Showing posts with label menari. Show all posts

PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH

PERKARA YANG AKAN BUAT ANDA MEROYAN NAK PERGI PERTH. Aku pernah tulis entri pasal Perth Australia dulu walaupun aku sendiri pun belum pernah jejak kaki kesana lagi. Almaklum la..tak berapa cukup modal lagi nak terbang jauh sampai ke Perth tapi sebab aku suka baca serba sikit pasal Perth ni so aku suka jugak share kat blog. Zaman hujung jari katanya.. satu dunia kita boleh jelajah walau hanya jelajah dengan info je. Takpe membaca tu salah satu cabang untuk cari ilmu.


Perth salah satu tempat yang banyak tempat percuma anda boleh lawati & buat aktiviti. So, Perth salah satu tempat yang jimat kos jugak la boleh di lawati tapi kalau nak pergi Perth time2 sekarang lagi jimat. Nak tau sebab apa.. Ni lah sebab yang mungkin biji mata anda terjojol keluar bila tengok >> Ini Sebab Anda Perlu Flight Ke Perth Sekarang <<

Kalau ada budget nak jugak merasa ke sana.. Nak feeling bernafas keluar asap katanya. Hahaha. Almaklum la luar negara yang pernah aku sampai cuma Thailand & singapore je. Paling jauh pun sabah.  Jauh dari tu belum ada rezeki nampaknya meninggalkan sisa kumuhan disana. Manalah tau tetiba rezeki tulis blog ni dapat sponsor satu family kesana.. merasa jugak. hahahaha

Jadi sapa2 nak taja percutian aku ke Perth boleh Pm.. manatau dua tiga hari ni dok bagi publisiti kat dato Vida tetiba dia bermurah hati nak taja aku sekeluarga ke perth ke kan.. Kena pakai baju pink pun aku sanggup katanya. Apadahal pakai baju pink kan.. hahahaha

20 TEKSI DI DARAT,AIR & UDARA YANG KITA TIDAK PERNAH LIHAT

20 TEKSI DI DARAT,AIR & UDARA YANG KITA TIDAK PERNAH LIHAT. Kiranya hari Jumaat ni kita cerita pasal teksi je la yer... Tadi cerita pasal teksi ferrari tetiba muncul kat jalan raya di Malaysia. Melopong minah yang call minta teksi ambil dia tetiba yang datang teksi ferrari. Kalau aku pun cuak jugak nak naik. Manalah tau tetiba tambang dia pun beribu nak kena bayar... jenuh aku nak pinjam kat pengurup wang berlesen pulak. (Nak baca entri pasal teksi ferrari tu boleh baca kat sini >> TERKEJUT TENGOK TEKSI FERRARI KAT MALAYSIA <<


Lepas tertengok video teksi ferrari tu terserempak pulak dengan satu artikel yang berkongsi 20 gambar teksi yang memang rare la. Kalau kat Malaysia ni rasanya takde. Yang best tu teksi bukan untuk pengangkutan darat je... Ada teksi untuk pengakutan air & udara beb! Gamaknya teksi air & udara ni pakai meter jugak ke? hehehehe

Tu la kita kena banyak membaca baru kita boleh tahu sesuatu yang pelik & rare wujud di luar sana. Takde la orang kata kita ni jenis duduk bawah tempurung apapun tak tahu tentang dunia luar. Alasan seorang surirumah bukan menjadi punca kita ketinggalan banyak perkara. Zaman sekarang info kita boleh dapat hanya hujung jari jadi manafaatkan teknologi yang ada.

Alamak lupa pulak nak share gambar2 teksi yang unik & rare ni. Kalau korang nak tengok 20 jenis teksi yang confirm sebelum ni korang tak tahu kewujudan dia di muka bumi ni boleh tengok kat sini. Tak larat aku nak upload 20 gambar teksi ni >> 20 Jenis teksi yang memang cool giler <<

Moral of the story... Kerjaya sebagai pemandu teksi sekarang dah tak boleh kita pandang rendah. Pemandu teksi sekarang lebih2 lagi kat KL, Penang.. Dah macam pemandu pelancong. Kadang2 depa ni boleh cakap banyak bahasa sebab selalu bawa pelancong. Kebanyakkan pemandu teksi ni nampak je low profile tapi kadang2 educated sebab kalau di siasat ada yang bekas kakitangan kerajaan atau dari golongan profesional. Macam2 sebab kenapa mereka jadi pemandu teksi. Salah satu sebab income & cara kerja mungkin selesa bagi mereka. So, sila ubah persepsi anda terhadap pemandu teksi. Kadang2 income depa lagi banyak dari hangpa yang kerja dalam aircond tau.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com