Showing posts with label atas talian. Show all posts

SIKAP BUAT HAL SENDIRI BELUM TENTU KAU SELAMAT DARI SCAMMER

SIKAP BUAT HAL SENDIRI BELUM TENTU KAU SELAMAT DARI SCAMMER. Memandangkan hari ni free sikit dari sebarang penulisan berbentuk review.. Meh la kita mengupas kupis & kopek isu isu semasa. Kalau asyik dok tulis review je pun nanti sel sel otak jadi kurang aktif sebab tertumpu pasa satu arah je hahahaha.. Jadi meh la kita mengaktifkan otak kita agar tidak blank sentiasa.


Saya tengok ramai golongan acah acah baik.. acah acah positif & acah acah hanya focus pada membina kejayaan dari sibuk hal orang lain pilih untuk bersikap jaga hal sendiri. Bagus.. dia tak sibuk nak jaga tepi kain orang kan. Memang la dia ramai follower sebab orang rasa dia icon yang berjaya buat duit berkepok kepok. Saya pun kagum jugak dengan orang macam ni. Cuma bukan saya la dari golongan macam tu.

Mungkin perjalanan hidup saya sebagai blogger ni dah tertulis kot.. Bahawa saya lebih suka menyebarkan isu isu semasa sebagai peringatan pada orang awam. Ye ye.. kami tau. Sebelum2 ni kami pun ada tulis gosip2 retis juga. Tapi blog lekatlekit memang dari dulu suka tulis isu semasa.

Bagi saya la kan.. Kalau semua orang ambil sikap jaga diri sendiri, jaga hal sendiri.. adakah jaminan kita semua termasuk yang jaga hal sendiri tu confirm selamat dari golongan penipu @ scammer ni? Dah tentu tidak.. Scammer dia tak sasarkan golongan yang lantang & banyak soal sangat tapi dia sasar jenis golongan yang suka buat hal sendiri. Yang ni target depa sebab depa rasa yang ni senang makan. Sekali suap dah boleh kunyah kunyah.. Sebab tu yang kena tipu bukan jenis yang berani & lantang mendedahkan kejahatan scammer. Tapi yang feelling malaikat bawah lindungan kaabah ni la yang selalu jadi mangsa. Asyik redha jer..

Dengan sikap jaga hal sendiri ni la kadang2 seolah olah membiakkan golongan scammer sebabnya kejahatan mereka tak ada sapa peduli & nak dedahkan. Masing masing konon nak jaga rice cooker sendiri kan.. selagi orang tak cedok nasi dalam rice cooker dia, dia rasa dah ok. Nak cedok dalam rice cooker orang lain tu lantak la. Suka la scammer dengan golongan macam ni. Bagus budaknya.. Tak sibuk nak jaga tepi spender scammer. Senang kojo den nak scam ramai orang sampai den jadi jutawan. So depa boleh bermaharajalela.. Sampai satu masa bila golongan yang acah acah mulia dengan ambil sikap jaga hal sendiri ni kena tipu atau ahli keluarga depa kena tipu.. gamaknya sapa depa cari untuk merujuk atau menuntut pembelaan? Kebanyakkan kalau tak berjaya guna saluran undang undang yang memerlukan kos ni.. Depa akan cari pejuang pejuang yang lantang jugak minta tolong. Bayangkan tak ada siapa volunteer nak bersuara dedahkan kejahatan scammer.. Apa akan jadi?

Penipuan berleluasa.. nak nak zaman media sosial ni. Apa saja orang boleh buat tanpa batasan.. Ingat senang ke pihak berkuasa nak control aktiviti kat media sosial ni. Sebab tu perlu ada sikap rasa tanggungjawab mendedahkan sebarang penipuan untuk sama sama benteras golongan scammer ni. Kalau rasa takut & tak boleh just.. Jangan judge golongan yang cuba menyampaikan kesedaran tentang penipuan scammer ni sebagai golongan penyibuk. Support mereka secara silent pun dah membantu.

Mereka buat kerja berisiko bukan je di bakal di heret ke mahkamah untuk kesalahan sivil, malah berdepan dengan ugutan jenayah bagai. Satgi ada yang kata.. dah tau macam tu sapa suruh buat? Kalau depa tak buat hang nak buat ka? Tak kan? So better hang diam.. duduk mencangkung tepi tepi sikit. Jangan tanya banyak kali... kenapa perlu buat semua tu? Sebab supaya orang awam tidak terus menerus menjadi mangsa golongan ini meraih keuntungan atas kebodohan kita.

Bukan soal kau mampu atau tak.. Ini berkaitan kau nak buat atau tak. Golongan scammer ni ramai kaya raya.. Tapi adakah kaya dengan cara tu di kira berjaya?? Scammer ni bukan skim atau MLM jer, produk yang konon boleh rawat sekala kurap kudis, panau, jerawat batu bata dalam masa seminggu, alih2 bila di analisa ada clorox la, serbuk penaik la, merkuri la hapa, contest kat FB pun ramai scammer jugak.. Tipu orang konon dengan share dapat enpon bijak mahal yaraabi.. last last cuma scam nak raih followers & likers. Lepas dah ramai page depa jual dengan harga 4 - 5 angka.. Apa ingat tu tak di kira scam ke? tu contoh. Kalau kita nampak penipuan & kita diam, makin naik tocang la kan scammer. Habis semua orang buat lex buat peace selagi tak kena kat batang hidung sendiri. Semua nak kena sekelepuk atas kepala dulu baru nak sedar & nak di dedahkan supaya orang lain tak terkena. Masa tu baru ko sibuk meroyan nak cari orang minta tolong viral bagai.

Kalau semua ni tak ada pihak yang tampil untuk sama sama mendedahkan hangpa rasa mampu ke pihak berkuasa nak handle semua? Tak mampu ok! Ia perlukan kerjasama orang awam juga. Dan kalau tak ada aktivis macam mereka.. kita sendiri pun takkan dapat info berkenaan scammer secara meluas di media sosial atau mana2 media. Semakin berleluasa la golongan scammer kerana mereka mudah melakukan penipuan tanpa ada yang mendedahkan dengan berani.

Moral of the story.. Ada perkara kita perlu jadi seorang penyibuk untuk membenteras golongan scammer. Kau jaga poket sendiri, belum tentu kau selamat dari menjadi mangsa scammer. Jangan ingat kita terlalu bijak untuk jaga diri sendiri.. kadang2 kita masih perlu orang lain untuk berpesan pesan agar jadi panduan.



