Showing posts with label makanan. Show all posts

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA

SEORANG GELANDANGAN DAPAT 20-30 BUNGKUS MAKANAN SEHARI DI BULAN PUASA. Masuk bulan ramadhan ni ramai mengambil peluang untuk merebut pahala dengan bersedekah. NGO, aktivis dan tak kurang juga dengan individu mula sibuk dengan aktiviti CSR. Di tambah lagi Malaysia ni memang ramai orang orang yang baik lagi pemurah. Jadi aktiviti amal macam ni memang banyak berlaku di Malaysia. 

Di ibukota macam lembah kelang ni.. semua sedia maklum akan lambakan golongan gelandangan. Tak semua gelandangan tu terdiri dari orang tidak waras, pengemis atau yang tidak bekerja. Ada yang bekerja cuma kos sara hidup yang tinggi di ibukota buat mereka terpaksa bergelandangan kerana tidak mampu menyewa bilik atau rumah.

Gelandangan di ibukota ni antara yang selalu menerima sumbangan makanan dari ngo atau aktivis masyarakat. Lebih lebih dah masuk bulan puasa ni setiap hari ada saja sumbangan makanan untuk sahur & berbuka. Alhamdulillah.. golongan gelandangan tidak pernah di lupa atau di sisihkan.

Namun dalam membuat kebaikan kadang kadang ramai yang ambil mudah soal agihan sumbangan terutama sumbangan berbentuk makanan yang dah siap di masak. Kita sedia maklum makanan siap di masak ni tak boleh simpan lama. Lebih lebih lagi golongan gelandangan. Biasa untuk di makan terus. Tapi bila berlaku lambakan sumbangan makan siap masak ni sampai tak termakan golongan gelandangan dah jadi satu pembaziran. Bukan mereka memilih makanan tapi kalau dah seorang dapat sampai 20 ke 30 bungkus makanan sehari bukan kemampuan manusia biasa nak habiskan semua.

Setiap tahun menjelang ramadhan isu ni sentiasa ada seolah olah macam tak ada kesedaran atau perancangan untuk ngo ngo atau aktivis yang terlibat dalam program sumbangan makanan untuk golongan gelandangan. Macam asal bagi dah tunaikan amanah dari penyumbang. Semua tu ada kos dan kebanyakan kos membayar semua tu adalah dari dana awam. Walaupun keluar duit poket sendiri sekalipun, kalau tak ada perancangan yang teratur sampai menyebabkan berlaku pembaziran dan lebihan makanan yang tak terjamah seterusnya basi di tinggalkan di kaki kaku lima.. di kerusi rehat tempat awam kan jadi kotor.

Kena ada mana mana pihak mengambil tugas atau tanggungjawab untuk menyusun jadual agihan makanan untuk gelandangan ni. Yang mana nak sumbangkan makanan kena melalui pihak tertentu untuk memastikan kawasan tersebut belum menerima sumbangan makanan supaya tidak berlaku pembaziran dan mengotorkan kawasan sekitar.

Bukan hanya gelandangan memerlukan sumbangan makanan ni. Ada orang yang berumah pun masih kelaparan. Golongan pelajar pun ramai yang masih ikat perut. Jika semua banyak di longgokan pada golongan gelandangan sahaja sampai seorang dapat 20-30 bungkus makan sehari.. amatlah merugikan. Sedangkan makanan tersebut boleh di manafaat pada ramai lagi golongan yang memerlukan walau tidak berstatus gelandangan.

Rasanya isu ni perlu juga ada campur tangan pihak pihak berwajib kalau tak setiap tahun masalah yang sama akan berlaku. Harap ada pihak sudi memikul tanggungjawab ni. 

MEMBAZIR BAGI PADA GELANDANGAN BAIK SEDEKAH PADA PELAJAR TAK CUKUP MAKAN

MEMBAZIR BAGI PADA GELANDANGAN BAIK SEDEKAH PADA PELAJAR TAK CUKUP MAKAN. Apa persepsi korang bila nampak golongan bergelandangan? Mesti pertama kita fikir.. kesian mereka susah.. Mesti tak cukup makan & pakai. Macam mana la rasanya tidur di kaki lima, kesejukkan, kelaparan. Maka banyak individu atau persatuan mula mengambil tanggungjawab untuk membantu golongan gelandangan agar tidak berlapar & tidak kesejukkan di kaki lima even malaysia ni negara panas.

Tapi tu la bila banyak sangat pihak buat aktiviti amal membantu golongan ni kadang kadang ada yang selesa terus bergelandangan sebab depa tau.. Nanti mesti ada orang tolong bagi makan, bagi pakaian, bagi bantuan perubatan bla.. bla.. bagai. Tak di nafikan walau bukan semua tapi ada yang macam tu. Ada juga bergelandangan sebab nak bersosial. Maksudnya.. maybe dia kesunyian & dengan cara bergelandangan dia ada kawan kawan gelandangan untuk berbual.

Tak semua gelandangan tu golongan susah & tak berkemampuan. Banyak kisah di sebalik kenapa mereka bergelandangan. Dan sebab tu kadang kadang bantuan yang di beri jadi pembaziran bila mereka sebenarnya tak memerlukan pun.

Pagi pagi terbaca posting dari aktivis sosial Syed Azmi di facebook beliau realiti sebenar yang berlakiu bila bantuan makanan di beri kepada golongan gelandangan ni. Apa yang di tulis pada caption gambar tu.. Menunjukkan mereka sebenarnya tak berlapar bila makanan yang di berikan tidak di habiskan & di buang merata rata. Bukan je membazir malah kawasan sekitar jadi kotor.


Kita kat rumah nak makan struggle cari duit, lepas tu berketung ketang masak. Depa.. tak payah fikir. Jenuh dengan makanan hasil sumbangan orang yang prihatin. Bukan je makanan bantuan macam pakaian pun kadang kadang tak guna pun. Ada yang buang atau jual.

Sebenarnya yang banyak berlapar golongan pelajar yang belajar kat universiti. ada yang terpaksa catu makanan sebab tak cukup duit. Rasanya.. elok la di lebihkan bantuan makanan pada golongan pelajar yang tak berkemampuan dari bagi pada golongan yang nampak macam susah tapi sebenarnya tak susah pun. At least makanan yang di sumbangnkan memang di makan & dapat membantu mereka jimat perbelanjaan juga.

Bukan kata tak perlu bantu langsung golongan gelandangan ni tapi kalau bantuan yang di beri secara berlebihan oleh banyak pihak.. memang akan jadi pembaziran macam tu sedangkan benda tu boleh di salurkan pada mereka yang sebenarnya lebih memerlukan.

Jadi perkara rasanya perlu survey juga sebelum bantuan berupa makanan & pakaian di beri pada golongan gelandangan. Untuk memastikan sumbangan tu di manafaatkan kepada mereka yang betul betul memerlukan. Tak la jadi pembaziran & sia sia.

AYAM GOLEK MANTOP FRESH & FROZEN UNTUK ORANG KLANG

AYAM GOLEK MANTOP FRESH & FROZEN UNTUK ORANG KLANG. Salah seoarang penggemar ayam golek ni adalah laki den.. Semalam pun baru makan ayam golek tapi dia je la makan. Tak ambil la sekor. Ambil 1 part je sebab laki den sorang je nak makan. Tapi saya tahu bukan suami saya sorang je suka makan ayam golek ni malah ramai lagi penggemar ayam golek.


Mana tahan katanya.. Dok torgolek golek atas pemanggang.. Seksi memang menggugat nafsu serakah. Dasar manusia bernafsu buas katanya. Tengok ayam golek pun rasa nak terkam & gigit2 peha, dada.. dia kan. Bila dah dapat tu rakus dia jamah tak pandang dah kiri kanan. Sedap sangat lahai ayam golek ni..


Ayam golek ni tak sama macam ayam panggang ok.. Walau nampak cara pembuatan & masak dia macam seakan akan ayam panggang tapi bahan perapan & rempah ratus yang di gunakan sedikit berbeza dengan ayam bakar. Cara panggang dia pun tak sama. Ayam golek ni memang di golekkan atas bara api sampai masak. Lagi tak masak lagi tu dia dok bergolek & bergelek kat situ. Normally ayam golek ni ada rasa manis2 sikit. Warna dia pun kemerah merahan macam awek lapar cendol kekekeke.

berita baik untuk orang klang yang sangap ayam golek.. Ada satu tempat ni dia jual ayam golek cuma setahun sekali je. Kalau tak rebut peluang merasa ayam golek ni kena tunggu tahun depan pulak untuk cuba. Waktu bulan puasa je dia jual ayam golek ni tau. Kalau setahun sekali jual ni confirm special dia punya ayam golek kan.


