RASA NAK ULAS ISU TENGAH VIRAL TAPI.. Banyak sangat isu isu panas sekarang. Terkini isu influencer di tuduh buat gangguan 'seggsual' pada budak bawah umur. Nak ulas dalam blog? Mula mula rasa nak juga mengulas isu isu viral di blog lekat lekit ni dah siap draft lepas tu rasa tak perlu la. Zaman tu biarlah jadi sejarah. Zaman menjadi outspoken blogger tu rasa macam tak nak ulangi dah. Biarlah ulasan isu isu viral ni seladar hit & run. Blog ni macam diari jadi akan tersimpan kemas cerita tu. Jadi aku kalau boleh dah tak nak simpan cerita cerita macam tu.
Semua orang akan lalui fasa buat silap dalam hidup termasuk aku. Yang salah di hukum yang belum di hukum tak semestinya sentiasa betul. Hidup ini macam tu la.. Kadang kadang kita buat kesilapan yang sama cuma kita bernasib baik tidak di hukum di dunia jadi kita merasa kita lebih baik dari orang yang sedang menerima pembalasan dari kesalahan dia.
Aku pernah berada di fasa di mana orang padan kan muka aku kena saman konon lantang sangat. Bila di uji lagi suami aku mengalami kemalangan & cedera agak teruk ada yang sindir aku konon kifarah. Konon silih berganti ujian besar dalam hidup aku tu bukan ujian dah itu kifarah. Yang hamburkan kata kata tu pun tak baik mana tapi aku tak remove dia sebagai friend aku biar je. Belum di uji tak bermakna kita lebih baik dari orang lain, kan? Biarlah dia rasa dia lebih baik dari aku sebab aku pun tak pernah rasa diri aku baik.
Di blog biarlah aku perlahan lahan untuk ubah cara penulisan aku mengikut apa yang aku rasa perlu & tak perlu. Blog ni sekarang pun dah kembali kepada tujuan mula mula aku bina blog ni. Bukan untuk popular, bukan untuk cari income dan bukan untuk kejar views. Hanya untuk aku menulis apa yang aku rasa nak tulis. Tak semestinya cerita peribadi.. Apa saja aku rasa nak ceritakan dalam bentuk penulisan. Tak semua suka bercerita dengan lisan.. Dan itulah aku yang suka bercerita melalui penulisan.
Yang sudi baca blog aku terima kasih.
PAKAI SUSUK RELEVAN ATAU TAK ZAMAN SEKARANG? Sesambil mengisi masa petang aku tengok Filem susuk kat Netflix. Bukan filem susuk yang Malaysia punya ni susuk filem dari Indonesia. Berkisahkan seorang perempuan yang pakai susuk kemudian berlaku kemalangan dia jatuh dari kondo. Sepatutnya menurut doktor dalam keadaan dia memang tak akan hidup dah tapi dia masih hidup. Semua tu sebab dia ada pakai susuk yang ada pendamping.Ada satu babak dia dah di sahkan meninggal.. Nurse semua dah cabut wayar tetiba dia hidup balik. Akibat kekangan kewangan adik dia terpaksa keluarkan dia dari hospital dan bawa balik kampung untuk merawat cara kampung. Mula mula cuba rawat secara Islam tapi tak berjaya lepas tu terpaksa cari dukun susuk untuk keluarkan susuk yang kakak dia pakai. Berjaya di keluarkan tapi tak berjaya untuk pisahkan jasad kakak dia dari pendamping susuk tu sebab dukun tu tak boleh buang susuk pertama yang kakak dia pakai sebab ilmu dia tak cukup kuat untuk berlawan dengan pendamping susuk tu.