CARA MUDAH UNTUK PANTAU HARGA BARANG & BUAT ADUAN SEBARANG PENIPUAN DENGAN APLIKASI KPDNKK

CARA MUDAH UNTUK PANTAU HARGA BARANG & BUAT ADUAN SEBARANG PENIPUAN DENGAN APLIKASI KPDNKK. Sebagai pengenalan KPDNKK adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi Dan Kepenggunaan iatu satu badan organisasi kerajaan untuk melindungi hak pengguna. Almaklum zaman sekarang ni bermacam penipuan wujud.. lebih lebih lagi di era IT. Semudah hujung jari penipuan boleh berlaku dengan wujudnya berbagai bagai jualan & skim untuk meraih keuntungan dengan mudah dengan cara menipu.


Jadi KDPNKK berfungsi untuk menjaga hak pengguna. Kalau dulu sebarang aduan kita perlu 'walk' in ke pejabat KPDNKK tapi di mudahkan dengan menggunakan aplikasi secara atas talian. Antaranya anda boleh mendaftar sebagai ahli dengan semudah muat turun aplikasi 'Friends Of KPDNKK' melalui playstore menggunakan telefon pintar anda.

Kelebihan anda mendaftar sebagai Ahli KPDNKK ni adalah ada boleh menjadi pemantau secara sukarela melalui konsep membeli belah & boleh melaporkan kepada KPDNKK jika ada aktiviti penjualan yang berunsur penipuan atau tidak mematuhi undang undang dengan mudah hanya menggunakan aplikasi atas talian.

Ia bertujuan membantu kerajaan dalam memantau harga barangan (tanda harga) & perkhidmatan. Sekaligus membantu untuk melindungi hak pengguna dari di tipu peniaga yang tidak berektika. Jadi memang penting ok kita untuk mendaftar sebagai Friends Of KPDNKK ni.. sebab kita semua adalah pengguna. Dengan cara ni kita tidak mengharapkan 100% penguatkuasa KPDNKK untuk memantau. Kita sendiri boleh buat pemantau sesambil shopping & buat aduan kalau ada yang tidak kena macam manipulasi harga yang di pamerkan oleh peniaga atau sebarang unsur penipuan harga atau servis oleh peniaga.

 Secara ringkas keistimewaa anda mendaftar sebagai ahli KPDNKK 

➫Membantu masyarakat untuk melindungi hak mereka sebagai pengguna
➫Meningkatkan pengetahuan pengguna tentang trend harga barangan & perkhidmatan di pasaran
➫Berkhidmat kepada masyarakat dengan melaporkan aktiviti penipuan peniaga
➫Maklumat di salurkan dapat membantu pihak KPDNKK mengambil tindakkan dengan cepat & pantas
➫Berpeluang menyertai seminar & bengkel yang di anjurkan KPDNKK

Cara untuk muat turun aplikasi Friends Of KPDNKK  & mendaftar sebagai ahli saya akan tunjukkan tutorial bergambar di bawah

1. Boleh search di playstore Friends Of KPDNKK (FOK) & Install aplikasi seperti gambar di bawah


2. Clik Accept

3. Tunggu sehingga habis proses download & Install

4. Selesai Install clik open & clik Daftar baru

5. Masukkan maklumat yang di minta

5. Setelah pendaftaran berjaya clik Ok

6. Taip email yang dah di daftarkan & Clik Log Masuk

7. Masukkan no kad pengenalan (iC)

8. Akan kelur kad Maya bukti anda sudah mendaftar menjadi ahli Friends Of KPDNKK

Selain anda boleh mendaftar sebagai ahli, ada beberapa aplikasi yang di sediakan KPDNKK untuk pengguna seperti

 Aplikasi  >> Paparan Harga << 


Aplikasi mudah alihnya telah dibangunkan dan diterbitkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia atau KPDNKK di bawah program 1Pengguna dengan niat untuk membantu semua pengguna Malaysia di luar sana untuk menjadi pembeli produk yang lebih baik dan barangan harian manakala pada masa yang sama membantu mereka untuk mengurangkan perbelanjaan dan kos hidup mereka.

 Aplikasi >> EZ ADU KPDNKK << 


EZ ADU adalah satu aplikasi aplikasi untuk telefon pintar yang dibangunkan oleh KPDNKK yang membolehkan pengguna untuk membuat sebarang aduan terus kepada KPDNKK supaya tindakan sewajarnya dapat diambil secara atas talian.
Pengguna boleh membuat pengaduan dengan 4 langkah yang mudah iaitu dengan memasukkan butiran aduan, laporan aduan dan seterusnya membuat geo tagging dan menyertakan gambar sebagai bukti. Pengguna juga boleh menyemak status aduan dan tindakan yang diambil oleh pihak KPDNKK

Untuk info lanjut berkaitan kemudahan Aplikasi yang di sediakan oleh KPDNKK anda boleh layari  LAMAN WEB RASMI SKUAD PENGGUNA

Dengan adanya aplikasi dari KPDNKK ni moga dapat memudahkan pengguna untuk membuat semakkan & aduan bila bila masa & dimana saja.

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR

SAPS MEMUDAHKAN GURU & IBU BAPA MEMASUKKAN & MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PELAJAR. Zaman sekarang semua operasi di lakukan secara atas talian. Demi memudahkan & menjimatkan masa & tenaga. Dan kerana itu SAPS di cipta untuk memudahkan semua pihak termasuk golongan guru & ibu bapa.


Sedikit pengenalan tentang SAPS ni.. dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Disini, Sistem Guru Online ingin berkongsi sedikit info tentang sistem analisis peperiksaan sekolah. Boleh dicapai oleh semua pihak termasuk KPM, JPN, PPD dan Sekolah. Data yang di simpan boleh di gunakan pakai oleh semua pihak sekiranya ingin membuat sebarang analisis.

Untuk para guru.. Sistem ni memudahkan guru untuk memasukkan keputusan peperiksaan pelajar secara online. Untuk golongan ibu bapa pula SAPS memudahkan anda menyemak keputusan peperiksaan anak anak. Senang kan? Nak nak lagi zaman sekarang ibu bapa memang sibuk dengan urusan kerjaya. Jadi sistem online macam ni memang sangat membantu semua pihak.

Untuk maklumat lanjut tentang SAPS ni anda boleh ruju di Sistem Guru Online

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING. Sekarang ramai orang buat perniagaan secara online.. Jenglot pun orang jual online ok apatah lagi benda2 yang dulu kita tak terfikir untuk di pasarkan secara atas talian kini dah ada orang buat. Sekarang ni segala mak nenek boleh beli secara online ni.. Nak beli barang basah macam kat market tu pun ada. Pendek kata kalau berat sangat bontot hangpa nak keluar boleh order je online satgi depa mai hantaq depan batang hidung hangpa.


Bila berniaga secara online ni.. Salah satu perkara yang sangat penting adalah copywriting. Kalau tak faham copywriting tu macam mana.. Lebih kurang macam ayat2 iklan untuk menarik minat orang membeli produk atau jualan anda. Lagi menarik ayat yang korang guna makin senang produk anda di kenali seterusnya mampu menarik pembeli untuk membuat urus niaga dengan anda.

