Showing posts with label beg. Show all posts

HATI HATI DENGAN SEKUMPULAN INDIVIDU YANG BAGI GROCERY BAG PERCUMA DI TESCO MUTIARA DAMANSARA

HATI HATI DENGAN SEKUMPULAN INDIVIDU YANG BAGI GROCERY BAG PERCUMA DI TESCO MUTIARA DAMANSARA. Zaman sekarang ni orang berani buat apa saja jenis penipuan secara terang terangan di khalayak ramai. Hanya menggunakan trick & teknik yang licik segala aktiviti penipuan mereka akan nampak seperti urusan jual beli jer..


Benda berlaku kepada seorang warga emas yang di kongsikan oleh anak dia di laman facebook. Cerita dia macam ni.. Pasangan warga emas ni pergi ke Tesco mutiara damansara tetiba di datangi individu yang menghulurkan grocery bag percuma. Orang bagi free katanya.. Takkan la nak tolak. Nak2 sekarang memang kalau kawasan selangor ni tak sediakan beg plastik dah.. Macam orang mengantuk di sorongkan bantal busuk la kan.. Bila pasangan warga emas ni terima dia minta pergi ke satu meja. Konon sesiapa yang terima bag tu kena isi nama. Mungkin depa fikir sekadar untuk record atau survey mereka je la kot.. Yelah.. Orang tua2 ni jenis lurus & berbaik sangka sebab zaman depa tak banyak manusia yang sanggup aniaya orang tua sampai tahap macam tu kan..

Lepas tu individu ni offer depa satu set vacum tapi pasangan warga emas ni tolak atas alasan kat rumah depa pun dah ada vacum. Lepas tu seorang perempuan nama Bella ni bagi satu gadget minta pasangan warga emas ni tekan tekan. Lepas tekan tu, Tetiba katanya pasangan warga emas ni menang barangan elektrik yang bernilai ribuan ringgit jugak la. Lepas dia bagi lagi kat si pakcik suruh tekan lagi.. tup tup menang lagi katanya RM100 & layak dapat satu lagi barang elektrik yang boleh guna secara percuma selama 3 bulan lepas tu baru bayar RM80 sebulan selama 48 bulan.


Lepas tu depa tanya si pakcik ni samada ada kad kredit ke tidak. Almaklum la zaman sekarang penyamun kolar putih memang dia tak ragut style2 mat rempit pakai motor.. Sebab dia tau zaman sekarang ramai tak bawa cash banyak.. Kalau tak guna kredit card mesti guna debit card. 

Tak sure macam mana pakcik ni boleh bawa keluar wallet dia lepas tu bila depa nampak credit card pakcik ni depa terus ambil dari tangan pakcik ni. Tu dia.. Pakcik2 kau boleh la main rampas rampas camtu kan? Umur pakcik tu pun dah 74 tahun katanya. Lepas tu depa buat2 tanya berapa lama dah guna credit card tu konon kalau lebih dari 2 tahun akan dapat satu lagi barang elektrik secara percuma. Amboi banyak sungguh barang percuma depa bagi kan...

Tanpa sedar credit card pakcik ni dah kena swap.. kemudian pakcik ni di minta mengisi beberapa dokumen untuk di tandatangi. Lepas balik baru pakcik ni rasa nak tengok dokumen2 yang dia sain baru dia sedar dia kena tipu. Wah.. ada simtom2 kena pukau jugak. Sebab masa berdepan dengan depa.. dia macam ikut je apa depa minta dia buat. Secara logiknya kalau dalam keadaan yang waras mesti ada sesi soal jawab jugak kan. Nak2 lagi nak sain2 apa2 dokumen tu.


Bila anak anak dia tahu ayah dia di tipu so depa pakat pi serbu la kat tesco mutiara damansara tu.. Pulun fight pun tetap depa tak mau batalkan transaksi yang depa buat tu guna credit card bapak dia. Kemudian staff dia panggil supervisor dia pun katanya supervisor pun macam samseng tetap taknak bagi balik duit tu dengan alasan pakcik ni dah setuju dengan urusan pembelian tersebut.


Lepas kalah fight kat situ.. balik rumah depa sepakat adik beradik nak buat laporan polis. Lepas buat laporan polis tu katanya lepas maybe beberapa hari pihak kpdnkk pergi buat penyamaran kat situ & berjaya menaham & mendakwa sekumpulan individu yang cuba menipu orang ramai dengan trick yang licik.


