Showing posts with label online. Show all posts

TIP MEMBELI KASUT SECARA ONLINE SUPAYA TIDAK SALAH SIZE

TIP MEMBELI KASUT SECARA ONLINE SUPAYA TIDAK SALAH SIZE. Dalam hidup saya perkara paling bermasalah saya nak beli adalah kasut. Dari kecil saya ada masalah nak beli kasut terutama kasut kasut tertentu. Teringat masa nak masuk darjah satu.. kasut sekolah masa tu bukan macam sekarang. Size dari sekecil kecil anak ada. Di sebabkan kaki saya ni size tak ikut standard umur jadi susah nak beli kasut. Masa masuk darjah satu terpaksa saya pakai kasut raya.. maksudnya kasut casual yang di pakai untuk berjalan jalan ke sekolah. Darjah 2 baru ada size kasut sekolah saya.

Masa remaja pun sama.. susah saya nak dapat kasut kasut yang tengah in-trend remaja waktu tu sebab kaki saya ni kecil. Yang ada kasut budak. Kadang kadang terpaksa beli kasut besar & sumbat la apa apa dalam kasut tu bagi ketat sikit supaya tak tertanggal masa pakai.

Dah beranak pinak pun masalah size kasut masih tak habis habis. Sebab tu saya tak banyak koleksi kasut. Jangan pelik kalau nampak saya pakai kasut yang sama. Kalau nak walk in pergi beli kasut kasut kat luar tu.. memang susah nak jumpa size. Ada pun kasut budak.

Tapi sekarang sebab kita membeli secara online sedikit sebanyak benda tu membantu saya untuk cari kasut terutama kasut dari china la. Biasanya kasut dari china ni size lebih kecil berbanding standard size. Jadi yang mempunyai kaki yang standard size kena tahu juga macam mana nak dapatkan size yang betul bila beli kasut secara online.

Dari pengalaman saya selalu beli kasut secara online dari platform macam shopee, lazada & ezbuy jadi ramai yang saya tengok masih tak tahu nak ukur size kasut bila beli online. 

Antara kesalahan yang selalu di buat adalah tak baca ukuran. Mungkin selama ni dia beli kasut secara walk in boleh cuba dulu dan kasut kasut tu biasanya ikut standard size so kasut dia size sama sahaja. Bila dia nak beli online so dia buat kesimpulan size confirm sama tak payah baca ukuran & ukur dulu panjang tapak kaki.

Please jangan buat macam tu bila beli online. Setiap penerangan & ukuran yang di beri baca & ukur dulu pada kaki supaya tak tersalah pilih size.

Cara nak ukur size kasut yang betul.. biasanya ukuran (dalam cm) di beri untuk panjang tapak dalam kasut bukan tapak luar kasut yer. Jangan ukur dari tapak luar/bawah kasut tapi ukur dari tapak dalam kasut.

Ukuran panjang tapak dalam kasut kena lebihkan 1 - 1.5cm dari ukuran tapak kaki. Contoh kaki saya panjang 21.5cm.. jadi size kasut saya mestilah ukuran tapak dalam kasut dia 22cm. Sebab kena ambil kira ketebalan material kasut tu juga. Kalau ambil ngam ngam ukuran tapak kaki mungkin bila sarung kasut.. jadi ketat. Sebab material kasut tu dah ambil ruang dalam kasut tu.

Bila dah ukur semua.. untuk lebih kepastian double confirm dengan seller. Sebab kasut ada pada seller jadi dia boleh sahkan samada ukuran yang di beri tu muat dengan kaki anda atau tidak.

Selain itu membaca review dari pembeli sebelum ini juga anda boleh mendapat bayangan tentang size, material, customer service. Biasanya pembeli akan memberitahu tentang size, material & layanan seller. Perkara tu juga penting untuk membantu anda untuk memilih kasut seperti yang di inginkan.

Dulu mula mula beli kasut secara online memang ada beberapa kali juga tersilap. Ada terlebih kecil sebab saya ikut ukuran size tapak kaki. Tapi selepas tu saya mula belajar cara betul untuk ukur size kasut. Alhamdulillah dah jarang sangat beli kasut tersalah size.

Bagi anda yang mula nak berjinak jinak beli kasut secara online boleh cuba tip yang saya kongsikan. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua yang membaca blog lekatlekit.com

MACAM MACAM RAGAM HARI PERTAMA PdPR

MACAM MACAM RAGAM HARI PERTAMA PdPR. Hari ni ramai sudah memulakan sesi persekolahan secara atas talian termasuk anak den nan special yang sorang tu. Cikgu pun dah start bagi latihan di group whatsapp & kuiz secara online.

Allahu pepagi kelam kelibut jadinya.. nak print kertas latihan lupa sambung cable printer ke pc. Dok pelik awat la tak boleh nak print. Asyik dok naik warning printer tak connect ke pc je. Padahal lampu kat printer dok kelip kelip. Dok yakin dah sambung cable ke pc padahal tak check balik. Sampai naik angin juga la. Lepas tu yang si kecil pula sibuk nak tarik kertas dari printer.. yang si kakak sibuk suruh print lukisan.memang mak kau hijau je pepagi ni.

Tu kisah saya & anak anak hari pertama PdPR. Baca kisah kawan kawan lain kat Facebook rata rata ada kisah tersendiri. Yang mana dah start googlemeet classroom di mana belajar secara bersemuka melalui video tu pun ada kisah tersendiri. Ada anak tengah online class mak dok membebel. Ada yang anak tak focus belajar sebab join adik tengok tv. Tak buka tv adik ganggu kakak & abang belajar. Ada yang anak anak tak bangun tidur.

Memasing pagi ni ramai bangun tidur terpaksa menggalas title cikgu. Yang anak sorang belajar pun jadi kelam.kabut apatah lagi yang ramai. Biasa la..Belajar dari rumah memang takkan sama belajar di sekolah tapi apa pilihan yang kita ada sekarang memandang statistik kes hari covid19 masih tinggi & pkp terpaksa di laksanakan ke seluruh negeri kecuali sarawak je sekarang ni masih tak join team pkp. Kena terpaksa biasakan juga dengan norma baru.

Bagi kita yang ada kemudahan untuk sesi pembelajaran secara online bersyukur la. Bayangkan yang di luar bandar, kawasan yang susah nak dapat liputan internet. Jenuh cari line katanya. Tapi semangat mereka untuk belajar kita patut contohi. Kita yang duduk rumah boleh online 24jam sehari lebih beruntung dari mereka. So bersyukur la.

Memang susah bila kita terpaksa menjadi guru kepada anak di rumah. Dengan kerja rumahtangga yang perlu di selesaikan dalam pada masa yang sama. Bagi ibu bapa bekerja pula.. tak tahu macam mana depa buat. Ada yang bagi gadget & pantau dari tempat kerja. Ada mungkin balik kerja baru semak latihan - latihan di beri guru untuk murid siapkan. Yang pasti tak kira dalam posisi manapun masing masing terpaksa bersusah payah dengan sesi pembelajaran dari rumah ni.

Sama samalah kita berdoa agar dalam minggu ni statistik kes menurun & kita tak perlu lama hadap pkp & anak anak dapat bersekolah secara fizikal macam biasa. Kerjasama dari semua pihak amat di perlukan. Kalau kita jaga diri sendiri orang lain tak nak jaga kesannya tetap semua akan rasa & terima. Jadi tolong berhenti pentingkan diri sendiri.

Moral of the story... Selamat bertugas sebagai guru buat semua ibu bapa. Lama lama ok la tu. Peace yo!

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE. Tu dia mentang mentang la blog dia ada buat servis penulisan review kan.. tetiba suruh orang baca review sebelum membeli. kata Nur Netizenia Farisya Marissa Athalia begum kepada blogger.

Amboi.. Sabaq sat na sebelum nak serbu tak pakai helmet. tak semestinya review di blog. Review di blog ni ada dua jenis review..  Satu review yang di sponsor/ review berbayar atau review dari pengalaman menggunakan. Tapi kebanyakan blogger tak mention kalau buat sponsor review atas kehendak client yang nak nampak review tu macam natural. Dak aih.. tak salah pun. Review di blog lebih kepada memperkenalkan sesuatu pada pengguna. Pilihan tetap di tangan pengguna untuk beli atau guna sesuatu barang/perkhidmatan tersebut.

