Showing posts with label berpuaka. Show all posts

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT

JANGAN TUTUP LAMPU SURIAFM KONGSI KISAH SERAM DARI BLOG LEKATLEKIT. Masa mula2 tulis blog serius tak terlintas dalam hati aku akan di kenali dengan blog cerita seram ni. Sebab masa mula2 tulis blog lebih kepada personal & kisah2 berkisarkan aktiviti aku dengan online radio jer.. Almaklum la time tu sibuk dok bercinta katanya hahahaha.. Lepas tu aktif ber DJ kat radio online. So, kisah2 hidup cheq ja jadi inspirasi cheq menulis. Masa bujang pergerakkan tak terbatas.. Masa banyak habis kat luar dari dalam rumah berbanding sekarang masa banyak habis kat rumah berbanding di luar. Jadi aku terpaksa lebih kreatif untuk mengisi kekosongan di blog katanya.. hehehehehe


Dulu aku banyak mengupas kupis isu2 semasa.. isu2 yang berlaku di media sosial.. Lepas ada anak aku tak dapat lagi nak tengok wayang so aku mula berjinak jinak jadi collector dvd filem seram sebab aku memang suka tengok filem seram berbanding genre lain. Contoh filem yang aku tak minat nak tonton, filem2 macam ni >> 4 Benda Pelik Yang Buat Orang Tertanya-Tanya Pasal Wolverine Baru Ini<< aku Kurang minat sikit la walau ramai orang suka. sebab cerita2 aksi & fiksyen macam ni.. bukan selera aku sangat. Aku suka filem2 seram yang natural. Cerita pontianak.. hantu raya... saka bla.. bla.. bagai macam tu. Tapi kalau filem Resident Evil tu aku suka la pulak. Maybe sebab ada zombie. Yang mula2 la.. Yang baru2 ni.. tak tau la taste ke tidak. hahahahaha

Dari situ timbul idea nak berkongsi review filem seram, kisah seram bagai kat blog. Tercetus ni bukan dari inspirasi sesiapa la.. Tapi dari minat aku sendiri & aku manafaatkan benda tu dalam blog. Walaupun dah ramai blogger buat blog cerita seram ni. Aku bukan pencetusnya tapi tetap apa yang aku buat bukan ter inspirasi dari mana mana blog, ok!

Sedar tak sedar blog lekatlekit sekarang dah terkenal dengan cerita seram. Walaupun blog aku bukan sekadar kongsi kisah seram je. Macam2 aku sumbat dalam blog ni. Segala review produk skincare, kosmetik, service, isu semasa,gosip,hiburan,review drama & filem.. pendek kata baca blog lekatlekit ni dah macam surat khabar. Macam macam ada. Astro pun jatuh ranking no 2 ok! hahahahaha. Memang rojak habis la kan.. Cuma sebab mungkin bila semakin banyak kisah seram dalam blog ni dia jadi macam satu trademark pulak untuk blog lekatlekit. Lagipun penulisan aku memang dah berpuaka kalau tak tulis cerita seram pun. Tu ramai haters hahahaha...

Semalam perasan satu entri kisah seram dari blog aku tetiba dapat view yang agak banyak. Tak tau siapa yang share.. Cuma pagi ni perasan Page Jangan Tutup Lampu SuriaFM mention aku kat post share entri tu. Maybe Page Jangan Tutup Lampu yang menyumbangkan traffic ke blog lekatlekit la kot.. Viral kecil kecilan je la entri tu.. Untuk 1 malam yang tak sampai 24 jam tu.. Cecah 4 angka pageviews jugak la. Ok la kan.. menyumbang traffic di blog lekatlekit katanya. Terima kasih yang berkongsi & sudi baca entri tu yer... rerajin la korang mentelaah cerita2 kat blog ni selalu ok supaya hidup anda di selungi misteri.... hahahahaha

Peminat Cerita Seram Meh Like Ramai Ramai Page ni

Sebenarnya apapun kita nak buat make sure kena istiqomah.. Jangan guna asyik meniru je. kena kreatif dalam penulisan blog ni. Dalam berblog kita kena cari sesuatu yang boleh buat orang kenal blog kita. Tak semestinya hangpa kena tulis cerita seram jugak & belum tentu hangpa tulis cerita seram blog hangpa akan di kenali sebagai blog cerita seram. Tak kira la apa konsep atau genre atau niche yang hangpa nak ketengahkan.. Yang penting create benda tu sampai jadi identiti. Identiti tu la yang membantu blog kita lebih menyerlah.. jangan hangat hangat taik ayam jer.. kalau hangat hangat taik ayam je maka yang kau dapat taik je la. Bila dapat taik jangan sedih yang busuk2 je kau dapat hidu.. hehehehe


