INILAH ANTARA PENJENAYAH WANITA BERTUDUNG YANG SANGAT LICIK DI MALAYSIA
Orang kalau jenis suka mencuri memang dia sangat handal dalam bidang tu. Kadang2 mencuri ni macam hobi & boleh jadi ketagih kalau kita biasakan diri. Kadang2 benda tu takde kepentingan pun untuk dia curi tapi memandangkan dia memang dah biasa buat kerja2 mencuri ni, so kat memana pun kalau dia pergi dia mesti bawak balik jugak hasil curian dia.Tadi tertengok satu video dari rakaman cctv sebuah kedai.. tak sure jual apa.. macam kasut ada.. wallet, purse bagai. Sorang perempuan maybe melayu bertudung.. Pakaian dia tak nampak daif pun. Elok cantik jer.. Tapi yang tak cantik perangai dia la. Sementara dia tunggu nak bayar barang dia beli.. dia mula belek2 wallet yang di pamer dekat rak atas meja kaunter cashier. Lepas dah dia bayar sementara nak tunggu cashier tu bagi balance, sempat dia rembat salah satu wallet kat rak tu dengan selindungkan wallet bawah beg barang dia.. perlahan dia ambil & lepas cashier bagi baki duit dia.. dia blah dengan selamba. Licik tak??
Memang licik sungguh cara dia tu. Orang camni kalau datang rumah kita, risau jugak la. Yelah.. rumah kita ni takde cctv kan.. Risiko untuk dia rembat barangan berharga kat rumah kita tak mustahil jugak. Nak2 lagi kalau gadget2 yang kalau kat rumah kita main letak je kat mana kita suka kan. Tapi tu la... Tengok dari penampilan nampak gud gud jer... Tu yang lagi bahaya. Yang jahat nampak jahat senang kita dah tahu.. Ni yang nampak baik tapi jahat ni kita sendiri pun takkan sangka selagi tak terkena.
Agaknya barang2 dia guna seharian tu berapa peratus dia beli & berapa peratus dia curi. Belum terkantoi best la dapat benda free.. Sekali terkantoi baru dia tau lautan hindi tu ganas ke tidak... erkk... kekekekeke
P/S : Tak salah kan aku panggil minah ni penjenayah sebab mencuri pun salah satu jenayah jugak. Cuma bukan jenayah berat la. Biar jadi pengajaran sikit kat semua spesis2 pencuri macam ni. Biasa tu... suka mencuri. Amboi!! Harus di ingat walau pekerja kat mana2 kedai tu tak nampak korang mencuri kebanyakkan semua premis sekarang memang dah ada CCTV & zaman clik hujung jari dalam masa seminit pun perbuatan & muka korang boleh tersebar satu dunia. Polis pun senang nak detect korang.
P/S : Kat masjid pun orang dah tak takut nak buat kerja mencuri bagai ni apatah lagi kat tempat lain..
P/S : Hari ke 26 sudah kehilangan pesawat MH370.. Masih tiada petunjuk biarpun misi mencari menyelamat masih tertumpu di lautan hindi. Tiada satu cebisan pesawat pun di temui apatah lagi bangkai pesawat MH370. Kemana agaknya MH370? Apa yang berlaku? Hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga Allah bukakan Jalan untuk penyelamat menemui sebarang tanda di mana ia berada.