Showing posts with label datang. Show all posts

DENDA DUDUK ATAS TAR LEBIH KEJAM DARI BERDIRI TENGAH PANAS

DENDA DUDUK ATAS TAR LEBIH KEJAM DARI BERDIRI TENGAH PANAS. Hari ni kecoh pasal segelintir ibu bapa yang tak puas hati dengan tindakkan pihak sekolah yang menghukum pelajar yang datang lewat duduk atas tar. Katanya nanti pakaian mereka kotor, nak solat tak boleh. Kalau anak kau bangun solat subuh confirm tak lewat sampai sekolah.. So, kat situ kau tak payah guna alasan solat sangat la. Yang pelajar lain duduk atas simen tu tak pulak kau pertikai..

Boleh tonton video pelajar yang kena denda tu kat sini

Lepas tu ada pulak yang backing.. termasuk Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang menegur pengetua sekolah tersebut supaya menggunakan budi bicara yang tinggi dalam mendisiplinkan pelajar. Konon takut effect emosi pelajar. Watdehek!! Kena denda duduk atas jalan tar pun dah menganggu emosi macam mana la nak hadap kehidupan yang lebih mencabar kat Malaysia ni. Kalau kena denda pun kau dah rasa down & putus asa.. esok2 dah berumahtangga tak dapat bayar hutang terjun laut bunuh diri gamaknya.


Aku rasa denda kena duduk kat atas jalan tar di dalam sekolah tu takde nak effect emosi sangat la.. Berbanding masa zaman aku sekolah.. Kau kena berdiri depan pelajar lain kat masa perhimpunan. Semua orang boleh nampak rupa muka2 datang lewat walau kelewatan kau tu di sebabkan bas. Biasa la naik transport awam.. Ada hari dia tak sampai pada waktu yang sepatutnya dia sampai atas masalah2 yang tak dapat di elakkan. Almaklum la kawasan luar bandar.


Gamaknya zaman sekarang ni denda duduk atas jalan tar di lihat lebih kejam berbanding zaman dulu mak bapak rilex jer kalau anak dia kena denda berdiri di tengah panas kat tapak perhimpunan. Kena salai hidup2 pun tak ada mak bapak nak complaint kalau anak depa salah. Kita pun dah buat salah tak berani nak balik mengadu kena hukuman kat sekolah.

Susah jadi cikgu zaman sekarang kan.. Rotan tak boleh, cakap garang sikit tak boleh, denda tak boleh.. Semua nak anak2 mereka yang di hantar ke sekolah di layan macam raja. Salah betul.. tak boleh cuit even hujung jari apatah lagi hujung hati. Semua takut ada kesan psikologi bagai. Aku rasa tak lama lagi banyak cikgu yang kena tekanan emosi bukan pelajar.

Moral of the story.. nak pilih kerjaya sebagai cikgu sekarang kena kental dari segi mental & fizikal. Budak2 sekarang dah la extreme.. Tahap keberanian depa kadang2 di luar apa yang kita bayangkan, di tambah campur tangan pihak ibu bapa yang macam dia sekolah dulu tak pernah hadap benda2 macam tu.

BUKAN LAWAK! MEMANG BETUL POWER RANGERS NAK DATANG MALAYSIA

BUKAN LAWAK! MEMANG BETUL POWER RANGERS NAK DATANG MALAYSIA. Ada lagi ke budak2 zaman sekarang tengok power rangers. Lain la zaman2 kita dulu, hiburan tak banyak selain tengok TV atau keluar bermain dengan kawan kawan. Budak2 sekarang ada yang tak sempat nak bermain.. Dengan sekolah, sekolah agama, tuisyen, balik rumah buat homework sedar2 dah time tidur. Ada budak pemalas sikit pun dia asyik main games kat gadget je. Sempat ke nak tengok power rangers kat TV. Dah la TV sekarang berpuluh2 channel ada bagi yang langgan siaran tv berbayar la. Masih ada value lagi ke power rangers di mata kanak kanak zaman sekarang?


Mungkin kalau bukan kanak kanak.. Yang dah tak berapa kanak kanak dok layan lagi kot power rangers. Almaklum la katanya tak boleh move on lagi dengan power rangers walau dah dok meniti angka bangkalusia. Apa salah ye dak kalau dia minat power rangers dari dia tengok porno.

Zaman power rangers ni dari aku kecik kecik dulu tapi sekarang aku tak sure still masih di tayangkan ke tidak. Almaklum la dah masuk zon mak budak ni tak berapa selera sangat nak layan power rangers bagai. alih2 tumpang tengok kartun anak aku je. Tak nampak pulak anak aku suka power rangers. Mungkin boleh sampai level dia rasa cerita2 macam tu menarik kot.

Tapi kalau yang masih setia minat dengan power rangers atau ada anak2 yang suka dengan power rangers ni boleh la nanti bawa seisi keluarga tengok live power rangers datang Malaysia. Nak tau kat mana power rangers mendarat meh tengok kat sini >> Ini Bukan Gurauan, Power Rangers Akan Berjumpa Anda Di Malaysia Tak Lama LAgi << Kenapa dia pilih tempat tu? Gamaknya situ la banyak jin & syaitan.. Kot2 power rangers datang boleh bunuh sekor dua. hahahaha

Apapun power rangers antara hero kegemaran kanak kanak zaman dulu jugak. Dah masuk kategori legend jugak la power rangers ni. Welcome to Malaysia Power rangers. hehehe

13 TIPS MUDAH UNTUK BUAT ORANG DATANG KE MAJLIS ANDA

Kalau korang berniat nak buat majlis atau acara yang memerlukan jemputan untuk memeriahkan, aku rasa better korang baca apa yang aku nak share ni. Memang bermanafaat sangat memastikan orang datang ke majlis @ acara yang korang adakan & jemputan pun akan berpuas hati.


Kat sini ada 13 tips macam mana nak pastikan orang senang untuk datang ke majlis @ acara anda. Tips2 ni aku rasa bermanafaat jugak la. Sebab kalau 13 benda ni kita tak permudahkan mungkin membantutkan niat orang untuk datang ke majlis @ acara kita. Kalau datang pun mereka maybe rasa menyusahkan diri.

jadi tips ni bukan saja buat orang rasa nak datang ke majlis anda malah selesa di majlis anda.. Nak tau apa 13 tips ni... Tak elok pulak aku copy paste artikel orang kan? Apakata korang pergi la baca kat sini >> 13 tips Mudah bagi memastikan orang datang ke majlis anda <<

Semoga tips ni membantu anda untuk menguruskan majlis @ acara anda yang memudahkan jemputan yang datang. Jadi jemputan pun takde la nak muncung2 mengata belakang lagi. kekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com