Lokasi mereka dekat Depan Masjid As syarif Meru. Ada khemah bawah pokok besar & ada ayam sedang tergolek golek atas pemagang tu la dia. Satu lagi lokasi gerai mereka adalah dekat di Meru klang berhadapan dengan RHB bank.


Tengok orang sentiasa berbaris nak dapatkan ayam golek mereka ni Insya Allah sedap la tu. Selalunya benda sebab ni akan dapat promosi dari mulut ke mulut tu yang kadang2 tup tup tak menang tangan tokei dia nak siapkan order.

Kalau kat dua lokasi saya bagitau tadi, mereka memang jual untuk bulan puasa tapi untuk dapatkan Ayam golek Frozen.. Ada je sentiasa bila bila masa. Erkk.. jangan tak tau mereka sediakan ayam golek frozen ok balik korang golekkan saja untuk masak. Dah siap perap dengan semua bahan bahan. Atau nak buat majlis makan makan boleh juga buat tempahan ayam golek dengan mereka. mereka juga menerima tempahan.


Harga dia pun tak mahal Ok. Seekor berharga RM19 yang dah siap masak la tapi kalau yang frozen sebekas RM7.50 untuk separuh bahagian ayam & beserta sos dia sekali. Mahal ke? Mahal lagi ayam cik keni roges tu kan? Ni satu family boleh merasa!

Penghantaran untuk setakat ni kat area klang sahaja. Caj penghantaran mengikut lokasi. Tu kena deal dengan tokei dia la kan. Tapi kalau tokei dia jiran korang maybe takde caj untuk kos penghantaran la. Baling jer masuk rumah dah sampai hahahhaa.

Jadi orang klang.. Jangan telah air liur je. Kalau teringin cepat la ke lokasi yang saya bagi tadi untuk menikmati Ayam golek sedap ni. Yang luar klang kalau nak beli sanggup datang klang pun apa salahnya ye dak? Bukan kata khas untuk orang klang jer.. Tapi sebab lokasi dia di klang, so maybe orang klang la target pembeli dia.

Sapa yang tengok video ni di siang hari jangan buka puasa pulak ok. kekeke

Berita baik sesiapa yang nak tambah pendapatan dengan menjadi Agent Ayam Golek ni pun sedang elok la tokei dia tengah mencari agent agent untuk memperluaskan jualan ayam golek mereka.

Sebarang tempahan, pertanyaan atau berminat nak jadi Agent Untuk ayam Golek ni boleh hubungi :

 Call/ Whatsapp ☏☛ 0176444358 amir 
 Call/whatsapp ☏☛ 0123278067 faezah 
 facebook ☒☛ norfaezah abas 

AWAS! KUIH SEPIT LAVA MUNGKIN BUAT ANDA JADI BERNAFSU

AWAS! KUIH SEPIT LAVA MUNGKIN BUAT ANDA JADI BERNAFSU. Kuih sepit ni.. Antara kuih yang menjadi kegemaran orang Malaysia tak kira la musim perayaan ke tidak. Sedap ok buat kudap2 time bersantai santai.. Asyik jer. Dengan rangup & manis rasanya.. silap2 sebalang habis macam tu je tak sampai sejam hehehehe.


Antara yang menjadi kegemaran ramai adalah kuih sepit Lava. Mesti ada yang tak tau tentang kewujudan kes sepit lava kan.. Rugi la wei hangpa tak tau terutama yang suka makan kuih sepit tu. Tengok gambar je pun memang boleh meransang NAFSU... apatah lagi kalau ada depan mata memang menaikkan nafsu ok.. Bukan nafsu syahwat tapi nafsu nak makan jer.

Mana tidaknya.. Bila sebut lava.. Tu dia mesti dah terbayang limpahan coklat yang di sifatkan sebagai lava tu.. Bayangkan ia di jadikan snek petang hari atau semasa menonton. Bayangkan cepat.. Bayangan yang mampu menaikkan nafsu ingin menjamahnya dengan rakus hehehehe.


Kuih Sepit Lava ni adalah sejenis kuih sepit (Kapit) yang dah transformasikan menjadi kuih sepit moden. Kalau dulu kuih sepit ni mana ada perisa bagai tapi sekarang dah ada dalam berbagai perisa ok! Tu yang menjadikan kuih sepit lava ni lain dari yang lain & semestinya lebih sedap ok!.

Antara perisa yang ada adalah..

☺Chocolate
☺Peanut
☺Peanut Chocolate
☺Peanut Strawberry
☺Peanut Grape
☺Chocolate Nut
☺Peanut Nut
☺Peanut Chocolate Nut
☺Peanut Strawberry Nut
☺Peanut Grape Nut
☺Nutella Nut
☺Cappuccino
☺Original


Zaman kemeseletan ekonomi.. dengan cukai bersepah sepah sana sini memang tak cukup dengan hanya satu kerja. Rakyat Malaysia di sarankan melakukan banyak kerja bagi meningkatkan ekonomi sendiri.. Yelah nak menampung keperluan hidup zaman sekarang ni bukan senang. Barang semua dah mahal.. even nak beli ikan masin pun kadang2 jenuh nak tekan kalkulator nak kira bajet.. Betapa Kos sara hidup semakin tinggi kat Malaysia.

Jadi nak tak nak kena kreatif jugak buat kerja sambilan.. Ada orang sambil buat kerja makan gaji dia buat kerja side income. Sambil bekerja sambil berniaga tapi jangan la berniaga waktu kerja. Time rehat atau time habis waktu kerja tu boleh la kan.. Takut nanti rezeki yang kita dapat tak tau berkat ke tidak pulak kan..


Pada korang yang rasa nak cari pendapatan tambahan tak tau nak berniaga apa. Ada peluang korang untuk tambah pendapatan dengan menjadi agent Kuih sepit.. Kuih sepit sekarang pun di edarkan melalui agent2 jugak ok! Jangan tak tau..

Jadi kalau yang rasa berminat nak join jadi agent kuih sepit jangan risau sebab

- tiada yuran nak jadi agen
- minimum order 20 balang untuk harga agen
- penghantaran menggunakan bas ekspress sahaja (untuk luar kelantan)
- margin rm6 ke atas untuk setiap balang

Sedikit info tentang kuih sepit ni..

1 balang ada 40-45pcs (lain2 perisa)
1 balang ada 50-60pcs (original)
 Berat 1 balang +- 500g

Jadi kalau berminat nak nak order atau nak jadi agent boleh hubungi :

whatsapp : 013-3144447
Facebook Page : Kuih Sepit Lava
Instagram : Kuih Sepit Lava

MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT

MAAF.. TERPAKSA DEDAHKAN JUGA RASA SEBENAR SAMBAL HITAM PAMAH KULAT. Dulu tak pernah tahu kewujudan sambal hitam. Tak terbayang rupa & rasa dia macam mana.. Tapi tertengok ada kot blogger yang tunjuk benda ni macam best ja kami rasa. Pertama kali try makan sambal hitam ni kat satu restoran depan wangsa walk tak silap.. Terus jatuh cinta baq hang! Sedap rupanya sambal hitam ni. Sampai teringat ingat lepas kali pertama cuba.

Soto di makan dengan sambal hitam pamah kulat

Sambal hitam ni tak silap asal dari pahang.. Ni kira makanan tradisi orang pahang la kan. Tapi apa salahnya orang kedah nak makan kan? Kita kan satu malaysia.. hehehehe.  Nak buat bukan mudah walau nampak macam mudah. Bahan di gunakan pun nampak simple tapi selalu dok dengar orang cerita nak membuatnya agak lama. Dan di sebabkan tu la aku tak pernah pun nak try buat sendiri sambal hitam ni. Dasar malas kan? hahahaha

Kalau yang jenis dasar malas macam cheq ni.. Setakat nak makan sambal hitam takde hal la beb! Sambal hitam ni bukan sejenis lauk yang hangpa kena masak hari ini & kena makan hari ni jugak. Dia bukan nak basi simpan lama lama. Sebab tu la sekarang sambal hitam di pasarkan secara online dah.

Baru baru orang bagi rezeki kat kita. Dapat sebalang sambal hitam Pamah kulat katanya. Tetiba je bernafsu terus nak makan nasi. Yelah.. dok nampak hitam hitam pedas depan mata ni. Dari sepet terus bundar biji mata.


