Showing posts with label kentut. Show all posts

PERKARA JIJIK PEREMPUAN SUKA BUAT BILA SENDIRIAN

 Malam ni segmen seram serik lekat lekit cuti. Tetiba malam ni mood seram kelaut. Tunggu dia naik darat balik kita bersegmen yer. Sebab tak nak malam anda sepi tanpa cerita maka meh kita kupas kupis apa perkara jijik yang perempuan suka buat bila bersendirian.

Sekadar Hiasan. Sumber Google

Betul ke korang suka buat benda kotor ni ketika duduk sorang2? Orang lain tak boleh jawab.. diri sendiri jer boleh jawab. Bak kata pepatah kita boleh tipu orang tapi bukan tipu diri sendiri. Hahahhaa...

Apa benda 7 perkara yang katanya perempuan suka buat masa bersendirian.. meh baca.

1. Katanya perempuan suka Korek hidung sepuas hati ketika duduk sorang2. Yelah.. hidung pun kena servis. Takkan nak korek depan orang ramai, kena reject dengan bakal mertua gamaknya kalau dok buat perangai tak senonoh macam tu. Jadi masa bersendiri la nak servis hidung. Nak kurangkan penghasilan bijih katanya. hahahaha

2. Perempuan suka kentut sepuas puasnya, Menurut artikel aku baca ni katanya perempuan depan orang memang control kentut tapi belakang orang laki pun kalah kalau lawan kentut. Dia punya sound effect kalau record boleh guna untuk filem perang sebagai sound effect bom. Hahahaha.. Untuk pengetahuan semua kentut tu satu nikmat. Cukuplah.. terpaksa menahan nikmat tu depan orang. Bagi la change kaum perempuan menikmati kentut bila bersendirian. hahahaha

3. Garu kepala perkara jijik? Jijik la kalau garu kepala dengan sesungguhnya sehingga salji2 berterabaran serata alam maya. Tapi setakat garu hujung2 jari tu ok jer kot. Katanya ni pun antara perkara jijik yang orang pompuan buat ketika bersendirian.

4. Picit jerawat pun tersenarai. Bagi jurujerawat je la. bagi yang kulit jangankan jerawat setitik ruam pun takde nak picit apa ye dak? Yelah.. nak picit jerawat perlu ketenangan baru boleh fokus. Kena ngadap cermin so masa bersendirian la paling afdal menyempurnakan tugasan picit jerawat. hehehe

5. Hoi! Yang ni aku tak berapa setuju. Memang la kencing kita takde nak berteman bagai.. Nak kencing masuk toilet sorang2 tapi takde la kencing berdiri. Sapa la buat survey ni kata perempuan suka kencing berdiri bila sendirian. Saya bangkang yang Arif! hahahaha

6. Bau kemaluan? Macam mana ekk nak cium kemaluan sendiri. Ambik bau dari spender je kot.. Iskk.. jarang pulak aku nak buat benda ni walau sorang2. Confident tak busuk sebab i guna feminim wash ok. hehehe

7. Pakai baju tidur sepanjang hari tu bukan perangai aku even di akui ramai perempuan buat bila kat rumah sendirian. Lepas mandi wajid tukar baju. Yang pakai baju tidur sepanjang hari maybe tak mandi la kot. hahaha

Sumber : Ladylista

Perempuan kan terkenal dengan pemalu tapi tetap la manusia biasa. Maybe bagi lelaki benda tu tak jadi aib nak buat depan orang tidak perempuan yang perlu privacy nak buat semua tu. Kena jugak jaga saham hantaran katanya.. kang bakal mak mertua tengok terus minta diskaun. Jadi benda tu bukan la jijik sangat cuma maybe kalau tak kena tempat nampak pengotor & memalukan.

Moral of the story.. Malu kan perisai orang yang beriman. Peace!