Sebab dia cari dukun orang kampung mula rasa tidak senang dengan depa mula menunjukan reaksi tak suka. Sehingga seseorang memberitahu bahawa ibu mereka juga dulu memakai susuk tapi tidak berjaya untuk keluarkan susuk sehingga jasad membusuk walaupun tidak mati. Akhirnya ibunya di kebumikan juga walau tidak berjaya menanggalkan susuk yang di pakai. Kalau hangpa nak tau kesudahan kisah tu hangpa tengok je Filem susuk tu. Sekarang ni kita kembali ke topik asal.. Masih relevan atau tak zaman sekarang pakai susuk?
Yelah lambakan produk kecantikan, spa kecantikan, teknologi pembedahan plastik untuk kecantikan bagai. Tu tak cerita produk timbang kilo yang bersepah di jual kat Malaysia ni. Semua untuk memenuhi keperluan manusia yang nak cantik terutama perempuan. Jadi perlu ke nak pakai susuk yang kita dah tahu akan ada kesan buruk dari sudut spiritual kan selain di tegah oleh ajaran agama terutama Islam. Berbanding dulu faham la selain tak banyak produk kecantikan atau pusat kecantikan, orang dulu kurang pendedahan & pendidikan dalam agama jadi mungkin kejahilan mereka itulah yang menyebabkan mereka bersekutu dengan jin & syaitan untuk memenuhi tuntutan nafsu mereka. Tapi zaman sekarang selain lambakan produk kecantikan & pusat kecantikan, penyebaran ajaran agama pun semakin meluas. Bukan alasan jahil atau kurang kemudahan lagi melainkan hanya sebab inginkan cantik secara pintas & menipu pandangan mata manusia lain dengan menggunakan perantaraan jin & syaitan yang semua orang tahu penuh tipu daya.
Pakai susuk ni bukan saja menyusahkan diri sendiri akan menyusahkan orang lain juga. Contoh bila dah tenat tak mati mati dah waris nak kena cari orang yang arif dalam rawatan spiritual macam tu. Tak tahu kenapa masih ada orang berminat nak pakai susuk susuk ni lagi sedangkan teknologi dah maju. Nak cantik tak perlu guna pendamping jin & syaitan pun. Kenapa nak menyusahkan diri? Pakai susuk pun bukan murah sangat. Nak bayar untuk perkhidmatan bomoh lagi, peralatan yang di gunakan sebagai perantaraan pun memerlukan kos. sama je kalau kau pergi spa kecantikan ke, klinik kecantikan ke atau beli produk skincare atau beauty care. Tapi kenapa pilih cara syirik & khurafat tu? Adakah sebab kesan kecantikan tu lebih cepat atau macam mana? Sebenarnya pakai susuk ni dia umpama kau pakai filter. Hakikatnya muka kau sama je. Kalau buruk tu buruk juga tapi di kaburi dengan filter di mana bila orang tengok nampak cantik. Tapi filter susuk ni dia berunsurkan perkara perkara mistik la. Orang boleh nampak secara real yang hangpa tu cantik tapi sebenarnya tak pun. Cuma di kaburi dengan pandangan dari tipu daya jin & syaitan. Sebab tu bila langgar pantang larang atau tidak buat apa apa ritual mengikut perjanjian semasa nak pasang susuk tu akan menyebabkan kesan tu jadi lebih buruk. Mungkin tanda amaran & amarah pendamping bila kehendaknya tidak di turuti.
Selain ia di lihat amalan kuno yang bertentangan dengan ajaran agama yang bagi aku dah tak relevan untuk di pratikan di zaman sekarang dimana untuk cantik kena perlu ada perjanjian dengan iblis & syaitan. Dah kena ikat kontrak dengan makhluk makhluk ghaib. Kalau boleh slow talk ok la juga ni jenis kalau dia dah deal gitu.. Gitulah kau kena ikut. Dah la syarat pelik pelik. Tak boleh lalu bawah ampai la, tak boleh makan satey la.. Entah lah. Tak faham aku yang sanggup menyekutukan Allah untuk cantik ni. Kau makeup sudah la. Balik rumah cuci je takde pantang larang apa apapun. Pakai susuk ni umpama satu penipuan pada diri sendiri & orang lain sedangkan tidak mengubah hakikat sebenar pun.