Kalau korang seorang yang kreatif jadi tak perlu nak guna khidmat orang lain untuk mencipta ayat copywriting untuk anda.. Macam blogger pun kena pandai jugak buat copywriting ni sebab kebanyakkan blogger memang buat service review berbayar. So tajuk entri tu bagi aku macam copywriting jugak la untuk menarik minat orang lain membaca review yang aku tulis. Kalau baca tajuk pun boring.. Macam mana depa nak tahu apa produk yang kita tulis tu kan? Sebab tak ada tarikkan langsung untuk orang membaca. So bagi aku seorang blogger, tajuk entri umpama copywriting sesuatu artikel yang aku tulis untuk menarik minat orang lain membaca. Tu pendapat aku la kan.. kalau salah tolong tunjukkan. hehehehe

Kalau lahir dari kepala hotak & idea sendiri tu memang la free of charge. Sebab keuntungan tu nanti kau juga yang kaut kan.. Tapi kalau nak minta orang lain buat copywriting untuk anda jangan la harap percuma sebab benda ni sekarang ada rate dia. Ada kawan aku mesej minta tolong aku buat copywriting satu produk client dia.. Sebab sekarang dia bekerja dalam satu team viral. Kalau hangpa nak viralkan produk atau jualan hangpa boleh PM dia kat facebook Azie Zah. Dia memang baru belajar so banyak yang dia tak tau pasal copywriting. Kerja dia bukan dok buat copywriting pun. Kerja dia cuma memviralkan produk atau perkhidmatan anda bersama team dia la. Terpaksa aku explain kat dia benda ni bukan boleh main minta2 jer orang buat. Benda ni salah satu service yang kena bayar bukan percuma. Terpaksa aku explain even nampak macam simple tapi bukan mudah sebab ia berkaitan dengan idea & kreativiti. Konsep dia bukan sekadar tolong menolong. Baru la dia faham benda tu ada harga yang perlu di bayar. Win win situation la kan.. customer nak produk dia terjual & dapat untung takkan kita yang buat kerja untuk dia pakai modal air liur je kan. Aku buat kerja kerja amal jugak kat blog ni.. Tapi syarat bukan untuk keuntungan mana2 pihak & benda tu memang semata mata untuk charity.

Nak buat copywriting ni kena tengok produk apa yang hangpa nak jual & target pembeli. Contoh macam nak jual produk buang bulu macam pernah aku buat untuk kawan aku yang jual produk wax tu.. Aku fokus pada bulu apa yang nak di buang. Bila kita highlight bulu jer.. Kadang2 orang tak tahu.. Misai, janggut semua tu pun dalam kategori bulu jugak. Jadi kadang2 kena highlight benda tu supaya dalam satu iklan dapat menyampaikan info yang buat semua orang faham fungsi sesuatu produk tu secara ringkas. Contoh ayat aku guna.. Produk penanggal bulu ketiak,kemaluan,misai,bulu roma paling berkesan. Bulu roma ni orang tak heran sangat sebab biasa jer... Orang akan tertarik tang bulu celah bedah tu je macam ketiak & kemaluan. Ternyata memang berjaya buat kawan aku meraih sale yang berpanjang dari review tu. Sebab tu penting buat copywriting yang memang mampu menarik orang untuk berkenalan dengan produk yang anda jual. Kalau setakat tulis wax penangal bulu.. boring sangat. So kena ada ayat2 yang mampu buat orang nak tahu lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan anda.

Jangan la nak cebik - cebik dok cakap.. macam aku terer sangat nak bagi tip kat orang. Aku bukan pakar tapi just berkongsi je apa yang aku tahu & aku buat. Tapi kalau nak guna service aku untuk review produk, jualan atau perkhidmatan hangpa boleh ja email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Yang tu memang dalam kemahiran aku nak buat. hehehehe Kita boleh bincang dari hati ke hati tapi jangan sampai jatuh cinta pulak. hahahahaha

Moral of the story.. Tiada yang percuma zaman sekarang. Sekarang ni kreativiti tak kira hanya dengan penulisan santai macam blog aku pun ada harganya. Orang sekarang kadang2 kita guna konsep tolong bila dah berjaya lupa orang yang pernah tolong tu. Sebagai manusia kadang2 akan timbul rasa terkilan & kesalan kat situ. Jadi zaman sekarang kena guna konsep berniaga jer.. Kau bayar, aku buat kerja. So tak ada sapa terhutang budi atau tak kenang budi sesiapa, kan? hehehehe

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU

IKLAN PERKHIDMATAN SANTAU MELALUI WHATSAPP, HARGA IKUT JENIS HANTU. Sesungguhnya sememangnya zaman telah berubah & mengubah segalanya. Dulu kalau orang nak buat kerja2 syirik & khurafat atau kerja nak menyihir orang ni terpaksa bertapak pergi rumah mana2 pawang atau bomoh.. Paling terkenal untuk service macam ni yang jenis bomoh siam la. Bomoh siam tak semestinya orang siam.. Ada orang melayu yang mengamalkan ilmu sihir cara orang siam pun ada. Pun di panggil bomoh siam. Orang cina pun ada bomoh siam jugak.. Bomoh siam ni kira antara bomoh2 yang kira boleh tahan la ilmu batin yang penuh syirik & khurafatnya..


terbaca perkongsian dari fb page beautifulnara tadi.. Dia share screenshot pasal conversation seorang yang menyediakan khidmat menyantau. Tu dia.. dia iklankan service dia kat whatsapp pulak.. Lepas tu siap ugut sapa block dia, dia akan santau. Macam hampeh dia punya marketing tau.. Yang best lagi siap bagitau harga mengikut jenis hantu.. Ni kalau ikut size hantu gamaknya toyol kot paling murah sebab dia paling kecik.. Kalau mahal.. hantu raya la kot sebab dia paling besar. Tapi kalau ikut jenis hantu tak pasti pulak hantu apa paling power & mahal harganya. hahahahahaha..


Tak tau whatsapp yang di screenshot ni sekadar bergurau atau benar2 wujud orang yang memasarkan perkhidmatan macam ni melalui whatsapp. Tapi tak mustahil pun sebab kat google ads pun ada yang iklankan perkhidmatan macam ni ok! Aku pernah nampak dulu.. Kat media sosial tak payah cerita. Ada jer service rawatan, ilmu pengasih bagai dari golongan perawat yang menggunakan rawatan alternatif ni. Cuma nasihat aku sebagai orang Islam hope jangan la sesapa terjebak dengan perkara perkara macam ni ok! Kat dunia pun tak senang mana.. apatah lagi kat akhirat sana. Benda2 macam ni selalunya makan diri balik. Kadang2 azab tu Allah tunjuk tak tunggu mati dah.. Banyak kot cerita2 manusia yang di azab kerana mensyirikkan Allah & mengkhianati orang lain menggunakan ilmu sihir ni. So, biar benda tu jadi pengajaran kat kita yang masih jahil ni.