Apa rasa sambal hitam pamah kulat ni? Maaf la yer bagi yang membaca entri ni.. Tak bermaksud nak mengganggu emosi atau menyinggung perasaan sesiapa. Pada pengedar Sambal hitam pamah kulat pun aku nak minta maaf siap - siap. Jangan saman saya yer dengan pendedahan saya ni.. harap boleh terima dengan hari yang terbuka ok!

Nikmat makan sambal hitam dengan nasi putih.. Rasa heaven giler beb!

Rasa dia.. Susah untuk di katakan. Memang sihat la. Pedas dia pun mild saja tapi tetap ada rasa pedas yang membangkitkan selera makan. Sebab yang aku makan ni semi pedas.. masin tak masin sangat.. masam pun tak & ada ras manis2 sikit.. Tapi sedap beb! Dari tak ada selera makan tu boleh naikkan selera makan la. Ni kira anak anak pun boleh la makan. Tapi yang suka pedas dia ada level pedas dia. Pedas, Semi Pedas & extra pedas. Pilih ja mana hangpa nak.. Satgi dia pos bagi kat hangpa ja. hehehehe

Sambal hitam ni tak semestinya makan dengan nasi jer.. Boleh di pelbagaikan. Makan dengan soto pun sedap, bihun sup sedap, mee goreng pun sedap, nasi goreng, megi, roti bla.. bla.. memang pendek kata makan dengan apapun tetap sedap & rasa dia memang matching sangat. Ni kalau student nak jimat boleh juga beli stok sambal hitam untuk di jadikan lauk sebab boleh simpan lama & tak perlu nak letak dalam peti sejuk pun. Tak basi Insya Allah.


packaging dia pun sangat kemas & bersih. Sambal hitam tu di bungkus dalam plastik kemudian di letakkan dalam balang. Sangat practical. Senang nak makan & simpan balik. Tak payah nak letak dalam tupperware kedap udara bagi. Di packaging dalam balang dah.

Bahan yang di gunakan macam biasa la.. Ikan Bilis Gred AA ok, Belimbing bulu & cili padi. Rugi wei hangpa tak try sambal hitam pamah kulat ni. tak payah susah masak order je. Nak order kat sapa.. Nombor semua ada kat bawah


Whatsapp : 012 3306743

AWAS! INILAH MAKANAN YANG MENYEBABKAN GIGI RAKYAT MALAYSIA JADI KUNING

AWAS! INILAH MAKANAN YANG MENYEBABKAN GIGI RAKYAT MALAYSIA JADI KUNING. Sapa suka gigi kuning kan? Semua orang nak gigi putih macam Fazura. Bila senyum nampak berseri jer berbanding dengan gigi kuning even bersih macam mana pun gigi kuning tetap nampak tak menarik. Ada orang memang gigi dia jenis kuning... sental macam mana pun tetap tak putih.


Kita sedia maklum gigi jadi kuning ni banyak sebabnya.. Orang yang merokok jugak boleh menyebabkan gigi dia jadi kuning. Bukan takat kuning jer malah boleh nampak kesan karat hitam2 kat gigi tu jugak ok kalau tak di jaga dengan baik. Selain tu punca gigi kuning juga adalah dipengaruhi oleh pembentukan tulang. Ini adalah kerana pembentukan tulang tersebut memiliki unsur genetik serta usia. Jadi, warna gigi pun turut dipengaruhi oleh dua faktor tersebut.

Selain dari punca nikotin, genetik & faktor usia.. Makanan & minuman kita ambil pun boleh jadi penyebab gigi kuning jugak ok. Jangan kau ingat lepas makan kau terus gosok gigi dah kurang risiko gigi kau jadi kuning.. Tak jugak. Antara makanan yang menyebabkan gigi kita jadi kuning adalah makanan & minuman yang memang jadi kegemaran orang Malaysia ni. Kira kat mana2 pun mesti orang makan & minum benda ni tanpa ramai yang sedar makanan & minuman tersebut adalah punca utama gigi kita jadi kuning.

Terbaca satu artikel pasal makanan & minuman yang menyebabkan gigi jadi kuning ni terus insaf 5 minit sebab aku pun ada ambil makanan & minuman macam ni. Cuma aku rasa kalau tidak di ambil secara rutin atau kerap.. Maybe boleh kurangkan risiko gigi kuning kot. Cuma tu la ada satu jenis minuman ni aku rasa mungkin ramai menjadikan ia minuman rutin setiap hari kat Malaysia ni... Nak tau boleh baca kat sini >> Inilah makanan & minuman yang menyebabkan gigi jadi kuning. No 3 & 5 tu memang ramai yang suka minum & nombor 7 tu sarapan paling popular kat malaysia  <<

Betul kan? Yang no 3 & 5 tu minuman paling popular orang suka minum kat Malaysia ni & yang nombor 7 tu memang breakfast rakyat malaysia.. Cuba belek2 gigi tahap mana dah kekuningan gigi hanga sekarang? Kalau rasa di level yang nak nampak sama macam gigi emas tu elok la hangpa cepat2 hangpa bertukar kepada ubat gigi Darlie Charcoal power deep cleaning & whitening katanya.. Almaklum la Arang ni mampu memutihkan gigi.. Tapi nak gosok terus dengan arang macam tak berapa nak selera je kan? So, guna je ubat gigi yang di formulasi dari arang ni katanya. hehehehe

Moral of the story.. Gigi kuning ok lagi.. Otak kuning habis semua excited bila Maria Ozawa datang Malaysia. Erkk betul ke aku tulis nama dia tu.. Kalau salah minta maaf yer hahahaha

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP

INI RARE! PEKASAM TELUR SOTONG & DAGING PALING SEDAP. Pekasam ni serius sebelum ni aku cuma pernah dengar & makan yang di buat dengan ikan sungai jer. Almaklum la orang kampung.. Tapi dulu masa umur aku dalam belasan tahun lagi.. Pernah dengar seorang akak ni.. Bapak dia penternak ayam. So, ada buat pekasam ayam. Tapi tak pernah pulak aku cuba tak tau rasa dia macam mana. Ada yang pernah makan cakap sedap. Lepas tu aku memang tak pernah jumpa orang buat atau jual pekasam ayam. Tup.. tup baru ni aku dapat peluang try pekasam daging & pekasam telur sotong. Serius memang mula2 rasa cuak jugak sebab aku selama ni cuma makan pekasam ikan je kan.. Takut rasa dia jadi pelik ke hapa..


Tapi kita tak boleh nak judge kalau tak cuba dulu rasa. Jangan menilai daripada nama dia.. Kena nilai daripada rasanya dulu. Alang2 memang dah di beri rezeki merasa pekasam telur sotong & daging ni takkan la nak tengok je kot.. Sia - sia rezeki yang ada depan mata tu kan. Maka berdesup la Jemah ke dapur.. Menggoreng Pekasam yang ada. Pekasam memang cara masak dia goreng dengan minyak masak je.. Takde orang buat gulai ke... sup ke.. atau rendang bagai. Jangan ada yang dok buat kari pekasam pulak nanti yer. Kalau rasa dia pelik jangan salah Leha tak pesan awai awai yer... kekekeke


Nak goreng pekasam telur sotong ni senang.. Jenis pekasam memang hangpa tak payah nak buka bungkusan pekasam & cuci bagai.. buka terus goreng jer. Lepas hampir garing tu hangpa tambah je bawang besar yang di potong & cili. Tak kisah la cili padi atau cili merah. Apa2 cili pun sedap di makan dengan pekasam goreng ni.


Kalau untuk pekasam daging.. di suggest untuk hangpa potong nipis2 & kecil2 baru feel bila nak makan. Memang dia dah siap potong bukan datang seketul2 macam tu.. Tapi kalau malas macam aku goreng terus pun sodap jugak. Tapi bila aku potong jadi cebisan kecik2 tu lagi sedap pulak. Cara masak dia sama je macam pekasam telur sotong tu.


Serius wei!! Tak tipu.. Memang sedap. Gila beb kalau makan boleh bertambah. Memang sesuai korang buat stok untuk sahur bulan puasa nanti. Sebab sahur ni almaklum la kadang2 kurang selera nak makan so kena ada lauk pembuka selera macam pekasam ni. Nak sediakan pun senang sebab tak perlu masa yang lama.. Pekasam ni macam jeruk la sebab dah di perap & bahan perapan dia membuatkan benda tu dah jadi separuh masak... so goreng 5 minit macam tu dah siap. Jadi pekasam memang sesuai jadi lauk time sahur selain membuka selera makan, cepat di masak & sedap di makan. hehehehehe

Makan dengan nasi panas, pekasam daging @ telur sotong.. ada sambal tumis sikit. Mak Aii.. Pengsan tepi bucu meja ok!

