Showing posts with label alam maya. Show all posts

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK

TERKINI! CARA NAK BAGI AWARD KEPADA KAWAN BAIK ANDA DI FACEBOOK. Zaman dah berubah jadi cara berkawan pun berubah mengikut peredaran zaman. Kalau dulu istilah kawan adalah orang yang kita sentiasa jumpa, boleh berbual, sentiasa bersama.. lepas zaman kawan melalui pena. Ambil alamat kat majalah kemudian kirim surat.. lepas zaman tulis surat masuk ke era IT. Semua berkawan depan skrin je.. even lepak semeja pun tetap depa berinteraksi melalu media sosial. Seolah2 macam tak ada kat depan mata jugak.


Betapa zaman merubah segalanya. Kalau dulu cara nak menghargai seorang kawan ada yang karang puisi, sajak.. Ada budget sikit bagi hadiah atau tujukan lagi tapi zaman sekarang dah ada cara paling mudah untuk menghargai seorang kawan katanya. Dengan memberi Award melalui facebook. Tu dia.. lepas tu semua pemberian kita maya maya belaka. Tak ada lagi sesuatu berbentuk fizikal atau material yang boleh kita simpan untuk jadi kenangan.

Aku ni ada ke kawan baik selain family aku, suami & anak? Entah la aku sendiri pun tak sure sapa kawan baik aku.. Yang pasti masih ada kawan yang masih baik dengan aku kat alam maya ni. Sentiasa menyokong jatuh & bangunnya aku. Masih tetap menjadikan aku kawan walaupun kadang2 aku ni suka juga berperangai annoying. Terharu jugak dengan sokongan kawan2 yang macam tu. Cuma yang aku mampu ucap terima kasih jer..

Jadi pada sesiapa yang ada kawan baik atau kawan yang baik di facebook tak tau cara nak hargai mereka meh la kita pakat memberi mereka award ni mengikut kategori mereka yang korang tahu >> Cara Untuk Menghargai Kawan Baik Adalah Adalah Memberi Award Ni << Mesti kawan kawan anda terharu terima award ni percaya. Mesti persahabatan maya korang akan lebih happening. Tak caya try la.

Moral of the story.. Seorang kawan yang baik adalah seorang yang baik. Maka jadilah seorang yang baik, Insya Allah secara automatik anda akan menjadi seorang kawan yang baik. hehehehe

NAK BUAT ANAK PUN MINTA LIKE KAT FB

NAK BUAT ANAK PUN MINTA LIKE KAT FB. Orang sekarang memang parah dah.. Semua nak jadi attention seeker. Semua jadi gila glemer. Gila like & share. Tagih perhatian tahap kronik. Ni dah bagi clue budaya macam ni bakal menjadi lebih parah dari apa yang kita tengok sekarang.. Ni nak tambah anak pun perlukan sokongan like. Gamaknya kalau tak dapat like yang banyak dia jadi tak subur ke camna?


Buat malu orang Melayu je wei!!! Ni spesis macam ni kalau dapat sokongan mesti nak bersetubuh dengan laki/bini dia pun nanti dia minta like jugak. Malam ni saya akan bersama suami/isteri saya sekiranya mendapat sejuta like dari makhluk alam maya. Bagi sokongan untuk kami menunaikan tanggungjawab laki bini agar banyak setan dapat di bunuh.

Dah la jual nama & muka anak.. Kalau dah rasa tak malu sangat jual la muka sendiri. Apa kes dok jaja muka anak kau pulak. Mentang2 anak tu tak cukup akal lagi nak buat keputusan sendiri.. suka suka hati je kau aibkan muka anak kau untuk kepuasan sendiri. Kesian budak tu.. padahal mungkin dia tak minta pun adik.. Mak/bapak dia je merenyam lebih.


Tolong la jangan jadi attention seeker yang bangang sangat.. Kau nak jadi macam Amran Fans ok boleh terima lagi.. Kau nak jadi macam Rashid.. Ok no problem tapi kalau kau jadi attention seeker terencat macam ni memang susah la orang nak hadam. Kemaruk like macam ni.. Jangan sedih la kalau kena keji sampai ke jantung. Kau yang bagi bahan untuk orang keji sapa suruh.

Moral of the story.. aku bukan nak mengumpat atau mengaibkan sesapa tapi sedih la dengan orang2 sekarang tak kira sesiapa.. sedara mara aku sendiri atau orang2 yang aku tak kenal. Kita tak tahu siapa bakal jadi mangsa viral yang mungkin jadi perkara yang paling memalukan dalam hidup.