Moral of the story.. Memang sihir tu boleh berlaku kepada sesiapa dengan Izin Allah, tapi ingatlah walau Allah mengizinkan sesuatu yang jahat itu terlaksana pun tapi tetap di murka. Itulah ujian kita sebagai manusia di muka bumi ni.

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017

TAK SANGKA EZBUY DAH BERUBAH TAHUN 2017. Lama jugak aku merajuk dari membeli belah kat ezbuy tapi lama tu tak sampai bertahun pun. Selepas beberapa bulan kemudian aku kembali menjebakkan diri dengan membeli belah di ezbuy.. Pertama sebab dalam account prepay ezbuy ada baki.. Sebab ada pembelian yang aku buat ada masalah & pihak ezbuy refund balik dalam account prepay. Bila duduk dalam account prepay nak tak nak.. Kalau nak habiskan kau tetap kena membeli belah kat ezbuy jugak. Takkan nak sedekah kat ezbuy je kat duit kita..


Sebelum ni pembelian aku hadapi macam macam masalah.. Lepas dah proceed payment tetiba barang out of stock.. dua tiga kali juga jadi macam tu. Ada yang item aku order hilang kat warehouse bila sampai Malaysia.. Barang lambat sampai bla.. bla. macam - macam masalah la. Aku pernah tulis entri mengecam perkhidmatan ezbuy sebelum ni sebab bukan aku je hadapi masalah bila buat pembelian dengan ezbuy malah ramai lagi. Ada antara dapat barang tak cukup.. Lebih sebulan barang tak sampai - sampai..

So untuk parcel yang ke 11 aku buat order minggu lepas. Memang la niat tu nak habiskan balance dalam account prepay tapi biasa la.. aku cuma manusia biasa yang iman senipis kulit bawang. Apa yang aku beli memang lebih dari jumlah duit yang ada dalam prepay accout jadi kena la topup lagi hahaha...

Lepas aku proceed tu memang aku printscreen semua.. Barang aku sepatutnya sampai 18 febuari selepas pembayaran di buat.. So aku tunggu samada kali ni barang aku dapat pada masa yang di janjikan atau tidak. Atau service ezbuy masih macam dulu...

Salah satu sebab aku suka membeli belah kat ezbuy sebab murah. Memang aku dah compare dengan website lain harga Ezbuy memang lebih murah ok!

Alhamdulillah 17 Febuari aku check status order aku dah out of delivery & pada petang tu jugak pintu rumah ku di ketuk oleh despatch dari ezbuy sambil membawa bungkusan yang aku nanti nantikan katanya. Apa lagi.. berbunga bunga hati ini menyambut bungkusan di iringi dengan ucapan terima kasih. Tu dia punya seronok keluar habis ayat2 madah berhelah katanya.. Untuk pengetahuan korang aku ambil shipping economy air (shipping kedua paling mahal. Ada yang murah boleh guna pengangkutan air tapi aku tak berapa sabar nak tunggu lebih dari 2 minggu. hahaha) selepas seminggu aku dah dapat barang. Untuk pembelian aku ni kos shipping lebih kurang RM13++

Status 15 Febuari 2017

Status 17 Febuari 2017

Barang2 yang sampai pun Alhamdulillah.. sama macam yang order.  Tak ada cacat cela kat mana - mana. Paling aku puas hati Jogger Jeans tu.. lawa ok walau harga cuma RM27++... normally jeans kalau beli kat pasaraya paling murah RM60 - RM70. Beli kat ezbuy boleh dapat yang cantik2 dengan harga bawah RM30. nak2 jogger.. kat luar susah sikit nak cari.

Tip nak membeli belah kat ezbuy kalau beli satu atau 2 item yang ringan2 & kecik2 ni bagi aku tak berbaloi. Kalau nak membeli belah macam pakaian better beli banyak. Jimat kos shipping & delivery... Sebab tu aku susah nak beli kurang dari 5 item. hahahahaha. Satu lagi T-shirt.. kadang2 even kau size S pun T-shirt china ni mungkin lebih kecil dari standard size. Better rajin2 baca ukuran yang di beri untuk lebih kepastian.

Kadang2 beli online banyak kelebihan dari cash & carry. Nak2 lagi kalau membeli belah kat pasaraya tu yang guna cash money ni. Banyak sangat keburukkan dia.. Antaranya >> 17 Perkara Buruk Bila Membeli Belah dengan membayar Guna Wang Tunai << Berbanding online shopping just transfer dari online banking settle. Tu antara kebaikkan online shopping la.. Kalau cash & carry pun aku jarang bayar guna cash tapi banyak guna debit card. Cash zaman sekarang ni agak berisiko bawa banyak2. Almaklum la zaman jenayah berleluasa ni kan

Moral of the story.. Hidup kadang2 kita kena beri peluang kepada pesalah. Mungkin dia dah berubah kearah yang lebih baik & mungkin perubahan tu lebih baik dari apa yang kita sangkakan. ehehehe

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK!

PENIAGA PRODUK ONLINE JANGAN KONGSI GAMBAR KOREK KOREK TU OK! Rasanya dulu aku pernah tulis kot pasal benda ni kat blog.. Rasanya bukan aku sorang je kot rasa perkara tu sangat menjijikkan. Malah ramai lagi mata manusia lain rasa benda yang sama. Kau korek2.. lepas tu kau dengan tak malu ambil gambar share dengan seller yang kau beli kemudian seller tu pulak dengan rasa bangganya share benda tu sebagai testimoni.


Dua2 pun aku rasa macam kurang bijak.. Yang korek2 lepas tu ambil gambar tu pun nampak agak bangang.. Ye.. betul kau nak bagitau kau berjaya buang benda kotor kat dalam aset celah kangkang kau tu tapi sekadar bagitau secara bertulis je tak boleh ke? Perlu ke kau gigih korek, ambil gambar & bagi kat orang semata mata nak jadikan testimoni? Kau rasa bangga ke orang tengok benda2 kotor dari aset celah kangkang kau tu.. Kenapa tak kau kangkang & snap terus je dari celah tu.. Mungkin testimoni kau paling berjaya di abad ni...

Yang seller2 ni pun.. Kau tak rasa geli ke dok hadap benda2 kotor tu. Tak tau macam mana kau boleh kumpul banyak2 gambar2 macam tu then kau share kat media sosial tanpa rasa ia menganggu orang lain. Bila orang tak support post korang mula meroyan bagai.. Bila muncul gambar2 macam tu kerap2 sangat kat timelines Facebook terutamanya.. sekali dua boleh la hide post.. Kalau banyak2 kali confirm ada yang kena unfriend atau paling2 pun unfollow. Sama jer sebab selepas dah unfollow dia memang dah tak nampak apa2 post korang dah. So, apa pun korang sampaikan tentang produk korang dah tak ada fungsi untuk mereka2 yang dah unfollow walau masih dalam friendlist.

