Showing posts with label bulu roma. Show all posts

MUDAH DAN SELAMAT DARI LUKA SEMASA BUANG BULU DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER

MUDAH DAN SELAMAT DARI LUKA SEMASA BUANG BULU DENGAN VEET SENSITIVE TOUCH ELECTRIC TRIMMER. Kita di lahirkan dengan bulu2 bukan rambut jer.. Masa kecik sebelum akil baligh mungkin bulu yang kita ada cuma bulu roma nipis, bulu kening & rambut jer.. Selepas akil baligh akan bertambah bulunya di tempat tertentu seperti di celah ketiak & bahagian kemaluan.


Bulu ni bersifat hidup.. Jadi dia akan semakin panjang kecuali bulu roma & bulu kening la kalau tak cukur dia statik macam tu je la. Tapi bulu lain macam rambut, bulu ketiak & bulu pada kemaluan kalau kau simpan lama - lama memang berhutan jadinya. Bukan setakat berhutan, mungkin akan di jangkiti kutu jugak. Kutu bukan sekadar boleh hidup atas kepala di celah rambut malah boleh hidup di bahagian bulu kemaluan. Bayangkan kat situ berkutu.. gatal merenyam.. Seksa zahir batin beb! Maka terkepit kepit & terkemut kemut la kau. Nak nak lagi kalau kat tempat2 ramai orang. Sebab tu penting untuk kita buang bulu2 di bahagian sulit bagi tujuan kebersihan & kesihatan.

Guna pisau cukur ni kadang - kadang kurang pratikal sebab boleh menyebabkan luka. nak cabut guna penyepit bulu tu tahan ke azabnya. Sakit ok! Oleh kerana itu Veet mengeluarkan satu produk elektronik yang memudahkan kaum wanita untuk membuang bulu bulu yang tidak di ingini & tampil menawan setiap masa.  Veet sensitive touch electric trimmer gadget elektronik terbaru keluaran Veet. Alat ini berfungsi untuk mencukur atau membuang bulu pada bahagian sensitif tanpa pisaunya menyentuh bahagian kulit bagi mengelakkan risiko terluka. Veet Electric trimmer ni menggunakan kuasa bateri AA untuk menghidupkannya.  Didatangkan bersama 2 sikat bersaiz 2mm & 4mm & dua mata pemotong bersaiz 16mm dan 6mm. Satu berus untuk membersihkan bulu bulu yang melekat & 1 beg memudahkan anda menyimpan & di bawa kemana mana.


Kelebihan Veet Sensitive Touch Electric trimmer ni adalah.. Boleh memotong & membuang bulu bulu dengan kemas tanpa menyebabkan luka. Sebab benda tu paling orang titik berat semasa membuang bulu terutama di bahagian sensitif. Selain tu hasil cukuran dia lebih licin. Memudahkan anda untuk buang bulu di bahagian sulit, celah ketiak, membentuk kening, sideburns, bulu roma, misai & sebagainya. Paling penting boleh di bersihkan dengan air.. So mudah kita nak mencuci selepas guna.

Size dia yang kecil sebesar berus gigi elektronik mudahkan untuk kita bawa kemana mana sebab boleh sumbat dalam handbag jer... Maybe nak travel jauh dalam jangkamasa yang lama.. boleh la jimat space.


Benda ni memang sangat penting bagi aku yang memang mementingkan kebersihan dalaman & luaran. aku memang sejenis yang tak suka nak nak simpan bulu2 di tempat2 tertutup macam celah ketiak atau bahagian intim. Memang dah tabiat sejak dari zaman anak dara dulu. Seminggu sekali mesti aku tebas. Nampak jijik jugak la bagi seorang perempuan yang biar bulu ketiak & bulu di bahagian intim tu tak di buang sampai jadi hutan. So dengan adanya Veet Sensitive Touch Electric trimmer ni.. banyak membantu aku membuang & membersihkan bulu yang tak di ingini. Cukuran dia pun lebih licin & kemas. Paling penting kurang sangat risiko kulit terluka semasa membuang bulu. Dah tak payah nak guna pisau cukur yang kadang2 memang menyebabkan luka. Luka kat tempat2 intim ni bahaya sebab dia tempat yang tertutup & kadang2 lembab.. Kalau ada luka mudah terkena jangkitan kuman & bakteria. Untuk mengelakkan risiko terluka ketika buang bulu2 yang tak di ingini guna la Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ni.