Mesti dah terliur kan tengok hidangan Pekasam telur sotong tu dengan Pekasam Daging.. dah banjir air liur mesti tak sabar mana nak dapat stok pekasam, betul tak? Jangan risau akak tak kejam dik.. Benda sedap kena share kat semua orang baru sama2 boleh rasa.. Kalau hangpa nak try pekasam telur sotong & Daging hangpa boleh contact

Yatie;
Whatsapp: 019-4603069
WeChat: DYatie7786
Facebook : DYatie ABakar
Blog : Kalam DYatie

PETUA KUAH LAKSA TAK BASI SEHINGGA 5 HARI

PETUA KUAH LAKSA TAK BASI SEHINGGA 5 HARI. Laksa salah satu makanan kegemaran orang malaysia terutama orang utara ni. Ada orang hari hari kena makan laksa.. Ada orang seminggu sekali kena juga masak laksa & ada orang asal jumpa laksa mesti nak makan. Aku pun antara mereka yang suka makan laksa jugak ok. Lepas tu jenis over confident laksa masak sendiri konon lebih sedap dari orang masak.. So aku memang rajin la masak sendiri kalau nak makan laksa. Kadang2 aku sorang je makan tapi masaknya dekat setengah periuk. Jadi apa aku buat.. Selalu aku frozenkan kuah laksa dalam peti ais.


Normally aku masak kuah laksa ni even tak di frozenkan memang tahan 3 hari tak basi & masih sedap. Kalau sampai hari ke 3 pun tak habis aku baru aku simpan dalam peti ais. Petua nak masak kuah laksa supaya tahan lama tak basi ni mudah jer..

1. Jangan buat kuah laksa tumis. Minyak tu buat kuah laksa tak tahan lama. Kalau nak simpan dalam peti ais pun nanti minyak tu jadi tepu tak sedap. Jadi masak secara rebus je tanpa gunakan minyak akan buat jangka hayat kuah laksa anda lebih lama.

2. Cili sebelum blender (kisar) rebus atau rendam dalam air panas dulu baru blend. Masa masak cili biar sampai betul2 hilang bau mentah cili tu. Masak lama sikit. Kalau cili masak dengan baik, Insya Allah kuah laksa anda tak cepat basi.

3. Setiap hari panaskan.. Yang tu paling penting kalau tak di simpan dalam peti ais.

Tu je la petua yang selalu aku buat untuk memastikan kuah laksa aku tak basi & boleh tahan sehingga 5 hari. Kalau hangpa jenis pemakan laksa tegar macam aku boleh la buat macam tu kemudian simpan dalam peti ais. Rasa nak makan boleh keluarkan & panaskan jer.

Ni kuah laksa yang berusia 5 hari. 3 hari atas dapur & 2 hari dalam peti ais. Nak makan aku cuma panaskan dalam microwave jer. Makan dengan bihun yang dah di celur lembut. Rasa dia of course semakin sedap sebab kuah dia semakin pekat & rasa dia semakin sebati.

Kuah laksa ni tak semestinya boleh makan dengan laksa jer sebenarnya.. Boleh je makan dengan bihun & megi (mee segera). Tu cara aku menikmati kuah laksa. Pokok pangkal dia.. kalau kuah laksa tu sedap.. makan dengan apa pun sedap. Selamat mencuba petua masakan dari dapur sekangkang kera lekatlekit ni. hehehehe

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM

13 MENU SEDAP YANG ANDA BOLEH MASAK MENGGUNAKAN TELUR AYAM. Telur ayam adalah bahan mentah yang kita boleh simpan buat stok lauk masa sesak. Setiap rumah kebanyakkan paling2 mesti ada telur ayam kan? Sebab telur ayam ni senang nak masak.. Kalau malas sangat boleh je goreng makan dengan nasi panas & kicap. Tu pun dah cukup memusnahkan diet bagi wanita2 yang sedang nak kuruskan badan katanya. Anzalna pun katanya dia selalu masak telur goreng & nasi je untuk laki dia.. See.. retis pun jadikan menu santapan suami tercinta telur goreng je. hehehehe


Tapi jangan tak tau sebenarnya telur ayam ni boleh di pelbagaikan menu nya. Tak semestinya goreng atau rebus jer. Dia boleh di jadikan menu istimewa kalau tahu cara nak memasaknya. Kadang2 kita ni hari2 masak pun boleh jadi blur nak cari idea memasak apatah lagi yang jarang2 masuk dapur. Lagilah tumpul idea dia nak memasak. Jadi sebagai rujukan bagi mereka yang selalu buntu nak masak apa menggunakan telur ayam ni.. Korang boleh rujuk 13 menu dia bawah. Di sertakan dengan link sekali kalau korang nak cari resepi..


Ada juga yang suggest simpan je telur tu sampai menetas anak ayam.. bela bagi besar kemudian buat ayam goreng. Pun aku hargai cadangan yang macam minta kena kecam tu hahaha... Almaklum lelaki kalau minta cadangan menu gitu la depa. kekekeke


Jadi yang buntu tak tau nak masak apa dengan telur ayam.. Boleh cuba cadangan 13 menu tu. Telur ni kalau di variasikan rasa dia memang akan jadi menu high class jugak kan? Apa ingat telur lauk murahan ke? hehehehe

RESEPI AYAM GORENG SPICY ALA ALA MC DONALD

RESEPI AYAM GORENG SPICY ALA ALA MC DONALD. Sekarang tengah viral ayam goreng Mc Donald walaupun ayam goren Mc D ni dah lama wujud. Gara2 iklan TV... yang buat masing2 terliur macam ibu ibu mengandung mengidam. Sampai habis stok la ayam goreng tu...

Gambar sekadar hiasan

Aku dulu2 dah pernah makan pun. Sejak tahun 2009 lagi. Still ingat lagi rasa dia even dah lama. Yang spicy tu memang pedas tahap melampau jugak. Ayam dia lebih kering berbanding KFC agak berminyak. Memang kalau nak buat perbandingan Ayam Mc D ni better dari KFC sebab bila makan tak muak sangat. Sekarang aku tak tau la macam mana rasa ayam goreng tu. Sama ke atau dah berubah resepi dia. Tapi.. tak ada keinginan pun nak makan sebab iklan kat TV tu. Biasa jer pun sebab bagi aku.. benda dah pernah aku makan & tau macam mana rasa dia, kan?

Tapi kalau asyik habis stok je pun menyampah jugak kan? Kalau dah kempunan nak makan apakata korang cuba buat sendiri di rumah. Memang sangat berbaloi ok.. nak2 lagi yang ada anak ramai. Yelah.. nak makan kat fastfood restoran ni pepaham je harga dia kan? Bila masak sendiri kat rumah dalam jumlah yang banyak tu memang agak jimat.

Nak masak dia pun tak susah.. Korang boleh refer Video resepi Ayam Goreng Spicy Ala Mc Donald kat sini >> [VIDEO] Resipi Ayam Goreng Spicy << Senang kan? siap dia bagi video lagi sebagai tutorial. So, tak ada alasan tak reti nak masak selain kau memang malas je. hehehehe. Kalau nak resepi bertulis refer kat bawah ni ok

Bahan-bahan (perapan ayam):
- 1/2 ekor ayam
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah

Bahan-bahan (tepung):

- 2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar garam bawang putih
- 2 sudu besar lada sulah
- 2 sudu besar mixed herbs
- 2 sudu besar baking powder

Cara-cara:

1. Gaul ayam dengan bahan-bahan perapan dan biarkan selama 4 jam.
2. Gaul kesemua bahan-bahan tepung.
3. Celupkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan bersama campuran tepung tadi.
4. Goreng lebih kurang 10 - 15 minit hingga masak.
5. Hidang!

Sedang elok la kan hari minggu buat menu2 macam ni untuk makan petang2. Anak2 happy.. ibu ayah pun boleh tumpang sekaki. Jimat belanja & boleh duduk bersama eratkan kasih sayang antara ahli keluarga.

