WANITA TERLALU BERDIKARI BUAT LELAKI JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB
WANITA TERLALU BERDIKARI BUAT LELAKI JADI TAK BERTANGGUNGJAWAB. Terbaca satu caption tengah viral sekarang. Tak tau la yang tulis tu lelaki ke perempuan. Dia komplen pasal perempuan yang berstatus bini ni nak pergi clinic untuk pregnancy check up kena laki teman. nak bawak anak pergi klinik sebab demam pun laki kena teman. Kalau perempuan soalan aku nak tanya.. Laki kau ke kena teman? Kalau belum kawen kau jeles ke sebab takde orang nak teman kau pergi klinik. Kalau dia lelaki.. Kau spesis tak berapa lelaki la persoalkan benda yang sememangnya tanggungjawab seorang lelaki bernama suami.Aku dari pregnant sampai hari nak beranak.. Lepas beranak nak bawa anak pergi monthly checkup.. laki aku teman tanpa gagal. Yes.. Memang aku tak berdikari bab tu sebab aku ada laki. Kalau aku takde laki maybe aku boleh buat sendiri. sebab aku ada laki.. laki aku nak protect aku dari berlaku perkara2 tak di ingini sebab tu laki aku sentiasa temankan aku nak kemana mana pun. Sepanjang aku bergelar bini orang rasanya aku tak keluar rumah kalau bukan laki aku ada sekali. Salah ke? Sedangkan itulah yang terbaik.. Mengelak fitnah berbanding kita keluar sendiri atau dengan kawan kawan. Kalau tak ada pilihan sangat.. Macam laki aku tak sempat nak hantar & ambil anak aku dari tadika. So aku terpaksa pergi hantar & ambil.. baru la aku keluar sendirian.
Orang yang buat status ni aku syak dia rasa inilah status paling bijak dari dia |
Takde istilah perempuan tak boleh berdikari bagai kalau semua yang menjadi tanggungjawab seorang lelaki tu suami yang buat. Dah memang tanggungjawab dia kot.. Kau nak pertikai apa. Yang pertikai tu aku syak dia masih tak jumpa jodoh atau baru kena cerai. Yelah.. nak pujuk hati sendiri yang tak ada orang temankan konon dia buat semua benda sendiri tu berdikari sangat la. Sebab kau dah tak ada pilihan beb! Cuba kau ada laki.. ntah2 kalau boleh transfer taik kat laki kau pun.. kau transfer sebab nak suruh laki kau tolong berak untuk kau.
Ni dari apa yang aku sendiri tengok la.. Kadang2 perempuan yang terlebih berdikari.. dari cari duit sampai uruskan anak2 & rumahtangga semua dia buat sendiri lelaki akan jadi malas & tak bertanggungjawab. Sebab semua tanggungjawab dia.. bini tolong settle. laki dia goyang loceng je la. Tak payah fikir apa2 sangat. Cukup bulan settle sikit2 bill yang ada.. makan pakai anak bini tak payah ambil kisah. Bini yang handle semua. Memang perempuan kena stanby sekiranya berlaku perkara tak di ingini tapi selagi ada ikatan suami isteri, tinggal sebumbung, tidur sebantal.. Jangan ajar laki selesa sangat. Biar dia pikul apa sepatutnya dia pikul supaya dia belajar untuk jadi orang yang lebih tahu tanggungjawab & reti nak bertanggungjawab. Kita tolong apa yang dia tak mampu sangat jer...
Pun macam tu kaum perempuan ni jenis tak berkira sangat dengan lelaki. Walaupun dalam agama tugasan macam ni bukan tanggungjawab seorang perempuan Tapi seorang ibu tak kira dia bekerjaya atau tak tetap dia tolong suami dia buatkan semua ni. Suami rilex je bangun siap2.. breakfast terus pergi kerja. Sedang seorang wanita,ibu & isteri kelam kabut nak pastikan semuanya siap dalam masa yang singkat.
Moral of the story... Orang bodoh je mempertikaikan perkara yang dah menjadi tanggungjawab seseorang. Lelaki @ Suami di cipta untuk seorang wanita adalah untuk melindungi &menyanyangi.. Jadi takde sebab kau nak kata perempuan tak boleh berdikari sebab asyik nak suami temankan. Ok la tu yang teman laki dia bukan laki orang. Kau sibuk sangat apahal???