik mandi didalam bilik tidur (private bathroom)
Tuala mandi disediakan

Harga Termasuk :
Penginapan
Pengangkutan (Shinkansen, keretapi, bas dll)
Insuran perjalanan
Jurupandu

Harga TIDAK Termasuk :

Tiket penerbangan pergi-balik ke Jepun
Makan dan minum
Caj entri ke mana2 tempat lawatan (jika ada)

Untuk lebih info korang boleh baca kat sini >> JBT Kansai Autmn Trip : November 2016 6D5N (dari RM1,690)

Jadi pada anda yang ada planning nak ke Jepun tu jangan lupa intai2 pakej yang di tawarkan Japan Budget Trip ni. Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

Whatsapp/sms : 013-3417178 / 0137287178
Emel : admin@japanbudgettrip.com
Facebook :
https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Instagram : https://instagram.com/japanbudgettrip
Blog : www.ayaharif.com

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com