KALAU TAK ADA KAITAN DENGAN 17 PERKARA NI JANGAN MENGAKU SUKA MAKANAN JEPUN

KALAU TAK ADA KAITAN DENGAN 17 PERKARA NI JANGAN MENGAKU SUKA MAKANAN JEPUN. Ramai sekarang orang Malaysia yang suka makan makanan jepun termasuk la aku. Tapi aku lebih kepada Sushi jer.. Yang lain2 tu tak ada la suka sangat makan. Lagipun restoran makanan jepun ni bukan murah jugak. Kalau menapak masuk Sushi King tu mustahil la kau nak makan sepiring Sushi je kan.. Kalau tak ada budget sangat makan je la sushi yang jual kat AEON tu. Tapi ada jugak info yang aku baca tak elok selalu sangat makan sushi sebab sushi kadang2 menggunakan bahan mentah yang memang tak di masak langsung. Dalam daging mentah macam tu katanya ada sejenis cacing ke ulat macam tu. Kalau terlalu kerap makan sushi akan membuat badan anda di penuhi cacing/ulat dari sushi tu..

Kalau kau mampu makan sushi ni Memang kau peminat makanan jepun sejati

Apapun makanan.. Bagi aku satu je. Kalau di ambil secara berlebihan memang tak elok. Makanan berkhasiat pun kena ambil dengan diet yang betul kalau tak betul cara pengambilan dia.. jadi tak berkhasiat jugak kan. So, apapun yang anda suka makan & nak makan.. Makanan la secara sederhana. Insya Allah.. Makanan tu dapat memberi manafaat kepada tubuh anda.

Bagi yang suka makanan Jepun ni.. Memang kita boleh nampak dari reaksi dia secara semulajadi. Yang acah acah konon suka ni memang takkan mampu jadi macam penggemar tulen makanan jepun. Almaklum la orang sekarang konon nak nampak dia macam selera international katanya.. Tak main la tempoyak.. sambal belacan bagai. Tak western food.. Korean Food atau Japanese Food jer. Apa barang makan nasi goreng petai katanya.. Takde kelas.. Makan sushi salmon mentah lagi sedap ok! Hanya orang ada - ada je pandai makan salmon mentah hahahaha.

Tu dia.. betul ka hang memang jenis selera jepun ka acah acah ja. Padahal balik rumah hang bantai nasi lauk gulai tempoyak jugak. Kalau hang ada kaitan dengan 17 perkara ni baru boleh mengaku hang memang penggemar makanan jepun >> 17 Perkara Yang Membuktikan Anda Penggemar Makanan Jepun << Kalau tak ada 17 perkara mengaku je la.. Hang sebenarnya selera kampung ja macam kami. hahahahaha

Moral of the story.. tak salah anda nak suka makanan apapun selagi ia halal & dalam kemampuan poket nak membayar. Tak payah la selera macam anak Tan Sri tapi kemampuan setakat macam anak orang biasa biasa jer. Sebab tu ada pepatah mengatakan.. Ukur baju di badan sendiri.. Kalau ukur baju kat badan orang kalau tak sempit dia semput la. Tak payah nak menyusahkan diri hanya nak memenuhi permintaan nafsu serakah.

AWAS! BAHAYA TAHAN KENTUT & BOLEH BERLAKUNYA PERKARA INI

AWAS! BAHAYA TAHAN KENTUT & BOLEH BERLAKUNYA PERKARA INI. Kentut ni selalu di kaitkan dengan perbuatan yang memalukan jika di buat atau terjadi ketika berada di depan orang nak - nak lagi kalau tengah dating kan.. Gila! Boleh terus putus cinta ok kalau terkentut depan boyfriend yang baru je declare sebagai kekasih. Tapi kentut ni sangat nikmat kalau boleh di lepaskan tanpa perlu nak cover line. Selalunya bila sorang2 kat rumah atau dalam bilik la. Lagi kuat bunyi kentut tu lagi lega rasanya.. Nikmat dia lebih indah dari dapat makan ais krim dalam cuaca yang panas ok! hahahahahaha


Purata manusia kentut setiap hari adalah 14 kali. Tak pernah pulak aku kira berapa kali aku kentut setiap hari.. hahahaha. Lepas ni rasa nak buat satu jadual kentut jugak la. Nak2 lagi sejak pakai essential cream women desiree ni.. Amboi kemain lawas kentut aku tau. Sampai rasa ringan badan asyik buang angin jer.. Mengikut kajian gas kentut wanita lebih pekat dari lelaki. Ye ke... hehehehe

Kentut ni sebenarnya berlaku apabila udara yang terperangkap dalam perut yang di hasilkan dari semasa kita mengunyah & menelan makanan atau masa kita minum air. Udara tu la yang masuk dalam perut kita. Ingatkan kentut ni pun terhasil dari apa yang kita makan & minum.. sebab kadang2 kentut pun ada bau macam makanan kita ambil jugak kan rupanya dia terhasil dari udara yang masuk semasa kita melakukan proses kunyah, telan atau minum air rupanya.

Kentut juga berlaku di sebabkan beberapa perkara

1. Pengambilan makanan secara berlebihan
2. Semasa terasa ingin buang air besar (berak)
3. Kesan sampingan dari pengambilan ubat ubatan tertentu
4. Sembelit
5. Perut masuk angin

Bila rasa nak terkentut tu better cari tempat yang sesuai & lempiaskanlah kentut anda cepat cepat & jangan tahan lama lama sebab bahaya juga ok kalau tahan kentut ni. Boleh memberi kesan buruk pada kesihatan kita. Sebab bila kita tahan kentut boleh menyebabkan gas dalam perut terkumpul sehingga mengakibatkan  perut kembung & gejala tidak selesa yang lain pada perut. Dan paling bahaya menahan kentut ni boleh menyebabkan buasir atau usus semakin membesar.

Ini sebab kenapa menahan kentut jadi bahaya pada kesihatan kita..

1. Bila menahan kentut boleh menyebabkan perut kembung. Kembung di bahagian perut merupakan satu gangguan yang tidak selesa seperti rasa begah (sengkak) & bersendawa. Ia boleh menyebabkan hilang nafsu atau selera makan.

2. kejang pada perut. Bila gas berlebihan berlaku pada salah satu bahagian usus boleh menyebabkan kejang pada perut sehingga menyebabkan rasa sakit di sekeliling perut.

3. Buasir. Siapa sangka tahan kentut pun boleh menyebabkan buasir. Ini berlaku kerana ada gerakkan yang berlebihan pada organ dubur bila anda menahan kentut supaya tidak keluar. Kalau biasa tahan kentut tahu la macam mana terkemut kemut kan.. hahahaha. Gerakkan tersebut membuatkan otot otot dubur menegang & menyebabkan pembuluh darah jadi lebar & besar.

4. Jangkitan diverticulosis. Diverticulitis merupakan pembentukan kantung-kantung kecil pada lapisan usus besar. Kantung-kantung kecit (divertikula) tersebut terbentuk kerana adanya peningkatan tekanan pada titik-titik lemah dari dinding usus oleh gas, sisa, atau cair. Jika perkara ini terjadi maka boleh menyebabkan sakit teruk pada bahagian perut, demam, mual, dan terjadinya perubahan pada tabiat buang air besar.

5. Peritonitis. Peritonitis merupakan keradangan peritoneum, iaitu rangkaian yang melapisi dinding bahagian dalam perut yang merangkumi sebahagian besar organ perut. Gangguan ini berlaku akibat jangkitan daripada bakteria dan cendawan. Selain itu peritonitis juga boleh terjadi akibat adanya luka atau kerana adanya jangkitan diverticulosis kronik yang menyebabkan tumpahnya limbah yang berasal dari usus. Keadaan ini boleh membuat seseorang harus segera mendapatkan pertolongan perubatan.

6. Keracunan gas. Kentut bukanlah racun. Walaupun kadang-kadang ia keluar tanpa kita sedar dan membuat kita malu pada orang lain, akan tetapi jika kita selalu sangat tahan kentut maka gas tersebut akan menyebabkan tekanan separa dalam rongga usus dengan intensitas lebih tinggi daripada tekanan separa di dalam darah. Perkara tersebut boleh mengakibatkan kemasukan gas ke dalam pembuluh darah yang terdapat di dinding usus, dan pada akhirnya akan beredar ke seluruh tubuh.

7. Kentut berbau busuk. Kentut terdiri daripada beberapa kumpulan gas seperti hidrogen sulfida, yang mana kompaun tersebut menyebabkan kentut kita berbau. Apabila seseorang sering menahan kentut, maka terkumpul dari unsur belerang atau sulfur yang merupakan sebahagian daripada sebatian hidrogen sulfida akan semakin terkumpul, dimana perkara tersebut boleh membuat bau kentut berbau busuk bila ia di lepaskan atau terlepas.