Satgi ada pulak dok muncung2 tepi telinga.. Macam la hebat sangat blog lekatlekit tu. Kalau nak kata hebat ada yang lebih hebat tapi biaq pi la aku nak rasa blog aku hebat jugak. Sebab rasa tu kadang2 membantu memberi motivasi kepada diri sendiri ok!. Hahahahaha.. At least tak ada rasa down sangat nak terus berblog kan.. Ni aku belajar dari blogger Kak Diana Rashid. Kita kena angkat blog sendiri.. Istilah blog tepian longkang yang aku suka guna dulu, aku cuba hapuskan dalam diari seorang blogger. Harus sentiasa cakap blog kita hebat.. Sebab kata2 tu pun satu doa. Jadi tiap2 hari buka je blog niat dalam hati.. "Nak update blog paling hebat di dunia." hahahaha... Insya Allah.. dalam banyak2 doa, mana tau ada satu hari Tuhan Makbulkan.. siapa tahu.

Moral of the story.. Tulis la apa yang kita tahu, kita suka, kita minat & kita selesa. Insya Allah benda tu membantu penulisan kita lebih menyerlah & nampak natural. Tak nampak la sangat kau sekadar ikut je apa orang buat padahal kau sebenarnya tak berbakat pun hahahahaha.

P/S : Sesiapa ada kisah seram yang nak di kongskikan di blog lekatlekit boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com

BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA

BANGKOK 13, MEMBONGKAR 13 RAHSIA LOKASI SERAM & BERPUAKA. Walaupun tempat aku memburu hantu dah tutup.. Tinggal yang mahal2 jer still buka tu pun tak banyak dah premis dia serata tempat. Jadi agak susah sekarang nak dapatkan dvd filem seram yang original.. Cuba jugak la ikut trend tengok online. serius 10 minit pun aku rasa tak boleh nak teruskan. Memang tak feel langsung tengok online ni. Aku tetap kena kat skrin tv... kepuasan tu tak sama katanya.


Semalam sempat singgah kat satu malam di mana menjadi pusat penjualan dvd haram secara besar besaran. Siap pasang TV lagi tu. Kira kat pasar malam tu ada 2 3 penjual yang jual dvd bukan meja besar la. Sebab pilihan dah tak berapa nak ada.. Ku gagah juga kutip 4 dvd filem seram yang aku belum tonton. Nak dapat filem2 seram terkini ni kalau ah lang nun memang senang la dapat berbanding original. Musang berjanggut jugak la menunggu keluar dalam bentuk dvd. Ni bercakap dari pengalaman yer. Punya nak support yang original katanya tapi memang terpaksa tunggu lama la nak dapat dalam bentuk dvd. Takde selepas habis tayangan kat pawagam terus keluar dvd original kat pasaran. Habis tu macam mana la dvd cetak rompak tak dapat sambutan kan? hehehehe. Tak kisah la dari rakaman astro first pun janji gambar ok & subtitle pun tak tunggang langgang bahasa dia.

Semalam sampai lepak2 depan TV tu sempat jugak tengok 1 filem Thailand dari 4 koleksi yang aku beli. Bangkok 13 (city of the dead). Filem ni mengisahkan seorang gadis yang boleh melihat makhluk halus sejak kecil. Dengan kebolehan dia melihat makhluk ghaib tu menjadikan dia seorang yang mampu membongkar 13 rahsia tempat berhantu di bangkok. Dia menyertai satu team untuk rancangan paranormal yang akan menjelajah ke 13 tempat yang di katakan berhantu di sekitar Bangkok. Dalam team tu kira dia sorang je la boleh nampak hantu so mereka menggunakan dia untuk menjadi petunjuk semasa rakaman mencari hantu di jalankan. Dia yang terpaksa berhadapan dengan makhluk2 halus yang di temui sepanjang pengambaran di jalankan. Pada permulaanya memang dia agak takut tapi lama kelamaan dia mula biasa dengan situasi tu.Ada beberapa kejadian mereka di serang mahluk halus yang tidak suka dengan kehadiran mereka sehingga mencederakan crew terlibat. membuat seorang demi seorang menarik diri dari team tersebut. Pengacara &pengarah rancangan paranormal tu bersikap mementingkan diri sendiri sehingga memaksa semua crew terus menjalankan rakaman paranormal tersebut walau mereka dalam bahaya & telah di beri amaran oleh gadis yang mempunya kelebihan melihat makhluk halus. Gadis yang mempunyai deri keenam tersebut terpaksa menjadi perantaraan bila hantu yang di temui mula mengganas kerana hanya dia boleh nampak & berkomunikasi dengan makhluk tersebut.