Yang nak guna untuk tujuan kecantikkan.. Nak bentuk kening.. ada mata pisau yang di sediakan untuk membentuk kening menggunakan Veet Electric Trimmer ni.. Hasil cukuran tu lebih halus & kemas.. bentuk dia lebih sharp & bahagian yang di cukur lebih licin berbanding pisau cukur biasa.

Stevensunny Makeup Artis juga menggunakan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

Macam tu juga kalau nak guna Trim sideburn & buang bulu roma.. Memang hasil cukuran dia lebih licin berbanding pisau cukur. Banyak sungguh kegunaan Veet Sensitive Touch Electric Trimmer ni ok! Boleh di gunakan seisi keluarga.

cara nak guna Veet Sensitive Touch Electric Trimmer

1. Untuk membentuk kening


Trim kening menggunakan kepala pemotong yang paling kecil berbentuk panjang tu & letak sikat yang di sediakan. Boleh rujuk pada gambar. Letak. Potong menggunakan Electric trimmer secara berlawan arah bulu kening tumbuh.
Untuk membentuk pulak.. keluarkan sikat & letak pada bahagian kening yang ingin di ratakan & dibuang mengikut bentuk yang di ingini & potong.

2. Untuk mencukur di bahagian intim/ketiak


Gunakan Bilah pemotong yang besar (Rujuk pada gambar) & potong secara berlawan arah dengan lembut 7 jangan tekan pada atas kulit. Jangan risau pisau pemotong tidak akan terkena pada kulit.

3. Untuk Misai & Janggut (bahagian atas mulut & dagu)


Untuk bahagian atas bibir (Misai) gunakan kepala kecil yang panjang macam yang pertama tadi & trim/cukur secara bertentangan dengan bulu tumbuh
Untuk bahagian Dagu (janggut) guna kepala besar seperti yang nombor 2 potong/cukur secara bertentangan jugak

4. Untuk Jambang (Sideburns) 


Guna bilah kecil sama macam yang nombor 1 tadi bersama sikat. Trim bahagian sideburns (jambang) mengikut berapa panjang yang anda nak potong. Untuk kemaskan buang sikat & kemaskan bentuknya.

Jom kita tukar dari menggunakan pisau cukur kepada Veet Sensitive Touch Electric Trimmer. Berminat nak mencuba produk ni boleh rujuk di Veet@Malaysia untuk maklumat lanjut & untuk membuat pembelian.

PENANGGAL BULU KETIAK,KEMALUAN,MISAI & BULU ROMA PALING BERKESAN

PENANGGAL BULU KETIAK,KEMALUAN,MISAI & BULU ROMA PALING BERKESAN. Walaupun ada yang masih malu nak bercakap pasal ni tapi sebenarnya benda ni penting jugak untuk kita tahu. Sebab bulu2 yang tumbuh kat celah2 macam ketiak & alat sulit kalau di biar jadi belantara memang akan memudaratkan kesihatan kita jugak. Apa ingat tang situ tak boleh di jangkiti kutu ke? Malah kalau tak jaga bukan je kutu malah boleh tumbuh jerawat jugak tau kat kemaluan kita. Almaklum la ia tempat yang tertutup & sentiasa terperap. Even tidur pun kita tak biar tempat tu terbuka. Dah nama pun kemaluan kan.. yelah tempat yang malu kita nak tunjuk kat orang.


Zaman sekarang ni tak payah risau bab2 nak jaga alat sulit macam nak buang bulu ketiak pun ada produk instant dah. Bukan je mampu membuang bulu2 malah berfungsi untuk menjaga kulit sekitar tempat berbulu tu. Almaklum la benda yang duduk kat celah2 ni memang walau tertutup tapi bukan makin cerah kalau tak di jaga boleh jadi kepam,hitam, kusam bagai. So kat sini aku ada satu produk nak perkenalkan kat korang semua. Bagi yang mementingkan kesihatan & kecantikkan diri, even ketiak pun penting untuk mereka pastikan sihat & cantik. Memang la kita tak tunjuk ketiak kat orang tapi yang mana dah kahwin tak malu ke dengan laki sendiri kalau nampak atau yang bujang tu nak kawen baru nak sental daki2 mati celah2 tu semua memang la kadang2 perlu ambil masa yang lama untuk kembali cantik.Yang mana pemalas nak jaga memang produk macam ni bagi dia tak penting. Asal muka lawa dalam kepam tak apa katanya. Tapi kalau malam pertama pun kena komplen dengan laki dengan jangan nak tacing lebih lebih hokay!