8. Apabila kita menahan kentut terlalu lama, maka akan terjadi pengumpulan gas hidrogen sulfida dalam usus. Selain menyebabkan bau yang kian menusuk pada kentut, unsur belerang atau sulfur yang terkumpul juga boleh menimbulkan Cepirit atau keluarnya sedikit hampas najis.Biasanya berlaku kepada orang yang mengalami gangguan pencernaan membuatkan dia terpaksa menahan kentut. Atau dalam bahasa mudah nak faham bila kentut je tercirit dalam seluar hahahaha.

9. Tahan kentut boleh memburukan lagi sembelit yang anda hidapi. Kajian telah menunjukkan bahawa menahan kentut atau gas yang seharusnya keluar, boleh mengakibatkan peningkatan tekanan di dalam usus besar yang nantinya boleh menyebabkan terjadinya divertikula (kantung-kantung kecil pada lapisan usus besar). Keadaan ini juga boleh memburukkan lagi gangguan sembelit yang pada awalnya menjadi penyebab terjadinya kentut yang ada bunyi.

Jadi lepas ni jangan selalu sangat tahan kentut ok! Kentut ni memang tak elok nak simpan - simpan cuma tak elok jugak kau main lepas je tak kira tempat terutama ketika bersesak dalam lift. Please ok.. setakat tahan sekejab sehingga pintu lift tu terbuka rasanya ok lagi kot. Lagipun takkan la setiap kali hangpa nak kentut mesti dalam lift ja kan...

Moral of the story.. Itulah kebesaran Allah. Perkara yang mungkin kita pandang macam remeh sebenarnya main peranan besar untuk kesihatan tubuh kita contoh kentut ni. Walau kentut ni kadang boleh jadi benda yang mengaibkan kalau terlepas kat tempat sepatutnya dengan kesan bunyi yang kuat.. hehehehe. Setiap apa yang Allah ciptakan itu tiada satu pun yang sia sia.

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN

RESEPI NASI GORENG KERABU SARDIN. Nasi goreng ni menu yang biasa tapi boleh di olah dengan pelbagai rasa. Kadang2 sebab gabungan bahan bahan lain harga dia jadi mahal padahal nasi goreng je kot.. hahahaha. Jadi nasi goreng walau nampak simple tapi kalau hangpa pandai mengolah bahan bahan dia memang akan jadi special.. Sebab kat kedai ada jual nasi goreng biasa & nasi goreng special. hehehehe


Sebab aku masak nasi goreng special katanya harus la share resepi dengan orang lain. Setakat nasi goreng kicap & telur tu tak kuasa akak nak tulis ok... Tu dia kerek sungguh statement tu kan? Yelah.. nasi goreng yang tipikal macam tu ramai dah share resepi dia katanya.. Yang jenis kerabu ni maybe tak ramai lagi yang share kan? Aku pun sebenarnya main campak campak jer.. tetiba sedap pulak tu beriya nak share resepi.

Nak masak nasi goreng kerabu sardin ni bukan la payah bebeno. Cuma mungkin bahan di gunakan je lain sikit. Tapi jangan risau bahan bahan yang di gunakan semua boleh di dapati dengan mudah. Tak payah nak order sampai obersi... Ala.. ni kira menu2 tempatan of course la bahan2 dia pun kemelayuan jugak ok.

Bahan - bahan yang di gunakan untuk masak nasi goreng kerabu sardin ni adalah..

1. Nasi putih
2. Kerisik kelapa
3. cili kering
4. ikan sardin
5. Bawang besar
6. sedikit belacan
7. minyak masak
8. Kobis (Boleh juga letak kacang panjang atau daun ulam ulaman yang bersesuaian)

Cara memasak

1. Rendam dalam air panas atau rebus cili kering.
2. Tumbuk cili kering, belacan & kerisik (tapi kalau kerisik korang yang tak beku di frozenkan dalam peti ais rasa tak payah tumbuk la)
3. Panaskan minyak & tumis bawang
4. Masukkan bahan tumbuk tadi.. Masak sekejab
5. masukkan ikan sardin & hancurkan dia
6. Masukkan nasi gaul hingga sekata
7. Masukkan garam & gaul hingga sebati rasa dengan nasi
8. Last sekali baru masuk daun ulam - ulaman. Aku ada kobis jer. so aku masuk kobis. Kalau korang ada kacang panjang & sebagainya campak jer. Tapi make sure potong dulu kecik yer sebab yang nak makan manusia bukan lembu atau kambing.
9. Akhir sekali masukkan bawang mentah yang di potong gaul semua sampai seia sekata & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak guna ikan masin kalau taknak guna ikan sardin tin. Ikut suka korang la kan.. Yang nak makan korang. Kalau aku rasa matching pulak rasa ikan sardin dengan bahan bahan lain.


Dah siap.. sila la rasa jangan malu malu. Insya Allah menetapi tekad orang melayu.. Rasa kerisik yang di gaul dengan nasi bersama rasa cili & ulam - ulaman lain di tambah pula dengan rasa ikan sardin sebagai pelengkap.. Memang termimpi mimpi lepas makan. hahahaha

Jadi selamat mencuba resepi mudah lagi menjilat jari ni.

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH. Kembali lagi dalam segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit. Hari ni kita jadi chef tak bertauliah sekejab yer.. Almaklumlah housewife macam aku ni memang tak boleh lari dari buat kerja kerja kat dapur.. Tak tau la housewife lain memang tak pernah jejak dapur kecuali makan jer.. Tapi memang ada spesis macam tu tau.. Kena ingat bila jadi isteri lepas jadi ibu.. pengerat kasih sayang adalah air tangan dari seorang wanita bergelar isteri & ibu.. Tak payah la nak berkira sangat konon bukan kerja perempuan masak memasak ni.. Memasak la.. Insya Allah perkara tu mungkin menjadi asbab kebahagian rumahtangga kita.


Tak reti masak bukan alasan.. Kalau kau pandai scroll news feed FB kau boleh dapat macam - macam resepi. Siap ada tutorial dengan video lagi. Pokok pangkal kau nak buat ke tidak je. Tak cukup kat Facebook.. Kat blog melambak orang share macam2 resepi.. Ni pun aku nak share juga resepi masakan kampung.. Sambal terung pipit.. Bagi pengemar makanan jenis sambal.. Cuba la masak. Insya Allah.. berjaya menambah kilo pada berat badan anda hahahaha

Kalau tak reti masak jangan risau meh chef lekat lekit nak bagi resepi. Kita mulakan dengan bahan bahannya dulu yer tuan tuan & puan puan..

Bahan bahan

1. Terung Pipit
2. Cili kering
3. Bawang Besar
4. Bawang Putih
5. Sedikit belacan
6. Air asam jawa
7. Minyak masak
8. Garam sebagai perasa

Cara memasak

1. Buang tangkai terung pipit lepas tu cuci & toskan. Letak tepi dulu
2. Rendam cili kering dalam air panas lebih kurang sepuluh minit
3. Blend (kisar) Cili kering, Bawang Besar, Bawang putih & sedikit belacan.
4. Panaskan minyak
5. Tumiskan bahan kisar. Masak sehingga cili pecah minyak.
6. Masukkan terung pipit
7. Masukkan air asam jawa
8. Masak sekejab tambah garam.
9. Kalau dah rasa masak tutup api & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis, ikan goreng, sotong, udang.. Tapi yang aku masak sambal kosong dengan terung pipit sebabnya takde stok bahan lauk time masak sambal terung pipit ni hahahaha. Tapi tetap sedap ok makan dengan nasi panas & ikan goreng.

Sambal terung Pipit

Jadi yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba sambal terung pipit ni. Takpe.. diet tu postpone esok je katanya... hahahaha

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA

RESEPI SAMBAL PETAI VERSI UTARA. Ni antara menu penghancur diet manusia jugak ni. Walaupun ada yang tak makan petai sebab dia sejenis ulam ulaman yang berbau.. Tapi lebih ramai penggemarnya berbanding yang tak menggemari. Dalam family aku pun ada adik & kakak aku yang tak makan petai even kami berasal dari kampung & membesar di kampung. Apa ingat semua orang kampung taste dengan petai ke? So, walau petai ni di gelar selera kampung tapi bukan orang kampung je makan ok! hehehehe


Tapi aku memang pemakan petai dari kecik lagi. Aku bukan selera kopitiam atau cafe hipster sangat.. Aku selera restoran kak senah bak kata Dayang deno. hehehehe.. Jadi bagi mereka2 yang berselera restoran kak senah macam aku confirm suka makan petai kan.. Disebab ramai yang suka makan petai cuma tak ramai yang reti nak masak petai ni.. Meh la aku share resepi sambal petai versi utara. Ada versi utara selatan jugak ke? Ada perbezaannya cara orang utara & orang selatan makan petai. Satgi hangpa tau la apa bezanya hahahaha

Bahan bahan yang di gunakan untuk masak sambal petai ni

1. Petai (aku guna 4 papan petai)
2. Ikan Bilis (boleh jugak guna udang atau sotong)
3. Cili kering
4. Bawang besar
5. Bawang Putih
6. Sedikit belacan
7. Air asam jawa
8. Minyak Masak
9. Garam (sebagai perasa)

Cara memasak 

Langkah pertama

1. Gorengkan ikan bilis & letak tepi dulu.
2. Kikis kulit petai & potong macam versi di bawah.

Potong macam ni ok.