ELAK GUNA STRAW MASA MINUM UNTUK CEGAH KENTUT BUSUK

Kentut berbau ni bukan terjadi secara semulajadi tapi ada penyebab jugak yer. Sebabnya banyak tapi aku ambil salah satu sebab jer nak share dengan korang. Sebab tips ni aku rasa sangat berguna untuk menjaga imej wanita seram yang jelita lagi gelita maka aku nak share jugak la dengan korang yang amat aku kasihi.

Sumber Google

Antara tips untuk mengelak kentut berbau minum teh herba, kurangkan makanan yang boleh menyebabkan gas di perut macam kacang,ubi,brokoli,kubis,petai,jering & sebagainya.

Tapi yang aku nak share ni agak best iatu elakkan minum cara menyedut. Of course la kita minum cara menyedut guna straw.. Tapi ada jugak orang menyedut minuman dari cawan nak2 lagi air panas. Rupanya ia juga penyebab kentut berbau busuk sebab menyebabkan banyak udara masuk dalam perut.

Lepas ni kita kena mula kempen minum tanpa straw lepas tu try kentut. bau semakin busuk ke tak? hahahaha.. Apapun minum secara menyedut adalah salah satu penyebab bukan sebab utama yer.. Setakat minum tak menyedut belum cukup membuatkan kentut anda tidak berbau yer. Pemakanan, aktiviti harian jugak mainkan peranan.

Moral of the story.. Jangan kentut di khalayak ramai takut ada yang kena liwat secara berjemaah. hahahaha

KENTUT KELUAR DARI KEMALUAN BATAL WUDHU & SOLAT

Semalam aku ada post info pasal perkara yang menyebabkan berlaku kentut melalui kemaluan ni baru aku tahu rupanya masih ada yang tak tahu kentut boleh terjadi dekat kemaluan jugak. Normally orang kalau sebut kentut je keluar angin & bunyi kat bahagian bontot jer kan. Mungkin bagi sesetengah orang pertama kali dengar istilah kentut Vagina @ kentut yang keluar melalui kemaluan ni.

Sumber Google

Sebab ada yang tak tahu meh la aku jadi cikgu sat.. Yer boleh berlaku kentut keluar dari kemaluan tapi perempuan je la. Lelaki aku tak pernah dengar lagi la. Almaklum la perempuan kan ada ruang2 yang boleh di masuki angin kalau tak di jaga dengan betul. Kentut Vagina @ Kentut keluar dari kemaluan ni berlaku kebanyakkan pada orang yang dah kahwin & beranak tapi anak2 dara pun jangan excited sangat. Tetap tak terkecuali kalau tak pandai jaga aset kat bawah tu dengan baik. Banyak faktor.. pemakanan atau pemakaian seluar dalam yang longgar menyebabkan angin mudah masuk. Korang boleh google la nanti kalau nak lebih info.

Masalah kentut Vagina @ kentut melalui kemaluan ni.. Bukan masalah remeh sebab jangan ingat kentut yang keluar angin & bunyi melalui punggong je batal wuduk & solat.. Kentut Vagina pun boleh membatalkan wuduk & solat jugak. Berbanding kentut biasa.. kentut vagina ni susah sikit nak tahan. Kalau dia nak keluar, dia keluar jer. Kalau serius memang dia keluar secara kerap. Jadi masalah jugak kalau baru abis satu rakaat tetiba rasa angin @ bunyi keluar dari bahagian cik V kita kan. Dah ambil wuduk baru niat nak solat semula.. dia keluar lagi. So, jangan ambil ringan masalah kentut vagina ni tau.

Ni penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang kentut Vagina

Banyak produk atau supplement untuk masalah kentut vagina ni.. Korang cari je. Salah satu produk jamu seri dewi malam.. Aku tak jual cuma pernah la amalkan jamu ni. Sebab jamu ni menguatkan otot2 di bahagian miss V kita jadi dia dapat mencegah atau memulihkan masalah kentut vagina ni. So, kalau mana2 wanita yang hadapi masalah ni cepat2 la rawat.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com