Yang den nak cerita ceriti ni pasal membeli belah secara online di website seperti Lazada, shopee, ezbuy etc.. Saya antara yang menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah. Di Tambah sekarang kita masih berperang untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 & aktiviti luar tu terpaksa di kurangkan. Tapi bukan la tak keluar langsung kan? PKPP ni dah boleh keluar even masih kena follow SOP cuma dengan buat pembelian secara online kita kurangkan kesesakkan tempat tempat shopping. So, antara sebab kenapa saya sekarang pun memilih buat pembelian secara online selain.. payah lahai dengan anak kecik ni nak pilih barang kalau kat luar. Tu pun salah satu faktor juga hehehehe


Selalu kita nampak viral orang tersalah beli barang yang sebenarnya mainan cuma sebab dorang tak alert dengan description yang di tulis seller hanya tengok gambar & harga murah terus buat pembelian. Bila sampai.. tak seperti yang di jangka. Mula la nak viral padahal salah sendiri. Sebab tu penting ok baca description, semak semua ukuran yang di beri bagi memastikan kita tak salah faham dengan gambar. Memang la gambar tu nampak besar, nampak cantik semua. Dah nama pun gambar kan.. Tapi size sebenar kena la refer dari ukuran yang di beri.

Kadang kadang ada juga yang keterangan produk tu di beri tak sama macam apa yang di jual. Contoh size la.. kadang kadang ada size tu tak ikut standard size. Kita refer base on standard size kan.. bila sampai ada yang terlebih besar atau terlebih kecil. Tapi nak salahkan seller pun memang size dia macam tu. Ada yang seller alert sikit dia akan mention siap siap.. yang ni jenis cutting kecil ke besar ke. Tapi kadang kadang benda tu pun tak membantu bagi saya. Sebab tu saya lebih suka refer pada review. kalau membeli di shopee atau lazada saya skip seller yang tak ada review. Sebab review bagi saya sangat penting bagi memastikan saya dapat barang seperti yang saya harapkan selain tak kena tipu dengan scammer.

Contoh kasut.. Saya memang ada masalah dengan kasut sebab kaki saya size 3 1/2. Untuk adult size memang susah nak cari. Normally size tu size kaki kanak kanak tapi di sebabkan dari pengalaman saya membeli belah barangan china ni.. Size dari china lebih kecil. tak sama macam standard size. Pun macam tu saya tak la ambil pendapat tu bulat bulat. Saya tetap refer dari review. Normally buyer sebelum ni akan mention size tu lebih kecil atau lebih besar dari size biasa. Ada juga akan bagi ukuran macam.. berat & tinggi dia berapa & barang yang dia beli size apa. So dari situ kita boleh buat keputusan untuk dapatkan size yang tepat. kalau jenis cutting kecil.. so adult size (untuk kasut) yang paling kecil (size 4) normally saya boleh pakai. Kalau standard size, memang size 4 pun masih besar untuk kaki saya. Sebab tu saya suka refer review. Buyer sebelum ni akan ada mention samada size tu lebih besar atau lebih kecil. Tu antara kebaikan review.


Contoh kasut yang saya beli di lazada ni. Kalau ikut size chart dia.. size 35 ukuran cm dia 22.5. tapi kaki saya cuma 21.5cm. Base on review dari buyer yang bagitau kasut ni lebih kecil 1cm dari size biasa so saya boleh la pakai. Alhamdulillah dengan berpandukan review kasut ni sampai memang ngam dengan size kaki saya 21.5cm ni. tak kecil & tak besar. Tu antara kelebihan review bagi saya. (Ni birthday gift dari someone. Dia sponsor hikhikhik)

Selain tu review juga main peranan untuk kita tahu samada servis dia bagus atau tak. Seller tu jenis hantar cepat atau tak. Cepat respond chat atau tak. Senang di bawa berbincang atau tak. Semua tu penting sebelum kita memilih nak beli sesuatu dari seller yang ada. Kita tak tahu semasa proses pembelian akan berlaku masalah atau tak.. Jadi benda tu antara faktor penting kena di ambil kira.

Review juga main peranan. kalau banyak orang bagi review yang baik, Insya Allah barang yang kita beli tu akan dapat dalam keadaan yang baik & seperti yang di harapkan.

Sebab tu selain membaca penerangan tentang sesuatu produk/barang yang di jual secara online seperti di lazada, shopee & sebagainya.. review ni bagi saya sangat penting untuk kita buat rujukan. Hanya review dari pembeli sebelum ni je kadang kadang kita boleh mendapat gambaran tepat tentang material, ukuran & customer service dari seller tersebut.

Setakat ni saya buat semua tu jarang la dapat barang yang saya beli dalam keadaan kecewa berbanding sebelum ni mungkin saya tak mengamalkan budaya membaca review. So ada yang sampai tak seperti kita harapkan. Pada korang yang nak membeli belah secara online boleh la follow tips ni.

JOM MEMBURU MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR

JOM MEMBURU MAKANAN SEDAP DI KUALA LUMPUR.Sapa tak suka makan? Semua orang suka makan. Sebab makan ni selain untuk hidup.. Kadang kadang jadi satu terapi kepada stress. Bila dapat makanan sedap kita jadi happy. Berbanding kalau lapar.. Moody, lemau.. semua ada la.

Sebab tu kalau kita melancong atau melawat kemana mana tempat salah satu aktiviti yang kita akan buat adalah memburu makan sedap di tempat tu. Tipu la.. korang kemana mana tak cari port makanan sedap kan? Saya pun sama. Di tambah lagi ada pasangan yang memang suka la jadi food hunter. kadang kadang sanggup drive ber jam jam semata mata nak ke destinasi makanan yang di katakan sedap tu. Nak nak lagi kat Malaysia ni.. Antara salah satu negara yang boleh di kategorikan sebagai syurga makanan juga la. Nak makan apa semua boleh cari dalam Malaysia ni ok.

Kalau kat area KL ni korang nak jalan jalan cari makan.. ada beberapa restoran & tempat makan yang agak best korang boleh try. Antaranya

Restoran Murni Discovery



Restoran ni keistimewaan dia adalah menyediakan masakan pelbagai kaum di malaysia. Nak makan masakan melayu ada.. masakan cina ada.. & masakan India pun ada. Tiga bangsa ni memang menjadi signature di Malaysia so 3 jenis masakan dari 3 kaum ni memang antara menjadi kegemaran rakyat malaysia & pelancong luar juga. Tapi kalau  rasa tak nak makan menu tempatan ada juga menu western. Pendek kata restoran ni terlalu banyak menu yang anda boleh cuba.

Restoran ni terletak di 41, Jalan 16/155c, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mat Teh Ikan Bakar



Bagi penggemar ikan bakar korang boleh cuba menu menu ikan bakar di restoran ni. Katanya antara gerai melayu yang agak terkenal di kuala lumpur ni. Yang best ikan ikan bakarnya di balut dengan daun pisang yang mana akan mengeluarkan aroma & rasa yang sedap di samping bahan perapan yang lain. Selain itu sambal & sos cili yang di sediakan untuk di nikmati dengan ikan bakar pun sedap katanya. Di tambah pula dengan ulam ulaman.. Mau memboyot kat situ juga lepas makan. hehehehehe

Gerai ni terletak di Pasar Dato Keramat, Kampung Datuk Keramat, 54000 Keramat, Kuala Lumpur

Fiske Steakhouse



Hari hari makan nasi pun bosan katanya. Sesekali nak juga makan makanan western kan? Jangan risau korang boleh try makanan wester di restoran ni. Antara menu western yang di sediakan adalah  chicken chop dan spaghetti bolognese. Katanya kuah bolognese tu pekat melekat memang sedap la. Walaupun restoran ni western tapi terselit juga menu menu asia macam sate & asam pedas.

Restoran ni terletak di No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 Kuala Lumpur

The Khan Mongolian Restaurant Halal Buffet BBQ Steamboat



Bagi penggemar steamboat korang boleh try makan kat sini tanpa risau dengan bajet. Katanya murah buffet steamboat kat sini. So boleh makan sepuas hati. Sekitar RM45 untuk dewasa & RM20 untuk kanak kanak. Disini korang berpeluang menikmati & mencuba  masakan Mongolia Muslim, steamboat dan bbq yang enak secara buffet. Pelbagai jenis makanan laut segar, daging-daging, sayuran dan sup yang boleh dinikmati. Untuk pencuci mulut pula terdapat ais krim dan juga buah-buahan.

restoran ni terletak di 1-36-PV 128, Off Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Restoran Dapur Sarawak



Bagi anak rantauan nun jauh dari sarawak yang rindukan menu menu sarawak di KL ni jangan menangis sayang. Di KL cuma takde mak dengan ayah korang je kalau dorang duduk jauh di negeri lain. Setakat nak makan boleh cari apa saja. Restoran ni menyediakan menu menu sarawak laksa Sarawak, mee kolok dan sup wantan. Juga terdapat kek lapis sarawak. Boleh la mengubat kerinduan anak sarawak di KL ni.

restoran ni terletak di No.19, Jalan Sarikei,, Off Jalan Pahang, Pekeliling, 53000 Kuala Lumpur

Go’Bang Maju Patin Tempoyak Sri Rampai


Ni otai otai suka ni. Patin Tempoyak. Jangan risau di KL masih ada restoran yang menyediakan menu Patin tempoyak ni. Selain Patin tempoyak di restoran ni juga menyediakan menu menu lain seperti ikan talapia bakar. Sebbenarnya banyak lagi menu menu kat restoran ni korang boleh cuba cuma signature dish dia Patin tempoyak lain. Yang best ada pencuci mulut aiskrim durian. 