Tu memang utara style. Kalau selatan style dorang tak masak sekali dengan kulit petai. Depa guna biji petai jer. Tapi kalau versi orang kedah macam aku kami akan potong halus2 dengan kulit sekali & masak. Sedap ok kulit petai tu!

Langkah kedua

1. Kisar (blend) Cili kering (rebus atau di rendam seketika cili kering dalam air panas sebelum blend),Bawang besar, bawang putih & belacan.
2. Minyak goreng ikan bilis tadi panaskan balik & masukkan bahan kisar. Masak sehingga cili tu pecah minyak.
3. Masukkan petai & masak sekejab
4. Masukkan air asam jawa
5. Kalau petai dah masak, masukkan ikan bilis goreng gaul sebati, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Lepas tu hidang & makan la. Boleh jugak di jadikan sambal untuk nasi lemak atau di makan dengan nasi putih. Ikut selera korang la. Takkan tu pun nak kena ajar. hahahaha.

Sambal Petai

Senang kan nak masak sambal petai. Tak susah pun macam hangpa bayangkan selama ni. Tapi kesedapan dia mampu terasa sampai dalam mimpi ok. hahahaha. Selamat mencuba resepi mudah ni.

RESEPI NASI LEMAK BAJET

RESEPI NASI LEMAK BAJET. Zaman ekonomi makin down ni semuanya kena bajet. Bukan je bajet makan kat luar jer kena cut cost.. bajet nak memasak pun kena cut cost. Ayam ikan semua makin mahal.. apatah lagi kelapa & santan. Jadi pada golongan yang pendapatan tak seberapa tu belajar2 kurangkan kos makan kat luar & kos nak memasak juga.


Sebab hari aku masak nasi lemak bajet.. Bajet tu bukan apa. Barang basah semakin mahal tu salah satu alasan jugak tapi alasan paling relevan sebenarnya malas nak pergi kedai. Nak bajet tenaga supaya tak banyak keluar... Nanti banyak keluar tenaga kena banyak makan balik untuk tambahkan tenaga katanya. Hahahaha... Manusia memang suka bagi alasan. Terus terang je kau malas kan senang.

2 hari lepas rasanya ada masak guna sikit santan kotak.. Maka ada lebih lagi aku simpan dalam peti ais. Bangun pagi cium & rasa santan tu masih elok. Kalau simpan lagi lama confirm rosak. Aku ni jenis tak suka pembaziran tu yang kadang2 ada je aku recycle jadi macam macam menu kalau ada masakkan aku yang tak habis makan katanya. Sedar diri kita bukan orang kaya raya.. Jadi hidup la seperti seadanya. Jangan kau tak mampu gigih nak makan macam orang ada ada.. Lepas tu meraung kat wall FB cerita kat orang terpaksa kira syiling untuk mengalas perut. hehehehe

Rasanya dah panjang sangat aku membebel tak tentu hala.. Maka marilah kita ke dapur sekangkang kera cik minah tak berapa gebu ni...

Bahan bahan nak masak nasi lemak bajet ni aku guna apa jer yang ada dalam rumah waktu tu..

Bahan bahannya nak masak nasi lemak..

1. Beras dalam 2 pot kecil (aku guna beras Ribbon wangi. Sejenis beras wangi yang sedap di makan tapi tak sesuai buat nasi goreng sebab agak lembut)
2. santan (aku guna santan kotak dalam sepatuh kotak kecik tu. Erkk rasa lebih sikit pada separuh kot)
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. halia
6. garam

Cara memasak nasi lemak

1. Cuci beras & toskan
2. Masukkan beras dalam periuk nasi. Masukkan santan, bawang besar yang di hiris,bawang putih yang di ketuk, halia yang di hiris memanjang & garam secukup rasa. Masukkan air mengikut sukatan yang di perlukan. Kalau santan tu dah cukup air tak perlu tambah air. Macam beras aku guna kena kurang sikit air supaya nasi tak lembik sebab dia beras wangi agak lembut.
2. Kalau korang guna rice cooker masak macam biasa la kan.
3. Biarlah dia sampai masak.. kemudian kacau2 sikit dengan chopstick untuk sebatikan rasa.

Bahan bahan memasak sambal tumis ikan bilis

1. Ikan bilis (di goreng)
2. Bawang Besar
3. Bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Cili kering yang dah di rebus atau di rendam sekejab dalam air panas
6. Air asam jawa
5. Garam
6. Minyak masak untuk menumis

Cara memasak sambal tumis

1. Kisar Bawang besar, bawang putih, cili kering & belacan.
2. Panaskan minyak dalam kuali & tumis bahan kisar tadi.
3. Tunggu sehingga cili yang di masak tadi pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa
4. Dah masak cili tadi.. masukkan ikan bilis yang dah di goreng. Tapi simpan sikit ikan bilis goreng untuk di makan nanti.
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Kalau yakin dah masak tutup la api jangan membazir gas.

Last sekali rebus telur. Kalau ada ulam ulaman seperti timun.. potong la. Kalau takde pun takpe masih kenyang makan nasi lemak tanpa ulam timun. Ada orang suka makan dengan kacang tanah goreng. Kalau ada boleh hidangkan sekali nanti. Tapi aku memang tak suka makan kacang tanah dengan nasi lemak.

Dah masak semua jangan tengok jer.. Pepandai la senduk & makan sendiri. Jangan tunggu orang suap takut mati mereput kat situ pulak. hahahahaha

Satu hidangan nasi lemak sangat bajet. Nampak sedap tak? hahaha

Apapun nasi lemak ni aku masak tanpa perlu mengeluarkan bajet harian. Guna bahan2 mentah yang ada dalam rumah so kalau ada bahan perasa tambahan yang aku skip tu pepaham je la yer. Tetap rasa nasi lemak & sambal yang sedap ok! Sebab tu aku namakan nasi lemak bajet hahahaha

Moral of the story.. zaman ekonomi meleset ni memang kena pandai rancang perbelanjaan. Mungkin sebelum ni kalau kita pergi beli bahan basah untuk stok memasak main ambil & bayar.. Ada yang tak sempat nak masak dah rosak, mulai sekarang kita kena mula belajar membeli secara bijak. tapi mungkin sebelum ni kita dah biasa hidup selesa tanpa perlu struggle sangat nak rancang perbelanjaan mungkin susah sikit nak buat.

RESEPI SUP KAKI AYAM PALING MELEKAT LEKIT

RESEPI SUP KAKI AYAM PALING MELEKAT LEKIT. Maaf yer kalau ada yang mula mengerut dahi baca tajuk entri tu.. Lepas tu cuba membayangkan macam mana rupa sup kaki yang yang melekat lekit.. Pekat macam tepung kanji ke.. Ke pekat macam mushroom soup? Kesian kat hangpa kan.. Sampai jadi satu masalah punya fikir macam mana sup kaki ayam yang melekat lekit..


Ni tak payah fikir banyak sangat la.. Aku memang drama queen.. so tajuk entri aku memang penuh drama. Melekat lekit tu macam tagline aku jer.. Yang betulnya nak share resepi sup kaki ayam style aku ja kan.. Mungkin tak sama dengan cara korang masak.. Mungkin cara aku masak lebih sedap ke kan.. hikhikhik..

Di sebabkan sejak semalam hidung dah bagi signal akan kedatangan selsema so hari ni harus la masak.. masakan berkhasiat supaya demam selsema ni tak berpanjangan. Maka hari ni ke dapur sekangkang kera cik minat gebu katanya memasak sup kaki ayam. Pun macam tu sebab laki aku tak makan kaki ayam ni..  Aku campur jugak la dengan isi ayam

Nak masak jenis sup2 ni bukan susah bebenor... Sonang jo Milah Ooi..  Rebus2 jo kekdahnyo. Tapi kalau yang tak reti tetap la susah bagi mereka maka meh la kita tengok apa bahan - bahan & cara nak memasaknya..

