Showing posts with label pembunuh. Show all posts

DI TANGKAP ATAS KESALAHAN DADAH TAPI DI VIRAL SEBAGAI PENCURI ORGAN KANAK KANAK

DI TANGKAP ATAS KESALAHAN DADAH TAPI DI VIRAL SEBAGAI PENCURI ORGAN KANAK KANAK. Sejak semalam aku perasan benda ni mula jadi viral & gambar seorang pemuda yang lebam & berdarah sambil tangan dia bergari di belakang di sebarkan ke serata alam maya. Katanya itulah muka manusia paling jahat & kejam.. yang menculik & membunuh kanak kanak untuk di ambil organ dalaman mereka & di jual di negara jiran. Tanpa ada bukti sahih dari pihak polis, viral ni di sebarkan tanpa rasa bersalah.

Aku memang la jarang sangat nak share viral2 yang tak pasti kesahihannya kat facebook. Sebab bukan tak pernah terkena ter share viral berita palsu. So, aku ambil langkah baca, tunggu& lihat sejauh mana kebenarannya. Ternyata muka pemuda yang di katakan pencuri organ dalaman kanak kanak tu.. Gambar dia di tangkap tu di manipulasikan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Walaupun dia di tangkap sebab dadah & memang salah tapi fitnah yang di lemparkan pada dia sebagai pencuri organ tu tetap fitnah ok! Mentang2 kesalahan dia tu kategori jenayah berat jugak.. Kau boleh suka2 hati nak fitnah dia atas alasan dia memang orang jahat.


Kesalahan dia buat adalah dosa dia dengan Tuhan & kesalahan dia melanggar undang2 negara.. Dosa hangpa2 yang dok sebar fitnah kat dia tu, macam mana pulak. Tu bab dosa.. Bab lain tak ambil kira lagi. Bila berita palsu macam ni tersebar.. Hangpa tau ka benda tu boleh mengundang panik, keresahan & kerisauan terutama orang yang bergelar mak bapak ni. Sebab ia melibatkan keselamatan kanak kanak. Hangpa tau dak benda tu boleh buat mak bapak jadi fobia & trauma. Benda tu boleh ancam keselamatan & keamanan negara jugak tau. Apa, hangpa ingat berita palsu macam ni tak effect ke?

Betul la.. memang jenayah macam tu wujud tapi yang hangpa sebarkan tu tak betul! So berhati hatilah la sebelum clik button share tu. Jika khabar tersebut datang dari sumber yang tidak sahih tak payah beriya sangat nak tunjuk keprihatinan anda konon nak membantu menyampaikan peringatan kepada masyarakat sedangkan jiran sebelah rumah pun hangpa tak pernah ambil kisah.

Moral of the story.. sesiapa ada share berkaitan viral tu, delete la. Tak payah jadi penyumbang kepada penyebaran berita berita palsu ni. Peringatan ni jugak untuk diri sendiri sebab aku pun manusia. Tak mustahil boleh termelakukan benda yang sama.

HARGA SATU NYAWA DI TANJUNG MALIM & SLIM RIVER HANYA RM10

Betapa rakus & tamaknya manusia di muka bumi Allah ni kan? Setiap inci semua milik mereka sehingga makhluk lain nak menumpang hidup pun susah. Nasib baik Jin tu makhluk yang orang tak nampak, kalau nampak gamaknya ada program membenteras jin pulak.


Alkisah terbaca di post kakimotong tentang pemberitahuan dari Majlis Daerah Tanjung Malim melalui portal rasmi mereka katanya.. rewards akan di beri pada mereka yang menangkap & menyerahkan anjing terbiar kepada mereka akan di bayar RM10 untuk setiap ekor. Depa nak buat apa kumpul anjing terbiar banyak2. Mustahil nak bela @ tempatkan kat satu taman anjing di mana anjing2 itu akan hidup bahagia cukup makan minum.


Program macam ni boleh di salahguna.. tak mustahil anjing dalam jagaan orang pun boleh jadi mangsa sebab semua berebut nak dapat duit. Aku tak tuduh tapi anjing2 yang di tangkap & di serahkan kepada mereka.. Insya Allah PTS la tu. Ya Allah.. terancam sangat ke tanjung malim & slim river dengan anjing liar. Jarang pulak aku dengar tv3 siar berita orang kena serang anjing kat situ. Takde ke cara lain mengatasi masalah anjing liar ni?


Walau anjing tetap bernyawa. Anjing bukan tikus.. Anjing juga ada ceritanya dalam Al Quran. Anjing juga patut di kasihani. Anjing jugak ada fungsi dalam kehidupan manusia. Anjing bukan sampah untuk dilupuskan macam tu sahaja. Carilah solution yang lebih baik.. Jangan merentap perasaan pencinta haiwan dengan program macam ni. Program sentuh anjing kemain garang kita membantah tapi program bunuh anjing siap di bayar.. kita semua diam.

Kita jangan salahkan Budha mymar yang membunuh etnik Rohingya kalau kita sendiri menyokong perbuatan macam ni kat Malaysia. Jadi tak pelik la kecoh pasal penemuan kubur besar & kem tahanan etnik rohingya kat Malaysia. Apa beza kita dengan budha2 mymar yang kejam tu? Kang ada pulak orang cakap.. jangan samakan manusia dengan anjing. Yelah.. tak sama. Anjing tak kejam sampai nak bunuh setiap manusia yang dia jumpa hanya kerana seorang dua yang pernah aniaya atau bunuh spesis dia berbeza dengan manusia. Faham sendiri sudah.  Anjing pun makhluk bernyawa yang ada rasa sakit. Islam tidak kejam & tidak ajar mengejami sesama makhluk.