Restoran ni terletak di Setapak Jaya, 53300 Kuala Lumpur

Nasi Lemak Tanglin



Antara yang memang popular kat KL ni nasi lemak tanglin. Of course la signature dish dia nasi lemak kan? Kenapa menjadi pilihan warga kota.. tak lain tak bukan sebab sedap. Dari nasi, sambal sehinggalah lauk pauk dia. Sambil makan korang boleh menikmati persembahan live band lagi. Wah happening kan makan nasi lemak kat situ.

restoran ni ni terletak Kompleks Makan Tanglin, Jalan Cendrasari,, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur

Restoran Mee Tarik Warisan Asli



Amoi.. Lu tak payah balik china ma. Sini ada juga menu menu china. Mau makan mee tarik ka amoi? Meh sini try di restoran Mee Tarik warisan Asli. Banyak menu menu lain lagi selain mee tarik. Antara menu yang menjadi signature kat restoran ni mee soup with braised beef. Pengasas restoran ni adalah seorang cina muslim yang berasal dari china. Memang pure made from china ok! Yang best korang boleh tengok secara live macam mana orang buat mee tarik tu sendiri. Rasa dia memang rasa asli menu menu dari china.

Restoran ni terletak di : 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur

Restoran Patatimo



Di KL ni memang ramai orang pantai timur terutama dari kelantan. Jadi tak susah sangat nak cari menu menu pantai timur. Antara restoran yang menyediakan masakan pantai timur ni la dia. nasi kerabu, nasi Kelantan, nasi lemak, nasi dagang dan bermacam jenis nasi berlauk yang lain. Makan sambil menikmati keindahan bukit bukau yang hijau. Tak sedar licin sepinggan katanya

Restoran ni terletak di D’Wangsa, 11, Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

Sup Tulang Janda Baik



Nak makan sup tulang tak payah susah susah ke Janda Baik menginap di resort sana bagai. Kat KL ni pun ada Sup Tulang Janda baik. Selain sup tulang katanya nasi ayam dia pun tak kurang sedap dengan portion ayam yang besar berbanding harga yang katanya murah. So korang boleh la try nanti.

Restoran ni terletak di Pudu, 50460 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Tu antara Restoran restoran yang kalau korang rasa nak jalan jalan cari makan sekitar kuala lumpur boleh la try. Tu pun kalau rajin la. Kalau malas korang order je dengan foodpanda. Sama jugak nak makan apapun ada.Nak local food atau western food delivery pun ada. Korang boleh pilih dmacam macam menu western pelbagai restoran yang ada di website foodpanda. Mana tahu kan nak buat candle lite dinner dengan pasangan tapi malas nak keluar, just set up meja makan order je menu perancis ke? Nanti dah sampai boleh la beromantika sambil menikmati makanan barat dari pelbagai negara. Hanya semudah order secara atas talian di website foodpanda. lepas tu tunggu je depa delivery sampai depan pintu rumah hangpa. Mudah kan hidup.. Nikmati ikut keselesaan masing masing. hehehehehehe.



MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT

MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT. Dulu tak pernah tahu kewujudan sambal hitam. Tak terbayang rupa & rasa dia macam mana.. Tapi tertengok ada kot blogger yang tunjuk benda ni macam best ja kami rasa. Pertama kali try makan sambal hitam ni kat satu restoran depan wangsa walk tak silap.. Terus jatuh cinta baq hang! Sedap rupanya sambal hitam ni. Sampai teringat ingat lepas kali pertama cuba.

Soto di makan dengan sambal hitam pamah kulat

Sambal hitam ni tak silap asal dari pahang.. Ni kira makanan tradisi orang pahang la kan. Tapi apa salahnya orang kedah nak makan kan? Kita kan satu malaysia.. hehehehe.  Nak buat bukan mudah walau nampak macam mudah. Bahan di gunakan pun nampak simple tapi selalu dok dengar orang cerita nak membuatnya agak lama. Dan di sebabkan tu la aku tak pernah pun nak try buat sendiri sambal hitam ni. Dasar malas kan? hahahaha

Kalau yang jenis dasar malas macam cheq ni.. Setakat nak makan sambal hitam takde hal la beb! Sambal hitam ni bukan sejenis lauk yang hangpa kena masak hari ini & kena makan hari ni jugak. Dia bukan nak basi simpan lama lama. Sebab tu la sekarang sambal hitam di pasarkan secara online dah.

Baru baru orang bagi rezeki kat kita. Dapat sebalang sambal hitam Pamah kulat katanya. Tetiba je bernafsu terus nak makan nasi. Yelah.. dok nampak hitam hitam pedas depan mata ni. Dari sepet terus bundar biji mata.


Apa rasa sambal hitam pamah kulat ni? Maaf la yer bagi yang membaca entri ni.. Tak bermaksud nak mengganggu emosi atau menyinggung perasaan sesiapa. Pada pengedar Sambal hitam pamah kulat pun aku nak minta maaf siap - siap. Jangan saman saya yer dengan pendedahan saya ni.. harap boleh terima dengan hari yang terbuka ok!

Nikmat makan sambal hitam dengan nasi putih.. Rasa heaven giler beb!

Rasa dia.. Susah untuk di katakan. Memang sihat la. Pedas dia pun mild saja tapi tetap ada rasa pedas yang membangkitkan selera makan. Sebab yang aku makan ni semi pedas.. masin tak masin sangat.. masam pun tak & ada ras manis2 sikit.. Tapi sedap beb! Dari tak ada selera makan tu boleh naikkan selera makan la. Ni kira anak anak pun boleh la makan. Tapi yang suka pedas dia ada level pedas dia. Pedas, Semi Pedas & extra pedas. Pilih ja mana hangpa nak.. Satgi dia pos bagi kat hangpa ja. hehehehe

Sambal hitam ni tak semestinya makan dengan nasi jer.. Boleh di pelbagaikan. Makan dengan soto pun sedap, bihun sup sedap, mee goreng pun sedap, nasi goreng, megi, roti bla.. bla.. memang pendek kata makan dengan apapun tetap sedap & rasa dia memang matching sangat. Ni kalau student nak jimat boleh juga beli stok sambal hitam untuk di jadikan lauk sebab boleh simpan lama & tak perlu nak letak dalam peti sejuk pun. Tak basi Insya Allah.


packaging dia pun sangat kemas & bersih. Sambal hitam tu di bungkus dalam plastik kemudian di letakkan dalam balang. Sangat practical. Senang nak makan & simpan balik. Tak payah nak letak dalam tupperware kedap udara bagi. Di packaging dalam balang dah.

Bahan yang di gunakan macam biasa la.. Ikan Bilis Gred AA ok, Belimbing bulu & cili padi. Rugi wei hangpa tak try sambal hitam pamah kulat ni. tak payah susah masak order je. Nak order kat sapa.. Nombor semua ada kat bawah


Whatsapp : 012 3306743

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG ANTI RUAM & MAMPU MENYERAP DENGAN BAIK TANPA KEBOCORAN

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG ANTI RUAM & MAMPU MENYERAP DENGAN BAIK TANPA KEBOCORAN. Zaman sekarang memang boleh kira sebelah jari tangan je berapa kerat yang masih pakaikan anak dengan lampin kain tu.. Jangan terkejut kalau ada ibu ibu zaman sekarang yang tak pandai pun nak lipat lampin kain.. Tapi aku masih reti ok! Cuma sejak jadi mak mak ni memang anak sendiri pun tak pakaikan lampin kain. Semua pakai lampin pakai buang jer. Almaklum.. tak berapa rajin nak memberus lampin kain nak2 lagi kalau baby yang baru lahir tu. Najis kuning dia tu melekat ok kat kain. Susah tanggal pulak tu. Jadi memang solution dia lampin pakai buang la lebih senang & mudah katanya hehehe.


Kat pasaran memang macam2 jenama lampin pakai buang ni.. Ada yang murah, ada yang mahal.. Ada yang berkualiti anti bocor, ada yang setakat boleh menampung sekali kencing jer.. ada hampeh jugak. Sekali kencing pun banjir terus macam musim tengkujuh kat pantai timur. . Sebab tu penting untuk kita pilih lampin pakai buang yang sesuai & baik untuk anak anak kita supaya pelaburan kita tu berbaloi. Jangan tak tahu ada jenis lampin pakai buang ni jadi penyebab ruam & jangkitan kulit pada baby juga. Atau material dia yang kasar pun boleh menyebabkan jadi macam line merah kat sekitar celah kangkang tu. Aku cakap base dari pengalaman sendiri dulu. Jadi memang bab lampin pakai buang ni aku memilih jugak la...