Bahan Bahan

Kaki/Ayam
Ubi kentang/ lobak merah (yang ni tak wajib)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Bunga lawang
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis
Buah pelaga
Daun sup
Rempah sup (yang ni pun tak wajib)
Minyak masak
Garam (sebagai Perasa)

Bahan kisar

Bawang besar
bawang putih
Halia
bunga lawang
Jintan manis

Bahan tumis

Bawang yang dah di hiris
Sedikit halia di ketuk
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang

Cara memasak

1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis tadi. Goreng sekejab sehingga layu
2. Masukkan serbuk rempah sup & kacau. Biar sekejab sampai naik bau
3. Masukkan bahan kisar. Biar dia masak sekejab.
4. Masukkan kaki ayam/isi ayam.. masak sekejab biar dia sebati dengan bahan2 rempah tadi.
5. Tambah air biar sup tadi mereneh.
6. Masukkan kentang/lobak merah
7. Masak sehingga ayam empuk & kentang/lobak merah lembut.
8. Ambil batang daun sup potong & masukkan ke dalam sup. Biar dia mereneh sekejab lagi
9. Masukkan garam secukup rasa
10. Dah masak tutup api hidangkan bersama hirisan daun sup.

Boleh jugak kalau nak guna daging atau nak masak bihun sup boleh juga guna cara yang sama cuma nak lebih sedap bihun sup tu cuma tambah sup bunjut jer.

 
Nak dengar saya berceloteh pasal sup ceker ayam meh la dengar kat vblog cheq ni. Jangan lupa subcribe channel Surialekatlekitgurl tau

Senang kan nak masak sup kaki ayam versi lekat lekit ni? Jadi musim2 hujan sejuk beku ni kalau tak tau nak makan menu apa untuk panaskan badan boleh la cuba masak sup kaki ayam ni. Hirup panas panas.. Confirm mata hitam keatas.. tangan di bahu katanya. hahahaha

AWAS! MAKAN BANYAK TAPI TETAP KURUS JUGA BERISIKO HIDAP PENYAKIT ORANG GEMUK

AWAS! MAKAN BANYAK TAPI TETAP KURUS JUGA BERISIKO HIDAP PENYAKIT ORANG GEMUK. Selalunya kita tengok & rasa cemburu orang yang makan macam ada saka tapi badan dia maintain je dari dulu sampai sekarang. Tetap kurus.. Kita ni maka sikit badan bagai di pam pam katanya. Terpaksa la mengamalkan diet seimbang untuk dapat bentuk badan menarik sekaligus secara tak sengaja anda juga dapat mengamalkan makanan sihat untuk mengelakkan dari berisiko mengidap penyakit yang biasanya di hidapi orang2 gemuk atau obesiti ni.


Aku dulu zaman anak dara & zaman sebelum beranak memang susah jugak nak naik berat. Dok keramping jer.. Pernah berat badan tinggal 32kg jer. Bukan zaman sekolah rendah ok.. Zaman masuk umur 20an dah masa tu. Lepas pernah la melalui zaman berat ideal antaran 35 - 38kg. Time tu rasa macam cutting model jer.. Model kurang tinggi la hahaha.. 2 hari lepas sempat timbang kat hospital selayang, 40kg. Tu antara posisi bahaya sebab berat atas pagar. Berat ideal aku memang 38kg je sebab tinggi aku cuma 140cm. Ni pun tetap rasa peguin jugak. Niat nak diet tu ada tapi belum termakbul gamaknya. Seruan diet tu tak datang2 lagi. hehehehehe

Makcik aku.. memang dari muda sampai sekarang dah tua. Umur dah 70an tapi tetap kurus je. Dulu masa sihat dan kuat boleh panjat bumbung bagai.. Dia memang makan banyak tapi tetap tak gemuk. Sampai kadang2 tak percaya tengok portion yang dia makan. Cuma dia makan sikit2 & lambat2.. sedar2 habis nasi seperiuk katanya. hahahaha. Bila dia ada penyakit darah tinggi orang pun macam terkejut. Normally penyakit tu orang2 yang terlebih berat badan je.. Zaman dulu la. Zaman sekarang memang size bukan lagi penentu siapa yang berisiko mengidap penyakit darah tinggi ni. Mak mertua aku pun takde kategori gemuk sangat pun.. tapi chubby2 camtu jer.. Jarang makan nasi tapi tetap kena juga darah tinggi. Jadi jangan rasa.. Orang kurus makan banyak pun tak gemuk tak perlu jaga pemakanan ok! tetap kena jaga makan.. sebab tak mustahil anda jugak berisiko terkena penyakit seperti darah tinggi, kencing manis & jantung. Mak mertua aku makanan rutin susu, roti, biskut pun boleh terkena strok & tekanan darah tinggi jugak sebab dia tak ambil makanan seimbang. Memang la setahun sekali je dia muncul tapi kalau makan kerap2 sangat memang berisiko juga terkena penyakit.

Orang kurus juga berisiko terkena penyakit Hipertiroid. Jangan ingat kurus itu sihat ok!  Selain itu jangkitan kuman Tuberkulosis (penyakit TB) juga menyebabkan berat badan susah untuk naik walau makan dengan banyak jugak. Jadi walau kurus tetap kena buat pemeriksaan kesihatan. Jangan set dalam otak.. 'kurus itu sihat' sebab size badan bukan penentu tahap kesihatan anda.

Tapi kalau faktor genetik tak boleh cakap apa la.. Memang dari mak bapak membawa ke anak cucu cicit semua jenis papan lapis.. Yang tu memang faktor keturunan orang lidi gamaknya. hehehehe.. bersyukur la.. walau papan lapis tak payah risau gemuk dah. Memang faktor genetik pun boleh jadi punca kenapa makan macam saka pun tetap kurus. Cuma jaga pemakanan supaya tak terkena sebarang penyakit merbahaya je.

Moral of the story.. Kita memang perlu makan untuk teruskan hidup tapi jangan lupa makanan jugak boleh menjadi asbab kita mati cepat. Jadi renung renungkan selamat makan semua. hehehehe

STATUS KEHALALAN HOKKAIDO BAKED CHEESE TART

STATUS KEHALALAN HOKKAIDO BAKED CHEESE TART. Baru baru ni katanya jadi viral pasal Cheese tart ni. Konon ramai sanggup berbaris panjang untuk merasai sendiri keenakkan cheese tart yang jadi viral ni sendiri. Almaklum la.. Kadang2 yang viral ni bukan semua sedap. Boleh jadi indah khabar dari rupa je kan.. Sebab orang sekarang dia tahu dengan viral boleh menaikkan sales dia so dia akan guna strategi untuk memviralkan produk mereka.


Cheese tart ni katanya Tart ini yang padat dengan inti keju cair yang melekat lekit dan diperbuat daripada pastri mentega rangup adalah snek yang sempurna dan sesuai untuk seisi keluarga. Amboi dia punya description tu saja je tau boleh orang meleleh air liur. Tapi awas! Bahaya tau makan cheese tart ni sebab kalau makan satu.. confirm korang nak makan lagi. hahahaha...

Nak menikmati cheese tart ni pun ada cara dia jugak.. Cheese tart sebenarnya lebih sedap di makan ketika masih panas, dalam suhu suam, sejuk & beku.. Pendek kata dalam semua keadaan pun sedap la. Tapi kebanyakkan orang suka makan ketika masih panas atau dalam suhu suam2 macam tu.Dah tu sebaik masuk mulut je cheese dia akan mencair & meleleh2 & anda dapat merasai keenakkannya sampai ke tekak ok!


Cheese tart yang jadi viral baru baru ni adalah di Hokkaido Baked Cheese Tart.. erkk.. nama pun tak berapa Islamik & kemelayuan ni halal ke tidak? Tapi ramai je orang dok makan. Benda ni mesti ramai yang tertanya tanya kan.. Tak berani nak cakap la tapi kalau korang nak tahu boleh check kat sini >> Halalkah Cheese Tart Yang Jadi Viral ni? << Bila dah tahu status kehalalannya baru boleh decide nak makan atau tak, kan?

Penting tau kita menyemak status kehalalan sesuatu premis makanan yang bukan Islam ni.. Jangan sebab Viral & sedap main makan je tak pandang kiri kanan depan belakang dah. Tup tup keluar kenyataan tak halal masing2 mula rasa menyesal sebab dah termakan. Dah jadi darah daging pun.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com