Showing posts with label sesak. Show all posts

TAK PERLU TUKAR KALAU HANYA GUNA KAD ATM UNTUK BUAT PENGELUARAN DUIT

TAK PERLU TUKAR KALAU HANYA GUNA KAD ATM UNTUK BUAT PENGELUARAN DUIT. Majoriti rakyat Malaysia selain suka buat kerja last minute depa juga tak suka nak siasat dulu sebelum buat spekulasi sendiri sebab tu la berlaku kesesakkan di cawangan2 bank seluruh negara sekarang. Asal orang cakap kad bank kena tukar jer.. Masing2 panik sampai berkampung kat bank, berbaris panjang sampai keluar dari premis bank tu. Sanggup tunggu seharian kat bank. Salah satu sebab.. tak faham tapi malas bertanya & suka salah faham tanpa usul periksa.


Sebagai seorang blogger yang prihatin walau perkara ni dah mula jadi viral kat media sosial so tak salah buat entri khidmat masyarakat sikit nak bagi kesedaran kat orang awam yang mana sedang panik takut tak dapat nak buat pengeluaran duit selepas 31 december kalau tak tukar kad ATM dia sekarang.


Yang perlu tukar sebenarnya yang aktifkan debit card & selalu swap2 je bila buat masa shopping. Setakat macam laki aku dia tak aktifkan debit card malah dia still guna kad kuning maybank tu.. Dia rilex je. Nak tukar buat apa.. Memang tak expired pun lagi kad tu kalau selepas 31 december ni. Kad yang lama sebenarnya boleh di gunakan untuk buat pengeluaran kat mesin ATM cuma yang tak boleh guna selepas 31 december adalah.. sebagai contoh korang nak makan domino's pizza sebab ada offer murah. Lepas tu nak bayar guna debit card je tapi tak tukar sebelum 31 december. Jadi selepas 31 december 2016 memang korang tak boleh buat pembayaran guna debit card tapi korang masih boleh membuat pengeluaran duit kat mesin ATM untuk bayar pembelian korang secara tunai.. Gitu la sebagai contoh untuk buat korang lebih faham. Bank lain macam CIMB & BSN pun tak silap sama je. Yang kena tukar cuma yang guna debit card je. ATM card masih boleh di gunakan selepas 31 december 2016.

So, tak payah dok buat kelam kabut sangat la.. serbu cawangan bank macam kalau tak tukar akan berlaku malapetaka besar. Alah.. kalau tukar selepas 31 december pun bukan kena penjara. Kena bayar duit kad je RM12 dari kau buang masa kat bank tu. Kecuali kad kau memang expired 31 december ni.. Wajib la kena tukar. Sebab ATM card pun ada expired date jugak.

Moral of the story.. Bila dah keluar announcement sila la buat penukaran segera jangan tunggu last minute & tolong jangan buat spekulasi sendiri. Rajin la sikit bertanya.. Sekarang ni kemudahan hujung jari kan banyak.

AWAS,BAHAYA BAWAK BUDAK TENGOK BOLA KAT STADIUM

Aku ni bukan peminat bola jadi memang la aku kurang ambil tahu pasal bola apatah lagi pemain2 hensem bola sepak dalam & luar negara. Kadang kadang just baca update kat FB jer.. sapa menang sapa kalah. Atau baca berita2 online apa yang berlaku di stadium perlawanan bola.


Pendapat aku ni bukan sebab aku bukan peminat bola tapi aku rasa ada beberapa sebab bahaya bawak budak2 kecik pergi stadium yang bersesak dengan ramai orang tengok bola. Kita sedia maklum.. Peminat2 bola sekarang tengok bola macam pergi berperang. Tak puas hati mengamuk macam orang kena histeria. Bila sorang mula.. yang lain jadi pinggan tambah. Berkemungkinan mampu menyebabkan pergaduhan antara penyokong. Bayangkan tengah kelam kabut orang merusuh kat stadium sebab tak puas hati.. korang bawak budak2 kecik.. 2 3 tahun.. atau budak 10 tahun kebawah yang tak berapa pandai protect diri sendiri. Bawak pulak anak lebih dari 2 orang tengok bola. Time kelam kabut macam tu.. boleh mendatangkan macam macam bahaya kat anak korang.

Lagi satu tempat sesak macam tu orang suka sangat berebut2. Tak kira la nak beli tiket.. nak masuk stadium. Berhimpit2 mungkin buat anak korang berisiko terjatuh, dipijak orang atau sesak nafas.

Pepatah ada kata.. Malang tak berbau & nasib kita tak tahu baik ke tidak even selama kita dok pi tengok bola bawak anak tak pernah jadi perkara2 tak elok lagi tapi ingatlah satu slogan ni.. Mencegah itu lebih baik dari merawati. Tak perlu tunggu jadi perkara buruk dulu baru reti nak serik takut kalau sesuatu berlaku akan buat kita menyesal seumur hidup & memberi kesan pada masa depan anak2 kita. Jadi renung renungkanlah...


BILA TRAFFIC MULA JAM ADA TRAFFIC YANG AKAN SLOW

Wah ramai dah update memulakan perjalanan balik kampung. So, ada la update dari masa ke semesa keadaan traffic di jalan raya. Seperti setiap tahun akan berlaku adalah traffic jam. Syukur orang yang tak balik kampung beraya sebab tak payah mengadap Jam.. hahaha tu statement pujuk hati sendiri.

Sebagai blogger... Saat traffic di jalan  raya mula JAM akan ada traffic lain yang jadi slow sangat iatu traffic blog. Hahahaha.. kelas kau lagi 2 hari nak raya ko still sibuk berblog bagai. Sebab raya ni tak balik kampung so takde baju bajan nak packing rilex je la kat umah macam biasa. Jadi takde benda nak kejar2 sangat.

Takpe.. Pada yang nak celebrate raya dengan family tu jangan dok fikir sangat pasal traffic blog yer.. Lepas raya dia up balik la. Fokus pada raya korang tu. Jangan asyik berkepit dengan gadget.. 24 jam online sampai berkumpul dengan family pun tak dengar segala butir bicara yang orang lain bualkan sebab sibuk dengan pesbuk & blog. Manafaatkan pertemuan tu dengan sebaik mungkin.

Macam den ni sebab sorang2 je kat umah.. so boleh la den terus manafaat masa terluang dengan menghapdet blog. Den terkecuali.. Apapun selamat hari raya maaf zahir & batin.

Naik kereta bas bagai jam.. nak naik kapal terbang takut terhempas.. naik je tikar terbang hope tak kena lastik lah. kekekeke


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com