Hair remover wax di kenali sebagai produk cabut bulu yang mempunyai bahan seperti madu Berfungsi untuk menghaluskan & mencerahkan kulit ,lemon menghilangkan kesan hitam akibat mencukur &tea tree oil pulak mampu membasmi kuman & kulat. Memang berguna untuk bahagian celah celah ni. Fungsi setiap bahan tersebut bukan sahaja melambatkan pertumbuhan bulu2 yang baru malah ia mampu mencerahkan bahagian bulu yang di buang. Macam celah ketiak, kaki, tangan & alat sulit bagi yang berani menggunakannya di bahagian kemaluan. Tempat2 macam tu la selalu mengalami kesan hitam. Almaklum la tempat2 terkepit & terperap macam tu kan.. Silap pakai dedoran pun boleh menyebabkan ketiak hitam jadi penyelesaianya adalah Hair remover wax ni. Walaupun produk ni untuk membuang bulu tapi ada fungsi mencerahkan.

Ini cara buang bulu guna Hair remover wax. Senang bagi tutorial bergambar dari dok cerita panjang lebar

Dengan menggunakan produk Hair remover wax ni boleh melambatkan proses pertumbuhan bulu baru sehingga 3 minggu, malah dengan penggunaan Hair remover wax bulu yang tumbuh akan lebih halus. Ada sesetengah wanita ada bulu roma yang agak panjang & tebal di bahagian atas mulut. Sampai nampak macam misai nipis.. Memang agak memalukan.. boleh jugak guna Hair remover wax ni sebab kalau cukur pakai pisau cukur biasa confirm nanti dia jadi lagi lebat & panjang. Tapi Hair remover wax tidak menyebabkan bulu yang tumbuh jadi lebat malah bulu baru yang tumbuh juga akan lebih jarang. Ini kerana bulu yang tercabut dengan menggunakan Hair remover wax akan tercabut bersama akar. Semakin rajin korang cabut bulu dengan Hair remover wax, Insya Allah bulu2 tersebut akan hilang sepenuhnya & tidak tumbuh lagi. Yang ada masalah hormon tak balance sampai bulu2 tumbuh kat tempat tak sepatutnya macam wanita yang ada bulu tebal bahagian atas mulut tu elok la try Hair remover wax ni.

Bukti hair remover wax ni mendapat kepercayaan dari pengguna

Lelaki pun boleh guna untuk membuang misai, bulu ketiak atau bulu2 kat badan. Bukan untuk wanita sahaja tau tapi sebab kaum lelaki ni tak kisah pasal bulu2 kat tubuh diorang.. lagi banyak bulu lagi seksi katanya jadi mungkin produk ni lebih menjadi keterujaan pada kaum wanita kot. Yang semua bahagian tubuh yang di tumbuhi bulu boleh guna Hair removal wax ni bagi tujuan membuang bulu bulu tersebut.


Kelebihan produk ni selain ia berasaskan bahan organic 100%, senang di gunakan dengan hanya menyapu secara nipis di tempat nak buang bulu tu. Sebab ia bersifat warm Wax maka ia memberi kesan yang lebih memuaskan bila di sapu sebab bila di sapu ia dalam keadaan yang cair & bila terdedah pada udara ia akan mengeras & memudahkan bulu bulu tersebut di pegang sebelum di tarik menggunakan cotton strips. Jangan risau ia tidak menyakitkan.

Produk Hair remover wax ni di datangkan dalam set. 1 set produk Hair remover wax ni terdapat :

400g of wax
15 cotton strips (washable)
3 spatula
1 manual

Harga satu set produk ni adalah RM37(SM) RM40(SS) & pos adalah percuma. Sekiranya korang berminat untuk mencuba cabut bulu guna Hair remover wax ni boleh contact di nombor ni : Whatsapp : 012-5254001

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com