Ending cerita ni.. habis macam tu je. Bila gadis ni menarik diri dari rancangan tu. Dia pergi membuat ritual penyembahan dia 13 lokasi berhantu & last dia dapat offer untuk satu rancangan yang berbentuk paranormal jugak tapi tak sure dia terima ke tidak. Ending dia.. dia berjumpa dengan seorang cameraman yang pernah terlibat dalam rancangan paranormal tu.. masuk kereta tetiba tangan yang nak menutup kereta tu tangan orang tua. Sebelum habis.. dalam cermin kelihatan seorang perempuan tua yang aku tak faham siapa & apa kaitannya. hahahaha

Filem ni serius tak ada apa yang menyeramkan. Watak2 hantu tu ada la di setiap pengambaran dalam babak filem ni cuma tak cukup menakutkan bagi aku. Perjalanan cerita tak berapa best. Mendatar jer.. Walaupun filem seram Thailand bagi aku antara filem seram terbaik tapi untuk filem ni aku rasa bukan taste aku sangat la kan. Aku ni memang demand kalau cerita seram. Kadang2 dah cukup seram bagi orang lain belum tentu aku rasa seram lagi jadi untuk tahu samada menepati taste seram korang.. korang boleh tengok sendiri filem Bangkok 13.

Filem ni di tayangkan di pawagam tak silap April lepas. Kalau korang nak tengok kat pawagam memang takde dah di tayangkan. Kalau nak cari dalam bentuk DVD insya Allah ada atau boleh tonton secara online ja.

Moral of the story..  Kalau korang rasa filem ni tak cukup menyeramkan korang.. Korang boleh try tengok filem ni pulak >> Apabila Pelawat Misteri datang, Satu Persatu nyawa penduduk kampung melayang. Jika anda peminat filem seram, Mesti berani tengok filem ni << Try test tengok betul2 berani ke atau acah2 berani ala2 kpop je. hikhikhik

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM

PENGALAMAN SERAM TINGGAL DIRUMAH BERPUAKA DI SEKSYEN 17 SHAH ALAM. Kembali bersiaran segmen seram serik di blog lekatlekit.com. Untuk malam ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku di sebuah rumah sewa 2 tingkat. Kisah ni di kongsikan oleh seorang bekas pelajar sebuah IPT yang maybe dekat dengan rumah tu la kot. Aku tak mau la sebut IPT mana sebab tuan punya badan tak sebut. Kang salah teka susah pulak.

Gambar Sekadar hiasan. Sumber Google

Kisahnya dia menumpang sewa dengan seorang ustaz merangkap abang angkat katanya. Rumah tu sebelum ni memang tak berpenghuni.. Rumah kalau kita tinggal 3 hari pun dah ada makhluk yang tak nampak menumpang inikan dalam tempoh yang lama. Silap haribulan dia berkampung halaman la kat situ. Untung jadi 'makhluk tu' kan? Kita manusia jenuH struggle cari duit nak beli atau sewa rumah.. depa senang2 jer masuk duduk tanpa bayar sesen.Alasan sapa suruh tinggal rumah lebih dari 3 hari katanya.

Ok berbalik pada cerita tadi.. Rumah 2 tingkat tu bahagian atas ada 2 bilik kosong tak di gunakan. Cuma di jadikan markas untuk sebuah parti pembangkang berjumpa. Tapi sekali sekala je depa buat perjumpaan bukan hari hari. Nak di jadikan cerita seram, ada roomate budak ni seorang ustaz jugak. Kawan kepada abang angkat dia. Dia jarang ada kat rumah sebab sibuk berceramah & mengajar kuliah2 agama. Pendek cerita walau ada kawan sebilik tapi hari2 dia kebanyakkan bersendirian jer. Time tu pulak dia tak ada computer,tv bagai.. Almaklum la student katanya.