Jadi sukacitanya aku nak rekemen pada korang 1 brand diapers ni yang bagi aku kualiti dia bagus, material dia lembut & selesa, design dia pun comel memang di sukai anak anak kecil ni.. Pernah dengan brand Goo.N? Tak pernah takpe meh sini aku nak perkenalkan..


Goo.N diapers ni produk yang berkualiti Jepun. Kita sedia maklum kalau qualiti standard jepun ni memang berkualiti. Dia mempunyai fungsi mengurangkan risiko ruam.. Baby atau kanak kanak kecil ni memang mudah terkena jangkitan ruam jadi Goo.N diapers membantu mengurangkan gejala ruam terutama di bahagian tertutup tu.


Goo.N diapers ni jugak tak panas sebab dah di intergrasikan dengan lapisan kelembapan & wap boleh keluar menebusi lapisan lampin dengan mudah. So ada ruang2 udara yang boleh menyahkan wap panas tu keluar la. Penting juga benda tu.. Kalau berkuap kat dalam tu yang menyebabkan ruam  atau jangkitan kulit bagai. Nak nak lagi anak anak kecil ni.. Paling mudah nak kena gatal2, eczema bagai kan.

Ni paling semua parents sangat cerewet bila memilih diapers untuk anak anak.. Kuasa serapan untuk elak kebocoran... Goo.N ni dia perbuatan daripada bahan yang memang mampu menyerap dengan baik & tidak basah sebab material dia menyerapkan & menyimpan cecair tu di bahagian bawah dengan sangat baik tanpa menyebabkan kebocoron. bukan apa.. beberapa tahun dulu la.. aku pernah guna satu brand diapers ni.. Pergi pulak melancong ke Thailand. Kebetulan memang baru try 1 brand ni.. Tak tau jenis bocor tak ingat.. kau bayangkan.. lencun laki aku yang dukung anak aku masa tu bila anak aku kencing. Sampai 2 3 kali bocor beb..setiap kali kencing bocor. So, better korang cari diapers yang memang boleh menyerap dengan baik supaya tidak menghadapi pengalaman macam aku ni. Try la Goo.N hehehehe


Yang jenis pants jangan risau sebab jenis elastik yang lembut tidak menyebabkan pinggang anak kita terjerut sehingga meninggalkan kesan garisan merah tapi tetap dia melekat elok tak terlondeh even menampung berat air di bawah.

Selain tu sekarang design dia sangat comel ok! Ada watak2 animasi doremon gitu. Tak terlalu tebal & tak terlalu nipis diapers dia. Bila pakai nampak ngam - ngam & comel jer. Size macam biasa dari new born sehinggalah size XXXL.


selain diapers Goo.N juga ada baby wipe. Alah tisu basah tu.. Yang best Goo.N baby wipes ni dia 99% adalah air tulen.. memang aku dah try. Betul2 air.. tak ada rasa melekit atau berbau pewangi. Sebab yang jenis ada pewangi & bila kita guna rasa kesan macam melekit tu kadang2 kulit yang ada masalah alergik boleh menyebabkan kesan tak berapa elok jugak. Tapi Goo.N baby wipes ni.. nak lap kat muka pun tak ada masalah sebab dia berasaskan air. Selain tu sangat lembut.. sesuai untuk bayi.


Selain boleh beli kat luar korang boleh jugak beli produk Goo.N ni secara online di lazada kat sini >> Goo.N <<. Lagi senang & kadang2 boleh dapat harga lebih murah kalau ada promotion atau sale. Harga dia tak la mahal mana.. Harga2 mampu milik macam diapers lain jugak.


Jadi kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa yang tengah dok prepare kelengkapan untuk sambut kelahiran baru tu boleh la try Goo.N diapers ni. Selain berkualiti, design dia pun sangat cantik. Comel je kalau pakaikan untuk anak korang. hehehehe

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING. Sekarang ramai orang buat perniagaan secara online.. Jenglot pun orang jual online ok apatah lagi benda2 yang dulu kita tak terfikir untuk di pasarkan secara atas talian kini dah ada orang buat. Sekarang ni segala mak nenek boleh beli secara online ni.. Nak beli barang basah macam kat market tu pun ada. Pendek kata kalau berat sangat bontot hangpa nak keluar boleh order je online satgi depa mai hantaq depan batang hidung hangpa.


Bila berniaga secara online ni.. Salah satu perkara yang sangat penting adalah copywriting. Kalau tak faham copywriting tu macam mana.. Lebih kurang macam ayat2 iklan untuk menarik minat orang membeli produk atau jualan anda. Lagi menarik ayat yang korang guna makin senang produk anda di kenali seterusnya mampu menarik pembeli untuk membuat urus niaga dengan anda.

Kalau korang seorang yang kreatif jadi tak perlu nak guna khidmat orang lain untuk mencipta ayat copywriting untuk anda.. Macam blogger pun kena pandai jugak buat copywriting ni sebab kebanyakkan blogger memang buat service review berbayar. So tajuk entri tu bagi aku macam copywriting jugak la untuk menarik minat orang lain membaca review yang aku tulis. Kalau baca tajuk pun boring.. Macam mana depa nak tahu apa produk yang kita tulis tu kan? Sebab tak ada tarikkan langsung untuk orang membaca. So bagi aku seorang blogger, tajuk entri umpama copywriting sesuatu artikel yang aku tulis untuk menarik minat orang lain membaca. Tu pendapat aku la kan.. kalau salah tolong tunjukkan. hehehehe

Kalau lahir dari kepala hotak & idea sendiri tu memang la free of charge. Sebab keuntungan tu nanti kau juga yang kaut kan.. Tapi kalau nak minta orang lain buat copywriting untuk anda jangan la harap percuma sebab benda ni sekarang ada rate dia. Ada kawan aku mesej minta tolong aku buat copywriting satu produk client dia.. Sebab sekarang dia bekerja dalam satu team viral. Kalau hangpa nak viralkan produk atau jualan hangpa boleh PM dia kat facebook Azie Zah. Dia memang baru belajar so banyak yang dia tak tau pasal copywriting. Kerja dia bukan dok buat copywriting pun. Kerja dia cuma memviralkan produk atau perkhidmatan anda bersama team dia la. Terpaksa aku explain kat dia benda ni bukan boleh main minta2 jer orang buat. Benda ni salah satu service yang kena bayar bukan percuma. Terpaksa aku explain even nampak macam simple tapi bukan mudah sebab ia berkaitan dengan idea & kreativiti. Konsep dia bukan sekadar tolong menolong. Baru la dia faham benda tu ada harga yang perlu di bayar. Win win situation la kan.. customer nak produk dia terjual & dapat untung takkan kita yang buat kerja untuk dia pakai modal air liur je kan. Aku buat kerja kerja amal jugak kat blog ni.. Tapi syarat bukan untuk keuntungan mana2 pihak & benda tu memang semata mata untuk charity.

Nak buat copywriting ni kena tengok produk apa yang hangpa nak jual & target pembeli. Contoh macam nak jual produk buang bulu macam pernah aku buat untuk kawan aku yang jual produk wax tu.. Aku fokus pada bulu apa yang nak di buang. Bila kita highlight bulu jer.. Kadang2 orang tak tahu.. Misai, janggut semua tu pun dalam kategori bulu jugak. Jadi kadang2 kena highlight benda tu supaya dalam satu iklan dapat menyampaikan info yang buat semua orang faham fungsi sesuatu produk tu secara ringkas. Contoh ayat aku guna.. Produk penanggal bulu ketiak,kemaluan,misai,bulu roma paling berkesan. Bulu roma ni orang tak heran sangat sebab biasa jer... Orang akan tertarik tang bulu celah bedah tu je macam ketiak & kemaluan. Ternyata memang berjaya buat kawan aku meraih sale yang berpanjang dari review tu. Sebab tu penting buat copywriting yang memang mampu menarik orang untuk berkenalan dengan produk yang anda jual. Kalau setakat tulis wax penangal bulu.. boring sangat. So kena ada ayat2 yang mampu buat orang nak tahu lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan anda.

