Showing posts with label kiri. Show all posts

BERMAIN PUZZLE SECARA ONLINE DI JS PUZZLES DENGAN PERCUMA

BERMAIN PUZZLE SECARA ONLINE DI JS PUZZLES DENGAN PERCUMA. Bermain puzzle ni antara aktiviti yang kita pernah buat zaman kecil kecil dulu. Selalunya aktiviti susun puzzle ni kat rumah la bersama adik beradik yang lain. Sebab susun puzzle ni bukan sesuatu yang mudah sangat. Perlu penelitian sebab 1 gambar di pecahkan2 kemudian kita perlu menyusan sehingga menjadi satu gambar balik.


Aktiviti ni memang mampu menajamkan minda & fokus seseorang. Memang bagus untuk meningkatkan fokus kepada manusia terutama kanak kanak. Sebab permainan puzzle ni bukan permainan semata mata untuk mengisi masa lapang. Permainan puzzle memerlukan seseorang mengecam corak & berfikir untuk mencantumkan pecahan gambar gambar puzzle tersebut. Ia merangkumi kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar, bentuk dan juga perkataan.

Permainan Puzzle ni Bukan untuk kanak kanak je tau. Ia sesuai untuk semua golongan termasuk orang dewasa. Permainan Puzzle juga boleh di jadikan satu terapi untuk kanak kanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan seperti autisme, lembam & sebagainya. Sebab selain meningkatkan fokus ia boleh menajamkan otak. Permainan ni membuatkan otak kita bekerja di kedua dua belah bahagian pada masa yang sama.


Zaman teknologi kanak kanak atau golongan dewasa pun dah malas nak main puzzle yang berbentuk fizikal ni. Semua lebih suka beraktiviti secara online. Jadi sekarang anda dah boleh bermain puzzle secara online di Js Puzzles. Js Puzzles menyediakan banyak gambar puzzles untuk anda susun. Puzzle pun anda boleh pilih berapa kepingan puzzles yang anda hendak susun. Kalau nak lebih mudah pilih yang tak banyak kepingan puzzle kalau nak yang lebih mencabar pilih yang paling banyak. Masa anda menyusun puzzle akan di ambil kira & akan menyenaraikan pemain yang terpantas menyusun puzzle tersebut. Ia lebih mencabar & menyeronokkan bila kita ada pesaing. Nak2 lagi permainan ni boleh di mainkan oleh semua orang di seluruh dunia secara online. Yang penting setiap hari di Js Puzzles akan ada puzzle baru yang berbeza tema. Jadi tak boring sangat la kan.


Jika anda mendaftar di Js Puzzles yang menariknya anda boleh upload gambar puzzle anda sendiri.


Menarik kan? bermain puzzles sekarang boleh di mainkan kat mana2 saja tanpa perlu risau kepingan puzzle kita hilang. Kalau yang berbentuk fizikal ni pepaham je.. Kalau bersepah ada sekeping dua hilang. Dah tak lengkap puzzle kita. Jadi kita anda peminat puzzle boleh la cuba permainan puzzle di JS puzzles. Jangan risau ia percuma, ok! Ia pasti menyeronokkan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com