Aku kadang2 nak tegur direct kang orang kata aku ni rasa apa aku buat jer betul orang buat semua salah.. Apa aku boleh buat samada hide post atau aku unfollow je mana2 seller produk dalaman wanita terutamanya. Tapi bukan seller2 produk dalaman wanita je.. Seller produk2 kesihatan pun ada jugak dok share gambar2 testimoni tak senonoh.. segala hingus, taik bagai.. Terbantut selera orang Wei! kau mungkin rasa tak geli tapi jangan fikir semua orang macam kau boleh makan sambil tengok taik manusia lain.

Tolonglah.. Kalau rasa gambar2 tu bukan sesuai untuk tontonan umum.. Jangan la share. Cukup la sekadar share testimoni secara bertulis. Hormatilah pandangan mata orang lain. Jangan sampai kami2 ni ambil gambar muntah kami hantar kat hangpa sebagai feedback selepas tengok gambar testimoni2 pengotor hangpa tu yer.. hehehehe

Moral of the story.. Biarlah orang nak cakap apa.. kolot ke.. negative thinking ke hapa.. Bab benda2 kotor ni memang aku tak boleh nak open minded sangat. Najis tetap najis kau open ke close ke.. dia tetap benda kotor yang memualkan kalau orang tengok.

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI PRODUK DI GUARDIAN MELALUI WEBSITE LAZADA

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI PRODUK DI GUARDIAN MELALUI WEBSITE LAZADA. Buat pertama kali aku membeli belah di guardian melalui website lazada.. Erkk.. kang ada yang pening pulak kan. Alah.. produk yang normally aku walk in je kat guardian bila nak beli tapi kali ni aku tak keluar just duduk rumah buka website lazada clik & buat bayaran melalui online banking kemudian tunggu je posmen hantar barang. Macam tu la kaedahnya yer semah.. Jangan nak pening2 sangat.. Kang orang ingat gejala mengandung pulak. hehehehehe


Ahad lepas di mana orang bercuti sempena hari Natal (chrismas) aku duduk kat rumah je asben aku kena kerja. Tak kisah la.. Cuti2 duduk rumah pun banyak benda aku boleh buat untuk tambah pendapatan. Siapkan review2 kat blog salah satunya... Review berbayar harus la kena tulis elok - elok ok! Sebab tengok pencuci muka aku macam jangka hayat tak sampai minggu depan je maka sesaja la.. Godek2 kat lazada sebab aku tau Guardian pun ada jual barang kat lazada. Sebab aku ni peminat setia Guardian Farmasi kan.. So, aku tengok la apa ada kat guardian yang menumpang jual kat website lazada tu. Hampir semua benda yang jual kat Guardian Farmasi ada je kat website lazada tu.

Salah Satu produk yang di jual di guardian farmasi yang ada boleh beli melalui website lazada. Masa aku beli masih free shipping (tak perlu bayar pos). 

Pilih2 dalam 3 barang.. Satu Seller dari Guardian iatu produk Garden Of Eden Rosa T mild Cleanser, Seller dari L'oreal Malaysia foundation jenama maybeline (belum sampai) & Seller dari oversea untuk Oval Brush.. Yang tu pun belum sampai sebab shipping oversea kan. Tunggu la sekejab.


Apa yang best perlu korang tahu bila Membeli belah kat barang yang jual di Guardian melalui website lazada ni.. Penghantaraan dia cepat jugak la.. sebab aku order ahad. Hari cuti.. Isnin pun cuti ganti untuk chrismas. So selasa order tu maybe baru proses pengeposan & rabu sampai la. Kalau Isnin tu tak cuti.. Selasa maybe dah sampai. So penghantaran dia cepat. Lagi satu jimat sebab free shipping. Bermakna kos pos tak perlu bayar. Harga barang macam Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser ni memang sama je macam beli kat Guardian Farmasi RM18.50.. Kadang2 harga cecah RM20 jugak kat guardian tu. So jimat kat situ.. Tak perlu keluar Kos duit minyak ke, tambang bas ke semua tak perlu. Masa pun jimat jugak. Duduk rumah clik clik bayar & tunggu je. So kalau korang busy mengalahkan Ayahanda Rani Kulup tu.. Boleh la membeli skincare ke kosmetik atau apa2 melalui Guardian di website lazada. Jimat segala sudut katanya. Produk ni pun ada jugak jual kat Lazada kalau korang nak beli >> jangan Jeles Tengok Orang Lain Nampak Muda Secara Semulajadi, Mungkin Mereka Pakai Produk ni <<  So, tak payah susah2 sangat nak menapak jejauh cari guardian ke hapa. Online je sekarang. hehehehe

Moral of the story.. Tiada alasan lagi nak beli produk sebab tak ada Guardian berdekatan dengan anda. Penyelesaian yang anda boleh buat di lazada maka guardian akan berada di mana mana sahaja selagi ada access internet. hehehehe

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK. Baru - baru ni aku terjebak la dalam online revolution Lazada 11.11 Tu. Yelah.. diskaun gila - gila beb! Memang la niat mula2 sesaja nak tengok je. Tapi dasar perempuan kan.. Kalau tengok tu takde la nak tengok saja tanpa merembat apa - apa. Nak2 lagi memang dalam account tu berduit. Tapi Alhamdulillah aku berjaya control nafsu syaiton nirrojim sebab aku hanya belanja RM50++ untuk 2 barang.


Sepatutnya delivery di buat antara 21 - 30 Nov tapi tak sangka pulak salah satu barang yang aku beli sampai awal. Pagi2 lagi abang GDEX ketuk pintu rumah. Happy la kan dapat barang yang di beli. Alah.. bukan apa sangat pun aku beli. T-Shirt putih jer. Rasa macam dah takde stok T-Shirt putih sekarang. Haritu cari kat The Store macam takde & takde yang berkenan je. Alang2 tengah murah aku rembat la sepasang T-Shirt murah kat lazada. Seller dia dari Shenzen, China. Barang tu direct di pos dari china. Bukan melalui lazada.

Bila dah dapat maka dengan rakusnya aku pun mengoyak parcel. Tu dia.. tetap tu nak ada adakan cerita. Aku guna gunting je potong hujung plastik bungkusan tu je hehehe.. Nak try la kononnya. Almaklum baju baru. Boleh la melenjan weekend nanti. Belek2 tengok ada kesan koyak kat tepi baju.. Boleh rujuk gambar kat bawah..


