PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK!
Dua2 pun aku rasa macam kurang bijak.. Yang korek2 lepas tu ambil gambar tu pun nampak agak bangang.. Ye.. betul kau nak bagitau kau berjaya buang benda kotor kat dalam aset celah kangkang kau tu tapi sekadar bagitau secara bertulis je tak boleh ke? Perlu ke kau gigih korek, ambil gambar & bagi kat orang semata mata nak jadikan testimoni? Kau rasa bangga ke orang tengok benda2 kotor dari aset celah kangkang kau tu.. Kenapa tak kau kangkang & snap terus je dari celah tu.. Mungkin testimoni kau paling berjaya di abad ni...
Aku kadang2 nak tegur direct kang orang kata aku ni rasa apa aku buat jer betul orang buat semua salah.. Apa aku boleh buat samada hide post atau aku unfollow je mana2 seller produk dalaman wanita terutamanya. Tapi bukan seller2 produk dalaman wanita je.. Seller produk2 kesihatan pun ada jugak dok share gambar2 testimoni tak senonoh.. segala hingus, taik bagai.. Terbantut selera orang Wei! kau mungkin rasa tak geli tapi jangan fikir semua orang macam kau boleh makan sambil tengok taik manusia lain.
Tolonglah.. Kalau rasa gambar2 tu bukan sesuai untuk tontonan umum.. Jangan la share. Cukup la sekadar share testimoni secara bertulis. Hormatilah pandangan mata orang lain. Jangan sampai kami2 ni ambil gambar muntah kami hantar kat hangpa sebagai feedback selepas tengok gambar testimoni2 pengotor hangpa tu yer.. hehehehe
Moral of the story.. Biarlah orang nak cakap apa.. kolot ke.. negative thinking ke hapa.. Bab benda2 kotor ni memang aku tak boleh nak open minded sangat. Najis tetap najis kau open ke close ke.. dia tetap benda kotor yang memualkan kalau orang tengok.
betui..meluat dengan seller yg hanya pentingkan keuntungan semata- mata tanpa memikirkan perasaan orang lain yang melihat post jijik diaorg tu kan
ReplyDeletebab ni mmg sungguh gak la... bukan setakat geli kot saya rasa tapi memalukan kaum wanita tu sendiri..
ReplyDeleteAdeh..bnde2 mcm tu pun slamber jer share..
ReplyDeleteMalu gak kadang kalau keluar iklan macam tu..
ReplyDeleteSaya pun ada macam tu juga. Banyak kat timeline. Mungkin marketing kan. Ada juga kawan saya jual macam tu. Tapi dia tersangat nak cuba buat duit online dan nak tolong keluarga. Mungkin terpaksa nak bersaing dengan seller lain. Kalau tak buat, takde sales..
ReplyDeleteTapi masing-masing dah besarkan, pandai fikir..