SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE
SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE. Kadang2 ada antara kita yang berbakat dalam pelajaran. Dapat keputusan cemerlang, mohon masuk universiti. Bila dapat tawaran ke IPT tak cukup pula duit nak bayar yuran & tampung kos persediaan untuk memulakan sesi pembelajaran. Memang ada PTPTN tapi sementara nak mohon tu kena keluar dulu modal, ye dak? Nak pinjam adik beradik, sedara mara bukan semua nak tolong. Tak pasal2 ada yang buat statement menyayat hati.. dah tak mampu tak payah belajar sedangkan pelajaran tu salah satu cara nak mengubah nasib keluarga dia nanti, Insya Allah.Jadi inilah masa anda ambil tahu tentang SkolaFund. Apa tu SkolaFund? SkolaFund adalah platform online yang menjana dana untuk pelajar-pelajar universiti yang kurang kemampuan untuk membiayai yuran universiti melalui konsep pembiayaan secara beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai ‘crowdfunding’.
Jika anda adalah salah seorang pelajar universiti yang ingin memohon untuk bantuan, anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut >> SkolaFund memudahkan pelajar mengumpul dana pelajaran <<