Kang ada kata.. alah koyak sikit. Boleh jahit koyak macam tu. Aku nak tanya kalau korang nak beli pakaian kalau nampak ada koyak korang beli tak? Mustahil la korang nak bayar baju koyak walau koyak tu boleh di jahit sekalipun.. sebab kita beli barang baru so condition dia pun nak dalam keadan baik la. Jadi bila terima barang yang dalam keadaan macam ni mesti la kurang berpuas hati kan. Jadi Apa aku buat.. aku hantar mesej kat website,bahagian Help & support lazada. Boleh rujuk tutorial di gambar kat bawah..

Ni tutorial bergambar macam mana korang nak hantar sebarang pertanyaan atau complaint kepada lazada melalui website. Sila isi form contact us tu yer

Aku ada hantar jugak complaint kat twitter lazada untuk tunjuk bukti bergambar. Kalau korang ada sebarang complaint, pertanyaan atau apa2 berkenaan barang yang korang beli kat lazada boleh jugak report kat twitter >> https://twitter.com/asklazadamy lebih cepat sikit dorang terima report korang tu.

Kalau tak pandai speaking london boleh je guna bahasa melayu. Jangan risau.. Bukan macam Ezbabai (bukan nama sebenar). Depa tak paham bahasa melayu. Kau kutuk pun depa still rasa bangga macam kau memuji. Jadi kalau ezbabai baru kau wajib speaking london. Tapi dengan lazada Malaysia boleh guna Bahasa kebangsaan.

Dalam pukul 1.45 tadi wakil lazada call untuk selesaikan masalah ni. Mula2 dia minta aku post semula item tersebut untuk buat penukaran.. tapi aku pertikai la. kalau aku nak kena keluar aku takkan membeli online. Sebab aku susah nak keluar aku membeli secara online. Lagipun kos postage semua siapa yang akan tanggung. Sebab tak ada sebarang slip post di sertakan pada parcel aku. Jadi solution nya.. T-Shirt tersebut aku dapat & lazada akan refund semula harga baju yang aku dah beli sebagai gantirugi. Apa lagi lompat bintang la. Dapat refund kan? hehehehe. Bukan macam ezbabai tu.. meluat aku. Sampai sekarang ada lagi barang aku yang belum sampai.

Apapun.. Biarpun berlaku perkara2 macam ni aku tetap puji dengan layanan & tindakkan pantas lazada menyelesaikan masalah pelanggan. Tak sampai 1 hari pun semuanya dah di selesaikan. Patut la ramai memilih membeli belah di lazada. Memang terbaik perkhidmatan mereka. Jadi kalau nak membeli belah secara online boleh la membeli di lazada untuk memastikan semua urusan anda berjalan lancar. Delivery pun cepat.

7 CARA ANDA BOLEH DAPAT DUIT SECARA ONLINE

7 CARA ANDA BOLEH DAPAT DUIT SECARA ONLINE. Zaman kos sara hidup semakin tinggi.. dengan GST di mana mana.. harga minyak naik, harga makanan naik.. Memang kena kena cari jalan untuk tambah pendapatan. Dengan merungut.. menghentam kerajaan atau mengeluh dari subuh membawa ke subuh memang takkan mengubah apa - apa. Dok tunggu piliharaya akan datang konon nak mengubah pemerintah sekarang yang belum tentu akan bertukar.. Pun takkan mengubah apa - apa. Kita yang kena mengubah cara hidup. Kalau dulu hanya bergantung dengan gaji setiap bulan.. sekarang kita kena bijak mengambil peluang cari extra income.


Orang kata kalau rajin apapun boleh jadi duit. Kalau malas gunung emas depan mata pun mungkin tak beri manafaat apa2. Harap tunggu orang suap.. Memang sampai bila pun hidup mengais. Merungut, merintih.. sampai akhir hayat hidup dengan simpati & belas ehsan orang sedangkan anda masih ada akal & fizikal yang masih berkemampuan untuk berusaha kearah kehidupan yang lebih baik

Dunia sekarang ni duduk rumah sambil tekan tekan keyboard pun ada orang boleh jadi kaya raya sebab dia rajin,kreatif & bijak mengambil peluang. Macam aku.. Ada la jugak sumber pendapatan sesambil duduk rumah jaga anak & jaga rumahtangga ni. Macam - macam benda boleh buat untuk dapat duit.. Tak semestinya kena jadi blogger.. Tak semestinya kena berniaga online. Tak jadi semua tu pun banyak lagi cara anda boleh dapat pendapatan sampingan secara online ni.

Macam - macam peluang untuk menjana pendapatan secara online sekarang.. Antara yang korang boleh cuba buat adalah >> 7 Cara untuk Dapat Duit Lebih secara online << Dalam 7 cara ni kalau tak dapat buat mungkin salah satu yang korang rasa nak senang & berbaloi.. So cubala. Tak cuba memang sampai bila pun korang tak tahu boleh atau tak buat.

Moral of the story.. Kalau ada kemahuan, disitu ada jalan. Kalau tak ada keinginan yang ada cuma seribu alasan.

YANG BERLAKU BILA ANDA TERBELI BARANG YANG HABIS STOK DI LAZADA

YANG BERLAKU BILA ANDA TERBELI BARANG YANG HABIS STOK DI LAZADA. Sejak bulan lepas aku rasa aku kurang bernasib baik lepas buat pembelian online. Paling teruk aku kena dengan ezbuy. Kau bayangkan berganti ganti barang aku kena reject lepas buat payment sebab tak ada stok. Yang terbaru alasan depa cancel order aku sebab item yang aku order hilang kat gudang depa. Menjadikan dalam tempoh sebulan 4 barang aku order reject. Sampai sekarang semua barang yang aku order belum sampai. Aku pun dah malas nak tanya progress.. Tapi aku akan sentiasa bagitau semua orang yang service ezbuy memang teruk supaya orang lain tak terkena. Bukan aku sorang je terkena, ramai yang terkena. Tapi semua komen2 kat Fb page ezbuy malaysia yang tak puas hati dengan service mereka di delete admin page tersebut. Nampak sangat mereka cukup menutup kelemahan mereka tu.


Bukan je kat ezbuy item yang aku order kena reject kebetulan waktu yang sama aku ada order sepasang baju kat lazada. sebab murah sangat. Stock pun limited sebab nak habiskan stok aku rasa. Sementara masih available tu aku pun proceed payment. Lepas beberapa hari dapat email dari lazada baju tu dah tak ada stok. So, mereka terpaksa cancel order aku. Kecewa aku.. Apsal la malang sangat nasib aku sejak bulan lepas ni. Tapi takde la sampai meroyan macam dengan ezbuy. ezbuy teruk sangat berganti ganti order aku kena reject sebab masalah tak ada stock.