Moral of the story cerita ni.. Kalau yang dok bagi barang free kat mana2 pasaraya atau mall atau kat mana2 saja please la fikir depa takkan bagi sesuatu percuma tanpa sebab untuk keuntungan mereka. Zaman sekarang memang penggunaan sihir macam pukau banyak di amalkan oleh semua bangsa. Tak kira cina,melayu, india, warganegara ataupun bukan warganegara sebab cara tu je cara paling senang nak melakukan apa2 aktiviti penipuan & jenayah. Jangan elakkan bercakap dengan orang tak kenal. Nak2 lagi yang mencurigakan.

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE. Baru je habis sale sempena lazada 5th birthday haritu.. Selain aku dapat surprise box dari lazada yang ada 10 barang berjenama dalam tu termasuk 1 handbag berjenama carlo rino, aku tak lepaskan peluang juga bershopping sempena lazada 5th birthday sale ni. Tapi tak ada la bershopping sakan kan.. Cuma beli barang2 yang perlu sahaja..

Trolley Travel Mate

Antara barang yang aku beli masa lazada 5th birthday sale tu.. satu bagpack untuk anak aku.. Macam hampeh beg tu. Siap ada stapler kemudian cover dengan pekat hitam.. Aku call seller dia tanya. Dia cakap beg dia semua memang ada stapler. Macam hampeh.. konon harga selepas diskaun RM35 padahal kualiti barang dia memang jenis barang murah punya. Siap seller GTE shop tu cakap.. Beg RM35 include postage memang kualiti dia macam tu.. lain la beg harga RM350.. Boleh la dapat handmade yang mata cantik katanya. Yang kau letak harga konon beg tu macam mahal sangat sebelum diskaun & selepas diskaun murah yang amat memang la orang expect barang tu kualiti dia sama harga macam barang mahal tapi sebab ada diskaun dapat harga murah. Hangpa menipu tak mau ngaku!! Kebanyakkan seller memang macam tu suka manipulasikan harga konon after discount murah la padahal barang tu sebenarnya tak ada diskaun pun. Malas aku nak review beg dari seller GTE shop kat lazada tu. Tak best langsung hahahaha. Nasib baik Lazada Malaysia sentiasa berjaya pujuk hati aku. Lepas komplen dapat vocuher membeli belah.. Lazada Malaysia memang terbaik sebab sentiasa pantas mengambil tindakkan setiap aduan pengguna.

Barang kedua.. Shimmer powder. Yang tu nanti aku review untuk next entri. Hari ni aku nak review barang ketiga iatu Trolley Travel Mate. Bag trolli untuk isi pakaian kalau nak travel kemana mana la. Memandangkan beg pakaian aku tu rasa uzur sangat kot. Aku beli murah je sebelum aku kawen lagi. Sedang elok la dia pun dah uzur harus la kembali kerahmatullah dah tu. Sebab aku ni duduk rumah puncak kayangan.. Sementara nak turun berpijak di bumi yang nyata ni.. nak kena usung beg bagai jugak la kan.. So aku rasa lebih pratikal guna jenis bag troli ni. Sebab ada roda. Aku ada travel Luggage yang jenis hard cover tu tapi macam tak sesuai pulak nak usung bawak balik kampung beg tu sebab besar sikit. Penuh bonet kereta pulak. Beg tu aku bawak masa mula2 nak berhijrah kat sini katanya.. Tentu la besar sikit. Aku selalu balik kampung bukan berbulan pun.. paling lama 4 - 5 hari jer. Jadi tak perlu la nak bawak beg besar macam nak lari dari rumah sebab tak bayar sewa pulak kan. Nanti boleh mengundang fitnah dari jiran puaka sebelah rumah ni.. hahahaha


Sempena ada sale kat lazada haritu jadi terbeli la Trolley Travel Mate warna dia biru. Stok dia memang biru je. Biru gelap. Harga masa aku beli tu RM44 tapi tadi tengok dah habis sale harga dia RM55. Bersize L: 56cm x W: 23cm x H: 35cm. Sama size dengan bag travel aku sebelum ni. Memang aku dapat pun ngam2 sama besar jer.


