Showing posts with label ikut. Show all posts

AKHIRNYA DATO VIDA BERMURAH HATI NAK BAGI BEG LV SETELAH PEMINATNYA DI TIPU

AKHIRNYA DATO VIDA BERMURAH HATI NAK BAGI BEG LV SETELAH PEMINATNYA DI TIPU. Semalam ceritanya ada satu fake account FB page telah menggunakan nama Dato Vida dengan menganjurkan satu contest share & menang Beg berjenama mewah LV. Ramai la kaum wanita teruja & tertipu dengan contest tu sampai penuh news feed FB aku orang dok share beg LV konon Contest Anjuran Dato Vida.


Akhirnya tak sampai 24jam penipuan tersebut terbongkar bila Dato Vida membuat kenyataan bahawa beliau tidak menganjurkan apa2 contest kat FB untuk menang Beg LV tu. Account FB page tersebut adalah palsu. Kesian mereka2 yang berharap nak menang beg LV tu.. mesti frust punya. Korang boleh baca kat entri ni >> DATO SERI VIDA SAHKAN CONTEST SHARE POST BEG LV ADALAH PALSU

Atas ke prihatinan Dato Vida akhirnya beliau bermurah hati nak bagi kepada beberapa individu beg berjenama dengan syarat follow IG & FB dia & tunggu je pengumuman apa yang perlu di dibuat. Yelah.. kesian la kot depa2 yang frust kena tipu dengan admin page palsu Dato Vida

kata Dato Vida melalui video di Instagram beliau..

"Sebelum ini beliau memang berhajat nak berikan beberapa barangan berjenama kepada orang ramai namun ia masih lagi dalam perancangan.
Semuanya masih lagi dalam perancangan terutama untuk membuat pemilihan bagi pemberian barangan berkenaan."
Ia membabitkan pengedar yang baru menyertai perniagaan saya, pengedar yang sedia ada dan juga pengikut setia di laman Instagram dan FB di mana mereka yang rajin ‘like’ dan komen antara yang akan dipilih menerima hadiah berkenaan. -Sumber OhBulan -

Jadi masih ada peluang yang mana nak mencuba nasib. Pergi la follow Instagram & Facebook Dato Vida tu.  Manatau rezeki kan. Aku? entahlah belum sampai seru kot. Takpe la.. aku tak minat sangat beg LV buat masa ni. Almaklum la dah terbiasa pakai beg murah murah rasa serasi pulak. Tapi kalau ada orang nak hadiahkan.. boleh juga. Hahahaha

Aku tak dapat beg LV pun tak apa kalau dapat pergi Brazil & bawak 9 lagi ahli keluarga aku join sekali dengan di taja macam ni >> Kalau dapat Free Holiday ke Brazil Korang Nak Bawa Sapa? Peluang Ni korang dapat percutian percuma ke Brazil. Meh Tengok << Ni lagi gempak dari beg LV katanya. hahaha

Moral of the story.. Apapun jangan mudah terpedaya dengan apa yang di sebarkan kat media sosial ni. Ramai spesis yang suka mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

NUR AMIRAH, 14 TAHUN KANTOI MENIPU KENA CULIK

NUR AMIRAH,14 TAHUN KANTOI MENIPU KENA CULIK . Memang sakit hati aku baca berita terkini kes budak perempuan 14 tahun yang kononnya kena culik dengan Van putih. Bila tahu ia cuma helah dia nak menggatal ikut jantan kemudian berlakon call kakak dia konon kena culik.. Kau tak tau dik.. Aku ni sampai dok fikir macam mana nak hantar anak pergi & balik tadika bermula minggu depan. Trauma beb! Trauma tau tak?? Aku ada anak perempuan dik.. Kau buat perangai macam ni buat 1 Malaysia panik bukan mak bapak kau jer dik. Kau memang layak makan maki setahun la dik..


Aku memang marah giler.. Sebab budak2 sekarang memang suka buat macam tu. Lari ikut jantan kemudian nak tutup rahsia buat macam kena culik. Apa kau ingat benda2 macam ni best sangat ke? Ni zaman media sosial dik.. Cerita & berita semudah 1 clik boleh tersebar seluruh dunia. Orang lain cuak nak mampus pasal kau.. Kau elok jer dok beromen serumah dengan jantan. Apa kau ingat rakyat malaysia ni semua pencacai kau, nak buat macam tu.


