WAJAH BARU 2012
Amboi wajah baru nampak? pakai botox ker? ke plastic surgery? Tak pun suntik vitamin C? Paling2 pun make over.. Mana ada wajah ku masih comot macam dulu. Wajah si lala je makin berubah.. yelah makin besar. Kejab nampak macam mummy kejab nampak macam dady. Tapi lala lebih kepada sang dady.Apa yang wajah baru 2012 ni sang lekit Ooi??? Lihat di sekeliling blog daku ini?? Dari hitam dah kelabu. Header pun dah tukar rumah batu gitu. Apamacam?? Nampak luas tak rumah baru kita ni?? Nampak lebih luas kan ruang dia. Akibat semalam ada masa, ada mood & ada la sedikit idea nak deco2 blog ni maka inilah yang terhasil. Cat je berubah.. layout still sama.
Korang rasa macam mana?? Lebih cantik yang dulu atau yang baru ni?? Header semakin hari semakin simple. Entah la.. sejak jadi mak budak2 ni dah semakin tak minat nak tengok meriah2 sangat kat header tu. Cukup sekadar ada sebagai syarat. Korang ada tak deco2 blog sempena tahun baru ni??