Showing posts with label mak nyah. Show all posts

NAK MASUK TANDAS AWAM KENA TUNJUK KAD PENGENALAN

Amboi nak kencing berak pun susah dah ka la ni? Nak tunjuk ic bagai.. Kalau lupa bawak ic camna? Tahan sampai rumah la gamaknya. Mau ada yang kena sembelit & batu karang. Apa kes la sampai nak kena tunjuk ic masuk toilet ni?? Mangkuk toilet emas ka hapa? cuba story sikit...

Dok aih.. mana ada kat Malaysia nak masuk toilet kena tunjuk ic lagi tapi tak mustahil kalau memudaratkan perlu buat macam tu sebab sekarang kan golongan Maknyah @ pondan dah mendapat kelulusan berpakaian seperti wanita di tempat2 awam. Dah tak jadi satu kesalahan lagi.. So benda ni mendatangkan bahaya kat golongan wanita yang sememangnya menjadi sasaran jenayah.

Sumber google

Mesti semua pelik.. yang songsang pondan yang wanita pulak jadi masalah kenapa? takut saham jatuh ka pondan lagi santek dari perempuan. Dok aih.. cantik pun buat apa tak original, kan? tetap takdak rahim nak mengandung & beranak. Yang menjadi bahaya tu kemungkinan penjenayah boleh menyamar sebagai pondan untuk masuk ketandas wanita. Manalah tau perogol ka.. perompak ka.. pakai baju kurung tudung bagai masuk tandas perempuan. Dok kata pondan sekali abg DanDinDon yang masuk. Tak ke benda tu memberi risiko pada golongan wanita. Kita sedia maklum pondan memang suka masuk tandas perempuan.. konon feelling women sangat atau alasan takut kena liwat. Dah macam fenomena biasa jer pondan masuk tandas perempuan.

Kalau nak halang, makcik jaga toilet atau abangla tak dan nak check mana pondan mana perempuan. Takkan nak kena berbaris tunjuk ic kan? Sebelum berlaku la kita kena cegah & fikir kemungkinan yang bakal berlaku takkan nak tunggu jadi dulu baru nak fikir cara pencegahan.  So, hope pihak2 yang sepatutnya tu tolong fikir. Bukan masalah akhlak jer tapi macam2 masalah boleh berlaku.

P/S : Mesti ada yang kata dari dulu Mak Nyah masuk tandas pompuan tak jadi isu pun.. tup2 bila dapat kelulusan berpakaian wanita tetiba jadi bahaya pulak.. Yelah, dulu menjadi kesalahan, so tak semua Nyah yang 24 jam berpakaian wanita tapi bila dah kata boleh dah pastinya semakin berleluasa la mereka berpakaian wanita & mungkin ada penjenayah ambil kesempatan.


SUAMI MENGANDUNG SEBAB BERPERWATAKKAN SONGSANG

Orang baca tajuk entri pun pening nak paham. Aku nak buat tajuk entri tu pening jugak. Hahahahaha.. Yelah, apa ke maksud suami mengandung sebab berperwatakan songsang ni?? Takpe.. takpe.. jangan panik bagai dunia nak kiamat even tu salah satu tanda kiamat, kejab lagi aku jelaskan kat korang yer...

Sumber google

tengah malam semalam terbaca post dari page Harian Metro pasal 1 pasangan konon pelik tapi sebenarnya aku tak rasa pelik pun. Tak rasa unik atau Wow pun dengan kejadian tu. Rasa geli tu maybe ada jugak. hahahaha.. Sepasang suami isteri.. yang si suami mengandung anak hasil hubungan mereka. Suami mengandung?? Sebab caption dia Bapa tu yang buat orang pelik. Bapa adalah gelaran pada lelaki yang bakal atau dah ada anak.. Lelaki mana boleh mengandung. Dia takde fungsi @ organ yang membolehkan dia mengandung even dia tukar jantina sekalipun.

Sumber Harian Metro

Apa yang berlaku pada pasangan ni hanya kerana mereka berpewatakan songsang bukan mereka melakukan hubungan songsang yer... Bagi aku hubungan dorang tak songsang.. sebab lelaki berkahwin dengan perempuan. Cuma perwatakkan mereka jer yang songsang. Yang patut jadi bini berpewatakkan suami, yang patut jadi suami berpewatakkan isteri tu yang nampak macam songsang. Bila yang berlagak macam lelaki kemudian mengandung.. semua orang nampak pelik la macam si suami yang mengandung padahal yang mengandung tu sebenarnya perempuan tapi berpewatakkan lelaki jer.

Itu apa yang aku agak dalam kisah dorang ni sebab harian metro blur artikel tu. Biasa la.. taknak artikel dorang di plagiat sebelum surat khabar di jual. Tapi dari tajuk berita tu rasanya 90% kisahnya camtu la. Mustahil la kalau di lahirkan dengan organ2 lelaki boleh mengandung. lelaki mana ada rahim.. ye dak?? Kalau lelaki bernama Rahim ada la, kan??

Moral Of The Story.. jadilah seperti apa yang Allah jadikan jangan nak mengubah ciptaan Allah sehingga merosakkan sesuatu yang dah cukup sempurna.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com