Budak2 macam ni elok kurung dalam pusat pemulihan je. Kurang ajar tahap bukan tak hormat mak bapak.. Tahap menyusahkan satu negara dah. Kalau ikut rasa hati rasa nak pijak2 sampai lunyai je. Sebab kes ni buat aku makin fobia.. Anak aku pun terkesan dengan benda2 macam ni bila mak bapak dia jadi semakin overprotect. Sapa tak sayang anak dik Ooi.. Mak kau entah2 berapa hari tak makan risaukan kau!


Tolonglah adik adik.. Kalau kau gatal sangat nak merenyam dengan jantan jangan sesekali dok buat cerita kena culik. Benda ni bukan melibatkan keluarga kau je malah melibatkan kes jenayah. Ingat dik.. berseronok dengan boyfriend yang tentu jadi laki kau tak menjamin apa2 dalam kebahagian dalam hidup cuma keseronokkan sementara je. jangan nanti kau asyik nak cari kebahagian kat luar kau kehilangan benda benda macam ni >> Jutawan pun tak mampu beli 8 Benda ni.. Jadi Hargailah Jika Anda Memilikinya << Yang bakal buat kau menyesal kemudian hari.

Moral of the story.. Tolong la budak budak.. Jangan buat kami mak mak yang ada anak ni jadi meroyan pasal perangai hangpa yang tak semegah tu. Akak dulu pun gatal jugak.. cintan cintun jugak tapi tak pernah sampai nak lari ikut jantan kemudian create story kena culik bagai.

INILAH PANTANG LARANG PALING MENGARUT

Orang melayu memang terkenal dengan pantang larang.. Tapi kadang kadang pantang larang tu terlalu mengarut & tak ada logik langsung. sampai tepu otak fikir apa kaitan pantang larang tu dengan alasan yang orang dulu2 buat. Zaman sekarang tak semua pantang larang dulu kala relevan untuk di pratikkan dah.


Kita sebagai generasi Y katanya.. Y la sangat kan kena pandai dah guna otak bukan terima bulat2 apa yang di sampaikan. Zaman sekarang kalau kau lurus bendul sangat memang ko makan tapak kaki orang je katanya. Kena pijak la kau. Memang sepanjang hidup asyik kena tipu. Tak salah ada perkara kita pertikaikan untuk dapat kepastian.

Tak kira pantang larang kuno @ moden.. Nama kata pantang larang ni kalau fakta dia meragukan tu elok la spotcheck lebih sikit. Antara pantang larang paling karut korang boleh tengok kat sini >>PANTANG LARANG RAKYAT MALAYSIA <<

Apapun pantang aku orang komen tak baca entri hahahaha... Yang tu tak perlu alasan sebab pantang tu beserta dengan alasannya sekali. Apapun selamat berpantang kepada Perdana Menteri Malaysia selepas menggugurkan  Ex Timbalan perdana menteri. hehehehe

Moral of the story.. Orang Malaysia memang suka berpantang & melarang tu yang banyak pantang larang. hehehehe


BACA NI DULU SEBELUM TUKAR LINE TELEFON

Maaf la tajuk entri aku guna istilah2 tak formal nak bagi korang senang faham. Bukan semua orang faham kalau guna telco bagai kan? Tapi kalau tulis line telefon ramai akan faham.. maxis,digi,TM,celcom bagai. Almaklum la blog kampung katanya.. So, penulisan pun ala2 sembang bawah pokok petang hari je la yer..


Sekarang ni banyak syarikat telekomunikasi yang memberi pakej yang menarik. Kalau dulu nak tukar telco ni kena tukar nombor sekali tapi sekarang dah tak payah. Kita boleh kekalkan nombor yang sama cuma bertukar syarikat telekomunikasi yang kita guna je untuk mendapatkan servis terbaik.

Kalau korang menyampah dengan telco yang korang guna sekarang & bercadang nak tukar ke telco baru yang korang rasa lebih baik & menarik tawarannya jangan semborono jer tukar. Kena selidik betul - betul takut indah khabar dari rupa. Kadang2 janji manis jer.. tapi hakikatnya pahit, kelat & payau lepas kita bertukar.

So kat sini aku nak share tips kat korang yang nak menukar telco supaya korang dapat telco yang lebih baik dari sebelumnya. Kalau nak tahu apa yang perlu korang buat sebelum bertukar syarikat telco meh baca kat sini >> 7 LANGKAH MUDAH YANG PERLU ANDA BUAT SEBELUM BERTUKAR TELCO BARU <<

Semoga tips tu membantu korang dalam memilih telco yang terbaik. Takde la penuh news feed dok maki telco yang korang pakai... line semput la.. line siput babi.. signal hilang bila masuk kampung.. internet slow bagai kan. Kurang la sikit dosa maki. hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com