Moral of the story.. Owner2 anjing sekitar tanjung malim & slim river awasi anjing anda takut jadi mangsa hanya kerana RM10.

P/S : Apa yang berlaku adalah dari perbuatan manusia tapi yang terima akibat & jadi mangsa adalah haiwan. Kita buat silap lepas tu kita jatuhkan hukuman pada mangsa kesilapan kita.


RANCANGAN REALITI PEMBUNUHAN MISTERI PELAJAR UNIVERSITI

Kalau misteri2 ni memang ada kaitan dengan seram la kan.. Tak seram la kalau tak misteri ye dak. Tapi pelajar Universiti manakah yang dibunuh seorang demi seorang dalam satu rancangan realiti tv? Ada jugak ke rancangan realiti tv membunuh macam ni?? nak tau sila baca tanpa banyak soal..

Sumber google

Alkisahnya.. sekumpulan pelajar universiti ni buat kerja tak masuk akal sikit. Nak buat orientasi kat dalam hutan. Even masa dalam perjalanan mereka menuju ke hutan tu pun dah di halang oleh seseorang atas alasan jalan ke hutan tu di tutup & tak sesuai untuk di kunjungi. Sebab degil kan.. depa tetap meneruskan perjalanan bila ada seseorang menawarkan bantuan untuk menunjuk arah jalan lain untuk ke hutan tersebut.

Dalam perjalanan menaiki bas yang di sewa khas untuk aktiviti depa tu.. depa terpaksa melalui satu jambatan kayu yang panjang, nak di jadikan cerita di pertengahan jambatan tu.. jambatan putus & bas jatuh dalam sungai.. Pemandu bas mati tertikan kayu kat muka dia.. Ada ada seorang pelajar mati tertikam kayu. Yang selamat terpaksa berenang menyelamatkan diri ke tebing sungai seterusnya terpaksa meredah hutan untuk cari jalan keluar.

Sumber google

Semasa dalam hutan tu la mereka seorang demi seorang di bunuh dengan kejam oleh seorang pemunuh misteri. Pembunuhan tu memang tersangat sangat la kejam.. Rasa macam bukan manusia je orang yang buat tu. Tiada seorang pun yang terselamat.. tapi sebelum semuanya terbunuh ada 3 daripada pelajar tu sempat membunuh pembunuh yang salah seorang pembunuh tu adalah yang menjadi petunjuk arah mereka sebelum kesemuanya di bunuh oleh seorang lagi pembunuh misteri.

Itulah kisah pembunuhan misteri dalam filem scared yang aku beli hari minggu haritu. Filem ni sesuai untuk pesakit jantung sebab effect bunyi dia tak gempak sangat even banyak babak2 suspend.. sebab yelah.. filem pembunuhan macam ni bila kita kusyuk tengok kita jadi berdebar2 jugak. Yelah.. dok fikir apa yang pembunuh tu nak buat & macam mana cara dia muncul lagi & lagi. Tapi aku tak berapa tahan babak2 pembunuhan ngeri dia.. ngeri jugak la. Ending dia macam tak best.. macam last tu filem ni seolah2 apa yang berlaku adalah dari satu rancangan realiti yang setiap nasib pelajar tu di undi oleh penonton samada mereka hidup atau mati.


Yang paling aku perasan filem ni banyak persamaan dengan filem mat saleh Friday The 13th. Macam filem copypaste jer.. cuma edit sikit2 jer...

Apapun aku enjoy jugak tengok filem ni.. Even bukan filem hantu hahahaha. Kalau nak tengok kat youtube ada kot tapi tak jamin ada subtitle atau cari je dvd macam aku ni boleh buat koleksi.


APA KAITAN KAJANG DENGAN MONA FENDI, NING BAIZURA & SAFEE SALI

Erkk... Mona Fendi, Ning Baizura & Safee Sali ni sedara ke? Depa asal kajang ke? Apa kaitan kajang & 3 selebriti ni? Suspend tak?? Mesti ramai nak tahu kan?? Kalau korang nak tahu kaitan 3 selebriti yang berbeza profesion ni.. teruskan membaca sehingga noktah terakhir ok.


 Persamaan ketiga2 selebriti ni kesemua mereka cukup gigi. hahahaha.. sila pilih senyuman siapa paling menyeramkan??

Alkisahnya terbaca tajuk berita astroawani Dari Mona Fandey kepada Ning Baizura dan Safi Salee, apa persamaan mereka? kat FB news feed den tu. Bila baca tajuk gempak camtu harus la baca artikel. Den bukan jenis judge sesatu cerita dari tajuk je macam sesetengah manusia sebab den tahu tajuk adalah perkara paling penting nak menarik pembaca jadi gimik dalam tajuk tu sangat penting untuk sesatu artikel.

Maka baca punya baca.. Baru tahu rupanya Ning Baizura pernah bersekolah di Kajang, Safee sali di lahirkan di kajang & mona fendi di penjarakan di kajang. 3 sejarah yang berbeza pada 3 selebriti ni berlaku di kajang rupanya. Ingatkan apa lah sangat tadi. Tapi bagus jugak artikel ni.. sekurang kurangnya banyak peristiwa penting yang di senaraikan tentang kajang bukan sekadar cerita selebriti. Macam sejarah kajang.. Korang boleh baca sendiri la nanti.]


 Nak lebih info pasal kajang boleh baca kat SINI

Apapun yelah.. mereka 3 selebriti yang membawa nama masing2 dalam 3 profesion yang berbeza walau profesion terakhir mona fendi adalah menjadi bomoh & pembunuh walau sebelum dia menjadi bomoh & pembunuh dia adalah seorang penyanyi jugak.Semua mereka ada kaitan dengan kajang.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com