PUSAT RAWATAN ISLAM CEKIK DARAH
Semalam ternampak satu post Abby Abadi kat Instagram yang tunjuk 1 resit bayaran rawatan perubatan di satu pusat rawatan Islam yang bagi aku caj yang dikenakan bukan mampu bayar tapi mampus nak bayar. Kau menggunakan nama Islam & ayat2 Al Quran tapi kau mengenakan harga ikut nafsu syaitan. Dah macam bomoh cari makan pulak dia punya caj rawatan tu. Tak di nafikan bukan pusat rawatan yang jadi Viral ni sahaja yang mengenakan caj melampaui batas macam ni malah banyak lagi. Cuma belum lagi di bongkarkan secara terbuka di media sosial.
Silap haribulan ada yang hutang Along nak bayar kos rawatan kat pusat rawatan Islam ni. |
Orang sekarang... Berpenampilan macam orang2 alim. Buka pusat rawatan menggunakan nama Islam.. Jual ayat2 Al Quran untuk hidup senang lenang. Depa tak buka pusat rawatan yang menggunakan nama agama tu untuk membantu sangat la.. Semua untuk kepentingan & keuntungan peribadi. Air mineral pun boleh jadi sebotol RM10 walau kat luar boleh dapat tak sampai pun RM5 sebab ada label pusat rawatan tu. Ni pengalaman sendiri tau.. bukan main tuduh. Alih2.. perawat dah la muka tak kelat, nak jawab pertanyaan kita pun nak tak nak je.
Moral of the story.. kalau pusat rawatan Islam pun bill rawatan cecah puluh ribu baik la pi klinik atau hospital kerajaan jer melainkan memang hangpa mampu bayar. Kalau kategori mampus nak bayar takut tak sempat bayar hangpa arwah dulu tak pepasal keluarga kena tanggung hutang.