Kualiti kain dia memang nampak tebal. Insya Allah tak mudah koyak. Tahan la kot 10 tahun lagi haahahaha. ada dua zip. Zip pun tak nampak macam cap ayam sangat. Ada dua roda, satu pemegang tangan & satu pemegang yang boleh laras untuk troli. Kalis air. Warna dia memang cantik jugak la walau plain color jer. Aku memang suka kalau bag ni warna2 gelap.. kalau terkotor sikit pun tak nampak comot. Jenis2 travel bag ni.. Kita nak bawa sana sini memang aku rasa better jenis warna gelap ni. Bagi aku besar juga la. Setakat nak isi kain baju kami 3 beranak untuk seminggu balik kampung tu cukup la kot.. Beg sebelum ni pun muat jer...

delivery dia tak lama pun.. Tak sampai seminggu. Kalau hangpa minat nak beli boleh clik kat Trolley Travel Mate. Memang satu design & satu warna jer. Tak payah nak pilih2 dah. Kalau berkenan clik & beli jer katanya hahahaha... Harga dia bagi aku tak ada la mahal. Kat luar sana jenis trolli bag ni memang agak mahal harganya. Yang jenis macam ni ada yang sampai RM70++ Ni aku beli dengan harga RM44 memang tak la mahal mana berbanding bakal di lenjan tanpa belas kasihan nanti. hahahaha. Atau nak cari apa2 beg untuk travel boleh tengok kat sini >> Travel & Laguage <<

Sekian je review dari aku. Pada mereka yang tengah survey boleh la usya2 trolley bag ni. Nak membeli belah di website macam lazada ni.. Please baca review dari pelanggan sebelum ni. Memang ada yang tak ada review.. Kalau ada kontroversi pasal seller yang menjual kat situ better elakkan membeli. Bukan apa kadang2 ikut nasib.. Nasib baik dapat barang yang baik. Nasib tak baik.. Dapat barang kualiti stapler hahahaha.

Alang - alang tulis pasal lazada ni jangan lupa sekarang Lazada tengah mengadakan Lazada Big Baby Fair sehingga 2 April 2017, dimana korang boleh membeli belah banyak barang keperluan bayi & kanak kanak dengan harga diskaun sehingga 85%. Banyak jenama terkenal yang terlibat dalam kempen ni. Cepat tengok kat Lazada Big Baby Fair

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR

KECEWA BEG YANG DI BELI DI ZALORA TAK SAMA MACAM GAMBAR. Serius.. memang aku frust sangat tau. Yelah.. menunggu barang yang di order sampai kerumah umpama menanti anak pertama lahir. Punya la excited, tak sabar, cempeqa & segala bagai rasa ada. Tapi bila sampai & buka bungkusan barang tu sangat sangat mengecewakan. Inilah episod sedih bersama zalora katanya...


Alkisahnya bermula. Aku order satu korean bag ni hari isnin lepas. Sebenarnya dah lama aku usya tapi macam biasa aku akan ambil masa yang lama nak buat payment. Selalunya aku perkasamkan dulu dalam draft. Aku ni bukan la suka sangat shopping online tapi aku memang selalu usya barang2 kat zalora & lazada. Kalau ikut harga lazada lebih murah tapi design kadang2 zalora la lebih cantik. Ada satu beg yang aku order.. kat lazada pun ada jual cuma sebab beg kat zalora ni aku tengok design zip dia bentuk bunga tu menyerlah lagi kecomelan beg tu so aku decide beli dengan zalora je la walaupun lebih mahal & kena bayar postage. Kalau kat lazada beg tu lebih murah cuma design dia tak secantik zalora & free postage. Kira jimat banyak la kalau kat lazada tapi sebab untuk kepuasan nafsu serakah ni, tetap beg kat zalora tu jugak jadilah pilihan nafsu katanya.

Kalau lepas buat bayaran tu.. Punya menghitung hari la beg sampai. Order dah petang hari isnin mungkin dalam selasa tu baru proses untuk hantar. Rabu dah cuti nuzul al Quran maka khamis (hari ni) la sampai. Service penghantaran zalora memang cepat tapi sayangnya bila berlaku item yang di order tak sama bila kita dapat.. kau tahu macam kena cincang lumat perasaan aku ni. Rasa nak pergi buka puasa lepas tu carut berkajang kajang. Tapi sebab akal masih berfungsi dengan baik maka aku call zalora tanya macam mana nak buat item yang di pesan tak sama bila aku dapat.

