KISAH SEBENAR 7 MURID ORANG ASLI LARI DARI ASRAMA SEBAB TAKUT WARDEN
KISAH SEBENAR 7 MURID ORANG ASLI LARI DARI ASRAMA SEBAB TAKUT WARDEN. Sebab aku ikuti kisah kehilangan 7 orang murid orang asli SK Tohoi ni maka aku rasa nak update juga la berita yang aku baca berkaitan kes ni. Semua orang tahu daripada 7 murid orang asli yang hilang hanya 2 orang di temui selamat, yang lain2 meninggal dunia akibat kelaparan & seorang akibat lemas. Ada pulak yang kata keyboard warrior di kalangan blogger ni menyalahkan guru. Bagi pihak aku la kan bukan aku salahkan guru. Mula2 aku cuma tertanya kenapa budak2 tu takut sangat sebab buat salah mandi sungai tanpa keizinan je. Cuma nak tahu bukan menuduh...Bila terbaca kisah sebenar 7 murid orang asli ni larikan diri aku share la dengan semua yang malas baca berita online. Alkisahnya yang mandi sungai tu ramai 25 orang. Bila pengawal nampak, pengawal pergi bagitau warden. Sebab depa mandi sungai tanpa kebenaran warden nak ambil tindakkan la pada esok harinya. Bila dah tau nak kena hukuman 25 orang budak ni malam tu dah merancang nak larikan diri balik kerumah masing masing.
pada pagi 7 Ogos tu lepas warden buat pemeriksaan dia dapat kesan 23 orang murid dah melarikan diri. Lepas di cari 16 murid berjaya di temui & di pujuk balik ke asrama manakala 7 lagi tak berjaya di temui.
Itulah kisah sebenar kenapa depa lari dari asrama. Ni bukan cerita yang diada adakan oleh blogger yer. Ni dari laporan akhbar harian metro aku baca. Mungkin warden tu garang sikit la kot.. Nama pun wardeN asrama normally memang la garang kat mana2 sekolah pun. Aku tak salahkan sesapa.. cuma tegas kena ikut peringkat umur. Ni zaman susah nak cakap. Mungkin budak2 sekarang dah tak macam dulu.
Apapun.. Setiap kejadian tu ada hikmahnya. Sama2 kita ambil iktibar. Moga jadi pengajaran kepada semua pihak.