Jangan la nak cebik - cebik dok cakap.. macam aku terer sangat nak bagi tip kat orang. Aku bukan pakar tapi just berkongsi je apa yang aku tahu & aku buat. Tapi kalau nak guna service aku untuk review produk, jualan atau perkhidmatan hangpa boleh ja email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Yang tu memang dalam kemahiran aku nak buat. hehehehe Kita boleh bincang dari hati ke hati tapi jangan sampai jatuh cinta pulak. hahahahaha

Moral of the story.. Tiada yang percuma zaman sekarang. Sekarang ni kreativiti tak kira hanya dengan penulisan santai macam blog aku pun ada harganya. Orang sekarang kadang2 kita guna konsep tolong bila dah berjaya lupa orang yang pernah tolong tu. Sebagai manusia kadang2 akan timbul rasa terkilan & kesalan kat situ. Jadi zaman sekarang kena guna konsep berniaga jer.. Kau bayar, aku buat kerja. So tak ada sapa terhutang budi atau tak kenang budi sesiapa, kan? hehehehe

CARA MEMBELI BELAH DI WEBSITE LAZADA GUNA DEBIT CARD

CARA MEMBELI BELAH DI WEBSITE LAZADA GUNA DEBIT CARD. Ada antara kawan kawan aku yang tak terjebak dengan pembelian online ni sebab dia tak ada online banking katanya. Kalau beli dari direct seller tu biasa la.. Depa pi mesin deposit terus bank in jer duit. Kalau membeli melalui website ni..depa kata tak ada online banking jadi susah nak buat pembayaran walau sebenarnya pembelian melalui website macam lazada ni.. Banyak kaedah pembayaran di sediakan termasuk cash & carry bagi certain barang la.. Yang cash & carry tu aku sendiri pun tak pernah buat lagi.. Selalunya aku buat pembayaran transfer direct terus dari online banking jer.. sonang kojo den & sonang jugak duit den habis. hehehehehe


Tapi ceritanya tadi.. Aku nak beli satu barang guna voucher yang aku dapat dari lazada tapi di sebabkan nilai barang tu lebih sekupang dari nilai voucher tetap la aku kena bayar. Apa ingat lazada nak bagi diskaun ke walau 10sen je katanya. Tak ada sposen dia tak hantar barang ok! Order pun dia tak terima. So, jangan pandang kecil pada nilai sekupang tu. Orang tua tua kata.. tak dak sekupang tak cukup sejuta ok!

Nak tak nak kena la jugak bayar.. Macam biasa nak transfer guna online banking je la even sekupang pun. Tapi dua tiga kali dok try asyik error je naik fed up jugak. Dari skrin pc aku retak seribu sebab naik angin adalah try bayar guna kaedah lain.. Tengok ada pilihan guna debit card. Sedang elok la aku pun ada ATM debit card katanya. Memang aku jarang simpan cash.. Nak beli apa kebanyakkan swap2 jer.. Kalau yang pakai cash confirm la duit laki aku. hahahaha

Kali pertama ok try guna Maybank ATM debit card bayar pembelian kat lazada. Rupanya senang jer.. lepas dah add cart barang anda nak beli tu lepas tu clik kat proceed to check out. Lepas dah clik kat situ kat ruangan choose payment option tu korang just tick kat bahagian credit or debit card kemudian clik Place your order.


Lepas dah clik Place your order tu nanti dia ada satu ruangan korang kena masukkan nombor debit card & 3 nombor di belakang debit card korang tu. Lepas tu kena verify dengan MSOS code. Yang tu depa akan sms kat nombor telefon korang la. Lepas dah masukkan MSOS code tu order korang akan di proses. Selesai masalah.. Senang kan? aku dah try tadi.. tak ada sebarang caj tersembunyi. Aku bayar sposen dia potong sposen jugak la dalam account. hehehehe


Jadi pada korang yang ada debit card nak shopping kat lazada.. Tak perlu risau. Majoriti ramai yang ada debit card sekarang ni. Senang nak beli tak payah nak beratur kat mesin ATM keluarkan duit. Nak isi minyak kat stesen minyak pun boleh guna debit card. Zaman sekarang bukan secure sangat nak bawa cash banyak banyak ni.

Selamat bershopping you uolls...

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU. Sesungguhnya sememangnya zaman telah berubah & mengubah segalanya. Dulu kalau orang nak buat kerja2 syirik & khurafat atau kerja nak menyihir orang ni terpaksa bertapak pergi rumah mana2 pawang atau bomoh.. Paling terkenal untuk service macam ni yang jenis bomoh siam la. Bomoh siam tak semestinya orang siam.. Ada orang melayu yang mengamalkan ilmu sihir cara orang siam pun ada. Pun di panggil bomoh siam. Orang cina pun ada bomoh siam jugak.. Bomoh siam ni kira antara bomoh2 yang kira boleh tahan la ilmu batin yang penuh syirik & khurafatnya..


terbaca perkongsian dari fb page beautifulnara tadi.. Dia share screenshot pasal conversation seorang yang menyediakan khidmat menyantau. Tu dia.. dia iklankan service dia kat whatsapp pulak.. Lepas tu siap ugut sapa block dia, dia akan santau. Macam hampeh dia punya marketing tau.. Yang best lagi siap bagitau harga mengikut jenis hantu.. Ni kalau ikut size hantu gamaknya toyol kot paling murah sebab dia paling kecik.. Kalau mahal.. hantu raya la kot sebab dia paling besar. Tapi kalau ikut jenis hantu tak pasti pulak hantu apa paling power & mahal harganya. hahahahahaha..


Tak tau whatsapp yang di screenshot ni sekadar bergurau atau benar2 wujud orang yang memasarkan perkhidmatan macam ni melalui whatsapp. Tapi tak mustahil pun sebab kat google ads pun ada yang iklankan perkhidmatan macam ni ok! Aku pernah nampak dulu.. Kat media sosial tak payah cerita. Ada jer service rawatan, ilmu pengasih bagai dari golongan perawat yang menggunakan rawatan alternatif ni. Cuma nasihat aku sebagai orang Islam hope jangan la sesapa terjebak dengan perkara perkara macam ni ok! Kat dunia pun tak senang mana.. apatah lagi kat akhirat sana. Benda2 macam ni selalunya makan diri balik. Kadang2 azab tu Allah tunjuk tak tunggu mati dah.. Banyak kot cerita2 manusia yang di azab kerana mensyirikkan Allah & mengkhianati orang lain menggunakan ilmu sihir ni. So, biar benda tu jadi pengajaran kat kita yang masih jahil ni.

Moral of the story.. Memang sihir tu boleh berlaku kepada sesiapa dengan Izin Allah, tapi ingatlah walau Allah mengizinkan sesuatu yang jahat itu terlaksana pun tapi tetap di murka. Itulah ujian kita sebagai manusia di muka bumi ni.

DROPSHIP CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE TANPA PERLU KELUAR MODAL ATAU SIMPAN STOK BARANG

DROPSHIP CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE TANPA PERLU KELUAR MODAL ATAU SIMPAN STOK BARANG. Walaupun aku bukan online seller (peniaga atas talian) tapi memandangkan ada yang request aku untuk buat entri pasal dropship ni maka atas keprihatinan yang tidak berbelah bagi katanya.. Aku cuba juga karang entri pasal dropship. Sebab masih ramai yang tak tahu & tak faham apa tu dropship.


Dropship ni selalunya berlaku bila anda terjebak dalam perniagaan Online. Dropship ni untuk mereka yang berminat nak berniaga tapi tiada modal.. Boleh la guna cara dropship. Dropship ni konsep dia.. Korang cuma cari customer jer.. Segala urusan penghantaran semua akan di buat oleh Agent. Korang akan di beri komisyen pada setiap jualan tersebut. Memang senang sebab korang tak payah simpan stok, korang tak payah pergi pejabat pos untuk pos barang.. Kerja korang cuma promosi je kat media sosial korang.. Letak contact number korang untuk di hubungi.. ambil order & bagi pada agent detail customer. yang lain - lain pihak agent yang akan uruskan.

Memang sesuai la bagi mereka yang nak cari sumber pendapatan tambahan.. sebab benda ni boleh buat cara santai. Sambil2 dok ber facebook tu boleh la guna kesempatan tu untuk buat duit dengan dropship ni. Jangan risau segala bahan - bahan untuk korang post di media sosial selalunya pihak agent akan sediakan.. cuma kalau korang rasa korang lebih kreatif nak mengolah iklan tu.. Tu adalah lebih baik.

Tak rugi berniaga secara dropship ni sebab korang tak perlu keluarkan modal. Kalau tak terjual pun barang atau produk tu korang tak rugi apa - apa sebab korang tak perlu bayar untuk ambil stok. cuma meraih komisyen dari setiap jualan yang korang buat tapia tetap kena rajin la advertise jualan korang & menjawab segala pertanyaan customer.

Jangan tanya nak buat dropship barang apa? Apa saja barangan yang di tawarkan dropship kalau korang rasa korang mampu jual.. Try je. Banyak dah sekarang Agent bukan peluang untuk orang buat dropship. Tapi pilihlah barang yang memang senang jual.. Sebab barang2 senang jual ni selalunya mudah sikit nak dapat income kan.

Siapa yang boleh buat dropship? Sesiapa je asal ada keinginan & kesungguhan nak cari pendapatan tambahan. Depa tak minta hangpa hantar resume dengan sijil2 sekolah pun kalau nak jadi dropship ni. Asalkan korang ada account media sosial macam facebook tu pun dah cukup sebab medium tu nanti di gunakan untuk korang jual barang atau produk tu.