Tapi trend sekarang aku nampak makin menjadi jadi orang suka buat ritual ritual khurafat ni tak hanya untuk cantik. Untuk lariskan perniagaan, untuk jatuhkan orang lain & macam macam sebab la. Seolah olah kemajuan macam tidak mampu mengatasi kepercayaan orang pada perkara perkara syirik & khurafat. Sebab tu sekarang terlalu banyak filem filem seram berunsurkan mistik ni di hasilkan. Mungkin salah satu faktor ada yang obses & taksub pada perkara perkara macam ni. Aku terkecuali aku suka tengok filem seram tapi tidak terdetik untuk mencuba sebarang ritual ritual khurafat & syirik ni. Seumur hidup aku, aku tak pernah guna khidmat bomoh. Hanya perawat dari pusat rawatan Islam yang di percayai sahaja. Contoh darussyifa.
Kesimpulannya.. Teknologi masih tak mampu melawan amalan amalan syirik & khurafat ni. Sebab nak kata golongan tidak terpelajar je percaya & mengamalkan perkara perkara macam ni tak juga. Semua golongan ada yang terjebak dalam aktiviti macam ni. Sebab tu pentingnya didikan agama & mempratikan acara agama. Kalau tak kau pandai la macam mana pun kau tetap akan jadi bodoh juga bila kau tak ada pegangan agama yang kuat. Tak tak.. aku bukan ustazah. sebenarnya aku tengah tarbiah diri sendiri juga ni. hikhikhik.
MENTOR MILENIA MINGGU KEDUA.. USOP MENANGIS ATAS PENTAS WALAUPUN PERSEMBAHAN MACAM TAK FEEL JE. Semalam minggu kedua pentas mentor milenia 2017. Terlepas jugak 15 minit rancangan tu sebab terlupa. Almaklum la.. Aku sentiasa busy & busy body dengan macam macam benda kat rumah. Nak2 lagi kalau hari ahad.. Siang hari tu masa untuk keluar dari kepompong melihat dunia yang penuh pancaroba katanya.. Pulang dari Dunia yang sangat menguji poket & wallet.. Macam2 benda nak kena urus kat rumah. Apa ingat balik bersuka ria boleh terbongkang urut kaki ke.. Itu tidak bagi mereka2 yang dah masuk zon bini orang & mak orang ni ok.
Dah selesai semua baru la nak rehatkan badan.. Tengok jam dah pukul 9.15 malam.. Alamak.. Terlepas 15 minit mentor milenia minggu kedua tapi masih sempat tengok semua persembahan protege minggu kedua semalam.. Macam biasa selaku juri surirumah.. Aku akan bagi komen setiap persembahan kat Facebook.. So korang boleh baca jer komen2 dari aku semalam kat facebook tu..
Amboi mat kpop malaysia ni kemain menari. Siap minta dato hattan komen persembahan dia lagi. Apapun dia memang menghiburkan. Level confident memang tinggi cuma suara je kelaut.
#Erwin #mentormilenia#mentormilenia2017
Syeera boleh la tahan persembahan dia malam ni. Aku setuju dengan dato hattan persembahan dia paling terbaik malam ni. Tapi macam pelik perempuan nyanyi lagu lelaki yang dalam lirik dia macam memuja seorang perempuan. Hehehe
#protegeblack #mentormilenia #mentormilenia2017
Anna nyanyi lagu fav aku malam ni. Tak tau la sebab aku suka lagu ni kehapa tapi aku dengar sedap je dia nyanyi. Cuma baju dia malam ni aku nampak buruk. Marsha milan kena sound dengan dato hattan sebab cuba buat lawak pasal badan ana. Pengacara becareful kadang2 nak buat lawak terkurang ajar tanpa niat. Hehehe
#protegeakim #mentormilenia#mentormilenia2017 #teamusop
Malam ni antara 3 protege mungkin jadi juara mingguan
1. Syeera
2. Along
Juara mingguan (minggu kedua) mentor milenia 2017 anak menakan
Ezad Lazim Along. Tahniah! Selayaknya dia menang minggu ni.