Kalau hangpa kat tempat cheq apa perasaan hangpa? Menangis bawah bantal Uolls.. Bear tu acik tak minat nak.. acik nak beg jer. hahaha

Macam biasa step pertama email gambar beg tu kat zalora.. lepas tu tunggu la depa respond. Tempoh dia katanya 3 - 4 hari bekerja. Sebab beg tu bukan barang dari zalora.. supplier lain punya maka depa terpaksa komplen benda ni dengan supplier tu. Lepas tu kena return balik barang & tunggu dorang deliver balik barang yang sepatutnya. Kesimpulannya kat sini, mungkin lepas raya la kot aku dapat beg yang aku nak tu. Tapi lepas Zalora bagi penjelasan ni maka hampa la harapan aku nak pakai beg comel tu... Sat na.. nak pi nangis belakang pintu.


Mungkin kesilapan ni bukan dari pihak zalora.. Zalora ni macam orang tengah tolong pasarkan saja tapi tetap la jugak frust dengan zalora. Satu nama besar dalam bidang perniagaan online. So nama Zalora akan terpalit jugak. Tapi lepas perbincangan dengan pihak seller beg ni, katanya beg yang dalam gambar kat website Zalora tu memang tak ada, berkemungkinan gambar lama yang tak update so dia cakap dia cuma boleh refund & say sorry je la. Nak push pun beg tu memang dah tak wujud jadi apalah pilihan yang ada. So untuk memudahkan dua2 belah pihak aku terima je la beg tu. Sebab 1 tali dia ada fungsi boleh sandang & boleh galas macam bagpack. Antara ciri2 beg yang aku suka tu ada selain partition dia pun banyak. Takpe la.. mungkin kesilapan yang tak di sengajakan. Tapi pada seller lain jadikan pengajaran ok! Jangan guna gambar barang yang memang dah tak wujud. Benda tu boleh mengelirukan pembeli. Zalora pun sentiasa la remind seller supaya tak berlaku benda macam ni lagi. Bila berlaku of course customer rasa tertipu. Sapa yang dapat nama.. Zalora jugak.

Takde la buruk sangat, kan?

Bukan semua orang bab membeli ni lebih kurang, Kalau orang yang jenis lebih kurang tu mungkin dia malas nak bising2 bila berlaku perkara macam ni tapi aku rasa sebab lain sangat barang tu memang tak puas hati la. Kita tengok & beli yang kita nampak cantik tapi yang kita dapat macam taik.. Sapa tak angin, ye dak. Jangan ingat orang suka bershopping ni hanya tengok & beli ok.. tapi mereka memang ada kaitan dengan 11 perkara ni >> 11 Tanda Seseorang Itu Sangat Serius Dalam bershopping << Baru la di katakan pem'shopping' tegar. hahaha

Moral of the story.. sebab tu la membeli cash & carry ni lebih baik dari shopping online tapi tu la dekat2 musim perayaan ni pepaham je la. Bergesel bontot la nak pilih barang. Pilihan taknak bontot leper di hari raya.. maka membeli secara online cuma risikonya macam yang aku kena la. Ikut nasib je.. Kalau nasib baik dapat macam dalam gambar, kalau nasib tak baik dapat macam minta penampar.

AKHIRNYA DATO VIDA BERMURAH HATI NAK BAGI BEG LV SETELAH PEMINATNYA DI TIPU

AKHIRNYA DATO VIDA BERMURAH HATI NAK BAGI BEG LV SETELAH PEMINATNYA DI TIPU. Semalam ceritanya ada satu fake account FB page telah menggunakan nama Dato Vida dengan menganjurkan satu contest share & menang Beg berjenama mewah LV. Ramai la kaum wanita teruja & tertipu dengan contest tu sampai penuh news feed FB aku orang dok share beg LV konon Contest Anjuran Dato Vida.


Akhirnya tak sampai 24jam penipuan tersebut terbongkar bila Dato Vida membuat kenyataan bahawa beliau tidak menganjurkan apa2 contest kat FB untuk menang Beg LV tu. Account FB page tersebut adalah palsu. Kesian mereka2 yang berharap nak menang beg LV tu.. mesti frust punya. Korang boleh baca kat entri ni >> DATO SERI VIDA SAHKAN CONTEST SHARE POST BEG LV ADALAH PALSU

Atas ke prihatinan Dato Vida akhirnya beliau bermurah hati nak bagi kepada beberapa individu beg berjenama dengan syarat follow IG & FB dia & tunggu je pengumuman apa yang perlu di dibuat. Yelah.. kesian la kot depa2 yang frust kena tipu dengan admin page palsu Dato Vida

kata Dato Vida melalui video di Instagram beliau..