So, pada yang request suruh den buat entri pasal dropship moga membantu anda lebih memahami yer. Maaf den memang guna penulisan santai je. Kadang2 formal sangat orang tak faham. Almaklum la.. kita ni takde nak cakap bahasa surat rasmi kalau sembang2 santai ni. Jadi kadang2 istilah formal sangat orang tak faham. hehehehe

Moral of the story.. Zaman sekarang teknologi memudahkan kita. Kita boleh cari pendapatan hanya duduk di rumah macam aku ni. Kadang2 income tu lebih banyak dari makan gaji. Sedangkan kalau kerja makan gaji kos tinggi. Jadi manafaatkan teknologi kepada perkara yang baik & menguntungkan.

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017. Lama jugak aku merajuk dari membeli belah kat ezbuy tapi lama tu tak sampai bertahun pun. Selepas beberapa bulan kemudian aku kembali menjebakkan diri dengan membeli belah di ezbuy.. Pertama sebab dalam account prepay ezbuy ada baki.. Sebab ada pembelian yang aku buat ada masalah & pihak ezbuy refund balik dalam account prepay. Bila duduk dalam account prepay nak tak nak.. Kalau nak habiskan kau tetap kena membeli belah kat ezbuy jugak. Takkan nak sedekah kat ezbuy je kat duit kita..


Sebelum ni pembelian aku hadapi macam macam masalah.. Lepas dah proceed payment tetiba barang out of stock.. dua tiga kali juga jadi macam tu. Ada yang item aku order hilang kat warehouse bila sampai Malaysia.. Barang lambat sampai bla.. bla. macam - macam masalah la. Aku pernah tulis entri mengecam perkhidmatan ezbuy sebelum ni sebab bukan aku je hadapi masalah bila buat pembelian dengan ezbuy malah ramai lagi. Ada antara dapat barang tak cukup.. Lebih sebulan barang tak sampai - sampai..

So untuk parcel yang ke 11 aku buat order minggu lepas. Memang la niat tu nak habiskan balance dalam account prepay tapi biasa la.. aku cuma manusia biasa yang iman senipis kulit bawang. Apa yang aku beli memang lebih dari jumlah duit yang ada dalam prepay accout jadi kena la topup lagi hahaha...

Lepas aku proceed tu memang aku printscreen semua.. Barang aku sepatutnya sampai 18 febuari selepas pembayaran di buat.. So aku tunggu samada kali ni barang aku dapat pada masa yang di janjikan atau tidak. Atau service ezbuy masih macam dulu...

Salah satu sebab aku suka membeli belah kat ezbuy sebab murah. Memang aku dah compare dengan website lain harga Ezbuy memang lebih murah ok!

Alhamdulillah 17 Febuari aku check status order aku dah out of delivery & pada petang tu jugak pintu rumah ku di ketuk oleh despatch dari ezbuy sambil membawa bungkusan yang aku nanti nantikan katanya. Apa lagi.. berbunga bunga hati ini menyambut bungkusan di iringi dengan ucapan terima kasih. Tu dia punya seronok keluar habis ayat2 madah berhelah katanya.. Untuk pengetahuan korang aku ambil shipping economy air (shipping kedua paling mahal. Ada yang murah boleh guna pengangkutan air tapi aku tak berapa sabar nak tunggu lebih dari 2 minggu. hahaha) selepas seminggu aku dah dapat barang. Untuk pembelian aku ni kos shipping lebih kurang RM13++

Status 15 Febuari 2017

Status 17 Febuari 2017

Barang2 yang sampai pun Alhamdulillah.. sama macam yang order.  Tak ada cacat cela kat mana - mana. Paling aku puas hati Jogger Jeans tu.. lawa ok walau harga cuma RM27++... normally jeans kalau beli kat pasaraya paling murah RM60 - RM70. Beli kat ezbuy boleh dapat yang cantik2 dengan harga bawah RM30. nak2 jogger.. kat luar susah sikit nak cari.

Tip nak membeli belah kat ezbuy kalau beli satu atau 2 item yang ringan2 & kecik2 ni bagi aku tak berbaloi. Kalau nak membeli belah macam pakaian better beli banyak. Jimat kos shipping & delivery... Sebab tu aku susah nak beli kurang dari 5 item. hahahahaha. Satu lagi T-shirt.. kadang2 even kau size S pun T-shirt china ni mungkin lebih kecil dari standard size. Better rajin2 baca ukuran yang di beri untuk lebih kepastian.

Kadang2 beli online banyak kelebihan dari cash & carry. Nak2 lagi kalau membeli belah kat pasaraya tu yang guna cash money ni. Banyak sangat keburukkan dia.. Antaranya >> 17 Perkara Buruk Bila Membeli Belah dengan membayar Guna Wang Tunai << Berbanding online shopping just transfer dari online banking settle. Tu antara kebaikkan online shopping la.. Kalau cash & carry pun aku jarang bayar guna cash tapi banyak guna debit card. Cash zaman sekarang ni agak berisiko bawa banyak2. Almaklum la zaman jenayah berleluasa ni kan

Moral of the story.. Hidup kadang2 kita kena beri peluang kepada pesalah. Mungkin dia dah berubah kearah yang lebih baik & mungkin perubahan tu lebih baik dari apa yang kita sangkakan. ehehehe

MINGGU AKHIR BIAR AKU JADI PENUNGGU.. DATO ALIFF SYUKRI PEGANG WATAK LELAKI GATAL

MINGGU AKHIR BIAR AKU JADI PENUNGGU.. DATO ALIFF SYUKRI PEGANG WATAK LELAKI GATAL. Dah lama aku tak follow drama Biar aku jadi penunggu. Masa episod mula2 dulu jer aku follow lepas tu aku skip. Hari ni baru berkesempatan layan minggu akhir. Dah tak tau apa cerita tapi yang pasti last aku tengok Iffat & Afeef masih tak ada rasa percaya antara satu sama lain. Nak2 lagi selepas Damia kembali menangih cinta dengan Afeef. Lagi la Iffat sentiasa curiga. Yelah.. dulu kan Afeef sanggup menjadikan dia batu loncatan untuk bersama dengan Damia..


Tapi ok la untuk minggu akhir ni dah takde bahasakan diri aku kau.. Nampak dah ada rasa sayang & cinta antara satu sama lain. Nampak romantik walau takde adengan sentuh menyentuh. Bagus kan drama ni.. Sebenarnya tak perlu pun adegan peluk cium bagai dah bagi nampak romantik.. Cukup sekadar reaksi wajah.. nada suara.. pandangan mata antara pelakon tu pun dah mampu menghidupkan babak & watak tu. Tapi entah kenapa aku rasa geli pulak dengan babak2 romantik tu... Puaka sungguh jiwa aku ni kan. hahahaha.

Tapi dalam episod ni Damia pun dah nak kawen dengan orang lain.. Tapi iffat masih rasa tidak secure dengan damia. Tengok dia masih ada rasa tak percaya pada Afeef. Takut Afeef tergoda dengan Damia. Tu la banyak skip episod yang lepas lepas dah tak tau apa berlaku. hahahaha. Susah sangat aku nak follow apa2 drama dari mula sampai habis. Mesti banyak episod aku skip.

Dalam episod hari ni si Aqil anak Afeef pulak demam panas sampai masuk ward. Apa lagi bergegas la Afeef ambil flight tetengah malam balik KL. Nampaknya damia dah sering berhubung dengan keluarga Afeef. Yelah.. depa ada terikat dengan Aqil even damia dah bercerai dengan Afeef pun. Patut la si Iffat still masih rasa was was. Bila Damia tahu Aqil masuk ward terus dia pun ke ward offer nak jaga Aqil.

Bila Iffat call mak mertua dia tanya pasal Aqil.. Sentap bila mak mertua dia bagitau Afeef & damia jaga Aqil kat hospital. Menyemarakkan lagi la rasa tidak percaya tu kan.. Lepas tu sambung esok pulak

Tapi yang special minggu akhir ni.. Tetiba dalam episod ni ada Dato terlajak laris enterframe. tak tau la episod ni dia ada juga sebab aku dah lama skip drama ni. Nak jugak tu tumpang glemer drama ni. Mentang2 la dia penaja.. hahaha. Pegang watak jiran Iffat kat terengganu yang gatal dok ngorat Iffat tapi penakut bini. Tak padan dengan lemah gemalai.. kemain gatai! hahahaha. Watak extra je tu..

Tak tau la esok sempat ke tidak nak layan drama ni.. Kalau ada kesempatan aku tengok la. Kalau takde biarkan mereka yang lain jadi penunggu drama ni hahahaha.. Aku nak layan benda lagi best ni >> 12 Perkara Luar Biasa Hebat di Tahun 2017 << Korang dah tahu ke belum benda ni? hahahaha

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK!