Tapi di lazada even kau terbeli item yang out of stock.. dia tak macam ezbuy ok! Ezbuy dia akan refund ke account prepay... bermakna duit refund tu nak tak nak kau kena jugak membeli kat ezbuy kalau tak rugi la. Tu yang jadi lepas order, reject.. lepas order reject bagai. Sebab nak habiskan duit dalam account prepay & tak rasa macam dah tak nak membeli apa2 di ezbuy sebab website depa ni.. banyak barang yang dah tak ada stock tapi masih di jual & service penghantaran memang sangat teruk!!

Berbanding lazada.. Selepas dorang dapat detect barang tu dah out of the stock dorang akan email & minta detail account bank.. selepas 3 - 4 hari tu dorang akan transfer refund tu dalam account. Jadi kita ada pilihan samada nak buat pembelian atau tidak. Sebab duit tu dah masuk account bank kita. Kelebihan lazada.. dia akan refund amount yang anda bayar.. sebab lazada ni banyak barang yang free shipping. Dia cuma letak 1 harga.. iatu harga item yang kita beli. Kita sedia maklum shipping + delivery memang dah include dalam harga barang tu. Aku rasa better buat macam lazada sebab in case berlaku benda macam tu kita dapat refund semua sekali. So, kita tak rasa rugi sangat. Berbanding ezbuy dia dia separate harga barang + shipping + Delivery. Ada 3 perkara kau kena bayar dalam i order. Delivery dia pulak kau beli banyak pun dia kira 1 harga. So, kalau dalam banyak2 kau beli satu atau dua item yang reject dia tak refund dah delivery. Sekali ok la kan.. sampai 3 ke 4 kali kau order kemudian kena reject berturut turut macam aku kena.. dah berapa banyak kau rugi kos delivery semata mata nak habiskan duit dalam prepay account tu.

Bila aku buat survey kat facebook pun ramai yang lebih berpuas hati membeli di lazada berbanding website lain. Aku pun sebelum ni memang pernah jugak membeli di lazada.. so far memang tak ada apa yang aku rasa tak puas hati la. Mereka lebih sistematik & konsep mereka tu menguntungkan kedua dua belah pihak walau kadang2 aku dok tengok barang2 dia jual tu macam takde diskaun walau kat situ letak ada diskaun. Tu biasa la strategi marketing. Kau sendiri kena pandai2 survey la.

Tindakkan lazada juga lebih pantas berbanding ezbuy. Kadang2 sampai seminggu baru bagitau barang tak ada stock. Macam kes hilang kat warehouse tu.. dekat 2 minggu baru dorang bagitau. Kau bayangkan kau ambil shipping yang sepatutnya selepas seminggu kau dah patut dapat barang.. bila kau tunggu tak sampai sampai.. yang sampai cuma khabar yang buat kau naik angin.

Jadi.. jika nak buat pembelian secara online.. antara ezbuy & lazada. Better beli di lazada. Lebih terjamin & lebih memuaskan hati. Better jangan terjebak dengan ezbuy ni.. takut hangpa pun terkena macam aku. Lepas order kena cancel, order lagi, cancel lagi sampai kiamat duit dalam prepay account kau ada balance & kau terpaksa membeli lagi & kena bayar kos delivery lagi dan lagi. hehehehe

RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU

RISIKO MEMBELI BELAH DI EZBUY YANG MESTI ANDA TAHU. Memandangkan aku dah banyak membuat pembelian secara online di website ezbuy malaysia ni.. Rasa aku dah layak menulis kekurangan & kelebihan bila membeli belah di ezbuy. Tak di nafikan harga di ezbuy memang buat kita rambang mata.. Dah la murah design2 dia memang la cantik2 terutama pakaian,aksesori, kasut.. Sebab tu je setakat ni aku membeli kat situ. Ditambah lagi memang banyak pilihan.


Tapi ada beberapa perkara yang korang mesti tahu yang tak best bila membeli belah di ezbuy. Pengalaman pertama membeli belah kat ezbuy aku pernah tulis harga yang di paparkan bertukar bila kita pilih & nak add to cart (boleh baca kat sini entri berkenaan perkara tu >> Pengalaman Membeli Belah Di Ezbuy, Murah Tapi Meragukan <<)..  Walaupun harga tetiba jadi lebih dari harga di paparkan tapi masih murah. Yang tu maybe kita anggap perkara kecil sebab kita baru select belum buat payment.

Ni bukti aku dah banyak membeli di ezbuy. 6 tu dah selamat terima.. lagi 2 yang dalam status prepare shippment tu memang tak bergerak progress dia lagi. Maybe tengah cari pembalut parcel bunga2 tak jumpa kot

Tapi risiko yang anda mungkin hadapi selepas dah buat pembayaran untuk pembelian dia ezbuy adalah.. Tetiba barang yang korang order out of stock so pihak ezbuy akan cancel & refund balik duit korang ke account prepay ezbuy. Bukan account bank ok! Account prepay ezbuy.. sebab nak membeli di ezbuy kena register dulu.. Lepas tu nak bayar kena topup duit dalam account prepay ezbuy baru boleh membeli belah. Yang tak best sebab pihak ezbuy hanya refund harga barang yang di beli & duit shipping yang kita bayar je. Tahukah anda.. bila berlaku perkara macam tu kita dah rugi kos delivery. Sebab delivery di caj RM8 tak kira korang beli 1 item atau banyak. Bila berlaku ezbuy tak update dengan seller barang apa yang ada & tak ada stock kita dah ter order & terbayar.. tetiba barang tak ada. Duit tu refund masuk ke account  prepay ezbuy. Nak tak nak kau kena beli barang lain la kalau kau tak nak duit tu lebur kat situ. Bila membeli kau terpaksa bayar lagi kos delivery yang RM8 tu. Kau beli banyak sebab nak jimat tetiba salah satu barang kau order tak ada kau jadi rugi balik.

Mula2 beli ada item out stock so dia refund balik ke account ezbuy. Ada balance aku pun membeli lagi.. Pun ada item out of stock. Nampak ezbuy ni macam nak suruh aku tak berhenti membeli je. Asyik dok refund dalam account ezbuy.. Tak beli rugi la duit aku tak dapat balik.

Yang paling sadis dua kali beb aku order barang yang dah out of stock.. Bila ada balance dalam account aku terpaksa membeli lagi sebab tak nak duit aku burn macam tu. Aku kena bayar lagi kos delivery.. nak beli 1 item rasa macam rugi kos delivery.. alang2 nak beli aku suka beli banyak sikit. Kalau barang asyik out of stock, rugi la aku. Lain la ezbuy refund masuk account bank so aku ada piliha.n.. nak beli atau tak sebab duit tu dah masuk account bank. Ni masuk account prepay ezbuy memang takde pilihan la selain kau membeli dengan ezbuy jugak.