Pada satu hari ni ada seorang ustaz menumpang kat rumah tu. Depa ni maybe set2 ustaz jer ni. Semua yang datang duduk kat situ ada title ustaz katanya. Ustaz tu di namakan sebagai 'abang zul' (bukan nama sebenar). Lepas beberapa hari tinggal kat rumah tu dia tanya la budak tu (student yang menyewa) selama tinggal tak ada apa2 yang pelik ke berlaku kat dia. Walaupun budak tu pelik dengan pertanyaan tu tetap dia jawab, memang tak ada apa2 berlaku. Tapi berbeza dengan ustaz zul ni baru berapa hari duduk yang ada 'benda' dok try keimanan dia.

Katanya ada satu kejadian berlaku pada satu petang ni dalam pukul 2 - 3 petang macam tu. Masa tu ustaz abang zul ni baru je balik rumah.sebab penat dia ambil keputusan nak tidur la sekejab. Masa tengah tidur tu tetiba dia dengar bunyi bising di tingkat bawah. Pelik jugak dia sebab setahu dia tak ada orang kat rumah. Takkan siang2 hari pun hantu nak menyakat. Sebab nak tahu apa berlaku dia jenguk jugak ke bawah dari atas tangga tapi memang tak ada apa2 atau siapa kat tingkat bawah. Lepas tu dia masuk kebilik dengan niat nak sambung tidur balik tapi sekali lagi dia dengar bunyi bising. Dia pun jenguk lagi tak ada apa2 jugak sampai la kali ketiga bunyi bising agak pelik sebab kedengaran suara kanak kanak ketawa sambil berlari. Lepas tu barulah dia nampak sesuatu di bahagian ruang tamu kat tingkat bawah.

Apa yang dia nampak kelibat seorang wanita cantik yang datang dari arah bawah tangga berlari laju keruang tamu. Terkejut & terkedu lihat benda tu abang zul lari masuk bilik & duduk sambil beristifar. Masa sedang duduk beristifar tu tetiba terasa macam keadaan jadi sunyi. Tak dengar apa2 bunyi hatta bunyi kereta yang lalu lalang di luar. Seolah2 dia di bawa ke alam lain. Tapi di sebabkan abang zul ni ada belajar ilmu batin semasa belajar silat dulu maka dengan beberapa potong ayat dia berjaya meloloskan diri dari di perangkap dalam dunia 'ghaib' tu.

Mujur la budak yang menyewa kat situ tak pernah kena ganggu yang kena ganggu tu semua geng2 ustaz jer. Tak tau kenapa 'benda' tu nak test ustaz2 dalam rumah tu jer.. maybe nak test ilmu depa kot. Sebenarnya cerita ni ada sambungan lagi. Nanti lain kali je aku sambung yer... Panjang2 sangat satgi ada yang histeria mati akak di persalahkan katanya hehehe.

Moral of the story.. Sebab tu kalau masuk rumah baru elok la kita buat bacaan yassin & tahlil. Manalah tau sebelum kita duduk ada 'mereka2" tu terlebih dulu check in.

KISAH RUMAH SEWA BERHANTU TAMAN MAHSURI, JITRA KEDAH

KISAH RUMAH SEWA BERHANTU TAMAN MAHSURI, JITRA KEDAH. Mood seram dah kembali katanya. Maka bermula la episod memburu kisah kisah seram serata negeri di Malaysia. Kalau rasa budget lebih nanti terbang jauh sikit buru hantu luar negara. Tapi untuk kali ni sebab ekonomi rakyat Malaysia pun tak berapa stabil dengan bebanan GST & kenaikkan harga barang sampai nak makan ikan sardin tin pun terpaksa beli yang paling murah. Brand2 yang selalu keluar TV tu memang bukan kategori mampu makan dah sekarang. Boleh bocor poket katanya kalau makan ikan sardin tin kerap kerap zaman sekarang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Op's.. termelalut cerita pasal ikan sardin pulak. Ok ok.. kita ke topik asal cerita pasal sebuah rumah sewa yang katanya terletak di Taman Mahsuri, Jitra kedah sana nu.. Sebab dekat dengan polimas maka taman perumahan kat situ menjadi sasaran bebudak poli yang tak dapat hostel menyewa secara berjemaah. Yang dapat rumah di bawah lindungi kaabah tu ok la.. Tapi yang dapat rumah ada penghuni yang orang tak nampak tu la nak jadi bahana.