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK! Rasanya dulu aku pernah tulis kot pasal benda ni kat blog.. Rasanya bukan aku sorang je kot rasa perkara tu sangat menjijikkan. Malah ramai lagi mata manusia lain rasa benda yang sama. Kau korek2.. lepas tu kau dengan tak malu ambil gambar share dengan seller yang kau beli kemudian seller tu pulak dengan rasa bangganya share benda tu sebagai testimoni.


Dua2 pun aku rasa macam kurang bijak.. Yang korek2 lepas tu ambil gambar tu pun nampak agak bangang.. Ye.. betul kau nak bagitau kau berjaya buang benda kotor kat dalam aset celah kangkang kau tu tapi sekadar bagitau secara bertulis je tak boleh ke? Perlu ke kau gigih korek, ambil gambar & bagi kat orang semata mata nak jadikan testimoni? Kau rasa bangga ke orang tengok benda2 kotor dari aset celah kangkang kau tu.. Kenapa tak kau kangkang & snap terus je dari celah tu.. Mungkin testimoni kau paling berjaya di abad ni...

Yang seller2 ni pun.. Kau tak rasa geli ke dok hadap benda2 kotor tu. Tak tau macam mana kau boleh kumpul banyak2 gambar2 macam tu then kau share kat media sosial tanpa rasa ia menganggu orang lain. Bila orang tak support post korang mula meroyan bagai.. Bila muncul gambar2 macam tu kerap2 sangat kat timelines Facebook terutamanya.. sekali dua boleh la hide post.. Kalau banyak2 kali confirm ada yang kena unfriend atau paling2 pun unfollow. Sama jer sebab selepas dah unfollow dia memang dah tak nampak apa2 post korang dah. So, apa pun korang sampaikan tentang produk korang dah tak ada fungsi untuk mereka2 yang dah unfollow walau masih dalam friendlist.

Aku kadang2 nak tegur direct kang orang kata aku ni rasa apa aku buat jer betul orang buat semua salah.. Apa aku boleh buat samada hide post atau aku unfollow je mana2 seller produk dalaman wanita terutamanya. Tapi bukan seller2 produk dalaman wanita je.. Seller produk2 kesihatan pun ada jugak dok share gambar2 testimoni tak senonoh.. segala hingus, taik bagai.. Terbantut selera orang Wei! kau mungkin rasa tak geli tapi jangan fikir semua orang macam kau boleh makan sambil tengok taik manusia lain.

Tolonglah.. Kalau rasa gambar2 tu bukan sesuai untuk tontonan umum.. Jangan la share. Cukup la sekadar share testimoni secara bertulis. Hormatilah pandangan mata orang lain. Jangan sampai kami2 ni ambil gambar muntah kami hantar kat hangpa sebagai feedback selepas tengok gambar testimoni2 pengotor hangpa tu yer.. hehehehe

Moral of the story.. Biarlah orang nak cakap apa.. kolot ke.. negative thinking ke hapa.. Bab benda2 kotor ni memang aku tak boleh nak open minded sangat. Najis tetap najis kau open ke close ke.. dia tetap benda kotor yang memualkan kalau orang tengok.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 5.. AFEEF KEMBALI BERSAMA SEORANG ANAK SETELAH 4 TAHUN SEPI TANPA KHABAR

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 5.. AFEEF KEMBALI BERSAMA SEORANG ANAK SETELAH 4 TAHUN SEPI TANPA KHABAR. Sambungan episod minggu lepas yang sampai setakat Afeef dah balik dari luar negara.. Minggu ni sekembalinya Afeef di terima keluarga walau mereka mempertikaikan & mempersoalkan Afeef langsung tidak menghubungi mereka sepanjang 4 tahun di luar negara.


Pulangnya Afeef mengejut semua orang sebab dia bawa sekali seorang budak kecil iatu anak dia bersama Damia. Bila dia explain kat keluarga dia budak tu anak dia dengan damia.. mak Afeef nampak betul2 marah & kecewa dengan tindakkan afeef. Bila di persoalkan dimana damia yang nampak tak ikut bersama Afeef & anak dia balik.. Afeef jelaskan bahawa dia dan Damia dah bercerai. Sempat juga dia bertanya tentang Iffat kepada keluarganya.. Tapi waktu tu Iffat kebetulan di terengganu atas urusan kerja.

Disamping tu Raff yang dah lama sukakan Iffat mula meluahkan perasaannya & berjanji akan menjaga Iffat sekiranya dia bercerai dengan Afeef. Kata kata Raff buat Iffat jadi marah.. Yelah.. Iffat masih setia menunggu & menyayangi Afeef. Malam tu juga Iffat asyik teringat pada Afeef seolah2 satu petanda yang Afeef dah kembali. Bila melihat pasangan suami isteri lain bahagia.. Iffat benar benar sedih kerana sepanjang bergelar isteri dia tak berpeluang bahagia seperti pasangan lain. Tiba2 Iffat mendapat panggilan dari mak mertua dia memberitahu pasal kepulangan Afeef. Bila tahu Afeef on the way datang nak jumpa dia.. Iffat jadi keliru. Dia sendiri tak tahu nak rasa gembira atau tidak untuk jumpa Afeef.

Afeef tetap berkeras nak terengganu jumpa Iffat walaupun dah jauh malam. Maka mak dia minta adik dia Afiya untuk temankan Afeef ke terengganu. Memang mula Afiya malas nak campur hal abang dia sebab kecewa sangat dengan perbuatan abang dia yang menyepikan diri selama 4 tahun di luar negara.. alih2 balik bawa balik anak sedangkan disini dia dah beristeri & di tinggalkan masa inai masih merah di jari katanya.

Sesampai di terengganu.. seorang kawan yang arrange untuk dia berjumpa dengan Iffat. So tanpa ragu2 di bawa Afeef terus ke bilik hotel Iffat.. kebetulan masa mereka sampai Iffat baru selesai solat. Melihat Afeef di depan mata.. Iffat diam tak berkata kata. Tidak menunjukkan sebarang reaksi suka atau teruja dengan kehadiran Afeef.. Mungkin selama 4 tahun di tinggalkan bagai gantung tak bertali.. Perasaan kecewa & marah tu tetap ada. Manusia kot.. Bukan robot kau boleh setting ikut suka hati. Sebab terlalu kecewa Iffat tak berapa layan sangat la si Afeef tu walau 4 tahun tak jumpa.

Bila Raff tahu Afeef dah balik ke Malaysia & datang jumpa dengan Iffat jelas nampak dia macam kecewa dengan kepulangan Afeef. Nak buat macam mana.. suka tak suka Iffat tetap masih isteri Afeef. Makan hati je la Raff... nak halang tak boleh.

Pagi tu Afeef tak sihat bila Iffat offer nak hantar ke klinik Afeef agak kasar menolak. Pertemuan mereka setelah lama tak jumpa hanya asyik bergaduh je. Raff yang waktu tu kecewa dengan kepulangan Afeef.. terus nak balik ke kl. Sebelum balik Iffat sempat bertemu dengan Raff.. Bila melihat kemesraan Iffat & Raff sebagai kawan timbul rasa cemburu pada Afeef.. tang dia tau cemburu. Yang dia pi oversea kawen dengan orang lain dia ingat kalau Iffat tahu dia tak rasa apa - apa ke?? hek punya laki!!! Berani pulak tu Afeef nak sindir pasal kemesraan Iffat & raff & menyebabkan pergaduhan kecil berlaku antara mereka Bila Iffat pertikaikan tanggungjawab dia sebagai suami tahu nak marah. Lepas tu paksa iffat ikut dia balik guna kuasa seorang suami kononnya. Lepas sampai KL & hantar Afeef Iffat terus balik kerumah dia. So, pasal Afeef balik dengan anak dia tu Iffat masih belum tahu la.

Kat akhir - akhir episod ni rupanya Afeef balik cuma sekejab untuk hantar Aqil (anak dia) & minta keluarga dia tolong jaga sebab kat UK tak ada orang nak jaga Aqil. Selepas tu Afeef kembali ke UK sebab dia ada contract dengan kerja dia kat sana.. Balik UK pun dia tak inform Iffat.. Tau2 mak dia yang call Iffat Afeef dah balik UK. Sakit hati kita tau!! Takpe tunggu kau Afeef di episod lain.. kau pulak akan rasa sakit hati.

Nampaknya cerita memang bukan jenis cerita meleret leret. Setiap episod dia tak berbelit belit sangat sampai buat orang jemu nak tunggu episod seterusnya. Kira jalan cerita dia takde la complicated sangat sampai orang pening kepala. Maka selesai dengan jayanya episod 5 drama adaptasi novel Biar Aku Jadi Penunggu ni. Esok pula.. doakan ada kesempatan nak menonton.