Walaupun Usop peserta yang paling Viral & aku team Usop.. Tapi memang persembahan dia semalam kurang mantap & agak mengecewakan.. Dia masih belum boleh pelbagaikan lagu yang dia bawa. 2 Minggu dia di beri lagu yang dia selesa & memang kemampuan dia untuk bawa dengan baik.. So kurang mencabar vokal dia la kot. Minggu ni bila mentor dia pulak yang bagi lagu untuk dia nyanyi nampak agak spoil nyanyian dia semalam.. Tapi dia macam feel je sampai nangis2 tu nyanyi. Feel kat sapa atau kenapa.. Tu tak tau la kan? Tengok juri Hattan & pengacara rancangan Mentor Milenia dok gosip dia dengan Balqis.. Tak tau la depa tengah baru nak ada apa - apa ke. Atau sekadar gimik je nak mensensasikan rancangan tu.. Biasa la kan. hehehehehe
Mentor2 semalam nampak macam stress je memasing kecuali Akim.. Paling ketara nampak emosional adalah Tomok. Juri awam pulak.. Hope next week bagi orang lain la.. Persembahan semua protege semalam.. kebanyakkan ke laut. Tapi Minggu ni juara mingguan Along.. Memang bawa lagu yang nampak dia boleh bawa dengan baik & dia perform dengan baik. So, pemenang minggu ni aku setuju dengan juri. Tahniah Along...
Apapun buat Nuzul yang tersingkir di minggu kedua.. Hope terus berjaya kalaupun bukan dalam seni suara. Atau boleh cuba lagi untuk realiti TV yang lain.. Bukan tak boleh nyanyi cuma mungkin belum cukup mantap nyanyian dia. Pada yang masih kekal di dalam mentor milenia terutama Usop.. Hang jangan selesa sangat na.. walau hang paling viral & banyak supporter ok! Kedudukan hang dalam mentor milenia belum tentu terjamin ok! Make sure next week.. Buat persembahan yang lebih baik. Sebab minggu ni sangat kurang baik nyanyian hang tu.
Minggu depan aku belum tentu akan jadi juri surirumah lagi.. Tengok la macam mana. Kalau aku masih ingat mentor milenia ni aku tengok la kan.. Aku ni kadang2 hangat hangat taik ayam je support rancangan realiti TV macam ni.. Sampai mood malas nak layan kang aku tak layan la. Hahahaha
RAMAI BLOGGER TERKESAN DENGAN KRITIKAN ALIA HAYATI. Kat wall aku tengok ada antara blogger yang mendapat jemputan menonton premier screening filem upin ipin jeng jeng jeng mula panas hati,panas jari,panas bontot bagai dengan kritikan salah seorang ibu yang mempunyai seorang anak berusia 2 tahun. Rasanya ramai tahu isu tu. Alah pasal dia kritik filem upin ipin jeng jeng jeng yang katanya tidak menepati citarasa kanak2 & menyifatkan filem tu macam sampah.
Dari awal aku dok baca respond dari news feed fb aku,kadang - kadang aku sampai tergelak. marah sangat depa bila orang kata filem yang depa war war kan best tu tak best & sampah. sampai mempertikai hak orang tu bagi komen sebab katanya dia dah 2 tahun tak tengok wayang jadi dia tak layak nak komen. 10 tahun sekali orang pergi tengok wayang pun,dia berhak memberi pendapat dari apa yang dia bayar untuk menonton. dia nak cakap best ke tak best ke itu hak dia. kenapa perlu pertikai hak dia hanya kerana dia tak tengok wayang selama 2 tahun.