"Sebelum ini beliau memang berhajat nak berikan beberapa barangan berjenama kepada orang ramai namun ia masih lagi dalam perancangan.
Semuanya masih lagi dalam perancangan terutama untuk membuat pemilihan bagi pemberian barangan berkenaan."
Ia membabitkan pengedar yang baru menyertai perniagaan saya, pengedar yang sedia ada dan juga pengikut setia di laman Instagram dan FB di mana mereka yang rajin ‘like’ dan komen antara yang akan dipilih menerima hadiah berkenaan. -Sumber OhBulan -

Jadi masih ada peluang yang mana nak mencuba nasib. Pergi la follow Instagram & Facebook Dato Vida tu.  Manatau rezeki kan. Aku? entahlah belum sampai seru kot. Takpe la.. aku tak minat sangat beg LV buat masa ni. Almaklum la dah terbiasa pakai beg murah murah rasa serasi pulak. Tapi kalau ada orang nak hadiahkan.. boleh juga. Hahahaha

Aku tak dapat beg LV pun tak apa kalau dapat pergi Brazil & bawak 9 lagi ahli keluarga aku join sekali dengan di taja macam ni >> Kalau dapat Free Holiday ke Brazil Korang Nak Bawa Sapa? Peluang Ni korang dapat percutian percuma ke Brazil. Meh Tengok << Ni lagi gempak dari beg LV katanya. hahaha

Moral of the story.. Apapun jangan mudah terpedaya dengan apa yang di sebarkan kat media sosial ni. Ramai spesis yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

JANGAN CUBA BENDA NI WALAU TAK SALAH NANTI KETAGIH

JANGAN CUBA BENDA NI WALAU TAK SALAH NANTI KETAGIH. Aku sekarang dah mula rasa ketagih dah ni tapi aku tahan jugak diri aku ni. Dulu aku jarang nak layan sangat benda2 ni tapi bila sekali buat.. Alahai macam best la pulak. Rasa nak & nak lagi.. Tak puas rasanya. Nak2 lagi banyak benda yang dok  menduga nafsu pandangan aku ni. Tapi ku tahan jugak jebat.. aku tak nak nanti aku dah hilang nafsu pada semua benda yang aku nampak secara live. hahaha


tentu hangpa dok tunggu jer apa yang aku mula ketagih ni... Almaklum la. Nak kata kali pertama aku beli online tak jugak. Dulu pernah sekali aku membeli sebuah beg kat avenue86. Lepas tu aku kembali seperti sediakala lebih suka bershopping kat supermarket @ mall. Di sebabkan tupper cabinet yang aku nak beli memang tak jumpa orang jual kat luar memaksa aku terjebak dalam sale online revolution lazada ni. Aku ni suka buat benda alang alang.. Alang2 dah beli satu barang ni.. tengok2 la apa lagi yang boleh sekalikan pembayaran. memandangkan bagpack BUM aku tu tali dia terpelot sikit nak kena hantar repair. Rosak dia sikit jer.. Nak buang sayang. Sebab boleh repair. beli pun bukan murah sangat bagi aku yang tak kaya raya ni usya2 la beg kat lazada tu. Jumpa la satu aku berkenaan. Sebab dia ada semua fungsi yang aku nak.. Boleh bergaya elegant katanya.. boleh di bawa santai.. boleh jugak di galas macam bagpack. Aku sekarang beli beg memang aku pastikan ada semua ciri2 tersebut. Kalau tak ada semua pun aku makesure tali dia panjang boleh galas silang. Aku memang bukan jenis si gadis ayu sangat nak2 lagi dah masuk zon mak mak ni. Kadang2 aku perlu jadi watson nyambek.. so aku pastikan masa aku memecut beg aku tak terlucut. Memang aku kalau keluar beriadah jarang la nak sangkut beg kat lengan ala2 mak datin atau nak sandang tepi bahu macam zaman2 belum beranak pinak. Semua aku galas belakang je.