Alkisah seorang bekas student poli ni cerita balik pengalaman dia menyewa kat rumah sewa berhantu di Taman Mahsuri, jitra kedah. Dia menyewa dengan dengan 8 orang pelajar yang lain. Rumah tu ada 3 bilik tapi bebudak lelaki ni apa dia kisah sangat pasal bilik. Depa tidur bersepah je. Janji ada rumah dah cukup. Menurut cerita budak tu yang sekarang bukan kategori budak dah.. Maybe dah jadi bapak budak sebab peristiwa tu berlaku pada tahun 2005. Dia kata masa dia menyewa kat situ tiap2 malam dia dengar orang mandi tapi sebab dia rasa ada kuasa mistik dalam rumah tu so dia anggap maybe ada budak2 serumah yang mandi sampai pada satu petang ni. Dia baru habis kelas bengkel. Kena pulak haritu aktiviti menyusun batu bata. Sebab dia letih sangat haritu dia tak join la kawan2 lain keluar makan. Bebudak ni jenis dekat nak senja baru nak keluar cari makan. Jadi dia lepak2 kat rumah sambil tengok tv. Masa tengok tv dia terlelap. Tetiba dia rasa macam ada orang buka pintu depan. Sebab dia ingat kawan2 dia dah balik, so dia buat tak tau je la. Lepas tu dengar orang mandi.. pun dia tak layan sebab dia tak fikir bukan bukan. Tapi bila dia terfikir kalau kawan2 dia dah balik kenapa tak dengar bunyi enjin motor depa barulah meremang bulu roma katanya. Time tu dia tido2 ayam dah.. tapi nak buka mata dia takut. Tapi dalam takut2 dia beralih pandang kearah pintu tapi pintu tertutup je. Kunci dia yang tersangkut kat tombol pintu tu pun tak berusik bermakna pintu tu masih terkunci. Baru dia nak bangun tetiba ada satu suara sergah dia. Apa lagi berdesup dia lari lepak luar rumah. Bunyi orang mandi tu pun memang sah bukan kawan2 dia sebab tak ada sorang pun dah balik masa tu. Cuma dia sengsorang je dalam rumah. Siapa yang mandi??? Jeng jeng jeng...

Lama jugak dia lepak kat luar rumah tunggu kawan kawan dia yang lain balik. Tapi dia tak pernah ceritakan pada depa kisah tu sampai la depa semua pindah rumah barulah dia buka cerita. Rupanya bukan dia sorang yang kena sakat dengan 'makhluk' tu malam semua yang menyewa kat situ kena cuma masing2 tak cerita jer. Mungkin tak nak buat kawan2 lain panik. Tu la spesis lelaki takut macam mana pun memang kental simpan rahsia katanya. Ada yang lagi teruk kena sakat

Antara kisah kawan kawan dia yang kena sakat.. kisah kawan pertama
Malam tu katanya semua letih & nak tidur awal. So masing2 dah tak nak tengok tv. Tambah lagi esok harinya tu depa ada ujian. Masing2 nak cukup tidur untuk hadapi ujian esok. Kawan yang pertama ni bilik dia dekat dengan bilik air. Dia paling awal tidur malam tu. Siapa berdengkur katanya, Letih sangat la tu.. Ceriat dia tengah sedap tidur tetiba rasa macam ada sesuatu yang dok panjat kaki dia. Walaupun lelaki risau jugak kot2 ada orang nak meragut teruna ke maka dia pun buka mata. Sekali dia nampak kelibat perempuan rambut panjang tengah merangkak dari hujung kaki dia nak naik ke atas badan. Dengan muka pucat ada kesan darah kat muka siap usya baik je tepat ke muka budak tu sambil dok tayang gigi taring dia. Budak tu dah panik tapi nak menjerit suara pun tak keluar tapi dia cuba jugak baca alfatihah & tutup mata. Bila dia buka mata benda tu dah hilang. Esok pagi semua kawan2 dia perasan muka dia pucat tapi dia tak cerita apa yang berlaku.