BLOGGER SEMUA MESTI BACA

BLOGGER SEMUA MESTI BACA. Sekarang ni ramai yang memilih untuk jadi blogger maka banyak jugak aktiviti2 yang di buat untuk blogger tak kira la secara online atau offline. Bagi blogger yang tak berpeluang untuk beraktiviti di luar alam maya jangan risau kat alam maya pun banyak perkara best boleh buat dengan blog. Benda ni best ni mungkin membawa hasil untuk anda. Contoh seperti contest & GiveAway.


Berdirinya jari saya ni disini adalah untuk mengwarwarkan kepada semua Blogger sekarang sedang berlangsungnya GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY . Kenapa korang mesti join Giveaway ni? Sebabnya... meh tengok apa hadiah yang di sediakan oleh penganjur

Beg Dari Sabah

Set Bio Essence Hydra Tri-action

Tudung Adijuma

Losyen tangan Mary Kay

Pouch serbaguna

Tudung Bawal

Sarung Tangan

Perfume Trendsetter

Krim Herba Blend Shaklee

Topup RM10.60

fridge Magnet

hadiah wang tunai jugak ada. dari RM10, RM20, RM30, & RM50 hadiah wang tunai di sediakan kepada pemenang bertuah.

Yang blogger memang selalu kering idea nak update blog apa kata join Giveaway ni. Manatau rezeki korang menang mana2 hadiah tersebut. Nak join jom terjah GMBM 1st ANNIVERSARRY GIVEAWAY

BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA

BLOGGER BIASA SEBENARNYA LUAR BIASA. Blogger sekarang memang dah ada kasta. Ada blogger kasta tinggi.. blogger tahap retis. Popular. Muka terpampang dalam majalah,akhbar,tv. Media sosial tak payah cakap la. Ada blogger tetap ada adalam arena blog tapi ada yang hanya menyerlah dalam dunia maya. Ada yang tak menyerlah cuma di kenali di kalangan blogger sahaja. Aku? Aku kategori blogger paling di benci la kot. hahahaha..


Aku sebab kategori biasa je maka di sekeliling aku blogger yang macam aku jugak la. Seronok berkawan dengan mereka. Sebabnya kita tahu kita takde nama besar dalam blog jadi orang berkawan dengan kita bukan untuk kepentingan apa2. Cuma menyokong sesama sendiri tanpa ada niat tersembunyi. Berkawan dengan blogger biasa ni buat aku rasa sebenarnya mereka sangat luar biasa. Pengalaman bergaul dengan blogger biasa & dengan blogger terkenal serius blogger biasa lebih luar biasa semangat setiakawannya.

Bila di hentam kiri kanan.. mereka ada tetap bagi sokongan. Sokongan mereka hanya aku yang tahu. Orang lain tak nampak. Orang nampak semua orang macam tak menyokong aku padahal ramai je kawan2 blogger yang masih bersama aku. Terima buruk & baiknya aku. Aku selesa berkawan dengan blogger2 biasa. Bukan untuk nampak hebat di kalangan mereka tapi sememangnya bila bersama orang2 yang sama level dengan kita, lebih banyak keikhlasan dari kepalsuan. Secara logiknya kalau depa harap sesuatu dari menyokong aku.. aku bukan ada apa2 kepentingan pun. Nak bagi job.. aku sendiri pun bukan selalu dapat job. Rezeki dari blog banyak dari iklan2 nuffnang, chrup2, 8share, ads jer.. Bukan aku banyak dapat job yang boleh di kongsikan dengan orang lain pun. Popular.. lagi la takde. Pernah nampak blogger lekatlekit keluar tv? Majalah? suratkhabar bagai?

Terima kasih kawan2 blogger alam maya yang sentiasa menyokong jatuh & bangunnya saya yang tiada apa2 mampu menyumbang untuk anda. Walau kita tidak pernah berniat untuk memanjangkan hubungan ni sehingga di luar alam maya tapi kita tetap kawan. Tetap ada ikatan silaturrahim antara kita walau hanya dalam alam maya. Berbanggalah kita hanya blogger biasa sebab kerana kita blogger biasalah kita keikhlasan kita berkawan itu sangat luar biasa. Sama sama kita menaikkan sesama sendiri dalam dunia blog ni. Biarlah kita berada di level biasa asalkan kita sentiasa ada walau tak menyerlah jauh dari yang biasa. Kita masing2 ada komitmen lebih penting dari blog.. Jadi utamakan apa yang perlu di utamakan. Takpelah orang tak kenal muka kita at least blog kita masih ada dalam google search. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com