Barang kedua sampai hari ni dari Lazada. taste aku memang yang tak sarat, simple & flexible. Aku tak minat sangat gaya2 elegant bagai. Cuma warna dia aku rasa macam aku silap pilih hahaha 

Bila dah dapat 2 barang yang aku beli dari lazada.. tinggal 1 item je lagi belum sampai. Mula la rasa ketagih nak membeli lagi. Nak2 lagi 2 barang yang aku beli tu aku puas hati. Tu la orang kata.. tak kenal maka tak cinta. Tak cuba tak tahu.. sekali cuba.. nak lagi. Tapi aku istifar banyak2.. Pesan kat hati manja2.. Cukup tu! ahad kan hari bebas alam maya.. Kang jumpa mall bergetar tulang rusuk dah tak ada budget. hahahaha. Aku tabahkan hati & aku berjanji sepanjang november ni aku takkan tengok apa2 pun kat mana2 website online seller. Aku kena pulihkan rasa ketagih yang mula menghasut diri ni. Semua tu syaiton nirrojim... hahaha

Moral of the story.. Apa pun perkara yang memudaratkan jangan sekali sekali cuba. Bila sekali cuba rasa syok kita akan rasa nak buat dan buat lagi. 

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN

BAWA GARAM KASAR PERGI BERCUTI ELAK DI GANGGU JIN. Garam kasar memang salah satu yang di gunakan untuk rawatan berkaitan sihir & jin ni. Tu aku tak nafikan la. Sebab apa yang aku baca jin memang tak suka dengan garam ni. garam salah satu benda yang boleh menakutkan & mencederakan jin Jadi tak berapa pelik jika garam kasar di jadikan "pemagar" untuk menghalang dari di ganggu makhluk halus @ jin ni.

Macam ni rupa garam kasar yer.. Sumber Google

Tapi ada juga yang aku baca cara ni tidak di gunakan dalam rawatan Islam hanya di gunakan dalam rawatan alternatif yang di warisi dari zaman dahulu kala. Tapi dalam blog Pusat rawatan Islam Al Qayyum mereka juga ada menggunakan garam kasar untuk rawatan memagar dari gangguan jin. Pusat Rawatan Al Qayyum ni aku pernah pergi memang cara dia merawat tak meragukan. Perawat juga terdiri dari kalangan mereka bergelar Ustaz. Bacaan ayat2 Al Quran & cara merawat jugak takde pulak pelik. Sama je macam aku tengok ustaz2 dari Darussyifa merawat. Tak tau la satu blog ni aku baca cakap kaedah guna garam kasar tu cara yang di ajar jin. Jadi untuk lebih kepastian maka korang pergi la merujuk kepada mereka2 yang lebih arif. Kita tidak layak membuat kesimpulan apa yang betul & salah.. ye dak??

Tapi kita jarang sangat nak bawa garam kasar atas tujuan untuk mengelak dari gangguan jin @ orang putih suka gelarkan mereka roh jahat padahal jin ni bukan dari jelmaan roh siapa2 kot. Depa memang wujud sebagai makhluk ghaib bernama Jin. Anak aku pun pernah kena gangguan masa pergi bercuti kat Melaka dulu. Takkan nak ulang cerita yang sama kot. Kalau hangpa nak tau alkisah pasal anak aku kena gangguan dari sebuah hotel kat Melaka ni boleh baca kat sini >> PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA<<

Pun macam tu.. Tak pulak aku rasa akan bawa garam kasar masa pergi bercuti walau ada pengalaman macam tu berlaku pada aku. Tapi jangan tak tahu masih ada orang yang amalkan bawa garam kasar ni sebagai pelindung dari gangguan makhluk halus. Macam lawak jugak aku baca. Sampai gitu dia takut dengan makhluk halus ni kan. mat saleh yang kita rasa macam moden dengan kehidupan barat style pun ada jugak amalkan benda ni. Tapi berbaik sangka je la. Dia cuma ambil langkah keselamatan dari awal. Yelah.. Jalan jauh tak tau mana tempat kita singgah tidur. Tak tau tempat tu entah2 ada penghuni yang kita tak nampak kan.. Benda tak mustahil boleh berlaku. Apapun sebagai umat Islam kita haruslah memohon perlindungan dari Allah.

Tapi tu bagi aku tak rare sangat la. Ada orang pergi bercuti bawa sekali dvd player Uolls. Aku yang suka tengok dvd cerita seram pun rasanya tak obses nak tengok dvd sampai macam tu sekali. Bukan bawa dvd player je.. Kalau korang nak tahu apa lagi benda yang kadang2 kita tak jangka orang akan bawa bila pergi bercuti korang baca sendiri kat sini >> Inilah barang2 yang kita takkan sangka ada orang bawa dalam Luggage Bags ketika pergi bercuti <<

Moral of the story.. Aku kalau nak pergi bercuti benda paling banyak aku suka bawa pakaian jer kadang2 terlebih pun ada. Macam tak confident je kalau bawa cukup cukup. Hahahaha