Cerita kedua pula berlaku masa depa ni dah habis cuti. Kawan kedua ni dia tinggal tak jauh dari tempat belajar. Orang alor star jugak. Jadi petang tu dia paling awal sampai ke rumah sewa tu. Sampai pun pukul 7.30 malam.. memang time2 syaitan iblis berpesta katanya. Bila dia paling awal sampai so dia lepak2 dulu tengok tv sambil tunggu yang lain sampai. Nak di jadikan cerita tengah layan TV tetiba rasa nak berak pulak. So kalau hajat dah sampai tak elok simpan lama lama. Maka dia tutup TV pergi la tandas. Masa dok melepaskan hajat tu tetiba dia dengar TV terbuka. Macam biasa la dia ingat kawan2 dia dah sampai. Dah selesai berhajat & beristinjak katanya keluar dari tandas. Masa keluar dari tandas dia nampak cahaya dari TV tu sekejab ada sekejab tutup. Sebab rasa pelik & tak puas hati kenapa TV on off tak pepasal dia pergi tengok. Sekali yang dok tengok TV seorang nenek tua elok jer bertinggung depan tv sambil dok main on off TV tu. Dah sapa pulak buang nenek kat rumah sewa depa.. Tapi sebab dia rasa tak sedap hati maka dia lari keluar ikut pintu belakang. Bila dia pusing balik mengintai dari pintu depan nenek tu dah tak ada. Apa lagi terus kunci rumah & balik rumah family dia. Nasib baik dekat kalau jauh tak tau mana dia nak bermalam.

Selebihnya yang kena sakat cuma lebam2 & di tindih masa tidur. Cuma 3 dari 8 orang ni je di sakat agak extreme. Nasib baik la tak ada sapa yang kena histeria. Almaklum la budak lelaki.. Kalau budak perempuan confirm ada yang terjerit2 tengah malam dah. Kalau sampai tunjuk rupa tu kira agak berpuaka la rumah tu. Confirm yang pernah terkena gangguan macam tu tak berani nak tidur dalam gelap. Trauma katanya. Confirm hidup anda akan sentiasa di selubungi misteri.

Moral of the story.. Tak percaya pun benda2 macam ni memang wujud cuma pada tuan rumah kalau dengar selalu sangat rumah yang anda sewakan pada orang ada gangguan macam tu buat la sesuatu untuk membersihkan rumah anda sebelum menyewakan pada orang. Jangan aniaya penyewa dengan biar je penyewa manusia berkongsi rumah dengan penyewa yang tak nampak. Boleh kacau bilau hidup dengan makhluk ghaib dalam satu rumah ni.

6 LEBUHRAYA PALING BERPUAKA DI MALAYSIA

Ni kalau anak rantauan ni memang la pengguna lebuhraya la kalau nak balik kampung. Seram ke sejuk ke hapa tetap kena jugak redah katanya. Entri ni bukan nak takutkan pengguna lebuhraya just nak share jer supaya kita lebih berhati hati ketika memandu. Jin & syaitan tunggu kita terleka je dia nak kacau. Memang depa tak boleh membunuh kita secara terus tapi spesis depa ni membunuh kita dengan cara melalaikan. Jadi Kalau nak tahu lebuhraya mana tercalon untuk kategori paling seram,berhantu & berpuaka meh baca entri ni sehingga meremang bulu roma terakhir katanya...

Sumber Google

Lebuhraya Pedas/Linggi - Simpang Ampat Plus
Yang katanya seram lebuhraya ni adalah bermula dari persimpangan susur keluar Pedas/Linggi sampai ke persimpangan susur keluar Simpang Ampat, Melaka. Selalunya kejadian seram ni berlaku tengah malam buta la.. kiranya sebelum subuh antara pukul 1 - 4 pagi. Antara kisah seram yang pernah di ceritakan berlaku kat kawasan tu adalah kisah seorang lelaki yang naik motor sekitar 2 pagi melalui jalan tu kemudian terserempak dengan kereta Iswara putih yang dalam kelajuan siput babi (pelan sangat). Sebab tetiba rasa seram mamat tu pun potong la kereta Iswara putih tu bila dah berada depan kereta tu tetiba terbau busuk bila dia toleh belakang yang dia nampak cuma sebuah kereta remuk teruk kategori total lost bergerak tanpa pemandu. Kau hangpa gamaknya boleh pegang handle motor lagi tak? kekekeke

