BERMAIN PUZZLE SECARA ONLINE DI JS PUZZLES DENGAN PERCUMA
Aktiviti ni memang mampu menajamkan minda & fokus seseorang. Memang bagus untuk meningkatkan fokus kepada manusia terutama kanak kanak. Sebab permainan puzzle ni bukan permainan semata mata untuk mengisi masa lapang. Permainan puzzle memerlukan seseorang mengecam corak & berfikir untuk mencantumkan pecahan gambar gambar puzzle tersebut. Ia merangkumi kemahiran matematikal dan kemahiran logikal yang merangkumi nombor, gambar, bentuk dan juga perkataan.
Permainan Puzzle ni Bukan untuk kanak kanak je tau. Ia sesuai untuk semua golongan termasuk orang dewasa. Permainan Puzzle juga boleh di jadikan satu terapi untuk kanak kanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan seperti autisme, lembam & sebagainya. Sebab selain meningkatkan fokus ia boleh menajamkan otak. Permainan ni membuatkan otak kita bekerja di kedua dua belah bahagian pada masa yang sama.
Jika anda mendaftar di Js Puzzles yang menariknya anda boleh upload gambar puzzle anda sendiri.
Menarik kan? bermain puzzles sekarang boleh di mainkan kat mana2 saja tanpa perlu risau kepingan puzzle kita hilang. Kalau yang berbentuk fizikal ni pepaham je.. Kalau bersepah ada sekeping dua hilang. Dah tak lengkap puzzle kita. Jadi kita anda peminat puzzle boleh la cuba permainan puzzle di JS puzzles. Jangan risau ia percuma, ok! Ia pasti menyeronokkan.
tak nak terjebak... hehe kang ketagih pula.. hehe
ReplyDelete