GAMBAR PEREMPUAN PAKAI PLASTIK BAG 7E ALA ALA BIKINI

GAMBAR PEREMPUAN PAKAI PLASTIK BAG 7E ALA ALA BIKINI. Dulu tak silap aku 6 @ 7 tahun lepas ada jadi viral pasal seorang budak lelaki jadikan plastik bag barang yang selalu kita dapat bila beli barang runcit tu jadikan baju mandi yang ala2 bikini. Ok la sebab budak. Nampak kreatif tapi kelakar la sikit. Tapi kalau dah orang dewasa yang pakai. nak2 lagi perempuan yang berbonjol sana sini. Tak lawak sangat dah. tapi tak sangka pulak idea budak lelaki tu sekarang mungkin jadi sumber inspirasi kat perempuan perempuan ni yang cuba bergaya dengan plastic bag 7e sebagai pakaian renang.


Terkejut aku tengok satu artikel ni pasal swimming suit @ pakaian renang dari plastic bag. Paham je la plastic bang tu kan transparent. Katanya kat shanghai.. gadis gadis yang jadi duta alam sekitar menjadikan plastic bag sebagai pakaian renang. Ni bukan nak bawa mesej sayangkan alam sekitar macam nak tunjuk aset2 yang depa ada je. Kenapa mesti jadikan pakaian renang tak boleh ke jadikan sebagai alas kepala ke? Memang mesej alam sekitar tu tak sampai langsung. hahaha

Memang gila babas tahap kronik ni. dah tu upload pulak tunjuk kat orang. Ni aku tak tipu. Kalau hangpa nak tengok.. tengok sendiri kat sini tak gamak aku nak cemarkan blog aku dengan gambar macam tu >> Jangan Terkejut melihat ada orang pakai plastic bag sebagai pakaian renang di kolam <<

Tahap seksi tu memang pakai bikini pun rasanya tak seksi macam tu. Yelah.. bikini cuma tak cukup kain tapi bukan transparent kainnya. Ni plastic bag 7elevan.. dah la nipis. Tak tengok pun boleh bayangkan macam mana boleh nampak segala bagai.

Moral of the story jangan la trend macam ni menular kat Malaysia. kang plastic bag pun jadi mahal. dari kena bayar RM20sen setiap hari minggu kang naik harga sama dengan baju renang pulak. hahahahaha

SETAHUN WINDOWS SHOPPING UNTUK BELI 1 BEG

Mati la kalau sesapa dapat bini macam ni.. Nak beli 1 bag pun setahun windows shopping. Tu baru beg gamaknya barang lain macam mana pulak?? Setahun satu barang je dia beli.. tapi survey mengalahkan nak beli satu lori. Punya belek mengalahkan nak beli berlian. hahahaha

Yang aku nak cerita ni pasal aku bukan pasal orang lain. Katanya sejak tahun lepas selalu la mengusya beg2 kat satu website ni. Ada yang berkenan tapi tak pernah beli. Aku ni bukan jenis pembeli online tegar... Aku nak decide beli satu2 barang kat online makan masa aku fikir. hahahaha... memang tak confident sangat. Aku takut barang tu tak sama macam gambar. Kualiti dia tak bagus sebab tak boleh pegang dulu Tapi akibat selalu sangat mengusya sejak setahun lalu.. aku tekadkan jugak nak try beli satu beg ni.

Akhirnya setelah setahun windows shopping kat avenue86.com terjebak jugak aku dengan pembeli online. Mana tahan asyik tengok jer... tergugat jugak iman. Ok la iman tergugat makan masa setahun jugak. Kalau tergugat tiap2 bulan, aku boleh buka supermarket kat rumah gamaknya. Hahahahah. Beg aku beli two way function tali dia. Dia boleh galas tepi & galas belakang. Amat sesuai la aku yang ada anak ni nak sumbat macam2 bila keluar & bila rasa nak main kejar2 anak dalam mall aku boleh galas macam bagpack jer.. rasa nak nampak aggun skit aku galas tepi.. rasa nak selamat aku galas silang. Dan sebab utama aku beli beg ni adalah tali dia yg boleh di galas dengan semua cara. Sonang kojo den. hahahaha

Design dia simple sangat bagi aku tapi aku memang suka simple2. lagipun nama beg ni Classic braid. Memang design dia nampak classic pun. size pun besar jugak. Tapi takde la besar sangat. sekadar cukup la nak sumbat perkara2 penting bila keluar. Bukan apa takut nampak beg je tuan punya beg tak nampak pulak. Material dia pun nampak kalis air. Kira kalau berlari dalam hujan pun Insya Allah isi dalam selamat dari berkuyup. hehehe.. Setakat ni kualiti aku rasa sangat ok, sebab harga dia pun murah RM40 je. Siap dapat voucher 10% diskaun lagi untuk pembelian seterusnya.