Ni contoh order summary dia. Dulu mula2 beli memang ada agent fee.. sekarang dah takde pulak. Tapi bukan nak highlight agent fee tu.. nak highlight kat delivery fee tu je. Kau beli 1 tetap delivery dia RM8 & kalau beli 5 atau banyak pun tetap sama. So, pilihan nak jimat & untung mesti la kau pilih beli lebih dari satu item kan? Tapi bila berlaku barang out of stock kau dah rugi kat delivery kos tu sebab depa tak refund balik. Depa kira banyak mana pun kau beli tetap kau kena bayar RM8. Nak jimat tapi jadi rugi atas kelalaian pihak mereka sendiri & mereka tak bertanggungjawab atas kerugian anda itu.

Please la ezbuy.. kali pertama warna seluar anak aku beli out of stock ok boleh tukar dengan warna & corak yang available, kali kedua barang out of stock sebab aku sayang nak burn duit macam tu aku beli lagi tapi kali ketiga selepas seminggu aku order kau email lagi barang out of stock lagi. Watdehek kau!!!. Tolong la alert & update dengan seller2 supaya delete barang2 yang dah out of stock. Benda ni merugikan pembeli & aku rasa macam teraniaya tau!! Atau guna konsep macam lazada & zalora refund terus ke account bank customer. Dah sampai 2 3 kali macam ni pun kau takde rasa bersalah.. kot2 nak sejukkan hati pembeli bagi voucher ke hapa. Ni kalau aku email pun jawab macam minta kaki. Ezbuy punya customer service memang hancuss ok! Pernah aku tanya barang aku yang lambat sampai.. dia jawab kalau tak sampai dalam tempoh yang sepatutnya suruh aku check dengan family atau jiran samada mereka ada terima tak parcel aku. Family tu ok la.. Jiran tu aku tak boleh nak hadam. Aku rasa kalau aku tak ada kat rumah sesenang je la dia bagi kat jiran untuk tolong accept barang aku walau tanpa keizinan aku.

Dulu masa mula2 beli memang aku wah.. cepatnya ezbuy delivery. 7 hari macam tu dah dapat barang yang order dari china walau aku ambil shipping economy air je. Selepas tu jadi 2 minggu.. yang terbaru ni tak tau la berapa minggu dia nak ambil masa. lepas seminggu pun nampak tak ada apa2 progress kat system. Dulu lepas 3 hari tu ada juga la progress dah naik kapal terbang bagai.. ni rasa dok melepak kat china lagi kot. Sebab masih ada balance yang ezbuy refund tu kena jugak membeli lagi. Tak tau lepas ni apa pulak nak jadi.

Bila jadi masalah macam ni aku rasa ezbuy kena selalu update dengan seller supaya customer tak terbayar barang yang dah out of stock. Kalau dah sampai 2 3 kali asyik terbeli barang yang dah tak ada pun masalah jugak. Kedua ezbuy kena sekalikan shipping & delivery kos tu supaya bila berlaku benda macam ni customer tak rugi. So boleh refund balik semua. Kenapa perlu shipping & delivery di kira sebagai 2 harga. Nak senang buat macam lazada free shipping walau kita tahu semua kos dah include dalam harga barang. Bila nak refund.. kita dapat semua harga yang kita bayar. Dan aku harap lepas ni ezbuy boleh ubah sistem, refund terus ke account customer supaya kalau customer rasa tak puas hati dia ada pilihan samada nak membeli atau tidak dengan ezbuy. Yang last tolong reply complaint customer dengan lebih bijak. Jangan la bagi jawapan yang minta kena pijak. Sakit hati kita ni, wak..!!!

Apapun.. dari segi berjimat memang ezbuy menawarkan harga yang murah tapi sayangnya dari segi service nampaknya ke laut juga walau aku selalu ambil shipping economy air. Rasanya ezbuy kena upgrade balik kekurangan service mereka baru mantap & customer puas hati, anda untuk berganda ganda.

Entri lain berkaitan tentang service ezbuy boleh baca kat sini
Kali Ketiga shopping di ezbuy makin lambat service penghantaraan
Barang yang sampai tak sama seperti di website, ezbuy hanya bayar pampasan RM1.96

RAMAI YANG TAK TAHU CARA NI BOLEH BUAT DUIT SECARA ONLINE

RAMAI YANG TAK TAHU CARA NI BOLEH BUAT DUIT SECARA ONLINE. Orang kata zaman tak ada apa yang turun kecuali hujan yang lain 2 semua naik.. Maka kos hidup pun semakin tinggi. Zaman dah berubah kalau dulu sesuatu tu dalam kategori kehendak.. era sekarang dah jadi satu keperluan. Macam kereta. Kereta bukan lagi kehendak.. Nak2 lagi yang dah bekeluarga & ada anak. Jadi satu keperluan untuk bergerak. Bila dah ada kereta nak kena isi minyak.. Bukan isi minyak je.. setiap tahun nak fikir bayar roadtax bagai. Bukan Roadtax jer.. nak kena stanby jugak kalau2 kereta meragam. Mustahil la sepanjang hidup guna kereta tak pernah rosak kan. Jadi semua tu perlukan duit. Tu baru kereta.. tak masuk lagi keperluan lain. Jadi kadang2 kita perlu pendapatan tambahan. Kalau pun tak boleh cover nak bayar hutang kereta setiap bulan at least boleh tampung duit minyak kereta pun dah ok.


Zaman hujung jari ni.. Serius bagi aku orang malas je yang kata tak reti nak cari duit secara atas talian ni. Walhal banyak sangat peluang untuk kita cari pendapatan sampingan sambil2 online. Malas ni ada 2 kategori.. Malas belajar & malas usaha. Jadi kalau malas memang sesapa tak boleh tolong. Untuk yang rajin jer meh sini aku nak tunjuk cara paling mudah korang boleh dapat side income secara online. Tak payah nak study teruk2 sangat.. Step dia sangat simple. Kalau korang betul2 rasa minat nak tahu korang boleh tengok kat sini >> 7 cara Paling Mudah Untuk Dapat Pendapatan Tambahan Secara Online <<

Benda ni kita boleh buat sambil santai santai je. Kalau yang tahap profesional punya aku pun tak berani share sebab aku pun bukan antara salah seorang yang dapat income banyak secara online. Boleh la setakat nak menampung belanja shopping tu. Benda2 macam ni setakat nak cover duit makan sebulan atau duit transport sebulan tu lepas la. Tapi kalau di buat secara serius & consistent benda ni tak mustahil boleh dapat banyak.

Moral of the story.. Perumpamaan Ulat dalam batu pun dapat makan bukan nak gambarkan kita tak buat apa2 pun boleh hidup tapi sebenarnya nak gambarkan kat mana2 sahaja kita boleh usaha untuk dapat duit. Kata kunci dia tetap kau kena rajin & kreatif untuk hidup.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com