 |
Status yang menjadi viral tapi tadi aku check dia dah delete atau private status tu. Mungkin ramai yang serang dia kot. Kesian kan sapa yang tak boleh terima perbezaan pendapat ni. Lepas ni tengok filem tempatan wajib puji walau filem tahap jamban pun |
lagi satu kenapa cuak sangat dengan kritikan Alia Hayati tu? kalau filem tu memang terbaik & mampu buat penonton terutama kanak kanak terhibur setakat kritikan Alia Hayati tu tak jejas pun penjualan tiket.malah sebab status dia tulis mungkin menjadi satu publisiti untuk filem tu. Tapi bila ramai tunjuk macam cuak, aku pun syak maybe betul la filem tu tak best. Aku pun ada niat nak bawa anak aku pergi tengok tapi biasa la minggu pertama di tayangkan mesti ramai orang tengok. Pengalaman sebelum ni nak tengok Boboiboy the movie 3 kali ke pawagam tiket habis. Sebab kami jenis mengamalkan 'walk in' malas nak book online. Sebab bagi kami.. lambat atau cepat tengok filem tu takde apa terjejas pun. Dah hujung2 tayangan nanti confirm dah tak ramai menonton. Lagi senang nak beli tiket. hehehe
Berbalik pada isu kritikan Alia haryati yang bukan sesiapa.. hanya seorang isteri & ibu kepada anak berusia 2 tahun.. Pun macam tu ramai yang cuak dengan kritikan dia terhadap filem upin ipin jeng jeng jeng terutama blogger yang dapat tiket free tengok premier screening tu la. Komen pada post dia pun ada yang bersetuju & tidak dengan pendapat dia.. Biasa la tu. Citarasa manusia berbeza.. ada yang rasa anak2 mereka enjoy & ada yang nampak reaksi anak mereka kurang terhibur dengan filem tu. Masing - masing memberi persepsi & pendapat sendiri.. Bagi aku normal la tu. Yang rasa best tak salah.. Yang rasa tak best pun tak salah. Tak perlu kot nak rasa marah bila filem yang kau dapat tiket free pergi menonton orang yang kena beli tiket cakap tak best.
Bukan soal support atau tak sesama blogger.. cuma aku rasa mentaliti blogger yang cepat melatah macam ni mengambarkan blogger tu jenis pemikiran bawah tempurung. Cuba positif sikit.. Sebab zaman sekarang kritikan juga boleh jadi satu publisiti pada sesuatu perkara tu sebab tu ada yang sanggup buat video konon kutuk produk dia jual semata mata nak viral untuk memperkenalkan produk tu. See.. kritikan tak semua membunuh ok!
Tak perlu risau karya atau produk yang bagus tak terkesan hanya dengan komen negatif seorang dua. Yang terbaik akan kekal terbaik & Insya Allah akan di iktiraf kehebatannya. Terima je perbezaan pendapat tu... Tak semestinya kau tonton best orang lain pun rasa best. Terima hakikat kau tak boleh paksa orang lain suka apa yang kau suka. Please la.. Aku faham blogger yang di jemput menonton tayangan perdana upin ipin jeng jeng jeng tu kerja depa menyampaikan informasi & mempromosikan filem tu. Tapi tak perlu terlalu taksub kot.. Biarlah orang yang rasa tak best nak bagi pendapat. Kau boleh bagi pendapat kau sendiri kenapa nak sekat orang lain bagi pendapat hanya kerana berbeza pendapat dengan kau, kan?
Moral of the story.. aku tau aku bakal di benci oleh segelintir blogger sebab entri ni tapi macam biasa la.. Aku akan menulis apa yang aku rasa betul. Takut rezeki berblog tak ada sebab kena boikot dengan blogger.. Ingatlah rezeki tu Allah yang bagi tak perlu takut sangat sesama manusia sampai kau takut untuk menyampaikan kebenaran. Peace Yo!