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4.. KEJAMNYA AFEEF TINGGALKAN IFFAT TANPA KHABAR

BIAR AKU JADI PENUNGGU EPISOD 4.. KEJAMNYA AFEEF TINGGALKAN IFFAT TANPA KHABAR. Untuk episod 4 ni aku masih berpeluang menonton drama adaptasi Novel Biar Aku Jadi Penunggu.. Jalan cerita dia pun nampaknya dah semakin best untuk di layan.. erkk.. rasanya dari episod pertama pun memang boleh layan rasanya. hehehehe


Jadi sambungan semalam lepas hantar Afeef kat Airport Iffat terserempak dengan seorang kawan satu sekolah merangkap kawan si Damia tu.. Bila tahu damia juga berlepas ke luar negara pada hari yang sama Afeef flight perasaan curiga & cemburu tu mula muncul tapi Iffat tak layan sangat. Malam selepas tu Afeef call & just cakap dia dah sampai kemudian end call sebelum Iffat sempat bercakap apa2. Si Iffat memang sentiasa positif jer.. dia anggap handphone Afeef habis kredit.  Selepas sebulan Afeef ke luar negara hanya sekali je Afeef call Iffat iatu masa dia baru sampai lepas tu dia tak pernah call lagi. Walaupun dia kecil hati jugak Afeef tak hubungi atau balas email dia.. Iffat tetap mendoakan yang terbaik untuk Afeef. Bukan je Iffat, malah keluarga dia sendiri pun dia tak hubungi & bila mak dia call pun dia tak pernah jawab. Geram pulak hati kita ni, wak!! Rasa nak tunjal2 je kepala Afeef tu tau!! Tapi mujur Iffat mendapat keluarga mertua yang sangat supportive yang sentiasa memberi kata kata yang menyedapkan hati Iffat.

Dalam pada masa yang sama Iffat juga terpaksa menjadi orang tengah untuk abang dia yang tengah nak tackle kakak ipar Iffat iatu kakak kepada Afeef. Tapi dua2 ni jenis pemalu.. So, masing2 tak nak mulakan. Kaklong si Afeef tu seorang balu kematian suami akibat kemalangan. Dalam episod ni akhirnya kebetulan mereka terserempak & bertemu juga. So masing2 ambil peluang duduk & bercerita. Abang Iffat pun ambil kesempatan meluahkan perasaan pada kaklong Afeef.

Dalam episod 4 ni Iffat pun dah habis belajar.. Maka dia dia pun merancang untuk bekerja la. Maka bermula la rutin mencari kerja tapi nampak rezeki dia tak semudah kawan kawan dia yang habis belajar terus dapat offer bekerja di syarikat milik keluarga salah seorang kawan mereka, Raff. Alah yang suka kat iffat dalam diam tu.. Iffat juga di offer tapi dia menolak sebab dia tahu perasaan lelaki tu pada dia.. Maka dia taknak benda tu nanti jadi masalah pada dia

Tanpa pengetahuan Iffat.. Raff membantu dia mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat dengan bantuan seorang kawan sebab dia tahu Iffat takkan bekerja di syarikat dia..

Selepas 3 tahun.. Afeef masih menyepikan diri tanpa khabar & tidak pernah menghubungi Iffat sepanjang dia berada di luar negara. Iffat masih tertanya tanya apa sebab dia di perlakukan macam tu. Yelah.. Hati mana tak hancur.. lepas kawen di tinggalkan dengan alasan nak sambung belajar di luar negara lepas tu langsung tak di hubungi. Tinggal bini bagai di gantung tak bertali.. Tak boleh aku!! Geram dah ni!! Nanti kau Afeef!! erkk.. ter emo pulak!

Tapi Iffat tetap setia menunggu atas nama seorang Isteri walaupun orang lain rasa apa yang Iffat setia & tunggu itu adalah perkara yang sia sia.. Tapi kalau dah sayang kan.. Apa nak di kata. Masih berharap sang suami kembali kepangkuan dia.

Dalam Episod ni juga.. Afeef kembali selepas bertahun hilang khabar.. Lepas tu bersambung. Apa berlaku seterusnya.. Tunggu je minggu depan ok! Jangan gelojoh sangat. Tengok macam aku ni sabar tengok sampai 4 episod tanpa skip. Bukan senang tau aku nak follow drama slot akasia macam ni. Hanya drama terpilih je tau.. hahahaha

Nampaknya drama ni tak meleret sangat untuk minggu pertama. Semua jenis straight to the point. Maka aku pun tak jemu sangat la tengok. Bagus pengarah drama ni tak ada babak2 yang tak penting dalam drama ni. Jadi tunggu minggu depan adakah masih ada review di blog lekatlekit.com drama ni? Wallahualam...

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK. Baru - baru ni aku terjebak la dalam online revolution Lazada 11.11 Tu. Yelah.. diskaun gila - gila beb! Memang la niat mula2 sesaja nak tengok je. Tapi dasar perempuan kan.. Kalau tengok tu takde la nak tengok saja tanpa merembat apa - apa. Nak2 lagi memang dalam account tu berduit. Tapi Alhamdulillah aku berjaya control nafsu syaiton nirrojim sebab aku hanya belanja RM50++ untuk 2 barang.


Sepatutnya delivery di buat antara 21 - 30 Nov tapi tak sangka pulak salah satu barang yang aku beli sampai awal. Pagi2 lagi abang GDEX ketuk pintu rumah. Happy la kan dapat barang yang di beli. Alah.. bukan apa sangat pun aku beli. T-Shirt putih jer. Rasa macam dah takde stok T-Shirt putih sekarang. Haritu cari kat The Store macam takde & takde yang berkenan je. Alang2 tengah murah aku rembat la sepasang T-Shirt murah kat lazada. Seller dia dari Shenzen, China. Barang tu direct di pos dari china. Bukan melalui lazada.

Bila dah dapat maka dengan rakusnya aku pun mengoyak parcel. Tu dia.. tetap tu nak ada adakan cerita. Aku guna gunting je potong hujung plastik bungkusan tu je hehehe.. Nak try la kononnya. Almaklum baju baru. Boleh la melenjan weekend nanti. Belek2 tengok ada kesan koyak kat tepi baju.. Boleh rujuk gambar kat bawah..


Kang ada kata.. alah koyak sikit. Boleh jahit koyak macam tu. Aku nak tanya kalau korang nak beli pakaian kalau nampak ada koyak korang beli tak? Mustahil la korang nak bayar baju koyak walau koyak tu boleh di jahit sekalipun.. sebab kita beli barang baru so condition dia pun nak dalam keadan baik la. Jadi bila terima barang yang dalam keadaan macam ni mesti la kurang berpuas hati kan. Jadi Apa aku buat.. aku hantar mesej kat website,bahagian Help & support lazada. Boleh rujuk tutorial di gambar kat bawah..

Ni tutorial bergambar macam mana korang nak hantar sebarang pertanyaan atau complaint kepada lazada melalui website. Sila isi form contact us tu yer

Aku ada hantar jugak complaint kat twitter lazada untuk tunjuk bukti bergambar. Kalau korang ada sebarang complaint, pertanyaan atau apa2 berkenaan barang yang korang beli kat lazada boleh jugak report kat twitter >> https://twitter.com/asklazadamy lebih cepat sikit dorang terima report korang tu.

Kalau tak pandai speaking london boleh je guna bahasa melayu. Jangan risau.. Bukan macam Ezbabai (bukan nama sebenar). Depa tak paham bahasa melayu. Kau kutuk pun depa still rasa bangga macam kau memuji. Jadi kalau ezbabai baru kau wajib speaking london. Tapi dengan lazada Malaysia boleh guna Bahasa kebangsaan.

Dalam pukul 1.45 tadi wakil lazada call untuk selesaikan masalah ni. Mula2 dia minta aku post semula item tersebut untuk buat penukaran.. tapi aku pertikai la. kalau aku nak kena keluar aku takkan membeli online. Sebab aku susah nak keluar aku membeli secara online. Lagipun kos postage semua siapa yang akan tanggung. Sebab tak ada sebarang slip post di sertakan pada parcel aku. Jadi solution nya.. T-Shirt tersebut aku dapat & lazada akan refund semula harga baju yang aku dah beli sebagai gantirugi. Apa lagi lompat bintang la. Dapat refund kan? hehehehe. Bukan macam ezbabai tu.. meluat aku. Sampai sekarang ada lagi barang aku yang belum sampai.

Apapun.. Biarpun berlaku perkara2 macam ni aku tetap puji dengan layanan & tindakkan pantas lazada menyelesaikan masalah pelanggan. Tak sampai 1 hari pun semuanya dah di selesaikan. Patut la ramai memilih membeli belah di lazada. Memang terbaik perkhidmatan mereka. Jadi kalau nak membeli belah secara online boleh la membeli di lazada untuk memastikan semua urusan anda berjalan lancar. Delivery pun cepat.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com