Lebuhraya Butterworth - kulim KM 20.6 (BKE)
Ni laluan aku sebelum sampai kampung jugak ni. Sebab katanya banyak berlaku kemalangan maut di tempat yang sama maka bermula la episod kisah seram & misteri kat situ. Katanya ramai saksi & mangsa kemalangan buat laporan polis nampak makhluk separuh badan atau tanpa kepala melintas sebelum kemalangan berlaku. Katanya ada seorang pengamal perubatan alternatif aka bomoh la kot.. kemalangan berlaku adalah sebab makhluk halus. Dulu kawasan tu hutan belantara, jadi tak pelik la kalau jadi penempatan golongan makhluk ghaib ni. Bila di ceroboh marah la dia.

Lebuhraya Kuantan - Gambang (Plus)
Menurut sumber yang aku baca.. Lebuhraya ni paling seram kisahnya. Di ceritakan oleh seorang pemandu truck tunda yang pernah merakam gambar mahluk halus secara tak sengaja semasa berada di lokasi kemalangan kat situ pada tahun 2011. Gambar yang berjaya di rakam adalah 3 entiti yang seolah olah memandang dia, dua berpakaian merah & satu lagi katanya pakai blouse putih. Standard la putih tu memang uniform hantu katanya. hehehehe

 Gambar sebenar penampak 3 makhluk, satu berbaju putih, 2 berbaju merah

Lebuhraya Gurun (Plus)
Katanya pernah berlaku kepada satu keluarga Cikgu bahasa Arab yang baru balik dari bercuti di Cameron Highland. Tiba2 anak sedara dia yang umur 2 tahun menangis tak henti2. Pujuk pun tak diam jugak lepas masuk ke highway Gurun ni. Nak lebih seram lagi, kereta yang depa naik pun tetiba jadi luar biasa berat. Masa berhenti kat RnR gurun, Isteri cikgu tu sempat ambil gambar. Dalam gambar tu kelihatan seorang wanita berkebaya merah. Menurut cerita orang2 kat situ.. makhluk berkebaya merah tu selalu ganggu pengguna lebuhraya tu. Ada saksi mengatakan ada kemalangan yang berlaku sebab mengelak makhluk berkebaya merah. Ni mesti hantu ratu kebaya ni.. kekekeke

Gambar sebenar hantu ratu kebaya merah

Lebuhraya karak
Ni highway paling legend dengan cerita hantu. Semua orang pun rasanya pernah dengar macam2 versi cerita. even aku lahir & membesar di kedah tapi dari kecik memang aku dah pernah dengar cerita seram pasal lebuhraya karak ni. Di buka tahun 1977 . Banyak kemalangan maut berlaku samada dari kecuaian pemandu mahupun sebab makhluk halus. Paling popular cerita kisah Volkwagen. Ni cerita dari aku kecik lagi. Katanya ada kereta Volkwagen ni even kita potong dia pun kita akan jumpa lagi kat depan.

Lebuhraya Tangkak - Muar (Plus)
Pada tahun 2012 satu persatuan bangsa cina mendapat kebenaran untuk menutup laluan kedua belah arah lebuhraya ni untuk melakukan upacara pembersihan dari gangguan makhluk halus di kawasan tu. Upacara tu juga di wakili bangsa India & melayu. Tapi sayangnya tak berjaya pun. Seorang anggota polis di rasuk sehingga meninggal dunia & bomoh melayu yang cuba membantu juga katanya turut meninggal dunia setelah kalah bertarung dengan makhluk halus menyebabkan semua yang ada kat situ termasuk anggota polis terpaksa beredar dengan segera untuk mengelakkan perkara tak di ingini.

Sumber tapi Bukan copypaste : 6 Lokasi Berhantu Lebuhraya Malaysia

Antara 6 kisah seram lebuhraya ni aku rasa paling seram kisah lebuhraya Tangkak - Muar. Korang nak undi lebuhraya mana paling berpuaka? Macam biasa mari mengundi di kotak komen.

Moral Of the story.. kebanyakkan lebuhraya adalah hasil gondol gunung ganang, atau hutan belantara di mana tempat tinggal jin maka tak mustahil menjadi kawasan depa lalu lalang atau bekas penempatan mereka. So,berhati hati di jalan raya.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com