Service dia sangat tiptop. Petang semalam aku buat pembayaran.. Hari ni barang dah sampai. Memang puas hati. Tapi jangan korang nak beli buat bayaran hari Jumaat.. harap barang sampai sabtu ahad memang tak la kalau posmen cuti & pihak Avenue pun tak proses hantar barang sabtu ahad. Buat bayaran hari bekerja Insya Allah akan akan dapat esok hari kalau pembayaran korang takde masalah apa apa.

beg yang aku dapat pun tak jauh beza dari gambar yang aku tengok.

Apapun aku bukan jenis pengumpul handbag ni. Jenis aku beli satu pakai sampai kusam, baru beli yang lain. Memang aku jenis tak suka tukar2 beg sebab aku tak suka barang2 wajib dalam beg tu nanti tertinggal bila aku keluar. Bukan sekarang jer.. memang dari bujang aku tak suka buat koleksi beg. Beg adalah benda yang aku beli untuk guna sepenuhnya bukan semata mata untuk bergaya. Sebab tu aku suka beli beg yang boleh di padan dengan semua jenis pakaian. hahahaha.. untung kan laki aku?

P/S : tip aku kalau nak beli online untuk kali pertama kat sesatu tempat tu beli yang murah2 dulu. Test service & produk. Kalau puas hati next time baru confident sikit nak beli yang mahal mahal.


SESUATU YANG KORANG BELUM TAHU PASAL BAGPACK

Ni Rahsia tau.. kita2 je tahu. Meh sini dekat dekat.. rapat rapat.. biar sendat. Nak tahu 1 rahsia tak?? Kalau nak tumpukan pembacaan anda hingga ke titik noktah terakhir, hokay!

Wahai kengkawan.. musuh musuh.. peminat.. pembenci.. pengemar.. pembaca & pengskodeng blog melekit hari ni sang lekit nak bagi tau 1 rahsia pasal bagpack. Tahukah korang ada 1 page kat FB yang menjual bagpack yang cecantik gitu. Nak tengok koleksi bagpack dia?? Jom kita tengok secebis dua bagpack beliau..



Beg ni sesuai kalau adik2 student nak bawak gi kelas, atau nak balik kampung pun senang @ nak travel pun boleh. Kira bagpack ni memang serbaguna la. Yang ada baby pun sesuai jugak bagi sang lekit sebab dia banyak poket senang nak isi barang. Kalau sumbat dalam 1 space jer semua susah la nak mencari. Jadi beg yang banyak poket ni senang nak letak kunci,minyak angin ker,losyen ke. Bila emergency senang nak capai, kan?? Kalau nak tau detail harga,warna yang ada bagai clik kat sini >> BAGPACK <<





Beg ni macam unik sikit. Sekali tengok warna dia macam beg lukisan kartun je kan?? Comel.. gugirls mesti suka. Mesti bangga kembang kempis dapat bawak beg ni jenjalan, gi kelas, gi sekolah, gi dating bagai.




Untuk Boboy pun ada nak bergaya gi kelas, gi jenjalan & nak pegi memana pun. Dengan warna yang nampak macho bila di gayakan, menampakkan kematangan juga ke profesionalan si pembawa menyerlahkan lagi kehenseman korang gitu.


Bag dalam 2D katanya.. macam masuk wonderland je bila pakai beg camni kan?? Unik sangat.


Aduhai banyak sangat beg yang di jual kat page University Bagpack.. Tak tertayang kat blog melekit ni. Semuanya cantik2 & harga masih di dalam kemampuan semua golongan. Jadi kalau korang dok cari2 bagpack ke.. bag ke kelas ker.. bag ke sekolah ker.. atau apa2 beg.. yang pasti takde jual plastik bag isi sampah jual kat page tu.. Boleh korang skodeng sendiri kat page UNIVERSITY BAGPACK. Di jamin mata anda tak berkedip.. kekekekeke

P/S : Kebanyakkan harga bawah RM100.. tak mahal sangat la.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com